SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAN IBRA (REBAT) BAGI PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN

dokumen-dokumen yang mirip
Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U)

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP19 : GARIS PANDUAN MENGENAI KUMPULAN WANG LIKUIDITI PUSAT BAHAGIAN A : PENGENALAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Nikmati detik indah bersama keluarga dan keupayaan untuk melindungi mereka.

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP2: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN DIVIDEN OLEH KOPERASI (PINDAAN) 2012 BAHAGIAN A: PENGENALAN

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kenderaan baru buatan tempatan terpilih bagi kegunaan teksi / kereta sewa sahaja.

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad No.1, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur Tel : / 8888 / 8878 Faks :

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ASBi-KOP. No. Ahli No. Kad Kuasa (PDRM) No. Kad Pengenalan Awam. Tarikh Lahir No. Gaji Pejabat Pembayar Gaji

Overdraf. November 2017

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP22: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN HONORARIUM KEPADA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

GARIS PANDUAN PENYELIAAN KOPERASI KANDUNGAN

*Nota: Bagi Leftenan Muda atau setaraf dan ke bawah, umur semasa memohon MESTILAH tidak kurang daripada 5 tahun dari tarikh persaraan

Hong Leong Akaun Semasa-i PowerSME Terma & Syarat

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

GARIS PANDUAN BAGI LAYANAN CUKAI KE ATAS PENDAPATAN FAEDAH BAGI INDUSTRI PAJAK GADAI

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

TERMA DAN SYARAT WANG TUNAI PERIBADI (PERSONAL CASH)

PLUS Tarikh: 21/01/2015. Pelan Takaful ini matang apabila Orang Yang Dilindungi berumur seratus (100) tahun.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

1. Apa produk ini berkenaan?

SPB1M. BSN memberi perkhidmatan kepada pengusaha bas sekolah untuk ditukar ganti kepada bas baru tertakluk kepada:

TERMA & SYARAT ( T&S ) ( T&S ):- KELAYAKAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD KBM 2.1/2007 (KOTA MAS) No.Pendaftaran 1/1922

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

PEMBIAYAAN PERIBADI-I TAWARRUQ

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD D/A MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA, 103, JALAN TEMPLER, PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP24: GARIS PANDUAN PELABURAN HARTA TAK ALIH BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP14 : GARIS PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI

KOPERASI TELEKOM MALAYSIA BERHAD KBM 2.1/2007 (KOTA MAS) No.Pendaftaran 1/1922

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

PERHATIAN : PEMBIAYAAN TAWARRUQ. Tarikh : Masa : Tandatangan : Tandatangan Anggota Lembaga Tarikh: 1. Nama Anggota (Seperti Kad Pengenalan)

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Akaun Perniagaan-i Terma & Syarat (Berkuatkuasa: 5 Disember 2016)

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 JLD 11 ( 100 ) 31 Julai 2014 PEKELILING PENGURUSAN BIL.9 TAHUN 2014

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Kurang RM1, % RM1,000 dan lebih 0.50% PENGIRAAN FAEDAH ASAS. Baki Hujung Hari x Faedah Asas Bilangan Hari Sebenar Tahun Tersebut

Transkripsi:

1 / 12 SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA PEMBIAYAAN ISLAM BERASASKAN JUAL BELI BAHAGIAN A: PENGENALAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B dan subseksyen 51(1) Akta Koperasi 1993 (Akta) untuk menyeragamkan pemberian ibra (rebat) bagi melindungi kepentingan anggota dan memperkemaskan lagi aktiviti pembiayaan berlandaskan Syariah dalam sektor koperasi. LATAR BELAKANG 2. Ibra secara konsepnya bermaksud seseorang menggugurkan hak tuntutannya ke atas tanggungan (zimmah) pihak lain yang perlu dilaksanakan terhadapnya. Dalam konteks kewangan Islam, ibra merujuk kepada rebat yang diberikan oleh satu pihak kepada satu pihak lain dalam urusan muamalat seperti jual beli dan sewaan.

