PERASMIAN SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2017

dokumen-dokumen yang mirip
PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN PELAN STRATEGIK MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 159 TARIKH: 20 JUN 2014 (JUMAAT); JAM: PAGI TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

ISTIADAT PERBARISAN JUBLI EMAS KOR KESIHATAN DIRAJA

MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 165 TARIKH: 6 JAMADIL AKHIR 1437/15 MAC 2016 (SELASA); JAM: PAGI; TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PENGISYTIHARAN DAERAH MUALLIM PERAK DARUL RIDZUAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.

TITAH TUANKU CANSELOR DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH UPACARA PERASMIAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH SELAMA

TEKS UCAPAN PERASMIAN YAB DATO SERI DR ZAMBRY B ABD KADIR MENTERI BESAR PERAK MAJLIS PERASMIAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SIMPANG PULAI, PERAK

Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala.

TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP;

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

BAHAGIAN A (80 markah) Jawab semua soalan PERTANIAN ORGANIK. Pertanian mesra alam Tiada penggunaan baja kimia

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

SEMINAR BOLEHKAH WANITA BERSUARA, JIKA BERSUARA ADAKAH DIDENGAR? (PEMIKIRAN GAYATRI CHAKRAVORTY SPIVAK) Teks Ucapan

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

TEKS UCAPAN MUSABAQAH TILAWATIL QUR AN PERINGKAT AKHIR BELIA KEBANGSAAN 1432H/2011M

TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BULAN OKTOBER PADA 25 Oktober 2011 (Selasa)

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

Terima Kasih, Saudara/i Pengacara Majlis. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam UnimasKu Sayang

membuatnya menurut Peraturan Mesyuarat Dewan ini. Dan Ahli Yang Berhormat yang telah membentangkan cadangan supaya ditangguhkan Dewan ini untuk

PELAN PERSEDIAAN DAN TINDAKAN KECEMASAN

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH

UCAPAN Y.BHG. PROF DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

بسمااللهالرحمنالرحیم السلا معلیكمورحمةااللهوبرگاتھ. Terima kasih Saudara /saudari pengacara majlis

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

KETEGUHAN NEGARA DAN CABARAN DI HADAPAN KITA

Giro Takaful Pelindung

Ucapan Aluan Y.Bhg. Prof. Dato Dr. Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. Sempena Majlis Graduasi Program Pensijilan USIM-BIMB 2016

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

PENDAHULUAN FIQH AWLAWIYYAT DEFINISI FIQH AWLAWIYYAT KONSEP FIQH AWLAWIYYAT CTU /08/2013. Maruwiah Ahmat 1

Bencana dan Permasalahannya

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

PENDAHULUAN CTU /08/2013. Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar.

Yang Berbahagia, Prof. Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP.

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-80 KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

BUPATI KULONPROGO. Sambutan Pada Acara PERINGATAN HARI ULANG TAHUN KE -2 BADAN PENANGGULANGAN BENCANA DAERAH KABUPATEN KULONPROGO

ANUGERAH HAK ASASI MANUSIA 2016 ANJURAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali.

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

Teks Ucapan Menteri Besar Johor Pada Pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor Pada 17 Ogos 2017 Di Hotel KSL Resort Johor Bahru, Johor.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP OLAHRAGA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TERTUTUP UniMAP. Teks Ucapan

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN SKIM PERKHIDMATAN MASYARAKAT BAGI PENERIMA-PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN

KANDUNGAN. 1.0 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan 1.2 Tujuan 2.0 LATIHANPENGUSIAN BANGUNAN 3.0 BEDAH SIASAT BERSAMA BOMBA. 4.0 KESIMPULAN.

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

GPIB Immanuel Depok Minggu, 21 Agustus 2016 TATA IBADAH HARI MINGGU XIV SESUDAH PENTAKOSTA

BACALAH CICI..! Oleh. Mamat anak Chunggat Sekolah Kebangsaan St. Jude Bunan, Jalan Mongkos, Serian, Sarawak. Abstrak

BUPATI SEMARANG SAMBUTAN BUPATI SEMARANG PADA ACARA PERAYAAN NATAL TAHUN 2015

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN PKG Yang Berhormat Dato Razali bin Ismail Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

Belia dan komunikasi digital / Belia sebagai ahli masyarakat komunikasi digital. Abdullah Adnan Mohamed, Haslinda Hashim.

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

3 JUN 2016 (JUMAAT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KUALA LUMPUR

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

LAPORAN AKTIVITI DEMONTRASI CEGAH KEBAKARAN AR101 KOKURIKULUM 1 (POLIBRIGED) Sesi Disember Januari 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

TEKS UCAPAN YG BHG. BRIG JENERAL DATO PROFESSOR DR KAMARUDIN HUSSIN KOMANDER REJIMEN 509 ASKAR WATANIAH SEMPENA MAJLIS BBQ SKAW SIRI 21/2010

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

UKM-SPKP-JP-PK05-BO09 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 52

Ibu Mamat berhasrat supaya dia memperisterikan gadis pilihan ibunya.

