Terima kasih kerana memuat turun sampel ebook daripada: EbookTarbiyah.Com

dokumen-dokumen yang mirip
Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Yang Diizinkan Tidak Berpuasa

BAB IV KONSEP SAKIT. A. Ayat-ayat al-qur`an. 1. QS. Al-Baqarah [2]:

Lailatul Qadar. Surah Al Qadr 97 : 1-5

(Bab 1 hingga Bab 7) Siri Rujukan Cepat Tarbiyah. Diringkas & disaring daripada Kitab Himpunan Hadis Al-Adab. HADIS Siri #1

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Mengganti Puasa Yang Ditinggalkan

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

TAHAJJUD (QIAMUL LAIL) & WITIRNYA. Oleh: Rasul bin Dahri

Tafsir Depag RI : QS Al Baqarah 284

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 5 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Orang Yang Meninggal Namun Berhutang Puasa

Tafsir Depag RI : QS Al Baqarah 286

HADITS TENTANG RASUL ALLAH

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

Berkahilah untuk ku dalam segala sesuatu yang Engkau keruniakan. Lindungilah aku dari keburukannya sesuatu yang telah Engkau pastikan.

Qawaid Fiqhiyyah. Niat Lebih Utama Daripada Amalan. Publication : 1436 H_2015 M

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Anjuran Mencari Malam Lailatul Qadar

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Tafsir Depag RI : QS Al Baqarah 285

Menzhalimi Rakyat Termasuk DOSA BESAR

Berkompetisi mencintai Allah adalah terbuka untuk semua dan tidak terbatas kepada Nabi.

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP PRAKTIK PENGULANGAN PEKERJAAN BORONGAN PEMBUATAN TAS DI DESA KRIKILAN KECAMATAN DRIYOREJO KECAMATAN GRESIK

Konsisten dalam kebaikan

Bagi YANG BERHUTANG. Publication: 1434 H_2013 M. Download > 600 ebook Islam di PETUNJUK RASULULLAH

Syarah Istighfar dan Taubat

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Tema: Keutamaan Akrab Dengan Al Qur an

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Adab makan berkaitan dengan apa yang dilakukan sebelum makan, sedang makan dan sesudah makan.

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Mengabulkan DO A Hamba-Nya

KOMPETENSI DASAR INDIKATOR:

Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang, dan salam kepada para Rasul serta segala puji bagi Tuhan sekalian alam.

2. Tauhid dan Niat ]رواه مسلم[

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor 4 Tahun 2003 Tentang PENGGUNAAN DANA ZAKAT UNTUK ISTITSMAR (INVESTASI)

UNTUK KALANGAN SENDIRI

SULIT 1223/2 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 2 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

Hadits-hadits Shohih Tentang


PERAYAAN NATAL BERSAMA

Wa ba'du: penetapan awal bulan Ramadhan adalah dengan melihat hilal menurut semua ulama, berdasarkan sabda Nabi r:

Tatkala Menjenguk Orang Sakit

Hukum Menyekolahkan Anak di Sekolah Non-Muslim

Post

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

TAFSIR SURAT AL-BAYYINAH

Adzan Awal, Shalawat dan Syafaatul Ujma ADZAN AWAL, MEMBACA SHALAWAT NABI SAW, DAN SYAFA ATUL- UZHMA

JABATAN PELAJARAN TERENGGANU SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 PENDIDIKAN ISLAM

Maka dirikanlah shalat karena Rabbmu; dan berkorbanlah. (QS. al-kautsar:2)

Dari segi bahasa : menutupi atau mengingkari.