2 / 12 3. Dalam erti kata lain, ibra adalah suatu tindakan oleh seseorang untuk melepaskan haknya bagi mengutip bayaran hutang daripada seorang yang lain. Koperasi boleh memberi ibra kepada pelanggan pembiayaan berasaskan kontrak jual beli yang melunaskan hutang mereka sebelum tempoh penyelesaian (early settlement) yang telah dipersetujui sebagaimana ditentukan dalam perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua pihak. Contoh pembiayaan berasaskan kontrak jual beli adalah seperti Murabahah atau Bai-Bithaman Ajil. 4. Dalam kontrak pembiayaan berasaskan jual beli, pelanggan dikehendaki menyelesaikan harga jualan (merangkumi jumlah prinsipal dan margin keuntungan), tanpa mengambil kira sama ada kontrak tersebut berasaskan pembayaran harga bertangguh atau tunai atau spot (lani). Bagi pembiayaan pembayaran harga bertangguh, secara prinsipnya koperasi berhak membuat tuntutan daripada pelanggan ke atas keseluruhan baki harga jualan termasuk bahagian keuntungan bertangguh walaupun pembiayaan tersebut diselesaikan lebih awal. Dalam keadaan ini, koperasi digalakkan memberi ibra kepada pelanggannya bagi kes penyelesaian awal dengan melepaskan hak tuntutan koperasi ke atas hutang yang masih mempunyai bahagian keuntungan bertangguh. 5. Pemberian ibra adalah penting untuk koperasi kekal bersaing dengan penyedia perkhidmatan kewangan konvensional yang membenarkan pelanggan membayar prinsipal dan faedah terakru sehingga tarikh penyelesaian awal sahaja. Selain kes penyelesaian awal, keadaan lain yang boleh diberikan ibra adalah termasuk penyelesaian hutang akibat penstrukturan semula, kes kemungkiran dan penamatan kontrak. Pendekatan sebegini juga konsisten dengan amalan dalam lanskap pembiayaan Islam negara dan meletakkan koperasi dalam kedudukan sama dengan penyedia perkhidmatan kewangan Islam lain untuk memberi perkhidmatan pembiayaan Islam kepada masyarakat yang memerlukan.

3 / 12 6. Berdasarkan pemerhatian, terdapat beberapa koperasi menggunakan budi bicara dalam pemberian ibra dan memasukkan komitmen tersebut dalam surat tawaran dan dokumen perundangan pembiayaan. Manakala terdapat koperasi lain yang tidak langsung mengguna pakai pemberian ibra. Amalan berbeza ini di kalangan koperasi hendaklah diseragamkan bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat umum dan dalam masa yang sama supaya lebih telus serta jelas. BAHAGIAN B: PEMBERIAN IBRA KEHENDAK DASAR 7. Koperasi dikehendaki memberi ibra kepada semua pelanggan yang membuat penyelesaian pembiayaan sebelum tempoh akhir pembiayaan. Penyelesaian sebelum tempoh akhir pembiayaan hendaklah sekurang-kurangnya dalam keadaan berikut: (c) (d) Pelanggan yang membuat penyelesaian awal atau penebusan awal, termasuklah yang berlaku disebabkan oleh amalan prapembayaran (prepayments); Penyelesaian kontrak pembiayaan asal akibat penstrukturan semula pembiayaan; Penyelesaian dalam kes kemungkiran pelanggan; dan Penyelesaian pelanggan bagi penamatan atau pembatalan pembiayaan sebelum tarikh matang.

4 / 12 8. Koperasi boleh mengamalkan konsep pembiayaan pada kadar pulangan tetap atau pemberian pembiayaan kadar boleh ubah. Sekiranya koperasi mengamalkan konsep pemberian pembiayaan kadar boleh ubah, koperasi hendaklah memberi ibra berdasarkan perbezaan di antara amaun keuntungan dikira berasaskan kadar keuntungan siling/berkontrak [Ceiling/Contracted Profit Rate (CPR)] dan amaun keuntungan berasaskan kadar keuntungan efektif [Effective Profit Rate (EPR)]. Ibra hendaklah diberi sekiranya keuntungan berasaskan EPR adalah rendah daripada keuntungan berasaskan CPR. 9. Koperasi hendaklah memberi ibra kepada: Semua pelanggan sedia ada yang masih mempunyai kontrak pembiayaan dengan koperasi sebelum tarikh penguatkuasaan garis panduan ini; dan Semua pelanggan baharu yang membuat kontrak pembiayaan selepas tarikh penguatkuasaan garis panduan ini. KOMITMEN UNTUK MENYEDIAKAN IBRA 10. Koperasi dikehendaki menyatakan satu klausa mengenai komitmen untuk menyediakan ibra dalam surat tawaran dan dokumen perundangan lain berkaitan pembiayaan berasaskan pembiayaan berasaskan jual beli. Peruntukan mengenai ibra hendaklah menetapkan secara minimum perkara berikut: Situasi di mana ibra hendaklah diberi oleh koperasi; dan Kaedah pengiraan ibra bagi setiap situasi, yang mana berkaitan. 11. Koperasi hendaklah memasukkan peruntukan di para 10 di atas mengenai komitmen dan kaedah pengiraan ibra yang diguna pakai bagi pembiayaan baharu yang dibuat pada atau selepas tarikh penguatkuasaan garis panduan ini. Bagi kontrak pembiayaan sedia ada yang dibuat sebelum tarikh penguatkuasaan garis panduan ini,

