Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

dokumen-dokumen yang mirip
Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

SYNERGY CARDS SDN BHD

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

1. Apa produk ini berkenaan?

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Kad Utama 21 tahun Kad Tambahan 18 tahun

Transaksi Runcit Bayaran minimum diterima sebelum atau pada tarikh tamat tempoh bayaran Bayaran minimum diterima selepas tarikh tamat tempoh bayaran

Kad Caj: KAD PERIBADI AMERICAN EXPRESS Jun 2012

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

*Nota: Bagi Leftenan Muda atau setaraf dan ke bawah, umur semasa memohon MESTILAH tidak kurang daripada 5 tahun dari tarikh persaraan

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

1. Apakah produk ini?

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kenderaan baru buatan tempatan terpilih bagi kegunaan teksi / kereta sewa sahaja.

Overdraf. November 2017

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. Sewa Beli - NonBPA

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Tempoh pinjaman begantung kepada tujuan pembiayaan dimana secara umum adalah di antara 5 hingga 15 tahun. : RM 1,

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

BSN memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membeli kederaan baru dan import terpakai terpilih sahaja. Kemudahan ini terbuka kepada:

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

ALIRAN TUNAI PERIBADI-i TAWARRUQ

4. Apakah senario yang mungkin mencetuskan perubahan pada IBR?

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

4. Apakah kewajipan yang perlu pelanggan laksanakan sekiranya pelanggan membeli produk ini?

SPB1M. BSN memberi perkhidmatan kepada pengusaha bas sekolah untuk ditukar ganti kepada bas baru tertakluk kepada:

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

Lembaran Maklumat Produk Al-Ansar Pembiayaan Perniagaan-i (Tawarruq)

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

PEMBIAYAAN PERIBADI-I TAWARRUQ

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

ARAHAN TELEKOMUNIKASI

13.5% (Peringkat 1) 16% (Peringkat 2) 17.5% (Peringkat 3)

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

BANK SIMPANAN NASIONAL


2. KESAHAN MATA GANJARAN

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

Risalah Pendedahan Produk Pembiayaan Kenderaan-i

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

1. Apakah yang ditawarkan di bawah produk ini? 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Page 1 of 6 LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Fasal-fasal yang dipinda

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Penyertaan di dalam Program UOB SMART$ Rebates adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat berikut dan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOB.

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U)

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

10.75% RM672, Jumlah Pembayaran berdasarkan Harga Jualan Bank adalah RM672,105.60

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015

3. Apakah syarat-syarat untuk memohon Kad Kredit BSN 1 Teachers Mastercard Emas? Kad Utama 21 tahun Kad Tambahan 18 tahun

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Terma dan Syarat OCBC SME Access

Transkripsi:

PENYATA PENZAHIRAN PRODUK (Sila baca Penyata Penzahiran Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk memiliki Kad Kredit AIAFAM- BSN Visa Platinum Bisnes. Pastikan anda juga membaca terma dan syarat am. Dapatkan penjelasan daripada Bank Simpanan Nasional jika anda tidak memahami mana-mana bahagian dalam dokumen ini atau terma am). BANK SIMPANAN NASIONAL PRODUK : KAD KREDIT AIAFAM-BSN VISA PLATINUM BISNES TARIKH : (untuk diisi oleh Wakil Jualan / Cawangan) 1. Apakah produk ini? Kad AIAFAM-BSN Visa Platinum Bisnes adalah Kad Kredit jenama bersama BSN dengan AIA Insurance Agency Force Association Malaysia (AIAFAM), dahulu dikenali sebagai INGIAFAM yang direka khas untuk komuniti AIAFAM. Kad ini dilengkapi dengan kemudahan kredit yang diberikan oleh kami kepada anda dan sekiranya apa-apa amaun kredit yang anda gunakan tidak diselesaikan sepenuhnya pada atau sebelum tarikh yang perlu dibayar, jumlah yang belum diselesaikan, akan tertakluk kepada Caj Kewangan. Sekiranya anda berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan tidak dapat membuktikan pendapatan tahunan anda, anda perlu mendepositkan wang melalui Sijil Simpanan Premium (SSP) / Deposit Tetap (FD) dengan BSN. Had Kredit yang diberikan kepada anda adalah sehingga maksimum 95% daripada jumlah simpanan anda. SSP / FD anda akan dipegang oleh BSN sehingga pembatalan / penamatan dan setelah pembayaran penuh kemudahan Kad anda. 2. Apakah yang saya perolehi daripada produk ini? Had Kredit: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut: Pendapatan Tahunan Antara RM32,000 and RM36,000 Had Kredit Maksimum 2 kali pendapatan bulanan anda. RM36,000 dan ke atas Akan ditentukan berdasarkan penilaian kredit anda. Caj Kewangan: i. Pembelian Runcit Caj Kewangan akan dikenakan ke atas baki tertunggak transaksi runcit yang tidak dibayar selepas tarikh akhir pembayaran. Pengiraan Caj Kewangan bermula dari tarikh transaksi diposkan sehingga bayaran penuh diterima dan dikreditkan ke dalam Akaun Kad berdasarkan kadar berikut: Peringkat Kadar Syarat-syarat Tahun Pertama Keahlian I 13.5% Menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum SEBELUM atau PADA tarikh akhir bayaran. Menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum TEPAT pada masanya selama 12 bulan berturut-turut. II 16% Menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum TEPAT pada masanya bagi sekurang-kurangnya 10 bulan dalam kitaran 12 bulan.

