PERMOHONAN HARTA TAJUK: PUSAKA KECIL TANGGUNGJAWAB WARIS DAN PERANAN PENGHULU

dokumen-dokumen yang mirip
ii) Harta Tak Alih/Tanah dan harta alih seperti wang tunai, saham,kwsp,asn,asb, dan sebagainya; dan 1. TUJUAN 1.1 Tujuan buku ini diterbitkan ialah:-

BULETIN KUMPULAN HAL EHWAL PESERTA

FARAID ILMU YANG DILUPAKAN

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Tambahan pula, bagi pemegang polisi yang bukan beragama Islam, suatu amanah akan diwujudkan untuk penama di bawah keadaan-keadaan berikut:

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

1. Perkhidmatan yang ditawarkan :

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PADA HARIBULAN 20

UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI PKNS 2013

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Pengambilan balik pinjaman yang melampaui tempoh

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD ATURAN-ATURAN PINJAMAN PERIBADI (AL-BAI AINAH)

oleh Dato Abdul Hamid bin Hj. Mohamad Hakim, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Tuan Pengerusi, Dato -Dato, Tuan-Tuan yang saya hormati sekalian,

POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA

Harta-harta Hibah adalah tabung unit amanah ASNB yang dihibahkan oleh Pemberi Hibah pada masa hayat melalui Suratikatan Hibah Amanah:

BAB 5 PENUTUP. Mahar merupakan harta berharga dan bermanfaat yang wajib diberikan oleh suami

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN BALING KEDAH BERHAD. Aturan-Aturan Pinjaman Khas

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

UNDANG-UNDANG TUBUH BADAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-FAIZIN DESA JAYA-TAMAN EHSAN BAGI

Baki 2/3 daripada aset akan diagihkan kepada waris Faraid anda mengikut perkadaran Faraid.

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

PERLEMBAGAAN BADAN KHAIRAT KELANA JAYA, SELANGOR

PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU TAHUN 2017

BORANG SOALAN KESELAMATAN. Dokumen ini adalah harta Kerajaan. Ia hendaklah dianggap SULIT dalam semua peringkat. Kepada...

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

SYARAT-SYARAT JUALAN

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undangundang Kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran.

Rekod permohonan, siasatan, tindakan dan keputusan Lembaga berhubung dengan kumpulan wang hendaklah disenggara oleh setiausaha.

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

Pada amnya anda mungkin perlu berjumpa peguam untuk:

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO /2012 SAMAN PEMULA NO TAHUN 2010

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

BAHAGIAN I PERMULAAN. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil Koperasi Tenaga Nasional Berhad.

SEMINAR PERBANDINGAN ANTARA AKTA PERLINDUNGAN SAKSI 2009 (AKTA 696) DENGAN AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

GARIS PANDUAN BERKENAAN PERMOHONAN UNTUK MEMBELI HARTA TAK ALIH ( IMMOVABLE PROPERTY

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

Sila rujuk senarai semakan pengemukaan Borang CKHT 1A sebelum mengisi borang ini.

ULASAN KES HARTA SEPENCARIAN EMBUN BIN AWANG LWN MELAH TEH DAN TIGA YANG LAIN JH 42(1) 1437H

PERISYTIHARAN JUALAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN 0701AUC

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

Pengenalan. Apakah Pelan Takaful Pendidikan Anak? Konsep Takaful dalam Pelan Takaful Pendidikan Anak

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR SAMAN PEMULA NO PELAKSANAAN NO

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

UNIVERSITI MALAYA (PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA) KUALA LUMPUR PERJANJIAN PERKHIDMATAN. Perjanjian Ini Dibuat pada haribulan tahun CONTOH

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

Tarikh akhir pengemukaan Borang CKHT 1A : 60 hari selepas tarikh pelupusan harta tanah.

Bantuan Guaman (Pindaan) 1 D.R. 25/2017 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n a m a. Suatu Akta untuk meminda Akta Bantuan Guaman 1971.

GARIS PANDUAN MENGENAI PEROLEHAN HARTANAH OLEH KEPENTINGAN TEMPATAN DAN ASING

PERISYTIHARAN JUALAN

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Anda boleh menyertai takaful empunya rumah atau takaful isi rumah atau kedua-duanya sekali.

