INSURANS KEMALANGAN DIRI PENERBANGAN & PERJALANAN AFFINBANK WORLD MASTERCARD

dokumen-dokumen yang mirip
Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard.

Fasal-fasal yang dipinda

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

ARAHAN TELEKOMUNIKASI

Fasal-fasal yang dipinda

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK

Transaksi Runcit Bayaran minimum diterima sebelum atau pada tarikh tamat tempoh bayaran Bayaran minimum diterima selepas tarikh tamat tempoh bayaran

Terma & Syarat AFFINBANK World MasterCard ISI KANDUNGAN. 1.0 Takrif. 2.0 Penerimaan Kad. 3.0 Kemudahan Kad. 4.0 Penggunaan Kad. 5.

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK ISI KANDUNGAN

1. Apakah produk ini?

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Terma & Syarat Kad AFFINBANK Debit MasterCard ISI KANDUNGAN. 1. Takrif. 2. Penerimaan Kad. 3. Kemudahan Kad. 4. PIN dan Bayar. 5.

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Terma & Syarat Kad AFFINBANK Debit MasterCard ISI KANDUNGAN

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK ISI KANDUNGAN. 1.0 Takrif. 2.0 Penerimaan Kad. 3.0 Kemudahan Kad. 4.0 Penggunaan Kad

Terma & Syarat Kad Kredit AFFINBANK ISI KANDUNGAN. 1.0 Takrif. 2.0 Penerimaan Kad. 3.0 Kemudahan Kad. 4.0 Penggunaan Kad. 5.

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

Perjanjian Maybankard Platinum

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Kad Debit-i Visa Bank Islam Team Harimau

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

Kad Caj: KAD PERIBADI AMERICAN EXPRESS Jun 2012

Terma dan Syarat OCBC SME Access


2. KESAHAN MATA GANJARAN

2018 Kad UOB ONE Terma dan Syarat

Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

Kempen Isi, Leret & Menang. Terma dan Syarat

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Perlindungan Keahlian Kad Premier Terma dan Syarat

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

Program Kongsi Kemeriahan Raya: Jamu Selera & Barangan Runcit Cash Back. Terma dan Syarat

KAD UOB VISA INFINITE COMPLIMENTARY AIRPORT CAR RIDE Terma & Syarat Kad UOB VISA Infinite. Tempoh Kempen. Perbelanjaan yang layak

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015

SYNERGY CARDS SDN BHD

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

5. Di mana saya boleh menggunakan Kad Debit/-i Matrix Visa Electron BSN saya?

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT Kempen Rebat Tunai CIMB-Sunshine (16hb Mei hb Jun 2018)

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Overdraf. November 2017

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

TERMA DAN SYARAT KHUSUS BAGI DEPOSIT BERTEMPOH BERASASKAN KOMODITI MURABAHAH (Tarikh Berkuatkuasa: Oktober 2016) [Layak dilindungi oleh PIDM]

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Terma dan Syarat Kempen Mohon, Leret & Menang AFFIN ISLAMIC ( Kempen )

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

AmBank (M) Berhad Perjanjian MasterCard/VISA

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

Tarikh: Surat aku janji bertulis oleh UOB atas permintaan pemohon (anda), berpihak kepada pihak ketiga (penerima) yang menjamin pembayaran.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

TERMA DAN SYARAT PROGRAM PINDAHAN BAKI

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan Emas CIMB BANK melalui CIMB CLICKS

TERMA DAN SYARAT KAD DEBIT HONG LEONG TOUCH N GO (TNG) ZING

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

Transkripsi:

INSURANS KEMALANGAN DIRI PENERBANGAN & PERJALANAN AFFINBANK WORLD MASTERCARD 1. Ahli Kad Utama AFFINBANK World MasterCard (selepas in dirujuk sebagai Ahli Kad ) adalah dilindungi oleh Insurans Kemalangan Diri Penerbangan & Perjalanan apabila tambang penerbangan dicaj sepenuhnya kepada Kad Utama AFFINBANK World MasterCard (selepas ini dirujuk sebagai Kad ). Insurans ini ditaja jamin oleh AXA AFFIN General Insurance Berhad. 2. Orang Diinsuranskan hendaklah bermaksud Ahli Kad atau mana-mana Ahli Keluarga Ahli Kad sebagaimana yang ditakrifkan di sini: a. Ahli Kad di antara umur 21 dan 65 tahun. b. Ahli Keluarga hendaklah bermaksud, pasangan Ahli Kad yang berkahwin secara sah di sisi undang-undang dan tidak berpisah atau bercerai secara sah di sisi undang-undang daripada Ahli Kad dan belum mencapai umur 65 tahun dan anak-anak Ahli Kad yang sah di sisi undang-undang yang telah mencapai umur 1 tahun tetapi belum mencapai umur 23 tahun dan tidak bekerja dan belum berkahwin, dengan syarat bahawa kesemua anak tersebut tinggal bersama Ahli Kad dan di negara kediaman Ahli Kad. 3. Jadual Manfaat Perlindungan insurans Orang Diinsuranskan akan beroperasi hanya apabila perjalanan dibuat dalam tempoh insurans dalam penerbangan yang dijadualkan sebagai penumpang yang membayar tambang dan apabila tambang keseluruhan untuk perjalanan penerbangan berjadual itu telah dicaj terlebih dahulu kepada Kad Ahli Kad dengan pihak Bank. a. Insurans Kemalangan Diri Perjalanan Sekiranya Orang Diinsuranskan mengalami kecederaan anggota badan seperti yang ditakrifkan, AXA AFFIN General Insurance Berhad hendaklah membayar pampasan seperti berikut: Manfaat Jumlah insurans (RM) Kematian akibat kemalangan 1,000,000 Hilang kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki 1,000,000 Hilang sebelah tangan dan sebelah kaki 1,000,000 Hilang keseluruhan penglihatan kedua-dua belah mata 1,000,000 Hilang keseluruhan penglihatan sebelah mata dan sebelah tangan atau sebelah kaki 1,000,000 Hilang sebelah tangan atau sebelah kaki 500,000 Hilang keseluruhan penglihatan sebelah mata 500,000 b. Keadaan Kesulitan i. Kelewatan Penerbangan Jika penerbangan Orang Diinsuranskan yang telah ditetapkan seperti dijadualkan adalah lewat selama 4 jam atau lebih atau dibatalkan kerana mogok/tindakan industri, keadaan cuaca yang buruk atau kerosakan/kekacauan mekanikal pesawat akibat 1

daripada kecacatan mekanikal atau struktur, seperti yang telah disahkan oleh syarikat penerbangan dan tiada pengangkutan alternatif disediakan kepada Orang Diinsuranskan dalam tempoh 4 jam, AXA AFFIN General Insurance Berhad akan menanggung rugi sehingga had maksimum ganti rugi. ii. iii. iv. Orang Diinsuranskan Jumlah insurans (RM) Ahli Kad 1,000 Ahli Keluarga 2,000 Terlepas Penerbangan Bersambung Jika penerbangan bersambung berjadual yang telah ditetapkan Orang Diinsuranskan terlepas di lokasi pemindahan disebabkan ketibaan lewat masuk penerbangan berjadual yang telah ditetapkan Orang Diinsuranskan dan tiada pengangkutan alternatif berikutnya disediakan kepada Orang Diinsuranskan dalam tempoh 4 jam dari waktu ketibaan sebenar penerbangan masuk, AXA AFFIN General Insurance Berhad akan menanggung rugi perbelanjaan tambahan sebenar yang diperlukan dan munasabah yang ditanggung untuk penginapan hotel dan makanan atau minuman di restoran, sehingga had maksimum seperti yang dinyatakan di dalam jadual manfaat dengan syarat Orang Diinsuranskan hendaklah berada di lapangan terbang pada masa penerbangan bersambung berkenaan terlepas. Orang Diinsuranskan Jumlah insurans (RM) Ahli Kad 1,000 Ahli Keluarga 2,000 Kelewatan bagasi Jika bagasi penerbangan yang diiringi dan didaftar masuk oleh Orang Diinsuranskan tidak dihantar kepadanya dalam tempoh 6 jam dari waktu ketibaan sebenar Orang Diinsuranskan di lokasi destinasi yang dijadualkan menurut penerbangan berjadual, AXA AFFIN General Insurance Berhad akan menanggung rugi perbelanjaan sebenar tambahan yang diperlukan dan munasabah yang ditanggung dalam tempoh 4 hari di destinasi dijadualkan untuk pembelian kecemasan pakaian dan kemudahan asas, sehingga had maksimum seperti yang dinyatakan dalam jadual manfaat, dengan syarat bagasi tersebut telah didaftar masuk oleh pegawai pengangkutan udara yang diberi kuasa di mana Orang Diinsuranskan adalah di dalam perjalanan pada masa berlakunya kejadian tersebut. Orang Diinsuranskan Jumlah insurans (RM) Ahli Kad 1,000 Ahli Keluarga 2,000 Kehilangan bagasi Jika bagasi penerbangan yang diiringi dan didaftar masuk oleh Orang Diinsuranskan tidak dihantar kepadanya dalam tempoh 48 jam dari waktu ketibaan sebenar di lokasi destinasi yang dijadualkan menurut penerbangan berjadual, bagasi itu akan dianggap telah kekal hilang dan AXA AFFIN General Insurance Berhad akan menanggung rugi kehilangan bagasi tersebut sehingga had maksimum seperti yang dinyatakan di dalam jadual manfaat dengan syarat bagasi (termasuk pakaian dan barang peribadi) tersebut telah didaftar masuk oleh pegawai pengangkutan udara yang diberi kuasa dimana 2