5 / 12 koperasi hanya perlu memaklumkan penggunaan dan kaedah pengiraan ibra melalui suatu notis bertulis. 12. Pelanggan hendaklah dimaklumkan mengenai syarat dan prosedur pemberian ibra oleh koperasi. Bagi pembiayaan baharu yang dibuat pada atau selepas tarikh penguatkuasaan garis panduan ini, syarat dan prosedur hendaklah dimaklumkan kepada setiap penerima biaya melalui lembaran penzahiran produk. Bagi kontrak pembiayaan sedia ada yang dibuat sebelum tarikh pelaksanaan garis panduan ini, koperasi dikehendaki memaklumkan syarat dan prosedur kepada penerima biaya bersama notis pemakaian ibra. 13. Koperasi dikehendaki memastikan penerima biaya dimaklumkan mengenai pemakaian ibra dalam (c) penyata penebusan; dokumen lain dikeluarkan kepada penerima biaya bagi tujuan tuntutan bayaran balik (contohnya surat atau notis tuntutan); dan penyata tuntutan bagi kes litigasi. 14. Bagi tujuan di para 13, koperasi hendaklah sekurang-kurangnya menzahirkan perkara berikut: Komitmen untuk pemberian ibra dalam penyata tuntutan, penyata penebusan dan dokumen lain seperti surat atau notis tuntutan; dan Kaedah pengiraan ibra dan syarat berkaitan pemberian ibra dalam penyata penebusan dan dokumen lain seperti surat atau notis tuntutan.

6 / 12 PENGIRAAN IBRA 15. Secara prinsipnya, koperasi boleh memberi ibra sehingga jumlah amaun baki pembiayaan atau harga jualan kepada penerima biaya. 16. Walau apa pun, apabila penyelesaian pembiayaan sebelum tarikh matang dibuat, koperasi hendaklah memperoleh kembali baki kos pembelian (baki amaun prinsipal pembiayaan) daripada penerima biaya. Oleh itu, amaun ibra yang boleh diberikan kepada penerima biaya adalah amaun keuntungan belum akru pada masa penyelesaian pembiayaan dibuat. CAJ PENYELESAIAN AWAL 17. Koperasi tidak dibenarkan menuntut apa-apa caj penalti daripada penerima biaya yang membuat penyelesaian awal dalam tempoh masa yang ditentukan (lock-in period), melainkan caj bagi kos yang ditanggung oleh koperasi disebabkan penyelesaian awal penerima biaya. 18. Caj penyelesaian awal pembiayaan boleh yang dikenakan ke atas penerima biaya yang membayar balik pembiayaan secara sebahagian atau sepenuhnya dalam tempoh masa lock-in, hendaklah berasaskan anggaran kos munasabah yang ditanggung oleh koperasi akibat daripada penyelesaian sebelum tarikh matang tersebut. Kos ini bolehlah termasuk: Kos yang belum diperoleh kembali disebabkan kontrak pembiayaan mempunyai elemen diskaun pada peringkat awal tempoh pembiayaan; dan Kos permulaan yang belum diperoleh kembali. Contohnya bagi produk pembiayaan peribadi di mana caj pemprosesan tidak dikenakan atau bagi produk pembiayaan perumahan di bawah konsep zero moving cost, caj peguam diserap oleh koperasi.

