PANDANGAN ULAMAK KONTEMPORARI TERHADAP STATUS NEGARA ISLAM DAN NEGARA KAFIR.

dokumen-dokumen yang mirip
"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan


Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

Hak Cipta Terpelihara :

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

ZAKAT DAN SEDEKAH KEPADA BUKAN ISLAM: KEHARUSAN INTERAKSI MENURUT ISLAM.

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

SUMBER HUKUM ISLAM 1

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

12.1 DAKWAH SATU : PENGENALAN MUQADDIMAH

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

NEGARA ISLAM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT)

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

KERANGKA ASAS DALAM PEMBINAAN HUKUM FIQH MASYARAKAT BUKAN ISLAM MASA KINI

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

27 Mac 2015 (Jumaat) / 6 Jamadilakhir 1436H

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

CONTOH SOALAN IDA 152

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

Shamrahayu A. Aziz, 2016, Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia, 88 halaman, ISBN

(a) Nyatakan bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiyah di Makkah.

Modul Pengajian Pemikiran Islam Di Singapura 2

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

PENDAHULUAN FIQH AWLAWIYYAT DEFINISI FIQH AWLAWIYYAT KONSEP FIQH AWLAWIYYAT CTU /08/2013. Maruwiah Ahmat 1

PENDAHULUAN CTU /08/2013. Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar.

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

IKHTILAF (PERBEZAAN PENDAPAT) ULAMA DALAM MASALAH BABI ; HIKMAH DAN APLIKASINYA

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

Kewajiban berdakwah. Dalil Kewajiban Dakwah

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

AMALAN WASIAT KEPADA WARIS DI MALAYSIA. Noor Lizza Mohamed Said

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

MUTLAK DAN MUQAYYAD DALAM AL-QURAN

HALAL, HARAM & SYUBHAT

Himpunan Doa Didalam Al Quran

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

BAGAIMANA BERINTERAKSI DENGAN NON MUSLIM DALAM KONTEKS MALAYSIA

BAB II TINJAUAN UMUM TENTANG PEMIMPIN. 1) Mengetahui atau mengepalai, 2) Memenangkan paling banyak, 3)

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

PEMAKAIAN KONSEP WASIAT WAJIBAH DI MALAYSIA

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 2)

RUKUN AGAMA (PERTAMA/2017/FEB/001)

ilmu dan amalan dengannya. Untuk memahami pengertian dan

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

MENDAMAIKAN PERSAUDARAAN SEIMAN

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

LALUAN KEHIDUPAN

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

Allah Al-Ghalib (Maha Menang) dan An-Nashir (Maha Penolong)

PEMBUKAAN KOTA MEKAH

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

PENYALAHGUNAAN DADAH DAN KEWAJARAN PERUNTUKAN HUKUMAN BERAT KE ATAS PENAGIH DADAH DI MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF SHARIAH

buatwasiat.com WASIAT DAN PELAKSANAANNYA KE ATAS SAUDARA BARU SEMINAR PERANCANGAN HARTA SECARA SYARIAH

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

Transkripsi:

PANDANGAN ULAMAK KONTEMPORARI TERHADAP STATUS NEGARA ISLAM DAN NEGARA KAFIR. ABDUL HAKIM BIN BAHARUDIN Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bangi, Selangor. abdulhakim@kuis.edu.my ABSTRAK Perbezaan status antara negara Islam dan negara kafir telah dijadikan asas kepada perbincangan para ulamak terdahulu pada banyak hukum dan tajuk dalam ilmu fiqah. Tidak kurang juga permasalahan ini dibahaskan oleh sesetengah pihak dengan tujuan mengaitkannya dengan perbincangan politik setempat. Biarpun ianya telah dibahaskan oleh kebanyakan para ulamak terdahulu dalam menentukan ciri dan definisi sebenar negara Islam dan kafir, ulamak kontemporari tidak terlepas daripada menyentuh persoalan ini, terutamanya menilai semula kesesuaian pembahagian negara-negara di dunia kepada Islam dan kafir dalam konteks semasa. Pandangan beberapa orang ulama yang menjadi rujukan utama umat Islam kini dihimpunkan dan dianalisa untuk memahami pendirian mereka terhadap persoalan ini. Hasil daripada anaslisa yang dilakukan terhadap beberapa pandangan tersebut, kita dapat memahami bahawa pembahagian negara perlu disesuaikan dengan realiti dan keperluan semasa. Kata kunci : Pembahagian negara, negara Islam, negara kafir, ulama kontemporari PENGENALAN Pembahagian dunia kepada negara Islam dan negara kafir atau perang (Harb) dalam perbincangan Fiqh Islam telah diterima oleh kebanyakan para ulama terdahulu. Ini kerana, realiti yang berlaku pada ketika itu sememangnya memisahkan antara sebuah negara Islam yang diiktiraf dan negara-negara bukan Islam yang lain. Ada yang membahagikan negara-negara dunia kepada negara Islam dan kafir sahaja manakala sebahagian yang lain membahagikannya kepada tiga; iaitu negara Ahd sebagai negara ketiga kerana mengiktiraf hubungan damai antara negara kafir dan negara Islam. Namun begitu, selepas berlakunya perubahan terhadap hubungan antara negara-negara dunia yang juga melibatkan negara umat Islam, iaitu dengan kewujudan perjanjian damai antara negara-negara dan tertubuhnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, status pemisahan negara Islam dan kafir perlu dilihat semula. Ulamak kontemporari telah memberikan pandangan terhadap isu ini yang mana sebahagiannya melihat asas pemisahan ini perlu diterima pakai sehingga kini manakala sebahagian yang lain memberikan penilaian semula bersesuaian dengan situasi kini. 1

