BELASUNGKAWA. Pendeta Dr. Muhammad Ariff Ahmad. Hadijah Rahmat

dokumen-dokumen yang mirip
Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

Biodata. Dahlia Janan PhD

Siri Ceramah ARIF BUDIMAN. Prof Dr Mahsun Prof Dr Arndt Graf Datuk Al azhar Prof Dr tatiana Denisova

Ulasan Buku/Book Review

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Sekolah Menengah)

Anugerah Persuratan 2017

DASAR BAHAN NADIR 1. LATAR BELAKANG 2. SKOP 3. MISI

BAHASA MELAYU MODEN - SUMBANGAN TOKOH & PERTUBUHAN

PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH

Nur Hafiza Osman (Fiza O)

Anugerah Persuratan 2015

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

01 Yang manakah penyataan yang benar tentang perancangan korpus bahasa Melayu?

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015 PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2015 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

AhmAd JelAni halimi ishak saat 2010

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

Tetamu terhormat, Dr. Yaacob Ibrahim Menteri Penerangan, Perhubungan & Kesenian merangkap Menteri Bertanggungjawab Atas Ehwal Masyarakat Islam

PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

SULIT 1249/2 NAMA PELAJAR LOGO SEKOLAH NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016 TINGKATAN 5. SEJARAH KERTAS 2 Dua jam tiga puluh minit

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 PERLEMBAGAAN UNIVERSITI MALAYA 1997 KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH DOKTOR FALSAFAH) 2007

IKLAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERGIGIAN

ANUGERAH AHLI AKADEMIK HARAPAN UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

Haji Sulaiman bin Kaiat, Ketua Bahagian Sistem Maklumat dan Puan Kamariah binti Abu Samah, Ketua Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka

BELASUNGKAWA. Tenas Effendy (Tengku Nasaruddin Said Effendy) Hadijah Rahmat

ANUGERAH KEPIMPINAN AKADEMIK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

MAKLUMAT UMUM IKLAN DAN PERMOHONAN JENIS PROGRAM PROGRAM PENGAJIAN

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

LAMPIRAN A SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

KOLEKSI BAHAN BACAAN BUKU FIKSYEN

UCAPAN YBHG DATUK IR (DR) ABDUL RAHIM BIN HJ HASHIM NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS

Puan Rosa Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Seni Kebangsaan. Profesor Madya Hadijah Rahmat, Pengerusi, Jawatankuasa Anugerah Persuratan

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

GARIS PANDUAN PENCALONAN

KAPS-16 Kod Amalan Penyeliaan Jarak Jauh SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH (SPS)

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2013 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

BANGI, 15 Mac 2013 Sebarang usaha untuk menghuraikan nahu yang hendak dijadikan pegangan Bahasa Melayu mestilah yang mudah difahami masyarakat.

BAB 5 PENUTUP. objektif kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1 pada awal kajian. Pertama;

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH FARMASI KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

Cerpen Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca. Norazlina Abdul Jalil

PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU

Jelani Harun Pengulas: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, USM, Pulau Pinang, Malaysia.

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN WAJIB STAF UTeM

Jilid 13 Bil. 2 Disember 2013 ISSN: KK:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

1 February 2018 SEMUA KETUA JABATAN SEMUA AHLI AKADEMIK MEREKA YANG BERKENAAN

GARIS PANDUAN INSENTIF KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

AMALAN BAHASA MELAYU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN KEDAH KAMPUS SUNGAI PETANI

ANALISIS KERJAYA DIRI

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

Dapatkan Skema di

BAB I PENGENALAN. Sejarah pendidikan bahasa Arab di Malaysia telah mula semenjak awal abad ke-19

SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI FEM3313

BAB 1 PENGENALAN. pembentukan kata dalam akhbar harian bahasa Tamil. Seterusnya, pernyataan masalah,

Bil 07/2010 Edisi JULAI

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH

1249/2 SEJARAH Kertas 2 September 2½ jam

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

KENYATAAN AKHBAR. oleh Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA. tentang

