HAKIKAT SEBENAR WASIAT WAJIBAH DALAM PERUNDANGAN ISLAM NURUL SYAFINI ABD RAHMAN 1 ABSTRAK

dokumen-dokumen yang mirip
PEMAKAIAN KONSEP WASIAT WAJIBAH DI MALAYSIA

AMALAN WASIAT KEPADA WARIS DI MALAYSIA. Noor Lizza Mohamed Said

buatwasiat.com WASIAT DAN PELAKSANAANNYA KE ATAS SAUDARA BARU SEMINAR PERANCANGAN HARTA SECARA SYARIAH

Fiqh dan Pengurusan Harta Warisan: Dengan Fokus kepada Faraid

BAB V PENUTUP. pertolongan sehingga berjaya menyelesaikan disertasi ini. Disertasi ini akan ditutup

Wasiat Manfaat Harta Dalam Islam 1. Noor Lizza Mohamed Said. Universiti Kebangsaan Malaysia

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

pusaka), namun keduanya tidak jumpa orang yang mampu menyelesaikan perselisihan mereka. Keutamaan Hak harta Simati

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

1- Metode qawl qadim sedikit sebanyak masih dipengaruhi oleh metode ahli Hijaz

SUMBER HUKUM ISLAM 1

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

BAB V KESIMPULA DA SARA A. harta antara pasangan suami isteri. Mengikut amalan di rantau ini, ia boleh dituntut

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

0C2B F A4?OpenDocument

Article Review. : Jurnal Ilmiah Islam Futura, Pascasarjana UIN Ar-Raniry :

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

Syariah (930) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

MODEL PENAKSIRAN ZAKAT DI BANK-BANK ISLAM DI MALAYSIA. Siti Sarah Binti Mohamad Noor Shofian Bin Haji Ahmad

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

BAB I PENDAHULUAN. meninggal dunia. Apabila ada peristiwa hukum, yaitu meninggalnya seseorang

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

FARAID ILMU YANG DILUPAKAN

:

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

PERSPEKTIF KOMUNITI LESBIAN, GAY DAN TRANSGENDER MUSLIM DI MALAYSIA TERHADAP PERLAKUAN HOMOSEKSUAL DAN KONSEP PERKAHWINAN DI DALAM AL-QUR AN

BAB 5 : PENUTUP. Al-Khatib al-shirbini adalah seorang yang faqih dalam mazhab al-shafi i dan

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

Pengenalan Kepada Hadis Nasikh Dan Mansukh

BAB LIMA: KESIMPULAN DAN PENUTUP. Bagi memanfaatkan hasil kajian ini, penulis dapat simpulkan beberapa perkara.

Hak Cipta Terpelihara :

BAB IV DASAR PERTIMBANGAN MAHKAMAH AGUNG TERHADAP PUTUSAN WARIS BEDA AGAMA DALAM PERSPEKTIF HUKUM ISLAM

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

HALAL, HARAM & SYUBHAT

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 561)

PENGENALAN KANDUNGAN HASIL PEMBELAJARAN CTU263 9/11/2013 CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN. Maruwiah Ahmat 1

BAB III ANALISIS PASAL 209 KHI TENTANG WASIAT WAJIBAH DALAM KAJIAN NORMATIF YURIDIS

Pengenalan Takaful 45 BAB A3 PENGENALAN TAKAFUL

II. TINJAUAN PUSTAKA. Salah satu bentuk pengalihan hak selain pewarisan adalah wasiat. Wasiat

BAB IV TINJAUAN HUKUM ISLAM TERHADAP HIBAH SEBAGAI PENGGANTI KEWARISAN BAGI ANAK LAKI-LAKI DAN PEREMPUAN DI DESA PETAONAN

BAB I PENDAHULUAN. seluruh alam, dimana didalamnya telah di tetapkan ajaran-ajaran yang sesuai

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Bahagian Pertama: Tafsiran Ayat-ayat 1-8 MAFHUMNYA:

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

IMA>MIYAH TENTANG HUKUM MENERIMA HARTA WARISAN DARI

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 2)

