Metafora Suci dari Langit Metafora 32 Inspirasi Dua Wanita Paling Mulia dalam Sejarah Manusia Keutuhan Iman Seorang Isteri dan Kesucian Seorang Gadis Menuju ke Syurga 256
Inspirasi Dua Wanita Paling Mulia dalam Sejarah Manusia ے ے ے ے ھ ھ ثن ۈ ۈ ۆ ۆ ۇ ۇ ڭ ڭ ڭ ڭ ۉ ۉ ۅ ۅ ۋ ۋ ۇٴ ي ا ى ى ې ې ې ې ي ۇ ي و ي و ي ە ي ە ي ا ثم ي ې ي ې ي ۈ ي ۈ ي ۆ ي ۆ ي ۇ Dan ALLAH memberikan perumpamaan mengenai isteri Firaun bagi orang beriman, ketika dia berdoa, Wahai TUHANku! Bangunkan untukku sebuah rumah di sisi-mu di dalam syurga Firdaus, dan selamatkan saya daripada Firaun dan perbuatannya. Selamatkan saya daripada kaum yang zalim ini. Dan Maryam anak perempuan Imran yang memelihara kehormatannya, lalu KAMI tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian daripada roh (ciptaan) KAMI. Dan dia membenarkan kalimat-kalimat dan kitab-kitab TUHANnya. Dan dia termasuk dalam kalangan orang yang taat. (Surah at-tahrim 66, ayat 11-12) 257
Metafora Suci dari Langit ASIAH, Bersuamikan Lelaki Paling Zalim dalam Sejarah Sering terdengar keluhan isteri-isteri mengadu mengenai sikap suami-suami mereka. Ramai yang berasa teraniaya bersuamikan lelaki yang tidak bertanggungjawab, kaki pukul, culai bekerja dan tidak bersolat. Namun sejahat mana pun suami-suami mereka tidak mungkin boleh disamakan dengan kejahatan dan kezaliman suami Asiah binti Mujahim, iaitu Firaun. Kebijaksanaan Asiah sebagai pendamping kepada lelaki paling jahat di dunia telah dibuktikan apabila dia berjaya menyakinkan suaminya agar mengambil seorang bayi lelaki sebagai anak angkat. Sedangkan, Firaun telah mengeluarkan pekeliling kepada tenteranya agar membunuh semua anak lelaki yang dilahirkan pada masa itu. Sudah tentu dengan kasih sayang daripada ALLAH juga Firaun dan Asiah menerima Musa sebagai anak dan memeliharanya sehingga dewasa. Kisah Nabi Musa diambil sebagai anak angkat ini diceritakan ALLAH dalam surah al- Qasas, ayat ke-37 dan 38. 258 Isteri bijak yang solehah dapat membimbing suami dan anak-anak mengikut jalan yang diredhai ALLAH.
Inspirasi Dua Wanita Paling Mulia dalam Sejarah Manusia Dan berkatalah isteri Firaun, Dia cahaya mata bagiku dan bagimu. Usah kamu membunuhnya. Mudahmudahan dia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak. Padahal mereka tidak menyedari. (Surah al-qasas 28, ayat 9) Isteri Beriman Walaupun Suami tetap Kufur Asiah binti Mujahim beriman dengan agama Nabi Musa selepas peristiwa pertarungan baginda dengan ahli sihir Firaun. Kejadian itu menyaksikan semua ahli sihir Firaun dikalahkan oleh mukjizat Nabi Musa a.s. apabila tongkatnya bertukar menjadi ular besar dan memakan semua ular jadian ahli sihir. Terpana dengan mukjizat hebat ini, sebahagian besar ahli sihir menyatakan keimanan mereka kepada Nabi Musa a.s. Peristiwa bersejarah ini dicatatkan ALLAH dalam surah Yunus, ayat ke-25 hingga 31 dan dalam surah al-a raf, ayat ke-103 hingga 140. Walau pun menerima ancaman daripada Firaun dan pengikutnya, ahli sihir yang beriman ini tetap kekal dengan keimanan mereka dan memohon kepada ALLAH dengan doa yang masyhur sebagaimana yang tercatat dalam ayat ke-126, surah al-a raf: ر ب ن ا أ ف ر غ ع ل ي ن ا ص ب ر ا و ت و ف ن ا م س ل م ني Wahai TUHAN kami! Limpahkan kepada kami kesabaran dan matikan kami dalam keadaan Muslim (menyerah diri kepada-mu) 259
