ANALISA KEWANGAN TABUNG HAJI 2009 2015 oleh Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan 9 Februari 2016
RINGKASAN ANALISA 1. Analisa kedudukan kewangan Tabung Haji ini dibuat berdasarkan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 sehingga 31 Disember 2014 yang boleh dimuatturun di http://www.tabunghaji.gov.my/laporan-tahunan-th 2. Angka-angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 diunjurkan berdasarkan pengumuman Tabung Haji pada 4 Februari 2016 mengenai keuntungan bersih dan kadar bonus, serta berdasarkan angka-angka di dalam penyata kewangan diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 sehingga 31 Disember 2014. 3. Unjuran angka-angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 dibuat menggunakan kaedah analytical review (semakan analisa) seperti yang diterangkan di dalam Bahagian 1. 4. Perkara-perkara penting mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji yang terkini hasil dari analisa ini adalah seperti berikut: i. Kedudukan rizab Tabung Haji diunjurkan terus negatif bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 iaitu dua tahun berturut-turut rizab Tabung Haji mengalami defisit. Ini selaras dengan peringatan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia. Rizab yang negatif bermakna Tabung Haji tidak berkeupayaan memulangkan semua simpanan pendeposit Tabung Haji jika ia dituntut serentak oleh pendeposit (dihuraikan di dalam Bahagian 3). ii. Keuntungan RM3.53 bilion yang diumumkan oleh Datuk Seri Jamil Khir pada 4 Februari 2016 lalu tidak mengambil kira kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti yang dipegang Tabung Haji sebagai pelaburan. Memandangkan prestasi Bursa Kuala Lumpur jatuh mendadak sepanjang tahun 2015, unjuran kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti diunjurkan boleh mencecah sehingga RM3.14 bilion. Jika kerugian akibat kejatuhan harga saham mencecah paras tersebut, ia boleh menghapuskan Mukasurat 1 dari 15 termasuk lampiran
keuntungan yang diumumkan oleh Datuk Seri Jamil Khir (dihuraikan di dalam Bahagian 2). iii. Tabung Haji bernasib baik kerana jumlah simpanan baru setiap tahun mengatasi jumlah pengeluaran deposit. Malah, jumlah bersih simpanan (simpanan baru tolak pengeluaran) adalah secara puratanya dua kali ganda lebih tinggi dari keuntungan yang dijana oleh Tabung Haji lalu memberi banyak ruang kepadanya menguruskan pelaburan dengan lebih selesa. iv. Tabung Haji membayar bonus melebihi keuntungan yang dijana pada tahuntahun 2012 dan 2014. Bonus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 (yang dibayar pada awal 2013) besar kemungkinan bermotifkan pilihanraya. Bonus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014 (yang dibayar pada awal 2015) disyaki berlatar belakangkan krisis 1MDB bila mana pihak berkuasa perlu meyakinkan rakyat bahawa masalah kewangan 1MDB tidak mempunyai kesan kepada pasaran kewangan tempatan. 5. Analisa kedudukan kewangan Tabung Haji bagi 2009 hingga 2015 ini menunjukkan bahawa pengumuman bonus tahunan 5% dan bonus haji 3% baru-baru ini tidak bermakna kedudukan kewangan Tabung Haji adalah sihat jika diukur kepada rizabnya yang diunjurkan terus negatif. 6. Mengambil kira beberapa pelaburan berisiko tinggi dan prestasi beberapa syarikat bersekutu yang kurang memberangsangkan, Tabung Haji terus berhadapan dengan risiko kewangan sekiranya pendeposit mula hilang keyakinan dan mula mengeluarkan simpanan secara beramai-ramai. 7. Analisa mengenai pelaburan-pelaburan berisiko yang dibuat oleh Tabung Haji sejak tahun 2006 akan dikeluarkan secara berasingan dari semasa ke semasa. Mukasurat 2 dari 15 termasuk lampiran
