Malay. 1 Soalan: Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang saya telan, suntik atau gunakan pada tubuh saya.

dokumen-dokumen yang mirip
Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

1.0 Langkah-langkah Sebelum Latihan Mengajar

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON

PERATURAN PRAKTIKUM UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

FASAL III CUTI HARI REHAT Hari Ahad atau hari Jumaat di mana berkenaan dan hari Sabtu akan dianggap sebagai Hari Rehat Mingguan yang biasa.

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA

GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan 1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mesti mengikuti kriteria-kriteria berikut:

Polisi Privasi Smiggle

POLISI CUTI JOHOR CORPORATION. Johor Corporation menyediakan kemudahan / faedah cuti seperti berikut :-

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. (UPM ET)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT

Peraturan Pelaksanaan Pertandingan Abilympics Malaysia

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM41.20

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

TERMA & SYARAT PERADUAN

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

Jadual Manfaat JUMLAH YANG DIINSURANSKAN (RM) KELUARGA PELAN INDIVIDU PELAN. 1. KEMALANGAN DIRI Kematian Akibat Kemalangan 300,000 50,000

PRAKTIKUM PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

,ffi, 1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai garis panduan

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

Soalan Lazim Ditanya

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENYELIDIKAN (PENYELIAAN) (P )

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Peraduan Menangi Percutian Ke Disneyland TOKYO bersama NESTLÉ BLISS GO Syarat dan Peraturan Peraduan

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK

SOALAN LAZIM INSENTIFMREPC

PruBSN Anugerah. Sentiasa disisimu.

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA KE-XV PERLIS 2018

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

Polisi Privasi. Pengenalan

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

NESTLE# #LEE AH MOY# #RM32.60

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ICT UNTUK STAF UPNM

Menghormati pekerja di seluruh dunia. 1.1 Tiada buruh paksa, terikat atau penjara paksaan.

Jadual Keempat. (Subperenggan 6(l)(m)(ii)) AKTA INDUSTRI PELANCONGAN PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DAN

D.R. 20/2007 RANG UNDANG-UNDANG MAKMAL PATOLOGI 2007

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PEREKRUTAN

jika Bank mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa permintaan, arahan atau perintah tersebut akan menjejaskan Bank,

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8).

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

'Doping' adalah penggunaan bahan atau kaedah yang diharamkan untuk meningkatkan prestasi sukan oleh atlit.

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Giro Takaful Pelindung

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Deskripsi Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan DESKRIPSI STANDARD KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK)

TERMA-TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AUDIT

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

Program Membangunkan Keupayaan ICT MKM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

ID BIG SHOT YANG TELAH DIPERUNTUKKAN DAN KAD KESETIAAN BIG TIDAK DIPERIBADIKAN

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Transkripsi:

Malay 1 Soalan: Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang saya telan, suntik atau gunakan pada tubuh saya. Semua atlet perlu proaktif untuk bertanya supaya kerjaya sukan mereka tidak terjejas. Jika anda mempunyai sebarang soalan BERTANYALAH! Jika anda tidak 100% pasti dengan ramuannya atau tidak tahu tentang status bahan JANGAN AMBIL! 2 Soalan: Hanya atlet yang bertanding dalam Olimpik, Paralimpik dan Kejuaraan Dunia tertakluk kepada kawalan doping. Jawapan: Salah Banyak negara dan persekutuan antarabangsa mempunyai program antidoping. Ini bermakna jika anda sebahagian daripada pasukan kebangsaan, anda boleh diuji sama ada semasa pertandingan atau di luar pertandingan, di rumah anda atau di tempat latihan. 3 Soalan: WADA bermaksud: Pentadbiran Antidoping Dunia, Agensi Antidoping Dunia? Jawapan: Agensi Antidoping Dunia Misi Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) adalah untuk mempromosi, menyelaras dan memantau perjuangan membanteras doping dalam sukan di peringkat antarabangsa dalam semua bentuk. 4 Soalan: Jika sesuatu ubat boleh digunakan di negara saya, adakah selamat jika saya menggunakan jenama yang sama yang dibeli di luar negara? Jawapan: Salah Sesetengah ubat mempunyai ramuan yang agak berbeza apabila dibeli di negara yang berlainan. Dalam sesetengah kes, bahan ini mungkin bahan larangan. Anda mestilah memeriksa ramuannya dengan teliti dan dapatkan nasihat doktor, jika anda tidak pasti. 5 Soalan: Berapakah bilangan maksimum ujian ke atas atlet setiap tahun? a. 2 b. 5 c. 20 d. Tidak terhad Jawapan: Tidak terhad Tiada had bagi bilangan ujian ke atas atlet pada setiap tahun termasuk ujian di dalam pertandingan, di luar pertandingan, secara rawak atau sasaran. 6 Soalan: Analisis urin bagi mengesan bahan atau kaedah larangan dalam sukan boleh dijalankan di mana-mana makmal dengan kelengkapan asas? Jawapan: Salah Analisis urin untuk mengesan bahan atau kaedah larangan dalam sukan hanya dijalankan di makmal yang menepati piawaian tinggi WADA dan telah diiktiraf. 1/7