7 / 12 19. Caj penyelesaian awal hendaklah tidak bersifat mendenda atau menghalang penerima biaya daripada bertukar-ganti (switching) atau menutup akaun pembiayaan. Caj sedemikian hendaklah tidak mengambil kira kos berikut: Kerugian daripada keuntungan yang sepatutnya diperoleh sekiranya pembiayaan diteruskan sehingga akhir tempoh lock-in atau tempoh matang; dan Kos pemasaran dan kos-kos lain berkaitan untuk mendapatkan penerima biaya baharu. 20. Rajah di bawah menunjukkan pemberian ibra bagi penyelesaian awal oleh penerima biaya. Penyelesaian Awal oleh Penerima Biaya Tarikh Pembiayaan Dikeluarkan Tarikh Matang Senario 1 Bayaran Mengikut Jadual Kos Belian/Prinsipal Keuntungan Belum Akru Kos Jualan Tarikh Pembiayaan Dikeluarkan Tarikh Penyelesaian Awal Tarikh Matang Senario 2 Penyelesaian Awal Keuntungan Belum Akru Kos Belian/Prinsipal Ibra Caj penyelesaian awal (jika ada)

8 / 12 21. Fi dan caj yang relevan selain daripada caj penyelesaian awal, sekiranya ada, boleh dikenakan kepada penerima biaya berdasarkan kepada GP7: Garis Panduan Pembiayaan Islam oleh Koperasi (Pindaan) 2015. PENZAHIRAN KETIKA MENGADAKAN KONTRAK PEMBIAYAAN 22. Koperasi dikehendaki menzahirkan kaedah pemakaian ibra melalui ilustrasi yang disesuaikan mengikut terma pembiayaan bagi rujukan dan kefahaman yang mudah kepada penerima biaya. Ilustrasi sedemikian hendaklah sekurang-kurangnya termasuk butiran berikut: (c) (d) Amaun yang perlu dibayar bagi setiap ansuran. Bagi pembiayaan kadar boleh ubah, koperasi perlu menzahirkan CPR dan EPR semasa serta amaun yang perlu dibayar bagi setiap ansuran di bawah CPR dan EPR semasa; Pembahagian prinsipal dan bayaran keuntungan setiap ansuran; Baki prinsipal dan baki harga jualan selepas setiap ansuran; dan Keuntungan belum akru. 23. Koperasi perlu menyediakan ilustrasi jadual bayaran daripada ansuran pertama sehingga ansuran terakhir bagi pembiayaan kadar pulangan tetap. Bagi pembiayaan kadar boleh ubah, koperasi hendaklah menyediakan jadual pembayaran bagi 12 bulan ansuran sebagai panduan kepada penerima biaya. Sila rujuk Lampiran untuk contoh ilustrasi jadual bayaran pembiayaan kadar pulangan tetap. 24. Koperasi hendaklah memaklumkan penerima biaya bahawa ilustrasi yang disediakan hanyalah berbentuk contoh dan mengenai keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan perubahan amaun pada jadual pembayaran seperti perubahan kadar keuntungan efektif (bagi pembiayaan kadar boleh ubah), prapembayaran, bayaran separa dan ketepatan masa bayaran ansuran yang dibuat oleh pelanggan.

9 / 12 BAHAGIAN C: DASAR AM DAN PEMAKAIAN DASAR AM DAN PENTADBIRAN 25. Koperasi dikehendaki mewujudkan dasar dalaman dan prosedur pelaksanaan ibra yang jelas dan komprehensif. Dasar dalaman hendaklah sekurang-kurangnya termasuk perkara berikut: Senarai kos bagi caj penyelesaian awal yang dibenarkan oleh jawatankuasa Syariah koperasi; dan Proses dan prosedur dalam penetapan ibra termasuk proses koordinasi di kalangan bahagian atau jabatan terlibat dalam penetapan ibra (iaitu bahagian atau jabatan undang-undang, pemulihan (recovery), litigasi dan unit Syariah di koperasi). 26. Koperasi perlu menjalankan pengawasan yang efektif ke atas pelaksanaan ibra. Jawatankuasa Syariah koperasi hendaklah berpuas hati mengenai: dasar dalaman dan prosedur koperasi bagi setiap keadaan ibra dan pelaksanaannya; dan caj penyelesaian awal yang ditetapkan adalah munasabah. 27. Bagi memastikan amaun ibra yang diberi kepada penerima biaya adalah tepat dan munasabah, koperasi hendaklah mempunyai sistem maklumat dan perekodan yang berupaya untuk: menjana jadual pembayaran yang betul dan tepat pada masanya, surat atau notis tuntutan dan penyata penebusan bagi tujuan penyelesaian dan pemulihan (recovery);

