LAPORAN PERSIDANGAN MEJA BULAT: INSURANS INKLUSIF BANGUNAN BAKTI SITI HASMAH 16 OKTOBER 2012 Objektif: Untuk menggariskan tindakan muktamad yang perlu diambil dalam memastikan dasar, prinsip dan amalan insurans kesihatan dan kehidupan adalah termasuk semua terutamanya berhubung orang kurang upaya (OKU) untuk memenuhi keperluan. ISU TINDAKAN YANG DICADANG DIAMBIL AGENSI YANG BERTANGGUNG JAWAB Garis Panduan Insurans 2006 Dikeluarkan oleh Bank Negara. Digunapakai oleh semua syarikat insurans. Perlu dikemaskini untuk mengambil kira keperluan OKU terutama dari segi anggota palsu, teknologi bantuan dan peralatan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Bank Negara Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Persatuan Insurans Hayat Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia, semua syarikat insurans Tiada liputan penuh bagi pelbagai keadaan kekurangan upaya kekal atau sementara. Contoh: Takaful PERKESO Lain syarikat insurans yang konvensional. Semua syarikat insurans (yang melapor kepada Bank Negara Malaysia) disarankan bersatu mengemukakan cadangan penambahbaikan Garis Panduan 2006 kepada Bank Negara Malaysia bagi mengambilkira keperluan OKU. Bank Negara, semua syarikat insurans Syarikat Insurans tidak Memberi Pertimbangan Permohonan Liputan oleh OKU Bagi mereka yang telah mempunyai insurans Terdapat sebilangan anggota masyarakat yang OKU yang ingin berdikari dan mampu membayar premium tidak diterima pemohonan mereka mendapat insurans. 1
dan mendapati menghidap beberapa jenis penyakit atau keadaan perubatan yang menyebabkan kekurangupayaan jangka panjang, liputan insurans mereka ditamatkan tanpa pemulangan balik premium walaupun tidak pernah membuat tuntutan sebelum ini. Syarikat insurans perlu meneliti pengetahuan latar belakang perubatan, istilah kongenital, kekurangan upaya yang baru dan kekal, dan mencapai satu keputusan yang adil. Syarikat insurans ada ketika menerima tuntutan untuk pembayaran keperluan orthopedik dan sebahagian dari perkhidmatan fisioterapi tetapi tidak bagi pemulihan sepenuhnya. Kemudahan pembayaran tuntutan dari pemilik insurans kerap diragui oleh syarikat insurans kerana julat kos yang luas dan sukar dipastikan kesahihannya. Syarikat insurans perlu kemaskini pengetahuan mereka dan akur pada credentialing di mana bukan sahaja pengesahan pakar orthopedik diterima tetapi juga pakar perubatan pemulihan, pakar pediatrik developmental dan pakar geriatric. Amaun pembayaran tuntutan perlu diselaraskan dengan kos peralatan yang terkini. Undang Undang Malaysia 553 Akta Insurans Tahun 1996 Tidak ada klausa khusus untuk insurans kesihatan dan membentangkan hak dan keperluan OKU. Satu jadual perlu diwujudkan dalam akta bagi memperjelaskan bidang kesihatan dan perubatan serta inclusiveness OKU dalam semua pertimbangan permohon, keluasan liputan dan hak tuntutan. 2
Senarai Kehadiran: No. Nama Organisasi 1. Toh Puan Datuk Seri Dr Aishah Ong (Pengerusi) BAKTI-MIND 2. Datuk Noorhayati Kamaluddin BAKTI-MIND 3. Dato Dr. Zaliha Omar (Moderator) BAKTI-MIND 4. Liew Chee Keong BAKTI-MIND 5. Thurai Murugan BAKTI-MIND 6. Puan Norlayani Othman BAKTI-MIND 7. Puan Hawa Omar BAKTI-MIND 8. Datin Latiffah Endot (Setiausaha) BAKTI-MIND 9. Cik Mahera Hidayati Wan Bukhari (Setiausaha) BAKTI-MIND 10. Puan Elsri Fublirita Syahrial BAKTI-MIND 11. Encik Mohamed Anwar Mohamed Daud BAKTI-MIND 12. Puan Faridah Rohani Rais BAKTI-MIND 13. Puan Kamariah Mohd Amin BAKTI-MIND 14. Hamzulaien Mohd Mokhtar BAKTI-MIND 3
No. Nama Organisasi 15. Marlizaton Omar BAKTI-MIND 16. Puan Tung Hsiao Ley American International Assurance Berhad (AIA) 17. Encik Nicholas kua Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad 18. Cik Lim Soon Mooi ING Insurance Berhad 19. Encik Christopher Woon ING insurance berhad 20. Dr. Nor Akma Yusuf Kementerian Kesihatan Malaysia 21. Puan Rosmiati Ahmad Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat 22. Encik Chua Choon Hwa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat 23. Encik Matthews a/l George Persatuan Insurance Am Malaysia 24. Dr Rameezan Begam Abd Rahim Pusat Perubatan Prince Court 25. Dr Lydia Latif Pusat Perubatan Universiti Malaya 26. Cik Phuah Wen Nie Individu 27. Encik Danny gnaniah Individu 28. Judy Chong Hing Pheng Kelab Rotari Bandar Utama 29. Dato Khatijah Suleiman Rumah Amal Chesire Selangor 4
No. Nama Organisasi 30. Encik Roshaimi Mat Rosely Pertubuhan Keselamatan Sosial 31. Puan Annyza Tumar Universiti Sunway 32. Dr Rajini Sarvananthan Pusat Perubatan Sunway 33. Dr Teng Yu Yuet Pusat Perubatan Sunway 34. Encik Ng Tek Fay Syarikat Takaful Malaysia Berhad 35. Puan Paremeswari S Suhakam 36. Puan Siti Zaihan Zulkarnian Suhakam 37. Puan Elahe Hesmati Araghi Tasputra Perkim 38. Encik Diffan Sina Norman Tasputra Perkim 39. Ati Rosemary Mohd Ariffin Universiti Malaya 5