Menanggapi Isu Berjabat Tangan Secara Saksama. Muhammad Haniff Hassan

dokumen-dokumen yang mirip
HALAL, HARAM & SYUBHAT

Hijab Kaum Wanita: Satu Pengertian Yang Lebih Luas. Muhammad Haniff Hassan

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"


Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

SUMBER HUKUM ISLAM 1

Munakahat ZULKIFLI, MA

Islam Ajak Berfikir, Bukan Jadi Pak Torot. Muhammad Haniff Hassan

Apabila Aktivis Dakwah Ditimpa Futur (Malas) Muhammad Haniff Hassan

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

TAJUK AYAT ASBAB L Tingkatan Empat 1 Gejala Mempersendakan Agama

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Batasan Aurat Yang Boleh Dilihat Saat Pengobatan

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

SINAR RAMADHAN 1437H SEMARAK TAQWA

Pakaian bersih rapih indah

Musa a.s dan Khidr Pengajaran Dari Al-Kahf, 18:60-77

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

Islam Mencela Judi. Muhammad Haniff Hassan

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

MACAM-MACAM MAHRAM 1. MAHRAM KARENA NASAB Allah berfirman:

Sistem Sosial Dalam Islam

SURAT TERBUKA UNTUK WANITA YANG BEKERJA BERSAMA LAKI-LAKI

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

DAFTAR TERJEMAH. Lampiran 1. No Hal Bab Terjemahan

NOMOR : U-287 TAHUN Bismillahirohmanirohimi. Komisi Fatwa Majelis Ulama Indonesia, setelah : MENIMBANG :

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 2

Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku`lah beserta orangorang yang ruku (Al Baqarah : 43)

Gambaran-gambaran di atas merupakan ilustrasi riil dari keadaan yang ada di beberapa Negara Islam atau yang majoriti penduduknya muslim.

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

LALUAN KEHIDUPAN

992. Abdullah bin Umar r.a. berkata, "Rasulullah biasa melakukan i'tikaf pada sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan."

Hari Kiamat, Hari Pembalasan

JIHAD. Soal Jawab. mengenai. Muhammad Haniff Hassan & Mohamed bin Ali Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) & PERDAUS

Kitab Tentang Sumpah (Qosamah), Kelompok Penyamun, Kisas Dan Diyat 1. Qasamah (sumpah)

Bahaya Zina dan Sebab Pengantarnya

Permasalahan Jemaah Haji Wanita

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH


Fadhilat Berbaik Sangka

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

BAB V KESIMPULAN DAN SARAN

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

HUKUM MENIKAHI WANITA YANG SEDANG HAMIL (Bag-2)

PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH

Halal Guide.INFO - Guide to Halal and Islamic Lifestyle

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

BAB I PENDAHULUAN. A. Latar Belakang Penelitian

Konversi Akad Murabahah

BAB V PENUTUP. Kajian ini merupakan satu analisis tentang aplikasi pelaksanaan murébaíah dalam

BAB IV DASAR PERTIMBANGAN MAHKAMAH AGUNG TERHADAP PUTUSAN WARIS BEDA AGAMA DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

buatwasiat.com WASIAT DAN PELAKSANAANNYA KE ATAS SAUDARA BARU SEMINAR PERANCANGAN HARTA SECARA SYARIAH

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

MUNAKAHAT : IDDAH, RUJUK, FASAKH,KHULU DISEDIAKAN OLEH: SITI NUR ATIQAH

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

Penawar Bagi Hati (Asy-Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al-Mandili)

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

Berapa banyak orang yang berpuasa, namun tidak didapatkan dari Puasanya itu kecuali lapar dan dahaga.