BAHAGIAN 1: KAEDAH UNJURAN 1. Angka-angka penting yang diperlukan untuk membuat unjuran kedudukan kewangan Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 adalah seperti berikut: i. Jumlah simpanan pendeposit di akhir tahun. Ia dikira dengan menggunakan jumlah bonus (diumumkan Tabung Haji) dan jumlah simpanan baru bersih sepanjang tahun (dianggarkan seperti diterangkan di bawah). ii. Jumlah kerugian akibat kejatuhan harga saham dan sekuriti yang dipegang Tabung Haji sebagai pelaburan. Jumlah ini dipanggil perubahan nilai saksama (change in fair value) dan dianggarkan seperti yang diterangkan di bawah. 2. Kaedah menganggarkan jumlah pendeposit di akhir tahun ditunjukkan di dalam Lampiran B iaitu analisa pergerakan dana di dalam kumpulan wang simpanan pendeposit, seperti berikut: i. (Rujuk Lampiran B) Berdasarkan jumlah simpanan bersih baru pendeposit bagi tahun 2009 hingga 2014 yang boleh diperolehi dari penyata kewangan yang diaudit, tentukan kadar purata tahunan pertumbuhan jumlah simpanan bersih baru pendeposit. Kadar purata yang dikira adalah 22.64% (iaitu jumlah simpanan bersih baru pendeposit meningkat sebanyak 22.64% setiap tahun dari 2009 hingga 2014). ii. Kadar 22.64% ini digunakan untuk mengunjurkan jumlah simpanan bersih baru pendeposit bagi tahun 2015 adalah RM6.624 bilion. iii. Jumlah ini dicampurkan kepada jumlah simpanan terkumpul di awal tahun yang diperolehi dari penyata kewangan yang diaudit untuk memberikan jumlah pendeposit di akhir tahun. Mukasurat 3 dari 15 termasuk lampiran
3. Kaedah menganggarkan perubahan nilai saksama (change in fair value) yang melambangkan kejatuhan nilai saham dan sekuriti yang dipegang Tabung Haji ditunjukkan di dalam Lampiran C seperti berikut: i. (Rujuk Lampiran C) Berdasarkan penyata kewangan yang diaudit bagi 2009 hingga 2014, tentukan kadar tahunan jumlah simpanan di akhir tahun yang dilaburkan sebagai sekuriti tersedia untuk dijual (securities available for sale). Gunakan kadar purata tahunan dari 2009 hingga 2014 untuk menganggarkan jumlah yang dilaburkan sebagai sekuriti tersedia untuk dijual dalam tahun 2015, iaitu RM31.439 bilion. ii. Bandingkan perubahan nilai saksama (change in fair value) setiap tahun dari penyata kewangan yang diaudit dengan jumlah sekuriti tersedia untuk dijual. Tentukan kadar perubahan nilai saksama iaitu (perubahan nilai saksama)/sekuriti tersedia untuk dijual. Ini akan memberikan satu set angka % yang memberi gambaran kadar turun naik harga saham/sekuriti yang dicapai oleh Tabung Haji pada tahun itu. iii. Dapatkan prestasi pasaran saham di Bursa Kuala Lumpur dari tahun 2009 hingga 2015 (seperti di bawah dari FT.com). Bandingkan prestasi pasaran saham itu dengan kadar turun naik harga saham/sekuriti seperti di dalam (ii). Mukasurat 4 dari 15 termasuk lampiran
