PENDUDUK PINGGIR ZAABA TAHU BAHAWA RUNDINGAN BAGI PEMBELIAN ATAS DASAR SUKARELA

dokumen-dokumen yang mirip
SUNGAI MUDA: TIADA ASAS BAGI KEDAH TUNTUT CAJ AIR MENTAH DARI PULAU PINANG.

Pengambilan Tanah untuk Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura Soalan-soalan Lazim (FAQ)

Ringkasan Kertas Putih: Pelunasan Menyeluruh Hutang Talam

APARTMEN 1,284 UNIT EKAR

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

Pemeriksaan Awam untuk Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura Soalan-soalan Lazim (FAQ)

Dato Sri Azalina binti Dato Othman Said [ Pengerang ] minta

Akaun Semasa Mudarabah

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA LISAN . KHAMIS, 19 JUN 2014 L11 [PR-1322-L62909]

NO. AWARD : 900 TAHUN 2016

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Semasa Mudarabah

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

Rampasan Tanah Penduduk Kampung Banggol Donas; Fakta Yang Mesti DiKetahui

KRONOLOGI PEMBERIAN MILIK TANAH LOT 698, BANDAR GLUGOR, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG KEPADA KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN PULAU PINANG

GARIS PANDUAN DANA IMPAK PERDANA (DIP)

Akaun Pelaburan Bertempoh

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 6/4-274/15 DI ANTARA TAN POH THIAM DENGAN DAILY FRESH FOODS SDN. BHD. AWARD NO: 308 TAHUN 2017

PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD KENYATAAN MEDIA PUNCAK NIAGA HOLDINGS BERHAD ( PNHB ATAU SYARIKAT )

Akaun Pelaburan Waheed

KRONOLOGI PEMBERIAN MILIK TANAH LOT 698, BANDAR GLUGOR, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG KEPADA KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN PULAU PINANG

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERHUBUNG PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI BEKALAN AIR SELANGOR

SULIT PROSEDUR KERJA UNTUK MEMOHON GERAN PRA- PENGKOMERSIALAN & UMP COMMERCIALIZATION SEEDFUND

PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT Y.B. DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI [ TITIWANGSA 1

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

KOPERASI KKGLM MALAYSIA BERHAD ATURAN AKTIVITI PINJAMAN

PERAKUAN. DISEDIAKAN OLEH: Akitek:

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN : Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG (ALOR SETAR) Saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat jasin

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO: 21(26)/4-840/12 ANTARA RIDWAN FARID BIN SUBAIRI DAN MERCURY MARINE SDN. BHD. AWARD NO: 551 TAHUN 2017

FORMAT SURAT MAKLUMAT TIDAK LENGKAP UNTUK PERMOHONAN KEBENARAN MERANCANG

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) UNIVERSTI KEBANGSAAN MALAYSIA

Akaun Pelaburan Wafiyah

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.8 Pengenalan Projek

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

Berurusan dengan Pengantara Takaful

SOALAN NO. 30 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN DARIPADA YANG BERHORMAT TUAN RAMKARPAL SINGH AIL KARPAL SINGH [ BUKIT GELUGOR ]

B.P.K 6.3 ZON PELANCONGAN REKREASI ANTARABANGSA & KOMERSIAL

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan, sila hubungi pegawai kami:

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

HTDF 2 DANA PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HALAL 2

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

KOPERASI KAKITANGAN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

AKTA PILIHAN RAYA 1958

PEMBANGUNAN SUB-BANDAR YANG MODEN & KONTEMPORARI STESEN KTM-ETS KAMPAR

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BERTULIS MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT. PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

Q & A Majlis Ramah Mesra Staf Cuti Belajar & Telah Lapor Diri bersama Pengurusan Universiti

TERMA & SYARAT PERADUAN

PERTANDINGAN PROJEK INOVASI KELAB DAN PERSATUAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA 2014

STRATA LWN BERTANAH Apakah Pilihan Anda?

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Perdagangan Strategik (Pindaan) 1 D.R. 3/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Perdagangan Strategik 2010.