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 2/MUNAS VII/MUI/6/2005 Tentang PERDUKUNAN (KAHANAH) DAN PERAMALAN ( IRAFAH)

ZAKAT PENGHASILAN. FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor 3 Tahun 2003 Tentang ZAKAT PENGHASILAN

MUZARA'AH dan MUSAQAH

Qawa id Fiqhiyah. Pertengahan dalam ibadah termasuk sebesar-besar tujuan syariat. Publication: 1436 H_2014 M

Mengadu Domba Sesama Muslim. E-Artikel dari UstadzAris.com

ف ان ت ه وا و ات ق وا الل ه ا ن الل ه ش د يد ال ع ق اب

DOA dan DZIKIR. Publication in PDF : Sya'ban 1435 H_2015 M DOA DAN DZIKIR SEPUTAR PUASA

KAIDAH FIQH. Perubahan Sebab Kepemilikan Seperti Perubahan Sebuah Benda. حفظو هللا Ustadz Ahmad Sabiq bin Abdul Lathif Abu Yusuf

HADITS TENTANG RASUL ALLAH

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME (SET 12) TAJUK: LAPORAN AKHIR VIDEO THE UNSUNG HERO DISEDIAKAN UNTUK:

Oleh: Shahmuzir bin Nordzahir

Serial Bimbingan & Penyuluhan Islam

APA PEDOMANMU DALAM BERIBADAH KEPADA ALLAH TA'ALA?

MENTASHARUFKAN DANA ZAKAT UNTUK KEGIATAN PRODUKTIF DAN KEMASLAHATAN UMUM

Asas-Asas Sistem Muamalat Islam

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

MENGIKUT JAMAAH MUSLIMIN

BAB IV ANALISIS METODE ISTINBA<T} HUKUM FATWA MUI TENTANG JUAL BELI EMAS SECARA TIDAK TUNAI

ة س ى اهو اهر خ اهر خ ى

Sunnah menurut bahasa berarti: Sunnah menurut istilah: Ahli Hadis: Ahli Fiqh:

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

Dengan nama Allah, maha pengasih dan penyayang. Salam kepada semua Nabi dari yang terdahulu hingga yang akhir.

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

PANDUAN ISLAMI DALAM MENAFKAHI ISTRI

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 3 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

BAB I PENDAHULUAN. A. Latar Belakang Masalah. Al-Qur an merupakan kitab suci umat Islam yang berisi firman Allah

SUMPAH PALSU Sebab Masuk Neraka

I. PENDAHULUAN A. LATAR BELAKANG

dan kepada kaum perempuan (sesama) mereka (QS an-nur [24]: 31).

Akal Yang Menerima Al-Qur an, dan Akal adalah Hakim Yang Adil

KAIDAH FIQH. Sama saja antara orang yang merusak milik orang lain baik dengan sengaja, tidak tahu, ataupun lupa

HambaKu telah mengagungkan Aku, dan kemudian Ia berkata selanjutnya : HambaKu telah menyerahkan (urusannya) padaku. Jika seorang hamba mengatakan :

PENYERANGAN AMERIKA SERIKAT DAN SEKUTUNYA TERHADAP IRAK

Pengertian Ikhlas. Syaikh Muhammad Bin Shalih al-'utsaimin. rahimahullah. Terjemah : Muhammad Iqbal A. Gazali Editor : Eko Haryanto Abu Ziyad

حفظو هللا Oleh : Ustadz Muhammad Wasitho Abu Fawaz, Lc, MA. Publication : 1437 H_2016 M. Keutamaan Tauhid dan Bahaya Syirik

MERAIH KESUKSESAN DAN KEBAHAGIAAN HIDUP DENGAN MENELADANI RASULULLAH

(الإندونيسية بالغة) Wara' Sifat

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Jawaban yang Tegas Dari Yang Maha Mengetahui dan Maha Merahmati

BAB IV. A. Analisis Terhadap Dasar Hukum yang Dijadikan Pedoman Oleh Hakim. dalam putusan No.150/pdt.G/2008/PA.Sda

Jagalah Lisan ك ب ع ا ي س ئ ىل

Bacaan Tahlil Lengkap

Penakwilan ini sesuai dengan sejumlah riwayat yang ada dari Ibnu Abbas dan yang lainnya :

Al-Muhiith, Al-Wakiil dan Al-Fattaah

BAB IV ANALISIS TERHADAP JUAL BELI IKAN BANDENG DENGAN PEMBERIAN JATUH TEMPO DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

Makna Islam dan iman

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

Transkripsi:

Terima kasih kerana memuat turun sampel ebook daripada: EbookTarbiyah.Com

BAB 1: BERBAKTI KEPADA IBUBAPA Objektif Hadis: Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat: 1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis yang mulia ini. 2. Menyatakan amalan-amalan mulia yang disebutkan oleh hadis ini. 3. Menjawab persoalan tentang perbezaan riwayat berkenaan amalan terbaik. 4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi daripada hadis ini.

