KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

dokumen-dokumen yang mirip
"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 1 / 2015

Fadhilat Berbaik Sangka

SEJARAH MASJID PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W. MASLINDA OSMAN FATIN NAZMIN BT MANSOR SAFINAH ISMAIL ABSTRAK

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

(a) Nyatakan bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiyah di Makkah.

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

2 SULIT 5226/1 Bahagian A [20 markah]

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

DOKUMEN STANDARD PRESTASI : PENDIDIKAN ISLAM : TING 2 BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

SULIT 1223/2 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 2 KERTAS 2 PERATURAN PEMARKAHAN

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

1. PENGERTIAN. a. Islam b. Iman c. Ihsan - Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

SUMBER HUKUM ISLAM 1

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DI BERITAHU

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

SATU KAJIAN AWAL KEDUDUKAN MASJID Dl NEGERI PERLIS BIRO PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN INSTITUT TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM, SELANGOR MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB 11: DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

4 Antara yang berikut yang manakah fungsi akal kepada manusia?

PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1

LEMBAGA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN ISLAM PEPERIKSAAN BERSAMA PENDIDIKAN AGAMA MENENGAH 4 TAHUN 2013 AQIDAH ISLAMIAH. Tarikh: Ahad, 8 Disember 2013

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

Akidah dalam kehidupan Muslim: analisis aspek aspek penyelewengan. Sinopsis:

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

TAMADUN ISLAM INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI DIPLOMA. minggu ke 5

PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2012 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 Satu Jam Lima Belas Minit

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

PENGENALAN CTU261 5/18/2014. Fatimah Hamrie 1 CTU 261 ISLAM DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM I

KANDUNGAN. Prakata Transliterasi

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji


PENDAHULUAN FIQH AWLAWIYYAT DEFINISI FIQH AWLAWIYYAT KONSEP FIQH AWLAWIYYAT CTU /08/2013. Maruwiah Ahmat 1

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM 1 INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI

PENDAHULUAN CTU /08/2013. Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar.

PEMBUKAAN KOTA MEKAH

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

5226/1&2 SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN TASAWWUR ISLAM KERTAS 1 DAN 2 SET 2 PERATURAN PEMARKAHAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

CAPAN KHATAMAN USTAZ HJ ALI HJ MOHAMAD* 1. Hidup Dihiasi Adab

KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

1. Terlebih dahulu, saya mewakili seluruh warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengalu-alukan kehadiran

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

PERJANJIAN HUDAIBIYAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI

Permasalahan Jemaah Haji Wanita

Peraturan pemarkahan Kertas 1 / 5226/1

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Transkripsi:

Sumber : iluvislam Disunting oleh Md Yusri Bin Jani KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID Masjid sebagaimana yang kita sedia maklum didefinisikan sebagai tempat ibadah umat Islam. Ini merupakan definisi secara umum. Kalimah 'masjid' dari sudut bahasa Arab membawa maksud 'tempat sujud'. Mengapa disebut tempat sujud? Sedangkan masjid merupakan tempat sembahyang dan ibadah. Kalimah ini merupakan majazi (metafora) dari sudut ilmu Balaghah di mana ia hanya menyebut satu bahagian tertentu daripada suatu perkara namun maksud sebenar adalah perkara tersebut. Seperti sujud yang merupakan satu rukun daripada rukun-rukun sembahyang digunakan di sini namun ia membawa maksud sembahyang. Ertinya masjid adalah tempat sembahyang. Masjid Hambar Vs Kelebihan Masjid Peranan masjid tika ini dilihat masih hambar. Walaupun ada usaha untuk memakmurkan masjid yang timbul daripada kesedaran yang tinggi, namun usaha ini masih perlu digiatkan lagi. Kesedaran perlu ditingkatkan bahawa masjid bukan sekadar tempat untuk beribadah semata-mata, bahkan masjid merupakan pusat kegiatan pelbagai aktiviti umat Islam sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Masjid sangat banyak kelebihan: "Sesiapa yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T., Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga". (Riwayat Bukhari) Apa yang nyata, persepsi umat Islam terhadap masjid masih samar-samar kerana minda mereka telah digasak sekian lama bahawa masjid hanya tempat untuk beribadah sahaja. Sebarang aktiviti yang bukan berbentuk keagamaan tidak boleh dilakukan di masjid kerana ia dilihat boleh mencemarkan martabat masjid! Ini adalah persepsi yang salah. Ianya timbul daripada kekeliruan hasil daripada gerakan sekularisme yang ingin memisahkan agama daripada urusan hidup duniawi dalam diri umat Islam. Umat Islam hanya sesuai untuk beribadah sahaja, manakala aktiviti keduniaan tidak perlu diserahkan pada umat Islam. Atau dengan maksud yang lain, masjid hanya untuk kegiatan agama sahaja, manakala aktiviti lain perlu dilakukan di luar masjid.