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

RUMAH TERES 2 TINGKAT 323 UNIT 19.7 EKAR

GARIS PANDUAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN NANOTEKNOLOGI (GPNT)

UTHM/PB/100 6/4/1 (03) Tarikh: 21 September 2007 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2007

KURSUS TEKNIKAL UNDANG-UNDANG KADI DAN PENDAKWA NEGERI PULAU PINANG 7 Oktober 1992 hingga 8 Oktober 1992

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

ATURAN-ATURAN BAGI MENENTUKAN KAWASAN PERWAKILAN. mercantile

SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 11 TAHUN 1995 PANDUAN LAWATAN KE LUAR NEGERI KERANA PEROLEHAN KERAJAAN

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN PEGAWAI PERUBATAN SISWAZAH SELAMA DUA TAHUN

ECO-SCHOOLS. Helaian Sumber Fasilitator 9 Pemerolehan Anugerah

1 P a g e Hak Cipta MyHSR Corporation Sdn Bhd

Tribunal Tuntutan Pengguna. Written by Administrator Thursday, 13 August :17 -

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

Koperasi 33 BAHAGIAN V. Mesyuarat agung

Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan, sila hubungi pegawai kami:

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN [ PADANG BESAR ] minta

HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD (No. Syarikat W) NOTIS DAN DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

PENGLIBATAN DAN PRESTASI KOPERASI DALAM SEKTOR PERUMAHAN DI MALAYSIA

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA DAN SYARAT ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i KAD SWIPE & WIN ("Kempen")

yang dijamin oleh Kerajaan, senaraikan. Adakah hutang negara sekarang mencapai suatu tahap yang membimbangkan mengikut negara yang sedia ada.

BORANG PERMOHONAN KELULUSAN BAGI PEMBINAAN, PENGUBAHAN DAN PENUTUPAN KEMUDAHAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DITETAPKAN

Pada amnya anda mungkin perlu berjumpa peguam untuk:

Terma & Syarat Kempen MyDebit

4.0 PENGENALAN LEMBANGAN SUNGAI KLANG. LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 16 Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor

6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES

ULASAN KES VIEW ESTEEM SDN. BHD.

GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOP DOWN PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

NIKMATI KEHIJAUAN DI KEDIAMAN YANG SERBA LENGKAP & MODEN

Fasal 2: Pilihan Raya Umum MASAF

DALAM EDISI INI 3 Membina Akses Ke Stesen. 4 Kemajuan Projek. 7 Lawatan Timbalan Menteri Kewangan ke. 8 PM: Projek MRT Melahirkan Bakat Tempatan

MINIT MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN BILANGAN 1 TAHUN 2012

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Transkripsi:

Siaran Media PENDUDUK PINGGIR ZAABA TAHU BAHAWA RUNDINGAN BAGI PEMBELIAN ATAS DASAR SUKARELA Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) ingin memberi kenyataan balas terhadap dakwaan bahawa ia telah mengelirukan sekumpulan penduduk dari Pinggir Zaaba di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur berkenaan rancangan pembelian rumah mereka. MRT Corp berhasrat untuk memberi penerangan berdasarkan fakta-fakta berkaitan isu ini. Latar belakang 1. Isu berkenaan TTDI pada asalnya ditimbulkan oleh sekumpulan penduduk yang lebih ramai. Bantahan awal ini diterima daripada 139 penduduk Pinggir Zaaba (69 pemilik) dan Medan Burhanuddin Helmi (70 pemilik). 2. Kumpulan asal ini telah meminta salah satu daripada tiga perkara berikut: a) penjajaran semula laluan b) pembinaan jajaran di bawah tanah atau c) pemindahan penduduk terbabit. 3. Berkenaan pemindahan kumpulan ini telah meminta dipindahkan ke Taman Rimba dengan rumah-rumah baru dibina di kawasan seluas 25 ekar (terletak bersempadan dengan Bukit Kiara dan TTDI). Cadangan tersebut ditolak kerajaan memandangkan ianya belum pernah dilakukan sebelum ini, malahan Taman Rimba tersebut ialah kawasan simpanan hijau. 4. Sekurang-kurangnya 14 perjumpaan telah diadakan di antara kumpulan penduduk ini dengan kerajaan sebelum MRT Corp ditubuhkan pada September 2011. Selepas Pembentukan MRT Corp 1. Pengurusan projek ini diambil alih oleh MRT Corp pada Oktober 2011. Dato Azhar Abdul Hamid telah memutuskan untuk terus berbincang dengan 25 penduduk di Pinggir Zaaba yang paling hampir dengan jajaran. Ini adalah atas dasar ikhsan dan sukarela. 2. Kumpulan yang terdiri dari 25 pemilik kediaman yang terletak 15 meter dari jajaran, bertegas bahawa akibat dari pembinaan dan kehadiran MRT, rumah mereka tidak lagi sesuai untuk didiami.