iv. Perbandingan ini menunjukkan bahawa prestasi pelaburan Tabung Haji tidak pernah lebih baik dari prestasi Bursa Kuala Lumpur. Contoh dalam tahun 2011, ketika prestasi Bursa Kuala Lumpur secara purata tahun itu naik 0.87%, anggaran perubahan nilai saksama seperti di dalam (ii) menunjukkan nilai saham-saham yang dipegang Tabung Haji jatuh (5.76%). Berdasarkan perbandingan ini, saya andaikan bahawa % perubahan nilai saksama bagi tahun 2015 ialah jatuh 10% iaitu 5% lebih buruk dari prestasi Bursa Kuala Lumpur. v. Berdasarkan kadar kejatuhan nilai saham sebanyak 10% seperti di dalam (iv), jumlah perubahan nilai saksama kini boleh dikira iaitu kejatuhan nilai saham pegangan Tabung Haji sebanyak RM3.144 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015. 4. Dengan angka-angka ini, analisa kedudukan kewangan Tabung Haji bagi 2009 hingga 2015 kini dapat dibuat. Mukasurat 5 dari 15 termasuk lampiran
BAHAGIAN 2: ANALISA PENYATA PENDAPATAN 1. Lampiran A menunjukkan analisa penyata pendapatan Tabung Haji bagi tahun 2009 hingga 2014 (diaudit) dan unjuran bagi tahun 2015. 2. Perkara-perkara penting dari analisa ini adalah seperti berikut: i. Keuntungan bersih sebanyak RM3.53 bilion seperti yang diumumkan Datuk Seri Jamil Khir tidak mengambil kira kerugian akibat kejatuhan harga sahamsaham yang dipegang Tabung Haji berdasarkan Dasar Perakaunan Penting (Significant Accounting Policies) yang diamalkan oleh Tabung Haji (rujuk mukasurat 245, Laporan Tahunan Tabung Haji 2014 mengenai dasar perakaunan bagi sekuriti tersedia untuk dijual ). ii. Ini berbeza dengan amalan biasa syarikat korporat yang mengamalkan dasar perakaunan bahawa kejatuhan nilai saham direkodkan terus di dalam penyata pendapatan supaya ia lebih menggambarkan nilai sebenar saham yang dipegang. iii. Memandangkan perniagaan Tabung Haji adalah melaburkan simpanan pendeposit di dalam saham dan sekuriti untuk mendapat untung, keuntungan bersih yang tidak mengambil kira kerugian akibat kejatuhan harga saham/sekuriti sudah tentu tidak menggambarkan kedudukan kewangan yang sebenar. iv. Penyata kewangan yang diaudit mempunyai baris-baris seterusnya selepas keuntungan bersih untuk menunjukkan kesan kejatuhan harga saham/sekuriti ke atas keuntungan syarikat. Perkara ini disebut sebagai Pendapatan Komprehensif di dalam penyata kewangan yang diaudit. v. Lampiran C menunjukkan bagaimana pendapatan komprehensif (iaitu keuntungan setelah ditolak kerugian akibat kejatuhan harga saham) bagi tahun Mukasurat 6 dari 15 termasuk lampiran
2014 yang telah diaudit adalah jauh lebih rendah iaitu RM537 juta berbanding keuntungan yang diumumkan iaitu RM2.979 bilion. vi. Begitu juga bagi tahun 2015 walaupun Datuk Seri Jamil Khir mengumumkan keuntungan RM3.53 bilion yang kononnya tertinggi di dalam sejarah, pendapatan komprehensif (yang lebih tepat menggambarkan kedudukan kewangan Tabung Haji) diunjurkan lebih rendah iaitu RM386 juta mengambil kira unjuran kerugian akibat kejatuhan harga saham yang dipegang Tabung Haji sebanyak RM3.144 bilion. vii. Jumlah keuntungan adalah berkadar langsung dengan jumlah simpanan pendeposit yang bertambah setiap tahun. Walaupun Datuk Seri Jamil Khir mengumumkan bahawa keuntungan RM3.53 bilion