Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

dokumen-dokumen yang mirip
Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

SYNERGY CARDS SDN BHD

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

1. Apa produk ini berkenaan?

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

*Nota: Bagi Leftenan Muda atau setaraf dan ke bawah, umur semasa memohon MESTILAH tidak kurang daripada 5 tahun dari tarikh persaraan

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Transaksi Runcit Bayaran minimum diterima sebelum atau pada tarikh tamat tempoh bayaran Bayaran minimum diterima selepas tarikh tamat tempoh bayaran

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

Kad Caj: KAD PERIBADI AMERICAN EXPRESS Jun 2012

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

1. Apakah produk ini?

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

PEMBIAYAAN PERIBADI-I TAWARRUQ

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kenderaan baru buatan tempatan terpilih bagi kegunaan teksi / kereta sewa sahaja.

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Overdraf. November 2017

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

SPB1M. BSN memberi perkhidmatan kepada pengusaha bas sekolah untuk ditukar ganti kepada bas baru tertakluk kepada:

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U)

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

ARAHAN TELEKOMUNIKASI

13.5% (Peringkat 1) 16% (Peringkat 2) 17.5% (Peringkat 3)

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK


2. KESAHAN MATA GANJARAN

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

BANK SIMPANAN NASIONAL

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK. CIMB Islamic Bank Berhad

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

10.75% RM672, Jumlah Pembayaran berdasarkan Harga Jualan Bank adalah RM672,105.60

Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

Kad Utama 21 tahun Kad Tambahan 18 tahun

Fasal-fasal yang dipinda

PERJANJIAN PEMEGANG KAD BSN AL-AIMAN PLATINUM/EMAS/KLASIK VISA/MASTERCARD

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Transkripsi:

PENYATA PENZAHIRAN PRODUK (Sila baca Penyata Penzahiran Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk memiliki Kad Kredit-i BSN Al- Aiman Platinum/Emas/Klasik Visa/MasterCard. Pastikan anda juga membaca terma dan syarat am. Dapatkan penjelasan daripada Bank Simpanan Nasional jika anda tidak memahami mana-mana bahagian dalam dokumen ini atau terma am). BANK SIMPANAN NASIONAL PRODUK : KAD KREDIT-i BSN AL-AIMAN PLATINUM/EMAS/KLASIK VISA/MASTERCARD TARIKH : (untuk diisi oleh Wakil Jualan / Cawangan) 1. Apakah produk ini? Kad BSN Al-Aiman Platinum/Emas/Klasik Visa/MasterCard adalah Kad Kredit Islamik yang berdasarkan prinsip Syariah Ujrah (yuran sebagai balasan ke atas perkhidmatan yand disediakan, manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan). Kad-i ini dilengkapi dengan had kemudahan yang diberikan oleh kami kepada anda dan sekiranya apa-apa amaun kemudahan yang anda gunakan tidak diselesaikan sepenuhnya pada atau sebelum tarikh yang perlu dibayar, jumlah yang belum diselesaikan, akan tertakluk kepada Yuran Pengurusan Sebenar. Sekiranya anda berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan tidak dapat membuktikan pendapatan tahunan anda, anda perlu mendepositkan wang melalui Sijil Simpanan Premium (SSP) / Deposit Tetap (FD) dengan BSN. Had kemudahan yang diberikan kepada anda adalah sehingga maksimum 95% daripada jumlah simpanan anda. SSP / FD anda akan dipegang oleh BSN sehingga pembatalan / penamatan dan setelah pembayaran penuh kemudahan Kad-i anda. 2. Apakah yang saya perolehi daripada produk ini? Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut: Jenis Kad Kredit-i Pendapatan Tahunan Had Kemudahan Klasik / Emas Platinum Antara RM24,000 dan RM36,000 RM36,000 dan ke atas RM60,000 dan ke atas Maksimum 2 kali pendapatan bulanan anda. Akan ditentukan berdasarkan penilaian kredit anda. Yuran Pengurusan Sebenar: i. Pembelian Runcit Yuran Pengurusan Sebenar akan dikenakan ke atas baki tertunggak transaksi runcit yang tidak dibayar selepas tarikh akhir pembayaran. Pengiraan Yuran Pengurusan Sebenar bermula dari tarikh transaksi diposkan sehingga bayaran penuh diterima dan dikreditkan ke dalam Akaun Kad-i berdasarkan kadar berikut: Peringkat Kakitangan Kerajaan Kategori Kakitangan Swasta Tahun Pertama Keahlian Syarat-syarat I 11% 13.5% Menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum SEBELUM atau PADA tarikh akhir bayaran.

