TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Save and Get

dokumen-dokumen yang mirip
TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

TERMA DAN SYARAT Kempen 'Preferred Save and Get'

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Tambahan Baki CIMB (Faedah Bonus 3% Setahun)

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Octo Edisi Terhad

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Octo Edisi Terhad Preferred

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB-Pay with Points & Win

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Octo Edisi Terhad

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Program Faedah Bonus CIMB

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

3. Bank merizab hak untuk mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen Lanjutan dengan memberikan makluman.

TERMA DAN SYARAT Kempen Debit Card RM5 Dining Cash Back

TERMA DAN SYARAT. Peraduan Debit & ATM Card Replacement

Go Digital with CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. CIMB Islamic - Peraduan Kirim & Menang

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Peraduan Fortune 10 CIMB Bank - Terma & Syarat. Terma & Syarat PERADUAN FORTUNE 10 CIMB BANK BERHAD

CIMB Auto Finance Promosi untuk Kenderaan Asing Baharu Terma-terma dan Syarat-syarat

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD yang mengawal Kempen Belanja dan MenangCIMB-IKEA

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Duit Raya Tesco CIMB Bank

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang Rebat Tunai CIMB-IKEA (1hb September hb November 2017)

Terma-terma dan Syarat-syarat untuk program 2-Minit Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) oleh CIMB Bank Berhad

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Peraduan Debit to Win It

Kempen CIMB Bank My First Cash Advance Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-IKEA

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja Musim Perayaan dan Menang Kad Hadiah CIMB-IKEA (1 Disember Februari 2018)

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen Perkhidmatan Perbankan Serantau CIMB (Malaysia Singapura)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB-Senheng

Termaa-terma dan Syarat-syarat Kempen Akaun Kwik CIMB Bank

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB- IKEA

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja dan Menang CIMB MALAYSIA AIRPORTS (NIAGA) SDN BHD 2017

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Save, Invest and Win. 1. RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M) akan dirujuk sebagai RHB.

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Pilih Baucar Anda untuk Permohonan Kad Kredit

KEMPEN SUKU TAHUNAN KAD KREDIT PRVI MILES UOBM TERMA & SYARAT

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

1. Kempen ini dikendali oleh CIMB Bank dan setiap penyebutan C I M B B a n k merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Terma-terma & Syarat-syarat Kempen CIMB CLICKS Cash Back. 1. Setiap sebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

Terma-terma dan Syarat-syarat bagi Kempen CIMB EVA x JomPAY Memenangi iphone X

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT. Kempen CIMB BANK Memilih Hadiah untuk Permohonan Kad Kredit

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

Kempen PIN & Win CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

4.2 Peserta Layak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi Peletakan DT untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT:

3. Untuk tujuan Promosi ini, kedua-dua Kad Kredit dan Kad Debit hendaklah secara kolektif merujuk sebagai "Kad".

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Kempen Seluruh Negara JomPAY Terma-Terma dan Syarat-Syarat Tambahan

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENGAWAL KEMPEN PENYELESAIAN PENGURUSAN KEKAYAAN ( WEALTH MANAGEMENT SOLUTIONS )

Terma dan Syarat Kempen Kad Kredit-i Visa Bank Islam SWIPE & DRIVE FURTHER

TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen CashLite CIMB Bank

1.1 Kempen ini bermula pada 14 Februari sehingga 14 Ogos 2017, termasuk kedua-dua tarikh ( Tempoh Kempen ).

KAD UOB VISA INFINITE COMPLIMENTARY AIRPORT CAR RIDE Terma & Syarat Kad UOB VISA Infinite. Tempoh Kempen. Perbelanjaan yang layak

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

O.M.G KINI KEMBALI TERMA DAN SYARAT

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AL AWFAR 3Xtra Drive

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

Transkripsi:

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Save and Get Tempoh Kempen 1. Kempen Save and Get ( Kempen ) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) ( CIMB Bank ) dan akan berlangsung dari 1 Julai 2017 hingga 31 Oktober 2017, termasuk kedua-dua tarikh tersebut ( Tempoh Kempen ). 2. CIMB atau Bank merujuk kepada CIMB Bank. 3. Kempen tersedia di semua cawangan CIMB di Malaysia 4. CIMB berhak mengubah tempoh dan/atau tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar. Kelayakan 5. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Kempen terbuka kepada semua pemegang akaun baharu dan sedia ada Akaun Semasa dan Akaun Simpanan CIMB (tidak termasuk Deposit Tetap dan Akaun Mata Wang Asing) ( CASA ) termasuk bukan pemastautin, pekerja tetap atau kontrak CIMB. 6. Orang/entiti berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini: a) Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan dan promosi) CIMB, Mastercard Worldwide Pte. Limited, sebuah syarikat yang ditubuhkan di State of Delaware, yang mempunyai pejabat dan tempat utama perniagaannya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America ( MasterCard ) (termasuk anak-anak syarikat dan syarikatsyarikat berkaitan mereka masing-masing); dan/atau b) Keempunyaan tunggal, Perkongsian, Organisasi/Pertubuhan Amal/Bukan Untung, Pelanggan Korporat dan Perdagangan; dan/atau c) Individu di bawah umur lapan belas (18) tahun. 7. Berkaitan dengan pemegang akaun bersama, hanya pemegang akaun yang pertama dinamakan, iaitu pemegang akaun utama layak menyertai Kempen. Bagi tujuan Kempen ini, pemegang akaun bersama sekunder tidak layak menyertai Kempen ini. (selepas ini dirujuk sebagai Pelanggan Layak ) 8. Pekerja tetap atau kontrak CIMB layak menyertai Kempen di bawah Akaun Semasa atau Akaun Simpanan bukan gaji CIMB. 1

9. Pelanggan Layak bertanggungjawab memastikan bahawa nombor telefon mudah alih dan alamat surat-menyurat mereka yang diberikan adalah terkini dan dikemaskinikan dengan CIMB sekiranya apa-apa perubahan dibuat terhadapnya. CIMB tidak bertanggungjawab kepada Pelanggan Layak untuk sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian berbangkit yang menyusul daripadanya) yang dialami jika nombor telefon mudah alih dan alamat pos Pelanggan Layak di dalam rekod CIMB bukan nombor telefon mudah alih dan alamat pos yang semasa atau tidak tepat. Kriteria Kelayakan 10. Pendaftaran tidak diperlukan untuk menyertai Kempen ini. 11. Untuk menyertai Kempen ini dan mendapatkan hadiah, Pelanggan Layak dikehendaki: a) Mendeposit jumlah minimum yang dinyatakan di dalam Jadual 1 di bawah ke dalam Akaun Semasa dan/atau Akaun Simpanan CIMB mereka dalam satu transaksi ( Akaun Sertaan ); DAN b) Mengekalkan jumlah yang dideposit di dalam Akaun Sertaan selamaenam (6) bulan bermula dari tarikh penempatan; DAN c) Penempatan deposit ke dalam Akaun Sertaan hendaklah terdiri semata-mata daripada Dana Baharuyang didepositdengan CIMB; DAN d) Menandatangani Borang Deklarasi dan Pemberikuasaan yang dialamatkan kepada CIMB di Cawangan CIMBdalam Tempoh Kempen. 12. Borang Deklarasi dan Pemberikuasaan yang dialamatkan kepada CIMB mengandungi terma-terma di bawah: a) Bahawa CIMB dengan tak boleh batal diberi kuasa untuk menahan dan atau menggantung pembayaran sebarang wang daripada baki kredit Akaun Sertaan dan menghalang sebarang pengeluaran jumlah yang dideposit di dalam Akaun Sertaan bagi tempoh selama enam (6) bulan bermula dari tarikh deposit ( Pengasingan ); dan b) Bahawa CIMB dengan tak boleh batal diberi kuasa untuk mendebit Akaun Sertaan Pelanggan Layak untuk Nilai Hadiah (ditakrifkan selepas ini di dalam Jadual 3) di bawah Kempen ini sekiranya permintaan dibuat oleh Pelanggan Layak atas apa jua sebab termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang pengeluaran sebahagian atau penuh daripada Akaun Sertaan sebelum masanya dan Pengasingan terhadap Akaun Sertaan adalah dibatalkan, ditamatkan, atau dilepaskan oleh Bank. Jadual 1: Jumlah Deposit Minimum Peringkat Jumlah Deposit Minimum Jenis Hadiah 1 8,000 1 Unit Philips Hand Blender 2 30,000 1 Unit Khind Air Fryer 3 50,000 1 Unit Irova Robot Vacuum Cleaner Tempoh Pengasingan 6 Bulan 2