Transkripsi:

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH PERASMIAN SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2017 TARIKH : 4 MEI 2017 / 7 SYAABAN 1438H (KHAMIS) MASA : 9.00 PAGI TEMPAT : DATARAN KERETAPI, IPOH, PERAK Salam Sejahtera 1

Idea mendedikasikan satu hari secara khusus untuk menghargai dan menghormati perkhidmatan anggota bomba telah dirintis oleh Lt. JJ Edmonson, berikutan tragedi kebakaran di Linton, Victoria yang terletak 150 kilometer di sebelah barat Melbourne, Australia. 2. Pada tarikh 2 Disember, tahun 1998, masyarakat di Linton, malah masyarakat di serata dunia dikejutkan dengan tragedi sedih. Pada tarikh tersebut Linton menghadapi kebakaran besar yang merebak luas dan pantas; panggilan kecemasan dilakukan untuk mendapatkan tenaga bantuan. Panggilan kecemasan telah disambut oleh para sukarelawan pemadam api dari Geelong West Fire Brigade yang bergegas ke tempat kebakaran; Gary Vredeveldt, Chris Evans, Stuart Davidson, Jason Thomas dan Matthew Armstrong adalah lima anggota dari Geelong yang terbunuh dalam peristiwa kebakaran di Linton kerana trak mereka disambar api, akibat berlakunya perubahan haluan angin. 3. Tragedi di Linton sangat menyentuh hati JJ Edmonson, seorang Leftenan Sukarelawan, hingga mendorong beliau merumus satu resolusi tahun baru. Pada 4 Januari 1999, Lt. Edmonson menghantar email ke serata dunia, mencadangkan agar didedikasikan satu hari secara khusus untuk menghargai dan menghormati anggota bomba di seluruh dunia. Cadangan Edmonson mendapat sambutan. 4 Mei dipilih sebagai tarikh 2

sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia atau International Firefighters Day kerana tarikh tersebut ada kaitan dengan perayaan hari Saint Florian, perayaan yang memperingati Saint Florian, tokoh pertama yang dikenali sebagai komander skuad pemadam kebakaran pada era Empayar Roma, yang bersama rakan-rakan terkorban ketika melaksanakan tugas. Reben merah biru lambang hari peringatan ini, dikaitkan dengan dua elemen utama berkaitan tugas anggota bomba, ia itu api dan air. 4. Anggota bomba melaksanakan tugas dan menggalas tanggungjawab yang sarat dengan bahaya. Masyarakat pada hari ini, berpeluang memahami magnitud cabaran yang dihadapi oleh anggota bomba melalui filem, dokumentari, gambar begitu juga tulisan yang melaporkan sesuatu bencana, samada kebakaran, bangunan runtuh, gempa bumi, ledakan gunung merapi, tsunami, banjir dan pelbagai lagi. Ada kalanya, anggota bomba berhadapan dengan situasi yang belum ada duluan (precedent), seperti menghadapi tragedi pasca serangan pengganas yang meruntuhkan bangunan World Trade Centre New York, pada pagi 11 September 2001. Tanpa ada duluan, tragedi 11 September, telah menghamparkan cabaran besar dan ujian baru kepada pasukan bomba dan penyelamat. 3

5. Sambutan sesuatu hari peringatan wajib diisi dengan roh dan makna, yang berupaya mengetuk hati dan menyentuh sanubari, yang berupaya memberikan peringatan dan membangkitkan kesedaran, agar maksud dan tujuan diadakan sesuatu sambutan, benar-benar difahami serta dihayati oleh negara dan masyarakat. Sesuatu sambutan yang diadakan, kalau sekadar berbentuk upacara (ceremonial) - berbentuk ritual, terlalu luaran sifatnya, malah boleh tercicir daripada matlamat asal sambutan diperkenalkan. Sambutan yang berbentuk ritual berbentuk upacara, akan hanya membazirkan sumber kerana gagal membuahkan hasil yang dihasratkan. 6. Oleh itu, amatlah perlu diperingatkan kembali, bahawa Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia dicetuskan daripada satu tragedi menyayat hati, tragedi terkorbannya lima nyawa di Linton pada tahun 1998; sementara tarikh 4 Mei dipilih sebagai tarikh sambutan, berakar daripada peristiwa Saint Florian dan rakanrakan yang terkorban dalam peristiwa menghadapi kebakaran di Roma. Hari Anggota Bomba Sedunia adalah hari yang khusus didedikasikan untuk menghargai dan menghormati perkhidmatan para anggota bomba. Dua kata kunci yang wajib dijadikan tunggak sambutan, pertama: MENGHARGAI, kedua: MENGHORMATI. 4

