Pendidikan Tahfiz di Malaysia: Satu Sorotan Sejarah

dokumen-dokumen yang mirip
Ulasan Buku/Book Review

JABATAN UKUR BANGUNAN FAKULTI SENfBINA, PERANCANGAN DAN UKUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA DAN KEPERLUANNYA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA OLEH ENCIK ZAHARI DAUD

KULIT BUKU Depan

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PENGARUH KELANCARAN MEMBACA AL-QURAN TERHADAP KELANCARAN MEMBACA TEKS ARAB: KAJIAN KES DI KUIM. Mohd Zahimie Mohd Dzahid 1, Hakim Zainal 2

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

AhmAd JelAni halimi ishak saat 2010

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang

KERTAS CADANGAN BAGI SEMINAR KEMBANGSAAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) TAJUK : AL-QURAN: MEMARTABATKAN & MENGIKTIRAF AHLINYA DI

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

UCAPAN YBHG DATUK IR (DR) ABDUL RAHIM BIN HJ HASHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Haji Sulaiman bin Kaiat, Ketua Bahagian Sistem Maklumat dan Puan Kamariah binti Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka

UNIT FALAK, JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN: PERANAN DAN SUMBANGANNYA DALAM MENYEBARKAN ILMU FALAK DALAM ALAM MELAYU

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA: CABARAN DAN PENYELESAIAN

ECC 423 : KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

UNSUR KESANTUNAN DALAM TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN

BAB 1 PENGENALAN PROJEK

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PASUKAN PEMANTAU PENCEMARAN (3P) JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA JANUARI 2014

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

SISTEM PENGURUSAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA

Bab. Bab 2. Bab 1. Bab. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab 7. Bab

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Program Kongsi Ilmu Kolej Cosmopoint Kuching

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

TEKS UCAPAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM KUMPULAN UTUSAN SEMPENA NUZUL AL-QURAN BERSAMA ANGKASA DAN BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

: SMA Nurul Islam : KFT4002 : 1956 : Sekolah Harian : Menengah Bawah dan Atas

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

pertama ini, maka bermulalah perkembangan ilmu qiraat di negara ini secara rasminya.

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI NAMA PENSYARAH: DR MD. NOR BIN ABDULLAH NAMA PELAJAR: FATIMAH BINTI HUSSIN

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

PERSEPSI TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

KURSUS PASCA AKRAB BENGKEL DAN PROJEK AKRAB

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

BAB SATU PENGENALAN. Hikmat terbesar daripada penurunan al-qur an al-karim dengan tujuh

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

PROFILE MADRSAH TAHFIZ AS-SALIHIN

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN BAGI KERTAS PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29

PINDAAN AKTA 355: ANTARA HARAPAN DAN REALITI

YBHG. PROF DATUK DR. SHAHRIN SAHIB

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Katakunci : masalah pelajar perdana, latihan industri

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Politik Dan Perjuangan

LMCK PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH

SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN SEMASA (SIKCAS) 2013

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

DI MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PARA PEMENANG SAYEMBARA SENI KHAT JAWI DAN PERASMIAN PAMERAN SAYEMBARA SENI KHAT JAWI

warah matnllahi Ta'ala Assalamualaikum wa barokatah Dan selamat sejahtera.

PANDUAN KOMUNIKASI STAF UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

TEKS UCAPAN YBHG. KOL. PROF. DATUK DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DI MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL PENULISAN BUKU

Ucapan Aluan Pengarah SKM 3. Perutusan Pengerusi KRKB 4-5. Ahli Lembaga Koperasi 6-7. Carta Organisasi 8. Notis Mesyuarat 9. Aturcara Majlis 10

GE 1155 KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN SEMESTER 1, SESI 2015/2016

LAPORAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2015 YAYASAN MUSLIMIN

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

Bil 04/2010 Edisi APRIL

EKUINAS MELANCARKAN KUMPULAN PENDIDIKAN ILMU SALAH SATU PENYEDIA PENDIDIKAN SWASTA MILIK BUMIPUTERA TERBESAR DI MALAYSIA

PUSAT SUMBER DAN AGENSI-AGENSI MAKLUMAT

KOLEJ UNKOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 2/2007

RINGKASAN EKSEKUTIF PROGRAM BAKTI SISWA (BAKSIS)

