GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

dokumen-dokumen yang mirip
GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS ) (pindaan tahun 2013)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG ( LRGS )

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NIC KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (NRGS-KPM) (NICHE RESEARCH GRANT SCHEME)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN MTUN COE

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL IPTA ( FRGS ) (pindaan tahun 2007)

GARIS PANDUAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) (PINDAAN TAHUN 2015)

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) (PINDAAN TAHUN 2017)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) (PINDAAN TAHUN 2018)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN TIER 1 UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN GERAN SEPADAN (MATCHING GRANT) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM (Jangka Pendek)

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU

GARIS PANDUAN DANA TOP DOWN UKM

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN LESTARI (PINDAAN TAHUN 2016)

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

PERMOHONAN SKIM GERAN - INDUSTRI -

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN INSENTIF PhD Pusat Penyelidikan dan Inovasi/Jabatan Pendaftar

GARIS PANDUAN. ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) 1/2017

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM. ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) 1/2016 (PINDAAN MAC 2015)

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI (SGI) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (Pindaan Tahun 2015)

Garis Panduan GERAN DANA UCS (DUCS) (PINDAAN 2017) Bahagian Penyelidikan & Inovasi UCS Kampus Puncak Alam (03) /4179

PERMOHONAN SKIM GERAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU (Knowledge Transfer Programme) - KTP - KOMUNITI - JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

GARIS PANDUAN SKIM GERAN INOVASI MAHASISWA

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK SHORT TERM GRANT (STG) PINDAAN TAHUN 2014

GARIS PANDUAN DANA LONJAKAN PENERBITAN (DLP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

GARIS PANDUAN GERAN BESTARI

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS Pusat Penyelidikan dan Inovasi

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN BESTARI PERDANA (PINDAAN TAHUN 2017)

GARIS PANDUAN GERAN INSENTIF PENYELIAAN (GIP) (PINDAAN TAHUN 2017)

GARIS PANDUAN KNOWLEDGE TRANSFER GRANT SCHEME JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT (KTGS JINM)

GARIS PANDUAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK (KRA)

GARIS PANDUAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat)

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN INDUSTRI/KOMUNITI. No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

GARIS PANDUAN DANA PADANAN KOLABORASI

GARIS PANDUAN PROJEK ARUS PERDANA (AP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

GARIS PANDUAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PUSAT KECEMERLANGAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP08

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP09

GARIS PANDUAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN UMS - TOP DOWN (PUSAT KAJIAN/ /UNIT KAJIAN/UNIT PENYELIDIKAN)

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pengurusan penilaian permohonan geran penyelidikan yang diuruskan oleh Pejabat TNCPI.

DASAR PASCA DOKTORAL UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP05

GARIS PANDUAN PROJEK PENYELIDIKAN INSTITUSI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

GARIS PANDUAN PROJEK ARUS PERDANA (AP) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP05

GARIS PANDUAN MENGHADIRI DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN UKM-SPKP-CRIM-PK05-GP01

GARIS PANDUAN MENGHADIRI DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

DASAR dan GARIS PANDUAN PERUNDINGAN Universiti Teknologi MARA

GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN PENYELIDIK MUDA (GGPM) UKM-SPKP-CRIM-PK01-GP06

Skop penyelidikan adalah merangkumi penyelidikan fundamental dan gunaan dalam bidang mengikut kluster berikut:

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA


PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

Pejabat Kluster Penyelidikan UNIVERSITI MALAYA. Pejabat Kluster Penyelidikan. Garis Panduan UMRG

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

GARIS PANDUAN MENGHADIRI DAN MENGADAKAN PERSIDANGAN

1.0 LATAR BELAKANG AKAUN AMANAH DANA KECEMERLANGAN AKADEMIK UiTM

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Nama calon * :.. UKM (PER) * :.. Jawatan * :... No. Telefon Bimbit dan No. Tel Pejabat * :... TANDAKAN SEMAKAN ADA ( ) DAN TIADA (X) (diisi oleh BSM)

GARIS PANDUAN Entiti Kecemerlangan UiTM 3

CENTRE OF ACADEMIC INOVATION & COMPETITIVENESS (CAIC) DASAR KEBEBASAN AKADEMIK DAN KECEMERLANGAN PROFESIONAL UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

Garis Panduan Permohonan Latihan Luar Kampus

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

GARIS PANDUAN PEMANTAUAN GERAN PENYELIDIKAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

SYARAT PERMOHONAN PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI SEMINAR/KONFERENSI/BENGKEL/LAWATAN LUAR NEGARA

NO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

GARIS PANDUAN SKIM PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT/GRA)

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

GARIS PANDUAN DAN PERATURAN PROGRAM CUTI SABATIKAL

Garis Panduan ini menerangkan proses pengurusan pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik di UPM.

