SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

dokumen-dokumen yang mirip
Polisi Privasi. Pengenalan

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Hubungi institusi anda terlebih dahulu. Mendapatkan bantuan daripada BPK. Bagaimana saya dapat menghubungi BPK?

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Panduan Pengguna PayBillsMalaysia

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

Bagaimana saya dapat menghubungi BPK? Membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia. Bagaimana saya dapat menghubungi BNMTELELINK dan BNMLINK?

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

PANDUAN PERLINDUNGAN TERHADAP JENAYAH PENYAMARAN LAMAN WEB (WEB PHISHING SCAMS)

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

PERSATUAN BANK SINGAPURA. Engenai Akaun- Akaun Bank. Apakah yang anda perlu tahu...

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

5. Di mana saya boleh menggunakan Kad Debit/-i Matrix Visa Electron BSN saya?

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Istilah dan ungkapan yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini mempunyai makna seperti berikut:-

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

SYNERGY CARDS SDN BHD

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda:

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

NOTIS PRIVASI. Di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( APDP ), kami dikehendaki untuk memaklumkan anda:

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

Takaful Keluarga. i-great MURNI. Ia Pasti Mudah! TIADA pengunderaitan perubatan. Jumlah Perlindungan Asas sehingga RM500,000.

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD (No. Syarikat W) NOTIS DAN DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

Overdraf. November 2017

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

KEMPEN #BankRakyatCares AKAUN DEPOSIT BERJANGKA-i Terma dan Syarat A. Syarat-syarat Kelayakan dan Kempen

TERMA & SYARAT PERADUAN

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

POS MALAYSIA NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TATACARA PENGGUNAAN PERALATAN ICT. Disediakan oleh: Jawatankuasa ICT, Politeknik Jeli Kelantan.

2. Pemegang kad tambahan dan Kad Kredit-i Korporat adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen Pindahan Baki 2016/17 ini.

Panduan Pengguna eccris & Soalan Lazim

Peraduan InstaHarapan AADK

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Terms & Conditions NOTIS UNDANG-UNDANG PENTING. Pendahuluan

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

CIMB ISLAMIC BANK BERHAD Piagam Perkhidmatan Pelanggan

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

Notis undang undang. Sebarang penggunaan perkara yang telah di sahkan di dalam laman sesawang tidak boleh di ubahsuai di dalam apa cara sekalipun.

Akses ke Laman Web ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah tertakluk, pada setiap masa kepada Terma dan Syarat berikut ;

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard.

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

KEMUDAHAN PEMBAYARAN TERUS

PERKONGSIAN ANDA DALAM PERTUMBUHAN DI SELURUH DUNIA KINI MASANYA UNTUK MENDAPAT SAHAM ANUGERAH SAYA

Polisi Privasi Smiggle

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau

Fasal-fasal yang dipinda

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

AGRONetBIZ Terma-Terma Dan Syarat-Syarat Perbankan Internet Perniagaan

Sistem e-transit Modul Pergerakan

PIAGAM PERKHIDMATAN PELANGGAN PIAWAIAN PERKHIDMATAN

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

Transkripsi:

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI www.bankinginfo.com.my ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU Edisi Kedua

Perbankan Internet E-TRANSAKSI DAN ANDA Perbankan Internet Program pendidikan pengguna oleh:

kandungan 1 Pengenalan 2 Perbankan melalui Internet Cepat dan mudah 3 Apakah yang diperlukan untuk memulakan perkhidmatan perbankan Internet? Bagaimana untuk memohon menjadi pengguna perbankan Internet? 4 Perkhidmatan perbankan yang ditawarkan dalam talian Sebelum anda mendaftar 5 Adakah perkhidmatan perbankan Internet selamat digunakan? 9 Ancaman keselamatan Internet 10 Kerahsiaan maklumat peribadi anda 12 Soalan yang sering ditanya 16 Glosari Penafian Dokumen ini diterbitkan untuk maklumat am anda sahaja. Ia tidak mengandungi nasihat muktamad atau maklumat lengkap mengenai sesuatu tajuk tersebut dan tidak seharusnya digunakan sebagai alternatif kepada nasihat guaman. Tarikh: 1 April 2007

PENGENALAN Uruskan hal kewangan anda dari mana-mana sahaja di serata dunia Perbankan Internet membolehkan anda menguruskan hal kewangan anda dari rumah atau tempat kerja bahkan dari mana-mana sahaja di serata dunia. Tujuan buku kecil ini adalah untuk memberi maklumat mengenai perkhidmatan perbankan Internet yang ditawarkan oleh institusi-institusi perbankan berlesen di Malaysia.

