TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PENGISYTIHARAN DAERAH MUALLIM PERAK DARUL RIDZUAN

dokumen-dokumen yang mirip
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim

MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 165 TARIKH: 6 JAMADIL AKHIR 1437/15 MAC 2016 (SELASA); JAM: PAGI; TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera Bismillahi Rahmani Rahim.

MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 159 TARIKH: 20 JUN 2014 (JUMAAT); JAM: PAGI TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. ACIS, UiTM CTU553/555 MARUWIAH AHMAT

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN SKIM PERKHIDMATAN MASYARAKAT BAGI PENERIMA-PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN PELAN STRATEGIK MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

TEKS UCAPAN PERASMIAN YAB DATO SERI DR ZAMBRY B ABD KADIR MENTERI BESAR PERAK MAJLIS PERASMIAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SIMPANG PULAI, PERAK

TITAH TUANKU CANSELOR DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH


KENALI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran KAJIAN TEMPATAN

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

BAB 7 CABARAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH BOWLING

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH UPACARA PERASMIAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH SELAMA

PENGENALAN CTU261 5/18/2014. Fatimah Hamrie 1 CTU 261 ISLAM DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA OLEH ENCIK ZAHARI DAUD

Yang Berbahagia Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ismail Daut, Timbalan Naib

TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

TEKS UCAPAN YBHG DATUK IDRIS BIN HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: SEPETANG MERDEKA PADA: 8 SEPTEMBER 2014 (SELASA) 3 PETANG

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

Hadirin sekalian, Kepada semua para pelajar Saya berharap agar:

Assalamualaikum dan selamat petang serta selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia Edisi Kedua (TITAS) Bab 1: 1

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MAJLIS SANTAI KOMUNITI & KARNIVAL FITNESS

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

DI MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PARA PEMENANG SAYEMBARA SENI KHAT JAWI DAN PERASMIAN PAMERAN SAYEMBARA SENI KHAT JAWI

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

SULIT 1249/2 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH

HASIL PEMBELAJARAN. Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995 : PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-pertuan Agong. Konsep Raja Berperlembagaan

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

TEKS UCAPAN MUSABAQAH TILAWATIL QUR AN PERINGKAT AKHIR BELIA KEBANGSAAN 1432H/2011M

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

Bahagian A [40 markah] Jawab semua soalan. 1.Tamadun Hwang Ho telah memberikan sumbangan yang penting kepada peradaban dunia.

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMINAR AUDIT DALAMAN 2017

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera.

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

ISTIADAT PERBARISAN JUBLI EMAS KOR KESIHATAN DIRAJA

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

SEJARAH - TINGKATAN 3. Malayan Union Dan Persekutuan Tanah Melayu

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 1 SEJARAH TINGKATAN 1 1

Titah Ingkang Sinuwon Kanjeng Susuhunan Paku Buwono XIII

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

TEKS UCAPAN MAJLIS KUNJUNGAN & PENYAMPAIAN SUMBANGAN PROGRAM KHIDMAT SOSIAL KORPORAT ANGKASA (CSR) BERSAMA PESAKIT DAN WARGA KERJA,

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

CABARAN HUBUNGAN ETNIK SAS / CTU 553 BAB 7 - CABARAN HE 1

TEKS UCAPAN YB DATO SUK SEMPENA POGRAM ROADSHOW INTEGRITI 2018

TEKS UCAPAN BRIG. JENERAL DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BENGKEL IBS PADA 20 MAC 2011

TEKS UCAPAN DATUK IDRIS B. HJ HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD ( PNS)

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH DAN SELAMAT SEJAHTERA YANG DIHORMATI SAUDARA/SAUDARI PENGACARA MAJLIS

TEKS UCAPAN OLEH: MAJLIS: SEMINAR PEMBANGUNAN KAPASITI USAHAWAN BUMIPUTERA PADA: TEMPAT:

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

KETEGUHAN NEGARA DAN CABARAN DI HADAPAN KITA

JAWATAN KOSONG. 1.3 Jadual Gaji : RM7, RM20,592.00

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN WISMA LEVIDA.MY DAN MENYAKSIKAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Semua Ketua Badan Berkanun dan Anak Syarikat Negeri Selangor. Semua Setiausaha Bahagian/Timbalan Pengarah/Ketua Penolong

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

Bab 2. Bab. Bab. Bab 1. Bab 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 5. Bab. Bab

AhmAd JelAni halimi ishak saat 2010

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

WAWASAN INDUK NEGARA SEJAHTERA (WINS 2051)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KANDUNGAN. Muka Surat. Sekapur Sirih Kata Alu-aluan.. 4

Parti X. Menyokong idea pembentukan Persekutuan Melayu Mencadangkan pembentukan Melayu Raya

Transkripsi:

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PENGISYTIHARAN DAERAH MUALLIM PERAK DARUL RIDZUAN TARIKH: 1 RABIULAKHIR 1437/ 11 JANUARI 2016 (ISNIN) JAM: 10.00 PAGI TEMPAT: DEWAN SERI TANJUNG, BANDAR BEHRANG 2020. Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera Negeri Perak Darul Ridzuan kini mempunyai daerah pentadbiran kesebelas yang telah Beta perkenan, dinamakan Daerah Muallim. Perkataan mualim berasal daripada perkataan Arab, perkataan yang berkaitan dengan ilmu dan ilmuwan, bermaksud orang yang ahli dalam agama. Nama tersebut amat bertepatan diabadikan 1

kepada daerah ini berdasarkan latar belakang tertentu sejarah. Di daerah inilah, Sultan Idris Training College atau SITC telah dirasmikan pembukaannya oleh Sir George Maxwell pada 29 November 1922. SITC ialah pusat ilmu, pusat pengajian tertinggi tempatan untuk anak Melayu pada era pra merdeka, dibangunkan untuk memberi latihan perguruan kepada anak-anak Melayu yang berlatar belakang persekolahan dalam bahasa Melayu. Dari pusat ini telah lahir barisan inteligensia Melayu, yang berperanan penting meniupkan kebangkitan kesedaran bangsa, menghidupkan semangat nasionalisme bangsa serta menyalakan api perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air. 2. Terkandung dua unsur dalam perkataan mualim, ia itu ilmu dan agama. Dua unsur tersebut wajib dijadikan kompas panduan wajib dijadikan pegangan ketika merancang dan merangka pembangunan daerah ini supaya tidak berlaku dan tidak akan berlaku kontradiksi antara nama dengan kandungan. Unsur ilmu dan agama hendaklah dijadikan identiti daerah ini. Amatlah bertepatan dengan namanya, jika daerah Muallim dapat memberikan fokus untuk dibangunkan sebagai wilayah ilmu dan kota pelajar. 3. Pembangunan yang seimbang adalah pembangunan yang berjaya mengimbangkan pembangunan fizikal selari dengan 2

pembangunan intelek dan pembangunan spiritual, agar terbina sebuah masyarakat sivil yang bertamadun. Ciri-ciri pembangunan bandar yang telah berjaya membina tamadun agung berkonsepkan Islam wajar dijadikan teladan, berpandukan contohcontoh dalam sejarah pembangunan bandar-bandar ternama pada era kegemilangan Islam di Iraq, di Syam, di Mesir, di Afrika dan di Andalus, selepas terbentuknya Madinah sebagai bandar pertama bercirikan Islam. Dalam kitabnya Muqaddimah, Ibnu Khaldun menegaskan sebuah bandar Islam tidak terletak pada nama, pengasas dan ciri fizikal yang lestari, tetapi yang lebih penting ialah penghayatan nilai kudus penghuninya. Kesan utama perbandaran terhadap masyarakat Islam ialah kelahiran institusi politik, ekonomi dan sosial bagi pembangunan tamadun. 1 Perbandaran berteraskan Islam melambangkan kehidupan masyarakat kota yang maju daripada aspek keagamaan dan keduniaan. Dari sudut keagamaan, penduduknya patuh dan taat hanya kepada Allah, dengan penuh keyakinan dan patuh kepada syariat dan akhlak. Dari sudut kekotaan, mereka mengutamakan perancangan yang ideal dan rapi, dan memberikan perhatian kepada kedamaian, kebersihan, kesihatan, perhubungan yang erat antara penghuni, keselamatan dan keselesaan persekitaran. 2 1 Norlaili Samsuddin, Perbandaran Berteraskan Islam, Dewan Budaya (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka). Februari 2012. 2 Ibid. 3