13. Contoh tempoh Pengasingan selama enam (6) bulan ditunjukkan di dalam Jadual 2. Jadual 2: Tempoh Pengasingan Tarikh Penempatan Tempoh Pengasingan Dana Dilepaskan ke dalam Akaun Sertaan 10 Julai 2017 10 Julai 2017 hingga 9 Januari 2018 10 Januari 2018 11 Ogos 2017 11 Ogos 2017 hingga 10 Februari 2018 11 Februari 2018 12 September 2017 12 September 2017 hingga 11 Mac 2018 12 Mac 2018 14. Istilah Dana Baharu yang dirujuk di dalam ini ditakrifkan sebagai bermaksud wang atau dana yang tidak berasal daripada CIMB, wang atau dana yang walau bagaimanapun jua dipindahkan, dikreditkan atau dibayar ke dalam Akaun Sertaan Pelanggan Layak daripada bank dan/atau institusi kewangan lain melalui apa jua cara termasuk tetapi tidak terhad kepada: a. Wang tunai; dan/atau b. Interbank Giro Transfers (IBG) / Instant Funds Transfer (IBFT);dan/atau c. Pemindahan Bertelegraf / RENTAS;dan/atau d. Cek tempatan / cek jurubank dan wang atau dana yang dibayar atau dikreditkan ke dalam Akaun Sertaan Pelanggan Layak yang digunakan oleh Pelanggan Layakbagi tujuan Kempen ini selaras dengan terma-terma dan syaratsyarat di dalam ini dalam masa tiga (3) hari perniagaan selepas wang atau dana tersebut dibayar atau dikreditkan ke dalam akaun Pelanggan Layak. 15. Pelanggan Layak dibenarkan mengambil satu atau lebih Hadiah yang dinyatakan di dalam Jadual 1 selagi pelanggan memenuhi kriteria kelayakan untuk setiap Hadiah. Hadiah Yang Ditawarkan Di bawah Kempen 16. Terdapat tiga (3) jenis hadiah ( Hadiah ) di bawah Kempen ini dan Hadiah dan Nilai Hadiah setiap unit dinyatakan di dalam Jadual 3. Jadual 3: Jenis Hadiah dan Nilai Hadiah Peringkat Jumlah Deposit Minimum Jenis Hadiah Nilai Hadiah (RM) 1 8,000 1 Unit Philips Hand Blender 130 2 30,000 1 Unit Khind Air Fryer 420 3 50,000 1 Unit Irova Robot Vacuum Cleaner 650 Peringkat 1: Setiap dana baharu berjumlah RM8,000 yang disimpan selama 6 bulan di dalam Akaun Sertaan akan menerima 1 unit Philips Hand Blender. Jika pengeluaran awal dibuat, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya, Pelanggan Layak dikehendaki membayar Nilai Hadiah sebanyak RM130 kepada Bank. Peringkat 2: Setiap dana baharu berjumlah RM30,000 yang disimpan selama 6 bulan di dalam Akaun Sertaan akan menerima 1 unit Khind Air Fryer. Jika pengeluaran awal dibuat, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya, Pelanggan Layak dikehendaki membayar Nilai Hadiah sebanyak RM420 kepada Bank. 3