PERBANKAN MELALUI INTERNET Buat masa ini, hanya institusi-institusi perbankan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (ABIK) dan Akta Perbankan Islam 1983 (API) sahaja yang dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan perbankan Internet di Malaysia. Senarai institusiinstitusi perbankan berlesen yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan perbankan Internet boleh diperolehi di laman web Bank Negara Malaysia, www.bnm.gov.my. CEPAT DAN MUDAH Perbankan Internet menyediakan suatu kaedah yang cepat dan mudah kepada anda untuk menjalankan pelbagai transaksi perbankan, semasa atau di luar waktu perbankan. Kebanyakan institusi perbankan menawarkan perkhidmatan ini 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ia menjimatkan masa kerana anda tidak perlu lagi pergi ke bank dan beratur untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan atau membayar bil. 2

APAKAH YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMULAKAN PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNET? Perbankan Internet tidak memerlukan sebarang perisian atau akses khas kepada sebuah rangkaian persendirian, tetapi ianya dilakukan melalui rangkaian Internet. Jika anda memiliki komputer yang mempunyai akses kepada Internet, modem dan talian telefon, pelayar Internet dan telah mendaftar untuk perkhidmatan Internet dengan institusi perbankan, anda boleh menjalankan perbankan Internet dari mana-mana sahaja di seluruh dunia. Anda dinasihatkan supaya memasang dinding keselamatan peribadi dan sentiasa mengemaskini perisian penentang virus. BAGAIMANA UNTUK MEMOHON MENJADI PENGGUNA PERBANKAN INTERNET? Kaedah yang cepat dan mudah untuk menjalankan pelbagai transaksi perbankan 3 Anda boleh memohon kemudahan perbankan Internet jika anda mempunyai akaun dengan institusi perbankan yang menyediakan perkhidmatan perbankan Internet. Butir-butir lanjut mengenai prosedur permohonan boleh didapati di laman web institusi-institusi perbankan yang berkenaan.

PERKHIDMATAN PERBANKAN YANG DITAWARKAN DALAM TALIAN Anda boleh menjalankan pelbagai transaksi perbankan dalam talian dengan kemudahan perbankan Internet. Bergantung kepada institusi perbankan, perkhidmatan utama yang ditawarkan melalui perbankan Internet membolehkan anda: Menyemak baki akaun dan penyata akaun Mengemukakan permohonan untuk akaun, kad kredit atau kemudahan pinjaman baru Membuat pelaburan deposit tetap Memindah dana di antara akaun (milik sendiri dan pihak ketiga) Membayar bil, kad kredit, pinjaman dan premium insurans Membuat, meminda dan membatalkan arahan tetap Memohon buku cek dan penyata akaun Menyemak status cek dan memohon arahan menghentikan pembayaran cek Memohon draf bank dan pemindahan telegraf Sebahagian daripada perkhidmatan tambahan yang ditawarkan termasuk menambahnilai masa ke udara telefon bimbit dan pengiraan kadar faedah serta nilai mata wang asing. Sila hubungi institusi perbankan anda untuk mendapatkan senarai penuh perkhidmatan yang ditawarkan serta ciri-ciri dan saluran tambahan yang disediakan. SEBELUM ANDA MENDAFTAR Anda dinasihatkan supaya membaca dan memahami terma dan syarat-syarat perkhidmatan sebelum mendaftar untuk perkhidmatan perbankan Internet yang merangkumi: Maklumat tentang tanggungjawab institusi perbankan dan pelanggan Maklumat tentang pihak yang harus bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang transaksi palsu atau penipuan 4