pada masanya selama 12 bulan berturut-turut. II 13.5% 16% pada masanya bagi sekurang-kurangnya 10 bulan dalam kitaran 12 bulan. Tahun Pertama Keahlian III 17.5% 17.5% Menjelaskan bayaran SELEPAS tarikh akhir bayaran. pada masanya kurang dari 10 bulan dalam kitaran 12 bulan. * Untuk menikmati Yuran Pengurusan Sebenar yang lebih rendah untuk transaksi runcit, anda perlu membuat sekurang-kurangnya 10 bulan bayaran tepat masa dalam tempoh 12 bulan yang lepas. ii. Pendahuluan Tunai Yuran Pengurusan Sebenar akan dikenakan pada kadar 1.5% sebulan yang bersamaan 18% dan dikira pada kadar harian dari tarikh Pendahuluan Tunai dibuat sehingga pembayaran penuh diterima dan dikreditkan ke dalam Akaun Kad-i. Anda boleh mengeluarkan sehingga 75% daripada had kemudahan yang tersedia. Yuran Pengurusan Tetap i. Yuran Pengurusan Tetap adalah had maksimum Yuran Pengurusan Sebenar yang akan dicajkan. Walau apapun, sekiranya Yuran Pengurusan Sebenar melebihi Yuran Pengurusan Tetap, pihak BSN hanya boleh mengenakan yuran kepada Pemegang Kad-i sehingga jumlah Yuran Pengurusan Tetap seperti di bawah: Jenis Kad-i Platinum Yuran Pengurusan Tetap RM36,000 Emas RM13,500 Klasik RM3,600 ii. Pihak Bank, mengikut budi bicara mutlaknya boleh memberikan rebat (Ibra ) kepada Pemegang Kad-i yang mana jumlahnya akan ditentukan dan dikira mengikut budi bicara multak pihak Bank. Jumlah rebat (Ibra ), sekiranya diberikan, akan ditentukan berdasarkan kepada perbezaan antara Yuran Pengurusan Tetap dan Yuran Pengurusan Sebenar. Jika anda membuat bayaran penuh sebelum atau pada tarikh akhir bayaran setiap bulan, pihak Bank tidak boleh mengenakan sebarang caj Yuran Pengurusan Sebenar untuk bulan tersebut. Rebat (Ibra ) pada Yuran Pengurusan Tetap adalah tertakluk kepada garis panduan Kad Kredit-i Bank Negara Malaysia ke atas Struktur Penetapan Harga Berperingkat. 3. Apakah tanggungjawab saya? Bayaran Minimum Bulanan 5% daripada baki tertunggak atau minimum RM50. Tempoh Tanpa Yuran Pengurusan 20 hari dari tarikh penyata tertakluk baki semasa penyata sebelumnya telah dibayar sepenuhnya pada tarikh akhir bayaran perlu dibuat. Jika tidak, yuran pengurusan akan dikira atas dasar harian dari tarikh pengeposan berkaitan. * Tiada Tempoh Tanpa Yuran Pengurusan ke atas Program Pindahan Baki atau Pendahuluan Tunai. Tanggungan Penggunaan Kad-i Sebagai Pemegang Kad-i Utama, anda akan bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dibuat dengan Kad-i

