BAB KELIMA RUMUSAN DAN SARANAN. saranan kepada pihak-pihak yang mempunyai kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran,

dokumen-dokumen yang mirip
Lailatul Qadar. Surah Al Qadr 97 : 1-5

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. Rumusan itu merangkumi hal-hal yang berkaitan terjemahan Al-Quran, metodologi

Berkompetisi mencintai Allah adalah terbuka untuk semua dan tidak terbatas kepada Nabi.

KOMPETENSI DASAR INDIKATOR:

Pensyarah: Ustazah Nek Mah Bte Batri Master in Islamic Studies Calon PhD- Fiqh Sains & Teknologi Calon PhD -Pendidikan Agama Islam

BAB I PENDAHULUAN. Arab. Tiada sesiapapun yang menyangkal bahawa bahasa Arab dan al-qur an al-karim

Tafsir Depag RI : QS Al Baqarah 284

Oleh: Shahmuzir bin Nordzahir

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN. Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad s.a.w

SULIT 1223/2 BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 2 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

BAB LAPAN PENUTUP. cadangan. Tajuk kesimpulan mengandungi kesimpulan-kesimpulan bagi. mempertingkatkan pengajaran bahasa Arab.

BAB PERTAMA PENGENALAN. Pembinaan ayat dalam bahasa Arab terdiri daripada tiga bentuk : Jumlat ismiyyat,

Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang, dan salam kepada para Rasul serta segala puji bagi Tuhan sekalian alam.

Tafsir Depag RI : QS Al Baqarah 285

Akal Yang Menerima Al-Qur an, dan Akal adalah Hakim Yang Adil

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. sebelumnya. Seterusnya pengkaji akan mengemukakan beberapa cadangan yang

JABATAN PELAJARAN TERENGGANU SUMATIF 2 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2013 PENDIDIKAN ISLAM

MENGIKUT JAMAAH MUSLIMIN

Jawaban yang Tegas Dari Yang Maha Mengetahui dan Maha Merahmati

Berkahilah untuk ku dalam segala sesuatu yang Engkau keruniakan. Lindungilah aku dari keburukannya sesuatu yang telah Engkau pastikan.


IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 5 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

1223/2 SULIT BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN ISLAM SET 3 KERTAS 2 SATU JAM EMPAT PULUH MINIT

KONVENSION KEBANGSAAN ANJURAN MPN, AKEPT, PPSK (USM), PETALING JAYA HILTON HOTEL, SELANGOR, MEI 2013

ISI KANDUNGAN ABSTRAK PENGHARGAAN SENARAI RINGKASAN JADUAL TRANSLITERASI SENARAI JADUAL BAB : PENDAHULUAN. 1 Pendahuluan 1. 2 Latar Belakang Kajian 1

BAB I PENDAHULUAN. tertentu saja, melainkan seluruh individu yang mengaku dirinya muslim. 1

LAMPIRAN B. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saudara dan saudari yang budiman,

ISLAM IS THE BEST CHOICE

TAFSIR SURAT AN-NAS Oleh: Abdul Aziz Abdul Wahid, Lc.

Sunnah menurut bahasa berarti: Sunnah menurut istilah: Ahli Hadis: Ahli Fiqh:

Dari segi bahasa : menutupi atau mengingkari.

BAB I PENDAHULUAN. A. Latar Belakang Masalah dan Definisi Operasional. membudayakan manusia. Melalui pendidikan segala potensi sumber daya manusia

KALAM INSYA THALABI DALAM AL-QUR AN SURAT YUNUS (STUDI ANALISIS BALAGHAH) ARTIKEL. Oleh: DAHLIANI RETNO INDAH PURWANTI NIM: I1A213002

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

KOMPETENSI DASAR: INDIKATOR:

Adab makan berkaitan dengan apa yang dilakukan sebelum makan, sedang makan dan sesudah makan.

Iman Kepada KITAB-KITAB

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ ASWANZIE ABBYD BIN ZAINAL ABIDIN USTAZ MUHAMMAD ALI BIN JANAS MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

ة س ى اهو اهر خ اهر خ ى

MAKNA DUA KALIMAT SYAHADAT DAN KONSEKUENSINYA

BAGAIMANA CARA LEBIH MUDAH MEMAHAMI TAJWID?