Orang Diinsuranskan adalah di dalam perjalanan pada masa berlakunya kejadian tersebut. Orang Diinsuranskan Jumlah insurans (RM) Ahli Kad 2,000 Ahli Keluarga 4,000 4. Orang Diinsuranskan hanya boleh membuat satu tuntutan samaada untuk kelewatan bagasi atau kehilangan bagasi. 5. Jumlah maksimum untuk semua kerugian yang dibayar kepada suami/isteri Ahli Kad adalah terhad kepada 100% daripada jumlah manfaat seperti yang dinyatakan di bawah jadual manfaat. 6. Untuk anak-anak Ahli Kad yang sah di sisi undang-undang, jumlah faedah yang boleh dibayar adalah terhad sehingga 25% daripada jumlah manfaat. 7. Pendedahan dan kelenyapan Apabila disebabkan oleh suatu kemalangan yang dilindungi oleh polisi induk, Orang Diinsuranskan tidak dapat mengelak daripada terdedah kepada unsur-unsur semulajadi dan akibat pendedahan tersebut, mengalami kerugian di mana faedah perlu dibayar di bawah polisi ini, kerugian itu adalah dilindungi di bawah terma-terma polisi induk. Jika anggota badan Orang Diinsuranskan tidak dijumpai dalam tempoh setahun dari kelenyapan, penenggelaman atau kemusnahan pengangkutan dimana Orang Diinsuranskan berada dalam perjalanan sewaktu kemalangan tersebut, ia akan dianggap tertakluk kepada termaterma polisi induk, bahawa Orang Diinsuranskan mengalami kehilangan nyawa akibat daripada kecederaan anggota badan yang disebabkan oleh kemalangan pada masa kelenyapan, penenggelaman atau kemusnahan pengangkutan tersebut. Jika pada bila-bila masa selepas pembayaran telah dibuat oleh AXA AFFIN General Insurance Berhad untuk tuntutan itu, Orang Diinsuranskan didapati hidup, Orang Diinsuranskan hendaklah membuat bayaran balik penuh kepada AXA AFFIN General Insurance Berhad. 8. Indemniti Maksimum Indemniti maksimum untuk mana-mana kehilangan untuk setiap Orang Diinsurankan adalah tidak melebihi RM1,000,000 dan tidak melebihi amaun manfaat yang ternyata di atas. Liabiliti agregat maksimum AXA AFFIN General Insurance Berhad adalah RM20,000,000 untuk mana- mana satu kemalangan. Sekiranya kemalangan melibatkan lebih daripada satu Orang Diinsurankan dan sekiranya had tanggung rugi adalah tidak cukup untuk membayar amaun tanggung rugi sepenuhnya untuk setiap Orang Diinsurankan, amaun yang perlu dibayar untuk setiap Orang Diinsurankan akan diproratakan. 3

INSURANS KEMALANGAN DIRI AFFINBANK WORLD MASTERCARD Ahli Kad Utama AFFINBANK World MasterCard (selepas in dirujuk sebagai Ahli Kad ) adalah dilindungi oleh Insurans Kemalangan Diri sekiranya berlaku kematian atau kecederaan kepada anggota badan yang diakibatkan oleh kemalangan. 1. Orang Diinsuranskan hendaklah bermaksud Ahli Kad Utama AFFINBANK World MasterCard yang berumur 21 tahun tetapi belum mencapai umur 65 tahun. 2. Jadual Manfaat Manfaat Jumlah insurans (RM) Kematian akibat kemalangan 100,000 3. Indemniti Maksimum Liabiliti agregat maksimum AXA AFFIN General Insurance Berhad adalah tidak melebihi RM20,000,000 untuk mana-mana satu kemalangan. Sekiranya kemalangan melibatkan lebih dari satu Orang Diinsuranskan dan sekiranya had tanggung rugi tidak mencukupi untuk membayar amaun tanggung rugi sepenuhnya untuk setiap Orang Diinsurankan, amaun yang perlu dibayar untuk setiap Orang Diinsuranskan akan diproratakan. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, setiap Orang Diinsuranskan berhak kepada jumlah indemniti maksimum sebanyak RM100,000 sahaja. Fasal-fasal ini adalah ekstrak daripada dan tertakluk kepada kandungan polisi induk. Apa-apa perubahan, pindaan atau endorsan (termasuk pembatalan) polisi induk akan mengikat Ahli Kad selepas notis mencukupi diberikan oleh AXA AFFIN General Insurance Berhad. Ahli Kad hendaklah mematuhi kandungan polisi induk agar tidak menjejaskan apa-apa tuntutan di bawahnya. Tiada Ahli Kad mempunyai apa-apa hak untuk mengambil tindakan terhadap pihak Bank. 4

PERKHIDMATAN MASTERCARD GLOBAL Perkhidmatan MasterCard Global memberi bantuan 24 jam dengan laporan kehilangan dan kecurian kad, Penggantian kad kecemasan dan Pendahuluan Tunai kecemasan. Anda boleh menghubungi wakil Perkhidmatan MasterCard Global di beberapa nombor telefon bebas tol seperti yang berikut: Malaysia 1-800-804594 Japan 00531-11-3886 China 10-800-110-7309 Korea 0079-811-887-0623 France 0-800-90-1387 Australia 1-800-120-113 Germany 088-819-1040 New Zealand 088-44-9140 Guam 1-800-307-7309 Philippines 1-800-1-111-0061 Hong Kong 800-966677 Singapore 800-1100-113 Indonesia 001803-1-887-0623 Taiwan 00801-10-3400 Italy 800-870-866 Thailand 001-800-11-887-0663 Di dalam United States nombor bebas tol adalah 1800 307 7309. Sekiranya nombor telefon bebas tol negara tertentu tidak disenaraikan di atas, anda boleh menghubungi 1-636-722-7111 atau lawati www.mastercard.com/sea/consumer/emergency-services.html. Nota: Nombor-nombor kecemasan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. PERKHIDMATAN WORLD MASTERCARD CONCIERGE Perkhidmatan World MasterCard Concierge sentiasa disisi anda 24 jam sehari bagi membantu anda dengan pelbagai perkhidmatan domestik dan antarabangsa untuk kesenangan dan ketenangan fikiran. Maklumat Pra-Berlepas (perkhidmatan hotline) Pasport, visa dan imunisasi Kadar pertukaran wang asing Rujukan Kedutaan dan Konsular Maklumat am mengenai adat tempatan Maklumat am mengenai etika perniagaan Nasihat perjalanan dan maklumat adat tempatan Peraturan Tambah Nilai Cukai Perkhidmatan Pelancongan/Bantuan Peribadi Bantuan tunai kecemasan Penghantaran tunai kecemasan Bantuan jaminan kecemasan Bantuan bayaran kecemasan Rujukan undang-undang Bantuan undang-undang Bantuan interpritasi Penyampaian Segera Pesanan Bantuan bagasi 5