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) GARIS PANDUAN FELO PASCA DOKTORAL

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

POLISI PENERBITAN BAB DALAM BUKU (BOOK CHAPTERS) UTM

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

GARIS PANDUAN PEMANTAUAN GERAN PENYELIDIKAN

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA GARIS PANDUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SECARA SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kaedah pelaksanaan dan pemantauan penyelidikan.

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Transkripsi:

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) (PINDAAN TAHUN 2016) BAHAGIAN PERANCANGAN KECEMERLANGAN IPT (BPKI) JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI ARAS 7, NO.2, MENARA 2 JALAN P5/6, PRESINT 5 62200 PUTRAJAYA NO.TEL. : +603 8870 6959 / 6974 / 6975 NO. FAKS : +603 8870 6867 EMEL : lrgsbpki@mohe.gov.my

KANDUNGAN Visi dan Misi Penyelidikan Fundamental 3 BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN) 4 1.1 Falsafah 4 1.2 Definisi 4 1.3 Tujuan 4 1.4 Nic Penyelidikan 5 1.5 Syarat-syarat Permohonan 5 1.6 Peraturan Permohonan 7 1.7 Kriteria Penilaian 8 1.8 Peraturan Kewangan 8 1.9 Hasil Penyelidikan 11 1.10 Pengumuman Tarikh Buka dan Tutup Permohonan 13 BAHAGIAN 2 (PENILAIAN) 2.1 Penilaian Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang BAHAGIAN 3 (PEMANTAUAN) 3.1 Implementasi Projek 3.2 Pengawalan Projek 3.3 Penalti BAHAGIAN 4 (KEPUTUSAN) 4.1 Pemberitahuan Keputusan dan Pengagihan Peruntukan BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN) 5.1 Lain-lain BAHAGIAN 6 (PERANAN) 6.1 Peranan Ketua Program 6.2 Peranan Ketua Projek 6.3 Peranan Penyelidik 6.4 Peranan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) 6.5 Peranan Jawatankuasa Penilaian 6.6 Peranan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) 14 14 15 15 15 17 19 19 20 20 20 20 20 21 21 21 21 SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 2

VISI DAN MISI PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL Visi Penyelidikan fundamental yang berdaya saing untuk transformasi ilmu dan kecemerlangan negara Misi Membudaya, memperkasa dan melestarikan kapasiti penyelidikan berimpak tinggi bagi menjana ilmu yang mampu menyumbang terhadap perkembangan bakat, peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan peradaban yang dinamik. SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 3

BAHAGIAN 1 PERMOHONAN 1.1 FALSAFAH Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) berupaya mempromosi kecemerlangan dalam penyelidikan yang mengembangkan sempadan ilmu, terutama dalam bidang-bidang cutting edge bagi nic yang telah dikenalpasti. LRGS dapat membina kerjasama keserakanan merentasi pelbagai institusi dan bersifat multi disiplin, bagi meletakkan Malaysia dalam peta dunia dari segi penyelidikan fundamental dalam nic-nic tertentu. 1.2 DEFINISI LRGS adalah penyelidikan fundamental yang melibatkan skop lebih ekstensif; dan tempoh masa yang panjang serta memerlukan komitmen yang tinggi. LRGS boleh menghasilkan teori dan idea baru yang terkehadapan dalam nic-nic yang strategik untuk perluasan sempadan ilmu. 1.3 TUJUAN Penyelidikan ini bertujuan untuk memantapkan kecemerlangan dalam penjanaan teori, idea baru dan penciptaan yang inovatif yang terkehadapan dalam nic-nic yang strategik demi perkembangan sempadan ilmu. SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 4