3. Kediaman di Medan Burhanuddin Helmi berada 74 meter dari jajaran. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) memisahkan jalan ini dari landasan MRT. 4. 44 buah rumah lain di Pinggir Zaaba, yang merupakan sebahagian dari kumpulan asal tersebut terletak lebih dari 22 meter dari jajaran. 5. Tiada sebarang peruntukan undang-undang yang mewajibkan MRT Corp untuk mengambilalih hartanah terbabit, yang jelas berada lebih dari 6 meter syarat Zon Perlindungan Keretapi. Walau bagaimanapun, atas dasar kerjasama dan ikhsan, MRT Corp bersetuju untuk mengkaji jalan penyelesaian yang mungkin bagi masalah yang dibangkitkan, tertakluk pada kelulusan pihak kerajaan, yang membiayai projek ini. 6. Mandat yang diberikan kepada MRT Corp tidak termasuk hak untuk mengambil alih hartanah. Semua pampasan yang tidak termasuk dalam pengambil alihan mandatori, perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pampasan Khas (SCC). 7. Skop utama SCC dijelaskan seperti di bawah: untuk mengkaji dan meluluskan, jika perlu, sebarang jumlah pampasan istimewa yang dicadangkan oleh Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. jika tanah yang diperlukan untuk Projek Klang Valley Mass Rapid Transit tidak bersesuaian untuk diambil alih di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dan sebarang pampasan istimewa lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa untuk dibayar kepada pemilik tanah atau individu lain yang secara langsung terjejas akibat dari Projek MRT. 8. Penduduk sememangnya sedia maklum bahawa kata putus tertakluk kepada SCC, dan berbagai komunikasi emel sememangnya telah dibuat bagi menentukan tarikh spesifik untuk membentangkan cadangan kepada SCC. 9. Malah, wakil yang dilantik oleh kumpulan ini, Encik Saleh Mohammed telah menawarkan diri untuk menyediakan kertas cadangan pada mesyuarat yang dihadiri oleh Dato Azhar, pada 13hb Jun di ibupejabat MRT Corp. 10. MRT Corp dan kumpulan penduduk ini bersetuju dengan satu penilaian hartanah dilakukan bagi menentukan nilai kewangan bagi dipertimbangkan oleh SCC. Keduadua pihak telah bertemu beberapa kali untuk mencapai persetujuan terhadap dasar penilaian dan lain-lain perkara seperti kos permindahan dan nilai kesengsaraan.

11. Penduduk Pinggir Zaaba menuntut harga premium untuk kediaman mereka, iaitu dengan penilaian dibuat berdasarkan harga hartanah di Taman Zaaba, berada dibelakang Pinggir Zaaba. Pengubahsuaian Teknikal yang Dilakukan / Sedang Dilakukan Bagi Meringankan Impak 1. Prihatin terhadap kekhuatiran penduduk, beberapa perubahan teknikal telah dilakukan pada reka bentuk jejambat, terutamanya pada bahagian yang merentasi dihadapan rumah-rumah tersebut. 2. Perubahan pada rekabentuk yang dilakukan termasuklah dengan menambah jarak di antara tiang, yang mana telah secara langsung mengurangkan jumlah tiang di hadapan 25 buah rumah berkenaan. 3. Hanya 3 batang tiang akan didirikan di Pinggir Zaaba. Secara khususnya kedudukan tiang-tiang ini adalah di hadapan lorong tepi di antara deretan rumah. Ini bagi memastikan tiada tiang yang berdepan dengan pintu masuk mana-mana kediaman. 4. Ketika proses pembinaan, penghadang akan didirikan bagi melindungi kediaman di Pinggir Zaaba dari debu kerja-kerja pembinaan. MRT Corp sedang meneliti kemungkinan memasang jaring di atas penghadang aluminium tersebut sebagai langkah tambahan bagi mengurangkan pergerakan debu ke kawasan perumahan. 5. Jalan masuk ke kawasan pembinaan adalah hanya melalui LDP, dan bukan dari Pinggir Zaaba. Kenderaan pembinaan masuk hanya melalui LDP, dan bukan dari Pinggir Zaaba. Kenderaan ini juga tidak boleh diletakkan sepanjang Pinggir Zaaba apabila penghadang aluminium diletakkan di sepanjang kawasan pembinaan. Pekerja pembinaan tidak dibenarkan untuk berkeliaran di sekitar Pinggir Zaaba. 6. Kegunaan Pinggir Zaaba sebagai jalan kediaman, akan hanya mengalami perubahan yang sedikit, dan akses buat kenderaan kecemasan seperti bomba dan penyelamat tidak terjejas. 7. Kami telah mencadangkan kepada para penduduk untuk menjadikan Pinggir Zaaba sebagai laluan sehala sementara, yang menuju ke Jln Leong Yew Koh (dengan kebenaran pihak berkuasa). 8. Pokok-pokok yang ditebang dalam proses pembinaan akan diganti dengan pokokpokok separa matang yang akan ditanam apabila kerja-kerja selesai. 9. MRT Corp akan menilai keperluan memasang pemantul bunyi pada jambatan yang telah siap, bagi memantulkan bunyi dari kawasan perumahan.