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini adalah kajian kualitatif iaitu dengan dilakukan pencarian dan penelitian terhadap pandangan beberapa orang ulamak kontemporari terhadap status negara Islam dan kafir mengikut realiti semasa. Antara pandangan ulamak yang diberikan perhatian ialah Yusuf Al- Qaradhawi, Wahbah Az-Zuhayli, Abdullah bin Bayyah serta beberapa ulamak dan penulis yang membincangkan isu ini seperti Ismail Lutfi Al-Fatani dan lain-lain. NEGARA ISLAM, KAFIR (HARB) DAN AHD Umumnya, ulamak telah memperkenalkan tiga jenis negara walaupun ada yang hanya mengiktiraf dua jenis sahaja. Negara Islam dan negara kafir adalah asas dalam perbezaan status negara yang merujuk kepada permusuhan golongan kafir kepada Islam. Manakala negara Ahd adalah negara kafir pada asalnya tetapi mempunyai ikatan perdamaian dengan negara Islam. Berikut adalah definisi dan ciri-ciri bagi setiap jenis negara tersebut. Negara Islam & Kafir Pelbagai definisi serta ciri- ciri telah diketengahkan oleh para ulama untuk menentukan status negara Islam serta garis pemisah antara negara Islam dan kafir. Pandangan yang berbeza-beza ini menggambarkan sudut pandang yang berbeza oleh para ulamak dalam melihat hakikat sebuah negara Islam. Antara pandangan-pandangan tersebut, ialah :- Mengikut Al-Kasani Ulama mazhab Hanafi tidak berselisih pendapat berkenaan perubahan negara kafir kepada negara Islam dengan sebab tertegaknya hukum Islam akan tetapi mereka berselisih pendapat berkenaan sebab- sebab negara Islam berubah kepada negara kafir. Imam Abu Hanifah menetapkan 3 syarat : o Tertegaknya undang- undang kafir o Berjiran dengan negara kafir o Orang beriman dan kafir zimmi tidak mendapat keamanan 1 Ibnu Qayyim : Negara Islam ialah negara yang didiami oleh orang Islam dan terlaksana padanya hukum- hukum Islam dan negara yang tidak melaksanakannya ia bukanlah negara Islam sekalipun ia bersebelahan negara Islam. 2 As-Syaukani : sekiranya segala kuasa pemerintahan berada di tangan umat Islam sehingga orang kafir tidak dapat menonjolkan kekufuran melainkan apa yang diizinkan oleh pemerintahan Islam maka ia adalah negara Islam. 3 Ibnu Hazm pula memberikan kaedah yang umum berkenaan penentuan status sesebuah negara iaitu dengan melihat kepada majoriti penduduk dan pemerintah padanya. 4 1 Abu Bakar Bin Mas ud Al- Kasani, Badai As- Sanai fi Tartib As- Syarai, (Beirut: Dar Al- Kutub Al- Ilmiyyah), jil. 7, m.s 130. 2 Ibnu Qayyim Al- Jauziyyah, Ahkam Ahl Az- Zimmah, (Beirut: Dar Al- Kutub Al- Ilmiyyah) jil. 1, m.s 268. 3 Muhammad Bin Ali As- Syaukani, As- Sail Al- Jarrar Al- Mutadaffiq A la Hadaiq Al- Azhar, (Beirut: Dar Al- Kutub Al- Ilmiyyah), jil. 4, m.s 575. 4 Ibnu Hazm Az- Zahiri, Al- Iisol fi Al- Muhalla bi Al- Athar, (Beirut: Dar Al- Kutub Al- Ilmiyyah), jil. 12, m.s 126. 2