Teks Hadis ع ن ع ب د االله ب ن م س ع و د ر ض ي االله ع ن ه ق ال : Daripada Abdullah bin Mas ud radhiallahu anhu, beliau berkata: س ا ل ت الن ب ي ص ل ى الل ه ع ل ي ه و س ل م: Aku telah bertanya kepada Nabi SAW: أ ي ال ع م ل أ ح ب إ ل ى الل ه ق ال : ال صلا ة ع ل ى و ق ت ه ا. Amalan manakah yang paling disukai oleh Allah? Baginda menjawab, Solat pada waktunya. ق ال : ث م أ ي ق ال : ب ر ال و ال د ي ن. Beliau bertanya lagi, Kemudian amalan apa pula? Baginda menjawab, Berbakti kepada ibubapa. ق ال : ث م أ ي ق ال : ال ج ه اد ف ي س ب يل الل ه. Beliau bertanya lagi, Kemudian apa? Baginda bersabda, Berjihad di jalan Allah. ق ال : ح دث ن ي ب ه ن و ل و اس ت ز د ت ه ل ز اد ن ي. Beliau berkata lagi, Baginda telah berbicara kepadaku tentang semua itu. Jika aku meminta Baginda menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah lagi untukku. ر و اه ال ب خ ار ي (Riwayat Bukhari).

Periwayat Hadis: Abdullah bin Mas ud radhiallahu anhu merupakan seorang ulama Fiqh di kalangan para Sahabat. Beliau menyertai Perang Badar dan semua perang bersama Rasulullah SAW. Huraian Hadis: 1. Solat pada Waktunya Maksudnya mengerjakan solat dalam waktunya secara tunai, bukan secara qadha di luar waktu. Namun begitu, solat pada awal waktunya lebih baik dan lebih mulia. Ini berdasarkan hadis riwayat Ummu Farwah radhiallahu anha bahawa Rasulullah SAW bersabda: أ ف ض ل ا لا ع م ال ال صلا ة ف ي أ ول و ق ت ه ا Amalan yang terbaik ialah solat pada awal waktunya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi & Al-Hakim)

2. Berbakti kepada Ibubapa Berbakti kepada ibubapa, iaitu dengan cara berbuat baik, melakukan perkara yang elok serta menggembirakan mereka. Seperti firman Allah SWT: 5 4 3 21 0 /. >= < ; : 9 8 7 6 Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua ibubapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya (Al-Ankabut 29: 8) Sebab turunnya ayat di atas ialah: Ibu kepada Saad bin Abi Waqas RA (iaitu Hamnah binti Sufyan bin Umayyah, sepupu Abu Sufyan) telah bersumpah tidak akan bercakap kepada Saad selama-lamanya, sehingga beliau kufur dengan agama (Islam yang baru dianuti)nya. Ibunya berkata; Kamu pernah mendakwa bahawa Allah telah menyuruh kamu supaya berbuat baik kepada dua ibubapa kamu. Aku ini adalah ibumu! Aku menyuruh kamu dengan perkara ini (keluar dari Islam)!

Lalu turunlah ayat, Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua ibubapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya (Riwayat Ahmad, Muslim dan At-Tirmidzi) Ayat ini berpesan tentang hak kedua ibubapa, dan perintah agar kita mentaati keduanya walaupun mereka masih kafir. Tetapi ketaatan tersebut bersyarat, iaitu bukan dalam suruhan mensyirikkan Allah SWT seperti tindakan ibu Saad RA itu. Ini selari dengan Sabda Rasulullah SAW: لا ط اع ة لا ح د ف ي م ع ص ي ة االله. إ ن م ا الط اع ة ف ي ال م ع ر وف Tiada ketaatan kepada sesiapa dalam menderhakai Allah. Sesungguhnya ketaatan itu hanyalah dalam melakukan perkara yang baik. (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud & An-Nasa i)

