TAKLIMAT UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR DI JEPUN (TAMAT PENGAJIAN 2013)
KANDUNGAN TAKLIMAT Tanggungjawab Dan Kewajipan Pemegang Biasiswa JPA Setelah Tamat Pengajian - Melapor Diri Permohonan Jawatan Ke Dalam Perkhidmatan Awam Program Pelajar Cemerlang (PPC) Penggantungan Kontrak & Penangguhan Lapor Diri Pemindahan & Pelepasan Kontrak
TANGGUNGJAWAB & KEWAJIPAN PEMEGANG BIASISWA JPA SETELAH TAMAT PENGAJIAN - MELAPOR DIRI
KLAUSA PERJANJIAN BIASISWA PERSEKUTUAN Fasal 5.3(a) Lapor Diri Setelah Tamat Pengajian pelajar yang mengikuti pengajian di Universiti, Kolej atau Institusi di luar negara hendaklah kembali ke Malaysia dan melaporkan diri dalam 30 hari selepas menamatkan pengajiannya dan kembali ke Malaysia sama ada dengan jayanya atau tidak.
KLAUSA PERJANJIAN BIASISWA PERSEKUTUAN Fasal 4(O) Tamat Pengajian Pelajar dikehendaki: melapor diri dan mengemukakan satu salinan Diploma/Ijazah/Surat Pengesahan tamat pengajian kepada JPA sebaik sahaja memperolehi slip keputusan peperiksaan akhir; dan pelajar diwajibkan memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk tujuan lantikan ke dalam perkhidmatan awam. Namun, Kerajaan tidak menjamin sebarang pekerjaan setelah pelajar menamatkan pengajian.
LAPOR DIRI TAMAT PENGAJIAN Bagaimana? Seterusnya? Mengisi borang-borang berikut: 1. Borang lapor diri online di http://esilav2.jpa.gov.my/ 2. Borang Pendaftaran Tamat Pengajian boleh dimuat turun di http://www.msaj.net/message-from-the-embassy/ 3. Borang Tempahan Tiket Penerbangan Hantar Borang Pendaftaran Tamat Pengajian & Borang Tempahan Tiket Penerbangan kepada: Bila? Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan JPA Kedutaan Besar Malaysia 20-16 Nanpeidai-cho Shibuya-ku, Tokyo 150-0036 JEPUN (u.p Pn Siti Zaharah binti Omar) Selewat-lewatnya 2 minggu sebelum balik ke Malaysia atau sebelum 31 Mac, mana yang terdahulu.
DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI LAPOR DIRI SECARA ONLINE Borang Lapor Diri Online Salinan Ijazah/Diploma Salinan Transkrip Akademik Bukti permohonan jawatan dengan Pihak Berkuasa Melantik untuk berkhidmat dengan Kerajaan
CONTOH SALINAN TRANSKRIP AKADEMIK
CONTOH BUKTI SALINAN IJAZAH
CONTOH BUKTI PENDAFTARAN DENGAN PIHAK BERKUASA MELANTIK
PROSES LAPOR DIRI TINDAKAN pemegang biasiswa lapor diri gagal lapor diri surat peringatan lapor diri BILA? 30 hari selepas tamat pengajian 15 hari ingkar arahan lapor diri Tuntutan Ganti rugi
PERMOHONAN JAWATAN DENGAN PIHAK BERKUASA MELANTIK PERKHIDMATAN AWAM
BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN Fasal 6: Berkhidmat dengan Kerajaan Pelajar yang menamatkan pengajian dengan jayanya dan telah melapor diri, hendaklah memohon dengan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) untuk berkhidmat dengan Kerajaan
PIHAK BERKUASA MELANTIK PERSEKUTUAN Suruhanjaya yang diberi kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Suruhanjaya Perkhidmatan Polis Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang Majlis Angkatan Tentera
PIHAK BERKUASA MELANTIK Badan Berkanun Persekutuan Kerajaan Negeri Badan Berkanun Negeri Pihak Berkuasa Tempatan
PROSES MEMOHON JAWATAN MELALUI PIHAK BERKUASA MELANTIK Mengemukakan permohonan kepada Pihak Berkuasa Melantik (PBM) Permohonan secara online/bertulis PBM akan menjalankan tapisan: - Syarat Jawatan - Peperiksaan/Ujian - Temuduga - Lantikan
PROGRAM PELAJAR CEMERLANG
PROGRAM PELAJAR CEMERLANG DI PERINGKAT SARJANA DAN PROFESIONAL Dibuka kepada pelajar yang ditaja oleh JPA di peringkat Ijazah Pertama. Permohonan dibuka 2 kali setahun iaitu pada bulan Februari dan Julai. Permohonan adalah secara online. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web: esilav2.jpa.gov.my
PENGGANTUNGAN KONTRAK & PENANGGUHAN LAPOR DIRI
PENGGANTUNGAN KONTRAK & PENANGGUHAN LAPOR DIRI Pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Sarjana (Masters) dengan tajaan selain JPA atau sendiri perlu mendapat kelulusan penangguhan lapor diri daripada JPA. Dokumen yang perlu disertakan bagi tujuan permohonan penangguhan lapor diri adalah: Surat permohonan rasmi daripada pelajar Surat kebenaran penjamin perjanjian Surat tawaran peringkat Sarjana (Masters) daripada pihak universiti Surat penaja (sekiranya menerima tajaan selain JPA) Setelah menamatkan pengajian, pelajar perlu melapor diri semula dan JPA dan menyempurnakan kontrak berkhidmat dengan kerajaan.
PENGGANTUNGAN, PEMINDAHAN & PELEPASAN KONTRAK Permohonan perlu dihantar ke alamat berikut: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Pembangunan Modal Insan (Unit Pengurusan Perjanjian) Aras 4, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P Putrajaya Tel: 03-8885 3299/3453/3450
TERIMA KASIH