Perkhidmatan Kecemasan Perubatan Ketika Perjalanan Perundingan perubatan, penilaian dan cadangan perjalanan Rujukan perubatan Penghantaran doktor Penghantaran balik perubatan Pemindahan perubatan kecemasan Penghantaran pulang simati Pengangkutan ahli keluarga Perkhidamatan pengiring kanak-kanak Preskripsi pemindahan/penghantaran Perkhidmatan Perjalanan Perkhidmatan maklumat perjalanan udara Perkhidmatan tempahan perjalanan udara Maklumat perkhidmatan hotel Perkhidmatan tempahan hotel Perkhidmatan maklumat kereta sewa Perkhidmatan tempahan kereta sewa Maklumat Destinasi-Asas Maklumat Destinasi-Maju Perkhidmatan Concierge Maklumat perkhidmatan perniagaan Perkhidmatan mengatur susun perniagaan Perkhidmatan kurier Rujukan restoran Tempahan restoran Lokasi dan Penghantaran hadiah Bantuan tiket acara Barangan sukar dijumpai Rujukan padang golf Tempahan padang golf Perkhidmatan Bantuan di Bahu Jalan Perkhidmatan tunda kecemasan pembaikan kerosakan di bahu jalan Penghantaran balik kenderaan Bantuan penginapan hotel Bantuan pengangkutan alternatif Perkhidmatan Bantuan di Rumah Perkhidmatan berkaitan elektrik Bantuan paip dan sanitari Bantuan kawalan serangga/haiwan perosak Bantuan penghawa dingin Anda boleh menghubungi Perkhidmatan World MasterCard Concierge di nombor +65 6291 1311. Untuk maklumat lanjut sila lawati www.mastercard.com Nota: Perkhidmatan-perkhidmatan di atas disediakan oleh MasterCard International dan perbelanjaan bagi perkhidmatan-perkhidmatan tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh Ahli Kad. 6

Terma & Syarat AFFINBANK World MasterCard ISI KANDUNGAN 1. Takrif 2. Penerimaan Kad 3. Kemudahan Kad 4. Penggunaan Kad 5. PIN dan Bayar 6. Arahan-arahan Telekomunikasi 7. Tanggungjawab dan Liabiliti 8. Kad Tambahan 9. Akaun Kad 10. Kemudahan Kredit 11. Kewajipan Membayar 12. Tempoh Bebas Faedah untuk Transaksi Runcit 13. Caj Kewangan 14. Affin Bonus 15. Yuran dan Caj 16. Kesilapan/ Pertikaian dan Pemberitahuan 17. Pengecualian Liabiliti 18. Hak-hak Terlibat 19. Transaksi Luar Negara 20. Penamatan 21. Lain-lain PERJANJIAN AHLI KAD Ahli Kad dengan tidak boleh dibatalkan dan tanpa syarat, bersetuju terhadap terma-terma dan syarat-syarat berikut sebagai balasan di atas persetujuan Affin Bank Berhad (25046-T) (selepas ini dirujuk sebagai 'pihak Bank') untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Bank kepada Ahli Kad (Ahli Kad hendaklah bermaksud pemegang kad AFFINBANK World MasterCard pihak Bank). Adalah penting bagi Ahli Kad untuk membaca dengan teliti dan memahami terma dan syarat di bawah sebelum menggunakan Kad. 1. TAKRIF Perkataan-perkataan dan fasal-fasal yang dirujuk di bawah di dalam Perjanjian Ahli Kad ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Perjanjian ini") membawa maksud seperti berikut: 1.1. "Saudagar Berkuasa" hendaklah bermaksud mana-mana peruncit atau lain-lain orang, firma ataupun perbadanan yang bersetuju untuk menerima atau menyebabkan rangkaiannya untuk menerima Kad tersebut apabila diserahkan secara teratur. 7

1.2. "ATM" hendaklah bermaksud Mesin Pengeluaran Tunai. 1.3. "Tempoh Penyata" hendaklah bermaksud tempoh yang mana semua pembelian barang-barang dan/atau perkhidmatan, Pendahuluan Tunai, yuran-yuran dan cajcaj yang digunakan oleh Ahli Kad direkodkan oleh pihak Bank di dalam penyata bulanan. 1.4. "Hari Perniagaan" hendaklah bermaksud mana-mana hari yang mana pihak Bank dibuka untuk perniagaan. 1.5. "Kad" hendaklah bermaksud kad AFFINBANK World MasterCard yang dikeluarkan oleh pihak Bank. 1.6. "Akaun Kad" hendaklah bermaksud akaun Ahli Kad yang dibuka dengan pihak Bank untuk tujuan Perjanjian ini. 1.7. "Pendahuluan Tunai" merujuk kepada pengeluaran tunai daripada Akaun Kad di Cawangan pihak Bank yang telah ditetapkan, cawangan-cawangan kepada bankbank ahli MasterCard yang mengambil bahagian ataupun di ATM pihak Bank yang telah ditetapkan dan ATM bank-bank ahli MasterCard. 1.8. "Deraf-deraf Pendahuluan Tunai" hendaklah bermaksud slip-slip pembayaran, borang-borang atau kertas-kertas yang relevan yang dibekalkan oleh pihak Bank kepada Saudagar Berkuasa untuk tujuan merekod, mengesah dan sebagai keterangan terhadap Pendahuluan Tunai oleh Ahli Kad melalui penggunaan Kad yang akan dicaj ke Akaun Kad. 1.9. "Baki Semasa" hendaklah bermaksud baki yang terdahulu dan jumlah pembelian barang-barang dan/atau perkhidmatan, Pendahuluan Tunai yang digunakan oleh Ahli Kad yang mana pihak Bank telah membeli Resit-resit Transaksi dan Derafderaf Pendahuluan Tunai dan mana-mana yuran dan caj yang dikenakan oleh pihak Bank ditolak bayaran yang dibuat oleh ahli Kad dan dikreditkan ke akaun Kad semasa tempoh penyata. 1.10. "Kemudahan Kredit" hendaklah bermaksud had yang dikenakan oleh pihak Bank terhadap Ahli Kad di atas penggunaan Kad. 1.11. Transaksi Tanpa Kad merujuk kepada bayaran transaksi Kad dimana fisikal Kad tiada di tempat jualan. 1.12. "Tarikh Kena Dibayar" hendaklah bermaksud 20 hari dari Tarikh Penyata Kad seperti yang tertera di dalam Penyata. 8

1.13. "e-perbankan" hendaklah bermaksud pemberian produk dan perkhidmatan perbankan melalui saluran elektronik, termasuk melalui internet, peranti mudah alih, telefon, ATM dan mana-mana saluran elektronik lain. 1.14. "Caj Kewangan" bermaksud Caj Kewangan yang dirujuk dalam Fasal 13. 1.15. "Tempoh Bebas Faedah" merujuk kepada tempoh 20 hari dari Tarikh Penyata dengan syarat tiada jumlah yang belum berbayar di dalam akaun Kad Ahli. 1.16. "Bayaran Minimum Kena Dibayar" merujuk kepada jumlah minimum yang perlu dibayar oleh Ahli Kad menjelang Tarikh Bayaran Kena Dibayar. 1.17. "MasterCard International" hendaklah bermaksud MasterCard International Incorporated, perbadanan keahlian yang dianjurkan di bawah undang-undang Negeri Delaware, Amerika Syarikat dan berpejabat serta mempunyai tempat perniagaan utama di 888 Seventh Avenue, New York 10106, Amerika Syarikat. 1.18. "PIN" hendaklah bermaksud Nombor Pengenalan Peribadi yang diserahkan kepada Ahli Kad untuk membolehkan akses ke transaksi-transaksi Kad melalui ATM ataupun di Terminal Tempat Jualan Elektronik. 1.19. "Penyata" hendaklah bermaksud Penyata MasterCard berkala yang dikeluarkan oleh pihak Bank kepada Ahli Kad dan/atau Ahli Kad Tambahan yang menunjukkan, antara lain, amaun yang dicaj, Tarikh Kena Dibayar dan proses pengiraan Caj Kewangan. 1.20. "Tarikh Penyata" hendaklah bermaksud hari yang mana Penyata tersebut dikeluarkan. 1.21. "Resit-Resit Transaksi" hendaklah bermaksud slip-slip pembayaran, borangborang atau kertas-kertas yang relevan yang dibekalkan oleh pihak Bank untuk tujuan merekod, mengesah dan sebagai keterangan terhadap pembelianpembelian ataupun perkhidmatan-perkhidmatan digunakan oleh Ahli Kad melalui penggunaan Kad yang akan dicaj ke Akaun Kad. 1.22. Perkataan-perkataan yang memberitahukan nombor tunggal meliputi nombor majmuk dan sebaliknya. 1.23. Perkataan-perkataan yang memberitahukan golongan maskulin meliputi feminin. 9

