BAB V PENUTUP. rumusan dan cadangan daripada penulis setelah melalui pelbagai proses pembelajaran,

dokumen-dokumen yang mirip
JABATAN PELAJARAN TERENGGANU SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 PENDIDIKAN ISLAM

SULIT 1223/2 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 2 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

Pada hakikatnya pembiayaan Kredit Pemilikan Rumah (KPR) di Bank. pemenuhan kebutuhan akan rumah yang disediakan oleh Bank Muamalat

BAB IV ANALISIS TERHADAP JUAL BELI IKAN BANDENG DENGAN PEMBERIAN JATUH TEMPO DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

SET KEDUA. Jawab semua soalan. Baca dialog, kemudian jawab soalan-soalan

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP PRAKTIK JUAL BELI SAWAH BERJANGKA WAKTU DI DESA SUKOMALO KECAMATAN KEDUNGPRING KABUPATEN LAMONGAN

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 5 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

BAB IV TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP PENERAPAN BAGI HASIL DALAM PEMBIAYAAN MUSHA>RAKAH DI BMT AN-NUR REWWIN WARU SIDOARJO

A. Analisis Tentang Tata Cara Akad Manusia tidak bisa tidak harus terkait dengan persoalan akad


Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

ب س م االله الر ح من الر ح ي م

Bacaan Tahlil Lengkap

PERAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DALAM MENANAMKAN NILAI-NILAI SHALAT KEPADA SISWA SMAN DI KOTA BANJARMASIN

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP PEMBIAYAAN LETTER OF CREDIT PADA BANK MANDIRI SYARI AH

BAB LAPAN PENUTUP. cadangan. Tajuk kesimpulan mengandungi kesimpulan-kesimpulan bagi. mempertingkatkan pengajaran bahasa Arab.

SENARAI JADUAL. JADUAL : Interpretasi Skor Min Amat baik Baik Memuaskan Lemah.

BAB IV PERSAMAAN DAN PERBEDAAN ANTARA HUKUM ISLAM DAN UU NO 8 TAHUN 1999 TENTANG PERLINDUNGAN KONSUMEN TERHADAP PEMBULATAN HARGA

ب س م االله الر ح من الر ح ي م

BAB IV TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP IMPLEMENTASI HUTANG PUPUK DENGAN GABAH DI DESA PUCUK KECAMATAN DAWARBLANDONG KABUPATEN MOJOKERTO

BAB IV ANALISIS TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP PENUKARAN UANG DENGAN JUMLAH YANG TIDAK SAMA JIKA DIKAITKAN DENGAN PEMAHAMAN PARA PELAKU

BAB IV PENERAPAN AKAD BAYʽ BITHAMAN AJIL DALAM PENINGKATAN KEUNTUNGAN USAHA DI KOPONTREN NURUL HUDA BANYUATES SAMPANG MADURA

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP OPERASIONAL WADI< AH PADA TABUNGAN ZAKAT DI PT. BPRS BAKTI MAKMUR INDAH

BAB LIMA HUKUM TASHI:L HAMZAT DALAM RIWAYAT WARSH. Fenomena tashi:l hamzat atau menggugurkannya adalah antara

BAB IV ANALISIS PENENTUAN NISBAH BAGI HASIL PEMBIAYAAN MUDHARABAH PERSPEKTIF EKONOMI ISLAM DI BMT BINTORO MADANI DEMAK

ب س م االله الر ح من الر ح ي م

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP HUTANG YANG DIALIHKAN SYARIAH KCP DIPONEGORO SURABAYA

LAMPIRAN B. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saudara dan saudari yang budiman,

BAB II UTANG-PIUTANG DALAM HUKUM ISLAM. menurut istilah fiqh, terdapat beberapa definisi yang dikedepankan oleh

BAB IV TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP KLAIM ASURANSI DALAM AKAD WAKALAH BIL UJRAH

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 3 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP PRAKTIK JUAL BELI BARANG SERVIS DI TOKO CAHAYA ELECTRO PASAR GEDONGAN WARU SIDOARJO

BAB IV ANALISIS METODE ISTINBA<T} HUKUM FATWA MUI TENTANG JUAL BELI EMAS SECARA TIDAK TUNAI

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

BAB I PENDAHULUAN. hukum Islam. Pembentukan sistem ini berdasarkan adanya larangan dalam agama Islam untuk

SULIT 45/1 SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 MODUL 5 PENDIDIKAN ISLAM. Kertas 1.

