UNIT KHAS PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA JABATAN PERDANA MENTERI
ISI KANDUNGAN Kata Alu-Aluan Pengarah 1.0 Mengenai Kami 1.1 Latar Belakang 1.2 Visi & Misi 1.3 Objektif 1.4 Skop Tugas 2.0 Panduan Umum 2.1 Kumpulan Sasaran 2.2 Maklumat Am 2.3 Skop Cadangan Program (SCP) 2016 2.4 Penilaian Program 2.5 Panduan Pelaksana Program 2.6 Carta Aliran 3.0 Hubungi Kami
KATA ALU-ALUAN PENGARAH Salam Sejahtera dan Salam1Malaysia. Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India [Socio-economic Development for Indian Community (SEDIC)] yang telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri ini merupakan satu lagi usaha murni Kerajaan untuk menyediakan peluang dan inisiatif khas kepada kumpulan sasaran yang sangat memerlukannya. Unit ini menyediakan program dan inisiatif khas untuk membantu golongan B40 (pendapatan isi rumah 40% ke bawah) dalam masyarakat India untuk meningkatkan taraf sosioekonomi mereka dengan menggunakan dana khas Kerajaan. SEDIC akan memastikan bahawa dana yang disediakan ini ditadbir urus dengan efisien dan teratur, supaya golongan sasaran yang memerlukan intervensi ini turut terlibat dan menerima manfaat daripadanya. Buku ini dapat memberikan maklumat asas kepada orang awam mengenai SEDIC, dan cara-cara memohon bantuan bagi menjalankan program-program. PROF. DATUK DR.. N.S. RAJENDRAN PROF. DATUK DR. N.S. RAJENDRAN Pengarah Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India Jabatan Perdana Menteri
1.0 MENGENAI KAMI 1.1 Latar Belakang Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) telah ditubuhkan pada Mei 2014 dengan persetujuan YAB Perdana Menteri. Tujuan SEDIC ditubuhkan adalah untuk menyemak, menilai dan memantau pelaksanaan program-program pembangunan sosioekonomi masyarakat India melalui peruntukan kewangan daripada Kerajaan.
1.2 VISI & MISI V i s i Ke Arah Membantu Melahirkan Masyarakat India Yang Berjaya Selaras Dengan Arus Perkembangan Negara. M i s i Untuk Melaksanakan Pelbagai Inisiatif Ke Arah Membentuk Rakyat Berdaya Saing, Berkualiti, Berilmu, Berkemahiran Dan Berketerampilan Supaya Dapat Menyumbang Kepada Pembangunan Diri, Keluarga, Masyarakat Dan Negara.
1.3 OBJEKTIF Mengendalikan program intervensi strategik untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat India terutamanya golongan miskin selaras dengan janji YAB Perdana Menteri kepada masyarakat India dan petunjuk prestasi utama Jawatankuasa Khas Kabinet Bagi Mengenalpasti dan Memantau Penyertaan Masyarakat India Di Dalam Program dan Projek-Projek Kerajaan (CCIC). Menguruskan penerimaan dan penilaian cadangan program, pengedaran dana dan pemantauan rapi pelaksanaan program di bawah peruntukan khas Kerajaan untuk masyarakat India. Menyelaras program pembangunan sosioekonomi masyarakat India dengan berkerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sosial bagi melaksanakan dasar-dasar / teras pembangunan.
1.4 SKOP TUGAS Pelaksanaan Program Penyediaan sistem penerimaan dan pelaksanaan cadangan projek. Penilaian program: 3 Peringkat Penilaian. Peringkat Pengawai; Peringkat Pengarah; dan Peringkat Jawatankuasa Penilaian Program. Perakuan kepada YAB Perdana Menteri. Penyediaan MoU dengan pelaksana program. Penyaluran peruntukan. Pemantauan Program Penyediaan sistem pemantauan pelaksanaan program dan laporan. Memantau / mengaudit program sedia ada dan baru. Penilaian secara mengejut tanpa pemberitahuan awal. Pemantauan berjadual - Pelaksana program akan dimaklumkan lebih awal. Pembentangan kepada SEDIC - Pelaksana program akan dijemput untuk membentangkan status pelaksanaan program pada bila-bila masa atau mengikut keperluan. Mengendalikan penilaian untuk menilai impak pelaksanaan program. Melaporkan hasil pemantauan kepada YAB Perdana Menteri.