BAB V PENUTUP. pada Surah al-baqarah dalam Tafsir al-mishbah dan Abdul Hayei A.S. dalam Tafsir

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam Oleh : Abd. Muhsin Ahmad Majalah Sinar Rohani Disember 2001

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

Insurans dan Takaful: Suatu Perbandingan dan Perbahasan Hukum

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 2)

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. zakat pendapatan di Aceh maka dapat dirumuskan beberapa isu penting sebagaimana

BAB 5 KESIMPULAN DAN SARANAN. Setelah kajian secara teliti dilakukan terhadap tajuk yang dipilih dan dipersetujui,

BAB I PENDAHULUAN. melampaui batasan Allah, berdakwah kepada Allah, serta melakukan amar makruf dan

Keutamaan Puasa Enam Hari dibulan Syawal

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Zakat ke atas Hartanah: Kajian Tekstual Terhadap Fatawa Jami'ah fi Zakah al- Iqar 1

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

BAB II TINJAUAN UMUM TENTANG WARIS DAN AHLI WARIS

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

EKSTREMISME AGAMA ANCAM KESATUAN UMMAH (06 Oktober 2017 / 15 Muharam 1439)

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

Standar Kompetensi : 7. Memahami hukum Islam tentang Waris Kompetensi Dasar: 7.1 Menjelaskan ketentuan-ketentuan hukum waris 7.2 Menjelaskan contoh

UNIT 5. Kelas Bimbingan Dewasa

BAB 5 : KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN ISLAM

i) HARTA SEPENCARIAN ii) MUTAAH iii) PENGUATKUASAAN PERINTAH NAFKAH ORANG ISLAM Macam mana nak tentukan sesuatu harta itu adalah Harta Sepencarian?

Di antaranya pemahaman tersebut adalah:

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

Kewajiban berdakwah. Dalil Kewajiban Dakwah

Penyelidikan Pelajar Sarjana Pendidikan Islam UKM: Fokus Dan Hala Tuju. oleh. Shahrin Awaludin Fakulti Pendidikan UKM

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

Transkripsi:

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 1109 HAKIKAT SEBENAR WASIAT WAJIBAH DALAM PERUNDANGAN ISLAM NURUL SYAFINI ABD RAHMAN 1 nurulsyafini@kuis.edu.my ABSTRAK Wasiat wajibah adalah pemberian harta pusaka yang diperuntukkan oleh undang-undang kepada cucu yang yatim yang didinding oleh individu tertentu. Terdapat beberapa Negara Islam termasuk Malaysia yang memperuntukkan undang-undang bertulis berkaitan dengan wasiat wajibah dalam undang-undang mereka. Objektif kajian ini berkaitan dengan konsep wasiat wajibah, serta mengenalpasti hakikat sebenar wasiat wajibah di dalam sistem perundangan Islam. Metod kajian ini merujuk kepada kajian perpustakaan dengan merujuk kepada kitab-kitab mu c tabar dalam pelbagai madhhab yang merupakan maklumat utama di samping merujuk kepada bahan-bahan bertulis yang lain. Hasil kajian mendapati, terdapat perbezaan dan persamaan di antara wasiat wajibah dengan wasiat ihktiariyyah dan pusaka. Dari segi pelaksanaan, wasiat wajibah mempunyai kedudukan yang kuat dan diberi keutamaan berbanding dengan wasiat ikhtiariyyah dan wasiat yang wajib disisi syara c. Kata Kunci : wasiat wajibah, harta pusaka PENGENALAN Wasiat berasal daripada perkataan wassa yang membawa maksud memerintahkan, menasihatkan atau menjanjikan. Dari segi istilah syarak, wasiat bererti memberi hak milik secara percuma kepada penerimanya oleh seseorang dan pemberian berkenaan akan berkuat kuasa setelah pemberinya meninggal dunia 2. Oleh itu wasiat dalam Islam adalah satu usaha yang positif yang secara sedar dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk menambahkan amal kebajikannya seperti ditekankan dalam al-qur`an dan al-hadith yang menyifatkan perbuatan wasiat itu sebagai sumbangan atau usaha terakhir yang terpuji daripada seseorang yang bertaqwa. Wasiat mempunyai asas perundangan yang kuat dalam syariat Islam, di antara firman Allah S.W.T dan hadith Rasulullah S.A.W berkaitan wasiat: Firman Allah S.W.T.: 1 Pensyarah Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam, Pusat Pengajian Teras, KUIS nurulsyafini@kuis.edu.my 2 al-sharbiniy,shamsuddin Muhammad Ibn Muhammad Al-Khatib, Mughniy al-muhtaj ila Ma c rifah Ma c ani Alfaz al-manhaj.1418h/1997m, Beirut: Dar al-marifah, Jil.3, hlm. 39. 1218