KANDUNGAN. 1. Zikir Selepas Solat Zikir di Waktu Pagi Zikir di Waktu Petang 25-38

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP PRAKTIK PENGULANGAN PEKERJAAN BORONGAN PEMBUATAN TAS DI DESA KRIKILAN KECAMATAN DRIYOREJO KECAMATAN GRESIK

BAB I PENDAHULUAN. dunia, sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw. Al-dunyā mażra ah al-akhirat

KHUTBAH JUM AT. Air Sumber Kehidupan. Khutbah 1

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP HAK KHIYA>R PADA JUAL BELI PONSEL BERSEGEL DI COUNTER MASTER CELL DRIYOREJO GRESIK

BAB I PENDAHULUAN. manusia guna memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat. Salah satu aspek

ب س م االله الر ح من الر ح ي م

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP INSTRUMEN HEDGING PADA TRANSAKSI SWAP

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP APLIKASI RIGHT ISSUE DI BURSA EFEK INDONESIA (BEI) SURABAYA

Pengertian Ikhlas. Syaikh Muhammad Bin Shalih al-'utsaimin. rahimahullah. Terjemah : Muhammad Iqbal A. Gazali Editor : Eko Haryanto Abu Ziyad

Lailatul Qadar. Surah Al Qadr 97 : 1-5

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP PRAKTIK PENGEMBALIAN SISA PEMBAYARAN DI KOBER MIE SETAN SEMOLOWARU

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP KETENTUAN PEMBIAYAAN KREDIT SINDIKASI

BAB IV. A. Tinjauan terhadap Sewa Jasa Penyiaran Televisi dengan TV Kabel di Desa Sedayulawas

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

یحب أن تؤتى رخصھ كما یكره أن تؤنى معصیتھ. رواه أحمد

BAB II LANDASAN TEORI. skim pembiayaan syari ah. Dibawah ini akan dijelaskan pengertian tentang

BAB I PENDAHULUAN. berinvestasi dalam usaha-usaha yang berkaitan dengan media dan barang yang tidak

Hukum Poligami. Syaikh Abdul Aziz bin Baz -rahimahullah- Terjemah : Muhammad Iqbal A. Gazali Editor : Eko Haryanto Abu Ziyad

ZAKAT PENGHASILAN. FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor 3 Tahun 2003 Tentang ZAKAT PENGHASILAN

BAB 13 SALAT JAMAK DAN QASAR

Abdullah Zaki Alkaf, (Cet. I; Bandung: Hasyimi Press, 2001), h Hasil observasi, (9 September, 2014).

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor 4 Tahun 2003 Tentang PENGGUNAAN DANA ZAKAT UNTUK ISTITSMAR (INVESTASI)

BAB IV ANALISIS PERSAMAAN, PERBEDAAN, DAN AKIBAT HUKUM ANTARA HUKUM ISLAM DAN HUKUM PERDATA DALAM MENGATUR OBJEK JAMINAN GADAI

كيفي ة صلا الترا لايرح TATA CARA SHOLAT TARAWIH

BAB IV ANALISIS PENELITIAN

BAB I PENDAHULUAN. jawabanya dihadapan-nya, sebagaimana Allah SWT berfirman :

Tafsir Depag RI : QS Al Baqarah 286

AHMAD GAZALI NIM

KOMPETENSI DASAR INDIKATOR:

HADITS TENTANG RASUL ALLAH

PENEMPELAN PHOTO PADA MUSHAF AL-QUR AN (KEMULIAAN AL-QUR AN)

Sunnah menurut bahasa berarti: Sunnah menurut istilah: Ahli Hadis: Ahli Fiqh:

MAJLIS TAFSIR AL-QUR AN (MTA) PUSAT ا ادلة: ١١. Adab majlis dan teman duduk yang baik

HambaKu telah mengagungkan Aku, dan kemudian Ia berkata selanjutnya : HambaKu telah menyerahkan (urusannya) padaku. Jika seorang hamba mengatakan :

BAB III TRANSAKSI SERTIFIKAT INVESTASI MUD}A<RABAH ANTARBANK

dan 3 ماضي juga dapat di-tashrif (diubah) berdasarkan kata ganti, baik dalam bentuk المزيد