1.4 NIC PENYELIDIKAN Permohonan Nic LRGS adalah terbuka kepada semua kluster penyelidikan yang berimpak tinggi dan strategik kepada Negara dan tidak terhad kepada LAPAN (8) nic seperti berikut:- 1.4.1 Pemanasan global (Global Warming) 1.4.2 Penyakit berjangkit (Infectious Disease) 1.4.3 Penyakit tropika (Tropical Disease) 1.4.4 Keselamatan makanan (Food Security) 1.4.5 Keselamatan tenaga & air (Energy & Water Security) 1.4.6 Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) 1.4.7 Pembuatan termaju dan tambah nilai (Advanced & Value Added Manufacturing) 1.4.8 Kesejahteraan Masyarakat (Societal Wellbeing) 1.5 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Geran ini terbuka kepada kakitangan akademik Institusi Pendidikan Tinggi dengan syarat-syarat berikut:- 1.5.1 Penyelidikan terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Universiti Cawangan. 1.5.2 Program mestilah melibatkan sekurang-kurangnya tiga (3) institusi. 1.5.3 Program mestilah bersifat multi disiplin, melibatkan korpus ilmu sains & teknologi dan sains sosial & kemanusiaan. 1.5.4 Hanya warganegara Malaysia boleh menerajui program LRGS. 1.5.4.1 Kakitangan akademik tetap / kontrak (Profesor dan Profesor Madya). 1.5.4.2 Bagi kakitangan bertaraf kontrak, dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara bertaraf tetap. SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 5

1.5.5 Permohonan dari Universiti Cawangan perlu mematuhi syarat-syarat berikut: 1.5.5.1 Hanya warganegara Malaysia boleh menerajui program LRGS. 1.5.5.2 Penyelidikan dan penghasilan bakat mestilah dilakukan dalam negara. 1.5.6 Setiap pemohon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan program pada setiap fasa. 1.5.7 Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan iaitu RM3 juta setahun. 1.5.8 Tempoh Penyelidikan 1.5.8.1 Tempoh Penyelidikan adalah di antara tiga (3) hingga lima (5) tahun. 1.5.8.2 Pemantauan dilakukan setiap tahun. Sekiranya program tidak memperlihatkan kemajuan yang sepatutnya ianya boleh ditamatkan. 1.5.8.3 Penyambungan tertakluk kepada kecemerlangan prestasi / output dan kecukupan dana. 1.5.9 Kakitangan yang bercuti belajar tidak dibenarkan menjadi Ketua Program/Ketua Penyelidik. Walau bagaimanapun, beliau boleh menjadi ahli dalam kumpulan penyelidikan. 1.5.10 Ketua Program/Ketua Penyelidik yang berpindah universiti hendaklah melepaskan kedudukan sebagai ketua. Walau bagaimanapun, beliau boleh kekal sebagai ahli dalam kumpulan penyelidikan berkenaan. SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 6

1.6 PERATURAN PERMOHONAN Permohonan untuk Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang akan melalui dua (2) fasa seperti berikut: 1.6.1 Pengajuan kertas konsep untuk penilaian awal 1.6.2 Permohonan lengkap menggunakan Borang LRGS-A1(R)-Program dan LRGS-A1(R)-Projek bagi kertas konsep yang telah berjaya. 1.6.3 Proses Permohonan 1.6.3.1 Permohonan untuk Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang p e r l u d i b u a t melalui sistem atas talian yang terkini dari Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. 1.6.3.2 Pembentangan kertas konsep oleh Ketua Program bersama ketua-ketua projek akan dinilai oleh Panel Penilai yang dilantik oleh KPT. Keputusan penilaian adalah muktamad. 1.6.3.3 Bagi permohonan kertas konsep yang telah disenarai pendek hendaklah menghantar borang permohonan lengkap menggunakan LRGS-A1(R) dan LRGS-A1(R)- Projek (Borang Permohonan Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang bagi Ketua Program dan Ketua-ketua Projek dalam Program) yang terkini daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. 1.6.3.4 Semua permohonan LRGS termasuk kertas konsep hendaklah disemak dan diperakukan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) universiti yang menerajui program. Setiap permohonan p r o g r a m d a n projek mestilah melalui RMC universiti masing- masing. 1.6.3.5 Laporan semakan hendaklah dikemukakan kepada pihak Urus Setia LRGS, KPT bersama borang permohonan SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 7