CABARAN PENARAFAN SIJIL KURSUS ASAS PENGAJIAN ISLAM SEBAGAI PISH UMCCED

KOMPILASI PELUKIS-PELUKIS MODEN MALAYSIA DEKAD 80AN DAN 90AN

ISHAK SAAT MOHD AZHAR BAHARI

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

PIMKU 11 PENDIDIKAN ISLAM GOLONGAN MASALAH PENDENGARAN : TINJAUAN AWAL ISU DAN CABARAN DARI PERSPEKTIF GURU

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Borang Penyertaan Pertandingan Marhaban Piala Y.A.B Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Transkripsi:

Pendidikan Tahfiz di Malaysia: Satu Sorotan Sejarah Murihah Abdullah Abdul Hafiz Abdullah Arieff Salleh Rosman murihah16@gmail.com Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Faeez Ilias Fakulti Pendidikan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ABSTRAK Artikel ini membincangkan sejarah pendidikan tahfiz bermula pada zaman Tanah Melayu sehingga kini. Kronologi perbincangan bermula daripada sejarah ringkas kemasukan Islam ke Tanah Melayu. Seterusnya, artikel ini menelusuri perkembangan pendidikan al- Quran yang mewarnai pendidikan di Tanah Melayu. Manakala perbincangan berkisar tentang sejarah awal pendidikan tahfiz di Malaysia dijelaskan pada bahagian akhir artikel. Artikel ini diharap dapat memberikan maklumat tentang perkembangan pendidikan tahfiz agar perjuangan memartabatkan pendidikan tahfiz terus diperhebatkan. Kata kunci: pendidikan tahfiz, sejarah tahfiz di Malaysia, pendidikan al-quran 1.0 Pengenalan Pendidikan al-quran merupakan salah satu bidang teras dalam mendalami agama Islam. Secara umumnya, pendidikan al-quran bermula dengan pembelajaran paling asas tentang al-quran seperti mengenal huruf hijaiyah dan mengeja, membaca dan mempelajari hukum tajwid, serta mengkhatamkan al-quran. Formaliti tahap awal pendidikan al-quran ini sebagai asas utama bagi setiap muslim sebelum meneroka tentang ilmu al-quran yang lain. Pendidikan tahfiz al-quran merupakan salah satu daripada cabang pendidikan al-quran. Artikel ini membincangkan sejarah pendidikan tahfiz dalam konteks negara Malaysia. Bahagian pertama artikel bermula daripada sejarah ringkas kemasukan Islam ke Tanah Melayu, manakala di bahagian kedua, penulis akan membahaskan tentang perkembangan pendidikan al-quran yang mewarnai pendidikan di Tanah Melayu. Seterusnya, perbincangan berkisarkan sejarah awal pendidikan tahfiz di Malaysia.