BADAN KHAIRAT KEMATIAN KARIAH SURAU AT-TAQWA BUKIT BANDARAYA, SEKSYEN U11, SHAH ALAM, SELANGOR

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971

ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) /1999. BETA PERKENANKAN, TENGKU IDRIS SHAH IBNI SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL-HAJ, Pemangku Raja Selangor

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

1.1 Nama penuh : No. anggota : No. K/P :. 1.4 Alamat rumah : No. tel rumah : 1.6 No. H/P :.

Umur Persaraan Minimum 1 D.R. 26/2012 RANG UNDANG-UNDANG UMUR PERSARAAN MINIMUM 2012

PERJANJIAN PENGAJIAN ANTARA DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT DAN PERJANJIAN BERTARIKH :

UNDANG-UNDANG MALAYSIA. Akta 502 AKTA KOPERASI 1993

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

PERISYTIHARAN JUALAN

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

Undang-Undang Malaysia

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

PERISYTIHARAN JUALAN PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN PTKS/Q/123/2015

ATURAN-ATURAN MODAL SYER. Aturan-aturan ini adalah dinamakan Aturan-aturan Modal Syer Koperasi.

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

D.R. 13/2008 RANG UNDANG-UNDANG IDENTIFIKASI ASID DEOKSIRIBONUKLEIK (DNA) 2008 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN 1 PERMULAAN

Permohonan Untuk Melantik/Melantik Semula Anggota Lembaga Koperasi

BORANG PERMOHONAN PENENTUSAHAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BAGI PELANTIKAN ATAU PELANTIKAN SEMULA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI

Soalan-Soalan Lazim Mengenai Yuran Majlis Peguam

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

PERJANJIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN GURU ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN ZURAIDA HAMSIAH BINTI MOHAMED NASIR

PERISYTIHARAN JUALAN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG SAMAN PEMULA NO PERMOHONAN UNTUK PELAKSANAAN NO.

FAQ PEKELILING PENTADBIRAN UMP BIL. 6 TAHUN 2017 KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR BERHAD ATURAN-ATURAN PINJAMAN/KEMUDAHAN BARANGAN PENGGUNA (AL BAI ' U BITHAMAN AAJIL)

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

Tatacara memohon bantuan Program Membaikpulih Rumah Veteran 1 Malaysia (NBOS 7)

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

Transkripsi:

PERMOHONAN HARTA TAJUK: PUSAKA KECIL TANGGUNGJAWAB WARIS DAN PERANAN PENGHULU 1. Pendahuluan Kelewatan memohon untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka setelah berlaku kematian pemilik harta (simati) adalah satu fenomena biasa yang berlaku dalam masyarakat kita. Banyak kes-kes yang tidak diberi perhatian sewajarnya oleh para waris dan tidak diselesaikan segera walaupun kematian itu telah berlaku beberapa tahun. Ada kes-kes tertentu yang memakan masa puluhan tahun untuk diselesaikan, malah ada juga kes-kes kematian yang berlaku sebelum zaman pendudukan Jepun masih belum diselesaikan. Anggota masyarakat kita nampaknya memandang remeh tentang penyelesaian dan pembahagian harta pusaka ini. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa penangguhan dalam pembahagian itu sebenarnya mengundang risiko yang sangat besar dari segi hukum dan undangundang. 2. Pentadbiran Harta Pusaka Di Malaysia Terdapat 3 undang-undang yang menetapkan cara dan peraturan pentadbiran harta pusaka di Malaysia: Akta Probate dan Pentadbiran 1959 (Akta No. 97) Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil 1955 (Akta No. 98) Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995 (Akta No. 532) 1

Berdasarkan undang-undang tersebut, agihan bidangkuasa pembahagian pusaka dikendalikan oleh 3 agensi:? AMANAH RAYA BERHAD (pusaka ringkas) Mengendalikan harta simati yang hanya meninggalkan harta alih sahaja dan nilainya tidak melebihi RM 600,000. Contohnya: wang simpanan di bank, BSN, ASB, Tabung Haji, kereta, motosikal, saham, dividen dan sebagainya.? PEJABAT TANAH / UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA (pusaka kecil) Mengendalikan harta simati yang meninggalkan harta tak alih (tanah) sahaja atau harta tanah beserta dengan harta alih seperti duit simpanan di bank dan sebagainya dan nilainya tidak melebihi RM 600,000 Contohnya: simati meninggalkan 2 bidang tanah sahaja atau meninggalkan 2 bidang tanah dan duit simpanan ditabung Haji.? MAHKAMAH TINGGI (pusaka besar) Mengendalikan harta simati yang meninggalkan sama ada harta tak alih (tanah) atau harta alih yang nilainya melebihi RM 600,000 atau harta berwasiat (bagi bukan Islam) walaupun nilainya kurang daripada RM 600,000 2