10 / 12 (c) mengesan kadar keuntungan efektif yang digunakan kepada setiap ansuran bagi setiap kemudahan pembiayaan (untuk pembiayaan kadar boleh ubah); dan mengenalpasti kos ditanggung oleh koperasi bagi tujuan penetapan caj penyelesaian awal, yang munasabah. 28. Koperasi hendaklah memastikan dokumen perundangan yang lengkap disediakan dan kes litigasi dikendalikan oleh kakitangan atau penyedia khidmat luaran yang berkelayakan dan berkemahiran. Dalam hal ini, koperasi hendaklah memastikan mereka mempunyai pemahaman yang diperlukan dan secukupnya mengenai dasar serta pelaksanaan ibra. PEMAKAIAN DAN TARIKH KUAT KUASA 29. Semua koperasi dikehendaki mematuhi peruntukan di bawah Akta, Peraturan- Peraturan, perintah dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa. 30. Garis panduan ini dikuatkuasakan pemakaiannya mulai pada 1 Julai 2015. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA 1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN (DATUK LAMIEN BIN SAWIYO) Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia Tarikh: 14 Mei 2015

GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAAN IBRA (REBAT) BAGI 11 / 12 ILUSTRASI PEMBIAYAAN KADAR TETAP Lampiran Sampel ilustrasi bagi pembiayaan kadar tetap yang merangkumi jadual pembayaran yang disesuaikan dengan situasi biasa beserta pemakaian ibra dan pengiraan amaun penyelesaian. Harga Jualan = RM365,136 Kadar Pulangan Tetap = 9% Tempoh Pinjaman = 180 bulan Harga Belian = RM200,000 Ansuran = Bulanan No. Tarikh Bayaran Ansuran Pulangan Kos Belian Baki Harga Jualan Baki Kos Belian Keuntungan Belum Akru 0 30-06-2015 - - - 365,135.97 200,000.00 165,135.97 1 31-07-2015 2,028.53 1,500.00 528.53 363,107.44 199,471.47 163,635.97 2 31-08-2015 2,028.53 1,496.04 532.50 361,078.91 198,938.97 162,139.93 3 30-09-2015 2,028.53 1,492.04 536.49 359,050.38 198,402.48 160,647.89 4 31-10-2015 2,028.53 1,488.02 540.51 357,021.85 197,861.96 159,159.87 5 30-11-2015 2,028.53 1,483.96 544.57 354,993.32 197,317.40 157,675.91 6 31-12-2015 2,028.53 1,479.88 548.65 352,964.79 196,768.74 156,196.03 7 31-01-2016 2,028.53 1,475.77 552.77 350,936.26 196,215.98 154,720.26 48 30-06-2019 2,028.53 1,277.62 750.91 267,766.53 169,598.40 98,167.98 49 31-07-2019 2,028.53 1,271.99 756.55 265,738.00 168,841.85 96,895.99 50 31-08-2019 2,028.53 1,266.31 762.22 263,709.47 168,079.63 95,629.68 51 30-09-2019 2,028.53 1,260.60 767.94 261,680.94 167,311.70 94,369.08 52 31-10-2019 2,028.53 1,254.84 773.70 259,652.41 166,538.00 93,114.24 53 30-11-2019 2,028.53 1,249.04 779.50 257,623.88 165,758.50 91,865.20 175 31-01-2030 2,028.53 88.93 1,939.60 10,143.22 9,918.39 224.30 176 29-02-2030 2,028.53 74.39 1,954.15 8,114.69 7,964.25 149.91 177 31-03-2030 2,028.53 59.73 1,968.80 6,086.16 5,995.44 90.18 178 30-04-2030 2,028.53 44.97 1,983.57 4,057.63 4,011.88 45.21 179 31-05-2030 2,028.53 30.09 1,998.44 2,029.10 2,013.43 15.12 180 30-06-2030 2,028.53 15.10 2,013.43 0.57 0.00 0.00

GP7B: GARIS PANDUAN PEMBERIAAN IBRA (REBAT) BAGI 12 / 12 Ilustrasi Pengiraan Penyelesaian awal pembiayaan: Pelanggan memohon bagi membuat penyelesaian awal pada ansuran bulan ke-48. Caj penyelesaian awal tidak dikenakan kepada pelanggan. (i) Keuntungan belum akru = RM98,167.98 (ii) Baki harga jualan = RM267,766.53 (iii) Ansuran patut dibayar pada bulan ke-48 = RM2,028.53 (iv) Caj penyelesaian awal = RM0.00 Kaedah pengiraan: Ibra = Keuntungan belum akru Caj penyelesaian awal = 98,167.98 0.00 = 98,167.98 Jumlah Penyelesaian = Baki harga jualan + Ansuran patut dibayar Ibra = 267,766.53 + 2,028.53 98,167.98 = 171,627.08