BAB IV ANALISIS FATWA DSN-MUI NOMOR 25/III/2002 TERHADAP PENETAPAN UJRAH DALAM AKAD RAHN DI BMT UGT SIDOGIRI CABANG WARU SIDOARJO

BAB IV ANALISIS DATA. A. Proses Akad yang Terjadi Dalam Praktik Penukaran Uang Baru Menjelang Hari Raya Idul Fitri

BAB IV. A. Analisis terhadap Penentuan Bagian Waris Anak Perempuan. 1. Analisis terhadap Bagian Waris Anak Perempuan dan Cucu Perempuan

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ ASWANZIE ABBYD BIN ZAINAL ABIDIN USTAZ MUHAMMAD ALI BIN JANAS MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN /2 TINGKATAN LIMA PENDIDIKAN SYARI AH ISLAMIAH KERTAS 2 April/Mei

Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang, dan salam kepada para Rasul serta segala puji bagi Tuhan sekalian alam.

BAB IV TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP PEMBAYARAN KODE UNIK DALAM JUAL BELI ONLINE DI TOKOPEDIA. A. Analisis Status Hukum Kode Unik di Tokopedia

ISBN:

BAB I PENDAHULUAN. Sehubungan dengan itu Allah Swt berfirman dalam Alquran surah At-Tahrim

SOLAT JAMAK DAN QASAR

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan. Narasumber: DR. Ahmad Lutfi Fathullah, MA Video kajian materi ini dapat dilihat di

PENGERTIAN TENTANG PUASA

AMALAN DAN DOA MURAH REZEKI

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP AKAD PEMBIAYAAN MUDHARABAH DENGAN SISTEM KELOMPOK DI BMT KUBE SEJAHTERA KRIAN SIDOARJO

BAB I PENDAHULUAN. pokoknya memberikan kredit dan jasa-jasa pembayaran serta peredaran uang

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP PRAKTEK MURA>BAH}AH PROGRAM PEMBIAYAAN USAHA SYARIAH (PUSYAR) (UMKM) dan Industri Kecil Menengah (IKM)

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP PRAKTIK PEMBIAYAAN MURA<BAH{AH DI BMT MADANI TAMAN SEPANJANG SIDOARJO

I. PENDAHULUAN A. LATAR BELAKANG

BAB IV TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP PENERAPAN AKAD QARD\\} AL-H\}ASAN BI AN-NAZ AR DI BMT UGT SIDOGIRI CABANG WARU SIDOARJO

KHUTBAH JUM AT. Kebersihan Jalan Menuju Surga. Khutbah 5

BAB I PENDAHULUAN. dari yang diharapkan. Banyak siswa yang mempunyai perilaku menyimpang,

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP PELAKSANAAN SEWA MENYEWA POHON UNTUK MAKANAN TERNAK

BAB IV ANALISIS HUKUM ISLAM TERHADAP STRATEGI BUY ON RUMORS SELL ON NEWS DALAM PERDAGANGAN SAHAM DI BEI SURABAYA

BAB IV PRAKTIK UTANG-PIUTANG DI ACARA REMUH DI DESA KOMBANGAN KEC. GEGER BANGKALAN DALAM TINJAUAN HUKUM ISLAM

Transkripsi:

BAB V PENUTUP 5.1 Pendahuluan Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Ia mengandungi beberapa rumusan dan cadangan daripada penulis setelah melalui pelbagai proses pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan dalam usaha menyempurnakan kajian ini. Bab ini diakhiri dengan satu penutup. 5.2 Rumusan Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, penulis dengan ini merumuskan bahawa musharakah mutanaqisah adalah sejenis aqd al-mustajiddah dan aqd almurakkabah yang diharuskan dalam sistem muamalah Islam. Ia bermaksud suatu bentuk perkongsian sama ada secara pemilikan atau kontrak di mana salah satu rakan kongsi berjanji untuk membeli bahagian pemilikan rakan kongsi yang lain sehingga ia memiliki sepenuhnya objek perkongsian. Musharakah mutanaqisah dibina di atas gabungan beberapa kontrak yang diharuskan oleh syara untuk membentuk suatu kontrak baru sesuai dengan kehendak dan perubahan semasa. Ia mengandungi sekurang-kurangnya dua kontrak utama iaitu al-shirkah dan al-bay dan satu elemen penting yang menghubungkan kedua-dua kontrak tersebut iaitu al-wa d. Dalam beberapa keadaan tertentu, ia juga turut melibatkan beberapa kontrak lain seperti al-istisna, al-ijarah dan al-mudarabah. Secara umumnya, musharakah mutanaqisah merupakan suatu kontrak yang memiliki struktur yang kompleks, konteks pemahaman yang luas, pengklasifikasian dan pengaplikasian yang versatil serta bentuk yang pelbagai. 145