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

HADIAH KEWARTAWANAN MALAYSIA MPI-PETRONAS 2017

JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

DASAR PENERBITAN JURNAL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PEKELILING PENGURUSAN BIL.10 TAHUN 2015 SKIM FELO INDUSTRI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Kumpulan Pelaksana Pengawal Keselamatan KP11 10

BAB SATU PENGENALAN. Bab pertama mengandungi perkara-perkara asas yang perlu ada dalam setiap kajian

ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL UiTM 2016 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2006

Garis Panduan PENERBITAN. Institut Pengurusan Penyelidikan

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

Abstrak. Sebagai Wahana Memupuk Minat Membaca

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

Isu-Isu Terpilih Dalam Sejarah Politik Dan Perjuangan

PENGARAH (GRED 54) Taraf Jawatan : Tetap Gaji : RM6, RM13, (tidak termasuk imbuhan/elaun) Kekosongan : 1

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

TAJUK PROJEK: MEMPERKASAKAN ILMU METODOLOGI KEJURULATIHAN TAHAP ASAS DAN TAHAP PERTENGAHAN BAGI JURULATIH DAN GURU SUKAN DI MAJLIS AMANAH RAKYAT

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

DASAR PEMBELIAN BAHAN DAN JUMLAH NASKAH. Buku biasa/umum 1 3 naskah bagi buku biasa/umum.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SIKAP MASYARAKAT TERHADAP TEROMBA SRI QAMARIAH BINTI MOHD SAMSIR. Ijazah Sarjana Bahasa Gunaan. Akademi Pengajian Bahasa

ISU PENDATANG TANPA IZIN : PERANAN MEDIA TERHADAP KESEDARAN, PENGETAHUAN DAN SIKAP DI KALANGAN MASYARAKAT DI MALAYSIA

Transkripsi:

BELASUNGKAWA Pendeta Dr. Muhammad Ariff Ahmad Hadijah Rahmat hadijah.rahmat@nie.edu.sg Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura. PERMATA NILAM MELAYU Tokoh persuratan tersohor Nusantara, Pendeta Dr. Haji Muhammad Ariff Ahmad atau nama penanya MAS telah meninggal dunia di Singapura pada usia 91 tahun pada 23 Mac 2016. Pemergian tokoh yang disayangi masyarakat ini amat mendukacitakan bangsa dan Alam Melayu, umumnya dan negara Singapura, khususnya. Almarhum Pendeta Dr. Muhammad Ariff Ahmad atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ariff adalah sebagai nara sumber atau tokoh yang sering dirujuk untuk mendapatkan penjelasan tentang pelbagai perkara, khususnya dalam hal yang berkaitan dengan bahasa dan budaya. Malah, almarhum dianggap sebagai kamus bergerak kerana keahlian almarhum memberikan maklumat dan penjelasan, serta menjawab masalah yang dikemukakan kepadanya secara spontan dan tuntas. Almarhum merupakan tokoh bahasa, sastera dan budaya Melayu yang tidak asing lagi di Nusantara, umumnya dan di Singapura, khususnya. Ramai yang sudah membaca hasil penanya yang tidak pernah kering sejak almarhum mula menulis dari tahun 1936 ketika berusia 12 tahun. Sejak awal penulisannya hingga akhir hayatnya, selama lebih kurang 80 tahun usia kepengarangannya, almarhum tidak henti-henti menulis. Almarhum amat gigih menulis dalam bidang bahasa, sastera, budaya, agama dan sosial. Karya almarhum tersiar dalam pelbagai media cetak, serta radio dan televisyen. Tinta pena MAS sentiasa aktif menitis seperti air sungai mengalir yang tiada hentinya, mengairi bumi tanah air dan Nusantara yang kekeringan, serta dahaga akan siraman sejuk budaya dan sentuhan ilmu, khususnya dari zaman selepas Perang Dunia Kedua, zaman 1950-an hinggalah zaman kemerdekaan daripada penjajahan British dan zaman awal pembangunan Singapura setelah berpisah dari 300