7 Soalan: Jika makanan tambahan dibeli dari farmasi (di atas kaunter), ia pastinya dibenarkan dalam sukan. Jawapan: Salah Mengambil makanan tambahan dan/atau sebarang bahan adalah atas risiko anda sendiri. Banyak makanan tambahan mengandungi bahan larangan. Oleh sebab industri makanan tambahan tidak dikawal selia di banyak negara, adalah penting supaya anda benar-benar tahu apa yang terkandung di dalam produk itu. PANDUAN: Jika makanan tambahan itu dipromosi secara keterlaluan, berkemungkinan ia bahan yang dilarang. Cara lain untuk mengambil makanan tambahan adalah dengan memperbaiki program pemakanan anda. 8 Soalan: Apabila saya sakit, saya boleh dikecualikan daripada mengambil SEBARANG ubat yang membantu saya pulih semula? Jawapan: Salah Jika anda menghidap selesema, demam atau demam alergi, JANGAN ambil sebarang ubat atau bahan sebelum memastikan ia tidak mengandungi bahan larangan. Ini termasuklah bahan di atas kaunter dan ubat daripada doktor anda. Ingat, ujian positif tetap ujian positif walau apapun sebabnya. 9 Soalan: Jurulatih atau doktor yang membantu atau menggalakkan atlet mengambil bahan larangan boleh dikenakan hukuman jika ujian atlet didapati positif? Menggalakkan atau membantu atlet menggunakan bahan atau kaedah larangan dianggap sebagai pelanggaran doping yang serius dan hukuman akan dikenakan di bawah Kod Antidoping Dunia. 10 Soalan: Soalan: Pegawai Kawalan Doping mestilah memaklumkan kepada atlet bahawa mereka akan diuji dalam tempoh beberapa jam sebelum mereka tiba? Jawapan: Salah Jika boleh, pengujian tidak memerlukan notis awal. Ini bermakna bahawa Pegawai Kawalan Doping (DCO) boleh menjalankan ujian pada bila-bila masa, dan di mana-mana sahaja. Walau bagaimanapun, DCO dijangka dapat menggunakan budi bicara mereka agar tidak menimbulkan kesulitan yang tidak sepatutnya kepada atlet. 11 Soalan: Soalan: Sebaik sahaja sampel dikumpul dan dikedap udara, dan borang telah diisi dengan lengkap, adakah sebarang cubaan untuk membuka, mencemarkan atau mengubah sampel dapat dilihat dengan ketara? Atlet seharusnya berasa yakin bahawa sampel mereka tidak boleh diubah. Selain itu, makmal akan melaporkan sebarang keraguan yang timbul tentang integriti sampel sebelum dianalisis. 12 Soalan: Atlet boleh menolak untuk hadir di stesen kawalan doping jika dia terlalu sibuk? Jawapan: Salah Keengganan untuk hadir di stesen kawalan doping boleh dikenakan hukuman yang sama seperti ujian positif. Jika atlet enggan mengambil ujian setelah dimaklumkan, dia mestilah memberikan penjelasan berhubung dengan keengganannya di dalam borang yang berkenaan dan memaklumkan badan pentadbiran seberapa segera yang mungkin. 13 Soalan: Soalan: Apabila diminta, jurulatih saya boleh menemani saya ke Stesen Kawalan Doping? Setiap atlet berhak mempunyai wakil untuk menemaninya ke Stesen Kawalan Doping. 2/7