Bagi maksud kertas kerja ini, penerangan adalah ditumpukan kepada pembahagian pusaka mengikut Akta Pembahagian Pusaka Kecil, 1955 3 Apakah Harta Pusaka Kecil 3.1 Definisi Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati yang mempunyai ciri-ciri berikut: Simati tidak meninggalkan wasiat (di bawah Akta Wasiat 1959) Harta itu terdiri daripada : Harta tak alih (tanah) dan lain-lain harta alih jika ada seperti wang simpanan, KWSP, ASB, saham dan sebagainya Jumlah nilai kesemua harta itu tidak melebihi RM 600,000. Sekiranya harta tersebut bernilai lebih daripada RM 600,000.00 atau tidak mengandungi harta tak alih atau mempunyai wasiat, maka bukanlah ia pusaka kecil dan hendaklah diselesaikan oleh Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi. 3.2 Ciri-ciri Istimewa Pembahagian Harta Pusaka Kecil Di antara cirri-ciri istimewa dalam pembahagian harta pusaka kecil ialah: Borang permohonan (Borang A) boleh didapati di tiap-tiap Unit Pembahagian Pusaka atau Pejabat Tanah dengan percuma. 3

Perbicaraan boleh diadakan di Balai Raya / Penghulu / Dewan Orang Ramai yang berhampiran dengan tanah peninggalan simati. Perkhidmatan peguam tidak diperlukan. Sekiranya tidak dapat menghadiri perbicaraan pada tarikh yang ditetapkan, waris berkenaan boleh kemukakan borang persetujuan. Penyerahan / penerimaan hak / bahagian sesama waris boleh dibuat semasa perbicaraan dan tidak dikenakan apa-apa bayaran. Pembahagian dibuat secara terus kepada waris simati (direct transmition) dan surat kusa tadbir hanya diberi dalam keadaan tertentu. Kos penyelesaian paling rendah. Permohonan RM 10.00. Selesai RM 10.00 dan tambahan RM 2.00 bagi tiap satu salinan perintah pembahagian. 3.3 Cara Membuat Permohonan Setiap permohonan untuk pembahagian harta pusaka kecil hendaklah dibuat dalam borang khas iaitu Borang A. Permohonan mestilah disertakan dengan: o Bukti kematian: Sijil kematian / permit menguburkan atau Surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan (bagi kematian semasa pendudukan Jepun/ sebelumnya); atau 4

Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi bagi kematian tanpa kubur atau orang hilang. o Salinan photostate kad pengenalan / sijil kelahiran semua waris o Salinan hak milik atau Perakuan Carian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati. o Salinan dokumen harta-harta alih, seperti salinan sijil saham, salinan buku simpanan, salinan penyata KWSP dan sebagainya (jika ada). 3.4 Siapakah Yang Layak Memohon Seksyen 8 (1) Akta Pembahagian Pusaka Kecil memperuntukkan pihak-pihak yang boleh membuat permohonan, iaitu: i. Salah seorang daripada waris-waris simati yang berhak menerima pusaka seperti suami, isteri, anak lelaki, anak perempuan, ibu, bapa dan sebagainya termasuk Majlis Agama Islam (Baitulmal). ii. Pemberi hutang (creditor) termasuk pemegang gadaian / pemegang pajakan dan pengkaveat. iii. Pembeli (pembelian melalui surat perjanjian yang sah dengan simati) iv. Amanah Raya Berhad v. Penghulu / Pegawai Petempatan 5