III 17.5% Tahun Pertama Keahlian Menjelaskan bayaran SELEPAS tarikh akhir bayaran. Menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran minimum TEPAT pada masanya kurang dari 10 bulan dalam kitaran 12 bulan. * Untuk menikmati Caj Kewangan yang lebih rendah untuk transaksi runcit, anda perlu membuat sekurang-kurangnya 10 bulan bayaran tepat masa dalam tempoh 12 bulan yang lepas. ii. Pendahuluan Tunai Caj Kewangan akan dikenakan pada kadar 1.5% sebulan yang bersamaan 18% dan dikira pada kadar harian dari tarikh Pendahuluan Tunai dibuat sehingga pembayaran penuh diterima dan dikreditkan ke dalam Akaun Kad. Anda boleh mengeluarkan sehingga 75% daripada had kredit yang tersedia. Faedah Tambahan: i. 2% Pulangan Tunai* apabila anda mencajkan transaksi Premium Insurans Nyawa yang dipasarkan oleh AIAFAM pada Kad Kredit AIAFAM-BSN Visa Platinum Bisnes anda (tidak termasuk transaksi Premium Insurans Nyawa AIAFAM di bawah Pelan Tanpa Faedah untuk 12 Bulan); ATAU ii. Pertukaran Automatik ke Pelan Tanpa Faedah untuk 12 Bulan (ZIP)* apabila anda mencajkan pembayaran Premium Insurans Nyawa yang dipasarkan oleh AIAFAM pada Kad Kredit AIAFAM-BSN Visa Platinum Bisnes anda (untuk Premium Insurans Nyawa AIAFAM berjumlah RM601 dan ke atas sahaja). * Pemohon hanya boleh memilih SATU daripada pilihan di atas. Pilihan yang dipilih mesti dinyatakan dalam borang permohonan. iii. 0.6% Pulangan Tunai apabila anda mencajkan transaksi runcit tempatan dan luar negara (tidak termasuk transaksi Premium Insurans Nyawa AIAFAM di bawah Program Pelan Tanpa Faedah untuk 12 Bulan dan Program 2% Pulangan Tunai). 3. Apakah tanggungjawab saya? Bayaran Balik Minimum Bulanan 5% daripada baki tertunggak atau minimum RM50. Tempoh Tanpa Faedah 20 hari dari tarikh penyata tertakluk baki semasa penyata sebelumnya telah dibayar sepenuhnya pada tarikh akhir bayaran perlu dibuat. Jika tidak, faedah akan dikira atas dasar harian dari tarikh pengeposan berkaitan. * Tiada Tempoh Tanpa Faedah ke atas Program Pindahan Baki atau Pendahuluan Tunai. Tanggungan Penggunaan Kad Sebagai Pemegang Kad Utama, anda akan bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dibuat dengan Kad Utama dan Kad Tambahan. Pemegang Kad Tambahan akan bertanggungjawab untuk baki tunggakan yang ditanggung atas Kad Tambahan beliau sahaja. Penyimpanan dan Perlindungan Akaun / Maklumat Kad dan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) Anda bertanggungjawab untuk menyimpan Kad dan PIN dengan selamat pada setiap masa dan mencegah dari kehilangan, kecurian atau penipuan penggunaan Kad dan mencegah dari menzahirkan PIN anda. Anda mesti melaporkan sebarang kehilangan dan/atau kecurian Kad atau penzahiran PIN kepada pihak Bank dan pihak polis sertamerta diikuti dengan pengesahan bertulis kepada pihak Bank bersama satu salinan laporan polis dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh kehilangan dan/atau kecurian dan/atau penzahiran PIN. Anda mungkin bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi yang tidak diberi kuasa sekiranya anda gagal berbuat demikian. * Anda dinasihatkan untuk TIDAK menggunakan tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau nombor telefon anda sebagai nombor PIN. Penyata Bulanan Anda mesti menyemak penyata bulanan anda dengan teliti dan serta-merta. Sebarang kesilapan mesti dilaporkan