14 Soalan: Soalan: Saya perlu menggunakan kelengkapan pengumpul sampel yang saya pilih; walaupun saya rasa kelengkapan itu mungkin telah diubah atau didapati kotor... Saya tidak boleh meminta yang lain. Jawapan: Salah Anda seharusnya diberikan beberapa set kelengkapan pengumpul sampel yang kedap udara supaya anda boleh membuat pilihan. Jika anda tidak berpuas hati dengan kit pengujian yang telah anda pilih, anda boleh meminta kit yang lain dan permintaan anda akan dilayan. 15 Soalan: Soalan: Saya seharusnya memberitahu doktor bahawa sebagai seorang atlet saya tertakluk kepada kawalan doping dan tidak seharusnya menggunakan bahan larangan. Doktor anda mesti tahu yang anda seharusnya diberi ubat selain daripada ubat yang terkandung di dalam senarai larangan. Jika tiada alternatif lain, anda perlu memohon Pengecualian Penggunaan Terapeutik (TUE) melalui Persekutuan Antarabangsa anda, atau Organisasi Anti-Doping Kebangsaan sebelum anda boleh menggunakan sesuatu ubat. Prosedur untuk mengendalikan kes kecemasan ada disediakan yang harus diketahui oleh doktor anda. 16 Soalan: Soalan: Jika anda tidak dapat memberikan jumlah urin yang dikehendaki, anda akan diminta untuk mengambil ujian darah selain ujian urin anda? Jawapan: Salah Jika anda tidak dapat memberikan jumlah urin yang dikehendaki, sampel anda yang tidak cukup itu akan dikedap udara dan direkodkan, dan setelah bersedia, anda perlu memberikan sampel sehingga isipadu yang dikehendaki dipenuhi. 17 Soalan: Soalan: Selalunya tiada masalah untuk mengambil ubat daripada seseorang yang anda percaya, walaupun anda tidak tahu apa kandungan ubat itu? Jawapan: Salah Atlet seharusnya sentiasa tahu apa yang dimasukkan ke dalam sistem tubuh mereka. Mengambil ubat tanpa mengetahui kandungan ubat akan mengakibatkan ujian dadah positif dan boleh membahayakan kesihatan anda. 18 Soalan: Soalan: Jika Pegawai Kawalan Doping datang ke rumah anda untuk menjalankan ujian di luar pertandingan, anda boleh meninggalkan bilik anda sendirian untuk melakukan apa-apa sahaja? Jawapan: Salah Anda mestilah melindungi integriti sampel anda dengan berada di samping Pegawai Kawalan Doping pada setiap masa sehingga ujian selesai. Jika anda perlu meninggalkan bilik, maklumkan kepada Pegawai Kawalan Doping, yang akan menemani anda. 19 Soalan: Soalan: Jika saya telah menjalani ujian di luar pertandingan selama seminggu, adakah ia akan mengambil masa beberapa minggu lagi sebelum ujian saya yang berikutnya? Jawapan: Salah Mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum ujian anda yang berikutnya, atau mungkin hanya beberapa hari, malah beberapa jam. Ada kebaikannya menjalankan lebih daripada satu ujian dalam tempoh yang singkat kerana ia mengelakkan berlakunya penipuan dan rasa selamat untuk terus menipu. 20 Soalan: diuji. Soalan: Jika Pegawai Kawalan Doping (DCO) tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, saya boleh menolak untuk DCO mestilah menunjukkan bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menjalankan ujian dan mereka adalah daripada pihak berkuasa pengumpulan sampel yang diiktiraf. Jika tidak, nyatakan di dalam borang yang berkenaan, dan tandatangan, serta simpan satu salinan. Hubungi persekutuan anda dengan kadar segera. 3/7