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) Maksudnya: Diwajibkan atas kamu apabila seseorang di antara kamu kedatangan tanda-tanda maut, jika dia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya secara makruf, ini adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. Maka barangsiapa yang mengubah wasiat itu setelah ia mendengarnya maka sesungguhnya dosanya adalah bagi orang-orang yang mengubahnya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Akan tetapi barangsiapa khuatir terhadap orang-orang yang berwasiat itu berlaku berat sebelah atau berbuat dosa, lalu ia mendamaikan antara mereka, maka tiadalah dosa baginya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 3 Firman Allah S.W.T: 4 Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika ia mahu berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain yang bukan seagama dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut, kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka disuruh bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Demi Allah kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat, dan kami tidak menyembunyikan keterangan yang kami ketahui sebagai saksi sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, kerana jika kami menyembunyikannya, tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa. Sabda Rasul Allah S.A.W: 5 "ان اهلل قد أعطى كل ذي حق حقه, فال وصية لوارث" Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepada masing-masing hak bahagiannya, maka tidaklah boleh berwasiat kepada ahli waris. 3 Semua terjemahan ayat al-qur`an dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan al-rahman kepada Pengertian al-qur`an, edisi ke-13 (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1996). 4 al-qur`an, al-maidah 5:106. 5 Abu Daud, Sunan, Jil.3, hlm. 196. 2218

Sebagaimana maksud ayat 180 Surah al-baqarah, pada peringkat awal kedatangan Islam, mewasiatkan semua harta kepada ibu bapa dan sanak-saudara adalah wajib. Walau bagaimanapun kewajipan ini telah dimansukhkan dengan ayat-ayat mawarith dan hadith yang berkaitan dengan pusaka di atas. Namun begitu, amalan wasiat seperti itu masih digalakkan dengan had maksimum 1/3 dan ditujukan kepada selain ahli waris. Prinsip umum yang dianjurkan oleh syarak ialah, pemberian melalui wasiat tidak boleh melebihi 1/3 daripada harta si mati. Untuk memastikan sama ada sesuatu wasiat itu sah atau pun tidak dan sama ada ianya dilaksanakan dengan betul, maka banyak faktor perlu diteliti berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak. DEFINISI WASIAT WAJIBAH Dalam memperkatakan hukum kewajipan berwasiat, 6 maka perlulah dibezakan kewajipan yang dikenakan ke atas diri sendiri dan kewajipan terhadap pihak lain. Kewajipan yang dikenakan ke atas diri sendiri seperti yang dikemukakan oleh sebahagian fuqaha` madhhab al-zahiri, Masruq, al-zuhri dan al-shafi c i berlaku bagi mereka yang ada meninggalkan harta sama ada sedikit atau pun banyak. Bagaimanapun sebahagian yang lain seperti Daud, Qatadah dan Ibn Jarir menekankan bahawa wasiat yang diwajibkan hendaklah ditujukan kepada kaum kerabat yang tidak mendapat bahagian harta pusaka. Malah Ibn Hazm berpendapat, kewajipan itu tidak akan gugur dengan kematiannya, malah akan berpindah kepada warisnya atau pentadbir hartanya untuk menyempurnakan tanggungjawab tersebut. Wasiat wajibah 7 adalah sebahagian harta yang telah diperuntukkan oleh undangundang kepada cucu lelaki atau perempuan yang telah kematian bapa atau ibu semasa hayat datuk atau neneknya atau mereka kesemuanya mati serentak sebelum terbuka warisan daripada orang tua masing-masing, sedangkan kemungkinan orang tua tersebut (datuk atau nenek kepada cucu berkenaan) ada meninggalkan bahagian harta kepada anak-anak mereka yang lain yang merupakan bapa saudara atau ibu saudara kepada cucu berkenaan. Maka dengan kewujudan mereka, menyebabkan cucu yang telah kematian bapa atau ibu terhalang daripada mendapat harta peninggalan datuk atau neneknya. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh cucu, maka penggubal undang-undang telah meminjam konsep keadilan yang terdapat dalam sistem wasiat yang memang pada asasnya bertujuan untuk membawa kebaikan kepada mereka yang memerlukan. Tetapi penerima dihadkan sehingga kadar maksimum 1/3 daripada harta peninggalan si mati sepertimana yang dibenarkan dalam wasiat. Undang-undang juga meletakkan syarat bahawa cucu tersebut tidak mendapat apa-apa ganjaran atau hadiah daripada si mati yang sama hadnya dengan had maksimum yang ditetapkan undang-undang. Seandainya ganjaran yang diterima kurang daripada 1/3, undang-undang menetapkan bahawa had tersebut perlu disempurnakan dan digenapkan sehingga sampai had maksimum 1/3. PENSYARIATAN WASIAT WAJIBAH DI SISI FUQAHA`SERTA SANDARAN- SANDARANNYA Tiada dalil yang jelas daripada al-qur`an mahupun sunnah berkaitan wasiat wajibah yang telah dilaksanakan di beberapa Negara Islam pada hari ini. Tiada juga di sana madhhab- 6 Abu Zahrah,Muhammad,hlm. 256. 7 ibid. 3218

