PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 3 TAHUN 2012 GARIS PANDUAN ETIKA PAKAIAN STAF UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

dokumen-dokumen yang mirip
PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1985 (PAKAIAN MASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI AWAM)

ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

PANDUAN PAKAIAN BEKERJA DAN UPACARA RASMI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 14/2007 PERATURAN PAKAIAN DAN PEMAKAIAN KE PEJABAT DAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS RASMI MARA

1.0 OBJEKTIF PANDUAN PAKAIAN SEMASA BEKERJA Pakaian Staf Lelaki. 2.2 Pakaian Staf Wanita. 2.3 Pakaian Seragam. 2.4 Baju Korporat MKM

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2006

PERATURAN BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 1 TAHUN 2011

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR) 2014

KOD ETIKA PAKAIAN STAF 2011

AKU JANJI PEMATUHAN KEPADA ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR

KANDUNGAN. "Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." Tujuan. Definisi. Panduan Pakaian Semasa Bekerja

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 5 TAHUN 2012

MAJLIS AMANAH RAKYAT. Terima kasih di atas kesudian saudara/i menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA 2016.

Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2016 akan diadakan pada 29 November Disember 2016

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEEMPAT POLITEKNIK METrO KUANTAN

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

SYARAT DAN PERATURAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS PENYAMPAIAN DIPLOMA PROGRAM EKSEKUTIF UTMSPACE 2017

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KETIGA POLITEKNIK METRO KUANTAN

TATATERTIB & SURCAJ Pejabat Pendaftar Universiti Teknologi MARA, Shah Alam Malaysia

PAKAIAN DAN PERALATAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ KIBLAH (BERKUATKUASA JANUARI 2011)

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN TATACARA BERPAKAIAN UNTUK PENERIMA DAN TETAMU SEMASA MENGHADIRI RAPTAI DAN HARI ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METRO KUANTAN KALI PERTAMA

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN KESELAMATAN STAF UNIVERSITI

BAYARAN UPAH JAHIT DAN KASUT KULIT PAKAIAN SERAGAM

PEKELILING PENDAFTAR

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

PEKELILING PENDAFTAR

PEKELILING PENDAFTAR

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN

POLISI PAKAIAN SERAGAM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PERATURAN & SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN SPM KATEGORI A DAN B (SPM ) 04 JUN 2017

SENARAI SEMAK GRADUAN

MAKLUMAT ISTIADAT KONVOKESYEN KE-15 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-15 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

LAMPIRAN A. ARAHAN PENTADBIRAN PEMILIHAN PEGAWAI KADET DAN PELAJAR AWAM UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 1. Pengenalan

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR

1.1 Penyertaan graduan ke Majlis Konvokesyen dan tuntutan Diploma hanya sah setelah menyempurnakan perkara-perkara berikut:

SILA TELITI DAN FAHAMI KANDUNGAN BERIKUTNYA UNTUK MEMBANTU GRADUAN MENJAYAKAN MAJLIS KONVOKESYEN DENGAN SEMPURNA. MAJLIS KONVOKESYEN

MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-15. Makluman Penting Kepada Bakal Graduan. Pusat Pengajian Pascasiswazah

PERINGATAN SLIP/SIJIL SPM BAGI CALON PELAJAR LULUSAN SPM SEMUA DOKUMEN ASAL

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-16 POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH AMBILAN JANUARI 2010 DAN AMBILAN JUN 2009 SERTA KDPM KDC AMBILAN JAN 2007

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

PERATURAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA IBNU KHALDUN SAMARAHAN.

Universiti Malaysia PAHANG

POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU PANDUAN PENDAFTARAN SESI DISEMBER 2011 TARIKH : 11/12/2011

BUKU MAKLUMAT & JEMPUTAN GRADUAN KONVOKESYEN PERDA-TECH KE 7

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

BUKU PANDUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KALI KE

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG SURAT PEKELILING PENTADBIRAN BIL. 3 TAHUN 2007 TAPISAN KESELAMATAN

Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti.