kepada Bank serta-merta kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan anda kehilangan hak untuk mempertikaikan kesilapan tersebut. 4. Apakah bayaran lain yang perlu saya bayar? Yuran dan Caj Yuran Tahunan Perihalan Kad Utama Percuma Sepanjang Hayat Kad Tambahan Percuma Sepanjang Hayat Yuran Pendahuluan Tunai Yuran Penggantian Kad 5% daripada pengeluaran tunai atau RM10 yang mana lebih tinggi akan dikenakan bagi amaun yang dikeluarkan. Penggantian Kad untuk kali pertama adalah percuma. Caj penggantian Kad untuk kali yang kedua dan seterusnya adalah RM50 untuk setiap Kad. Yuran untuk Permintaan Draf Jualan Draf Jualan Asal RM15 setiap satu salinan Salinan Fotokopi Draf Jualan RM5 setiap satu salinan Yuran Penyata Kad Tambahan Tukaran Bagi Transaksi Luar Negara RM5 bagi setiap penyata bulanan. Transaksi yang dilakukan di luar Malaysia akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia pada tarikh transaksi diterima dan/atau diproses. Kadar pertukaran mungkin berbeza daripada kadar harian transaksi kerana turun naik pasaran. Kadar tukaran adalah berdasarkan kadar yang ditentukan oleh Visa International/MasterCard Worldwide ditambah kos pentadbiran sebanyak 1% serta termasuk sebarang yuran transaksi yang dikenakan oleh Visa International/MasterCard Worldwide. Lain-lain Yuran dan Caj Akan dikenakan oleh BSN dari semasa ke semasa bagi semua perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan kepada Pemegang Kad. * Semua Yuran dan Caj yang dikenakan ke atas Akaun Kad Kredit anda kecuali Caj Bayaran Lewat dan Caj Kewangan untuk transaksi runcit/pendahuluan tunai adalah tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6% berkuatkuasa 1 April 2015. 5. Apakah implikasi sekiranya saya gagal melaksanakan tanggungjawab saya? Caj Bayaran Lewat 1% daripada jumlah baki tertunggak pada tarikh penyata, tertakluk kepada minimum RM10 dan maksimum RM75. Hak Untuk Tolakan Pihak Bank berhak untuk menolak mana-mana baki kredit di dalam lain-lain akaun anda yang dibuka dengan pihak Bank terhadap mana-mana baki tertunggak di dalam akaun Kad ini dengan memberi notis tujuh (7) hari kalendar terlebih dahulu. Tanggungan untuk transaksi yang tidak diberi kuasa Anda akan bertanggungan untuk semua transaksi yang menggunakan Kad jika anda bertindak menipu atau gagal memberitahu pihak Bank secepat mungkin selepas mengetahui bahawa Kad telah hilang atau dicuri. Walau apa pun, tanggungan anda untuk transaksi yang tidak diberi kuasa disebabkan kehilangan atau kecurian Kad adalah RM250.00 untuk setiap Kad sekiranya anda tidak:- (i) bertindak menipu; atau (ii) gagal memberitahu pihak Bank secepat mungkin selepas mengetahui bahawa Kad telah hilang atau dicuri. Penggantungan atau penamatan Kad Jika anda gagal membayar balik atau melanggar mana-mana terma dan syarat penggunaan Kad, kami boleh menggantung atau menamatkan Kad dan boleh membuat keputusan untuk tidak menyambung keahlian Kad walaupun selepas anda menjelaskan sebarang tunggakan akaun. Jika anda menggunakan Kad untuk sebarang tujuan tidak sah atau dengan cara yang tidak dibenarkan (contohnya, untuk tujuan berjudi dalam talian, kegiatan haram, membenarkan orang lain menggunakan Kad, dan lain-lain) kami boleh menamatkan Kad anda. 6. Bagaimana sekiranya saya melangsaikan sepenuhnya baki sebelum tempoh matang? (Untuk Pelan Pindahan Baki dan Pelan Pembayaran Mudah)