madhhab yang secara keseluruhannya menerima konsep wasiat wajibah ini. Tetapi perlaksanaannya bersandarkan kepada ijtihad c ulama` mutaakhir (terkini) pada zaman ini. Ijtihad mereka pula bersandarkan kepada beberapa dalil, pandangan-pandangan sebahagian fuqaha` serta kaedah-kaedah syariah dan maqasid c ammah. Firman Allah S.W.T : Maksudnya: Diwajibkan atas kamu apabila seseorang di antara kamu kedatangan tanda-tanda maut, jika dia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya secara ma c ruf, ini adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. 8 Kebanyakan para sahabat, fuqaha` tabi c in, dan juga imam-imam fiqh dan hadith mengatakan 9 bahawa ayat ini menunjukkan wasiat itu adalah wajib.tetapi kewajipan itu telah dinasakhkan hanya kepada ibu bapa, kaum kerabat serta ahli waris sahaja.oleh itu hukum kewajipan berwasiat kepada selain daripada mereka masih kekal. Ini adalah pendapat daripada Ibn c Abbas pada satu riwayatnya, Hasan Basri, Sai c d b. Musayyab, Masruq, Tawus, Dahaq, Muslim b. Yasar, c Ala` b. Ziyad, Ahmad b. Hanbal, Daud Zahiri, Tabari, Ibn Hazm dan lain-lain lagi. Ibn Hazm mengatakan bahawa, wasiat kepada kaum kerabat itu adalah tetap. Jika tidak dilakukan oleh si mati semasa hayatnya, maka wajib kepada ahli waris membahagikan harta si mati kepada kaum kerabat yang bukan ahli waris di atas nama wasiat wajibah selagimana si mati tidak mewasiatkan apa-apa kepada mereka. Sepakat imam-imam yang empat mengatakan bahawa wasiat itu perlulah diberi keutamaan kepada kaum kerabat daripada orang lain. Ini adalah pandangan sebahagian para fuqaha` dari para tabi c in, dan ianya adalah salah satu dari riwayat Imam Ahmad b. Hanbal.Sandarannya daripada siasah syar c iyyah yang bersumberkan kepada qawa c id fiqhiyyah iaitu Sesungguhnya jika ketua negara itu mengeluarkan sesuatu hukum yang sunat ataupun harus, maka ianya menjadi wajib jika dia melihat adanya maslahah c ammah. Sesungguhnya ijtihad c ulama` serta perlaksanaannya di beberapa Negara Islam berkaitan wasiat wajibah ini adalah ijtihad yang tepat dan keputusan yang baik.ijtihad ini berlandaskan maslahah dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak yang terdinding daripada mendapat pusaka, serta mengangkat kesusahan mereka sepertimana yang banyak berlaku pada masa kini.wasiat wajibah menurut undang-undang ini tiada yang lebih padanya melainkan c ulama` mewajibkan sesuatu yang sunat atau harus pada asalnya, dan ianya tidak dilarang oleh mana-mana para fuqaha`. Sesungguhnya wasiat wajibah bersandarkan kepada beberapa pendapat para sahabat dan tabi c in, madhhab Zahiriyyah serta Ibn Hazm.Pendapat ini adalah pendapat yang da c if untuk dilaksanakan kerana ianya bertentangan dengan pendapat madhhab empat dan juga jumhur fuqaha`.tetapi undang-undang telah mengambil beberapa perkara bersumberkan dari pendapat-pendapat yang da c if dan membina hukum daripadanya untuk maslahah c ammah dan untuk menjaga keadaan kaum muslimin pada hari ini.undang-undang juga telah mengecilkan 8 al-quran, al-baqarah 2, 180 9 al-zuhayli, Muhammad, hlm. 590 4218