bagi tahun 2015 itu adalah tertinggi, ia adalah kerana jumlah simpanan pendeposit yang dilaburkan oleh Tabung Haji bagi tahun 2015 telah mencecah RM64 bilion (unjuran) berbanding RM54 bilion bagi tahun 2014. viii. Jika dilihat kepada prestasi keuntungan tahun semasa berbanding jumlah simpanan pendeposit, kadar keuntungan yang dicapai bagi 2015 adalah sama dengan kadar keuntungan bagi 2014 iaitu sekitar pulangan 5.8% ke atas setiap RM1 yang dilaburkan (walaupun jumlah keuntungan lebih besar bagi 2015). Mukasurat 7 dari 15 termasuk lampiran
BAHAGIAN 3: ANALISA RIZAB DAN KEUPAYAAN TABUNG HAJI MEMBAYAR BALIK PENDEPOSIT 1. Lampiran D menunjukkan analisa dana dan kedudukan rizab bagi menentukan keupayaan Tabung Haji membayar balik pendeposit sekiranya pendeposit mengeluarkan simpanan serentak bagi tahun 2009 hingga 2014 (diaudit) dan unjuran bagi 2015. 2. Lampiran F menunjukkan pengesahan (reconciliation) angka-angka di dalam Lampiran D dengan angka-angka yang telah diaudit bagi tahun 2009 hingga 2014 dan unjuran bagi 2015. 3. Perkara-perkara penting dari analisa ini adalah seperti berikut: i. Tabung Haji telah mencatatkan rizab negatif (atau defisit) bagi tahun kewangan 2014 yang diaudit. Rizab negatif yang berjumlah RM351 juta ini bermakna jika semua pendeposit Tabung Haji mengeluarkan simpanan di akhir tahun 2014 (yang berjumlah RM51.12 bilion), Tabung Haji kekurangan RM351 juta untuk membayar kembali simpanan kerana keseluruhan dana terkumpulnya hanya berjumlah RM50.769 bilion. Dana terkumpul RM50.769 ini telah pula dilaburkan di dalam bentuk saham, sekuriti, anak syarikat dan lain-lain. ii. Tabung Haji diunjurkan terus mencatatkan rizab negatif yang lebih besar bagi tahun kewangan 2015 iaitu boleh mencecah RM3.195 bilion defisit sekiranya kejatuhan harga saham yang dipegang Tabung Haji menyebabkan kerugian berjumlah RM3.144 bilion. iii. Lampiran E menunjukkan simulasi rizab Tabung Haji bergantung kepada kadar kejatuhan harga saham yang dipegang Tabung Haji dalam tahun 2015. Kalau pun Tabung Haji berjaya menguruskan portfolio pelaburannya dengan bijak Mukasurat 8 dari 15 termasuk lampiran
sehingga tidak mengalami kerugian (sedangkan keseluruhan Bursa Kuala Lumpur secara puratanya mengalami kejatuhan dalam tahun 2015) iaitu kejatuhan 0% nilai saham, rizab Tabung Haji bagi tahun 2015 tetap negatif iaitu RM51 juta (kerana rizab bagi 2014 adalah negatif dan sebahagian besar keuntungan dalam tahun 2015 diagihkan sebagai bonus). iv. Dari Lampiran E boleh dilihat bahawa rizab Tabung Haji diunjurkan boleh mencapai sehingga RM3 bilion defisit dalam tahun 2015 (pada kadar kejatuhan nilai saham pegangan Tabung Haji sebanyak 10%) mengambil kira prestasi portfolio sekuriti Tabung Haji yang diunjurkan lebih buruk berbanding prestasi purata Bursa Kuala Lumpur (iaitu sekitar 3% - 5% lebih buruk dari prestasi purata Bursa Kuala Lumpur). v. Tabung Haji telah membayar bonus pada kadar yang lebih tinggi dari keuntungan bagi tahun 2012 dan 2014. Bagi tahun 2013, Tabung Haji telah menggunakan kesemua keuntungannya untuk membayar bonus. Bagi tahun 2014, Tabung Haji telah membayar bonus yang melebihi dari keuntungan yang dijana pada tahun itu dan pada ketika pendapatan komprehensif