tersebut. Hanya permohonan yang disokong oleh pihak RMC sahaja yang perlu dihantar ke KPT. 1.6.3.6 Bagi projek penyelidikan yang dibiayai oleh LRGS bersama sumber lain, penyelidik mestilah mengisytiharkan semua pembiayaan yang diperolehi bagi projek tersebut. 1.7 KRITERIA PENILAIAN 1.7.1 Penyelidikan yang dipohon mestilah merupakan penyelidikan fundamental yang dapat menghasilkan suatu teori, idea baru dan penciptaan yang inovatif yang terkehadapan dalam nic yang strategik demi perkembangan sempadan ilmu; dan 1.7.2 Penyelidikan yang dapat memantapkan kecemerlangan dan mengembangkan sempadan ilmu, terutama dalam bidang cutting edge, khususnya nic yang telah dikenalpasti; dan 1.7.3 Penyelidikan yang merangkumi isu-isu kemanusiaan dan kemasyarakatan bagi tujuan peningkatan nilai kehidupan dalam negara dan sejagat; atau 1.7.4 Penyelidikan yang benar-benar berpotensi untuk menyumbang kepada agenda strategik negara. 1.8 PERATURAN KEWANGAN 1.8.1 Vot 11000 Upah dan Elaun untuk Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) 1.8.1.1 Upah dan elaun untuk membiayai Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) sahaja. Siling upah dan elaun tidak melebihi RM2300 untuk pelajar PhD dan RM1800 untuk pelajar sarjana atau mengikut garis panduan IPT. SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 8

1.8.2 Vot 21000 Perjalanan dan Pengangkutan 1.8.2.1 Perbelanjaan merangkumi semua perjalanan dan pengangkutan domestik yang berkaitan dengan projek. 1.8.2.2 Perjalanan ke luar negara (berdasarkan kepada kelulusan Jawatankuasa Penilaian) perlu memenuhi kriteria di bawah:- a. Perjalanan ke luar negara dibenarkan tertakluk kepada kecukupan geran yang telah dipohon. Penyelidik utama dan ahli sahaja yang dibenarkan bagi tujuan tersebut. Pembantu penyelidik siswazah hanya dibenarkan untuk mengikuti persidangan, seminar atau bengkel yang berkaitan dengan penyelidikan mereka di dalam negara sahaja. i. Perjalanan ke luar negara yang dibenarkan ialah yang bertujuan untuk menghadiri persidangan/ seminar/bengkel/kolokium untuk membentangkan hasil penyelidikan dan sangkutan dalam konteks jaringan penyelidikan. ii. Destinasi perjalanan tersebut mestilah merupakan tempat yang paling sesuai dan ekonomikal dari segi kemudahan, kepakaran dan pemindahan teknologi. iii. Perjalanan ke luar negara mestilah juga mengikut peraturan IPT masing-masing. iv. Untuk menghadiri persidangan dan lain-lain aktiviti selain kerja lapangan, sebanyak sepuluh peratus (10%) dari jumlah peruntukan projek dibenarkan. 1.8.2.3 Jumlah perbelanjaan untuk perjalanan tidak boleh melebihi 25% daripada jumlah keseluruhan projek. SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 9

1.8.3 Vot 24000 Sewaan Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan. 1.8.4 Vot 27000 Bekalan dan Bahan Penyelidikan Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja dibenarkan. 1.8.5 Vot 28000 Baik pulih kecil dan ubahsuai Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan pengubahsuaian yang kecil terhadap bangunan, makmal, peralatan atau lain-lain barang yang berkaitan dengan penyelidikan dibenarkan. Kos penyelenggaraan peralatan sedia ada semasa projek dilaksanakan adalah dibenarkan. Selepas projek selesai kos penyelenggaraan ini tidak akan ditanggung lagi oleh geran ini. 1.8.6 Vot 29000 Perkhidmatan Ikhtisas a. Vot ini meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti, honorarium, perkhidmatan profesional, konsultansi, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan projek penyelidikan. SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 10