skop wasiat wajibah ini iaitu hanya diberikan kepada cucu-cucu yang kematian ibu atau bapanya semasa hayat datuk atau neneknya, atau mereka kesemuanya mati serentak. Adapun kaum kerabat selainnya yang tidak dapat mewarisi harta si mati atas sebab-sebab tertentu, undang-undang tidak melarang mereka untuk menerima wasiat ihktiariyyah walaupun wujudnya wasiat wajibah. HAKIKAT SEBENAR WASIAT WAJIBAH Apa yang kita ketahui pada perbincangan sebelum ini berkaitan hukum berwasiat, jumhur fuqaha` cenderung mengatakan bahawa hukum berwasiat itu tidak wajib tetapi harus. Wasiat yang wajib di sisi syarak dan fiqh ialah apa-apa yang bersangkut-paut dengan hutang, wadi c ah, hak-hak manusia yang tertangguh juga segala kewajipan-kewajipan syari c yyah yang dituntut syarak ke atas setiap manusia semasa hayatnya seperti zakat, kifarah dan lain-lain. Undang-Undang Wasiat Wajibah ini adalah perkara baru yang diperundangkan oleh pemerintah. Maka kewajipannya hanyalah terbatas di sisi perundangan sahaja dan tidak di sisi agama Islam itu sendiri. Ianya di bawah kuasa pemerintah yang mewajibkannya ke atas harta si mati untuk diberikan kepada golongan yang layak menerimanya sama ada ia telah diwasiatkan oleh si mati ataupun tidak, juga tidak diambil kira redha ahli waris yang lain. Qanun Wasiyyah Mesir adalah yang terawal menetapkan dan mengamalkan undangundang tersebut pada tahun 1946. Diikuti pula selepas itu ialah Undang-Undang Ahwal Syakhsiyyah Syria 1953, Undang-Undang Ahwal Syakhsiyyah Maghribi 1957, Undang- Undang Ahwal Syakhsiyyah Libya 1972, Undang-Undang Wasiat Wajibah Jordan 1976 yang diamalkan pada tarikh 1/12/1976, dan Undang-Undang Ahwal Syakhsiyyah Emirate yang dikeluarkan pada Disember 2005. Wasiat wajibah ini diberikan kepada cucu lelaki atau perempuan yang telah kematian bapa atau ibu semasa hayat datuk dan neneknya atau mereka kesemuanya mati serentak sebelum terbuka warisan daripada orang tua masing-masing. Di dalam Undang-Undang Perwarisan Islam, cucu tersebut tidak layak menerima apa-apa dari harta si mati kerana si mati ada meninggalkan anak-anak yang lain yang merupakan bapa saudara atau ibu saudara kepada cucu berkenaan. Maka dengan kewujudan mereka, menyebabkan cucu yang telah kematian bapa atau ibu terhalang daripada mendapat harta peninggalan datuk atau neneknya. Ada ketikanya, cucu-cucu berkenaan berada dalam keadaan fakir serta sangat memerlukan, sementara bapa saudara mereka berada dalam keadaan kemewahan dan kaya. Maka, kekallah cucu berkenaan dalam dua keadaan iaitu yatim dan kefakiran. Dengan sebab itu, c ulama` menjadikan Undang-Undang Wasiat Wajibah ini sebagai jalan penyelesaian kepada masalah tersebut 10. Wasiat Wajibah dan Wasiat Ikhtiariyyah Wasiat wajibah mempunyai persamaan 11 dengan wasiat ikhtiariyyah dalam beberapa sudut iaitu: i. Kedua-duanya mempunyai nama yang sama iaitu wasiat. 10 al-jaburi, Abdullah, hlm. 202. 11 al-zuhayli, Muhammad, hlm.586. 5218