Menurut Abdul Qadir Audah, negara Islam ialah sebuah negara yang menampakkan perlaksanaan undang- undang Islam atau penduduk Islam dapat menzahirkan pengamalan hukum- hukum Islam. Begitu juga dikira sebagai negara Islam bagi negara- negara yang keseluruhan penduduknya atau sebahagian besarnya adalah muslim, setiap negara yang dikuasai oleh orang Islam walaupun kebanyakan penduduknya adalah bukan Islam. Seterusnya dianggap negara Islam jika negara itu diperintah oleh bukan Islam tetapi penduduk Islam bebas melaksanakan segala perintah agama. 5 Abu Zahrah ada mengatakan, negara Islam adalah negara yang perintah oleh penguasa Islam dan segala kuasa dan kekuatan adalah di tangan orang- orang Islam. 6 Ini adalah sebahagian daripada pandangan para ulama dalam menetapkan definisi dan ciri- ciri bagi negara Islam. Kebanyakan mereka hanya menggariskan ciri- ciri bagi sebuah negara Islam manakala negara yang tidak memenuhi ciri- ciri tersebut dianggap sebagai negara kafir. Beberapa orang penulis seperti Ismail Lutfi Al- Fatani dan Muhammad Khair Haikal telah menilai pandangan- pandangan tersebut dan memberikan kesimpulan seperti berikut : Lutfi Al- Fatani : Sesebuah negara itu dianggap sebagai negara Islam apabila terlaksananya peraturan Islam dan kuasa pemerintahan berada di tangan umat Islam. 7 Muhammad Khair Haikal : Sistem hukum yang berjalan adalah sistem Islam dan keamanan dalam dan luar negara berada di bawah kuasa umat Islam. 8 Setiap ciri negara Islam yang dinyatakan oleh para ulama mempunyai perkaitan antara satu yang lain. Contohnya pada syarat kepimpinan negara dikuasai oleh orang Islam dan perlaksanaan undang- undang Islam pada. Secara logik mudah, sesebuah negara yang melaksanakan undangundang Islam kerana ianya dipimpin oleh orang Islam dan agak mustahil jika pemimpin bukan Islam ingin mengaplikasikan hukum- hakam Islam. Manakala sekiranya pemimpin Islam itu seorang yang amanah dan bertanggungjawab, dia akan melaksanakan segala perintah agama dengan menegakkan undang-undang Islam di atas muka bumi. 9 Negara Ahd Pada bahasa, Ahd bermaksud janji. Manakala pada istilah pula, terdapat beberapa pengertian yang boleh diambil, antaranya : Al-Kasani: Perjanjian dan perdamaian untuk meninggalkan peperangan. 10 Ibnu Arafah: Perjanjian antara muslim dan kafir harbi untuk berdamai bagi tempoh tertentu yang dia tidak dipertanggungjawabkan pada hukum Islam. 11 5 Abdul Qadir Audah, At- Tasyri Al- Jinai: Muqaranan bi Al- Qanun Al-Wadh i, (Beirut: Muassasah Risalah), jil. 1, m.s 275. 6 Muhammad Abu Zahrah, Al- Alaqat Ad- Dawliyyah fi Al- Islam, (Kaherah: Dar Al- Fikr Al- Arabi), m.s 56. 7 Ismail Lutfi Al- Fatani, Ikhtilaf Ad-Daraini wa Atharuhu fi Ahkam Al- Munakahat wa Al- Muamalat (Kaherah: Dar- As- Salam li At- Toba ah wa An- Nasr wa At- Tauzi wa At- Tarjamah), m.s 33. 8 Muhammad Khair Haikal, Al- Jihad wa Al-Qital fi As-Siyasah As- Syar iyyah, (Beirut: Dar Ibn Hazm), jil. 1, m.s 667 & 668. 9 Abdul Hakim Baharudin, Mabda Al-Hiyad fi Al- Fiqh Al- Islami Dirasah Fiqhiyyah Tahliliyyah Ta siliyyah, (IIUM: Kuala Lumpur, 2014), m.s 57. 10 Al-Kasani, Badai As-Sanai, jil. 7, m.s 108. 3