Peringkat 3: Setiap dana baharu berjumlah RM50,000 yang disimpan selama 6 bulan di dalam Akaun Sertaan akan menerima 1 unit Irova Robot Vacuum Cleaner. Jika pengeluaran awal dibuat, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya, Pelanggan Layak dikehendaki membayar Nilai Hadiah sebanyak RM650 kepada Bank. 17. Hadiah yang berhak diterima oleh Pelanggan Layak di bawah Kempen ini diasingkan menurut peringkat dan akan diberikan berdasarkan kriteria kelayakan di bawah Klausa 11 dan deposit minimum yang ditempatkan di dalam Akaun Sertaan yang dinyatakan di dalam Jadual 1. 18. CIMB berhak, dari semasa ke semasa, untuk mengubah kriteria kelayakan Hadiah dan/atau Hadiah yang ditawarkan di bawah Kempen ini dengan memberikan notis yang mencukupi. 19. CIMB mempunyai budi bicara mutlak untuk menggantikan sebarang Hadiahdengan barangan yang sama kosnya jika Hadiah ditarik balik, diberhentikan atau kehabisan stok oleh pengeluar atau pengedarnya, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, dengan barangan yang sama kosnya pada bila-bila masa dan/atau untuk menambah atau mengurangkan jumlah bilangan Hadiah. 20. Hadiah tidak boleh dipindahkan, tidak boleh diniagakan dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit atau dalam bentuk barang, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya. 21. Hadiah di bawah Kempen tidak termasuk sebarang aksesori atau barangan yang ditunjukkan di dalam apa-apa iklan dan/ataubahan promosi kerana ini hanyalah bagi tujuan ilustrasi. 22. Visual Hadiah adalah bagi tujuan ilustrasi sahaja, dan warna Hadiah adalah tertakluk kepada ketersediaan. 23. Pengeluaran Deposit di dalam Akaun Sertaan sebelum luputnya tempoh enam (6) bulan bermula dari tarikh deposit: Jika Pelanggan Layak mengeluarkan sebahagian atau kesemua deposit di dalam Akaun Sertaan sebelum luputnya tempoh pengasingan selama enam (6) bulan, Pelanggan Layak dikehendaki membayar kepada Bank Nilai Hadiah yang diterima yang ditunjukkan di dalam Jadual 3 selaras dengan Borang Deklarasi dan Pemberikuasaan yang dirujuk di dalam klausa 11(d) dan 12(b) di atas. 24. Pengeluaran sebarang deposit daripada Akaun Sertaan bagi tujuan Kempen ini hanya boleh dibuat di cawangan CIMB. 25. Pelanggan Layak bertanggungjawab membayar sebarang cukai, kos sampingan dan/atau caj berkaitan dengan sebarang Hadiah. CIMB tidak akan dipertanggungjawab untuk sebarang cukai, kos sampingan, caj dan/atau kerosakan yang diakibatkan oleh mana-mana Hadiah dan/atau tindakan mana-mana agen/pembekal/pengedarnya yang tidak memenuhi kewajipan mereka. 26. CIMB tidak membuat sebarang representasi atau jaminan berkaitan dengan mutu Hadiah. Apa-apa pertikaian atau aduan tentang Hadiah hendaklah diselesaikan secara langsung dengan pembekal. CIMB tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan, kerugian atau kerosakan yang berbangkit daripada penggunaan Hadiah. Penghantaran Hadiah 27. Hadiah akan dihantar ke alamat pos Pelanggan Layak di dalam rekod CIMB dalam masa 10 hingga 12 minggu selepas tamat setiap bulan kempen seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4. 4