2.0 PANDUAN UMUM 2.1 Kumpulan Sasaran Umum - Masyarakat India Khusus Golongan B40 (pendapatan isi rumah 40% ke bawah) Fokus khas: Ibu tunggal Pelajar tercicir Belia berisiko tinggi Penganggur Golongan terpencil yang tiada akses kepada peluang perkembangan diri yang kini terdapat di pasaran
Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau ILKS yang menerima geran, WAJIB melaksanakan langkah-langkah tadbir urus untuk menepati tahap akauntabiliti yang tinggi bagi pihak NGO dan SEDIC. 2.2 MAKLUMAT AM Kos yang tidak layak dipertimbangkan: Kos operasi / pentadbiran syarikat termasuk gaji pengurus / pekerja. Bayaran sewa premis pejabat / utiliti. Upacara perasmian / penutup yang mewah. Promosi termasuk banner / bunting Cenderahati / Beg Cendrahati Program yang dicadangkan adalah one-off dan mempunyai exit strategy. Tiada jaminan peruntukan akan diberikan setiap tahun. Permohonan berulang: Laporan terperinci pelaksanaan program dan perbelanjaan bagi program sedia ada perlu dikemukakan sebelum mengemukakan permohonan baru. Program digalakkan untuk dijalankan di premis kerajaan. Dewan swasta / hotel yang mahal adalah tidak digalakkan.
2.3 SKOP CADANGAN PROGRAM (SCP) 2016 Antara skop cadangan program yang diberikan tumpuan adalah: 1. Pemerkasaan Pendidikan Prasekolah 2. Meningkatkan Pengambilan Pelajar ke IPTA, Politeknik, ILP & IKBN 3. Program Belia Berisiko Tinggi 4. Umum 5. Program Pembangunan Keusahawanan & Peningkatan Pendapatan 6. Pendidikan Melalui Kelas Bimbingan
Peringkat Penilaian 2.4 PENILAIAN PROGRAM Penilaian Peringkat Pegawai Pelaksanaan Cadangan program disemak dari segi kelengkapan dokumen dan kesesuaian dengan skop SEDIC. Penilaian Peringkat Pengarah Cadangan program dinilai dari segi keperluan program termasuk kumpulan sasaran dan masyarakat di lokasi yang dicadangkan. Penilaian Peringkat Jawatankuasa Penilaian daripada Program Penilaian keseluruhan oleh Jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil Pejabat Perdana Menteri, Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan agensi-agensi lain mengikut keperluan.
KRITERIA PENILAIAN Menepati kumpulan sasaran yang ditetapkan. Program yang bertujuan memajukan kumpulan sasaran dari segi ekonomi seperti menjana pendapatan sampingan, pembangunan sosial atau rohani. Pelaksana program yang mempunyai kapasiti, kemudahan infrastruktur yang mencukupi, pengendali program yang berkelayakan, rekod pangalaman (track record) serta sijil yang dikeluarkan diiktiraf di peringkat nasional. Program yang dijangka akan memberikan impak kepada kumpulan sasaran dan masyarakat. Keutamaan diberikan kepada program yang mempunyai aktiviti susulan seperti handholding atau tracer selepas tamat tempoh pelaksanaan program asal. Organisasi yang menunjukkan bukti pengalaman menjalankan program yang dipohon rekod pangalaman (track record) dan mempunyai akauntabiliti yang tinggi dalam pengurusan kewangan akan diberi keutamaan.
Pelaksana program digalakkan melaksanakan projek yang sesuai dengan kepakaran dan keistimewaan organisasi. 2.5 PANDUAN PELAKSANA PROJEK Pengendali program hendaklah mempunyai kepakaran, pengetahuan dan kemudahan infrastruktur dan sumber tenaga yang mencukupi. Program digalakkan untuk memberi tumpuan di kawasan-kawasan pedalaman yang lebih luas di seluruh negara. Elakkan daripada konsentrasi yang berlebihan di kawasan-kawasan popular seperti Lembah Klang. Cadangan program hendaklah dikemukakan kepada SEDIC dengan menggunakan Borang Permohonan yang disediakan. Borang Permohonan dan maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web www.sedic.my
UNIT KHAS PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT INDIA JABATAN PERDANA MENTERI SEDIC KRITERIA PENILAIAN
H U B U N G I K A M I Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan, Persiaran Perdana, Presint 2, 62652 Putrajaya 03-8880 5186 03-8880 5188 Facebook.com/mysedic @mysedic help@sedic.my www.sedic.my