BAB V PENUTUP. rumusan dan cadangan daripada penulis setelah melalui pelbagai proses pembelajaran,

1- Pengenalan Islam adalah Ad-Din yg sempurna berteraskan akidah tauhid yg tegak & kukuh dlm kehidupan muslim sebagai suatu sistem yg menyeluruh

(Kertas soalan ini mengandungi 3 soalan dalam 3 halaman bercetak)

BAB 1 : PENGENALAN. Walau bagaimanapun, Membeczka (2008) menyatakan bahawa pengajaran sebutan

Menerangkan pengertian akhlak mahmudah. Menjelaskan skop-skop akhlak mahmudah. Mengklasifikasikan akhlak mahmudah dalam Islam

BAB I PENDAHULUAN. rangka mencerdaskan kehidupan bangsa yang diatur dengan undang-undang.

BAB 7 ASPEK AL-QUR AN

BAB I PENDAHULUAN. Jika dibanding dengan makhluk lainnya, manusia adalah makhluk Tuhan

BAB KETUJUH RUMUSAN DAN CADANGAN. ayat bahasa Arab dan bahasa Melayu secara terperinci, maka terbuktilah di sana wujud

DEMOKRASI DALAM PANDANGAN ISLAM Oleh: Muhammad Asrie bin Sobri

TAFSIR SURAT AL-BAYYINAH

BAB I PENDAHULUAN. mencapai tujuan pendidikan yang diinginkan. Pendidikan adalah usaha sadar

Ada Dua Kali Hari Kebangkitan.. اقتباس المشاركة: من الموضوع: Kebangkitan Ada Dua Kali Hari

PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD S.A.W. MATI DALAM KEADAAN KAFIR ATAU SEBALIKNYA

SENARAI JADUAL. JADUAL : Interpretasi Skor Min Amat baik Baik Memuaskan Lemah.

AYAT AL-QUR AN TENTANG PERINTAH MENJAGA LINGKUNGAN DISUSUN OLEH: FUAD, M.Pd.I

Tafsir Depag RI : QS Al Baqarah 286

TEMA KAJIAN. 7. Penduduk surga dan neraka akan mendapatkan balasannya masing-masing

ISBN:

Post

Membangun Generasi Berdasarkan 5 Basic Skill Ala PESMA YKM

ISLAM dan DEMOKRASI (1)

FATWA DEWAN SYARI'AH NASIONAL NO: 81/DSN-MUI/III/2011 Tentang

MATERI UJIAN KOMPREHENSIF: KOMPETENSI KHUSUS. Meliputi ujian tentang ayat dan hadis yang berkaitan dengan bimbingan dan konseling

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK1913 Kaunseling Keluarga (Minggu 4)

BAB I PENDAHULUAN. samawi lain yang datang sebelumnya. Allah Swt. mewahyukan al-quran kepada

BAB 4 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. Keputusan kajian akan dianalisis dalam tiga bahagian seperti berikut:

ف ان ت ه وا و ات ق وا الل ه ا ن الل ه ش د يد ال ع ق اب

BAB I PENDAHULUAN. sesuai dengan penciptaan manusia. Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad

BAB I PENDAHULUAN. kebutuhan primer manusia sebagai makhluk sosial bahkan pada situasi tertentu,

YANG HARAM UNTUK DINIKAHI

Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat), dan terbelahlah bulan.

Pertanyaan : Apa yang dapat anda katakan pada kami tentang Bumi

Materi Halaqah Tarbawiyah Tamhidi TAFSIR SURAT AL-IKHLAS. Oleh: Abdul Aziz Abdul Wahid, Lc.

Iman dan Pengaruhnya dalam Kehidupan

MANAJEMEN JATIDIRI ( MJ )

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

KRITERIA MASLAHAT. FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 6/MUNAS VII/MUI/10/2005 Tentang KRITERIA MASLAHAT

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الا نبياء والمرسلين :و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد

Materi Kajian Kitab Kuning TVRI Edisi Ramadhan

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME (SET 12) TAJUK: LAPORAN AKHIR VIDEO THE UNSUNG HERO DISEDIAKAN UNTUK:

Ilmu Al-Qur an. -Pengantar - Pengertian Pisau Analisis - Manthuq & Mafhum - Haqiqi & Majazi - Muthlaq & Muqayyad

یحب أن تؤتى رخصھ كما یكره أن تؤنى معصیتھ. رواه أحمد

PENDIDIKAN AQIDAH TERHADAP ANAK DALAM PERSPEKTIF AL-QUR AN SURAT AL-BAQARAH 133

AL QUR AN SEBAGAI PEDOMAN BAGI MANUSIA

Iman Kepada Kitab-Kitab Allah Syaikh Dr. Abdul Aziz bin Muhammad Alu Abdul Lathif