ii. iii. Kadar yang ditetapkan untuk kedua-dua wasiat ini adalah tidak lebih dari 1/3 dari harta peninggalan si mati. Kedua-dua wasiat ini diberikan terlebih dahulu daripada faraid, bahkan c ulama` yang memakai hukum Undang-Undang Wasiat Wajibah akan mendahulukannya daripada wasiat ikhtiariyyah. Kedua-dua wasiat ini juga mempunyai perbezaan 12 dalam beberapa sudut iaitu: i. Asal pada wasiat itu sebenarnya ialah berbentuk ikhtiariyyah dengan kehendak dan redha dari si pewasiat, tetapi wasiat wajibah secara tidak langsung ianya wajib ke atas si pewasiat sama ada dia mewasiatkan hartanya secara redha dan ikhtiyari ataupun dia tidak mewasiatkannya. Maka pada ketika itu, wasiat itu menjadi wajib atas kuasa pemerintah dan perundangan seolah-olah perundangan menjalankan wasiat tersebut atas kehendak si pewasiat. ii. iii. iv. Bagi wasiat ikhtiariyyah, pewasiat mempunyai hak sepenuhnya untuk menentukan kadar yang hendak dikeluarkan dengan serendah-rendah kadar yang tidak melebih 1/3 dari harta peninggalan, adapun wasiat wajibah pula perundangan yang akan menetapkan kadar yang telah ditetapkan di dalam undang-undang negara. Contohnya, perundangan negara Mesir, Libya, Urdun dan Kuwait menetapkan kadar wasiat wajibah itu mengikut kadar yang akan diperolehi oleh bapa atau ibu kepada cucu jika bapa atau ibunya masih hidup, dengan kadar tidak melebihi 1/3 wasiat. Di dalam wasiat ikhtiariyyah, sesiapa sahaja boleh menerima wasiat selagimana golongan tersebut bukan di kalangan ahli waris, tetapi di dalam wasiat wajibah pemerintah dan perundangan setiap negara yang mengamalkannya telah menetapkan golongan yang tertentu untuk menerimanya. Wasiat ikhtiariyyah akan terlaksana dengan qabul daripada penerima wasiat, tetapi berbeza pula dengan wasiat wajibah ianya tidak memerlukan qabul dari penerima, bahkan sabitnya dengan matinya pewasiat. Selain itu, wasiat wajibah tidak ada pemulangan (radd). Jika penerima menolak dan memulangkan semula wasiat tersebut, ianya dikira tabarru c dari mereka. v. Wasiat wajibah akan dilaksanakan terlebih dahulu daripada wasiat ikhtiariyyah sepertimana yang termaktub di dalam perundangan Mesir perkara 78, Syria perkara 257(2), Libya perkara 496, Kuwait perkara 3. Wasiat Wajibah dan Pusaka (Mirath) Wasiat wajibah juga mempunyai persamaan dan perbezaan dengan pusaka 13. Di antara persamaannya ialah: i. Wasiat wajibah berhak diperolehi oleh pemiliknya walaupun tidak diwasiatkan oleh si mati. Begitu juga pusaka, hak ahli waris ke atas harta pusaka telah ditetapkan dan tidak boleh dipertikaikan. 12 ibid. 13 ibid, hlm.587. 6218