3.5 Perbicaraan Semua waris dan mana-mana orang yang berkepentingan atas harta pusaka itu bertanggungjawab untuk hadir di dalam perbicaran tersebut Sekiranya ada di antara waris yang tidak dapat hadir, pastikan waris yang tidak hadir itu menandatangani surat persetujuan yang menyatakan cara pembahagian yang dikehendakki. Ini bagi mengelakkan kes tersebut tertangguh atau tidak dapat diselesaikan. 3.6 Pembahagian Mengikut faraid Pembahagian sama rata / sama banyak Takharuj dengan balasan Takharuj tanpa balasan Pembahagian mengikut pakatan / persetujuan 1. Sebab Mengapa Pembahagian Pusaka Tidak Disegerakan Berdasarkan pengalaman dan kajian yang telah dijalankan di kalangan waris-waris, di antara faktor-faktor yang menyebabkan pembahagian pusaka tidak disegerakan ialah: 4.1 Salah Tanggapan Sebahagian dari masyarakat beranggapan bahawa adalah tidak wajar membahagikan harta pusaka terlalu awal, kononnya tanah kubur masih merah. Jika terdapat salah seorang waris yang menyarankan agar pembahagian dan penyelesaian harta itu dibuat dengan segera, biasanya dia akan dipandang serong oleh waris-waris yang lain, dituduh sebagai 6

tidak beradab, tidak menghormati simati dan sebagainya. Untuk mengelakkan perkara ini, akhirnya semua waris mengambil sikap berdiam diri dan menanti-nanti bilakah perkara itu akan diselesaikan dan siapakah yang patut memulakannya. Anak sulung yang selalunya menjadi tumpuan hanya berdiam diri. Penantian ini kadangkala memakan masa yang lama sehingga bertahun-tahun. Ini adalah satu tanggapan yang salah dan bertentangan dengan syarak kerana pembahagian pusaka perlu disegerakan supaya dapat ditentukan hak waris-waris. 4.2 Terlalu Bersopan Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat bersopan santun yang tinggi nilainya. Mereka amat berhati-hati agar tidak dikatakan orang sesuatu yang tidak baik terhadap mereka. Dalam kes penyelesaian harta pusaka ini umpamanya, masing-masing takut untuk bersuara, bertanyakan tentang harta pusaka nanti akan dituduh berkehendakkan harta, tamakkan harta. Justeru itu masing-masing membiarkan harta pusaka tersebut sehingga sekian lama tanpa menyelesaikannya. Dengan bersifat demikian, mereka telah mengabaikan tanggungjawab mereka untuk membahagikan pusaka, sekaligus mereka juga telah mengabaikan tuntutan agama supaya menyegerakan pembahagian pusaka. Dengan ini bermakna mereka telah mengenepikan agama semata-mata kerana adat bersopan santun yang bukan pada tempatnya. 4.3 Tiada pengetahuan dan maklumat Kekurangan pengetahuan dan maklumatini boleh ditafsirkan kepada dua maksud. 7

Pertama, waris-waris tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang proses pembahagian harta pusaka sama ada dari segi hukum atau undang-undang. Mereka tidak tahu apakah yang harus mereka lakukan, ke mana dan kepada siapa harus dikemukakan perkara tersebut. Kedua, mereka tidak tahu tentang risiko dan implikasi dari tindakan mereka menangguh-nangguhkan pembahagian harta pusaka. Mereka menganggap tidak ada apa-apa kesan dari segi hukum mahupun undangundang. Akibatnya, pusaka itu dibiarkan begitu sahaja tanpa disegerakan penyelesaiannya. 4.4 Sikap Tidak Apa / Tidak Prihatin Sebahagian daripada masyarakat pula menganggap bahawa tugas menyelesai harta pusaka ini merupakan satu tugas yang remeh temeh. Mereka mengambil sikap endah tak endah (adamant attitude) dan menganggap bahawa menangguhkan penyelesaian harta pusaka ini tidak mendatangkan sebarang kesan, baik dari segi hukum atau undang-undang. Mereka tidak prihatin terhadap tuntutan agama yang menuntut mereka agar menyegerakan pembahagian pusaka. Sebab itulah kadangkala harta pusaka itu dibiarkan sehingga begitu lama tidak diselesaikan. Mereka hanya mahu menyelesaikannya apabila sesuatu yang menguntungkan bakal menemui mereka, misalnya apabila harta tersebut hendak dijual, digadai atau diambil balik oleh kerajaan dan mendapat wang pampasan. 8