ulasan buku Malaysia. Karya almarhum amat penting dikumpulkan dan dikaji kerana tulisannya merakamkan perkembangan jiwa Melayu baharu dan semangat zaman pascapenjajah yang penting untuk pembangunan orang Melayu di Nusantara, umumnya dan Singapura, khususnya. Lembaga Perpustakaan Negara Singapura telah menerbitkan Bibliografi Muhammad Ariff Ahmad (Juffri, 2012) yang menghimpunkan hasil karya almarhum dan penerbitan tentang almarhum, termasuklah buku, majalah dan juga artikel yang ditulis dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Dalam pengenalan buku bibliografi itu, sumbangan almarhum diibaratkan sebagai Sungai budaya yang terus-menerus mengalir jernih (Juffri, 2012:6). Pendidikan dan Kerjaya Almarhum dilahirkan pada 6 Disember 1924 di Singapura. Almarhum pernah belajar di Sekolah Melayu Tanglin Besar (1933 1937), Sekolah Melayu Tanglin Tinggi (1938 1940), Syonan Nippon Gakuen + Sihan Gakko (1943) dan Maktab Perguruan Sultan Idris, Malaya (1946 1949). Almarhum memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (calon persendirian) (1965), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (calon persendirian) (1966), dan Sijil Perguruan SITC, Tanjung Malim, Malaya (1949). Selepas mengajar beberapa tahun, almarhum dilantik sebagai pensyarah di Maktab Latihan Perguruan (TTC) di Paterson Road, Singapura pada tahun 1959 sehinggalah bersara pada tahun 1979. Namun, khidmat kepakarannya diteruskan sebagai editor majalah MEKAR, Kementerian Pendidikan Singapura (1979 1981); editor majalah WARITA, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) (1977 1988); penulis khas Pelajaran Agama Islam (IRK), CDIS, Kementerian Pendidikan Singapura (1983 1987); dan penulis khas ruangan Bahasa dan Budaya Melayu, Nilai Melayu dan Serambi Warisan dalam akhbar Berita Harian Singapura hingga akhir hayatnya. Sumbangan dalam Gerakan Persuratan Melayu Almarhum Pendeta Dr. Muhammad Ariff berperanan sebagai pencetus gagasan penubuhan persatuan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). Pertemuan pertama 19 orang penulis yang menjadi pengasas ASAS 50 merupakan hasil usaha almarhum yang berlangsung di rumahnya di 24H Herdersen Road, Singapura pada 6 Ogos 1950. Almarhum menerajui ASAS 50 sebagai Setiausaha 1 (1950 1981), Penasihat (1982 1993) dan Ketua 1 (1994 2001), serta menjadi anggota seumur hidup. 301

MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 9 BIL.2 2016 Bahasa Jiwa Bangsa Almarhum Pendeta Dr. Muhammad Ariff merupakan salah seorang penggerak utama Kongres Persuratan Melayu se-malaya pertama di Singapura pada tahun 1952, yang kedua di Seremban pada tahun 1954 dan ketiga di Johor Bahru dan Singapura pada tahun 1956. Almarhum ialah Setiausaha Panitia Kongres Persuratan Melayu se-malaya (1951 1953) dan Penolong Setiausaha Lembaga Tetap Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Malaya (1956 1957). Malah moto Bahasa Jiwa Bangsa yang popular hingga hari ini merupakan hasil saranan almarhum yang dicetuskan dan dipilih dalam Kongres Persuratan Melayu Ketiga. Karya MAS Almarhum menulis dalam genre bahasa, sastera, budaya dan agama. Selain nama pena MAS, almarhum juga dikenali dengan nama pena M. Arba (1940), P. L. Rajaudang (1940), M. Foerida (1943), Mas (1946), Mas Malaya (1947), Mas Tanjung Malim (1947), Mas Tomo (1947), S. P. 10 (1949) dan Minamoria (1984). Senarai karya almarhum amat panjang yang boleh dirujuk dalam bibliografi terbitan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) Singapura. Yang berikut adalah antara karya almarhum yang penting: Novel Sarah Pengarang Kecil (1957), Siapa Sangka (1958), Menangkap Perompak Minigang (1972), Pipi Kirinya Bercalar (1973), Mail Mau Kawin (1975) dan Syarifah (1998). Bahasa dan Kebudayaan Bahasa Negaraku (Buku Panduan Bahasa Kebangsaan 6 Siri, khas untuk pelajar bukan aliran Melayu) (1963), Bahasa Jiwa Bangsa (1990), Bicara tentang Adat dan Tradisi (1993), Memoir Muhammad Ariff Ahmad Perjalanan MAS (2003), Mari Kita Berpantun (2004), Nilam Nilai Melayu Menurut Adat (2007) dan Mutiara Bijaksana (2012). Puisi Jangan Tak Ada (1988), Sumbangsih Puisi-puisi Pilihan (2013) dan Pantun M.A.S (2016). 302