b. Perkhidmatan Khas / Belanja Pakai Habis Perbelanjaan perkhidmatan khas merangkumi kos menghadiri kursus, program sangkutan jangka pendek sekali sahaja untuk mempelajari teknik-teknik khusus yang berkaitan dengan projek penyelidikan. Tempoh yang dibenarkan adalah sekurang-kurangnya dua (2) minggu dan tidak melebihi tiga (3) bulan. Jumlah perbelanjaan (b) tidak melebihi 5% daripada jumlah keseluruhan geran. 1.8.7 Vot 35000 Aksesori dan Peralatan Hanya pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk meningkatkan keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan projek penyelidikan berkenaan sahaja. Setiap permohonan mestilah disertakan justifikasi dan sebut harga mengikut pekeliling Perbendaharaan. Tidak dibenarkan membeli peralatan komunikasi yang tidak berkaitan langsung dengan projek penyelidikan. Jumlah yang dipohon pula tidak melebihi 40% dari peruntukan geran. 1.9 HASIL PENYELIDIKAN 1.9.1 Bakat Setiap program penyelidikan yang dipohon mesti menghasilkan bakat seperti mana yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi (PPPMPT). Program LRGS disyaratkan dapat melatih sekurang-kurangnya 10 orang pelajar PhD. SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 11

1.9.2 Penerbitan Setiap program mesti menghasilkan sekurang-kurangnya 50 penerbitan dalam jurnal berindeks di mana 10 darinya adalah Q1. Penghargaan kepada geran LRGS mestilah dinyatakan dengan jelas dalam setiap penerbitan. 1.9.3 Hak Milik Harta Intelek 1.9.3.1 Setiap program LRGS perlu menghasilkan sekurangkurangnya tiga (3) IP. Penyelidik digalakkan untuk memohon pendaftaran Harta Intelek di dalam Negara dahulu sebelum ke peringkat antarabangsa. Harta Intelek hasil geran LRGS menjadi hak milik bersama Kerajaan Malaysia dan IPT berkenaan. 1.9.3.2 Pengurusan Harta Intelek adalah menjadi tanggungjawab IPT berkenaan. 1.9.4 Hasil Pengkomersilan 1.9.4.1 Sebarang hasil pengkomersilan dari program penyelidikan yang dibiayai oleh LRGS dan sumber lain hendaklah dikongsi bersama mengikut pecahan pembiayaan geran dan sumbangan dalam bentuk lain bagi program tersebut. 1.9.4.2 Untuk IPTA, hasil pengkomersilan perlulah diagihkan mengikut Polisi Pengkomersilan sedia ada. 1.9.4.3 Untuk IPTS, perincian hak milik pengkomersilan hendaklah dipersetujui dalam klausa kontrak. SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 12

1.10 PENGUMUMAN TARIKH BUKA DAN TUTUP PERMOHONAN 1.10.1 Tarikh Buka dan Tutup Permohonan Pihak KPT akan memaklumkan tarikh buka dan tutup permohonan Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) melalui surat rasmi kepada IPT. SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 13

BAHAGIAN 2 PENILAIAN 2.1 PENILAIAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 2.1.1 Permohonan Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang IPT akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian mengikut bidang-bidang yang telah ditetapkan. Jawatankuasa ini diketuai oleh seorang Pengerusi dan dianggotai oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa yang diiktiraf sebagai pakar dalam bidang masing-masing. 2.1.2 Pengerusi bagi setiap Jawatankuasa akan memperakukan permohonan program yang telah dinilai kepada Jawatankuasa Induk Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) untuk diluluskan. 2.1.3 Penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian adalah berdasarkan kepada syarat, peraturan dan kriteria yang tersebut di atas serta lain-lain Garis Panduan JPT, Kementerian Pendidikan Tinggi. SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 14