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz

Berhati-Hati Dalam Menjawab Permasalahan Agama

1 1 I 2. 3 I II. Zuhair bin Harb mengabarkan kepadaku dan Jarir juga mengabarkannya dari Suhail, dari Ayahnya, dari ayah Hurairah berkata :

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

Begitu Singkatnya Umur Manusia

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Hukum membuka wajah dan Berkhalwah

HIS 224 INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM

ASAL MUASAL JILBAB. Sahih Bukhari 4, Number 148:

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

Tauhid Yang Pertama dan Utama

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 9/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Borang Soal Selidik. Kurikulum Tirukkuṟaḷ dalam sukatan pelajaran Bahasa Tamil sekolah rendah dan. menengah ke arah Pembentukan insan holistik

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus be

Istri-Istri Rasulullah? Adalah Ibunya Orang-Orang Beriman

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

Kecemburuan Seorang Suami Kepada Istri

BAB 5 : KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN ISLAM

Apakah Kalau Wanita Saat Shalat Membuka Wajahnya, Menunjukkan Bahwa (wajah itu) bukan Aurat?

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

BAB II GAMBARAN UMUM GADAI EMAS (AR-RAHN) DALAM FATWA DEWAN SYARIAH NASIONAL-MAJLIS UALAMA INDONESI (DSN-MUI) TENTANG RAHN DAN RAHN EMAS

Transkripsi:

Menanggapi Isu Berjabat Tangan Secara Saksama Muhammad Haniff Hassan Baru-baru ini muncul isu amalan berjabat tangan oleh orang Islam dengan bukan Islam yang berlainan jantina. Ada di kalangan umat Islam melakukannya dan ada pula yang tidak mahu melakukannya. Natijahnya ialah kebingungan dan salah tanggap oleh pelbagai pihak, baik di kalangan orang Islam dan bukan Islam. Contoh kebingungan ini dapat dilihat dalam artikel yang ditulis oleh Helen Chia, wartawan Straits Time Singapura bertajuk Come, let s shake on it pada 13 Oktober 2002. Isu ini disebut juga dalam ucapan En. Maarof Salleh, Presiden MUIS yang diterbitkan oleh Berita harian pada 20 Oktober 2002 berkaitan graduan perubatan yang tidak mahu berjabat tangan dengan tetamu kehormat pada hari penerimaan ijazah. Sehingga kini tiada pihak menanggapi isu ini secara saksama dan terbuka. Oleh itu, melalui artikel ini diharapkan dapat memberi sedikit penerangan mengenai isu ini dari aspek fiqh dan realiti di Singapura. Di Tinjau Dari Perspektif Fiqh Apabila kita mengkaji penulisan para ulama dalam persoalan ini, maka dapatlah disimpulkan seperti berikut; Pertama, dibolehkan orang lelaki berjabat tangan dengan wanita tua yang sudah tiada ghairah terhadap lelaki. Hukum ini diambil dari keringanan yang diberi kepada wanitawanita tua dalam masalah hijab pakaian yang terdapat dalam firman Allah taala yang bermaksud Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (An-Nur : 60) Perkara ini disokong pula oleh riwayat Al-Bukhari dan Muslim bahawa nabi s.a.w tidur siang hari di rumah ibu saudara Anas yang bernama Ummu Haram binti Milhan. Beliau s.a.w tidur di sisi Ummu Haram dengan meletakkan kepala beliau di pangkuan Ummu Haram dan Ummu Haram membersihkan kepala beliau dari kutu. Kedua, dibolehkan orang perempuan berjabat tangan dengan lelaki yang tidak memiliki ghairah terhadap wanita dan dengan anak-anak lelaki yang kecil yang belum muncul keinginan seksnya. Hukum ini berdasarkan keringanan hijab yang dinyatakan dalam firman Allah taala yang bermaksud... Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau putra-putra suami 1

mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita... (An-Nur: 31). Atas dasar yang sama, dibolehkan bagi lelaki untuk bersalam dengan kanak-kanak perempuan yang belum muncul keinginan seksnya, jika tidak disertai syahwat. Ketiga, para ulama berbeza pendapat terhadap hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan biasa yang bukan mahram dan telah baligh. Pendapat pertama mengharamkan perbuatan sedemikian berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud Aku tidak berjabat tangan dengan wanita. (Riwayat Abu Daud). Dalam sebuah hadits pula, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud Sesungguhnya ditusuk kepada salah seorang dari kamu dengan jarum besi itu lebih baik dari menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Riwayat At-Tabrani dan Al- Baihaqi). Kelompok ini juga berpendapat bahawa jika melihat wanita itu haram, maka menyentuhnya lebih utama diharamkan kerana ia lebih merangsang. Selain dari itu semua, pengharaman dibuat atas dasar sadduz zari`ah (menutup pintu kerosakan) dari rangsangan syahwat dan timbulnya fitnah. Pendapat kedua pula mengharuskan perbuatan itu atas dasar bahawa Rasulullah s.a.w pernah berjabat tangan dengan wanita sewaktu berbai`ah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ummu Athiyyah oleh Ibnu Hibban, Al-Bazzar, At-Tabari dan Ibnu Mardawaih. Selain itu diriwayatkan oleh Anas r.a Sesungguhnya seorang hamba perempuan di antara hamba-hamba di Madinah memegang tangan Rasulullah s.a.w, lalu dia membawanya pergi ke mana dia suka. (Riwayat Al-Bukhari). Mereka juga berpegang dengan hadits Ummu Haram yang dinyatakan di atas. Kedua kelompok ini saling berhujah terhadap satu dengan yang lain di sekitar kekuatan dalil yang dipegang dan pentafsiran terhadap dalil masing-masing. Di sini tidak dapat disertakan perdebatan antara kedua pihak disebabkan keterbatasan ruang. Walau bagaimana pun, pandangan kedua belah pihak dapat dibaca dalam Al-Fatawa Al- Mu`asirah (Fatwa-fatwa Kontemporer) oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi (http://media.isnet.org/islam/qardhawi/kontemporer/jabat1.html). 2

Walau pun para ulama kelompok kedua mengharuskan berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang baligh dan bukan mahram tetapi mereka mengharamkan ke atas sesiapa yang melakukannya jika disertai dengan syahwat atau menimbulkan syahwat. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang baligh dan bukan mahram adalah perkara yang dikhilafkan oleh para ulama. Kedua kelompok yang berselisih dalam persoalan ini mempunyai dalil dan hujah. Dengan ini juga, persoalan ini akan kekal sebagai persoalan khilafiyah yang harus diterima oleh semua pihak. Sikap Kita Sesama Muslim Dalam Isu Khilafiyah Setelah kita memahami bahawa hukum dalam persoalan ini adalah hukum khilafiyah, maka perlulah bagi setiap muslim mempunyai sikap yang betul sesama mereka, khususnya di kalangan mereka yang memilih pandangan yang berbeza. Dalam persoalan khilafiyah seperti ini, setiap muslim berhak untuk memilih salah satu dari pandangan yang ada asal sahaja ia mengetahui dalil dan hujah disebalik pandangan berkenaan. Dia bukan memilih pandangan itu atas taqlid melulu dan bukan pula atas niatniat yang bersifat mengikut nafsu. Setiap pihak pula wajib menghormati pandangan dan amalan pihak yang lain tanpa bersikap prejudis atau memandang rendah sesama mereka. Persoalan ini samalah seperti persoalan membaca qunut pada solat Subuh atau hukum batal atau tidak wudhu apabila bersentuh kulit lelaki dan wanita yang bukan mahram. Persoalan khilafiyah seperti ini sepatutnya dilihat secara positif kerana dia memberi keanjalan bagi umat Islam dalam menghadapi situasi hidup yang berbeza atau menyulitkan sebagaimana dalam hukum bersentuh kulit lelaki dan perempuan. Dengan adanya pandangan mazhab Hanafi yang berpendapat tidak batal setakat sentuh kulit lelaki dan perempuan, memudahkan umat Islam di Singapura yang rata-rata bermazhab Syafi`ii untuk menunaikan tawaf di musim haji terutama orang-orang tua dari kalangan mereka. Yang penting, sekali lagi ditegaskan, ialah mengamalkan sesuatu pandangan berdasarkan ilmu dan dalil. Seseorang yang berpegang pada pandangan pertama hendaklah tidak segera menghukum sesiapa yang dilihat berjabat tangan dengan yang bukan sejenisnya dengan hukuman bahawa dia telah menjual agamanya atau mengambil mudah hukum agama, kecuali dia ada bukti akan wujudnya niat dan tujuan jahat atau ia dilakukan tanpa kejelasan ilmu dan dalil. Sebaliknya, sesiapa yang berpegang dengan pandangan kedua, jangan pula cepat mengatakan mereka yang memilih pandangan kedua sebagai kolot, tradisional dan tidak sopan. Perlu diingat bahawa mazhab Syafi`ii termasuk dalam kumpulam pertama yang tidak membenarkan berjabat tangan antara yang berlainan jenis. Oleh itu, mereka yang berpegang pada pandangan pertama hakikatnya beramal dengan mazhab rasmi di Singapura dan bersesuaian dengan `urf (budaya) masyarakat Islam setempat. 3