Rancangan Pengajaran Harian (KSSR) Tahun 4

Matan Keyakinan dan Cita-cita Hidup Muhammadiyah

BAB KEENAM RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab terakhir ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian rumusan dan bahagian

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor 4 Tahun 2003 Tentang PENGGUNAAN DANA ZAKAT UNTUK ISTITSMAR (INVESTASI)

Maka dirikanlah shalat karena Rabbmu; dan berkorbanlah. (QS. al-kautsar:2)

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

BAB 5 : RUMUSAN DAN CADANGAN

MEMAHAMI KANDUNGAN AL-QUR AN DENGAN METODE MANHAJI NAUFAL AHMAD RIJALUL ALAM

ISLAM DAN TOLERANSI. Disampaikan pada perkuliahan PENDIDIKAN AGAMA ISLAM. MUHAMMAD ALVI FIRDAUSI, S.Si, MA. Modul ke: Fakultas TEHNIK

BAB I PENDAHULUAN. Diantara larangan Allah yang tertulis di Al-Qur an adalah tentang larangan

KANDUNGAN. Prakata Transliterasi

Transkripsi:

BAB KELIMA RUMUSAN DAN SARANAN 5.1. PENGENALAN Dalam bab ini penulis akan membuat kesimpulan terhadap apa yang telah dikaji mengenai penggunaan uslëb khabarê dalam surah Yasin dan seterusnya mencadangkan beberapa saranan kepada pihak-pihak yang mempunyai kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran, khususnya pengajaran al-quran dan bahasa Arab, mudah mudahan dengan saranan dan cadangan yang bakal dikemukakan ini dapat membantu semua pihak yang terlibat untuk mempertingkatkan usaha dalam menyebarkan ilmu Allah kepada jenerasi akan datang. 5.2 RUMUSAN Surah Yasin merupakan salah satu surah yang perlu dikaji, di dalamnya terdapat pelbagai uslëb atau gaya bahasa yang digunakan untuk menyampaikan risalah yang diturunkan melalui jibril kepada umat manusia. Di sini penulis akan merumuskan tentang apa yang telah dibincangkan mengenai surah ini, sama ada mengenai isi kandungan atau uslëb yang digunakan. 153

5.2.1. Surah Yasin. Surah Yasin merupakan jantung dan hati kepada kitab suci al-quran. Di dalamnya terdapat pelbagai pengajaran yang sangat diperlukan oleh manusia. UslËb yang disampaikan di dalamnya sangat indah dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan kepada pendengar. Di sebalik keindahan lafaz yang tersusun, tersirat makna yang dapat memimpin jiwa-jiwa yang memerlukan petunjuk daripada Allah. Pembukaan surah dengan dua huruf yang tidak mampu oleh akal manusia untuk membincangkannya iaitu huruf yé dan sên, sudah cukup untuk membuktikan bahawa al-quran ini datang daripada Yang Maha Berkuasa. Ia telah membuahkan pelbagai pandangan dalam kalangan pakar bahasa Arab dan ahli Tafsir, di mana mereka telah membahaskan tentang pembacaan huruf awal pembukaan surah dan juga apakah pengertian huruf di awal surah seperti ini. Akal manusia hanya amat terbatas. I rab dan pembacaan huruf yé dan sên juga telah mencabangkan pandangan ahli bahasa Arab, semuanya bertujuan mendapatkan makna sebenar bagi huruf pada awal surah, tetapi akhirnya mereka terpaksa akur, kerana ilmu yang dimiliki oleh manusia sangat terhad Pentafsiran ayat-ayat dalam surah Yasin juga dilakukan oleh ulama Tafsir mengikut pandangan dan hujah masing-masing. Aspek balaghah turut diperbincangkan oleh ahli bahasa Arab, terutamanya yang berkaitan dengan uslëb yang terkandung di dalamnya. Pemahaman tentang uslëb khabarê sangat membantu pembaca untuk memahami maksud sebenar kandungan ayat-ayat suci al-quran. 154