ii. iii. Sabitnya wasiat wajibah atas kuasa pemerintah dan perundangan, maka ianya tidak memerlukan qabul daripada si penerima. Begitu juga pusaka, sabitnya ia bersandarkan pada nas syarak yang tidak boleh disangkal lagi kebenarannya. Pembahagian wasiat wajibah mengikut pembahagian harta pusaka iaitu tiap-tiap lelaki memperolehi dua kali ganda daripada bahagian perempuan, golongan atasan akan mendinding golongan bawahan. Walaupun pewasiat meletakkan syarat perlaksanaanya dengan cara lain, syarat tersebut tidak akan terlaksana. Perbezaan di antara keduanya pula ialah: i. Asal di dalam hukum pusaka, golongan atasan (usul) akan mendinding golongan bawahan (furu c ) sehingga ke bawah, tetapi di dalam wasiat wajibah hanya golongan atasan (usul) pada peringkat pertama sahaja yang akan mendinding golongan bawahan (furu c ). ii. Wasiat wajibah adalah ganti kepada pusaka apabila golongan yang berhak tersebut ternafi haknya disebabkan kematian bapa atau ibunya terlebih dahulu daripada datuk atau neneknya, tetapi bagi pusaka pula hak tersebut sudah tertulis dan dinyatakan terlebih dahulu dan ianya bukanlah ganti daripada mana-mana. iii. Sesungguhnya wasiat wajibah dikira sebagai tabarru c ataupun hibah daripada si pewasiat. Maka kesimpulannya, wasiat ikhtiariyyah, wasiat wajibah dan pusaka mempunyai persamaan dari segi ketiga-tiganya sabit kepada golongan yang berhak sama ada mereka faqir atau kaya. BERKUMPUL ATAU BERCAMPURNYA WASIAT IKHTIARIYYAH BERSAMA WASIAT WAJIBAH Yang dimaksudkan dengan percampuran dalam wasiat itu ialah, berbilang-bilangnya wasiat dalam satu masa sehingga susah untuk dibahagikan berdasarkan 1/3 wasiat yang dibenarkan. Ianya berlaku sama ada waris-waris yang lain memberi keizinan pada wasiat yang melebihi 1/3 itu atau tidak memberi keizinan, tetapi harta peninggalan yang ditinggalkan oleh si mati tidak mencukupi untuk melaksanakan semua wasiat-wasiat yang ada. Oleh yang demikian, satu kaedah telah dibuat untuk menyelesaikan permasalahan tersebut iaitu, pemberian atau perlaksanaan wasiat wajibah didahulukan dari wasiat-wasiat yang lain, sama ada datuk atau nenek mereka membuat wasiat tentang perkara tersebut atau pun tidak. Ini kerana hak mereka itu ditentukan dan dilaksanakan oleh pemerintah serta perundangan wasiat wajibah sesuatu negara. Jika wasiat tersebut masih di dalam batasan 1/3 wasiat, maka perlaksanaannya tidak memerlukan kepada keizinan daripada ahli waris yang lain. Wasiat tersebut juga tidak akan dicampur atau dikongsi bersama dengan wasiat ikhtiariyyah yang lain. Seandainya ada baki dari 1/3 selepas pembahagian tersebut, maka barulah dibahagikan pula kepada golongan-golongan wasiat ikhtiariyyah. 7218