لا ط اع ة ل م خ ل وق ف ي م ع ص ي ة ال خ ال ق Tiada ketaatan kepada mana-mana makhluk dalam menderhakai Tuhan yang Maha Pencipta. (Riwayat Ahmad dan al-hakim) Berbuat baik kepada ibubapa juga merangkumi berbuat baik kepada rakan-rakan mereka, seperti yang diriwayatkan dalam Sohih Bukhari dan Sohih Muslim. Seorang penyair Arab telah berkata; Muliakanlah kawan bapamu di mana jua kamu menemuinya. Demi Allah, sesungguhnya kamu telah menderhakai bapamu jika kamu tidak berbuat demikian. Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman: T SR Q bahawa bersyukurlah kepada-ku dan kepada kedua ibubapamu (Luqman 31: 14) Mengenai ayat ini, Sufyan bin Uyainah telah berkata; Sesiapa yang menunaikan solat 5 waktu, maka dia

telah bersyukur kepada Allah Taala. Sesiapa yang berdoa untuk kedua ibubapanya selepas solat, maka dia telah berterima kasih kepada mereka. 3. Berjihad di Jalan Allah Antara bentuk-bentuk jihad di jalan Allah adalah berjihad bagi mempertahankan tanah air dan tempat tinggal, sehingga kita dapat beribadah kepada Allah SWT dalam keadaan selamat (diri, keluarga, maruah dan harta kita). Dalam hadis ini, berbuat baik kepada ibubapa disebut sebelum jihad, kerana jihad itu bergantung kepada berbuat baik kepada ibubapa. Ini kerana di antara tuntutan berbuat baik kepada ibubapa adalah meminta keizinan mereka untuk berjihad. Biasanya orang berpandangan berbuat baik baik kepada ibubapa adalah lumrah, iaitu sebagai membalas budi ibubapa yang membesarkan mereka sejak kecil. Namun, dengan mendahului berbuat baik kepada ibubapa berbanding jihad, Rasulullah SAW telah memperingatkan kita tentang fadhilat yang besar dalam perbuatan tersebut.

Kelebihan jihad di jalan Allah SWT seperti firman-nya dalam Al-Qur an: z y x w v u t s r q p o Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? ے ~ } { «ª (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, µ ³ ² ± Á À ¾ ½¼» º ¹ Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Í Ì Ë ÊÉ È Ç Æ Å Äà  Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. (As-Saff 61: 10-13)

Kenapa terdapat perbezaan amalan yang disukai oleh Allah SWT dalam beberapa hadis Nabi SAW? Terdapat hadis yang menunjukkan bahawa memberi makan adalah sebaik-baik amalan, amalan yang paling disukai Allah SWT ialah amalan yang berterusan dan sebagainya. Ini berlainan dengan apa yang disebut dalam hadis ini bahawa amalan yang paling baik dan yang paling disukai Allah SWT ialah menunaikan solat dalam waktunya. Jawapan Nabi SAW berbeza kerana: Mengikut perbezaan keadaan orang yang bertanya. Maka, baginda menjawab berdasarkan keperluan, keinginan dan kesesuaian bagi mereka. Atau disebabkan perbezaan waktu, di mana amalan berkenaan pada waktu itu adalah lebih baik daripada amalan yang sama di masa yang lain. Ketika awal Islam, jihad merupakan amalan terbaik, kerana ia adalah jalan kepada melaksanakan amalan-amalan lain. Ia juga membolehkan pelaksanaan amalan-amalan tersebut.