Jadual 4: Tempoh Penghantaran Bulan Tarikh Akhir Penghantaran Tempoh Kempen Kempen Hadiah Bulan 1 1Julai 2017-31 Julai 2017 23 Oktober 2017 Bulan 2 1 Ogos 2017-31 Ogos 2017 23 November 2017 Bulan 3 1 September 2017-30 September 2017 23 Disember 2017 Bulan 4 1 Oktober 2017-31 Oktober 2017 23 Januari 2018 28. Pelanggan Layak yang alamat posnya di dalam rekod CIMB adalah alamat di luar Malaysia atau alamat Peti Surat hendaklah memberikan kepada Bank alamat penghantaran yang sesuai dalam Bulan Kempen Pengasingan. Penghantaran tidak akan dibuat ke alamat Peti Surat atau mana-mana alamat di luar Malaysia. Penghantaran ke alamat lain yang tidak didaftarkan di dalam rekod CIMB tidak dibenarkan. 29. Apa-apa Hadiah yang tidak dituntut pada atau sebelum Tarikh Penarikan Balik Hadiah yang dinyatakan di dalam Jadual 5, akan ditarik balik. Pelanggan Layak yang Hadiahnya telah ditarik balik tidak berhak menerima apa-apa pembayaran atau pampasan tidak kiralah sebab mengapa Hadiah tidak dituntut. Jadual 5: Tempoh penarikan balik Hadiah Bulan Kempen Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3 Bulan 4 Tempoh Kempen 1 Julai 2017 hingga 31 Julai 2017 1 Ogos 2017 hingga 31 Ogos 2017 1 September 2017 hingga 30 September 2017 1 Oktober 2017 hingga 31 Oktober 2017 Tarikh Matang 6 Bulan 1 Januari 2018 hingga 31 Januari 2018 1 Februari 2017 hingga 28 Februari 2018 1 Mac 2018 hingga 31 Mac 2018 1 April 2018 hingga 30 April 2018 Tarikh Penarikan Balik Hadiah 01 Mac 2018 01 April 2018 01 Mei 2018 01 Jun 2018 30. Pemberian dan penghantaran Hadiah dikendalikan oleh Tri E Marketing Sdn Bhd (825150-M) yang mempunyai alamat berdaftarnya di A-5-35 IOI Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor, Malaysia. Dengan menyertai Kempen, Pelanggan Layak bersetuju dan membenarkan maklumat peribadi mereka termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor hubungan, alamat pos, dan 4 digit terakhir nombor kad pengenalan mereka diberikan kepada Tri E Marketing Sdn Bhd bagi tujuan menghantar Hadiah. 31. Setelah menerima Hadiah, Pelanggan Layak hendaklah menyemak dan menentukan mutu, kebolehdagangan dan/atau kesesuaian Hadiah untuk penggunaannya. Pelanggan Layak hendaklah berurusan secara terus dengan Tri E Marketing untuk sebarang Hadiah yang perlu digantikan disebabkan kehilangan atau kecacatan. Jika berlaku sebarang penghantaran yang salah atau kerosakan pada Hadiah, Pelanggan Layak hendaklah membuat aduan dengan Tri E Marketing @ 03-80761313 atau e-mel kepada info@tri-e.com.my dalam masa 48 jam selepas menerima Hadiah. Pelanggan hendaklah menyimpan Pesanan Penghantaran bagi tujuan rujukan. 32. Pelanggan Layak hendaklah menghubungi Tri E Marketing melalui nombor hubungan atau alamat e- mel yang dinyatakan di dalam Klausa 31 mengenai apa-apa pertanyaan berkaitan dengan penghantaran Hadiah. 5