2. PENERIMAAN KAD 2.1. Penggunaan Kad dibataskan kepada sesiapa yang mana Kad dikeluarkan kepadanya ("Ahli Kad") dan Ahli Kad hendaklah menandatangani Kad dengan serta-merta sebaik sahaja menerima Kad tersebut. 2.2. Ahli Kad hendaklah menghubungi pihak Bank untuk mengaktifkan Kad bagi tujuan menguatkuasakan transaksi Kad. 2.3. Pihak Bank hendaklah mengeluarkan PIN untuk Kad tersebut kepada Ahli Kad bagi tujuan menguatkuasakan transaksi ATM dan di Terminal Tempat Jualan Elektronik. 2.4. Dengan penerimaan Kad, Ahli Kad adalah bertanggungjawab untuk: a. patuh kepada terma dan syarat penggunaan Kad; b. mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan Kad dan PIN selamat setiap masa, termasuk di tempat kediaman Ahli Kad. Ini termasuk tidak: i. mendedahkan butiran Kad atau PIN kepada pihak lain; ii. menyimpan PIN di atas Kad, atau di atas apa-apa yang disimpan berdekatan dengan Kad; iii. menggunakan PIN yang dipilih dari tarikh lahir Ahli Kad, kad pengenalan, lesen memandu atau nombor perhubungan; iv. membenarkan pihak lain menggunakan Kad atau PIN; dan v. Melakukan penipuan c. memaklumkan kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah selepas mendapati Kad telah hilang, dicuri, transaksi tidak sah telah berlaku atau PIN telah terjejas; d. memaklumkan kepada pihak Bank dengan segera apabila menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) amaran transaksi bagi transaksi tidak sah; e. memaklumkan dengan segera kepada pihak Bank mengenai apa-apa pertukaran nombor perhubungan Ahli Kad; f. menggunakan Kad dengan bertanggungjawab, termasuk tidak menggunakan Kad untuk aktiviti yang tidak dibenarkan; dan g. menyemak Penyata Akaun Kad dan laporkan sebarang pencanggahan tanpa berlengah. 2.5. Sekiranya Ahli Kad tidak mahu terikat kepada terma dan syarat ini, Ahli Kad hendaklah memotong Kad kepada dua dengan melintasi jalur magnetik dan cip untuk memastikan ianya telah dirosakkan sepenuhnya dan serta-merta menghantar kembali kepada pihak Bank, dengan satu notis bertulis bahawa Kad telah dikembalikan bagi pembatalan dilakukan. Meskipun dengan pembatalan kad, Ahli Kad masih bertanggungjawab ke atas segala obligasi yang mungkin timbul berikutan daripada pembatalan dan juga segala dan kesemua pelanggaran perjanjian kebelakangan.yuran tahunan dan cukai perkhidmatan atau sebahagian daripadanya tidak akan dikembalikan kepada ahli Kad. 10

3. KEMUDAHAN KAD 3.1. Kad tersebut dikeluarkan bagi tujuan penggunaan yang berkaitan dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa mengikut budibicara mutlak pihak Bank yang termasuk tetapi tidak terbatas kepada yang berikut: a. Pembayaran untuk mana-mana pembelian barang-barang dan/atau perkhidmatan dari Saudagar Berkuasa, yang mana pembayaran tersebut boleh dicajkan kepada akaun Ahli Kad; b. Pendahuluan Tunai daripada mana-mana saluran tunai dibenarkan dan/atau ATM; c. Mana-mana transaksi ATM yang dikuatkuasakan melalui lain-lain akaun Ahli Kad; atau d. Kemudahan-kemudahan yang lain, tertakluk kepada pra-perjanjian dengan pihak Bank, jika terpakai. 3.2. Ahli Kad boleh memperolehi Pendahuluan Tunai dalam jumlah yang boleh diterimapakai oleh pihak Bank dari semasa ke semasa, tertakluk kepada budi bicara mutlak pihak Bank melalui cara-cara berikut: a. Penyerahan Kad di mana-mana Cawangan pihak Bank ataupun institusi ahli MasterCard International bersama dengan bukti identiti ahli Kad dan menandatangani rekod transaksi yang perlu/atau memasukkan PIN 6 digit di Terminal Tempat Jualan Elektronik; atau b. menggunakan Kad di mana-mana ATM pihak Bank atau mana-mana bank atau institusi yang lain yang mempunyai perjanjian dengan pihak Bank bagi tujuan penggunaan ATM bank atau institusi tersebut; atau c. Mana-mana Saudagar yang ditetapkan oleh pihak Bank untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. 4. PENGGUNAAN KAD 4.1. a. Ahli Kad dikehendaki menurunkan tandatangan di atas Resit Transaksi yang disediakan oleh Saudagar Berkuasa atau memasukkan PIN 6 digit di Terminal Tempat Jualan Elektronik untuk menguatkuasakan sesuatu pembelian kredit melalui penggunaan Kad. b. Ahli Kad hendaklah memberikan maklumat berkaitan Kad beliau seperti yang diminta untuk melengkapkan urus niaga dalam talian melalui laman sesawang yang selamat. Apabila diperlukan, kod pengesahan atau One-Time-Password (OTP) akan dihantar ke nombor telefon bimbit Ahli Kad yang berdaftar dengan pihak Bank bagi melengkapkan transaksi dalam talian. Dengan memberikan maklumat tersebut bagi tujuan untuk melaksanakan transaksi dalam talian, ia akan dianggap oleh pihak Bank sebagai satu Transaksi Kad yang ditanggung. c. Ahli Kad dikehendaki menurunkan tandatangan ke atas Deraf Pendahuluan Tunai/atau memasukkan PIN 6 digit di Terminal Tempat Jualan Elektronik untuk menguatkuasakan sesuatu Pendahuluan Tunai. Deraf Pendahuluan Tunai tersebut akan disifatkan oleh pihak Bank sebagai betul dan dianggap sebagai Transaksi Kad yang telah dibenarkan. 11

d. Ahli Kad dikehendaki menggunakan PIN untuk mendapat akses kepada Akaun Kadnya bagi menguatkuasakan Pendahuluan Tunai melalui ATM. Dokumentasi yang dirakamkan ekoran daripada penggunaan PIN oleh Ahli Kad bagi tujuan memperolehi Pendahuluan Tunai daripada ATM akan dianggap oleh pihak Bank sebagai satu Transaksi Kad yang digunakan secara berpatutan. 4.2. Amaun bagi setiap pendahuluan hendaklah dibataskan kepada Akaun Kad/Had Tunai yang sedia ada. 4.3 Ahli Kad hendaklah mematuhi segala keperluan, arahan, suruhan dan garis panduan tentang penggunaan Kad yang dikeluarkan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa yang berkait dengan segala kemudahan dan perkhidmatan kredit dan perbankan yang diberikan kepada Ahli Kad. 4.4. a. Pihak Bank adalah berhak untuk menganggap rekod transaksinya melalui penggunaan Kad, termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi yang dilakukan melalui pesanan mel atau telefon sebagai bukti hutang, yang ditanggung secara sah oleh Ahli Kad untuk Akaun Ahli Kad; dan b. Ahli Kad bersetuju bahawa rekod bagi mana-mana transaksi yang dilakukan dengan menggunakan Kad adalah muktamad dan mengikat Ahli Kad untuk segala tujuan sehingga laporan mengenai kehilangan atau kecurian atau pengunaan yang Kad yang tidak dibenarkan telah diterima oleh pihak Bank; dan 4.5. Walau apa pun yang terkandung dalam Fasal 4.1 di atas, pembelian juga boleh dilakukan dengan memberikan Saudagar Berkuasa Nombor Kad bersama butirbutir lain seperti yang tercatat pada Kad dan tanpa keperluan tandatangan Ahli Kad/atau PIN seperti dalam kes pembelian yang dibuat melalui Dagangan Elektronik, Pesanan Mel, Pesanan Telefon. 5. PIN DAN BAYAR ( CIP & PIN ) - PIN DAN PENGGUNAAN KAD YANG MANA BERKENAAN 5.1. Pihak Bank akan memperuntukkan PIN Sementara kepada Ahli Kad melalui Mel PIN. Mel PIN akan di hantar ke alamat berdaftar Ahli Kad melalui Mel biasa. 5.2. Ahli Kad setelah menerima PIN Sementara hendaklah menukar PIN Sementara di ATM pihak Bank sendiri dan/atau di saluran lain yang dijamin yang dibenarkan oleh pihak Bank. 5.3. Sekiranya Ahli Kad terlupa PIN, pihak Bank akan mengeluarkan PIN Sementara baru kepada Ahli Kad atas permintaan Ahli Kad. 5.4. Sekiranya Kad hilang atau dicuri, atau nombor PIN telah terdedah kepada manamana pihak yang lain, Ahli Kad hendaklah dengan segera menghantar borang 12