adalah jauh lebih rendah kerana mengalami kerugian akibat kejatuhan harga saham sebanyak RM2.424 bilion. vi. Keadaan yang sama diunjurkan berlaku dalam tahun 2015 kerana bonus RM3.23 bilion yang diumumkan adalah jauh lebih tinggi dari pendapatan komprehensif bagi tahun 2015 iaitu RM386 juta sahaja. vii. Amalan-amalan sebegini menyebabkan Tabung Haji mengalami rizab negatif dalam tahun 2014 dan diunjurkan mencatatkan rizab negatif yang berganda lebih tinggi dalam tahun 2015. Perkara inilah yang ditegur oleh Bank Negara Malaysia dan perlu dipantau supaya satu bentuk tatakelola pelaburan yang lebih baik dilaksanakan bagi mengelakkan pelaburan-pelaburan tidak munasabah dan merugikan. Mukasurat 9 dari 15 termasuk lampiran
LAMPIRAN A ANALISA PENYATA PENDAPATAN TABUNG HAJI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2009 HINGGA 31 DISEMBER 2015 TABUNG HAJI (TANPA ANAK SYARIKAT DAN SYARIKAT BERSEKUTU) 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 UNJURAN (dalam RM '000) (1) Keuntungan tahun semasa 1,119,796 1,497,167 1,688,624 2,145,860 2,633,793 2,978,968 3,530,000 Pendapatan komprehensif lain: (2) Urusniaga yang mungkin akan dimasukkan dalam Penyata Pendapatan Bahagian keuntungan/(kerugian) syarikat bersekutu - - - - - - - Bahagian keuntungan/(kerugian) syarikat usahasama - - - - - - - Perubahan nilai saksama (fair value) saham pegangan yang sedia terjual - 709,721 (905,627) 1,784,199 597,057 (2,423,892) (3,143,914) Jumlah dipindahkan ke rizab - - - - - - - Untung/(rugi) akibat perubahan kadar matawang operasi luar negara - - - - - - - - 709,721 (905,627) 1,784,199 597,057 (2,423,892) (3,143,914) (3) Urusniaga yang tidak akan dimasukkan dalam Penyata Pendapatan 6,140 1,000 10,650 10,846 358 (18,374) - Jumlah pendapatan komprehensif lain [ (2) + (3) ] 6,140 710,721 (894,977) 1,795,045 597,415 (2,442,266) (3,143,914) (4) Jumlah pendapatan komprehensif bersih [ (1) + (3) ] 1,125,936 2,207,888 793,647 3,940,905 3,231,208 536,702 386,086
LAMPIRAN B PERGERAKAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PENDEPOSIT TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2009 HINGGA 31 DISEMBER 2015 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 UNJURAN (dalam RM '000) Jumlah simpanan terkumpul (termasuk bonus yang tidak dikeluarkan) pendeposit di awal tahun 20,576,321 23,590,433 27,114,551 31,694,409 38,284,221 45,719,459 54,357,750 Simpanan baru bersih pendeposit sepanjang tahun (simpanan tolak pengeluaran) 1,947,050 2,191,678 2,902,010 4,131,966 4,803,330 5,401,095 6,623,903 Bonus tahunan/haji tahun semasa yang diisytiharkan 1,067,062 1,332,440 1,677,848 2,457,846 2,631,908 3,237,196 3,230,000 Jumlah simpanan terkumpul (termasuk bonus yang tidak dikeluarkan) pendeposit di akhir tahun 23,590,433 27,114,551 31,694,409 38,284,221 45,719,459 54,357,750 64,211,653 % pertumbuhan tahunan purata simpanan baru bersih pendeposit 22.64%