Selalunya keadaan demikian berlaku keatas hartanah. Mereka tidak mempunyai rasa tanggung jawab untuk menyelesaikannya, kerana tanah tidak ke mana. Selagi tidak terdesak selagi itulah tanah tersebut dibiarkan. Ada di antara mereka yang tinggal di luar daerah atau negeri enggan untuk pulang menyelesaikan pusaka dengan alasan tidak ada masa, tidak memadai kerana harta sedikit dan berbagai alasan lagi. Sedangkan apabila dibuat kenduri kahwin misalnya mereka boleh pulang meraikannya. 4.5 Pertelingkahan Di Kalangan Waris-waris Pertelingkahan sesama waris juga merupakan salah satu sebab mengapa harta pusaka dibiarkan dan tidak diselesaikan dengan segera. Pertelingkahan mungkin wujud sebelum berlaku kematian dan berlarutan. Apabila berlaku kematian, waris-waris yang bertelingkah itu tidak dapat bersua muka di antara satu sama lain apatah lagi bertanya khabar tentang harta pusaka atau berbincang mengenainya. Pertelingkahan mungkin juga wujud selepas kematian. Mungkin ada di antara waris-waris yang tidak puas hati di dalam sesuatu perkara semasa pengurusan jenazah misalnya atau ada yang sengaja untuk cuba menguasai atau membolot harta-harta simati untuk kepentingan dirinya sendiri. Ini berlaku akibat dari rasa tamak dan haloba dan kadangkala sayangkan harta itu supaya tidak jatuh ketangan orang lain. Akibatnya harta pusaka tidak dibahagi dan dibiarkan. 9

4.6 Tidak Puas Hati Dengan Sikap Simati Ini salah satu sebab yang juga menyumbang kepada kelewatan penyelesaian harta pusaka tetapi kurang diberikan perhatian. Ada kes yang berlaku, di mana waris-waris tidak puas hati dengan sikap simati semasa hayatnya yang tidak berlaku adil terhadap anak-anaknya. Ada anak yang diberi layanan dan perhatian baik dan ada yang sebaliknya. Ada juga anak yang telah diberi hibbah (pemberian semasa hidup) dan ada yang tidak diberi, atau diberi tetapi secara tidak adil, dan berbagai perkara lagi. Halhal seumpama ini juga akan menyebabkan sebahagian waris merasa jauh hati dan tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada penyelesaian harta pusaka itu. 4.7 Tidak Mahu Harta Berpindah Kepada Orang Lain Mengikut satu kajian yang dilakukan oleh seorang Pegawai Pembahagian Pusaka yang membuat ijazah sarjana mendapati, 81% daripada wariswaris yang disoal siasat mempunyai hubungan yang baik dengan waris yang lain, dan tidak mempunyai apa-apa masalah yang boleh mengakibatkan berlakunya kelewatan permohonan untuk menuntut pusaka, tetapi apabila disoal siasat beliau mendapati sikap pemohon itu sendiri yang menyebabkan berlakunya kelewatan di mana ada di kalangan mereka yang tidak mahu menyusahkan diri, berasa selesa dengan keadaan semasa. Mereka ini adalah di kalangan orang yang mendudukki tanah pusaka atas nama simati. Mereka menjadi berat hati dan takut untuk memohon pusaka kerana takut tanah yang didudukki mereka akan dituntut oleh waris-waris lain. Oleh yang demikian untuk mengelakkan wujudnya hubungan tidak mesra di antara waris, maka lebih elok tanah tersebut kekal dengan nama simati. 10

4.8 Menaruh Harapan Kepada Anak Sulung Kajian juga mendapati seramai 55% daripada waris yang disoal mengakui dan bersetuju bahawa mereka mengharapkan waris yang tertua (anak sulung) yang akan membuat tuntutan harta pusaka. Waris lain hanya tunggu dan lihat. Oleh kerana anak sulung tidak mengambil apa-apa tindakan, berlakulah kelewatan dalam permohonan pusaka. 5. Implikasi dari Kelewatan Penyelesaian Kelewatan penyelesaian pembahagian harta puisaka ini sebenarnya mengundang banyak masalah dan implikasinya sama ada dari segi hukum mahu pun undang-undang. Implikasi dari segi hukum 1. Terdedah kepada perlanggaran hukum a. Termakan harta secara batil b. Termakan harta anak yatim 2. Tidak menunaikan hak-hak simati a. Hutang simati tidak dijelaskan dengan segera b. Wasiat tidak dilaksanakan dengan segera 3. Bilangan waris makin bertambah ramai akibat kematian berlapis 4. Pembahagian yang salah akibat lupa keterangan sebenar Implikasi dari segi undang-undang, ekonomi dan sosial 1. Harta terbiar dan tidak terurus 2. Urusniaga hartanah tidak dapat dijalankan 3. Wang pampasan pengambilan balik tanah tidak dapat dibayar kepada waris-waris 11