"Tempat yang paling disukai oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah pasar-pasarnya". (Riwayat Muslim) Hadith palsu yang berbunyi: "Barangsiapa yang berkata-kata di dalam masjid dengan perkataan duniawi, maka amalannya terbatal selama 40 tahun!". Ia dilaungkan bahkan ditampal di dalam masjid! Ini adalah hadith yang palsu, mungkar lagi batil. Dicipta oleh golongan zindiq sekularis yang ingin memisahkan agama daripada urusan hidup berbentuk keduniaan. Kesannya umat Islam mundur, jumud, pasif dan hanya tahu tentang agama. Itu pun dengan pemahaman yang jumud juga!! Maka umat Islam menjadi seperti penganut agama lain yang berpandangan bahawa 'Tuhan' hanya ada di masjid, kuil, tokong, gereja dan saumaah. Bila keluar masjid, maka wataknya berubah. Bebas kerana tiada 'tuhan'. Yang ada hanya diri sendiri. Lalu dia pun berbuat sewenang-wenangnya sehingga melanggar batas agama! "Apabila kamu melihat seseorang lelaki yang berulang-alik ke masjid maka saksikanlah baginya dengan keimanan". (Hadis riwayat Tirmizi) Islam bermaksud selamat. Masjid sebagai syiar yang penting di dalam Islam tentunya membawa mesej Islam itu sendiri ke tengah masyarakat. Kehadiran masjid menjadikan bukan sahaja dirinya sebagai zon keselamatan bahkan masyarakat sendiri berada di dalam zon salamah dengan mendapat keredhaan daripada Allah SWT. Ia telah dibuktikan pada zaman baginda Rasulullah SAW yang telah memperlihatkan masjid sebagai pusat membawa hidayah dan salamahkepada manusia.

Setelah Rasulullah (s.a.w.) berhijrah ke Kota Madinah, baginda telah membina masjid Quba', yang menjadi masjid pertama pada zaman awal perkembangan agama Islam. Jika diperhatikan walaupun hanya beberapa hari Rasulullah (s.a.w.) berada di Quba', dalam perjalanan baginda ke Madinah, baginda telah berusaha membina masjid. Sekiranya masjid itu dibina hanya semata-mata untuk dijadikan tempat sembahyang maka sudah tentu ia tidak memerlukan pembinaan yang segera, tetapi oleh kerana Rasulullah (s.a.w.) melihat masjid memberikan pengertian yang lebih besar maka Rasulullah (s.a.w.) memberi keutamaan kepadanya. Kita lihat setelah baginda Rasulullah (s.a.w.) tiba di Madinah, baginda telah mengambil beberapa langkah yang berkesan untuk mewujudkan perpaduan yang kukuh di kalangan penduduk Islam di Madinah. Antara langkah-langkah segera yang diambil oleh Rasulullah (s.a.w.) ialah mendirikan masjid (yang terkenal dengan nama "Masjid Nabawi") dan bermula dari sinilah terpancarnya cahaya Islam, pancaran ilmu, keharmonian ihsan dan ketinggian akhlak umat Islam di seluruh pelosok dunia. Di samping itu baginda telah menjadikan masjid sebagai pusat ibadat, pusat pemerintahan dan pentadbiran negara, nadi gerakan Islam dan penggerak kegiatan masyarakat, tempat menuntut hak dan keadilan, markas tentera dan pertahanan, pusat kebajikan, gedung ilmu serta pusat hubungan dengan Allah dan manusia sesama manusia.