Anda perlu membayar semua jumlah Baki dan Faedah yang tertunggak. Tiada sebarang caj penalti dikenakan. 7. Apakah risiko utama? Jika anda membuat bayaran minimum sahaja pada setiap masa, tempoh pembayaran balik akan lebih lama dan jumlah tertunggak akan bertambah. Berfikirlah tentang kemampuan anda untuk membayar semasa anda menggunakan Kad. Caj kewangan yang dikenakan ke atas baki belum dijelaskan bagi Kad adalah berasaskan struktur penetapan harga berperingkat mengikut rekod pembayaran anda. Sekiranya anda menggunakan Kad untuk membayar pembiayaan lain, ianya akan menambahkan kos anda. Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan baki Kad, hubungi pihak Bank dengan segera untuk perbincangan lanjut. Penzahiran nombor PIN atau maklumat berkenaan Kad kepada pihak ketiga dan juga apa-apa liabiliti bagi kerugian yang disebabkan oleh kecuaian anda boleh mendatangkan risiko dan boleh mengakibatkan Kad anda disalahgunakan. Jika Kad anda hilang atau dicuri, sila maklumkan kepada pihak Bank dengan serta-merta, jika tidak, anda akan bertanggungjawab untuk membayar semua caj yang dikenakan ke atas Kad anda yang hilang / dicuri. 8. Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan maklumat peribadi saya? Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kepada Bank dengan kadar segera jika terdapat perubahan pada maklumat peribadi bagi memastikan semua urusan surat-menyurat anda diterima tepat pada masanya. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi di mana-mana cawangan kami atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1300-88-1900. 9. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan dan maklumat lanjut? Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Kad Kredit, sila rujuk kepada maklumat perbankan Kad Kredit di www.bankinginfo.com.my. Secara alternatif, anda boleh melawat laman sesawang kami di www.mybsn.com.my Jika anda mempunyai masalah untuk membuat pembayaran balik, anda harus menghubungi kami secepat mungkin untuk membincangkan alternatif pembayaran balik. Anda boleh menghubungi kami di: Bahagian Perniagaan Kad, Bank Simpanan Nasional, Alamat: Tingkat Bawah, Blok A 117 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur Tel: 1300-88-1900 Faks: 603-2688 0888 Emel: customercare@bsn.com.my Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan percuma mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit dan penstrukturan semula pinjaman untuk individu. Anda boleh menghubungi AKPK di: Alamat: Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur Tel: 1-800-88-2575 Emel: enquiry@akpk.org.my Jika pertanyaan atau aduan anda tidak di selesaikan dengan memuaskan oleh kami, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di: Alamat: Block D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur Tel: 1-300-88-5465 Faks: 03-2174 1515 Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my 10. Lain-lain produk Kad Kredit

Kad Kredit BSN Platinum Visa/MasterCard Kad Kredit BSN Emas Visa/MasterCard Kad Kredit BSN Visa Klasik/MasterCard Standard Kad Kredit BSN 1 TeachersCard MasterCard NOTIS PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP ANDA JIKA ANDA TIDAK MEMBUAT BAYARAN BALIK BAKI KAD KREDIT ANDA. Maklumat yang terkandung di dalam Penyata Penzahiran Produk ini adalah sah mulai 01/07/2015.