Berdasarkan definisi di atas, dapat kita fahami negara Ahd ini adalah negara yang mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam. Walaupun pada asalnya ia adalah negara kafir atau negara yang bermusuh malah berperang dengan negara Islam, tetapi disebabkan perjanjian yang dimeterai antara keduanya, mereka bertanggungjawab memelihara perdamaian antara satu sama lain terutamanya menghindari daripada menyerang antara satu sama lain selagi mana dalam tempoh perjanjian. PANDANGAN ULAMAK KONTEMPORARI Wahbah Az-Zuhayli merupakan antara ulama yang mendokong pandangan yang memisahkan status negara-negara dunia kepada negara aman dan perang dan bukannya negara Islam dan kafir. Negara aman yang dimaksudkan adalah negara yang selamat dan tidak terlibat dengan peperangan dan sebaliknya bagi negara perang. Pada asasnya, mereka menganggap seluruh dunia adalah sebuah negara sahaja sebagaimana pandangan Imam Syafei. Pembahagian negara Islam dan kafir oleh para ulama terdahulu adalah pandangan bersifat waqei serta tiada asas syara dan nas. Al-Ghunaimi menyatakan bahawa pembahagian ini telah diasaskan oleh fuqaha pada kurun ke 2 hijrah iaitu di era kerajaan Abbasiyah lantaran umat Islam terkesan dengan hubungan yang wujud antara negara Islam dan bukan Islam pada waktu itu. 12 Hubungan permusuhan dan peperangan antara negara Islam dan kafir telah menyebabkan negara-negara musuh dilabel sebagai Dar Al- Harb atau negara perang. Namun begitu, status perang perlulah bersifat sementara iaitu sekadar berlakunya peperangan itu, selepas berakhirnya peperangan ia tidak lagi dianggap sebagai negara perang 13. Abdullah Bin Bayyah juga memberikan pandangan yang hampir sama dengan Az- Zuhaily apabila beliau secara jelas menyatakan aplikasi terhadap pembahagian negara Islam dan negara kafir tidak lagi sesuai dengan keadaan masyarakat dunia hari ini kerana perjanjian yang wujud antara negara- negara ahli PBB dan globalisasi. Umat Islam hari ini telah menetap di serata dunia sehingga ke negara- negara Eropah dan membentuk komuniti Islam. Bahkan perlu disedari bahawa Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W adalah untuk seluruh manusia, sebagaimana firman Allah Taala : 14 Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semua. Oleh itu, seluruh tanah yang didiami oleh manusia perlu dibezakan dengan status ummah ijabah iaitu umat Islam dan ummah dakwah bukan Islam. Perhubungan yang wujud antara negara tidak seharusnya berasaskan kepada agama semata-mata. Umat Islam yang tinggal 11 Muhammad bin Abdullah Al-Khurasyi, Hasyiah Al-Khurasyi Ala Mukhtasar Syayiidi Khalil, (Beirut: Dar Al- Kutub Al- Ilmiyyah, 1997), jil. 4, m.s 90. 12 Md Akhir Yaacob, The Law of Neutrality A Comparative Study of Islamic Law and Public International Law, (Doctoral Thesis, University Malaya, 1984), m.s 46. 13 Wahbah Az-Zuhayli, Athar Al-Harb fi Al-Fiqh Al- Islami Dirasah wa Al-Muqaranah, (Dimasyq: Dar Al-Fikr), m.s 194. 14 Surah Al-A raf : 158 4