7. Apakah bentuk PENGHARGAAN dan apakah bentuk PENGHORMATAN yang sewajarnya diberikan kepada anggota bomba yang saban masa berhadapan pelbagai bahaya dan saban hari mengharungi pelbagai dugaan ketika melaksanakan tugas dan menggalas tanggungjawab. Dalam sejarah perkhidmatan anggota bomba, dunia pastinya telah menyaksikan kehilangan lebih daripada lima nyawa di Linton dan beberapa nyawa bersama Saint Florian di Roma. Ribuan lagi yang menghadapi pelbagai kecederaan dan puluhan ribu yang menanggung pelbagai penyakit, terutama setelah mencecah usia tua persaraan; harga yang perlu ditanggung oleh individu dan kos yang perlu dibayar oleh keluarga, kesan daripada para anggota melaksanakan tugas berbahaya berat (hazardous) dan menggalas tanggungjawab berisiko tinggi. 8. Menghargai dan menghormati perkhidmatan ahli bomba tidak memadai sekadar menganugerahkan medal, sijil dan cenderamata, tidak mencukupi dengan ucapan dan surat pujian. Menghargai dan menghormati khidmat anggota bomba hendaknya tidak terbatas kepada program-program berbentuk perbarisan, pameran, persembahan budaya atau jamuan. Sambutan Hari Anggota Bomba akan lebih bermakna jika acara sambutan diisi dengan acara-acara berunsur spirituil - berunsur ilmu, berupaya meningkatkan penghayatan masyarakat dan apresiasi negara, serta dilengkapi dengan program-program yang dapat memberikan 5

impak bermakna, berupaya membawa perubahan-perubahan substantif kepada perkhidmatan yang memberikan manfaat jangka panjang kepada para anggota, dengan menyentuh lima perkara berikut: Pertama: merekayasa program latihan dan tatacara operasi yang dapat meningkatkan tahap profesional anggota. Kedua: mengenal pasti peralatan terkini yang diperlukan dalam menghadapi cabaran senario semasa untuk membolehkan perkhidmatan yang lebih efektif dapat diberikan. Ketiga: menilai prosedur operasi dan kelengkapan yang perlu dibekalkan untuk meminimumkan risiko para anggota ketika menjalankan tugas. Keempat: merangka pakej perkhidmatan dan program kebajikan para anggota bukan sahaja semasa berkhidmat tetapi lebih penting pada usia tua persaraan, setimpal dengan tahap pengorbanan, beban tanggungjawab dan risiko yang dihadapi oleh anggota. 6

Kelima: meningkatkan kesedaran negara dan masyarakat akan pengorbanan ahli bomba agar negara dan masyarakat memberikan apresiasi yang lebih tinggi kepada ahli bomba semasa dalam perkhidmatan dan setelah bersara daripada perkhidmatan. 9. Beta telah menyaksikan sendiri para anggota bomba menjalankan pelbagai operasi penyelamat di negeri Perak dan Beta amat menghargai komitmen dan dedikasi serta semangat bekerja yang dipamerkan oleh setiap anggota. Ketika melaksanakan tugas, para anggota telah menunjukkan sifat pengorbanan, sifat keinsanan dan sifat kemanusiaan yang tinggi; melaksanakan tanggungjawab tanpa mengenali waktu dan lelah, berpanas berkeringat, berembun - berhujan, meredah air mengharung lumpur, mendaki bukit memanjat bangunan, menghadapi bahaya menanggung risiko, sedaya mungkin menghulurkan pertolongan kepada mangsa bencana. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bermaksud: Siapa yang menolong saudaranya yang lain maka ALLAH akan menuliskan baginya tujuh kebaikan bagi setiap langkah yang dilakukannya. 1 1 Hadis Riwayat Thabrani. 7

10. Sesungguhnya semangat berkhidmat semangat pengorbanan para anggota bomba merupakan satu amal makruf melaksanakan tanggungjawab fardu kifayah. Semoga kehidupan saudara-saudari dan anggota keluarga dikurniakan ganjaran keberkatan atas amal makruf yang dilakukan, serta dilimpahkan ganjaran rahmat ketika berada di alam barzakh dan turut membantu memberatkan timbangan amal pada hari perhitungan di Padang Mahsyar. Amin Ya! Rabbulalamin. 11. Sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia ini, marilah sama-sama kita menghargai jasa dan khidmat bakti para anggota bomba yang telah terkorban, dengan bertafakur dan mendoakan agar roh mereka dilimpahi rahmat, dan bagi yang beragama Islam untuk sama-sama membacakan Surah Al-Fatihah, agar apa juga ganjaran daripada bacaan tersebut disampaikan oleh Allah Subhanahu Wata ala kepada roh-roh mereka yang telah kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah. 12. Dengan kalimah, Bismillahi Rahmani Rahim, Beta melafazkan pelancaran Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Tahun 2017. 8