4. Berbangkit isu pemilikan beramai-ramai keatas hartanah 5. Kehilangan dokumen penting seperti surat mati, surat perjanjian dan sebagainya 6. Menyulitkan proses perbicaraan pembahagian pusaka. 6. Tanggungjawab waris Menyelesaikan Pembahagian Harta Pusaka Semua waris adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan harta pusaka dengan secepat mungkin. Bukan sekadar membuat permohonan untuk membahagikan harta pusaka di Pejabat Pembahagian Pusaka, tetapi mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyelesaikan pembahagian dengan sebaik mungkin, iaitu dengan cara: 1. Membuat permohonan untuk membahagikan harta pusaka secepat mungkin 2. Mengadakan perbincangan terutamanya berkaitan cara pembahgian yang akan dipersetujui. 3. Bertolak ansur / prihatin / bertimbang rasa dan hidupkan semangat kekeluargaan. 4. Menghadiri perbicaraan. Jika tidak dapat hadir, boleh tanda tangan surat persetujuan. 5. Mengambil tahu semua harta pusaka dan apa-apa yang berkaitan dengannya, seperti hutang, wasiat dan sebagainya 6. Bekerjasama demi untuk menyelesaikan harta pusaka ini dengan sebaik mungkin. 12

7. Peranan Penghulu. Penghulu adalah salah satu daripada golongan pemimpin masyarakat yang sangat rapat dengan waris-waris. Penghulu yang bertanggungjawab terhadap anak mukimnya akan sentiasa peka dengan sebarang masalah yang dihadapi oleh mereka dan tidak ketinggalan di dalam masalah harta pusaka. Telah banyak tindakan yang diambil oleh penghulu-penghulu dalam menangani masalah ini di mukim masing-masing, tetapi masih ramai waris yang belum menyelesaikan harta pusaka. Di antara peranan yang boleh dimainkan oleh penghulu di dalam membantu waris-waris menyelesaikan pusaka di antaranya: o Memberi khidmat nasihat kepada waris o membantu mengisi borang permohonan o membantu penyelesaian / perbincangan o menganjurkan program penerangan dan klinik pusaka 8. Kesimpulan dan Penutup. Prosedur pembahagian harta pusaka kecil sebenarnya ringkas dan murah, dengan hanya mengisi borang A dan jumlah bayaran serendah RM 22.00. Namun begitu masih ramai di kalangan waris-waris yang belum menyelesaikan harta pusaka. Waris-waris seharusnya bersama bertanggungjawab menyelesaikan pusaka sebaik mungkin demi untuk menjamin kesejahteraan institusi keluarga dan kesinambinan keturunan pemilik harta. Untuk menyemarakkan lagi semangat waris-waris kearah penyelesaian pusaka, penghulu perlu memainkan peranan Sebenarnya penyelesaian harta pusaka adalah tanggungjawab semua waris-waris. Bagaimana pun waris-waris perlulah memilih salah seorang 13

di antara mereka sebagai ketua yang akan bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan dengan penyelesaian dan pembahagian harta pusaka di peringkat keluarga dan juga pejabat. Ketua yang dipilih sebaik-baiknya diutamakan anak sulung sebagai pengganti orang tua. Tetapi sekiranya anak sulung tidak berupaya kerana uzur, tinggal jauh, tiada kemampuan dan sebagainya, tugas sebagai ketua bolehlah dipindahkan kepada sesiapa sahaja di kalangan waris-waris yang mempunyai kemampuan untuk menguruskannya tanpa mengira status sama ada lelaki atau perempuan, bahkan isteri, ibu atau bapa juga boleh menguruskan penyelesaian pembahagian pusaka ini. Adalah diharapkan seminar ini akan dapat merumuskan satu jalan penyelesaian yang berkesan keatas kelewatan permohonan pembahagian harta pusaka, dengan hasrat dapat melahirkan waris-waris yang bertanggungjawab dan prihatin di dalam urusan pembahagian pusaka. Sekian terima kasih. Disediakan oleh: Wan Abdul Halim b in W Harun Ketua Penolong Pengarah Unit Pembahagian Pusaka Negeri Perak. Tarikh: 7.3.2005 14