Terma-terma dan Syarat-syarat Am 33. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan bersetuju bahawa semua keputusan yang dibuat dengan adil dan munasabah oleh CIMB berkaitan dengan setiap aspek Kempen ini, termasuk Hadiah yang akan diberikan dan penentuan Pelanggan Layak, adalah muktamad, mengikat dan konklusif. Akaun Sertaan Pelanggan Layak (i) TIDAK BOLEH memungkiri terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal Akaun Sertaan; DAN (ii) TIDAK BOLEH ditamatkan atau ditutup atau dijadikan tertakluk kepada sebarang penahanan, perintah bertentangan yang dibuat oleh Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang diberi kebenaran oleh undang-undang, ingkar, dan/atau tidak sah atau dibatalkan seperti yang ditentukan oleh CIMB, jika tidak Pelanggan Layak akan disingkirkan daripada menyertai Kempen ini dan tidak berhak menerima Hadiah. 34. CIMB mempunyai hak dan berhak mendebit Akaun Sertaan atau mana-mana akaun lain Pelanggan Layak yang dipegang dengan CIMB pada bila-bila masa yang dianggapnya sesuai dengan sepenuh Nilai Hadiah yang diterima selaras dengan terma-terma dan syarat-syarat ini, yuran berkanun, duti setem, komisyen, caj bank dan/atau caj perkhidmatan yang dikenakan atau yang berkuat kuasa ( Keberhutangan ) dan sementara menunggu Akaun Sertaan atau mana-mana akaun lain Pelanggan Layak didebit, Bank berhak menahan dan atau menggantung pembayaran wang daripada Akaun Sertaan atau mana-mana akaun lain Pelanggan Layak untuk jumlah Keberhutangan. 35. Semua terma dan syarat yang mengawal operasi Akaun Sertaan Pelanggan Layak akan terus dikenakan kecuali dan melainkan jika atau apabila terma dan syarat tersebut diketepikan atau dipinda dengan nyata oleh terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini dan terma-terma dan syarat-syarat yang mengawal operasi Kempen ini, terma-terma dan syarat-syarat ini akan mengatasi yang lain bagi tujuan Kempen ini. 36. Keputusan hakim-hakim CIMB berkaitan dengan setiap aspek Kempen adalah muktamad, mengikat dan konklusif dengan syarat sentiasa bahawa keputusan tersebut nampaknya adil dan munasabah. Sebarang surat-menyurat lanjut, rayuan, bantahan atau percubaan untuk mempertikaikannya tidak akan dilayan. 37. CIMB dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang representasi, jaminan atau pengindorsan, nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan mengenai mutu, kebolehdagangan atau kesesuaian Hadiah bagi suatu tujuan tertentu. 38. CIMB berhak menggantung, membatalkan, menamatkan atau menarik balik Kempen ini secara keseluruhan atau sebahagian, dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar kepada Pelanggan Layak. Untuk mengelakkan keraguan, apa-apa penggantungan, pembatalan, penamatan atau penarikan balik Kempen ini tidak akan memberikan hak kepada manamana Pelanggan Layak atau mana-mana pihak yang diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh tindakan penggantungan, pembatalan atau penamatan. 39. CIMB berhak dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar untuk mengubah (sama ada dengan menambah, memotong, memodifikasi, meminda atau sebaliknya walau bagaimanapun jua) ( Pindaan ) mana-mana terma dan syarat di sini. Makluman tentang Pindaan kepada Pelanggan Layak boleh dilakukan menurut budi bicara mutlak CIMB melalui manamana satu cara komunikasi berikut, iatu melalui pos biasa ke alamat Pelanggan Layak yang terakhir diketahui atau dengan memaparkan notis tentang Pindaan di setiap cawangan CIMB atau dengan menyiarkan iklan tentang Pindaan dalam satu akhbar pilihan CIMB, atau melalui laman web CIMB atau melalui apa-apa cara makluman lain yang boleh dipilih oleh CIMB dan Pindaan akan dianggap mengikat dari tarikh makluman Pindaan atau dari apa-apa tarikh yang boleh dinyatakan oleh CIMB di dalam makluman. Pelanggan Layak mengakui dan bersetuju untuk melawat laman web CIMB secara berkala untuk membaca Terma-terma dan Syarat-syarat dan untuk memastikan mereka 6