negara-negara bukan Islam pun membina hubungan dengan masyarakat setempat di atas dasar kemanusiaan dan toleransi. 15 Manakala terdapat pula sebahagian ulamak seperti Yusuf Al-Qaradhawi dan Ismail Lutfi Al-Fatani yang tetap mempertahankan kesesuaian pandangan ulamak terdahulu dalam memisahkan negara Islam dan kafir untuk dipraktikkan pada waktu kini. Mereka berhujah bahawa pembahagian antara negara Islam dan kafir mempunyai asas syara dan nas. Ia berdasarkan beberapa ayat daripada Al-Quran dan Hadis yang menjelaskan ciri-ciri negara Islam dan kafir atau membezakan antara keduanya 16. 1) Ciri negara Islam i. Dalil Al-Quran Firman Allah Taala : Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. 17 Ayat ini menjelaskan ciri- ciri sebuah negara yang didiami umat Islam perlu didirikan sembahyang, ditunaikan zakat dan ditegakkan amar makruf dan nahi mungkar. Seterusnya, firman Allah Taala : Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhainya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganku. dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. 18 Ayat ini pula menjelaskan tiga ciri utama bagi sebuah negara Islam iaitu yang pertama, penguasaaan oleh orang- orang mukmin, kedua, tertegaknya agama Allah dan ketiga keamanan bagi orang- orang Islam. 19 ii. Dalil hadis 15 Skrip wawancara rancangan As-Syariah wa Al-Hayah, Al-Jazeera, <http://www.aljazeera.net/programs/religionandlife/2010/4/13/%d8%a7%d9%84%d9%81%d9%82%d9%87%d8 %A7%D8%A1-%D9%88%D8%AA%D9%82%D8%B3%D9%8A%D9%85- %D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%A7%D9%84%D9%85> dilihat pada 15 September 2015. 16 Yusuf Al-Qaradhawi, Fiqh Al-Jihad: Dirasah Muqaranah li Ahkamihi wa Filsafatihi fi Dhaui Al-Quran wa As- Sunnah, (Kaherah: Maktabah Wahbah), jil. 2, m.s 868. 17 Surah Al- Hajj : 41 18 Surah An-Nur : 55 19 Al- Fatani, Ikhtilaf Ad- Daraini, m.s 29 & 30. 5

Hadis daripada Buraidah yang menceritakan tentang wasiat Rasulullah S.A.W kepada panglima- panglima perang. Rasulullah S.A.W berwasiat kepada mereka supaya menyeru manusia kepada tiga perkara. Antara yang disebutkan oleh Baginda S.A.W ialah, kemudian serulah mereka supaya berpindah daripada negara mereka kepada ( ) negara ahli- ahli hijrah 20 Selepas manusia diseru kepada Islam dan menerimanya, mereka pula diseru supaya meninggalkan negara mereka dan berhijrah ke negara ahli-ahli hijrah yang merujuk kepada negara yang didiami umat Islam atau negara Islam. 2) Ciri negara kafir i. Dalil Al-Quran Firman Allah Taala : Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakmu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakmu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)". 21 Ayat ini menggambarkan kezaliman yang melampau ke atas umat Islam di Mekah apabila dinyatakan juga doa oleh kanak- kanak, dan itulah ciri sebuah negara kafir yang dikuasai oleh pemimpin- pemimpin yang zalim. ii. Dalil hadis Hadis-hadis yang menggunakan istilah negara musuh dan merujuk kepada negara kafir, antaranya ialah : Daripada Ibnu Umar R.A : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang bermusafir dengan mushaf (Al-Quran) ke bumi musuh kerana bimbang ia akan sampai ke tangan musuh. 22 3) Perbezaan antara negara Islam dan kafir i. Dalil Al-Quran Firman Allah Taala: Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan 20 Muslim bin Al- Hajjaj, Sohih Muslim, (Beirut, Dar Al-Ihya At-Turath Al- Arabi), jil. 3, m.s 1357. 21 Surah An-Nisa : 75 22 Muslim, Sohih Muslim, jil. 3, m.s 1491. 6