Banyak nas juga yang menunjukkan bahawa solat lebih baik daripada sedekah. Walaupun begitu, pada ketika berkongsi kesusahan dengan orang yang terdesak, sedekah adalah lebih baik daripada solat. Atau sebab lain adalah, kerana perkataan afdhal bukanlah dimaksudkan sebagai amalan yang terbaik, tetapi bermaksud kelebihan secara umum, iaitu antara amalan-amalan terbaik. Jenis amalan yang disebutkan dalam hadis ini ialah amalan-amalan badaniyyah (yang dilakukan oleh anggota badan seperti solat, zakat, haji dan sebagainya). Oleh itu, tiada percanggahan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu anhu: Bahawa Rasulullah SAW telah ditanya, Amalan manakah yang paling baik? Lalu Baginda SAW menjawab: Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Ada orang bertanya lagi, Kemudian amalan apa? Baginda menjawab, Berjihad di jalan Allah. Ada orang bertanya lagi, Kemudian amalan manakah pula? Baginda SAW menjawab, Haji yang mabrur. (Riwayat Bukhari)

Saranan Tarbawi: Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut: 1. Menunaikan solat dalam waktunya, khususnya solat fardu Subuh. 2. Berbuat baik dan berbakti kepada kepada kedua ibubapa. 3. Berniat untuk berjihad di jalan Allah Taala dan melakukan persediaan mental, pemikiran dan fizikal untuk tujuan murni ini. Wallahu a lam. Selamat beramal!

BAB 2: LARANGAN BERJIHAD TANPA IZIN IBUBAPA Objektif Hadis: Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat: 1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis yang mulia ini. 2. Menjelaskan sebab keperluan meminta izin dua ibubapa terlebih dahulu sebelum berjihad. 3. Menjelaskan jenis jihad yang perlu mendapat keizinan dua ibubapa sebelum menyertainya. 4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi daripada hadis ini.

Teks Hadis ع ن ع ب د االله ب ن ع م ر و ب ن ال ع اص ر ض ي االله ع ن ه م ا ق ال : Daripada Abdullah bin Amru bin al- Ash radiallahu anhuma katanya: ق ال ر ج ل ل لن ب ى ص ل ى الل ه ع ل ي ه و س ل م : أ ج اه د Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi SAW, katanya, Bolehkah aku pergi berjihad? ق ال : أ ل ك أ ب و ان ق ال : ن ع م. Baginda SAW bertanya kembali, Adakah kamu masih mempunyai kedua ibubapa? Dia menjawab, Ya. ق ال : ف ف ي ه م ا ف ج ه د. Lalu Baginda SAW bersabda, Oleh itu, berjihadlah pada mereka berdua sahaja (dengan melawan nafsu kamu dalam berkhidmat dan meredhakan mereka). ر و اه ال ب خ ار ي و م س ل م Riwayat Bukhari dan Muslim. Tarbiyah Made Easy!! 14

Periwayat Hadis: Abdullah bin Amru bin al- Ash radhiallahu anhuma, anak-beranak ini merupakan dua orang sahabat Rasulullah SAW. Huraian Hadis: 1. Bolehkah Aku Pergi Berjihad? Dalam satu riwayat lain bahawa Abdullah bin Amru bin al- Ash RA berkata, Seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW bagi meminta izin Baginda SAW untuk berjihad. Lelaki ini tidak dinyatakan namanya. Ada pendapat mengatakan beliau adalah Jahimah bin al- Abbas as- Salami radhiallahu anhu. 2. Adakah Kamu Masih Mempunyai Dua Orang Tua? Dalam satu riwayat, Baginda SAW bertanya kembali kepada lelaki itu, Adakah kedua ibubapa kamu masih hidup? Lelaki itu menjawab bahawa kedua ibubapanya masih hidup. Tarbiyah Made Easy!! 15

3. Berjihadlah Pada Mereka Sahaja Maksud Baginda SAW, jika kamu masih mempunyai kedua ibubapa, maka berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk berbakti dan berbuat baik kepada mereka berdua, kerana sesungguhnya perbuatan itu menyamai kelebihan berperang menentang musuh. Hadis ini menunjukkan perkara yang sama seperti hadis daripada Abu Said radhiallahu anhu katanya: Seorang lelaki telah berhijrah (dari Yaman ke Madinah, dan meminta izin untuk berjihad). Lalu Nabi SAW bertanya kepadanya, Adakah ibubapa kamu masih ada di Yaman? Dia menjawab, Ya. Baginda SAW bertanya lagi, Adakah mereka telah mengizinkan kamu (untuk berjihad)? Dia menjawab, Belum. Baginda SAW bersabda, Pulanglah, lalu minta izin kepada mereka. Jika mereka mengizinkan, berjihadlah. Jika tidak, berbuat baiklah kepada mereka (dan jangan keluar berjihad). (Riwayat Ahmad) Tarbiyah Made Easy!! 16