Langkahlangkah telah diambil oleh institusi-institusi perbankan untuk menjamin satu laman web yang selamat 5 Cara pemberitahuan sekiranya terdapat perubahan pada terma dan syarat-syarat Maklumat tentang cara membuat aduan dan bagaimana aduan itu akan disiasat dan diselesaikan a. Anda juga harus berbincang dengan institusi perbankan anda mengenai risiko yang berkaitan dengan perbankan Internet dan memahami tanggungjawab dan hakhak anda sepenuhnya. ADAKAH PERKHIDMATAN PERBANKAN INTERNET SELAMAT DIGUNAKAN? Seperti sistem-sistem lain, penggunaan perbankan Internet turut mengandungi risiko. Walau bagaimanapun, tahap risiko telah diminimumkan melalui pemeriksaan sistem keselamatan secara berterusan oleh institusi perbankan dan sikap berhati-hati anda apabila menggunakan perkhidmatan perbankan Internet. Tindakan institusi perbankan untuk menjamin keselamatan Sebelum mula menawarkan perkhidmatan perbankan Internet, institusi perbankan telah berusaha sepenuhnya untuk memastikan sistem perbankan Internet yang dibinanya adalah selamat untuk pengguna. Tambahan pula, institusi perbankan yang menawarkan perbankan Internet juga dikehendaki mematuhi garis panduan minimum yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Di antara langkahlangkah keselamatan yang telah diambil oleh institusi-institusi perbankan ialah: Sentiasa menjalankan ujian ke atas sistem perbankan Internet untuk memastikan keberkesanan sistem tersebut Penyediaan pengaturan bagi keselamatan Internet untuk memastikan infrastruktur yang dijamin selamat: - Perlaksanaan langkah-langkah keselamatan seperti penyulitan, dinding keselamatan, log keluar automatik dan alat pemantau - Pemasangan sistem untuk mengesan dan menggagalkan serangan penceroboh (hacker) Menggunakan kaedah pengesahan dua faktor yang menyediakan dua tahap pemeriksaan untuk mengenalpasti pengguna sebenar

Menjalankan pemeriksaan berkala setiap 6 bulan untuk menilai tahap risiko yang mungkin wujud dan mengesan kelemahan yang mungkin terdapat pada sistem pengurusan risiko institusi perbankan. b. Maklumat mengenai langkah-langkah keselamatan yang telah diambil boleh diperolehi di laman web institusi-institusi perbankan berkenaan. Tindakan yang patut anda lakukan untuk menjamin keselamatan Anda juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan keselamatan transaksi perbankan anda melalui Internet. Antara tindakan-tindakan yang boleh anda ambil selaku pelanggan bank ialah: Jangan dedahkan ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN anda - Hafal dan jangan menulisnya di mana-mana sekalipun - Jangan menghantar maklumat peribadi anda terutamanya kata laluan atau nombor PIN melalui e-mel biasa - Jangan menyimpan ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN anda dalam komputer - Sentiasa menukar kata laluan atau nombor PIN anda dan elakkan daripada menggunakan kata laluan yang mudah diteka seperti nama atau tarikh lahir. Anda disyorkan untuk menggunakan kata laluan yang mempunyai kombinasi huruf kecil, huruf besar dan nombor - Jangan membalas sebarang permintaan untuk mendapatkan ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN anda melalui telefon, faks, e-mel ataupun mesej timbul, walaupun ianya nampak sebagai urusan rasmi atau penting. - Tukar kata laluan atau nombor PIN anda dengan serta-merta dan menghubungi institusi perbankan anda jika anda mengesyaki adanya transaksi yang tidak dibenarkan ke atas akaun anda atau terdapat pihak lain yang mungkin mengetahui kata laluan atau nombor PIN anda - Sentiasalah menyemak butir-butir sejarah transaksi dan penyata anda 6