pertikaian yang lengkap kepada pihak Bank sekiranya Kad telah digunakan untuk transaksi yang tidak sah. Satu salinan laporan polis hendaklah dihantar kepada pihak Bank dalam tempoh 7 hari dari tarikh transaksi tidak sah diketahui. Kad baharu dan PIN akan dikeluarkan apabila diminta oleh Ahli Kad. Ahli Kad tidak boleh menggunakan PIN yang sedia ada untuk Kad gantian. 5.5. Ahli Kad perlu merahsiakan PIN dan tidak boleh mendedahkan PIN kepada manamana pihak di bawah mana-mana keadaan. Sekiranya PIN telah terdedah kepada mana-mana pihak, Ahli Kad hendaklah melaporkan kepada pihak Bank dengan segera. 5.6. Dalam memilih PIN, Ahli Kad TIDAK BOLEH memilih PIN yang jelas atau mudah diramal, termasuk: a. mewakili tarikh lahir; b. selaku PIN abjad, sebahagian di mana namanya dikenali; c. terdiri daripada nombor urutan (contohnya 123456, 654321 dan sebagainya; d. terdiri daripada semua nombor yang sama (contohnya 111111); atau e. terdiri daripada nombor yang berulang (contohnya 112233, 123123). 5.7. Ahli Kad hendaklah memastikan bahawa amaun transaksi adalah betul sebelum menandatangani sebarang Resit Transaksi atau rekod transaksi dan sebelum memasukkan PIN Ahli Kad pada mana-mana Terminal Tempat Jualan Elektronik yang memerlukan kemasukan PIN Ahli Kad. Dengan menandatangani Resit Transaksi atau rekod transaksi atau memasukkan PIN Ahli Kad atau sebaliknya menggunakan Kad Ahli Kad pada mana-mana Terminal Tempat Jualan Elektronik, Ahli Kad dianggap telah bersetuju dengan transaksi dan mengesahkan amaun adalah betul. 5.8. Ahli Kad memberi kebenaran dan bersetuju bahawa PIN adalah sebagai satu cara untuk mengesahkan transaksi Ahli Kad di bawah terma-terma dan syarat-syarat di Terminal Tempat Jualan Elektronik. 6. ARAHAN TELEKOMUNIKASI 6.1. Pihak Bank, mengikut budibicaranya boleh menerima arahan daripada Ahli Kad melalui telefon untuk menguatkuasakan mana-mana transaksi berkaitan dengan Kad yang termasuk tetapi tidak terbatas kepada perpindahan yang melibatkan pengeluaran atau deposit wang. 6.2. Pihak Bank akan menentusahkan identiti Ahli Kad dan kata laluan melalui proses sekuriti yang dilaksanakan oleh pihak Bank (yang boleh ditukar dari semasa ke semasa). 6.3. Ahli Kad dikehendaki menyimpan PIN dan kata laluan yang mana kedua-duanya tidak boleh didedahkan kepada sesiapa jua pun. 13

6.4. Pihak Bank mempunyai kuasa untuk menurut atau tidak arahan-arahan Ahli Kad tetapi tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Ahli Kad. 6.5. Ahli hendaklah mengakui bahawasanya: a. Pihak Bank boleh merekod semua perbualan telefon di antara ahli Kad dan wakil pihak Bank bagi tujuan pengawasan dan penilaian untuk mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan; dan b. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab sekiranya pihak ketiga yang tidak dibenarkan mendengar perbualan telefon tersebut. 6.6. Pemberian kuasa untuk Arahan Telefon, Telefon Bimbit, Teleks dan Faksimili. a. Ahli Kad memberi kuasa kepada Bank untuk bergantung kepada dan bertindak bersesuaian dengan apa-apa notis, arahan tuntutan atau komunikasi lain yang mungkin diberi melalui transkasi telefon, telex atau faksimili oleh Ahli Kad atau bagi pihaknya (selepas ini dirujuk sebagai "Arahan") dan Bank berhak untuk menganggap Arahan tersebut sebagai pemberian kuasa penuh oleh Ahli Kad dan Bank hendaklah mengambil apa-apa langkah bergantung kepada Arahan tersebut seperti yang Bank fikirkan sesuai. b. Perkhidmatan Pertanyaan Baki melalui Telefon Bimbit i. Ahli Kad memberi kuasa kepada Bank untuk menghantar kepada telefon bimbit beliau, sebagaimana yang didaftarkan Ahli Kad dalam permohonan Kad Kredit, melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), maklumat berikut berkaitan dengan Akaun Kad beliau dengan Bank: Baki tertunggak; Baki yang masih ada dalam had kredit beliau; Tarikh akhir bayaran; Jumlah bayaran minimum. 7. TANGGUNGJAWAB DAN LIABILITI 7.1. Kad adalah kekal sebagai harta pihak Bank pada setiap masa dan Ahli Kad tidak boleh memindahmilikkan atau sebaliknya melepaskan kawalan atau pegangan Kad bagi sebarang penggunaan atau tujuan yang tidak dibenarkan oleh pihak Bank. 7.2. Sekiranya Kad tersebut hilang dan/atau dicuri ataupun PIN telah terdedah kepada sesiapa yang tidak mempunyai kuasa, Ahli Kad hendaklah dengan serta-merta, memberitahu pihak Bank melalui telefon, telegram, teleks, faksimili ataupun melalui pemberitahuan secara bertulis. Satu salinan laporan polis hendaklah dihantar kepada pihak Bank dalam tempoh 7 hari dari tarikh transaksi tidak sah diketahui. 7.3. Ahli Kad tidak boleh dipertanggungjawabkan oleh pihak Bank terhadap: a. Transaksi Kad tidak sah dimana pengesahan PIN diperlukan, kecuali Ahli Kad terbukti telah: i. melakukan penipuan; 14

ii. kelewatan yang munasabah memaklumkan kepada pihak Bank selepas mengetahui kehilangan atau penggunaan Kad tidak sah; iii. mendedahkan PIN dengan sengaja kepada pihak lain; atau iv. menyimpan PIN di atas Kad, atau di atas apa-apa yang disimpan berdekatan dengan Kad dan kemungkinan hilang atau dicuri bersama Kad. b. Transaksi Kad tidak sah dimana pengesahan tandatangan diperlukan atau penggunaan Kad tanpa sentuh, kecuali Ahli Kad Ahli Kad terbukti telah: i. melakukan penipuan; ii. kelewatan yang munasabah untuk memaklumkan kepada pihak Bank selepas mengetahui kehilangan atau penggunaan Kad tidak sah; iii. meninggalkan Kad atau barang mengandungi Kad tanpa dijaga, di tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh pihak lain, kecuali di tempat kediaman Ahli Kad. Walaubagaimanapun, Ahli Kad diharapkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi Kad walaupun di tempat kediaman Ahli Kad; atau iv. secara sengaja membenarkan pihak lain menggunakan Kad. c. Transaksi e-perbankan, kecuali Ahli Kad terbukti telah: i. melakukan penipuan; ii. sengaja mendedahkan kata laluan (ID) dan kod laluan kepada mana-mana pihak, melalui e-mail yang tidak dikenali atau di laman sesawang selain dari laman sesawang rasmi pihak Bank; iii. tidak mengambil langkah yang musabah untuk melindungi peranti keselamatan selamat setiap masa; atau iv. gagal melaksanakan kewajipan untuk melaporkan pelanggaran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti keselamatan kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah, apabila Ahli Kad menyedari tentang pelanggaran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti keselamatan. d. Transaksi tanpa Kad, kecuali Ahli Kad terbukti telah: i. melakukan penipuan; ii. gagal melaksanakan kewajipan untuk melaporkan sebarang transaksi tidak sah kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah, apabila Ahli Kad menyedari tentang transaksi tidak sah tersebut. 7.4. Ahli Kad hendaklah memberitahu pihak Bank dalam masa 14 hari dari tarikh Penyata sekiranya Ahli Kad menyedari tentang kewujudan transaksi-transaksi yang tidak sah. 7.5. Sekiranya Kad hilang atau dicuri, PIN telah terdedah kepada mana-mana pihak lain dan/atau berlaku pengunaan Kad tidak sah, Ahli Kad hendaklah menghubungi pihak Bank dengan segera di 03-5517 9999 (semasa waktu pejabat) atau 03-2028 6300 (selepas waktu pejabat). 15