BAHAGIAN 3 PEMANTAUAN 3.1 IMPLEMENTASI PROGRAM / PROJEK Semua program / projek yang diluluskan di bawah Skim Geran Penyelidikan Fundamental Jangka Panjang IPT perlu dipantau dari aspek:- i. Prestasi program / projek; dan ii. Prestasi kewangan. 3.2 PENGAWALAN PROGRAM / PROJEK 3.2.1 Setiap IPT yang menjadi peneraju kepada nic perlu mengisi dan menghantar kepada Urus Setia LRGS, KPT laporan prestasi dan laporan kewangan program / projek penyelidikan LRGS kepada pihak KPT, setiap tahun. Borang-borang laporan terdiri daripada:- i. Borang LRGS-P1(R)-Program dan Borang LRGS-P1(R)- Projek LRGS-P1(R) - Program untuk diisi oleh setiap ketua program Borang LRGS-P1(R)-Projek untuk diisi oleh ketua-ketua projek dalam program Borang LRGS-P1(R)-Projek perlu dihantar kepada RMC di IPT masing-masing dan seterusnya dipanjangkan kepada RMC IPT peneraju untuk dikumpul dan dimajukan kepada Urus Setia LRGS; Borang LRGS-P1(R)-Program perlu dihantar kepada RMC IPT peneraju masing-masing dan seterusnya dipanjangkan kepada Urus Setia LRGS dengan menyertakan sekali borang-borang prestasi yang diisi oleh ketua-ketua projek dalam program (Borang LRGS-P1(R)- SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 15

Projek) bersama Borang LRGS-P2(RMC) dan Borang LRGS-K1(RMC) ii. Borang LRGS-P2 (RMC) Laporan Keseluruhan Geran Penyelidikan Fundamental Jangka Panjang (LRGS) mengikut Fasa bagi setiap IPT peneraju dihantar kepada Urus Setia LRGS, KPT setiap tahun diisi oleh RMC IPT peneraju sebanyak satu (1) Salinan perlu disertakan bersama-sama Borang LRGS-P1(R)-Program dan Borang LRGS-P1(R)-Projek yang diisi oleh ketua-ketua projek dalam program dan Borang LRGS- K1(RMC). iii. Borang LRGS-K1(RMC) Ringkasan Prestasi Kewangan bagi Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) mengikut Fasa bagi setiap IPT dan diisi oleh RMC IPT peneraju masing-masing perlu disertakan bersama-sama Borang LRGS-P1(R)- Program dan Borang LRGS-P1(R)-Projek yang diisi oleh ketua-ketua projek dalam program, Borang LRGS- P2(RMC) vi. Laporan akhir penyelidikan (berbentuk hardcopy dan softcopy) perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan selepas program disiapkan dengan menggunakan format JPT yang merangkumi:- a) Ringkasan penyelidikan dan penemuan b) Laporan Kewangan c) Laporan Aset d) Hasil (disertakan bahan bukti) Bakat (nama individu dan peringkat pengajian) Penerbitan (dalam jurnal yang diiktiraf) Harta intelek SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 16

3.2.2 Bagi Laporan Prestasi Projek Penyelidikan mengikut milestone bagi setiap enam bulan dan kewangan bagi setiap suku tahun perlu dihantar kepada RMC IPT masing-masing dan ia tidak perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian melainkan terdapat arahan khusus mengenainya. 3.2.3 Pemantauan tahunan projek adalah dipertanggungjawabkan kepada Jawatankuasa Penilaian di peringkat KPT. Keperluan lawatan tapak bagi tujuan verifikasi akan ditentukan oleh panel penilai. 3.2.4 Pengurusan, pemantauan dan pelaporan projek adalah dipertanggungjawabkan kepada RMC setiap IPT. 3.2.5 Pengurusan aset adalah di bawah tanggungjawab RMC setiap IPT. Aset adalah menjadi hak milik bersama Kerajaan Malaysia dan IPT dan sebarang pelupusan aset hendaklah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. 3.2.6 Semua laporan mesti berdasarkan kepada hasil penyelidikan yang diluluskan sahaja. 3.3. PENALTI 3.3.1 Pelaksanaan program/projek mesti dilakukan pada tahap etika dan integriti yang tinggi. Sebarang isu plagiarisme akan dikenakan penalti. 3.3.2 Setiap Ketua Program perlu memastikan semua projek mencapai prestasi projek dan kewangan yang memuaskan berdasarkan carta perbatuan yang telah diluluskan 3.3.3 Prestasi Program dan Projek perlu mencapai hasil penyelidikan seperti dalam cadangan yang telah diluluskan 3.3.4 Jawatankuasa Penilaian Pemantauan Prestasi dan Kewangan LRGS akan mengenal pasti projek lewat jadual/bermasalah dan boleh SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 17

memberi Ketua Program/Projek tempoh tertentu untuk mencapai prestasi yang memuaskan sekiranya perlu. 3.3.5 Ketua Program dan Ketua Projek yang telah dikenalpasti bermasalah akan disenaraihitam bagi tempoh 2 tahun sebelum diberi kebenaran untuk membuat permohonan geran yang baharu SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 18