Metafora Suci dari Langit Apabila mendengar peristiwa menakjubkan itu, Asiah segera beriman dengan ALLAH dan Nabi Musa a.s. Menurut Dr. Wahbah az-zuhaily dalam tafsirnya, selepas mendapat berita pengislaman isterinya, Firaun bertindak kejam mendera isterinya di bawah panas terik mentari. Selepas itu, dia mengarahkan agar wanita mulia ini dihempap dengan sebongkah batu besar di atas badannya. Sebelum hukuman ini dilaksanakan, Asiah berdoa kepada ALLAH: ۋ ۋ ۇٴ ۈ ۈ ۆ ۆ ۇ ۇ ڭ ۉ ۉ ۅ ۅ ې Wahai Tuhanku! Bangunkan untukku sebuah rumah di sisi-mu dalam syurga Firdaus, dan selamatkan saya daripada Firaun dan perbuatannya. Selamatkan saya daripada kaum yang zalim ini. (Surah at-tahrim 66, ayat 11) Lalu dengan rahmat-nya, ALLAH mencabut nyawa Asiah sebelum dia diazab dengan seksaan batu besar. Diriwayatkan daripada Salman r.a. bahawa ketika dia diazab di tengah panas mentari, terdapat malaikat yang mengepakkan sayap bagi melindunginya, dan Asiah melihat rumah yang dibina khususnya di syurga. Berdasarkan kisah wanita mulia ini, seorang isteri boleh beriman kepada ALLAH dan Rasul-NYA walau pun berada di bawah naungan lelaki yang tidak beriman. 260
Inspirasi Dua Wanita Paling Mulia dalam Sejarah Manusia MARYAM Perawan Paling Suci Wanita kedua yang ALLAH sebutkan sebagai contoh teladan kepada orang beriman ialah seorang gadis yang paling suci sepanjang sejarah manusia, iaitu Maryam, puteri Imran. Dia adalah seorang gadis suci yang memelihara dirinya daripada sebarang perkara keji. Dia menjadi teladan sebagai contoh wanita suci pada zaman itu hingga ke hari ini. Maryam adalah seorang anak gadis daripada keluarga yang baik dan kuat beribadah iaitu keluarga Imran yang terkenal dengan kemuliaan mereka. Lalu atas kesuciannya, ALLAH memilih Maryam untuk menjadi ibu kepada seorang rasul yang akan diutuskan, iaitu Nabi Isa a.s. Kelahiran Maryam sendiri adalah kelahiran yang dinantikan oleh ibu bapanya yang bernazar agar anak yang dikandung ini akan diserahkan kepada ALLAH dan bebas daripada urusan dunia. Ibunya berdoa: 261
Metafora Suci dari Langit ە ہ ہ ہ ہ ھ ھ ھ ھ ےے ے ے ڭ ڭ ڭ Wahai TUHANku! Saya bernazar agar anak dalam kandungan ini bebas daripada urusan dunia. Terimalah nazarku ini. Sesungguhnya ENGKAU, TUHAN yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. (Surah Ali Imran 3, ayat 35) Mengandung Tanpa Suami Maryam adalah satu-satunya wanita di dunia ini yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki tetapi tetap mengandung. ALLAH meniupkan roh seorang anak ke dalam rahimnya hingga dia hamil. Maryam yang tidak pernah bersuami berasa hairan dengan kejadian tersebut apabila didatangi oleh malaikat. Kehairanan Maryam ini dicatatkan dalam ayat ke-7, surah Ali Imran, katanya, Wahai TUHANku! Bagaimana saya mendapat anak sedangkan saya tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki. Demikian kisah Maryam binti Imran melahirkan anak tanpa suami yang menjadi fitnah besar kepada diri dan keluarganya. Namun itu adalah kemulian yang ALLAH berikan kepada wanita mulia ini dengan kelahiran seorang nabi dan rasul bagi memimpin umat mereka, iaitu Nabi Isa a.s. 262
Inspirasi Dua Wanita Paling Mulia dalam Sejarah Manusia 4Wanita Ahli Syurga Paling Utama Imam Ahmad melaporkan daripada Ibnu Abbas r.a., katanya: Rasulullah SAW membuat empat garisan di atas tanah, lalu bersabda, Tahukah kamu apakah garisan ini? Mereka menjawab, ALLAH dan Rasul-NYA lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda, Penghuni wanita syurga yang paling utama, iaitu Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran dan Asiah binti Muzahim, isteri Firaun. Imam Bukhari dan Muslim melaporkan hadis daripada Abu Musa al-asy ari, bahawa Nabi Muhammad SAW berkata: Ramai lelaki yang sempurna. Tetapi dalam kalangan wanita tidak ada yang sempurna melainkan Asiah, isteri Firaun, Maryam binti Imran dan Khadijah binti Khuwailid. Kelebihan Aisyah dibandingkan dengan wanita lain adalah seperti bubur tharid dengan makanan lain. 263