untuk memastikan tiada transaksi yang tidak dibenarkan dan tiada tambahan kepada senarai penerima bayaran yang berdaftar Pastikan bahawa anda berada di laman web yang betul dan selamat - Sentiasa memasukkan "Uniform Resource Locator (URL) laman web secara terus ke pelayar web. Elakkan daripada diarah masuk ke laman web bank atau hiperpautan ke laman web tersebut daripada e-mel atau laman web yang lain - Pastikan anda berada di laman web yang betul sebelum mengendalikan transaksi dalam talian atau menghantar maklumat peribadi - Pastikan anda berada di laman web yang selamat dengan menyemak URL yang dimulai dengan https:// dan bukannya http:// serta pastikan imej ibu kunci tertutup tertera pada bar status pelayar web anda. Walaubagaimanapun, anda haruslah berwaspada tentang kemungkinan URL dan imej ibu kunci tertutup yang mewakili sijil Secured Socket Layer (SSL) adalah palsu. Oleh itu, periksa URL dan sijil SSL daripada tab Page Properties untuk mengenalpasti kesahihan laman web tersebut - Pasang toolbar pelayar web yang dapat memberi amaran tentang laman web phishing agar risiko anda terjebak ke dalam kancah penipuan phishing dapat dikurangkan Mendaftar untuk menggunakan kaedah pengesahan yang lebih baik - Daftar untuk menggunakan kaedah pengesahan dua faktor, di mana pengesahan peringkat kedua akan dilakukan untuk melindungi transaksi anda Lindungi komputer peribadi anda daripada penceroboh, virus dan program perosak - Pasang dinding keselamatan peribadi dan program penentang virus yang bereputasi untuk mengelakkan komputer peribadi anda daripada Lindungi komputer anda daripada penceroboh, virus dan program perosak 7

diserang oleh virus, pengintip dan program perosak seperti "Trojan Horse" - Pastikan program penentang virus dan penentang pengintip anda adalah yang terkini dan sentiasa berfungsi - Pastikan sistem kendalian dan pelayar web anda adalah yang terkini dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang terbaru untuk melindunginya daripada menjadi lemah dan mudah terjejas - Jadikan pelayar anda berupaya untuk menolak kawalan ActiveX bagi mengurangkan keberangkalian pengintip dipasang ke dalam komputer anda Berhati-hati apabila memuat turun perisian - Periksa program atau lampiran yang diterima dengan program penentang virus yang terkini untuk memastikan ia tidak mengandungi virus yang boleh menyerang komputer anda - Jangan sesekali memuat turun sebarang fail atau perisian daripada laman web atau sumber yang kurang anda kenali atau klik pada hiperpautan yang dihantar oleh seseorang yang tidak anda ketahui. Pembukaan fail, perisian atau hiperpautan sedemikian boleh mendedahkan sistem anda kepada virus komputer yang boleh mencuri maklumat peribadi anda, termasuk kata laluan atau nombor PIN anda Jangan tinggalkan komputer anda terbiar setelah anda log masuk - Anda harus log keluar daripada laman perbankan Internet sebelum meninggalkan komputer anda, walaupun untuk sementara waktu Sentiasa ingat untuk log keluar - Apabila selesai melaksanakan transaksi perbankan Internet anda, adalah penting untuk anda terus log keluar - Padamkan peti ingatan dan sejarah transaksi selepas log keluar untuk menghapuskan sebarang maklumat tentang akaun anda. Ini adalah penting untuk mengelakkan maklumat yang tersimpan daripada diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab 8

Langkah-langkah lain - Jangan biarkan tetingkap pelayar yang lain dalam keadaan terbuka semasa membuat transaksi perbankan dalam talian - Elakkan mengguna komputer yang dikongsi bersama atau milik awam seperti di kafe Internet untuk mengendalikan transaksi perbankan Internet anda Berjaga-jaga apabila memuat turun sebarang perisian, menerima program atau lampiran - Menyahaktifkan ciri-ciri perkongsian fail dan mesin pencetak dalam sistem kendalian anda - Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang keselamatan akaun Internet anda, hubungilah institusi perbankan anda untuk membincangkan isu tersebut, termasuk cara penyelesaiannya ANCAMAN KESELAMATAN INTERNET Anda digalakkan untuk terus mengikuti perkembangan kaedah-kaedah terkini penipuan Internet melalui nasihat-nasihat yang dipaparkan dalam laman web institusi perbankan anda dan kumpulan-kumpulan industri yang bertujuan untuk menghapuskan penipuan dalam talian. Anda harus berhati-hati terhadap kaedah-kaedah ancaman terkini termasuklah serangan phishing, pharming dan man-in-the-middle. Phishing merupakan tindakan menghantar pesanan e-mel palsu yang mendakwa ianya adalah daripada institusi perbankan anda untuk mengumpan penerima agar mendedahkan maklumat peribadi seperti PIN atau kata laluan untuk mereka melakukan penipuan identiti. Ia sering mengandungi pautan ke laman web yang mengandungi logo, format, grafik dan perkataan-perkataan yang seakan-akan laman web sebenar institusi perbankan tersebut. 9