Isi kandungan surah Yasin difokuskan kepada permasalahan aqidah, terutamanya berkaitan dengan kekuasaan Allah, kejadian manusia, kehidupan, kematian dan kebangkitan semula, balasan terhadap apa yang dilakukan di atas dunia dan sebagainya. Surah ini sangat banyak fadhilah dan kelebihannya sebagaimana disebutkan dalam hadith nabi S.A.W. Ia boleh memberi syafaat dan menghapuskan dosa bagi sesiapa yang membaca dan mengamalkannya. Surah ini juga boleh dijadikan penawar dan ubat kepada segala penyakit sama ada penyakit zahir atau penyakit batin dengan keizinan Allah. Terdapat beberapa buah hadith yang menerangkan tentang kelebihan surah Yasin. Walaupun semua hadith yang dikemukakan sebagai bukti kelebihan dan fadhilat surah ini adalah merupakan hadith tidak sahih, tetapi ia tidak menghalang untuk diambilkira sebagai galakan amalan-amalan kebajikan, apatah lagi membaca al-quran dan mengamalkan ajaran-ajarannya itu jelas telah diterangkan oleh al-quran, bahawa ianya adalah sangat perlu bagi umat Islam, apatah lagi beramal dengan surah yang merupakan hati dan jantung kepada kitab yang merupakan pedoman kepada manusia sejagat. 5.2.2. UslËb KhabarÊ UslËb khabarê merupakan satu tajuk penting dalam ilmu al-ma anê. Ia berperanan menyampaikan maksud apa yang hendak disampaikan. UslËb khabarê terdiri daripada 3 bentuk iaitu, bentuk ibtidé i, ÏalabÊ dan inkérê. Bentuk ibtida Ê boleh dikenali melalui jumlah ismiyyah atau jumlah fi liyyah yang tidak disertai dengan sebarang huruf taukêd. Bentuk ÏalabÊ pula adalah jumlah yang mengandungi satu taukêd sebagai penegasan kepada 155

berita yang ingin disampaikan kepada pendengar, manakala bentuk inkérê pula adalah terbentuk daripada jumlah yang mengandungi lebih dari satu taukêd. Partikel atau huruf taukêd yang digunakan dalam ayat-ayat berbentuk ÏalabÊ dan inkérê adalah berbagai-bagai. Terdapat yang menggunakan huruf taukêd, ada juga yang menggunakan pengulangan perkataan dan juga pembentukan ayat yang berbentuk taqdêm dan ta khir, kesemua ini boleh dikategorikan sebagai ayat taukêd yang bertujuan untuk menegaskan berita. Tujuan penyampaian semua bentuk uslëb khabarê pada asalnya ialah untuk menyampaikan maklumat dan menguatkan kebenaran maklumat. Walau bagaimanapun terdapat tujuan lain di sebalik tujuan tersebut, antaranya ialah untuk menasihati, melahirkan sifat rahmat, menunjukkan kuasa, mengugut, memberi motivasi dan sebagainya. UslËb khabarê berbeza dengan uslëb insyé i kerana uslëb insyé i bertujuan untuk meminta melakukan sesuatu, manakala uslëb khabarê adalah untuk menyampaikan berita. Bentuk uslëb insyé i mengandungi antaranya kata arahan dan larangan tetapi uslëb khabarê hanya berbentuk jumlah khabariyyah atau ayat penyata sahaja. 156

5.2.3. Penggunaan UslËb KhabarÊ Dalam Surah Yasin. Dalam surah Yasin terdapat ketiga-tiga jenis uslëb khabarê iaitu Ìorbon ibtidé Ê, Ìorbon ÏalabÊ dan Ìorbon inkérê. Pengenalan uslëb khabarê dalam surah Yasin boleh dilihat melalui kaedah yang diterangkan dalam ilmu Balaghah, di mana bentuk ibtidé Ê boleh dilihat melalui sunyinya ayat itu daripada sebarang taukêd sebagimana pada ayat 10, 15. 17, 19 20, 22, 28, 32, 33, 34, 37, 38, 39, 40, 43, 44, 46, 49, 50, 51, 52, 53, 54, 61, 63, 65, 68, 69, 70, 72 dan 73, bentuk ÏalabÊ dibentuk dengan satu taukêd yang dapat dilihat pada ayat 2, 8, 9,11, 14, 18, 25, 41, 55, 60, 66, 67, 71, 76, 77 dan 82. Bentuk inkérê pula dibentuk daripada lebih daripada satu taukêd dan boleh dilihat pada ayat 3,7, 8, 12, 14, 16, 24 dan 62. Tujuan penggunaan uslëb khabarê dalam surah Yasin bukan sahaja untuk menyampaikan berita kepada pendengar dan bukan sahaja untuk penegasan, tetapi adalah untuk pelbagai penggunaan lain menepati apa yang dibincangkan dalam ilmu. Di sini penulis membawa beberapa contoh, antara penggunaannya ialah untuk penafian iaitu penafian terhadap pemberian hidayat kepada golongan kafir sebagaimana yang terdapat dalam ayat 8. Selain itu, melahirkan penyesalan juga dapat dilihat melalui uslëb khabarê, kenyataan ini boleh dilihat pada ayat 11 di mana Allah S.W.T melahirkan penyesalan terhadap apa yang berlaku kepada nabi Muhammad S.A.W ketika beliau tidak dapat menyeru manusia ke jalannya, Allah menerangkan dalam ayat tersebut bahawa 157