LAMPIRAN C UNJURAN PERUBAHAN NILAI SAKSAMA (FAIR VALUE) SAHAM TABUNG HAJI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2015 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 UNJURAN (dalam RM '000) Jumlah simpanan terkumpul (termasuk bonus yang tidak dikeluarkan) pendeposit di akhir tahun 23,590,433 27,114,551 31,694,409 38,284,221 45,719,459 54,357,750 64,211,653 Kelas Aset Terdedah Kepada Perubahan Nilai Saksama Sekuriti tersedia untuk dijual (securities available for sale) 11,553,375 13,503,161 15,730,632 19,052,183 20,666,894 27,393,144 31,439,144 % pelaburan sekuriti tersedia untuk dijual/jumlah simpanan terkumpul pendeposit 49.0% 49.8% 49.6% 49.8% 45.2% 50.4% 49.0% Sekuriti dipegang sehingga matang (securities held for maturity) 587,420 657,420 657,420 2,400,000 4,498,837 5,596,231 6,464,597 % pelaburan sekuriti dipegang sehingga matang/jumlah simpanan terkumpul pendeposit 2.5% 2.4% 2.1% 6.3% 9.8% 10.3% 10.1% Pendapatan Dari Kelas Aset Terdedah Kepada Perubahan Nilai Saksama Dividen 313,269 395,241 564,144 549,957 484,755 653,188 749,665 % pulangan dividen dari pelaburan sekuriti tersedia untuk dijual 2.7% 2.9% 3.6% 2.9% 2.3% 2.4% 2.4% Untung/rugi dari jual beli saham 822,015 826,071 634,551 575,197 921,322 821,645 193,903 % pulangan untung dari pelaburan sekuriti tersedia untuk dijual 7.1% 6.1% 4.0% 3.0% 4.5% 3.0% 3.0% Perubahan nilai saksama (fair value) saham pegangan yang sedia terjual yang disatukan di dalam Pendapatan Komprehensif - 709,721 (905,627) 1,784,199 597,057 (2,423,892) (3,143,914) Purata perubahan Indeks Komposit Bursa Malaysia (disiarkan FT.com) 10.20% 0.87% 10.57% 8.40% -4.47% -5.15% % perubahan nilai saksama diunjurkan berdasarkan sekuriti tersedia untuk dijual 5.26% -5.76% 9.36% 2.89% -8.85% -10.00%
LAMPIRAN D ANALISA DANA PENDEPOSIT DAN RIZAB TABUNG HAJI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2009 HINGGA 31 DISEMBER 2015 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 UNJURAN (dalam RM '000) Jumlah simpanan terkumpul (termasuk bonus yang tidak dikeluarkan) pendeposit di awal tahun 20,576,321 23,590,433 27,114,551 31,694,409 38,284,221 45,719,459 54,357,750 Tambah: Simpanan baru bersih pendeposit sepanjang tahun (simpanan tolak pengeluaran) 1,947,050 2,191,678 2,902,010 4,131,966 4,803,330 5,401,095 6,623,903 Jumlah simpanan terkumpul pendeposit di akhir tahun 22,523,371 25,782,111 30,016,561 35,826,375 43,087,551 51,120,554 60,981,653 Tambah/Tolak: Hasil pelaburan & operasi Tabung Haji Rizab untung/(rugi) hasil pelaburan di awal tahun 448,294 703,064 884,341 895,117 583,131 575,391 292,704 Perubahan nilai rizab-rizab lain yang disatukan di dalam rizab untung/(rugi) - - - - (9,625) (24,459) - Untung tahun semasa 1,119,796 1,497,167 1,688,624 2,145,860 2,633,793 2,978,968 3,530,000 Jumlah rizab yang boleh diagihkan sebagai bonus tahunan/haji 1,568,090 2,200,231 2,572,965 3,040,977 3,207,299 3,529,900 3,822,704 Rizab (bukan tunai) tidak boleh agih di awal tahun 179,243 (445,217) 306,564 (553,889) 1,257,942 1,874,143 (644,167) Perubahan nilai saksama (fair value) saham pegangan yang sedia terjual bagi tahun semasa - 709,721 (905,627) 1,784,199 597,057 (2,423,892) (3,143,914) Perubahan rizab lain yang tidak disatukan dengan rizab untung/(rugi) 4,531 42,060 45,174 27,632 19,144 (94,418) - Jumlah rizab (bukan tunai) tidak boleh agih di akhir tahun 183,774 306,564 (553,889) 1,257,942 1,874,143 (644,167) (3,788,081) Jumlah rizab hasil pelaburan & operasi yang ditambah kepada simpanan terkumpul pendeposit 1,751,864 2,506,795 