ulasan buku Setiap karya MAS sama ada untuk bacaan umum atau kanak-kanak mempunyai nilai keunikan yang tersendiri. Misalnya buku Sarah Pengarang Kecil dijadikan teks untuk subjek Bahasa Melayu untuk semua bangsa yang ingin belajar bahasa Melayu di Singapura. Buku ini amat terkenal dalam kalangan pelajar bukan Melayu. Almarhum bersama-sama Ustaz Syed Abdillah al-jufri telah menghasilkan buku teks subjek Pengetahuan Islam untuk sekolah menengah di Singapura yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Singapura pada tahun 1984 dan 1985. Buku almarhum yang berjudul NILAM Nilai Melayu Menurut Adat (2007) dianggap sebagai adikarya oleh Profesor Emeritus Dr. Hashim Musa (2013) dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Menurut almarhum, Buku ini merupakan satu khazanah korpus ilmu yang boleh dikaji dari pelbagai sudut dan bidang, misalnya kesusasteraan, kebudayaan, falsafah, linguistik, sosiologi, antropologi, dan sebagainya. Almarhum tidak syak lagi merupakan permata nilam kesinambungan daripada tokoh besar bijak pandai Melayu, antaranya Pendeta Za ba (1896 1973) yang juga merupakan permata nilam kesinambungan daripada tokoh-tokoh besar Melayu silam sepanjang zaman, misalnya Tok Kenali (1869 1933), Hamka (1908 1981), Syeikh Tahir Jalaluddin (1869 1957), Syed Syeikh al-hadi (1867 1934), Raja Ali Haji (1809 1872), Abdullah Munsyi (1796 1854), Syeikh Daud al-fatani (1740 1847), Syeikh Arshad al-banjari (1710 1812), Syeikh Abdul Samad al-falimbani (1704 1789), Syeikh Yusuf al-makassari (1627 1699), Abdul Rauf al-sinkili (1615 1673), Syeikh Nuruddin al-raniri (meninggal dunia sekitar tahun 1658) dan Hamzah al-fansuri (meninggal dunia sekitar tahun 1600). Tinta MAS Terus Mengalir Buku terakhir yang dihasilkan oleh almarhum ialah Pantun M.A.S Dari Talibun Sehingga Bercorak Dialog yang ditulis pada usia langka 91 tahun pada tahun 2016. Sejumlah 70 buah pantun yang semuanya diketik dengan telefon bimbitnya kerana keadaan tubuhnya yang uzur menyukarkannya untuk duduk menaip pada komputer peribadi. Kumpulan pantun ini membuktikan bahawa sungai tinta almarhum terus mengalir murni tanpa henti, serta mengairi lembah seni dan budaya tanah air. Semangat dan cinta almarhum kepada bangsa dan negara terus utuh, perkasa dan tidak sedikit pun diluntur usia. 303

MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 9 BIL.2 2016 Pengiktirafan Usaha rintis dan sumbangan besar memartabatkan bahasa dan sastera Melayu sejak sebelum kemerdekaan telah dihargai masyarakat bukan hanya di Singapura tetapi juga di Nusantara. Ketokohan almarhum telah diiktiraf oleh masyarakat dan negara Singapura melalui pelbagai anugerah seperti Jasawan Budaya daripada Majlis Pusat Pertubuhan Melayu Singapura (1984); Jasawan Guru daripada Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura (1987); Pingat Budaya Kesusasteraan daripada Kementerian Kebudayaan dan Pembangunan Singapura 1987; Anugerah Jasa Cemerlang daripada Majlis Ugama Islam Singapura (1991); Anugerah Tun Sri Lanang daripada Majlis Bahasa Melayu Singapura (1993); Anugerah Pendeta daripada Majlis Pusat (1999); dan Bintang Bakti Masyarakat pada Hari Kebangsaan Singapura 2000. Almarhum juga dianugerahi SEA Write Award, Thailand (1993); Anugerah Suluh Budiman UPSI (2002); dan Ijazah Doktor Kehormat Persuratan Melayu oleh UPSI (2006). Dana Endowmen Pengajian Melayu Dr. Muhammad Ariff Ahmad Universiti Teknologi Nanyang Singapura (NTU) telah mewujudkan Dana Endowmen Pengajian Melayu Dr. Muhammad Ariff (Dr. Muhammad Ariff Malay Studies Endowment) pada tahun 2012 sebagai penghormatan abadi kepada Almarhum yang telah berkhidmat dengan cemerlang sebagai pensyarah di Maktab Latihan Perguruan Singapura (TTC) (yang kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Nasional dan menjadi sebahagian daripada institusi NTU) selama 20 tahun dari 1 Jun 1959 hingga 9 September 1979. Pembentukan dana almarhum di NTU ini bertujuan membina sarjana dalam pengajian Melayu di Alam Melayu, umumnya dan di Singapura, khususnya. Tumpuan utama dana ini adalah untuk kegiatan yang membina kesarjanaan, serta melahirkan generasi baharu sebagai penggerak dan pejuang bahasa dan kebudayaan Melayu. Usaha ini juga diharap dapat meneruskan perjuangan yang diterokai oleh almarhum, serta menghidupkan semangat, jiwa dan cita-cita almarhum yang memajukan bahasa, budaya, agama dan masyarakat Melayu. Pengalaman dan Pelajaran daripada Almarhum Pendeta Saya mempunyai pengalaman peribadi dengan almarhum. Pengalaman ini istimewa dan penting kepada diri saya. Saya mengenali almarhum sejak lebih kurang 30 tahun lalu, iaitu pada tahun 1977 apabila saya menganggotai ASAS 50 yang diterajui 304