sesungguhnya hanya orang-orang yang menurut al-quran dan takut kepada Allah sahaja yang patut diberi peringatan. UslËb khabarê juga digunakan untuk memberi peringatan dan menggalakkan melakukan amalan kebaikan, penggunaan untuk tujuan ini boleh dilihat pada ayat 12 di mana dalam ayat ini Allah memberi peringatan kepada manusia bahawa sesungguhnya kelak Dia akan menghidupkan orang yang sudah mati, dan mereka akan dihitung atas segala amalan yang dilakukan, oleh itu mereka digalakkan melakukan amalan kebajikan supaya mereka mendapat balasan dan ganjaran sebaiknya nanti. Antara penggunaan lain seperti membuat pengakuan yang diterjemahkan melalui bentuk ÏalabÊ pada ayat 25 ketika seorang lelaki membuat pengakuan bahawa ia sesungguhnya mengaku akan keimanannya terhadap Allah S.W.T. Menggalakkan melakukan amalan kebajikan yang dapat dilihat pada ayat 55 ketika Allah memberitahu kepada manusia bahawa sesungguhnya ahli-ahli syurga itu sibuk menikmati pelbagai nikmat yang disediakan untuk mereka. Keterangan ini adalah untuk menggalakkan manusia berusaha lebih gigih dalam melakukan amalan kebajikan demi untuk mencapai syurga tersebut. UslËb khabarê juga digunakan untuk menerangkan sebab, sebagaimana dalam ayat 60 ketika Allah melarang manusia mengikuti syaitan, Dia menerangkan sebab tuntutan إ ن ه ل ك م ع د و م ب ي ن demikian kerana syaitan itu adalah musuh yang jelas bagi manusia 158

ي UslËb khabarê juga digunakan untuk memujuk iaitu dalam ayat 3 yang diturunkan dalam سل ر ال م ن ك ل م إ ن ن bentuk inkérê dengan menggunakan 2 partikel taukêd Untuk memberi nasihat iaitu pada ayat 24, apabila kita disuruh menyembah Allah dan tidak menyembah selainnya, kerana demikian itu adalah merupakan kesesatan yang amat besar sebagaimana dalam firman Allah: إ ذا ل ف ي ض ل ل م ب ي ن.إ ن ي Mengejek adalah antara tujuan penggunaan uslëb khabarê iaitu pada ه ذ ه ج ه ن م ال ت ي ك ن ت م ت و ع د و ن ayat 63. Menerangkan kebenaran nabi S.A.W boleh dilihat pada ayat 69-79-70. Melahirkan rahmat Allah terhadap hambanya melalui ayat 43, 44, 66, 67 di mana Allah tidak melakukan apa yang dikehendaki daripada azab dan seksaan kepada manusia, walaupun Dia mampu berbuat demikian. Untuk membuktikan kekuasaan Allah iaitu pada ayat-ayat dalam bentuk ÊbtidÉ Ê yang menggunakan sistem taqdêm dan ta khêr, iaitu pada ayat 33, 37, 41, 71 dan ayat 72. Keempat-empat ayat itu didahulukan khabar dan dikemudiankan mubtada, dan keempat-empat ayat itu menerangkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluknya. Selain itu terdapat ayat-ayat lain yang tidak menggunakan kaedah tadi tetapi masih menunjukkan kekuasaannya seperti 34, 37, 38, 39, 40, 73. Terdapat ayat-ayat yang berbentuk uslëb khabarê digunakan juga untuk menerangkan keadaan seperti dalam ayat 46 iaitu keadaan orang kafir apabila dibacakan ayat- ayatnya dan ayat 49-50 keadaan semasa manusia dibangkitkan dari kubur. 159