4. Daerah Muallim mengandungi penduduk daripada pelbagai agama, kumpulan etnik, budaya dan bahasa, di samping terlibat dalam pelbagai profesion dan memiliki tahap pencapaian sosioekonomi yang berbeza. Perancangan pembangunan daerah Muallim sewajibnya berupaya memenuhi keperluan penduduk daerah ini, terutama kemudahan-kemudahan perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, perhubungan dan perumahan. 5. Salah satu isu penting yang amat wajib diberikan perhatian, baik oleh pihak kerajaan lebih-lebih lagi oleh pihak pemaju, adalah keperluan perumahan rakyat. Istilah rumah mampu lihat dan bukan mampu milik semakin disuarakan oleh rakyat berpendapatan rendah lebih-lebih lagi di kalangan orang Melayu dan bumiputera. Pemaju hartanah, kelihatan dan dianggap lebih berminat membina rumah harga mahal untuk mengaut keuntungan besar. Rumah-rumah yang siap dibina, dijual pada harga di luar kemampuan majoriti penduduk tempatan. Pemaju kelihatan lebih berminat membangunkan rumah dengan harga mahal untuk dijual kepada bukan warganegara dan aktif melakukan promosi jualan di kalangan hartawan di luar negara. Kepentingan perniagaan jangan sampai ke peringkat mengakibatkan warga kehilangan hak di buminya sendiri, berakhir dengan menerima nasib ayam kelaparan di kepuk itik kehausan di air, disebabkan perbuatan dagang lalu ditanakkan. Bumi dan negeri ini wajiblah 4

mengutamakan warganya sendiri. Negara wajib berhati-hati dan meletakkan kepentingan jangka panjang untuk melindungi daripada berlakunya sekali lagi penjajahan di bumi merdeka ini melalui instrumen pemilikan hartanah; dan pada akhirnya peribumi merintis sendiri kerana bumi dipijak milik orang. 6. Semoga para pemimpin, pentadbir serta penduduk di daerah Muallim sama-sama memahami, menghayati dan melaksanakan hasrat untuk membangunkan negeri Perak sebagai sebuah negeri yang mencapai tahap sosioekonomi dan pendapatan per kapita yang tinggi. Semoga Daerah Muallim akan menjadi salah sebuah daerah yang termaju dan pemimpin, pentadbir serta penduduknya sama-sama mendukung hasrat Kerajaan Beta di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir untuk menjadikan negeri Perak, sebuah negeri yang aman lagi berjaya. Kepada ALLAH Subhanahu Wata ala, sama-sama kita pohonkan semoga Daerah Muallim ini akan mendapat rahmat, dilimpahkan rezeki dan kemakmuran serta penduduknya hidup dalam harmoni, aman lagi sejahtera. 7. Pada pagi Isnin, 1 RABIULAKHIR Tahun Hijrah 1437, bersamaan 11 Januari 2016 ini, dengan kalimah Bismillahi Rahmani Rahim, Beta dengan penuh kesyukuran mengisytiharkan DAERAH MUALLIM, PERAK DARUL RIDZUAN. 5

Wabillahitaufik, walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 6