Baca kenyataan dasar kerahsiaan dan kawalan maklumat yang dipaparkan oleh institusi-institusi perbankan di laman web mereka Pharming merupakan tindakan mengeksploitasi kelemahan perisian sistem nama domain (DNS) yang membolehkan penceroboh mendapatkan nama domain institusi perbankan yang sebenar dan menukar arah laluan trafik dari laman web institusi perbankan tersebut ke laman web palsu. Serangan man-in-the-middle merupakan serangan di mana penipu dapat membaca, menambah dan mengubah mesej di antara anda dan institusi perbankan anda tanpa kedua-dua pihak mengetahui bahawa pautan tersebut telah diceroboh. Anda mampu mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa penipuan Internet sekiranya anda melakukan langkah-langkah yang telah disenaraikan di dalam 'Tindakan Yang Patut Anda Lakukan Untuk Menjamin Keselamatan'. Anda juga seharusnya mencurigai sebarang e-mel yang mengandungi kandungan atau kenyataan yang mendukacitakan atau menggembirakan (tetapi palsu) yang meminta anda bertindak dengan segera untuk a. menghantar maklumat kewangan anda kerana penipu selalunya mahukan anda bertindak dengan serta-merta. KERAHSIAAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA Institusi perbankan dan juga anda mempunyai peranan dalam memastikan kerahsiaan terjamin. Keselamatan maklumat peribadi dan kewangan anda adalah perkara yang amat penting apabila mengendalikan transaksi perbankan melalui Internet. Kerahsiaan maklumat peribadi pengguna adalah satu unsur penting kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap sistem perbankan. Tanggungjawab institusi perbankan dalam memelihara kerahsiaan Semua institusi perbankan yang menawarkan perkhidmatan perbankan Internet adalah dikehendaki mengamalkan dasar kerahsiaan pengguna dan kawalan maklumat yang bertanggungjawab. Contohnya, institusi perbankan seharusnya mempamerkan 10

b. mesej-mesej peringatan untuk memaklumkan bahawa anda akan meninggalkan laman web institusi perbankan itu dan tidak lagi dilindungi oleh dasar kerahsiaan pengguna dan langkah-langkah keselamatannya apabila anda membuat hiperpautan ke laman web pihak ketiga. Tanggungjawab anda dalam memelihara kerahsiaan Anda adalah dinasihatkan supaya membaca kenyataan dasar kerahsiaan yang dipaparkan oleh institusi-institusi perbankan di laman web mereka sebelum memberi maklumat peribadi anda. Dengan meneliti dasar ini, anda boleh mengetahui jenis maklumat yang diterima dan disimpan oleh institusi perbankan tentang diri anda. Institusi perbankan mungkin ingin berkongsi maklumat tentang diri anda dengan entiti lain yang berkaitan untuk memasarkan produk-produk tertentu yang menepati keperluan dan minat anda. Jikalau anda tidak ingin institusi perbankan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak lain tanpa kebenaran, anda harus membuat pilihan "tidak bersetuju" kepada institusi perbankan tersebut. 11