Terdapat banyak lagi penggunaan uslëb khabarê antaranya bukan sahaja digunakan untuk tujuan-tujuan yang disebutkan tadi, bahkan ia boleh menggantikanu uslëb insyé i sebagaimana yang terdapat dalam ayat dan و س و اء ع ل ي ه م أ أ ن ذ ر ت ه م أ م ل ت ن ذ ر ه م ل ي ؤ م ن ون إ ن م ا ت نذ ر م ن ات ب ع الذ ك ر و خ ش ي الر ح م ن ب ال غ ي ب ف ب ش ر ه ب م غ ف ر ة و أ ج ر ك ر ي م Ayat pertama merupakan cerita mengenai persamaan antara golongan kafir yang diberi peringatan dan yang tidak diberi peringatan, bahawa mereka adalah sama kerana mereka tidak akan beriman. Ayat ini digunakan sebagai arahan supaya meninggalkan mereka. Manakala ayat kedua pula pada zahirnya menceritakan tentang orang yang taat dan mengikuti perintah Allah hanya dari kalangan orang yang yakin dan mengetahui bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang dilakukan walaupun tidak dilihat oleh manusia atau sebaliknya. Ayat ini walaupun tidak berbentuk arahan, seolah-olah Allah menyuruh nabi terus menyampaikan dakwah tanpa berputus asa. 160

5.3 SARANAN Di sini penulis ingin mengajukan beberapa saranan kepada pihak-pihak tertentu agar dakwah, pengajaran dan pembelajaran berdasarkan al-quran lebih berkesan, antaranya saranannya ialah: 5.3.1 Saranan Kepada Para Pendakwah Melalui kajian terhadap uslëb khabarêê di dalam surah ini, penulis menyarankan kepada beberpa pihak supaya mengambil beberapa contoh yang dibentangkan dalam al-quran untuk menyeru manusia kepada jalan yang benar, dengan melihat kepada beberapa aspek penting yang perlu diketahui dan dimiliki oleh seorang pendakwah, antaranya seperti berikut: i. Mempunyai Ilmu Dalam menyampaikan dakwah perlu memiliki ilmu pengetahuan seperti berikut: a. Ilmu pengetahuan, merangkumi segala ilmu dalam pelbagai bidang b. Mengetahui latar belakang orang yang diseru atau mad Ë. Dalam menyampaikan ilmu atau menyampaikan dakwah, pendakwah mesti mempunyai maklumat tentang latar belakang orang yang diseru, kerana 161

ي melihat kepada ayat-ayat al-quran tadi terdapat pelbagai gaya bahasa yang digunakan untuk menyeru manusia yang berbeza-beza pengetahuan mereka, sekiranya pendakwah tidak menggunakan bahasa dan teknik yang betul mungkin sukar bagi pendengar untuk memahami dan menerima apa yang disampaikan. c. Ilmu tentang teknik berdakwah, kerana penggunaan teknik yang betul pada sasaran yang betul akan memberi kesan dalam menyampaikan dakwah. ii. Usaha Yang Berlipatganda Dalam berdakwah memerlukan usaha berganda, melihat kepada ayat-ayat taukêd yang digunakan dalam al-quran memberi bukti yang jelas kepada kita, bahawa dalam berdakwah itu bukan hanya satu kali tetapi memerlukan usaha yang berterusan dan berpanjangan, firman Allah: ن.إ ن Ayat ini digunakan 2 taukêd sebagai penegasan setelah orang سل ر ال م ن ك ل م kafir berkali-kali mengingkari kerasulannya. Ini jelas membuktikan bahawa dalam berdakwah memerlukan penegasan dan usaha yang berlipatganda untuk mencapai apa yang dikehendaki. 162

iii. Tidak Berputus Asa Tidak boleh bagi seorang pendakwah itu berputus asa 1 kerana Allah berfirman dalam al- Quran: Maksudnya:dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir. Surah Yusuf (12) : 87 5.3.2 Saranan Kepada Pihak-Pihak Lain Pembelajaran al-quran harus dipertingkatkan dari masa ke semasa agar ianya dapat dijadikan tunjang dan tunggak kepada ilmu-ilmu lain, sebagai langkah dan nadi untuk mempertingkatkan dan melancarkan lagi perkembangan ilmu ini penulis ingin membuat cadangan dan saranan kepada pihak-pihak berikut: i. Pelajar ii. ii. iv. Pensyarah dan pengajar al-quran Pengkaji dan penyelidik Jabatan v. Kementerian 1 Abdullah Nasih UlwÉn(tt), UqËbÉt FÊ TarÊq al-du Ét, Kaherah: DÉr al-salém Li al-tibé ah Wa al-nasyr Wa al-tauzi Wa al-tarjamah, hal.231 163