2.0 Sejarah Ringkas Kemasukan Islam ke Tanah Melayu Sejarah kemasukan Islam ke Tanah Melayu amat berkait rapat dengan negeri Melaka. Melaka dipercayai merupakan negeri pertama di semenanjung Malaysia yang menerima Islam. Kegemilangan kerajaan Melayu Melaka merupakan salah satu faktor Islam berkembang di Tanah Melayu. Selari dengan lokasi Melaka sebagai sebuah negara pelabuhan, maka tidak asing lagi Melaka menjadi tumpuan pedagang untuk datang berniaga. Terdapat juga sebahagian pedagang yang menyinggah di pelabuhan Melaka kerana kedudukannya di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Asia Barat (Kamaruddin, 2007; Ahmad Jelani, 2008). Oleh yang demikian, pergaulan antara masyarakat Tanah Melayu dengan pedagang-pedagang berlaku dalam urusan harian dan perdagangan. Para pedagang yang beragama Islam pada zaman tersebut menyebarkan Islam kepada masyarakat Tanah Melayu (Mohd Yusof, 2015). Selain pedagang yang beragama Islam datang ke Melaka, terdapat juga daripada golongan ulama dan pendakwah yang berpeluang merantau ke negara ini untuk mengajar tentang Islam. Pendidikan al-quran menjadi salah satu pelajaran teras yang diajar oleh golongan ulama dan pendakwah kepada setiap lapisan masyarakat di Tanah Melayu, termasuklah golongan bangsawan dan rakyat jelata ( Ahmad Jelani, 2008; Mohd Yusof, 2015). 3.0 Perkembangan Pendidikan al-quran di Tanah Melayu Bermula abad ke 15 hingga ke 17, masyarakat di Tanah Melayu mempelajari Islam melalui dua sumber, iaitu guru al-quran di kampung dan golongan yang berketurunan Sayyid. Masyarakat mula mempelajari beberapa perkara asas dalam Islam termasuklah menulis huruf al-quran (tulisan jawi), perkara yang berkaitan dengan fardhu Ain, Rukun Islam dan Rukun Iman. Pada abad ke 18, pendidikan tentang asas Islam semakin berkembang maju dengan berlakunya penghijrahan golongan ulama dan pendakwah dari Timur Tengah ke Tanah Melayu (KPT, 2010; Abdullah Ishak, 1990, Mohd Hairudin dan Kamarul Azmi, 2012).

Penyebaran agama Islam berlaku di Tanah Melayu berhadapan dengan beberapa kesukaran. Antara kekangan yang perlu dilalui oleh golongan ulama dan pendakwah untuk mengajar al-quran ialah kekurangan guru dan pusat pengajian. Bagi mengatasi masalah pusat pengajian, golongan tersebut menjadikan rumah mereka sebagai lokasi pengajaran dan pembelajaran al-quran. Pendidikan al-quran yang diterapkan tidak terhad kepada kemahiran membaca semata-mata, namun pendidikan yang berlangsung turut menekankan supaya masyarakat Tanah Melayu mengamalkan ajaran Islam dan berakhlak mulia (Mohd Yusof, 2015). Seiring dengan perkembangan positif pendidikan al-quran, pusat pengajian semakin bertambah dan beroperasi di masjid, surau dan istana. Pengajian al-quran secara tradisi terus berevolusi sehingga tertubuhnya institusi pondok di beberapa negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Kedah (Mohd Hairudin dan Kamarul Azmi, 2012). Sistem pendidikan pondok lazimnya bermula daripada golongan tuan guru dari luar negara. Kebanyakan guru pondok mempunyai pengaruh yang kuat dalam sesebuah kawasan dan mereka memberi khidmat secara sukarela. Lokasi pondok kebiasaannya merupakan tanah milik tuan guru atau tanah wakaf. Antara pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh tuan guru adalah Tilawah, Tafsir, Fikah, Hadis, dan doa-doa yang ada hubungan dengan kehidupan seharian dan amalan hidup bermasyarakat (KPT, 2010; Ahmad, 2008, Mohd Hairudin dan Kamarul Azmi, 2012). Manakala bentuk penyampaian yang diaplikasikan adalah berbentuk syarahan kepada kumpulan pelajar atau perseorangan. Tradisi pengajian pondok ini telah berkembang dan menjadi asas kepada penubuhan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Malaysia (Mohd Hairudin dan Kamarul Azmi, 2012). Setiap pendidikan yang berlangsung samaada daripada guru al-quran di kampung, golongan yang berketurunan sayyid, golongan ulama dan pendakwah, serta tuan guru tidak terpisah daripada menghafaz sekurang-kurangnya surah al-fatihah. Surah al-fatihah diajar kepada masyarakat kerana surah ini sebagai asas dalam mengerjakan solat. Namun demikian, pendidikan tahfiz al-quran bukan menjadi pendidikan teras, sebaliknya hanya sebahagian daripada intipati pelajaran (Abdullah Ishak, 1990). Lazimya pendidikan tahfiz dijalankan secara individu dan tidak rasmi. Kaedah mengajar yang digunakan adalah berdasarkan pengalaman guru al-quran (Ahmad, 2008).