Di Malaysia, pembiayaan perumahan secara musharakah mutanaqisah mula diperkenalkan pada permulaan tahun 1989. Walau bagaimanapun, usaha tersebut berhenti setakat itu sahaja. Setelah hampir dua dekad berlalu, pembiayaan perumahan secara musharakah mutanaqisah kembali semula pada permulaan tahun 2006 selaras dengan keputusan Majlis Penasihat Syariah BNM dalam mesyuaratnya yang ke-56 yang telah memutuskan bahawa pembiayaan secara musharakah mutanaqisah adalah suatu bentuk kontrak yang diiktiraf dalam sistem muamalah Islam. RHBIB pula dianggap sebagai antara bank Islam tempatan yang terawal menawarkan produk pembiayaan secara musharakah mutanaqisah di bawah program Equity Home Financing-i pada 22 November 2007. Pendekatan yang digunakan ialah musharakah mutanaqisah bersama dengan al-ijarah. Ia menggabungkan tiga kontrak utama iaitu al-shirkah, al-ijarah dan al-bay dan beberapa kontrak lain seperti al-rahn, al-wakalah dan al-wa d. Dalam beberapa keadaan tertentu, ia juga turut menggunakan kontrak al-istisna. Ini bermakna produk Equity Home Financing-i di RHBIB juga adalah suatu kontrak yang diharuskan dalam sistem muamalah Islam. Selain itu, musharakah mutanaqisah merupakan suatu pendekatan alternatif yang telah dikemukakan oleh para sarjana fiqh dan kewangan Islam bagi menggantikan kontrak-kontrak yang bermasalah seperti al-murabahah dan bay bithaman ajil. Ia mempunyai potensi yang sangat besar untuk diaplikasikan dalam pelbagai bentuk pembiayaan sama ada perumahan, kenderaan, peralatan, aset tetap, usahasama perniagaan, perdagangan dan pelbagai lagi. Ia juga boleh diaplikasikan bagi tujuan pembiayaan sesuatu yang sudah tersedia atau belum tersedia. Di antara keistimewaan musharakah mutanaqisah yang paling utama ialah penggunaan kontrak musharakah, konsep pembiayaan ekuiti serta perkongsian untungrugi, pembiayaan yang lebih anjal, harga hartanah yang lebih realistik, baki pembiayaan 146

yang tidak melebihi harga sebenar hartanah dan penerimaan positif oleh para sarjana fiqh dan kewangan Islam di seluruh pelusuk dunia. Walau bagaimanapun, penulis sendiri berpandangan ia masih lagi dianggap sebagai aqd al-mutakamil yang saling melengkapi di antara satu dengan yang lain di mana kepelbagaian kontrak juga adalah suatu keperluan dalam industri perbankan Islam. Adalah tidak adil untuk menyatakan bahawa kontrak A adalah lebih baik daripada kontrak B sedangkan setiap satu daripadanya disyariatkan oleh Allah s.w.t. dengan maqasid dan situasi yang pelbagai. Sebagai contoh, dalam kes-kes tertentu seperti pembiayaan hartanah sedang dalam pembinaan di mana penggunaan bay bithaman ajil adalah sesuatu yang mustahil dan bermasalah, maka kontrak-kontrak seperti al-istisna atau musharakah mutanaqisah bolehlah digunakan. Namun demikian, al-murabahah masih lagi diperlukan dalam kes-kes pembiayaan barangan tersedia dan pembiayaan berjangka pendek atau sederhana. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa al-shirkah mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri terutamanya ma iyyah Allah (kebersamaan Allah) dalam kontrak tersebut berdasarkan kepada hadith qudsi yang telah diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Allah s.w.t. berfirman: أ ن ا ث ال ث ال شر يك ين م ا لم يخ ن أ ح د هم ا ص اح ب ه ف ا ذ ا خ ان ه خ ر ج ت م ن ب ي ن ه م ا Maksudnya: Aku ialah pihak ketiga bagi dua pihak yang bersekutu selagi setiap pihak memelihara daripada melakukan sebarang pengkhianatan terhadap sekutunya. Maka apabila satu pihak mengkhianati pihak yang lain, Aku tidak lagi bersama dengan mereka. 147