7.6. Pihak Bank di atas permintaan Ahli Kad boleh tetapi tanpa mempunyai obligasi di bawah undang-undang, menggantikan Kad yang hilang atau dicuri sebaik sahaja pembayaran penalti sebanyak RM50 dilakukan untuk mana-mana kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan. 7.7. Ahli Kad hendaklah memulangkan Kad yang dipotong kepada dua dengan melintasi jalur magnetik dan cip kepada pihak Bank dengan serta-merta sebaik sahaja tamat tempoh, atau sekiranya berlaku pembatalan, pemansuhan atau penggantungan (yakni dituntut oleh pihak Bank) ataupun sebaik sahaja Kad ditemui selepas pemberitahuan mengenai kehilangannya dibuat dan Ahli Kad dengan ini hendaklah tidak mempunyai hak lanjutan untuk menggunakan Kad tersebut. 7.8. Rekod Bank tentang mana-mana transaksi yang dikuatkuasakan melalui penggunaan Kad adalah muktamad dan mengikat Ahli Kad. 7.9. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dicajkan ke atas Ahli Kad dan Ahli Kad Tambahan. 7.10. Aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang - Ahli Kad tidak dibenarkan menggunakan Kad untuk apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pertaruhan di dalam talian. Pihak Bank berhak, mengikut budi bicaranya, pada bilabila masa, dengan notis terlebih dahulu yang mencukupi, memutuskan untuk tidak memperbaharui, membatalkan atau memansuhkan Kad, atau menggantung atau mengehadkan penggunaan Kad oleh Ahli Kad dan/atau Kad Tambahan sekiranya Ahli Kad didapati telah menggunakan Kad untuk perbuatan yang menyalahi undang-undang. 8. KAD TAMBAHAN 8.1. Pihak Bank hendaklah mengeluarkan Kad Tambahan kepada ahli keluarga terdekat Ahli Kad sahaja, yakni ibubapa, isteri atau suami, anak-anak dan adikberadik Ahli Kad. 8.2. Ahli Kad Tambahan hendaklah bertanggungiawab untuk semua caj yang dikenakan kepada Ahli Kad Tambahan sahaja di bawah Akaun Kad. 8.3. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab memastikan bahawa Ahli Kad Tambahannya mematuhi semua terma-terma, syarat-syarat dan obligasi-obligasi yang dikenakan. 8.4. Kad Tambahan yang dikeluarkan boleh dibatalkan di atas permintaan Ahli Kad dan dipulangkan (dengan dipotong dua melintasi jalur magnetik dan cip) kepada pihak Bank dengan syarat pembatalan tersebut hendaklah tidak menjejaskan hak-hak, tanggungjawab-tanggungjawab dan kewajipan-kewajipan pihak-pihak yang terlibat dalam Perjanjian ini sebelum pembatalan tersebut. 16

8.5. Sebaik sahaja penggunaan Kad tersebut dibatalkan di atas permintaan Ahli Kad ataupun di bawah apa jua hal keadaan, penggunaan semua Kad Tambahan hendaklah juga dibatalkan. 8.6. Aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang - Ahli Kad tidak dibenarkan menggunakan kad beliau untuk apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pertaruhan di dalam talian. Pihak Bank berhak, mengikut budi bicaranya, pada bila-bila masa, dengan notis terlebih dahulu yang mencukupi, memutuskan untuk tidak memperbaharui, membatalkan atau memansuhkan Kad, atau menggantung atau mengehadkan penggunaan Kad oleh Ahli Kad dan/atau Kad Tambahan sekiranya Ahli Kad didapati telah menggunakan Kad untuk perbuatan yang menyalahi undang-undang. 9. AKAUN KAD 9.1. Semua pembayaran untuk pembelian barang-barang atau perkhidmatan yang dikuatkuasakan melalui penggunaan Kad, yuran tahunan, Caj Kewangan, penalti pembayaran terlewat ataupun caj-caj tambahan hendaklah didebitkan ke Akaun Kad di dalam penyata bulanan. 9.2. Pendahuluan Tunai, yuran dan caj yang dikenakan oleh Ahli Kad termasuk sebarang bayaran atau kredit yang dilakukan akan direkodkan oleh pihak Bank di dalam penyata bulanan. 9.3. Rekod-rekod dan kemasukan-kemasukan ke dalam Akaun Kad yang tertera di dalam penyata bulanan hendaklah dianggap benar dan mengikat Ahli Kad kecuali pemberitahuan melalui telefon, telegram, teleks, faksimili ataupun melalui pemberitahuan secara bertulis yang disertai dengan laporan polis diterima oleh pihak Bank dalam masa 14 hari dari Tarikh Penyata. 9.4. Atas penerimaan pemberitahuan tersebut yang diberikan oleh Ahli Kad dalam tempoh yang ditetapkan, pihak Bank akan meneliti Akaun Kad Ahli Kad untuk membuat penyelarasan dan pembetulan yang perlu, jika ada. Operasi fasal ini, tidak boleh dengan apa-apa cara menjejaskan kewajipan Ahli Kad di Fasal 11. Dengan syarat bahawa sebarang wang yang perlu dibayar kepada atau diterima daripada Ahli Kad hendaklah dikreditkan atau didebitkan ke dalam Akaun Kad Ahli Kad. 10. KEMUDAHAN KREDIT 10.1. Pihak Bank hendaklah di atas budi bicara tunggalnya menentukan had kredit Ahli Kad dengan pihak Bank. 10.2. Sekiranya Ahli Kad memiliki dua atau lebih akaun Kad dengan pihak Bank, satu Had Kredit bergabung akan diperuntukkan kepada Ahli Kad, yang mewakili had 17

kredit keseluruhan yang diberikan untuk meliputi penggunaan semua Kad yang dipegang oleh Ahli Kad dan Ahli Kad Tambahannya, jika ada. 10.3. Ahli Kad tidak dibenarkan melebihi had kredit tersebut tanpa kebenaran bertulis pihak Bank diperolehi terlebih dahulu dan dengan serta-merta membayar balik pihak Bank sebaik sahaja penyata bulanan diterima dan/atau notis lain yang diberikan oleh pihak Bank menunjukkan lebihan tersebut, mengikut Fasal 11.1 (b) (ii). 11. KEWAJIPAN MEMBAYAR 11.1. Ahli Kad dikehendaki membuat pembayaran seperti berikut: a. Membayar keseluruhan jumlah Baki Semasa pada atau sebelum Tarikh Kena Dibayar. b. Sebagai alternatif, membuat Bayaran Minimum seperti berikut: i. Di mana Baki Semasa berada di dalam lingkungan had kredit tidak kurang daripada 5% daripada Baki Semasa tertakluk kepada bayaran minimum RM50 sahaja. ii. Di mana Baki Semasa melebihi had kredit, keseluruhan jumlah lebihan bersama-sama dengan 5% daripada had kredit, dengan syarat bayaran minimum hendaklah meliputi jumlah kena dibayar yang terdahulu (seperti yang tertera di dalam penyata bulanan). 12. TEMPOH BEBAS FAEDAH UNTUK TRANSAKSI RUNCIT 12.1. "Tarikh Kiriman" hendaklah bermaksud hari di mana transaksi-transaksi yang dilaksanakan di tempat-tempat saudagar dipindahkan oleh saudagar kepada pihak Bank. 12.2. "Tempoh Bebas Faedah" merujuk kepada tempoh 20 hari dari Tarikh Penyata dengan syarat tiada jumlah yang belum berbayar di dalam akaun Kad Ahli. 13. CAJ KEWANGAN 13.1. Caj Kewangan akan dikenakan ke atas baki semasa transaksi Pendahuluan Tunai bermula dari tarikh transaksi sehinggalah bayaran penuh dibuat. 13.2. Caj Kewangan akan dikenakan ke atas baki semasa pendahuluan bukan tunai yang tidak dibayar pada tarikh kena dibayar menurut Tarikh Penyata bila mana transaksi telah dikirimkan, dan dikira dari tarikh transaksi tersebut sehinggalah bayaran penuh dibuat. 13.3. Caj Kewangan tidak akan dikenakan ke atas transaksi pendahuluan bukan tunai yang dilakukan sebelum Tarikh Penyata dengan syarat tiada jumlah yang belum berbayar di dalam Kad Ahli pada Tarikh Kena Dibayar. 18