SOALAN YANG SERING DITANYA Institusi perbankan manakah yang menawarkan perkhidmatan perbankan Internet? Apakah jenis akaun yang boleh diakses melalui perbankan Internet? Apakah yang saya perlukan untuk mengakses perbankan Internet? &A Pada amnya, institusi perbankan menawarkan perkhidmatan perbankan Internet kepada pelanggan bank yang mempunyai akaun bank, kad kredit atau kemudahan pinjaman. Terdapat juga institusi perbankan yang menawarkan akaun khas yang dirangka khusus untuk perbankan Internet bagi pelanggan yang sedia ada dan juga yang baru. Senarai institusi-institusi perbankan yang diluluskan untuk menawarkan perkhidmatan perbankan Internet boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia www.bnm.gov.my. Anda adalah dinasihatkan supaya hanya mendaftar dengan institusi perbankan berlesen yang telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan perbankan Internet. Anda boleh mengakses akaun anda yang telah dikaitkan dengan perkhidmatan ini. Ia mungkin terdiri daripada akaun-akaun simpanan, semasa, deposit tetap, kemudahan pinjaman dan kad kredit anda. Anda memerlukan peralatan yang dilengkapi dengan kemudahan Internet seperti komputer peribadi yang diterap dengan sistem kendalian yang sesuai, kebolehan mengakses Internet melalui modem dan pelayar web yang sesuai. Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh didapati di laman web perbankan Internet institusi perbankan atau dengan menghubungi institusi perbankan berkenaan. 12

Berapakah kos untuk melanggan perkhidmatan perbankan Internet? Langganan perkhidmatan perbankan Internet buat masa ini adalah percuma tetapi keadaan ini boleh berubah bergantung kepada institusi perbankan yang terlibat. Yuran mungkin juga dikenakan ke atas sesetengah perkhidmatan seperti pemindahan dana antara bank, pemindahan telegraf dan permohonan buku cek baru. Sila hubungi institusi perbankan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai yuran-yuran yang dikenakan. Dalam mengendalikan transaksi perbankan, struktur yuran yang lebih berdaya saing mungkin akan dikenakan untuk kaedah Internet berbanding dengan kaedah yang lain seperti perkhidmatan kaunter cawangan. Sesetengah institusi perbankan turut menawarkan perkhidmatan perbankan Internet kepada pelanggan korporat dan langganan untuk perkhidmatan ini mungkin dikenakan bayaran. Apakah tindakan yang patut diambil oleh pelanggan untuk menjadikan perbankan Internet lebih selamat? Perbankan Internet menawarkan kaedah yang selamat untuk mengendalikan transaksi perbankan sekiranya langkah pencegahan yang mencukupi telah diambil. Anda adalah dinasihatkan supaya: Merahsiakan ID log masuk, kata laluan atau nombor PIN anda Sentiasa menukar kata laluan atau nombor PIN Elakkan menyimpan ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN di dalam komputer Pastikan bahawa anda log masuk ke dalam laman web yang betul Sentiasa menyemak sejarah transaksi dan penyata anda Jangan tinggalkan komputer anda terbiar semasa masih menggunakan perkhidmatan perbankan Internet 13

Log keluar di setiap akhir sesi dan kosongkan peti ingatan dan sejarah transaksi selepas log keluar dari laman web Lindungi komputer anda daripada virus dan program perosak dengan memasang dinding keselamatan pencegah pencerobohan yang terkini dan program penentang virus yang bereputasi. Dinding keselamatan dan penentang virus ini haruslah dikemaskinikan dari semasa ke semasa supaya ianya berkesan. Walaupun sesetengah program penentang virus mempunyai ciri-ciri penentang "Trojan Horse", ia mungkin hanya menyahkan program "Trojan Horse" yang lebih popular. Anda mungkin ingin memasang program penentang "Trojan Horse" yang dirangka khusus untuk mengimbas dan menyahkan sebarang "Trojan" dari komputer anda Elakkan memuat turun fail atau perisian dari laman web yang tidak diketahui atau klik pada hiperpautan yang dihantar oleh orang yang tidak dikenali Elakkan menghantar maklumat peribadi terutamanya kata laluan atau nombor PIN melalui e-mel biasa Elakkan menggunakan komputer yang dikongsi bersama atau komputer milik awam seperti di kafe Internet untuk mengendalikan transaksi perbankan Internet Bagaimana sekiranya timbul masalah atau saya telah melakukan kesilapan? Jika menghadapi sebarang masalah, anda hendaklah menghubungi pusat khidmat pelanggan institusi perbankan anda dengan serta-merta dan berikan butir-butir transaksi dan jenis masalah yang dihadapi. Kesemua rekod transaksi anda disimpan oleh institusi perbankan dan mereka mungkin boleh membantu anda di dalam hal ini. 14