5.3 Cadangan Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ini juga, penulis telah menggariskan beberapa cadangan berhubung dengan pembiayaan perumahan secara musharakah mutanaqisah atau Equity Home Financing-i di RHBIB iaitu: Pertama, memandangkan Equity Home Financing-i adalah sejenis aqd almurakkabah yang menggabungkan beberapa kontrak di dalamnya, maka ia hendaklah mematuhi setiap rukun dan syarat kontrak-kontrak yang terlibat. Pematuhan ini amat signifikan kerana keabsahan kontrak tersebut adalah tertakluk kepada pematuhannya kepada setiap rukun dan syarat kontrak-kontrak yang terlibat. Kedua, memandangkan RHBIB menggunakan dokumen perjanjian yang berbilang, maka ia perlu menyediakan satu garis panduan berhubung dengan prioriti setiap dokumen. Penyediaan garis panduan ini amat signifikan kerana ia menentukan keabsahan kontrak tersebut. Ketiga, memandangkan RHBIB mengambil pendekatan memeteraikan kontrak dengan setiap pihak menandatangani dokumen-dokumen perjanjian yang disediakan, maka ia perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Penulis juga telah mencadangkan beberapa penambahbaikan yang lain, walau bagaimanapun, jika ia sukar untuk dilaksanakan, setidak-tidaknya pelanggan diberikan pilihan sama ada hendak menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris agar dia mengetahui dan memahami dengan sebaik-baiknya dokumen-dokumen yang berkenaan. Keempat, memandangkan musharakah mutanaqisah boleh ditawarkan dengan menggunakan pelbagai indikator selain IBR yang masih berada di bawah pengaruh kadar faedah, maka usaha yang seumpama itu perlu digarap dan digemblengkan dengan sebaik mungkin untuk memastikan setiap transaksi yang dijalankan dalam sistem kewangan Islam adalah benar-benar bebas daripada riba dan apa sahaja yang berkaitan dengannya. 148

Kelima, memandangkan musharakah ialah sejenis kontrak yang disertakan dengan ma iyyah Allah, maka setiap pihak sama ada pihak kerajaan, institusi kewangan dan masyarakat umum hendaklah berusaha untuk mengetahui, mempelajari, mendalami dan seterusnya mengamalkan kontrak tersebut dalam pelbagai urusan kehidupan. Selain itu, penulis juga mencadangkan agar kajian terhadap kontrak-kontrak pembiayaan yang wujud dalam sistem muamalah Islam diperluaskan bukan sekadar melihat kepada penta silan, pembinaan dan aplikasi kontrak semata-mata, tetapi juga melihat kepada aspek maqasid, kelebihan dan keistimewaan di sebalik setiap kontrak. Hal ini penting kerana penulis berpandangan setiap kontrak yang wujud dalam sistem muamalah Islam adalah bersifat mutakamil di antara satu dengan yang lain. 5.4 Penutup Akhir sekali, penulis mengharapkan agar segala usaha yang telah dicurahkan dalam menyempurnakan kajian ini diterima oleh Allah s.w.t. dan dimasukkan ke dalam timbangan amal buat bekalan di hari akhirat kelak. Segala kesempurnaan itu adalah milik Allah s.w.t., manakala segala kelemahan dan kekurangan itu adalah milik diri ini yang tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. و أ ن دين ه خ د م ة خط ان ا في س د د ي و أ ن بح و ث م ن بم ا سب قه ك ما ن ف ع الب ح ث ذا ي ن ف ع أ ن ت عا لى االله أ سا ل ا م ن ي ه ي ي لا م ت ن أ م ر ها ر ش دا و أ ن يج ع ل له ا م ن ضي ق ها ف ر جا و م ن حة مح ن ت ها م ن و م ن ع س ر ها ي س را ع و ان ا د وآ خ ر ال عال م ين. د الله رب الح م أ ن 149