13.4. Caj Kewangan tidak akan dikenakan sekiranya baki transaksi pendahuluan bukan tunai dari penyata bulan terdahulu telah diselesaikan sepenuhnya pada Tarikh Kena Dibayar. 13.5. Caj Kewangan atau Faedah boleh dikenakan dengan menggunakan formula berikut: f= (B) x (P/D) x (R) F= Jumlah (f) F adalah jumlah Caj Kewangan yang dikenakan untuk bulan berkenaan. Jumlah (f) adalah jumlah kesemua Caj Kewangan yang dikirakan berdasarkan baki-baki berlainan yang boleh dikenakan dengan Caj Kewangan ke atas tempoh-tempoh berfaedah yang terpakai dalam bulan tersebut. f B P D R adalah Caj Kewangan untuk baki B tertentu yang dikira ke atas tempoh P hari. ialah baki yang dikenakan dengan Caj Kewangan. ialah sesuatu tempoh berfaedah dalam kiraan hari yang mana baki B dikenakan dengan Caj Kewangan. adalah bilangan hari yang digunakan sebagai asas untuk kadar tahunan. adalah kadar tahunan Caj Kewangan nominal yang dinyatakan. 13.6. Caj Kewangan akan dikenakan pada kadar harian. 13.7. Caj Kewangan Transaksi Transaksi Runcit Pembayaran minimum diterima sebelum tarikh tamat tempoh Transaksi Runcit Pembayaran minimum diterima selepas tarikh tamat tempoh Caj Kewangan (kadar harian) Rebat Caj Kewangan 18% setahun 8.01% setahun 18% setahun NA Transaksi Pendahuluan Tunai 18% setahun NA Nota: Rebat Caj Kewangan yang akan terpakai bagi bulan atau bulan-bulan yang terlibat. 19

13.8. Caj Kewangan dikira pada kadar harian: a. Ke atas baki semasa pada Tarikh Penyata sehinggalah semua pembayaran balik telah dikreditkan ke Akaun Kad dan kemudiannya, ke atas baki yang telah dikurangkan. b. Transaksi runcit yang baru sebelum Tarikh Penyata tidak akan dikenakan caj- Caj Kewangan. c. Ahli Kad yang membuat sekurang-kurangnya pembayaran minimum sebelum tarikh tamat tempoh akan menerima rebat Caj Kewangan sebanyak 8.01% setahun atau 0.67% sebulan bagi bulan (bulan) yang terlibat. d. Ahli Kad yang membuat pembayaran kurang daripada jumlah yang belum berbayar sebelum tarikh tamat tempoh, Caj Kewangan ke atas pembelian baru akan dikenakan dari tarikh transaksi dibuat melalui Akaun Kad. 13.9. Sekiranya Ahli Kad gagal membuat bayaran minimum yang telah dinyatakan pada Tarikh Kena Dibayar, caj lanjutan sebanyak RM10 minimum atau 1% daripada jumlah yang belum berbayar sehingga RM100 maksimum akan dikenakan dan boleh diubah di atas budi bicara mutlak pihak Bank. 13.10. Bayaran oleh Ahli Kad tidak akan dianggap sebagai telah dibuat sehinggalah pihak Bank menerima nilai dana yang relevan. 13.11. Segala bayaran oleh Ahli Kad kepada pihak Bank tidak boleh tertakluk kepada apaapa potongan, sama ada untuk tuntutan balas dan/atau tolak-selesai dengan Saudagar Berkuasa, saluran tunai dibenarkan dan/atau pihak Bank, walau apa sekalipun. 13.12. Ahli Kad mengaku janji bahawa dia akan membuat persediaan yang sewajarnya untuk melakukan pembayaran ke Akaun Kadnya mengikut terma dan syarat sekiranya dia berada di luar negara. Nota: Pendahuluan Bukan Tunai melibatkan pembelian runcit faedah, yuranyuran dan caj- caj lain. 14. AFFIN BONUS 14.1. Bonus akan tertera di dalam penyata anda. 14.2. Sah bagi perbelanjaan minimum bulanan sebanyak RM100 dan ke atas sahaja. 14.3. Bonus adalah untuk belian runcit sahaja, tidak termasuk petrol dan transaksi yang berkaitan dengan kerajaan. 14.4. Jumlah bonus terkumpul akan dikreditkan ke akaun Ahli Kad setiap bulan dan akan tertera di dalam penyata akaun bulan berikutnya. 20

14.5. AFFIN Bonus dihadkan kepada RM80 sebulan. 14.6. Semua bonus yang terkumpul akan dibatalkan sekiranya akaun Ahli Kad tertunggak selama 90 hari. 14.7. Semua bonus yang terkumpul akan dibatalkan sekiranya Ahli Kad membatalkan kad sebelum tarikh ulang tahun. 15. YURAN DAN CAJ Ahli Kad tidak boleh dibatalkan dan tanpa syarat, bersetuju untuk membayar dan memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendebit Akaun Kadnya dengan yuran dan caj seperti berikut: 15.1. Pendahuluan Tunai: a. Yuran sebanyak 5.3% ke atas jumlah Pendahuluan Tunai yang dikeluarkan tertakluk kepada bayaran minimum RM21.20, yang mana lebih tinggi bagi Pendahuluan Tunai domestik, atau yuran sebanyak 5% ke atas jumlah Pendahuluan Tunai yang dikeluarkan tertakluk kepada bayaran minimum RM20, yang mana lebih tinggi bagi Pendahuluan Tunai luar negara. b. Caj Kewangan sebanyak 1.5% sebulan yang dikira pada kadar harian dari tarikh pengeluaran atau transaksi sehingga bayaran penuh diterima dan dikreditkan ke Akaun Kad Ahli. 15.2. Yuran tahunan yang ditetapkan oleh pihak Bank untuk Kad Utama dan setiap Kad Tambahan apabila dikeluarkan atau diperbaharui. Yuran tahunan tidak akan dikembalikan. 15.3. Yuran tahunan akan dikenakan ke atas Ahli Kad sekiranya bayaran penuh tidak dijelaskan sebaik sahaja Kad dibatalkan. 15.4. Caj Kewangan yang dinyatakan di dalam Fasal 13. 15.5. Pembayaran lewat seperti yang dinyatakan dalam Fasal 13.9. 15.6. Yuran kurier kad sebanyak RM5.30 dalam lingkungan Malaysia dan kos sebenar untuk destinasi luar negara akan dikenakan. 15.7. Yuran perkhidmatan sebanyak RM5.30 sesalinan ke atas sebarang permintaan untuk salinan pendua Penyata. Caj ini tidak akan dikenakan sekiranya didapati kemudian daripada itu kesilapan dalam pemprosesan berpunca dari pihak Bank. 15.8. Yuran perkhidmatan sebanyak RM10.60 akan dikenakan terhadap sebarang permintaan untuk mendapatkan salinan pendua Deraf Jualan. Walau bagaimanapun, caj tersebut tidak akan dikenakan sekiranya kemudian daripada itu didapati bahawasanya kesilapan pemprosesan berpunca daripada pihak Bank. 21

15.9. Penalti penggantian Kad sebanyak RM50 untuk setiap Kad gantian yang dikeluarkan. 15.10. Caj Perkhidmatan pada kadar yang ditetapkan oleh pihak Bank mengikut budibicara mutlaknya untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan dan koskos serta perbelanjaan yang ditanggung dengan memberi notis 21 hari terlebih dahulu sebelum tarikh pindaan caj dan kadar berkuatkuasa. 15.11. Yuran guaman (atas dasar Peguam dan pelanggan) dan mana-mana perbelanjaan lain yang digunakan oleh pihak Bank bagi tujuan menguatkuasakan hak-hak pihak Bank serta tuntutan ke atas wang yang terhutang oleh Ahli Kad kepada pihak Bank di bawah Akaun Kadnya. 15.12. Mana-mana yuran dan caj munasabah yang dikenakan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa untuk perkhidmatan dan kemudahan yang diberi kepada Ahli Kad dengan memberi notis 21 hari kepada Ahli Kad terlebih dahulu sebelum pelaksanaan berkuatkuasa. 15.13. Meskipun begitu, pihak Bank berhak mengikut budibicara mutlaknya mengubah kadar atau cara pengiraan yuran tahunan, caj-caj pengendalian, caj-caj tambahan, Caj Kewangan, bayaran minimum yang diperincikan dan/atau penalti pembayaran lewat dari semasa ke semasa dengan memberi notis 21 hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad. 16. KESILAPAN/PERTIKAIAN DAN PEMBERITAHUAN 16.1. Ahli Kad dikehendaki memeriksa rekod Akaun Kad dengan cermat pada kadar segera. 16.2. Penyata Ahli Kad tidak akan dihantar sekiranya akaun tersebut tidak mempunyai baki atau tiada transaksi dari tarikh penyata sebelumnya. 16.3. Pihak Bank akan mengeluarkan pengesahan secara bertulis atau secara cetakan komputer untuk semua pemindahan wang yang dilaksanakan melalui penggunaan Kad Ahli Kad. 16.4. Ahli Kad hendaklah memberitahu pihak Bank mengenai mana-mana kesilapan di dalam penyata akaun Ahli Kad atau transaksi yang mungkin tidak sah berkenaan dengan Kad tersebut dalam masa 14 hari dari tarikh penyata. 22