21 Soalan: Orang yang menerima sampel saya di makmal akan tahu siapa saya? Jawapan: Salah Dokumentasi yang disertakan pada sampel yang dihantar ke makmal tidak akan mendedahkan identiti anda. Maklumat yang diterima oleh makmal hanyalah tentang sukan/acara/jantina/persekutuan dan tarikh ujian. 22 Soalan: Soalan: Program TUE memberikan peluang kepada atlet untuk memohon rawatan bagi keadaan perubatan yang serius dengan menggunakan bahan larangan. TUE singkatan bagi: a. Pengecualian Penggunaan Terapeutik b. Kelengkapan Penggunaan Terapeutik Jawapan: Pengecualian Penggunaan Terapeutik Atlet peringkat antarabangsa hendaklah menyerahkan permohonan Pengecualian Penggunaan Terapeutik (TUE) mereka kepada Persekutuan Antarabangsa mereka, manakala atlet peringkat kebangsaan hendaklah menyerahkan borang mereka kepada Agensi Antidoping Kebangsaan. TUE diberikan untuk ubat tertentu dengan dos yang ditetapkan dan bagi tempoh yang tertentu. 23 Soalan: Soalan: Senarai bahan larangan (prohibited list) membolehkan anda mengenal pasti bahan dan kaedah yang dilarang di dalam pertandingan dan di luar pertandingan. Senarai Larangan disemak semula setiap tahun oleh panel pakar antarabangsa dan versi yang dikemas kini akan berkuat kuasa pada 1 Januari setiap tahun. Semua atlet hendaklah memastikan mereka tahu maklumat paling terkini berkaitan dengan Senarai itu yang boleh dilayari dalam laman web WADA www.wada-ama.org. 24 Soalan: Soalan: Walaupun saya cedera dan tidak bertanding, saya masih perlu menyerahkan borang keberadaan saya ke badan sukan yang berkaitan jika mereka perlu mengesan saya untuk ujian dadah. Sebagai seorang atlet, anda mestilah menyerahkan maklumat keberadaan anda walaupun anda tidak bertanding disebabkan cedera atau sakit supaya pertubuhan antidoping boleh mengesan anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. 25 Soalan: Soalan: Saya boleh diminta menjalani ujian dadah semasa pertandingan, walaupun saya tidak bertanding. Jika anda dinamakan sebagai ahli dalam pasukan, anda boleh dimasukkan dalam pemilihan untuk kawalan doping, sama ada anda bertanding atau tidak. 26 Soalan: Soalan: Jika ujian anda didapati positif bagi bahan larangan, anda berhak: a. memohon sampel B dianalisis b. menghadiri atau menjadi wakil ketika membuka dan menganalisis sampel B c. memohon salinan pakej dokumentasi makmal d. Semua yang di atas Jawapan: Semua yang di atas Kod Antidoping Dunia bertujuan memastikan hak atlet dihormati. 27 Soalan: Soalan: Berapa kerapkah Senarai Larangan dikemas kini? a. Sekali sebulan b. Sekurang-kurangnya sekali setahun c. Sebelum setiap Sukan Olimpik dan Paralimpik d. Tidak pernah dikemas kini Jawapan: Sekurang-kurangnya sekali setahun Senarai Larangan disemak semula setiap tahun oleh panel pakar antarabangsa dan versi dikemas kini akan berkuat kuasa pada 1 Januari setiap tahun. Ia juga boleh dikemas kini setiap kali timbul keperluan. Semua atlet hendaklah memastikan mereka tahu maklumat paling terkini berkaitan dengan Senarai itu yang boleh dilayari dalam laman web WADA www.wada-ama.org. 4/7