Utama dan Kad-i Tambahan. Pemegang Kad-i Tambahan akan bertanggungjawab untuk baki tunggakan yang ditanggung atas Kad-i Tambahan beliau sahaja. Penyimpanan dan Perlindungan Akaun / Maklumat Kad-i dan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) Anda bertanggungjawab untuk menyimpan Kad-i dan PIN dengan selamat pada setiap masa dan mencegah dari kehilangan, kecurian atau penipuan penggunaan Kad-i dan mencegah dari menzahirkan PIN anda. Anda mesti melaporkan sebarang kehilangan dan/atau kecurian Kad-i atau penzahiran PIN kepada pihak Bank dan pihak polis serta-merta diikuti dengan pengesahan bertulis kepada pihak Bank bersama satu salinan laporan polis dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh kehilangan dan/atau kecurian dan/atau penzahiran PIN. Anda mungkin bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi yang tidak diberi kuasa sekiranya anda gagal berbuat demikian. * Anda dinasihatkan untuk TIDAK menggunakan tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau nombor telefon anda sebagai nombor PIN. Penyata Bulanan Anda mesti menyemak penyata bulanan anda dengan teliti dan serta-merta. Sebarang kesilapan mesti dilaporkan kepada Bank serta-merta kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan anda kehilangan hak untuk mempertikaikan kesilapan tersebut. 4. Apakah bayaran lain yang perlu saya bayar? Yuran dan Caj Perihalan Yuran Tahunan Jenis Kad Kredit-i Kad-i Utama Kad-i Tambahan Satu Kad-i Klasik* (Visa ATAU MasterCard) Dua Kad-i Klasik* (Visa DAN MasterCard) Satu / Dua Kad-i Emas (Visa DAN/ATAU MasterCard) Satu / Dua Kad-i Platinum (Visa DAN/ATAU MasterCard) RM60 RM90 Tiada Yuran Tahunan RM30 RM30 Tiada Yuran Tahunan *Yuran tahunan untuk 3 (tiga) tahun pertama adalah dikecualikan untuk Kad-i Utama & Kad-i Tambahan dan tahun seterusnya yuran tahunan dikecualikan tertakluk kepada minimum 12 kali transaksi penggunaan Kad-i dalam 12 bulan sebelumnya. Yuran Pendahuluan Tunai Yuran Penggantian Kad-i RM50 untuk setiap urusan pengeluaran tunai tanpa mengira amaun yang dikeluarkan. Penggantian Kad-i untuk kali pertama adalah percuma. Caj penggantian Kad-i untuk kali yang kedua dan seterusnya adalah RM50 untuk setiap Kad-i. Yuran untuk Permintaan Draf Jualan Draf Jualan Asal RM15 setiap satu salinan Salinan Fotokopi Draf Jualan RM5 setiap satu salinan Yuran Penyata Kad-i Tambahan Tukaran Bagi Transaksi Luar Negara RM5 bagi setiap penyata bulanan. Transaksi yang dilakukan di luar Malaysia akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia pada tarikh transaksi diterima dan/atau diproses. Kadar pertukaran mungkin berbeza daripada kadar harian transaksi kerana turun naik pasaran. Kadar tukaran adalah berdasarkan kadar yang ditentukan oleh Visa International/MasterCard Worldwide ditambah kos pentadbiran sebanyak 1% serta termasuk sebarang yuran transaksi yang dikenakan oleh Visa International/MasterCard Worldwide. Lain-lain Yuran dan Caj Akan dikenakan oleh BSN dari semasa ke semasa bagi semua perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan kepada Pemegang Kad-i. * Semua Yuran dan Caj yang dikenakan ke atas Akaun Kad Kredit-i anda kecuali Gantirugi Bayaran Lewat dan Yuran Pengurusan Sebenar untuk transaksi runcit/pendahuluan tunai adalah tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% berkuatkuasa 1 April 2015.

