TATACARA PENGURUSAN TPSEPK MUKA SURAT 55/70 SKIM BANTUAN PELAJARAN (SBP) TABUNG PEMBANGUNAN SOSIO EKONOMI PEKEBUN KECIL RISDA PENDAHULUAN Skim Bantuan Pelajaran Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil (TPSEPK) ini diwujudkan atas kelulusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) kali ke 196 mengikut Arahan Ketua Pengarah Bilangan 7 Tahun 2008 bertarikh 28 Januari 2008. 1. 0 PERLAKSANAAN Perlaksanaan Skim Bantuan Pelajaran ini adalah untuk pengajian di peringkat Sijil dan Diploma dalam semua bidang atau kursus pengajian yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Pembiayaan bantuan dibiayai melalui wang daripada Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil. 2.0 TUJUAN BANTUAN Tujuan Skim Bantuan Pelajaran ini adalah untuk memberi kemudahan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil yang melanjutkan pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Pengiktirafan disemak melalui laman web Daftar Kelayakan Malaysia/ Malaysian Qualifications Register (MQR) http://www.mqa.gov.my/mqr/akrbyipts.cfm. Bantuan Pelajaran ini dipertimbangkan kepada permohonan Semester 1 sahaja untuk membantu sebahagian pembayaran yuran kemasukan pelajar ke IPTA atau IPTS. Bantuan ini tidak layak untuk negeri-negeri yang diberi bantuan oleh negeri atau agensi
TATACARA PENGURUSAN TPSEPK MUKA SURAT 56/70 dalam negeri dan tidak mengambil kira nilai perbezaan kadar bantuan yang diberi oleh negeri/agensi. 3.0 KELAYAKAN PEMOHON 3.1 Pemohon mestilah warganegara Malaysia. 3.2 Pemohon hendaklah terdiri daripada anak-anak pekebun kecil sepertimana disahkan oleh Pembantu Pertanian RISDA (PPR), Pen. Pegawai Pertanian, Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian/Negeri atau Bahagian Tanam Semula Ibu Pejabat. 3.3 Pendapatan isirumah sekeluarga hendaklah RM 2,000.00 dan ke bawah sebulan. 3.4 Pemohon hendaklah menerima tawaran tempat pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. 3.5 Tahap pengajian adalah pada peringkat Sijil dan Diploma dalam semua bidang/kursus yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. 3.6 Tidak mendapat bantuan daripada sumber lain. 3.7 Mesyuarat Jawatankuasa TPSEPK kali ke 70 (29 November,02012) telah meluluskan pindaan syarat-syarat dan kelayakan seperti ringkasan berikut: SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 1) Warganegara Malaysia. Kadar bantuan secara one off semasa 2) Anak pekebun kecil berdaftar dengan RISDA. pendaftaran
TATACARA PENGURUSAN TPSEPK MUKA SURAT 57/70 3) Mendapat tawaran ke IPTA dan IPTS. 4) Pendapatan keluarga kurang daripada RM 2000.00 sebulan. 5) Tidak mendapat bantuan daripada sumber-sumber lain. 1) Sijil RM 300 2) Diploma RM 500 4.0 KURSUS-KURSUS DAN INSTITUSI PENGAJIAN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN 4.1 Bidang/kursus bagi pelajar yang layak menerima Bantuan Pelajaran di bawah pembiayaan Skim Bantuan Pelajaran Tabung Pembangunan Sosio Ekonomi Pekebun Kecil meliputi semua kursus di peringkat Sijil dan Diploma yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. 5.0 KEMUDAHAN PEMBIAYAAN BANTUAN Pembiayaan bantuan adalah secara one off dengan kadar bantuan mengikut tahap pengajian seperti berikut; i) Sijil - RM 300.00 ii) Diploma - RM 500.00
TATACARA PENGURUSAN TPSEPK MUKA SURAT 58/70 Kadar bantuan semasa diberi oleh RISDA adalah seperti berikut: BIL NEGERI/ AGENSI 1 Perlis 2 Kedah 3 Pulau Pinang 4 Selangor 5 Johor 6 Kelantan 7 Sarawak 8 Negeri Sembilan 9 Sabah 10 Perak 11 Melaka 12 Pahang 13 Terengganu BANTUAN DIBERI OLEH NEGERI / AGENSI Tiada Bantuan Pelajaran diberikan - Diploma :RM 500 - Sijil :RM 300 - Diploma :RM 300 - Sijil :RM 200 - Diploma :RM 500 - Sijil :RM 500 - Diploma :RM 750 - Sijil :RM 500 KADAR BANTUAN SEMASA DIBERI OLEH RISDA (Pindaan-Mesy TPSEPK kali ke 70) : RM 500 : RM 300 6.0 CARA MEMOHON 6.1 Permohonan bantuan hendaklah dibuat melalui online dengan menggunakan borang yang telah disediakan oleh RISDA sahaja iaitu Borang SBP MS1/7 MS7/7.(Cetakan komputer) 6.2 Borang permohonan yang telah lengkap dicetak perlu ditandatangani dan dihantar kepada Urusetia TPSEPK Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) melalui Pejabat RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian/Negeri dalam tempoh 1 bulan selepas pendaftaran kemasukan pengajian ke IPTA atau IPTS. Permohonan yang diterima lewat dari tarikh tutup permohonan dan
TATACARA PENGURUSAN TPSEPK MUKA SURAT 59/70 tidak lengkap akan ditolak. Berikut adalah tarikh tutup mengikut kemasukan sesi pengajian: KEMASUKAN SESI PENGAJIAN TARIKH TUTUP Januari Julai November Disember 28/29 Februari 31 Ogos 31 Disember 31 Januari 6.3 Setiap permohonan perlu disertakan salinan dokumen sokongan berikut untuk tindakan urusetia TPSEPK; i. Salinan Kad Pengenalan Pelajar yang disahkan dan untuk kegunaan RISDA sahaja ii. Salinan Kad Pengenalan Ibu/bapa/Penjaga (Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA) iii. Salinan Surat Beranak Pelajar iv. Salinan Sijil Berhenti Sekolah v. Salinan Sijil SPM/SPMV vi. Salinan Sijil Pertanian Atau Lain-Lain Sijil Yang Diiktiraf vii. Salinan Surat Tanam Semula Risda Sebagai Bukti Anak Pekebun Kecil (TS32/RISDA 7/TS 18A) viii. Salinan Geran Tanah Tanam Semula Sebagai Bukti Anak Pekebun Kecil
TATACARA PENGURUSAN TPSEPK MUKA SURAT 60/70 ix. Salinan Penyata Gaji/Pengesahan Pendapatan Ibubapa/Penjaga (Pendapatan Isirumah yang disahkan oleh AJKKK/ Pegawai Kerajaan Gred A/ Penghulu) x. Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke IPTA / IPTS. xi. Salinan Pengesahan Mendaftar Sebagai Pelajar (Resit Bayaran Kemasukan Ke IPTA / IPTS) 6.4 Setiap permohonan perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan Pengarah Bahagian Tanam Semula dan Peladangan/Pegawai RISDA Daerah/Jajahan/Bahagian/Negeri bagi memastikan borang permohonan lengkap, menepati syarat kelayakan bantuan dan mengesahkan pemohon adalah anak pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA. 6.4 Jawatankuasa TPSEPK akan memberi pertimbangan ke atas semua permohonan yang diterima dan keputusannya adalah muktamad dan Jawatankuasa tidak terikat untuk memberi apa-apa alasan jika terdapat bantahan semasa menolak permohonan.