Dari fakta sejarah tersebut dapatlah disimpulkan bahawa masjid di masa awal Islam telah menjadi sebagai: 1. Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah. 2. Tempat pembentukan peribadi umat Islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan Islam. 3. Pusat perkembangan ilmu pengetahuan kerana masjid tempat ilmu pengetahuan disampaikan baik dalam bidang akidah, syariat dan akhlak. 4. Tempat wahyu diturunkan dan sebagai tempat wahyu disampaikan kepada sahabat. 5. Pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam. Ada sahabat yang menyampaikan syairnya dalam masjid. 6. Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam. 7. Tempat letaknya Baitulmal negara. 8. Tempat persinggahan musafir dan tempat menyambut tetamu. 9. Lambang persaudaraan dan perpaduan umat Islam kerana setiap hari lima kali umat Islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira kedudukan dan keturunan. 10. Tempat membuat perisytiharan kepada umat termasuk perisytiharan pelantikan khalifah (Abu Shuhbah, al-sirat Nabawiyyat Fi al- Qur'an Wa al-sunnat jld: 2 hlm: 31).

Antara sebab masjid pada zaman silam mampu berperanan sedemikian luas ialah: 1. Keadaan masyarakat yang bersatu padu dan berpegang teguh kepada nilai keagamaan dan kebudayaan. 2. Kemampuan pembina masjid menghubungkan aspek sosial dan keperluan masyarakat dengan kegiatan masjid. 3. Manifestasi pemerintahan terlaksana di dalam masjid. Di sesetengah masjid di negara ini, fungsi dan peranan masjid sebagaimana pada zaman keagungan Islam dulu tidak lagi dilaksanakan. Namun ia tidak bererti bahawa institusi masjid tidak mampu berperanan dalam hal berkenaan. Dalam muktamar Risalah al-masjid di Makkah pada 1975, soal peranan dan fungsi masjid dibincang dan disepakati bahawa masjid boleh berperanan dengan baik apabila memiliki peralatan dan ruangan yang memadai untuk: 1. Ruang solat yang memenuhi beberapa syarat keluasannya. 2. Ruang khusus untuk wanita yang memudahkan mereka untuk keluar masuk masjid tanpa bercampur gaul dengan lelaki. Ini termasuk ruang solat dan pendidikan. 3. Ruang bagi sebarang pertemuan dan bilik perpustakaan. 4. Ruang klinik dan ruang untuk memandi dan mengkafankan jenazah; dan 5. Ruang untuk beriadah bagi remaja Islam. Semua perkara ini harus diwarnai dengan keadaan fizikal bangunan masjid, namun semestinya melaksanakan peranan masjid sebagaimana yang disebutkan di atas. (Quraisy Shihab, Wawasan al- Qur'an hlm: 463).

Ringkasnya, pada zaman Rasulullah, masjid dijadikan sebagai pusat peradaban Islam. Manakala individu-individu yang mengimarahkan masjid dipuji oleh Allah SWT sebagai golongan yang menyucikan diri mereka dari najis zahir dan najis batin (dosa). Peranan masjid perlu dihidupkan semula. Sirah telah membuktikan bahawa masjid merupakan jentera penggerak kepada perkembangan Islam ke seantero dunia. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mentadbir negara bermula dari masjid. Baginda mengajar, berpidato, bersidang, menerima kunjung hormat para tetamu, merangka strategi peperangan dan lain-lain lagi urusan keduniaan di masjid. Masjid ketika itu bukan sekadar tempat ibadah, bahkan ia adalah sebuah universiti yang telah melahirkan para graduan yang hebat iaitu para sahabat r.ahm. Masjid adalah parlimen, dewan sambutan, dewan acara dan apa saja yang ingin kita namakan. Bukan bentuk masjid yang menjadi keutamaan kerana Masjid Nabawi pada zaman itu hanya sebuah masjid yang cukup sederhana. Tidak seperti masjidmasjid zaman ini. Namun yang penting adalah pengisiannya. Bagaimana masjid perlu digerakkan agar menjadi sebuah pusat janakuasa kekuatan umat Islam kini. Apa guna masjid yang tersergam indah, tetapi kosong seperti jasad yang tidak bernyawa ditambah pula dengan jumlah jemaah yang tidak sampai pun satu saf!