5. Apakah implikasi sekiranya saya gagal melaksanakan tanggungjawab saya? Gantirugi Bayaran Lewat (Ta widh) 1% daripada jumlah baki tertunggak pada tarikh penyata, tertakluk kepada minimum RM10 dan maksimum RM75. Hak Untuk Tolakan Pihak Bank berhak untuk menolak mana-mana baki kredit di dalam lain-lain akaun anda yang dibuka dengan pihak Bank terhadap mana-mana baki tertunggak di dalam akaun Kad-i ini dengan memberi notis tujuh (7) hari kalendar terlebih dahulu. Tanggungan untuk transaksi yang tidak diberi kuasa Anda akan bertanggungan untuk semua transaksi yang menggunakan Kad-i jika anda bertindak menipu atau gagal memberitahu pihak Bank secepat mungkin selepas mengetahui bahawa Kad-i telah hilang atau dicuri. Walau apa pun, tanggungan anda untuk transaksi yang tidak diberi kuasa disebabkan kehilangan atau kecurian Kad-i adalah RM250.00 untuk setiap Kad-i sekiranya anda tidak:- (i) bertindak menipu; atau (ii) gagal memberitahu pihak Bank secepat mungkin selepas mengetahui bahawa Kad-i telah hilang atau dicuri. Penggantungan atau penamatan Kad-i Jika anda gagal membayar balik atau melanggar mana-mana terma dan syarat penggunaan Kad-i, kami boleh menggantung atau menamatkan Kad-i dan boleh membuat keputusan untuk tidak menyambung keahlian Kad-i walaupun selepas anda menjelaskan sebarang tunggakan akaun. Jika anda menggunakan Kad-i untuk sebarang tujuan tidak sah atau dengan cara yang tidak dibenarkan (contohnya, untuk tujuan berjudi dalam talian, kegiatan haram, membenarkan orang lain menggunakan Kad-i, dan lain-lain) kami boleh menamatkan Kad-i anda. 6. Bagaimana sekiranya saya melangsaikan sepenuhnya baki sebelum tempoh matang? (Untuk Pelan Pindahan Baki dan Pelan Pembayaran Mudah) Anda perlu membayar semua jumlah Baki dan Yuran Pelan Pindahan Baki/Pelan Pembayaran Mudah yang tertunggak. Tiada sebarang caj penalti dikenakan. 7. Apakah risiko utama? Jika anda membuat bayaran minimum sahaja pada setiap masa, tempoh pembayaran akan lebih lama dan jumlah tertunggak akan bertambah. Berfikirlah tentang kemampuan anda untuk membayar semasa anda menggunakan Kad-i. Yuran Pengurusan Sebenar yang dikenakan ke atas baki belum dijelaskan bagi Kad-i adalah berasaskan struktur penetapan harga berperingkat mengikut rekod pembayaran anda. Sekiranya anda menggunakan Kad-i untuk membayar pembiayaan lain, ianya akan menambahkan kos anda. Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan baki Kad-i, hubungi pihak Bank dengan segera untuk perbincangan lanjut. Penzahiran nombor PIN atau maklumat berkenaan Kad-i kepada pihak ketiga dan juga apa-apa liabiliti bagi kerugian yang disebabkan oleh kecuaian anda boleh mendatangkan risiko dan boleh mengakibatkan Kad-i anda disalahgunakan. Jika Kad-i anda hilang atau dicuri, sila maklumkan kepada pihak Bank dengan serta-merta, jika tidak, anda akan bertanggungjawab untuk membayar semua caj yang dikenakan ke atas Kad-i anda yang hilang / dicuri. 8. Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan maklumat peribadi saya? Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kepada Bank dengan kadar segera jika terdapat perubahan pada maklumat peribadi bagi memastikan semua urusan surat-menyurat anda diterima tepat pada masanya. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi di mana-mana cawangan kami atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1300-88-1900. 9. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan dan maklumat lanjut? Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Kad Kredit-i, sila rujuk kepada maklumat perbankan Kad Kredit-i di www.bankinginfo.com.my. Secara alternatif, anda boleh melawat laman sesawang kami di www.mybsn.com.my Jika anda mempunyai masalah untuk membuat pembayaran, anda harus menghubungi kami secepat mungkin untuk membincangkan alternatif pembayaran. Anda boleh menghubungi kami di:

Bahagian Perniagaan Kad, Bank Simpanan Nasional, Alamat: Tingkat Bawah, Blok A 117 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur Tel: 1300-88-1900 Faks: 603-2688 0888 Emel: customercare@bsn.com.my Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan percuma mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit dan penstrukturan semula pinjaman untuk individu. Anda boleh menghubungi AKPK di: Alamat: Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur Tel: 1-800-88-2575 Emel: enquiry@akpk.org.my Jika pertanyaan atau aduan anda tidak di selesaikan dengan memuaskan oleh kami, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di: Alamat: Block D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur Tel: 1-300-88-5465 Faks: 03-2174 1515 Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my 10. Lain-lain produk Kad Kredit-i Kad Kredit-i BSN 1 TeachersCard MasterCard Kad Kredit-i UUM-BSN Platinum/Emas MasterCard NOTIS PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP ANDA JIKA ANDA TIDAK MEMBUAT PEMBAYARAN BAKI KAD KREDIT-i ANDA. Maklumat yang terkandung di dalam Penyata Penzahiran Produk ini adalah sah mulai 01/04/2015.