Berlapang dada dalam persoalan ini adalah penting kerana umumnya persoalan seperti ini akan terus kekal sebagai persoalan khilafiyah. Tidak mungkin sama sekali untuk kita harapkan umat Islam Singapura bersepakat dalam isu ini. Bahkan tidak wajar pula menjadikan isu khilafiyah seperti ini suatu perkara yang mesti disepakatkan kerana ia akan mencetus konflik dan menghilangkan sifat keanjalan Islam. Terutama dalam situasi hari ini yang mana masyarakat semakin meningkat ilmu agamanya dan terdedah dengan pelbagai pandangan melalui media yang terbuka seperti internet. Mereka yang berpegang pada pandangan pertama haruslah memahami bahawa selama mana isu ini adalah khilafiyah maka di sana ada keanjalan bagi berpegang kepada pandangan kedua, jika keadaan membenarkannya. Bersikap tegar dalam persoalan ini dalam semua keadaan tidak bermakna wajar dan bijak. Perlulah juga memahami bahawa kalau bagi dirinya dalam satu keadaan tidak perlu berjabat tangan, ia tidak bermakna bagi orang lain pun sama juga. Mereka yang berpegang pada pandangan kedua haruslah memahami bahawa keharusan yang diberikan bukan mutlak. Mereka juga haruslah jujur kepada diri sendiri dan Allah taala akan apa yang ada dihati mereka. Oleh kerana ia bukan keharusan yang mutlak maka ia perlu diamalkan mengikut keperluan dan kadarnya. Kita & Golongan Bukan Islam Dalam Isu Ini Yang jelas, masyarakat bukan Islam keliru dan bingung kerana berjumpa dengan perbezaan amalan berjabat tangan di kalangan masyarakat Islam ada yang mahu berjabat tangan dan ada yang tidak mahu. Bagi yang telah terbiasa dengan berjabat tangan pula, merasa tersinggung jika tangannya tidak disambut kerana di sisi budaya sosial mereka, yang sedemikian adalah kurang sopan. Di kalangan orang awam, yang mendasari kekeliruan dan kebingungan ini ialah kejahilan dan tidak memahami budaya masyarakat Islam. Namun wajar juga dinyatakan, bagi sesetengah golongan bukan Islam masalahnya bukan kerana tidak tahu, tetapi persepsi atau stereotaip negatif yang sedia ada disamping kesempitan dada untuk menerima perbezaan orang lain. Berkaitan dengan kejahilan, ia berlaku kerana kurang usaha di kalangan golongan bukan Islam untuk memahami budaya masyarakat Islam. Namun yang lebih penting ialah masyarakat Islam sendiri hakikatnya gagal untuk memberi penerangan yang benar, menyeluruh dan seimbang. Setiap pihak dari kalangan masyarakat Islam hanya menyatakan pandangan dan pegangan mereka sahaja. Mereka yang berpegang pada pandangan pertama memberi gambaran bahawa berjabat tangan itu salah secara mutlak dalam apa jua keadaan. Mereka yang berpegang pada pandangan kedua pula sentiasa menafikan kewajaran pendirian kelompok pertama di hadapan golongan bukan Islam kononnya tidak kontekstual dan akomodatif kerana menjustifikasikan perbuatannya. Dalam situasi seperti ini, wajarlah golongan bukan Islam merasa keliru dan bingung. 4