Berdasarkan kronologi perbincangan perkembangan pendidikan al-quran di Tanah Melayu, ternyata perubahan dalam pendidikan al-quran khususnya pendidikan tahfiz berlaku secara perlahan. Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti, antaranya Tanah Melayu masih berada di bawah penjajahan British (Mohd Yusof, 2015; Mohd Hairudin dan Kamarul Azmi, 2012). Usaha penyebaran dan pendidikan al-quran kebanyakannya hanya tertumpu kepada kemahiran membaca al-quran (Nordin Ahmad, 2015). Selain itu, masyarakat di Tanah Melayu juga berhadapan dengan kekurangan kemudahan, prasarana fizikal, kewangan dan sebagainya. Hal ini menjadikan ilmu-ilmu berkaitan dengan pendidikan tahfiz al-quran terhenti kepada guru serta tidak dapat berkembang dengan meluas (Mohd Yusof, 2015). 4.0 Pendidikan Tahfiz di Malaysia Asas pembangunan dalam bidang tahfiz secara formal telah digerakkan oleh pihak Kerajaan Pusat sejak tahun 1966. Pada ketika itu, Kerajaan Pusat telah menubuhkan Kelas Pengajian Menghafaz al-quran dan Ilmu Qiraat di Masjid Negara. Penubuhan kelas ini adalah berdasarkan arahan daripada Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra al-haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Hasrat ini telah dinyatakan sewaktu perasmian Masjid Negara dengan kehadiran Sheikh Mahmud Syaltut ketika beliau dalam rangka lawatan ke Malaysia. Faktor penyumbang kepada penubuhan Kelas Pengajian Menghafaz al-quran adalah ekoran daripada penganjuran Majlis Tilawah al-quran peringkat kebangsaan yang diadakan semenjak tahun 1960. Pelaksanaan program ini ternyata mendapat sokongan dan dorongan daripada semua pihak. Kesannya, masyarakat Islam pada ketika itu berusaha untuk mempertingkatkan mutu bacaan al-quran (Wan Muhammad, 1997; JAKIM, 2003). Seramai 8 orang pelajar merupakan perintis kepada kelas Pengajian Menghafaz al- Quran dan Ilmu Qiraat. Kelas tersebut dipimpin oleh Mohd Nor Hj. Ibrahim selaku Mufti negeri Kelantan. Antara pelajar yang terlibat ialah Abu Hassan bin Lebai Din, Syeikh Ismail bin Mohamad, dan Salehuddin bin Omar (JAKIM, 2003). Dari tahun 1966 hingga tahun 1978 pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Setelah beberapa tahun, Kelas Pengajian Menghafaz al-quran dan Ilmu Qiraat dinaiktaraf oleh kerajaan menjadi Unit Pengajian Menghafaz al-quran Masjid

Negara. Pada tahun 1984, fungsi Unit Pengajian Menghafaz al-quran telah diperluas dengan menjadi salah satu jabatan di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. yang dikenali sebagai Ma had Tahfiz al-quran wal Qiraat (MTQ). (Nordin Ahmad, 2015). Terdapat 2 objektif penubuhan MTQ. Pertama, MTQ berperanan menghasilkan para qari yang hafiz al-quran dan alim dalam ilmu-ilmu al-quran bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam di negara ini. Kedua, MTQ menjadi pusat yang aktif dalam menggalakkan pengajaran dan pembelajaran tahfiz dan ilmu-ilmu al-quran dalam masyarakat (JAKIM, 2003). Pada ketika itu, MTQ belum mempunyai lokasi tetap. Dalam tempoh hampir dua dekad, MTQ beroperasi di beberapa tempat, iaitu rumah-rumah kerajaan (di sekitar Jalan Chenderasari, Jalan Ledang, dan Lembah Kelang), Kompleks Pusat Islam Jalan Perdana, dan bangunan yang disewa di pinggir Taman Tun Dr. Ismail dan Hulu Langat (JAKIM, 2003). sebagai salah satu unit di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Dari tahun 1966 hingga tahun 1978 pengajian ini diletakkan di bawah kelolaan Jawatankuasa Tadbir Masjid Negara dan Urusetia Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, pada tahun 1972 dan ia diberi nama Maahad Tahfiz Al-Quran Wal- Qiraat. Sekarang dikenali sebagai Darul Quran (JAKIM, 2003). MTQ terus mengorak sejarah perkembangan yang positif dan memberangsangkan dengan menghasilkan graduan di peringkat diploma. Selari dengan penghasilan graduan Diploma Tahfiz al-quran BAHEIS dan pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), nama MTQ telah ditukar ke Institut Pengajian Tahfiz al-quran wal Qiraat (IPTQ) (JAKIM, 2003). Pada tahun 1997, IPTQ diberi penjenamaan baru iaitu Darul Quran (DQ). DQ beroperasi di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) (JAKIM, 2003). Kampus DQ bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor menjadi kampus tetap sehingga ke hari ini. 4.1 Penganjuran Majlis Tilawah dan Majlis Menghafaz al-quran Usaha kerajaan untuk memartabatkan al-quran diterjemahkan dalam pelbagai bentuk seperti penganjuran Majlis Tilawah al-quran peringkat kebangsaan. Majlis tersebut telah