Kaedah tersebut diguna pakai di dalam perkara 2/272 Undang-Undang Ittihadi No 28 Tahun 2005 untuk Negara Emirate yang memperuntukkan: Wasiat wajibah didahulukan pemberiannya daripada wasiat ikhtiariyyah dalam batasan 1/3 harta pusaka 14. Begitu juga halnya iaitu wasiat wajibah menurut undang-undang ini akan didahulukan pemberiannya daripada wasiat wajibah yang wajib di sisi syarak contohnya kifarah, zakat, fidyah, puasa dan lain-lain. Hal ini jelas diperuntukkan dan dinyatakan di dalam perundangan Syria perkara 257(2), Perundangan Mesir perkara 79, Perundangan Libya perkara 497 dan Perundangan Kuwait perkara 3. Perkara ini juga disepakati oleh syarak secara ijma c nya dalam mendahulukan wasiat wajibah daripada pembahagian pusaka 15. KESIMPULAN Islam adalah agama yang sentiasa mengutamakan kesucian, kesejahteraan, kemurniaan dan kesempurnaan dalam segala aspek kehidupan sama ada dalam aspek ibadah, muamalah mahupun akhlak. Untuk merealisasikan aspek-aspek tersebut, Islam memberi peluang kepada para c ulama` untuk berijtihad dalam beberapa perkara terutamanya berhubung dengan mu c amalah yang melibatkan kepentingan umum. Hubungan kekeluargaan dan kemanusiaan amat dititikberatkan dalam Islam. Ini jelas sebagaimana yang dapat dilihat melalui pensyariatan wasiat dalam Islam. Oleh itu, terlaksananya sistem wasiat, hubungan kekeluargaan dan persaudaraan sesama Islam tetap terjamin daripada kemusnahan dan kepincangan dalam sesebuah keluarga. Justeru, untuk menjamin hubungan kekeluargaan agar sentiasa utuh dan tetap, maka ahli-ahli perundangan Islam dalam beberapa Negara Islam telah menggubal satu peruntukan yang dinamakan sebagai Undang-Undang Wasiat Wajibah. Peruntukan itu digubal berdasarkan kepada fenomena-fenomena yang biasa berlaku dalam masyarakat Islam dan perlaksanaannya adalah lebih bersifat siasah syar c iyyah dan maslahah c ammah. Walau bagaimanapun terdapat pandangan-pandangan c ulama` silam yang mewajibkan wasiat kepada golongan tertentu berdasarkan kepada nas-nas tertentu di dalam al-qur`an dan hadith Rasulullah s.a.w meskipun pandangan itu lemah disisi jumhur c ulama`. Kedudukan wasiat wajibah di bawah perundangan di beberapa negara Islam kini adalah lebih cenderung kepada pendapat Ibn Hazm, namun ianya tidak berpegang secara menyeluruh, bahkan peruntukan itu lebih bergantung kepada maslahah c ammah. RUJUKAN Al-Quran Abu Daud, Sunan. Kitab Al-Wasoya, Bab Maja` Fi al- Wasiyyah Li al-warith. Jil.3. Abu al-futtuh, Said. 1429H/2008M. Ahkam al-mirath Wa al-wasiyyah Wa al-waqf Fi al- Fiqh al-islami Wa al-qanun. Dubai: Kuliyyah al-huquq Jami c ah c Ain Shams. 14 Abu al-futtuh, Said, hlm.445. 15 al-zuhayli, Muhammad, hlm. 606. 8218

Abu Zahrah, Muhammad.1409H/1988M. Syarah Qanun al-wasiyyah. Kaherah:Dar Fikr. al- Jaburi, Abdullah.1428H/2007M. Ahkam al-mawarith Wa al-wasoya Fi al-syariah al- Islamiyyah. Kuliyyah al-syariah Wa al-dirasat al-islamiyyah, Jami c ah al-syariqah. al-sharbiniy,shamsuddin Muhammad Ibn Muhammad Al-Khatib, Mughniy al-muhtaj ila Ma c rifah Ma c ani Alfaz al-manhaj.1418h/1997m, Beirut: Dar al-marifah, Jil.3. Undang-undang Keluarga Islam Syria 1953, Perkara 257. Undang-undang Wasiat Mesir, 1946, Perkara 76. al-zuhaili, Muhammad.1422H/2001M. al-faraidh Wa al-mawarith Wa al-wasoya. Damshiq: Dar al-kalimi al-tayyib. al-zuhaili,wahbah, Fiqh al-islamiy Wa Adillatuh, Dar al-fikr, Damshiq, 1417H/1996M, Jil.8. Nurul Syafini bt.abd Rahman Jabatan Kefahaman Pemikiran Islam Pusat Pengajian Teras Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) 43600 Bandar Seri Putra Selangor, MALAYSIA Email:nurulsyafini@kuis.edu.my 9218