i. Saranan Kepada Pelajar Pelajar harus membaca dan mentelaah al-quran di masa lapang, sambil membaca al-quran di dalam bahasa Arab, mereka hendaklah memahami maksudnya tanpa memerlukan bantuan mana-mana terjemahan, dalam pada itu adalah diingatkan sekiranya memerlukan rujukan untuk memahami ayat yang tersirat maksudnya perlu dirujuk kepada kitab-kitab dan terjemahan yang boleh dipercayai, mereka juga perlu merujuk kebenaran sumber yang diperolehi sama ada berkaitan hukum-hakam, muamalah, akidah dan sebagainya dari al- Quran dan dalam buku-buku Tafsir yang tertulis dalam bahasa Arab, bukan dari terjemahannya, kerana sumber yang berbentuk terjemahan kemungkinan terdapat beberapa kesilapan sama ada yang disengajakan atau sebaliknya. Para pelajar perlu mahir dalam bidang bahasa Arab sama ada dalam bentuk Nahu, Sarf dan Balaghah kerana dalam al-quran terdapat ayat yang tidak dapat difahami maksudnya tanpa bantuan kaedah kaedah ilmu tersebut. ii. Saranan Kepada Pensyarah Dan Pengajar Al-Quran Fokus dalam mengajaran al-quran bukan sahaja terhadap isi kandungan yang terdapat pada zahir ayat tetapi perlu mengajar secara terperinci, memberi tumpuan terhadap makna perkataan dan perbezaan antara satu ayat dengan yang lain yang sama lafaznya. Pensyarah mesti mahir dalam ilmu Tafsir dan bahasa Arab. 164

iii. Saranan Kepada Pengkaji Al-Quran Seorang penafsir harus menguasai pelbagai ilmu-ilmu antaranya: a. Ilmu bahasa Arab sebab hanya dengan ilmu ini erti dan maksud perkataan dapat diketahui. b. Ilmu Nahu kerana erti sesuatu perkataan selalu berubah dan berbeza-beza menurut perbezaan kedudukannya di dalam struktur ayat. c. Ilmu TaÎÊif atau Øarf kerana dengan ilmu ini bentuk kosakata dan kalimat dapat diketahui. d. Ilmu al-isytiqéq (asal usul perkataan) sebab sesuatu perkataan mempunyai makna yang berbeza-beza apabila pengambilannya berasal dari dua akar kata yang berbeza. e. Ilmu al-ma'énê kerana dengan ilmu ini ciri-ciri struktur kalimat dapat diketahui dari segi indikasi maknanya. f. Ilmu al-bayén kerana dengan ilmu ini ciri-ciri struktur kalimat dapat diketahui dari segi perbezaannya berdasarkan kejelasan dan ketidakjelasan indikasinya. 165

g. Ilmu al-badi' kerana dengan ilmu ini keindahan kalimat dapat diketahui. h. Memperhatikan asbéb al-nuzël kerana ia penting dalam memahami dan menafsirkan al-quran. iv. Saranan Kepada Jabatan Memandangkan kaitan al-quran dan bahasa Arab, Jabatan perlu mewujudkan satu kursus yang membincangkan secara khusus tentang keindahan bahasa al-quran sama ada al- BayÉn, al-badê atau al-ma ÉnÊ supaya pelajar dapat melihat betapa indahnya bahasa al- Quran, Kursus Bahasa Arab seperti Nahu dan Sarf juga perlu diajarkan kepada pelajar, kerana ia amat penting untuk mengetahui sesuatu kosakata yang selalu berubah-ubah mengikut perbezaan statusnya di dalam struktur kalimat, Kedua-dua ilmu ini amat penting dalam membantu pelajar memahami bahasa Arab dan seterusnya memahami bahasa al- Quran secara keseluruhan tanpa bantuan terjemahan. v. Saranan Kepada Kementerian Pelajaran Bukan hanya individu tertentu yang perlu mengambil langkah dan bertanggungjawab untuk mempertingkat kualiti pengajaran dan pembelajaran al-quran. Kementierian, khasnya Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertanggungjawab secara langsung perlu sama-sama mengambil tindakan proaktif dalam 166