Siapakah yang akan menanggung kerugian jika berlaku kesilapan? Kontrak perjanjian yang berkaitan dengan liabiliti seharusnya mengandungi peruntukan perkongsian risiko di antara institusi perbankan dan pelanggan. Pelanggan tidak seharusnya bertanggungjawab ke atas kerugian yang tidak berpunca daripada mereka selagi mereka tidak cuai. Walau bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk merahsiakan ID log masuk dan kata laluan atau nombor PIN anda dan mengambil tindakan-tindakan keselamatan yang sewajarnya seperti yang dinyatakan dalam "Tindakan Yang Patut Anda Lakukan Untuk Menjamin Keselamatan" di atas. Di manakah harus saya merujuk sekiranya saya mempunyai aduan atau hendak menyelesaikan sesuatu pertikaian? Anda boleh menghubungi institusi perbankan anda sekiranya mempunyai sebarang aduan. Kesemua institusi perbankan telah menubuhkan Unit Aduan khas untuk menyelesaikan aduan pelanggan. Maklumat tentang pegawai bank yang boleh dihubungi, nombor telefon serta alamat e-mel boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia, iaitu www.bnm.gov.my. Untuk mandapatkan maklumat lanjut tentang prosedur membuat aduan ke atas institusi perbankan, sila rujuk kepada buku kecil BankingInfo mengenai "Membuat aduan perihal perbankan." 15

GLOSARI ActiveX Teknologi perisian yang menyediakan peraturan-peraturan perkongsian maklumat di antara aplikasi-aplikasi yang membolehkan keupayaan atau kandungan yang telah diprogramkan, dihantar melalui Internet ke komputer peribadi yang berdasarkan Windows. Dinding Keselamatan Dinding keselamatan bertindak sebagai alat penapis yang menghalang maklumat daripada keluar-masuk ke atau dari sesuatu rangkaian yang dilindungi. Pelayar Web Pelayar web adalah program perisian yang digunakan untuk melayari web. Ia membolehkan pengguna melawat laman web Internet dan menatap muka surat web pada skrin komputer peribadinya. Pelayar web menjalankan semua tugas yang diperlukan untuk menatap laman web. Pengesahan dua faktor Proses mengenalpasti identiti seseorang melalui pengesahan dua faktor yang diberikan. Kedua-dua faktor tersebut adalah sesuatu yang pelanggan tahu, iaitu ID log masuk dan kata laluan, dan samada sesuatu yang pelanggan ada, seperti sijil digital dan kata laluan sekali guna yang diperolehi daripada token atau dibekalkan melalui sistem pesanan ringkas, atau sesuatu ciri peribadi pelanggan, seperti ciri-ciri biometrik, sebagai contoh cap jari dan corak anak mata. Penyulitan Penyulitan adalah proses mengarau data kepada format yang tidak boleh dibaca agar lebih selamat untuk disiarkan di Internet. Penyulitan digunakan untuk mengelakkan risiko maklumat ini daripada dipintas dan dibaca oleh pihak ketiga. Teknologi penyulitan yang paling lazim digunakan adalah "Secured Socket Layer (SSL)" yang menyulitkan sebarang pergerakan keluarmasuk maklumat antara laman web anda dan server secara automatik. Anda boleh mengetahui sama ada laman web tersebut disulitkan dengan teknologi SSL dengan memastikan bahawa URL bermula dengan https://. Terdapat dua tahap penyulitan iaitu SSL 40-bit dan 128-bit. Pelayar 128-bit menyediakan tahap keselamatan yang tertinggi buat masa ini. Peti Ingatan Peti ingatan ialah memori yang digunakan oleh pelayar untuk menyimpan kandungan laman web yang telah dilawati. Penyimpanan kandungan tersebut membolehkan pelayar untuk membuka muka surat yang sama dengan lebih cepat apabila pengguna melawatinya kembali. Trojan Horse Sesuatu program yang nampak seperti berguna atau tidak merosakkan tetapi sebenarnya menyimpan kod perosak yang bertujuan untuk merosakkan sistem yang menjalankannya. 16

Design Copyright 2006 by Freeform Design Sdn Bhd. All rights reserved.