mempunyai pengetahuan terkini tentang apa-apa perubahan atau pindaan kepada Terma-terma dan Syarat-syarat ini. 40. Terma-terma dan Syarat-syarat ini, sebagaimana yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa, akan mengatasi sebarang peruntukan atau representasi yang terkandung di dalam apa-apa bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen. Terma-terma dan Syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat yang berkuat kuasa di dalam perjanjian akaun Semasa atau Simpanan CIMB dan/atau perjanjian kad atau akaun CIMB yang akan dikenakan di samping Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini. 41. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak bersetuju bahawa Pelanggan Layak tidak akan mempertanggungjawabkan CIMB sekiranya CIMB tidak dapat melaksanakan apa-apa kewajipannya yang ditetapkan di sini, secara keseluruhan atau sebahagian, jika ketidakupayaan tersebut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh apa-apa kerosakan sebarang peranti elektronik atau mekanikal, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, kerosakan elektrik, pertikaian perusahaan, peperangan, mogok, rusuhan, apa jua bencana alam di luar kawalan CIMB atau disebabkan apa-apa faktor bersifat force majeure di luar kawalan munasabah CIMB. 42. Dengan menerima Hadiah, Pelanggan Layak bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan CIMB dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing daripada dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing berhubung dengan penyertaan Pelanggan Layak dalam Kempen atau penerimaan, penebusan atau penggunaan Hadiah. 43. CIMB tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana pihak, termasuk Pelanggan Layak, atas apa-apa kerugian atau kerosakan tidak kira jenisnya yang dialami oleh Pelanggan Layak atau manamana pihak (termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa kecederaan atau kematian, kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik, secara langsung atau tidak langsung, gantirugi sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas yang ditanggung oleh mana-mana pihak), yang walau bagaimanapun jua berbangkit, berkaitan dengan tindakan Pelanggan Layak menyertai atau tidak menyertai Kempen termasuk jika Pelanggan Layak menerima, tidak menerima dan/atau lambat menerima Hadiah, panggilan atau Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) atau e-mel oleh Pelanggan Layak tertentu melainkan jika disebabkan oleh keingkaran yang disengajakan atau kecuaian melampau oleh CIMB Bank. 44. CIMB Bank tidak bertanggungjawab atas sebarang implikasi cukai yang mungkin berbangkit daripada Hadiah atau penggunaannya. Sebarang obligasi pemfailan cukai atau pembayaran cukai yang kena dibayar kepada mana-mana pihak berkuasa akibat penerimaan Hadiah terus menjadi tanggungjawab Pelanggan Layak semata-mata. Setiap Pelanggan Layak bertanggungjawab mendapatkan nasihat bebas tentang kemungkinan implikasi cukai terhadap situasi kewangannya sendiri. 45. Dengan menyertai Kempen, Pelanggan Layak dengan ini membenarkan dan bersetuju bahawa CIMB berhak menerbitkan dan/atau memaparkan tanpa sebarang kos dibayar kepada Pelanggan Layak, bahan dan/atau maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor pengenalan, bandar kediaman dan gambar Pelanggan Layak yang menerima Hadiah untuk Kempen ini bagi tujuan pengiklanan dan publisiti dalam apa jua cara yang dianggapnya sesuai. 46. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau bahasa lain, versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut di atas, sekiranya permintaan dibuat oleh Pelanggan Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Akaun Semasa atau Simpanan CIMB, maka versi termaterma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain. 7

47. Jika terdapat maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen ini, Pelanggan Layak boleh menghubungi Customer Resolution Department CIMB Bank di alamat, nombor telefon dan nombor faks berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks lain yang boleh diubah oleh CIMB dengan memaklumkan Pelanggan Layak): Customer Resolution Unit, Aras 19, Menara Bumiputra-Commerce, 11, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: +603 6204 7788/Faks: +603 2283 5302/CRU@cimb.com. 8