2,019,076 4,298,919 5,081,442 2,885,733 34,623 Jumlah simpanan terkumpul pendeposit & rizab hasil pelaburan & operasi Tabung Haji 24,275,235 28,288,906 32,035,637 40,125,294 48,168,993 54,006,287 61,016,275 di akhir tahun sebelum bonus tahunan/haji Tolak: Bayaran bonus tahunan (semua pendeposit) (2,140,554) (2,409,015) (2,988,053) Bayaran bonus haji (pendeposit yang belum menunaikan haji) (317,292) (222,893) (249,143) (1,067,062) (1,332,440) (1,677,848) (2,457,846) (2,631,908) (3,237,196) (3,230,000) Baki jumlah simpanan terkumpul pendeposit & rizab hasil pelaburan & operasi Tabung Haji di akhir tahun selepas bonus tahunan/haji 23,208,173 26,956,466 30,357,789 37,667,448 45,537,085 50,769,091 57,786,275 Jumlah simpanan terkumpul pendeposit yang perlu dipulangkan jika dikeluarkan pendeposit di akhir tahun 22,523,371 25,782,111 30,016,561 35,826,375 43,087,551 51,120,554 60,981,653 Lebihan/(Defisit) dana yang ada/(diperlukan) Tabung Haji untuk memulangkan simpanan pendeposit jika dikeluarkan pendeposit di akhir tahun 684,802 1,174,355 341,228 1,841,073 2,449,534 (351,463) (3,195,377)
LAMPIRAN E SIMULASI KEDUDUKAN DEFISIT RIZAB MENGIKUT PERUBAHAN NILAI SAKSAMA (FAIR VALUE) TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2015 % Kejatuhan nilai saksama saham TH Perubahan nilai saksama yang disatukan di dalam Pendapatan Komprehensif RM '000 Nilai rizab negatif/ Defisit untuk memulangkan simpanan 0% - (51,463) 1% (314,391) (365,854) 2% (628,783) (680,246) 3% (943,174) (994,637) 4% (1,257,565) (1,309,028) 5% (1,571,956) (1,623,419) 6% (1,886,347) (1,937,810) 7% (2,200,738) (2,252,201) 8% (2,515,129) (2,566,592) 9% (2,829,520) (2,880,983) 10% (3,143,911) (3,195,374)
LAMPIRAN F PENGESAHAN (RECONCILIATION) DI ANTARA ANALISA DANA PENDEPOSIT/RIZAB DENGAN PENYATA KEWANGAN TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2009 HINGGA 31 DISEMBER 2015 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 UNJURAN (dalam RM '000) Jumlah simpanan terkumpul pendeposit di akhir tahun (seperti di dalam Analisa Dana/Rizab) 22,523,371 25,782,111 30,016,561 35,826,375 43,087,551 51,120,554 60,981,653 Tambah: Bonus tahunan/haji tahun semasa terkumpul di dalam kumpulan simpanan wang deposit 1,067,062 1,332,440 1,677,848 2,457,846 2,631,908 3,237,196 3,230,000 Jumlah kumpulan simpanan wang deposit (seperti di dalam Penyata Kewangan) 23,590,433 27,114,551 31,694,409 38,284,221 45,719,459 54,357,750 64,211,653 Tambah/Tolak: Jumlah rizab boleh diagihkan dari keuntungan semasa dan keuntungan terkumpul 1,568,090 2,200,231 2,572,965 3,040,977 3,207,299 3,529,900 3,822,704 Tolak: Bonus tahunan/haji tahun semasa diagihkan dari rizab (1,067,062) (1,332,440) (1,677,848) (2,457,846) (2,631,908) (3,237,196) (3,230,000) 501,028 867,791 895,117 583,131 575,391 292,704 592,704 Jumlah rizab tidak boleh diagihkan dari perubahan nilai saksama dan rizab bukan tunai lain 183,774 306,564 (553,889) 1,257,942 1,874,143 (644,167) (3,788,081) Rizab (seperti di dalam Penyata Kewangan) 684,802 1,174,355 341,228 1,841,073 2,449,534 (351,463) (3,195,377) Jumlah dana pendeposit Tabung Haji (seperti di dalam Penyata Kewangan) 24,275,235 28,288,906 32,035,637 40,125,294 48,168,993 54,006,287 61,016,275