Hal-hal Lain 1. Penduduk Pinggir Zaaba mendakwa bahawa jajaran ini dialihkan dari Damansara Utama ke Pinggir Zaaba. Kami mengesahkan bahawa jajaran yang merentasi TTDI ini tidak pernah ditukar sejak dari fasa cadangan projek sebagai sebahagian dari skim keretapi pada 2010. 2. Jajaran ini dialihkan dari kawasan Damansara Utama ke Pinggir Zaaba bagi mengelakkan pembinaan jajaran merentasi persimpangan Damansara-TTDI di LDP. 3. Pada 16hb Ogos, 2011, MRT Corp telah menerima surat dari peguam yang dilantik oleh penduduk iaitu, Abdul Raman Saad & Associates (ARSA). Surat itu menjelaskan bahawa penduduk ingin mencapai penyelesaian baik, dan ARSA akan menghubungi MRT Corp dalam masa terdekat. 4. MRT Corp tidak menerima sebarang komunikasi lagi dari ARSA sehingga jam 10:00 pagi, 28hb Ogos, 2012. 5. Panel peguam MRT Corp sedang meneliti kenyataan dan representasi oleh Puan Norliza Kamarudin ketika sidang media pada hari Jumaat, 24hb Ogos, 2012 di kediaman beliau di Pinggir Zaaba. Sebarang keputusan dan tindakan lanjut berkenaan perkara ini hanya akan dibuat selepas peguam MRT Corp selesai meneliti kenyataan-kenyataan tersebut. 6. MRT Corp mengakui bahawa sebarang projek berskala besar akan menerima tentangan, tetapi menegaskan bahawa kepentingan orang ramai perlu didahulukan. TAMAT Lampiran: a) Kronologi mesyuarat/perbincangan b) Surat dari peguam yang mewakili penduduk Latar belakang Projek MRT MRT merupakan sistem pengangkutan rel baru untuk Lembah Klang. Ia adalah sebahagian daripada Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur / Kawasan Lembah Klang kerajaan, di bawah Program Transformasi Ekonomi. Laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) adalah sepanjang 51km, dari bandar Sg Buloh di barat laut hingga ke bandar Kajang di tenggara. Apabila siap, ia akan terdiri daripada 31 stesen dan memberi perkhidmatan kepada 1.2 juta orang di sepanjang laluan. Ia juga akan mempunyai integrasi strategik dengan rangkaian pengangkutan rel sedia ada KL, iaitu LRT, Monorel dan KTM Komuter, serta laluan bas intra dan antara bandar. Ini akan menghasilkan kesalinghubungan yang

lebih baik untuk KL dan bandar-bandar sekitarnya, di samping mengurangkan jumlah kereta yang memasuki ibu kota. Untuk pertanyaan media, sila hubungi: Edelman Maureen Jeyasooriar (maureen.jeyasooriar@edelman.com) Tel. Mobil: 016 206 4427