BAHAGIAN 4 KEPUTUSAN 4.1 PEMBERITAHUAN KEPUTUSAN DAN PENGAGIHAN PERUNTUKAN 4.1.1 Surat kelulusan Projek akan disampaikan kepada IPT dan sesalinan surat kelulusan akan dimajukan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan IPT peneraju. 4.1.2 Pembayaran akan dibuat oleh KPT kepada IPT peneraju setelah surat kelulusan LRGS dikeluarkan berdasarkan jumlah peruntukan yang diperakukan Jawatankuasa Penilaian LRGS. 4.1.3 Keputusan Jawatankuasa Penilaian LRGS adalah muktamad. SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 19

BAHAGIAN 5 LAIN-LAIN 5.1 Ketua Penyelidik tidak lagi bertugas di IPT yang diperakukan Geran Penyelidikan Fundamental diluluskan dan diperakukan untuk sesebuah IPT. Jika berlaku Ketua Penyelidik tidak lagi bertugas di IPT yang diperakukan maka geran dan harta intelek tersebut masih di bawah kawal selia IPT yang diperakukan. BAHAGIAN 6 PERANAN 6.1 PERANAN KETUA PROGRAM Ketua Program bertanggungjawab : i. Membuat permohonan; dan ii. menjalankan penyelidikan sebagaimana permohonan yang telah diluluskan; dan iii. menghantar laporan kewangan, prestasi projek dan laporan akhir seperti yang dikehendaki dalam garis panduan LRGS; dan iv. mengurus program penyelidikan dan penyelidik. 6.2 PERANAN KETUA PROJEK Ketua Projek bertanggungjawab: i. Membuat permohonan; dan ii. menjalankan penyelidikan sebagaimana permohonan yang telah diluluskan; dan iii. menghantar laporan kewangan, prestasi projek dan laporan akhir seperti yang dikehendaki dalam garis panduan kepada Ketua Program melalui RMC IPT masing-masing; dan iv. mengurus projek dan penyelidik. SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 20

6.3 PERANAN PENYELIDIK Penyelidik bertanggungjawab: i. Menjalankan penyelidikan sebagaimana permohonan yang telah diluluskan. ii. Penyelidik juga perlu mengemukakan laporan kemajuan penyelidikan setiap 6 bulan sekali dan menghantar laporan akhir kepada RMC. 6.4 PERANAN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) RMC bertanggungjawab: i. Memudah cara dan memudah selia aktiviti permohonan; dan pemprosesan seperti yang termaktub dalam Garis Panduan LRGS; dan ii. memantau kemajuan penyelidikan selaras dengan garis panduan LRGS; dan iii. mengurus aset daripada dana geran penyelidikan. 6.5 PERANAN JAWATANKUASA PENILAIAN Panel Penilai bertanggungjawab: i. menilai kertas konsep; ii. menilai permohonan; iii. menilai prestasi projek penyelidikan; dan iv. membuat cadangan dan saranan bagi kelangsungan projek berasaskan kepada prestasi. 6.6 PERANAN JABATAN PENDIDIKAN TINGGI (JPT) JPT bertanggungjawab: i. memastikan kecukupan dan kelestarian dana LRGS; dan ii. melantik panel penilai LRGS; dan iii. meluluskan serta menawarkan projek kepada penyelidik yang berjaya. SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 21

Sebarang pertanyaan/maklumat tambahan boleh diajukan kepada: URUS SETIA LRGS BAHAGIAN PERANCANGAN KECEMERLANGAN IPT JABATAN PENDIDIKAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI ARAS 7, NO.2, MENARA 2 JALAN P5/6, PRESINT 5 62200 PUTRAJAYA NO.TEL.: +603 8870 6959 / 6974 / 6975 NO. FAKS: +603 8870 6867 EMEL: lrgsbpki@mohe.gov.my SKIM GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PANJANG (LRGS) 22