Mengapa Rasulullah SAW mensyaratkan keizinan kedua ibubapa lelaki itu untuk berjihad? Kerana perasaan bimbangkan si anak yang mungkin terbunuh atau tercedera akan menyusahkan kedua ibubapanya. Oleh demikian, hadis ini adalah satu dalil bahawa: Berbuat baik kepada ibubapa lebih diutamakan berbanding jihad. Seseorang anak tidak boleh berjihad melainkan dengan izin ibubapanya. Tarbiyah Made Easy!! 17

Saranan Tarbawi: Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut: 1. Wajib meminta keizinan ibubapa untuk menyertai jihad yang hukumnya Fardu Kifayah. 2. Seseorang itu tidak wajib meminta keizinan untuk menyertai jihad yang hukumnya Fardu Ain. 3. Berbakti kepada ibubapa dan melayan mereka dengan cara yang baik, sekalipun mereka berada dalam maksiat atau kufur. Wallahu a lam. Selamat beramal! Tarbiyah Made Easy!! 18

BAB 3: LARANGAN MELAKNAT KEDUA IBUBAPA Objektif Hadis: Selepas mengkaji hadis ini, mutarabbi dapat: 1. Menerangkan maksud perkataan-perkataan dalam hadis yang mulia ini. 2. Menjelaskan dosa besar yang terdapat di dalam hadis ini. 3. Menjelaskan kepentingan menutup segala jalan yang boleh membawa kepada dosa besar. 4. Mengeluarkan beberapa saranan tarbawi daripada hadis ini.

Teks Hadis ع ن ع ب د االله ب ن ع م ر و ب ن ال ع اص ر ض ي االله ع ن ه م ا ق ال : Daripada Abdullah bin Amru bin al- Ash radiallahu anhuma katanya: ق ال ر س و ل االله ص ل ى االله ع ل ي ه و س ل م : Rasulullah SAW bersabda: إ ن م ن أ ك ب ر ال ك ب اي ر أ ن ي ل ع ن ال رج ل و ال د ي ه Sesungguhnya antara sebesar dosa-dosa besar adalah seseorang itu melaknat ibubapanya sendiri. ق ي ل : ي ا ر س ول الل ه و ك ي ف ي ل ع ن ال رج ل و ال د ي ه Lantas seseorang bertanya, Ya Rasulullah, bagaimanakah seseorang itu boleh melaknat ibubapanya sendiri? ق ال : ي س ب ال رج ل أ ب ا ال رج ل ف ي س ب أ ب اه و ي س ب أ مه. Baginda SAW menjawab, Seseorang itu memaki bapa orang lain, lalu orang itu memaki bapanya. Dia memaki ibu seseorang, lalu orang itu pula memaki ibunya. ر و اه ال ب خ ار ي و م س ل م و أ ب و د او د و الت ر م ذ ي Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud & Tirmidzi Tarbiyah Made Easy!! 20

Periwayat Hadis: Abdullah bin Amru bin al- Ash radhiallahu anhuma, anak-beranak ini merupakan dua orang sahabat Rasulullah SAW. Huraian Hadis: 1. Dosa Besar Melaknat Ibubapa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya antara sebesar dosa-dosa besar adalah seseorang itu melaknat ibubapanya sendiri. Lafaz ini menunjukkan bahawa dosa-dosa besar itu mempunyai tahap-tahap yang berbeza dan sabahagiannya lebih besar daripada yang lain. Ini merupakan pandangan majoriti para ulama. Melaknat, memaki dan mencaci ibubapa merupakan antara dosa-dosa besar atau antara sebesar-besar dosa besar, kerana perbuatan tersebut adalah satu bentuk penderhakaan. Ia juga merupakan perbuatan buruk dalam membalas jasa kedua ibubapa kita. Malah, satu tindakan tidak berterima kasih dan mengingkari hak mereka berdua. Tarbiyah Made Easy!! 21