ulasan buku oleh almarhum. Semasa bertugas di National Institute Education, Singapura (NIE), almarhum diundang mengendalikan kursus sambilan tentang kebudayaan dan memberikan beberapa ceramah tentang ASAS 50 pada awal tahun 1990-an melalui kegiatan Majlis Bahasa Melayu Singapura dan Kementerian Pendidikan Singapura. Saya dapat menimba banyak pengalaman daripada almarhum. Satu perkara yang tidak pernah dan tidak akan saya lupa ialah pesanan almarhum semasa saya akan berangkat ke London bagi menyambung pengajian PhD pada tahun 1992. Selain mendoakan kejayaan saya, salah satu pesanan almarhum ialah pengajian ukhrawi jangan diabaikan dan duniawi perlu diimbangi dengan ilmu agama. Nasihat tersebut terkesan dijiwa sehingga saya berazam untuk mendalami al-quran semasa pengajian PhD di London pada tahun 1992 1995. Oleh sebab itu, saya membawa sebuah tafsir al-quran untuk diteliti bersama-sama pengajian PhD di London. Matlamat awal dwipengajian ini tidak dapat dilakukan kerana tekanan pengajian akademik, dan sebagainya. Namun, saya sentiasa ingat dan terus berusaha untuk mencapai keseimbangan ilmu hingga kini. Sebenarnya ada tiga perkara yang saya pelajari daripada almarhum selama ini. Pertama, dalam hidup, perlu ada keseimbangan ilmu dunia dan akhirat. Ilmu itu tidak semestinya digali di menara gading. Biarpun pendidikan universiti merupakan suatu yang asas dan penting tetapi belum menjamin seseorang itu menjadi seorang yang arif dan budiman, seorang pendidik, seorang pejuang bangsa dan obor aspirasi kepada masyarakat. Kedua, khidmat dan bakti kepada bangsa dan negara tidak terhenti apabila bersara. Perjuangan bahasa dan budaya merupakan perjuangan sepanjang hayat dan bukannya keperluan menyara hidup atau mengisi tuntutan perjawatan semata-mata. Berjuanglah untuk bahasa, budaya, agama dan negara yang dicintai selagi hidup. Ketiga, semangat perjuangan luar biasa almarhum kerana masih terus berbakti dalam keterbatasan fizikal hinggalah nafasnya yang terakhir. Pesanan Terakhir Almarhum Pendeta Saya mengatur dua orang guru muda untuk mewawancara almarhum untuk projek buku sambutan 50 tahun kemerdekaan Singapura, Yang Terukir. Hasilnya wawancara tersebut menghasilkan sebuah tulisan berjudul Kata Pendeta: Dr. Muhammad Ariff Ahmad tentang Bahasa dan Persuratan Melayu yang terkandung dalam buku Yang Terukir (2015:164 67). Renungilah pesanan akhir almarhum dalam wawancara tersebut: 305

MELAYU: JURNAL ANTARABANGSA DUNIA MELAYU JILID 9 BIL.2 2016 Kalau dalam soal bahasa, saya hendak supaya semua orang dapat menikmati bahasa. Kalau dia gunakan bahasa itu, dia tahu apa yang dia cakapkan. Bukan hanya macam burung Nuri - dia bertenggek, pandai bercerita sahaja. (Yang Terukir, 2015:167) Sesungguhnya, amat dalam maksud pesanan almarhum untuk masyarakat Melayu yang kini sedang menghadapi cabaran melestarikan bahasa Melayu. Ternyata amat besar jasa almarhum dalam perkembangan bahasa, sastera dan budaya Melayu. Benarlah, Almarhum Pendeta Dr. Muhammad Ariff Ahmad merupakan Permata Nilam yang bernilai bagi dunia Melayu. Kami akan mengingati pesananmu dan meneruskan perjuangan murnimu. Insya-Allah, semoga Allah menempatkanmu dalam kalangan mereka yang bertakwa, para syuhada, serta pejuang ilmu dan kebesaran-mu. Amin. RUJUKAN Hadijah Rahmat et al., 2015. Yang Terukir Bahasa dan Persuratan Melayu. Singapura: Majlis Bahasa Melayu Singapura. Hashim Musa, 2013. NILAM Penerapan Nilai Melayu dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Retrospek dan Prospek. Kertas kerja dalam Ceramah Temasik anjuran Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura. Bangunan Kelab Masyarakat Marine Parade, Singapura, 29 Jun 2013. https://www.facebook.com/cikgu-muhammad-ariff-ahmad-319712211390724/ Juffri Supa at et al., 2012. Bibliografi Muhammad Ariff Ahmad. Singapura: Lembaga Perpustakaan Negara Singapura. Muhd. Ariff Ahmad, 2003. Perjalanan MAS Memoir Muhd Ariff Ahmad. Singapura: ASAS 50. Muhd. Ariff Ahmad, 2007. NILAM Nilai Melayu Menurut Adat. Singapura: Majlis Pusat Pertubuhan Budaya Melayu Singapura. Muhammad Ariff Ahmad, 2016. Pantun MAS Dari Talibun Sehingga Bercorak Dialog. Singapura: Darul Andalus Pte. Ltd. Pusat Bahasa Melayu Singapura, 2014. Bicara Budiman Dr. Muhammad Ariff Ahmad. Singapura: Pusat Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Singapura. 306