Langkah Kita Apakah tidak boleh setiap kelompok dalam masyarakat Islam yang berpengetahuan melakukan seperti berikut 1. Memberi penerangan kepada golongan bukan Islam bahawa hakikatnya terdapat perbezaan pandangan di sisi ulama dalam persoalan ini yang menatijahkan pula perbezaan amalan di dalam masyakarat Islam. Kita tidak perlu bersikap apologetik berkaitan perbezaan ini kerana ia bukan persoalan pokok dalam agama di samping itu perbezaan seperti ini juga wujud dalam agama-agama lain. 2. Memaklumkan golongan bukan Islam bahawa bukan budaya masyarakat Islam umumnya untuk berjabat tangan di antara lelaki perempuan yang baligh dan bukan mahram kerana pegangan mazhab Syafi`ii dalam amalan agamanya. Masyarakat Islam mempunyai cara tersendiri bagi mengucap salam dan menyambut orang. Kalau kita boleh menerima cara menunjuk rasa hormat kepada orang Jepun dengan menundukkan kepala dan cara menunjuk rasa hormat kepada orang India dan Thai dengan melekatkan tapaktangan, pastinya mereka boleh menerima bahawa masyarakat Islam mempunyai cara menyambut dan menghormati orang lain, asal sahaja satu usaha pemberitahuan dilakukan. Perbezaan cara seperti ini tidak sama sekali menjadikan seseorang itu tidak sopan, akomodatif atau eksklusif. 3. Memaklumkan golongan bukan Islam bahawa mereka akan sentiasa berhadapan dengan perbezaan di kalangan masyarakat Islam. Mereka harus menerima realiti ini dan berhenti mengharapkan agar semua masyarakat Islam menerima amalan berjabat tangan dengan semua bagi merapatkan ruang bersama (common space). 4. Bagi mengelakkan kesalahfahaman dan malu, masyarakat bukan Islam dimaklumkan bahawa, as a rule of thumb, tidak perlu menghulurkan tangan bagi berjabat untuk menghormati atau menyambut rakan Islam yang berlainan jenis kecuali jika beliau yang menawarkan tangannya untuk berjabat. Mengucap hello, hi, welcome dan how are you? adalah memadai. 5. Mereka yang tidak mahu berjabat tangan, hendaklah melakukannya dengan cara yang bijaksana, sopan dan memahami akan ketidakfahaman golongan bukan Islam dalam persoalan ini. Sikap melarikan diri atau berpaling tanpa penjelasan tidak akan menjelaskan keadaan. Sebaiknya membuat penjelasan secara pro-aktif sebelum insiden berlaku. 6. Setiap pihak dari kalangan masyakarat Islam hendaklah berhenti dari mengkritik atau melontar hukum dan label terhadap satu dengan yang lain. Sebaliknya menumpukan kepada memberi penerangan yang komprehensif kepada golongan bukan Islam akan perbezaan yang ada, meminta masyarakat bukan Islam 5

memahami kedua belah pihak dan menasihati langkah yang baik bagi menghadapi persoalan ini. Adalah diingatkan agar isu ini tidak dijadikan medan bagi mengukur siapa yang lebih wara dan siapa pula tidak atau siapa yang lebih pro-integrasi dan siapa yang tidak kerana berpegang kepada mana satu dari dua pandangan para ulama tidak sedikit membuktikan sikap wara seseorang di hadapan Allah taala atau keterbukaan terhadap integrasi kaum di mata manusia. 6