16.5. Ahli Kad hendaklah membuat pemberitahuan dengan segera sebaik sahaja menerima surat atau penyata kad daripada pihak Bank secara terus kepada: AFFIN BANK BERHAD Jabatan Perniagaan Kad Tingkat 1, Menara Affin No. 80, Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur No. Telefon: Faksimili : 03-5510 0745 03-5517 9999 (semasa waktu pejabat) 03-2028 6300 (selepas waktu pejabat) E-mel: worldcard@affinbank.com.my Atau membuat laporan dengan melengkapkan borang aduan pelanggan di manamana Cawangan Bank yang berdekatan atau e-mel ke yourvoice@affinbank.com.my atau hubungi AFFINBANK Careline di nombor 1 800 88 3883. Jika masalah atau aduan anda masih juga tidak selesai dalam jangka masa yang dijanjikan, anda boleh bertindak menyampaikan kepada pihak-pihak ini: Hubungi BNMTELELINK di 1-300-88-5465, (9.00 pagi-5.00petang, Isnin- Jumaat). Datang atau menulis kepada Pusat Perkhidmatan Pelanggan BNMLINK,Tingkat Bawah, Blok D, Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur. E-mel kepada BNMTELELINK di bnmtelelink@bnm.gov.my. Hubungi Financial Ombudsman Scheme (FOS) di 03-2272 1577. Hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di 03-2616 7766 bagi perkhidmatan pengurusan wang, kaunseling kredit dan pengurusan semula hutang secara percuma bagi individu. 17. PENGECUALIAN LIABILITI 17.1. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian yang berlaku akibat kecuaian Ahli Kad atau Ahli Kad Tambahan. 17.2. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Ahli Kad yang berpunca daripada perbuatan atau ketinggalan mana-mana Saudagar Berkuasa atau MasterCard International. 17.3. Ahli Kad boleh mengendalikan mana-mana tuntutan atau pertikaian secara terus dengan Saudagar atau MasterCard International tetapi, tidak boleh menahan sebarang pembayaran kepada pihak Bank di atas akaun. 23

18. HAK-HAK PIHAK YANG TERLIBAT 18.1 Pihak Bank mempunyai hak: a. Untuk menyekat atau menghad atau menolak kredit Ahli Kad dan menahan kredit (mengikut budi bicara mutlak pihak Bank dan tanpa notis atau sebab). b. Pihak Bank berhak untuk melakukan semakan kredit ke atas Ahli Kad dengan pihak-pihak luaran termasuk tetapi tidak terhad kepada CCRIS dan manamana agensi-agensi kredit lain pada bila-bila masa dan apabila ia dianggap sesuai dengan notis terlebih dahulu kepada Ahli Kad melainkan Ahli Kad membantah dengan menulis kepada pihak Bank. Dengan memohon Kad atau apa-apa kemudahan tambahan yang berkaitan dengan Kad yang dikeluarkan oleh pihak Bank, Ahli Kad dengan ini telah memberi kebenaran kepada CTOS, FIS, CCRIS dan lain-lain Agensi Pelaporan Kredit, agensi rujukan kredit berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010, untuk memberi laporan kredit mereka kepada pihak Bank dan/atau wakil mereka yang sah bagi maksud membolehkan pemprosesan kemudahan atau transaksi dan apa-apa proses yang berkaitan yang timbul daripadanya temasuk tetapi tidak terhad kepada penilaian kredit, pemantauan, semakan kredit dan tujuan tuntutan semula hutang. 19. TRANSAKSI LUAR NEGARA 19.1. Ahli Kad boleh menggunakan Kad di luar Malaysia di mana wujudnya Saudagar Berkuasa dan/atau MasterCard International. 19.2. Ahli Kad boleh menggunakan Kad untuk Pendahuluan Tunai melalui ATM yang telah ditetapkan dan hendaklah memastikan yang semua transaksi antara negara yang dibuat oleh Ahli Kad melalui ATM tidak melanggar undang-undang semasa negara di mana transaksi tersebut dilakukan. 19.3. Sekiranya Ahli Kad menggunakan Kad di luar Malaysia, transaksi yang dibuat akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia dimana kadar pertukaran akan ditentukan oleh MasterCard International pada tarikh transaksi berkenaan diproses berserta margin pertukaran mata wang asing sebanyak 1% (sebelum ini dikenali sebagai kos pentadbiran). 19.4. Di mana terpakai, Ahli Kad hendaklah patuh dengan Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing 2013 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia berkaitan dengan transaksi luar negara. 19.5. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab di atas pencabulan atau ketidakpatuhan terhadap peraturan-peraturan tersebut dan sebarang pindaan terhadapnya. 24

20. PENAMATAN 20.1. Walau apa pun peruntukan yang bertentangan yang ditetapkan di dalam Perjanjian ini, pihak Bank boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, dengan notis terlebih dahulu yang mencukupi memutuskan untuk tidak memperbaharui, membatalkan atau memansuhkan Kad, atau menggantung atau mengehadkan penggunaan Kad oleh Ahli Kad dan mana-mana Kad Tambahan di bawah Akaun Kadnya, di mana segala wang yang terhutang kepada pihak Bank di bawah akaun Kadnya akan menjadi matang dan mesti dibayar sepenuhnya sekiranya terjadi kejadian yang berikut atau mana-mana satu daripadanya: a. Kegagalan Ahli Kad untuk melaksanakan dan/atau mematuhi mana Termaterma dan Syarat-syarat yang mengawal penggunaan Kad di sini; atau b. Hak Ahli Kad untuk menggunakan Kad digantung, ditamatkan atau ditarik balik apabila berlakunya mana-mana daripada yang berikut: i. Ahli Kad meninggal dunia atau tidak solven, melakukan kegiatan yang menjurus kepada kemuflisan, atau di dalam kes-kes di mana Ahli Kad merupakan sebuah syarikat, sebuah petisyen untuk penggulungannya telah diserahkan atau pun sebuah resolusi untuk penggulungan sengajanya telah diluluskan; atau ii. Ahli Kad gagal membayar mana-mana keterhutangan yang terhutang kepada pihak Bank bila kena dibayar; atau iii. Sekiranya pada pandangan pihak Bank, kemudahan kredit Ahli Kad dengan pihak Bank (termasuklah mana-mana akaun Ahli Kad yang boleh wujud dengan pihak Bank atau mana-mana institusi lain) adalah atau telah tidak dioperasi secara puas hati dan/atau sekiranya Ahli Kad melakukan atau mengugut untuk melakukan pengingkaran terhadap mana-mana fasal, terma mana-mana perjanjian, atau dokumen-dokumen sekuriti atau keduaduanya (mengikut mana yang berkenaan), berkaitan dengan akaun-akaun yang lain atau kemudahan pinjaman yang diberi oleh pihak Bank atau mana-mana institusi lain kepada Ahli Kad atau mana-mana pihak lain yang mana Ahli Kad merupakan penjamin, penggadai atau penyerah hak; atau iv. Sebarang arahan untuk pelaksanaan, writ penahanan, garnishmen atau mana-mana prosiding undang-undang yang dikeluarkan terhadap ahli Kad; atau v. Sesuatu peristiwa telah berlaku atau sesuatu situasi wujud yang mana mengikut budi bicara tunggal dan mutlak pihak Bank: Memudaratkan keupayaan Ahli Kad untuk melaksanakan tanggungjawabnya di sini; atau Memudaratkan pembayaran balik kemudahan kredit atau Pembayaran Balik Minimum Yang Kena Dibayar. c. atau Ahli Kad membatalkan Kad. 20.2. Sebaik selepas pembatalan Kad atau selepas pemansuhan, penggantungan atau penyekatan hak Ahli Kad atau Ahli Kad Tambahan untuk menggunakan Kad tersebut, Ahli Kad, hendaklah, atas permintaan pihak Bank, menjelaskan Akaun Kadnya sepenuhnya seperti yang ditetapkan oleh pihak Bank. Ahli Kad tetap 25