tidak sengaja, maka (wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada ahlinya (keluarga si mati), kecuali jika mereka sedekahkan (memaafkannya). Tetapi jika ia (yang terbunuh dengan tidak sengaja) dari kaum (kafir) yang memusuhi kamu, sedang ia sendiri beriman, maka (wajiblah si pembunuh membayar kaffarah sahaja dengan) memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dan jika ia (orang yang terbunuh dengan tidak sengaja itu) dari kaum (kafir) yang ada ikatan perjanjian setia di antara kamu dengan mereka, maka wajiblah membayar "diah" (denda ganti nyawa) kepada keluarganya serta memerdekakan seorang hamba yang beriman. Dalam pada itu, sesiapa yang tidak dapat (mencari hamba yang akan dimerdekakannya), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut; (hukum yang tersebut) datangnya dari Allah untuk menerima taubat (membersihkan diri kamu). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 23 Ayat di atas menjelaskan tiga keadaan dan hukum bagi kesalahan membunuh dengan tidak sengaja. a) Membunuh orang Islam yang berada di tanah air mereka, maka dihukum membayar diat dan kaffarah. b) Membunuh orang yang telah beriman tetapi tinggal di tempat asalnya dikalangan orang kafir yang memerangi Islam, maka dihukum kaffarah sahaja. c) Membunuh orang Islam yang tinggal bersama kaumnya tetapi kaumnya itu mempunyai ikatan perjanjian damai dengan orang Islam maka hukumannya adalah membayar diat dan kaffarah. 24 Al-Qaradhawi menyatakan ayat di atas telah membezakan antara sebuah negara dengan negara yang lain dalam menetapkan hukuman bagi kesalahan membunuh orang Islam dengan tidak sengaja, Perbezaan status sesebuah negara ditentukan berdasarkan kepada pendirian dan pegangan penduduknya. 25 Nas-nas yang menjadi dalil kepada pemisahan antara negara Islam dan negara kafir bukanlah sandaran jelas bahkan ianya hanya memberikan isyarat melalui ciri-ciri dan suasana yang wujud bagi setiap kategori negara. Maka tidak hairanlah sebahagian ulamak berpendapat pembahagian negara Islam dan kafir tidak mempunyai asas syara dan nas. Setiap negara umat Islam kini adalah negara Islam biarpun sebahagiannya tidak mempraktikkan keseluruhan peraturan agama, bahkan walaupun negara itu mendakwa mereka sebuah negara sekular dan berpelembagaan sekular, mereka tetap sebagai negara Islam. Sekurang-kurangnya negara tersebut adalah sebuah negara Islam yang sempurna pada asalnya ataupun pemimpin dan majoriti penduduknya adalah Islam serta tertegaknya syiar-syiar agama seperti azan, solat jamaah dan sebagainya. Merujuk kepada perjanjian-perjanjian yang wujud antara negara-negara di dunia melalui PBB, Al-Qaradhawi berpendapat negara-negara bukan Islam adalah termasuk dalam kategori 23 Surah An-Nisa : 92 24 Muhammad bin Ahmad Al-Qurthubi, Al-Jamei li Ahkam Al-Quran, (Kaherah: Dar Al-Hadith, 2010) jil. 3, m.s 273-285. 25 Al-Qaradhawi, Fiqh Al-Jihad, jil. 2, m.s 890 & 891. 7

negara Ahd. Perjanjian-perjanjian damai menghalang daripada negara-negara ahli berperang sesama sendiri dan negara-negara Islam perlu berpegang kepada janji-janji yang diikat. Namun begitu, ia tidak termasuk negara Israel kerana ia adalah sebuah negara haram yang menindas dan memusuhi umat Islam sekalipun ia telah diiktiraf sebagai negara ahli. 26 DAPATAN KAJIAN Berdasarkan beberapa pandangan yang dihimpunkan, kita mendapati bahawa pembahagian negara yang dipelopori oleh fuqaha terdahulu tidak diterima secara keseluruhan oleh ulamak kontemporari. Sebahagiannya hanya mengambil semangat dan ruh daripada perbezaan negara Islam dan kafir kemudian memfokuskan kepada soal keamanan dan keselamatan bagi umat Islam. Pandangan ini dilihat lebih meraikan kewujudan komuniti umat Islam di negara-negara maju dan negara bukan Islam seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis lantaran mereka diberikan hak, kebebasan dan keselamatan yang sewajarnya. Manakala pandangan yang mempertahankan status negara Islam telah meletakkan ciriciri yang minima bagi memenuhi syarat negara Islam. Pandangan ini dapat memenuhi tuntutan penyatuan umat Islam hari ini yang berada di serata dunia dan dipisahkan oleh sempadan negara. Biarpun negara umat Islam hari ini di bina atas semangat kebangsaan, meninggalkan banyak perintah-perintah agama dan bertelingkah antara satu sama lain, sekurang-kurangnya mereka mempunyai status dan platform yang sama ke arah membentuk penyatuan umat Islam. PENUTUP Islam merupakan agama yang bersifat anjal yang boleh berubah bagi memenuhi keperluan manusia. Sifat anjal ini selalu dikaitkan dengan persoalan yang berkaitan muamalah dan urusan keduniaan manusia. Pemisahan antara negara Islam dan kafir adalah ijtihad yang dapat memenuhi keperluan manusia dan membantu dalam urusan berpolitik umat Islam. Perubahan yang berlaku pada setiap zaman pastinya memberikan kesan kepada hukum dan pendekatan dalam urusan keduniaan. Tidak sewajarnya ijtihad ulama terdahulu terus dijadikan pegangan sekiranya ia tidak lagi menepati suasana dan tuntutan semasa. Umat Islam juga tidak seharusnya terus berpolemik dalam membincangkan soal status negara Islam mahu pun ciri-ciri yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dinyatakan oleh para fuqaha. Bahkan keutamaan yang perlu diberikan oleh setiap individu Islam dewasa kini adalah membina kesatuan ummah di atas dasar kebenaran dan menjana kekuatan sehinggalah Islam mampun memimpin dunia. 26 Al-Qaradhawi, Fiqh Al-Jihad, jil. 2, m.s 894 & 895. 8