28 Soalan: Soalan: Apabila saya diberitahu untuk menjalani ujian doping, perlukah saya melapor diri serta merta ke Stesen Kawalan Doping? a. Ya b. Tidak saya diberi satu jam c. Saya boleh melapor diri apabila saya bersedia d. Tidak saya diberi 24 jam Jawapan: Ya Apabila anda diberi notifikasi oleh Pegawai Kawalan Doping (DCO) atau pengiring (chaperone) untuk menjalani ujian doping, anda hendaklah melapor diri ke Stesen Kawalan Doping serta merta melainkan ada sebabsebab yang munasabah untuk penangguhan. Walaupun dibenarkan atas sebab yang munasabah, anda mesti berada dalam pemerhatian DCO atau pengiring sepanjang masa sehingga anda memberikan sampel. 29 Soalan: Jawapan: Salah Soalan: Jika saya digantung dalam sukan yang saya ceburi, saya boleh bertanding dalam sukan lain. Jika anda digantung kerana kesalahan anti-doping (ADRV), anda tidak dibenarkan bertanding dalam apa-apa pertandingan atau aktiviti di mana-mana peringkat sepanjang tempoh penggantungan. 30 Soalan: Jika saya diuji positif di negara asal, saya boleh bertanding untuk negara lain. Jawapan: Salah Jika anda didapati melakukan kesalahan anti-doping (ADRV), rekod tersebut diiktiraf oleh semua pihak yang telah menandatangani World Anti-Doping Code. Oleh itu, sepanjang tempoh penggantungan, anda tidak boleh bertanding untuk negara lain. 31 Soalan: Soalan: Adakah saya dikira telah melakukan kesalahan anti-doping (ADRV) jika saya mengambil makanan tambahan yang dicemari bahan terlarang? Jawapan: Ya Mengikut prinsip strict liability, atlet bertanggungjawab terhadap apa-apa bahan terlarang yang dikesan di dalam tubuh mereka. Anda akan dikenakan tindakan atas Kebarangkalian Kesalahan Anti-Doping (Potential ADRV) walaupun anda tidak berniat menggunakan bahan terlarang tersebut. Oleh itu, sentiasa berhati-hati dengan setiap bahan, makanan (terutamanya daging yang terdapat di negara-negara tertentu), atau makanan tambahan yang anda makan. 32 Soalan: Soalan: Siapakah pihak yang menentukan kelulusan permohonan Therapeutic Use Exemption (TUE), yang membenarkan anda mengambil bahan terlarang untuk tujuan perubatan? a. Jawatankuasa yang dianggotai atlet b. Sekumpulan pegawai professional yang bertugas dengan persatuan sukan kebangsaan/antarabangsa c. Jawatankuasa yang dianggotai pakar perubatan d. The president of the national or international sports federation Jawapan: Jawatankuasa yang dianggotai pakar perubatan Selepas menghantar permohonan TUE kepada organisasi anti-doping yang relevan (persatuan sukan antarabangsa, NADO dan/atau penganjur acara sukan), perkara tersebut akan dinilai oleh panel doktor perubatan bebas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Therapeutic Exemption Committee (TUEC). TUEC bagi persatuan sukan antarabangsa, NADO dan penganjur acara sukan beranggungjawab meluluskan atau menolak permohonan anda. 33 Soalan: Soalan: Jika saya ingin menghormati sukan yang saya ceburi dan menjadi atlet terbaik, saya perlu: a. Mengakui bahawa kemenangan adalah perkara yang paling penting b. Melakukan apa sahaja untuk mendapat kelebihan c. Tahu yang kegagalan bermaksud saya telah melakukan kesilapan d. Tiada mana-mana di atas Jawapan: Tiada mana-mana di atas Usaha keras, dedikasi dan mengambil pengajaran daripada pengalaman adalah penting untuk menjadi atlet yang terbaik dalam sesuatu sukan. Walaubagaimanapun, melakukan apa sahaja demi kemenangan tanpa mengambil kira aspek kesihatan, rakan pesaing dan peraturan adalah bercanggah dengan semangat kesukanan yang sebenar. 5/7