2. Bagaimana Seorang Anak Melaknat Ibubapanya? Lantas seseorang bertanya, Ya Rasulullah, bagaimanakah seseorang itu boleh melaknat ibubapanya sendiri? Orang yang bertanya tersebut berasa pelik dan tidak munasabah bahawa seseorang anak akan melakukan perbuatan tersebut kepada ibubapanya sendiri. Ini kerana sifat semulajadi manusia yang normal enggan melakukannya. Lalu Nabi SAW menjawab sambil menerangkan bahawa biasanya si anak itulah yang menjadi punca kepada kedua ibubapanya dicaci, sekalipun dia tidak mencacinya mereka dengan mulutnya sendiri. 3. Memaki Ibubapa Orang Lain Baginda SAW menjawab, Seseorang itu memaki bapa orang lain, lalu orang itu memaki bapanya. Dia memaki ibu seseorang, lalu orang itu pula memaki ibunya. Apabila telah dimaklumi bahawa menjadi punca kepada ibubapa dilaknat dan dimaki sahaja merupakan antara sebesar-besar dosa besar, maka melaknat dan memaki mereka sendiri secara jelas adalah lebih berat. Tarbiyah Made Easy!! 22

Dalam Fathu al-bari, al-hafiz Ibnu Hajr menyebut bahawa Ibnu Batthol berkata; Hadis ini merupakan dalil asas tentang kaedah Saddu az-zara I (iaitu menghalang jalan atau punca yang boleh membawa kepada perkara haram). Bagaimanakah kita dapat mengaplikasi kaedah hadis ini dalam hukum-hakam agama? Setiap perbuatan yang boleh membawa kepada sesuatu perkara yang haram, adalah haram dilakukan, sekalipun pembuatnya tidak berniat untuk melakukan perkara haram. Dalil asal kepada hadis ini ialah firman Allah SWT: ے~ } Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah selain daripada Allah. (Jika kamu mencercanya), mereka akan mencerca Allah secara melampui batas tanpa sebarang pengetahuan (Al-An am 6: 108) Tarbiyah Made Easy!! 23

Al-Mawardi mengeluarkan hukum dilarang menjual pakaian sutera kepada lelaki yang diyakini akan memakainya. Begitu juga haram menjual jus anggur atau lainnya kepada orang yang diyakini akan menggunakannya untuk membuat arak. Berhubung pengajaran hadis ini, Syeikh Abu Muhammad bin Abi Hamzah berkata: Dalam hadis ini terdapat dalil betapa besarnya hak kedua ibubapa. Sesiapa yang memaki bapa orang lain, maka orang itu boleh memaki bapanya. Boleh juga dia tidak membalas, tetapi biasanya dia akan membalas seumpama kata-kata yang dilemparkan kepadanya. Pelajar boleh meminta penjelasan gurunya mengenai kata-kata yang tidak jelas baginya, seperti pertanyaan Sahabat RA tersebut. Hadis ini mengesahkan kewujudan dosa-dosa besar. Asal (ibubapa dan ke atas) mengatasi cabangnya (anak dan ke bawah) berdasarkan kedudukan asal, sekalipun cabang itu mengatasi asalnya dengan beberapa sifat. Menderhakai ibubapa adalah salah satu daripada sebesar-besar dosa besar, sekalipun anak itu lebih hebat kerana memiliki sifat-sifat mulia yang tidak dimiliki oleh ibubapanya. Tarbiyah Made Easy!! 24

Saranan Tarbawi: Daripada hadis ini, dapat dipetik beberapa saranan tarbawi seperti berikut: 1. Hendaklah kita menutup segala punca yang boleh membawa kepada perkara yang menyakiti ibubapa, sekalipun kita tidak berniat begitu. 2. Orang yang memiliki sifat semulajadi yang normal, fitrahnya pasti enggan memaki ibubapanya. Sememangnya, tiada sesiapapun yang sanggup memaki ibubapanya sendiri. Wallahu a lam. Selamat beramal! Tarbiyah Made Easy!! 25