RUJUKAN Buku Abu Zahrah, Muhammad. (1415H). Al- Alaqat Ad- Dawliyyah fi Al- Islam. Kaherah: Dar Al- Fikr Al- Arabi. Al- Fatani, Ismail Lutfi. (1998). Ikhtilaf Ad-Daraini wa Atharuhu fi Ahkam Al- Munakahat wa Al- Muamalat. Kaherah: Dar- As- Salam li At- Toba ah wa An- Nasr wa At- Tauzi wa At- Tarjamah. Al-Kasani, Abu Bakar Bin Mas ud. (1406H). Badai As- Sanai fi Tartib As- Syarai. Beirut: Dar Al- Kutub Al- Ilmiyyah. Al-Khurasyi, Muhammad bin Abdullah.(1997). Hasyiah Al-Khurasyi Ala Mukhtasar Syayiidi Khalil. Beirut: Dar Al-Kutub Al- Ilmiyyah. Al-Qaradhawi, Yusuf. (2010) Fiqh Al-Jihad: Dirasah Muqaranah li Ahkamihi wa Filsafatihi fi Dhaui Al-Quran wa As-Sunnah. Kaherah: Maktabah Wahbah. Al-Qurthubi, Muhammad bin Ahmad. (2010) Al-Jamei li Ahkam Al-Quran. Kaherah: Dar Al- Hadith. As- Syaukani, Muhammad Bin Ali. (1985). As- Sail Al- Jarrar Al- Mutadaffiq A la Hadaiq Al- Azhar. Beirut: Dar Al- Kutub Al- Ilmiyyah. Audah, Abdul Qadir. (2001). At- Tasyri Al- Jinai: Muqaranan bi Al- Qanun Al-Wadh i. Beirut: Muassasah Risalah. Az-Zuhayli, Wahbah. (1419H). Athar Al-Harb fi Al-Fiqh Al- Islami Dirasah wa Al- Muqaranah. Dimasyq: Dar Al-Fikr. Baharudin, Abdul Hakim. (2014). Mabda Al-Hiyad fi Al- Fiqh Al- Islami Dirasah Fiqhiyyah Tahliliyyah Ta siliyyah. IIUM: Kuala Lumpur. Ibnu Hazm Az- Zahiri. (1988). Al- Iisol fi Al- Muhalla bi Al- Athar. Beirut: Dar Al- Kutub Al- Ilmiyyah. Ibnu Qayyim Al- Jauziyyah. (2002). Ahkam Ahl Az- Zimmah. Beirut: Dar Al- Kutub Al- Ilmiyyah. Haikal, Muhammad Khair. (1996). Al- Jihad wa Al-Qital fi As-Siyasah As- Syar iyyah. Beirut: Dar Ibn Hazm. Muslim bin Al- Hajjaj. (1412H). Sohih Muslim. Beirut, Dar Al-Ihya At-Turath Al- Arabi. Yaacob, Md Akhir. (1984) The Law of Neutrality A Comparative Study of Islamic Law and Public International Law. Doctoral Thesis, University Malaya. Laman Web Skrip wawancara rancangan As-Syariah wa Al-Hayah, Al-Jazeera, <http://www.aljazeera.net/programs/religionandlife/2010/4/13/%d8%a7%d9%84%d9%81%d9%82%d 9%87%D8%A7%D8%A1-%D9%88%D8%AA%D9%82%D8%B3%D9%8A%D9%85- %D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%A7%D9%84%D9%85> 9