34 Soalan: Soalan: Atlet yang melakukan perbuatan doping menjejaskan hak atlet lain untuk bertanding dalam sukan yang adil dan bersih. Jawapan: Betul Apabila atlet menipu (doping), mereka tidak lagi bertanding secara adil dengan semangat kesukanan yang sebenar. Melanggar peraturan anti-doping adalah sama seperti melanggar peraturan pertandingan yang telah dipersetujui oleh atlet sebagai syarat untuk menyertai kejohanan dan bertanding dengan adil. 35 Soalan: Soalan: Siapakah individu yang diberi kebenaran untuk mengambil sampel darah? a. Pegawai Pengambilan Darah yang berkelayakan b. Pegawai Kawalan Doping (DCO) yang berkelayakan c. Pengiring (chaperone) yang berkelayakan d. Semua di atas Jawapan: Pegawai Pengambilan Darah yang berkelayakan Pegawai Pengambilan Darah ialah individu yang berkelayakan dan diberi kuasa oleh organisasi antidoping (ADO) untuk mengambil sampel darah daripada atlet. 36 Soalan: Soalan: Setelah memberikan sampel (darah dan/atau urin), berapa lamakah sampel tersebut boleh disimpan dan dianalisis semula? a. Tempoh yang tidak ditentukan b. 10 tahun c. 2 tahun d. Tidak boleh disimpan Jawapan: 10 tahun Semua sampel boleh disimpan sehingga tempoh sepuluh tahun dan boleh dianalisis semula pada bilabila masa sepanjang tempoh ini. Bahan terlarang yang tidak dapat dikesan sebelumnya berkemungkinan dapat dikesan dan atlet akan dikenakan tindakan dan seterusnya, hilang kelayakan selepas tarikh ujian asal. 37 Soalan: Ujian positif ialah satu-satunya cara atlet dikenakan tindakan penggantungan. Jawapan: Salah Kehadiran bahan terlarang di dalam sampel atlet merupakan 1 daripada 10 kesalahan anti-doping. Kegagalan atau keengganan memberi sampel, memiliki bahan terlarang, penglibatan dan mempunyai hubung kait dengan individu yang melakukan kesalahan anti-doping merupakan antara kesalahan di mana atlet boleh dikenakan tindakan penggantungan. 38 Soalan: Soalan: Saya boleh digantung jika mempunyai hubung kait dengan jurulatih, doktor atau kakitangan sokongan yang sedang menjalani tempoh hukuman berkaitan kesalahan anti-doping. Jawapan: Betul Hubung kait yang dilarang merupakan kesalahan anti-doping yang boleh dikenakan tindakan penggantungan. Jika seseorang atlet didapati melakukan hubung kait dengan individu yang telah dikenakan tindakan kerana kesalahan anti-doping, atlet tersebut berdepan dengan tindakan penggantungan jika dia tidak menghiraukan nasihat bertulis oleh organisasi anti-doping atau WADA mengenai status individu itu dan implikasi hubung kait tersebut. 39 Soalan: Soalan: Jika saya dapati bahawa sukar untuk mengamalkan diet seimbang oleh kerana kesibukan, saya boleh mengambil makanan tambahan (supplement) untuk mendapatkan nutrisi tambahan yang diperlukan untuk prestasi saya. Jawapan: Salah Bukti yang menunjukkan bahawa makanan tambahan (supplement) boleh membantu atlet mencapai tahap prestasi terbaik amatlah terhad. Tambahan pula, sesetengah makanan tambahan boleh mengundang masalah kesihatan dan risiko doping. Tiada organisasi boleh memberi jaminan terhadap kandungan sesuatu makanan. Oleh itu, pemakanan seimbang dan diet semulajadi merupakan cara terbaik untuk meningkatkan prestasi dalam bersukan. 6/7

40 Soalan: Soalan: Jika saya tahu sesuatu makanan tambahan (supplement) telah melalui proses kawalan kualiti, saya boleh berasa yakin yang ia tidak mengandungi apa-apa bahan yang dilarang. Jawapan: Salah Tiada jaminan bahawa makanan tambahan (supplement) tersebut bebas daripada bahan terlarang kerana tiada kawal selia yang dijalankan terhadap industri ini. Tiada organisasi yang boleh memberi jaminan keselamatan apa-apa makanan tambahan (supplement) atau kandungannya. Oleh itu, pemakanan seimbang dan diet semulajadi merupakan cara terbaik untuk meningkatkan prestasi anda dalam bersukan. 7/7