merangka dasar dan stratigi dalam mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran al-quran dengan mengambil kira beberapa aspek seperti berikut: a. Sukatan Kementerian perlu menyediakan sukatan bahasa Arab dan al-quran yang sesuai dengan pelajar Melayu supaya mereka memahaminya dengan baik, sukatan juga harus sesuai dengan peringkat umur pelajar dan selaras dengan sukatan matapelajaran akademik, sebagai contoh sekiranya dalam subjek sains mereka mempelajari tentang binatang, maka dalam Pendidikan Islam juga perlu berkaitan binatang supaya pelajar lebih mengenali ciptaan Allah melalui apa yang mereka pelajari. b. Teknik Teknik tradisi dalam pengajaran al-quran dan bahasa Arab tidak relevan untuk masa kini, walaupun penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang berbentuk visual dan careka padat (cd) telah diperkenalkan tetapi penggunaannya di kalangan guru terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar masih tidak berleluasa. Kursus dan galakan menggunakan teknik-teknik baru menggunakan ICT dalam pengajaran bahasa Arab dan al-quran perlu dipertingkatkan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan boleh menyuntik semangat ingin belajar dalam kalangan pelajar. 167

c. Guru Berbalik kepada pengajaran pendidikan Islam, guru merupakan unsur terpenting dalam membina sahsiah dan juga kemahiran pelajar. Contohnya, dalam kemahiran membaca al- Quran, kebolehan dan keelokan bacaan pelajar ialah bergantung kepada bagaimana guru membaca sebagai bacaan contoh kepada mereka. Jika bacaan guru baik dari segi makhraj dan sifat huruf, panjang pendek, dengung dan lagunya, maka bacaan pelajar juga akan turut baik. Demikian juga sebaliknya, pelajar tidak akan dapat membaca dengan baik jika tidak ada contoh bacaan yang baik daripada guru. Pemilihan guru yang betul-betul mahir dalam ilmu al-quran akan membantu dalam meningkatkan kualiti peangajaran al-quran. Kementerian juga perlu mengimbangkan bilangan guru dan pelajar supaya pengajaran dan pembelajaran lebih efektif kerana belajar al-quran bukan sahaja secara teori tetapi memerlukan praktikal dan pengawasan guru secara individu. d. Pelajar Kementerian perlu menjadikan subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sebagai subjek teras yang wajib diambil oleh semua pelajar beragama Islam di kedua-dua peringkat Sekolah Rendah dan Menengah kerana Pendidikan Islam dan Bahasa Arab terutamanya al- Quran merupakan teras dalam mendidik jiwa dan rohani, dan merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mencegah masalah sosial dalam masyarakat daripada terus berleluasa, seterusnya dapat melahirkan pelajar yang berpotensi dan berketerampilan unggul. 168

5..4 PENUTUP Mudah-mudahan dengan kajian ini dapat membantu pengkaji, pengajar mahupun pendakwah memahami aspek aspek penting dalam menggunakan bahasa untuk mencapai maksud sebenar yang hendak disampaikan, dan dapat digunakan untuk menyeru manusia ke jalan yang benar. Apa yang menjadi kewajiban manusia adalah untuk berpegang teguh pada kitab suci al-quran al-karim yang diturunkan oleh Allah S.W.T, dan menerimanya sebagai satusatunya petunjuk hidup. Dalam salah satu ayat, Allah menyeru: Maksudnya: Dan al-quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat. Surah al-an Ém (6) : 155 Dalam beberapa ayat-nya yang lain, Allah menegaskan: Maksudnya: Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir. Surah al-kahf (18) : 29 169

Maksudnya: Sekali-kali jangan (demikian) Sesungguhnya ajaranajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan, maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya. Surah Abasa (80) : 11-12 Dan akhir sekali, kita perlu ingat bahawa hakikat yang tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa bahasa Arab adalah bahasa yang dipilih oleh Allah S.W.T. sebagai bahasa al- Quran. Disebabkan sumber utama Islam tertulis dalam bahasa Arab, maka wajarlah bahasa ini dijamin terpelihara keutuhannya hingga ke akhir zaman.firman Allah dalam al-quran إ ن ا ن ن ن ز ل ن ا الذ ك ر و إ ن ا ل ه ل اف ظ ون Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah turunkan al-quran dan kami akan memeliharanya Surah al- ijr (8) : 9 170