diadakan pada 18 Mac 1960. JAKIM seterusnya mengorak langkah penglibatan dengan dunia Islam dengan menganjurkan Majlis Tilawah al-quran di peringkat antarabangsa pada tahun 9 Mac 1961 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Majlis Tilawah al-quran ini merupakan julung-julung kali dianjurkan di peringkat global. Tahun demi tahun, Majlis Tilawah al- Quran mengalami perubahan dan perkembangan. Penyertaan semakin bertambah termasuk negara yang bukan negara Islam sebagai agama rasmi. Bertitik tolak daripada kejayaan dalam menganjurkan Majlis Tilawah, JAKIM mengendalikan Majlis Menghafaz al-quran di peringkat kebangsaan bermula pada tahun 1980. Pada awalnya program ini diadakan di Kuala Lumpur, kemudian bermula pada tahun 1996, program ini diadakan di negeri-negeri secara bergilir-gilir (JAKIM, 2003). 5.0 Penutup Berdasarkan perbincangan tentang sorotan sejarah pendidikan tahfiz di Malaysia, ternyata usaha-usaha yang dijalankan oleh golongan terawal dalam bidang pendidikan al- Quran khususnya bidang tahfiz menjadi platform kepada perkembangan pendidikan tahfiz pada zaman kini. Sebagai contoh, Malaysia masih menganjurkan Majlis Musabaqah al-quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Manakala Darul Quran merupakan simbol institusi pengajian tinggi al-quran yang dihormati serta telah menghasilkan ribuan hufaz. Artikel ini diharap dapat menjadi panduan kepada pelbagai pihak agar tanggungjawab untuk memacu pendidikan tahfiz terus diperhebatkan. Rujukan Abdul Samad Sharim (1940). Tarikhul Quran. Karachi: t.p. Abdullah Ishak (1990). Islam di Nusantara (Khusus di Tanah Melayu). Selangor. Abdullah Mulhim (2009). Haqqiq Hilmuka fi Hifzil Quranil Kareem. Kuwait: Ibda al Fikri. Ahmad Jelani Halimi (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Ahmad Mohd Salleh (2008). Pengajian Agama Islam & J-Qaf. Kuala Lumpur: Oxford Fajar. Mohd Yusuf, 2004 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2003). Sambutan 35 Tahun JAKIM: Penjana Umat Bertaqwa dan Progresif. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.

Kamaruddin A. Said (2007). 500 Tahun Melayu Menghadapi Cabaran. Selangor: Kris Publication. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2010). Hala Tuju Pengajian Islam di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM. Mohd Hairudin dan Kamarul Azmi (2012). Sekolah Agama Di Malaysia: Sejarah, Isu & Cabaran. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Mohd Yusof Ahmad (2015). Institut Pendidikan al-quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nordin Ahmad (2015). Memperkasa Darul Quran ke Arah Memartabat Pendidikan tahfiz di Malaysia. Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara, 1-3 Jun 2015. Wan Muhammad A. Aziz (1997). Pengurusan Ma'had Tahfiz al-quran: Pengalaman Darul Quran JAKIM. Jurnal Darul Quran, Bil. 3, Jun 1997.