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

MAKLUMAT / PERATURAN & SYARAT ISTIADAT KONVOKESYEN KE-14 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

POLISI PAKAIAN SERAGAM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG. 1.1 Ketua Jabatan bermaksud Dekan/Pengarah/Ketua di Pusat Tanggungjawab.

3. Tujuan Peperiksaan : i. Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi jawatan Pembantu Tadbir Rendah yang dilantik terus;

PERATURAN DAN PANDUAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS KONVOKESYEN UTM. Pejabat Pendaftar (Bahagian Pengurusan Akademik) Universiti Teknologi Malaysia

BUKU PANDUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KALI KE

1.1 Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru akan diadakan mengikut maklumat berikut:

KEJOHANAN KARATE JEMPUTAN MASUM 2008 PERATURAN PERTANDINGAN KARATE (LELAKI DAN WANITA)

PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE 30 POLITEKNIK KOTA BHARU

PANDUAN PENDAFTARAN SESI DIS NOVEMBER 2017

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

4. SENARAI KEPERLUAN SEMUA PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

SENARAI SEMAK DOKUMEN PENDAFTARAN. Bil Dokumen Yang Perlu Diserahkan Semasa Pendaftaran Ada Tiada

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KEDUA

PANDUAN PENGAWASAN BAGI PEMBANTU PENGAWAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU KALI PERTAMA

1.0 Peraturan Dan Tatatertib Am (Peraturan PPIP, USM)

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KALI KE

UTHM/PB/100 6/4/1 (03) Tarikh: 21 September 2007 PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 / 2007

PENGURUSAN ASRAMA PENDAFTARAN ASRAMA SM TEKNIK TUANKU JA AFAR, SEREMBAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN NAMA TINGKATAN RUMAH K.

PEJABAT BENDAHARI. Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam. Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Bursar Office Rujukan : UKM 3.1/224/8 Jld XI Tarikh : 17 September 2014

PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2012/2013 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN

3. Tujuan Peperiksaan : Untuk pengesahan dalam perkhidmatan bagi Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 yang dilantik;

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) KE 14

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KETIGA

Didoakan semoga saudara/i sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t.

PERATURAN MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT KRAF NEGARA (IKN) KE 14 PADA 17 NOVEMBER 2015 MAJLIS KONVOKESYEN

PANDUAN LULUSAN KE ISTIADAT KONVOKESYEN KE-25 POLITEKNIK PORT DICKSON

PANDUAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU

FESTIVAL KESENIAN ISLAM 2016

BUKU PANDUAN 1 DISEMBER 2016 (KHAMIS)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KALI KE-20

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 1/2008

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEDUA POLITEKNIK METRO KUANTAN

PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN TAJ INTERNATIONAL COLLEGE

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Transkripsi:

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (6) TARIKH : 2 MAC 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 3 TAHUN 2012 GARIS PANDUAN ETIKA PAKAIAN STAF UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS 1.0 TUJUAN Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan akan Garis Panduan Etika Pakaian Staf Universiti Malaysia Perlis semasa waktu bekerja. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Kali Ke-79 (Bil. 1/2012) meluluskan Garis Panduan Etika Pakaian Staf Universiti Malaysia Perlis yang perlu dipatuhi oleh semua staf Universiti Malaysia Perlis. 2.2 Pekeliling yang disediakan ini adalah merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 Pakaian Semasa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-upacara Rasmi Bagi Pegawai-pegawai Awam, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi, dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis. 1

2.3 Pekeliling ini telah menetapkan garis panduan jenis pakaian yang sesuai dan kemas dipakai semasa bekerja dan semasa menghadiri upacara rasmi bagi penjawat awam. 2.4 Akta 605 Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 turut menetapkan garis panduan berpakaian seperti berikut : Bahagian II - Tatakelakuan Etiket pakaian 5. (1) Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh badan berkanun melalui arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga. (2) Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri sesuatu upacara rasmi hendaklah berpakaian sebagaimana yang ditentukan bagi upacara itu, dan jika etiket pakaian bagi upacara itu tidak ditentukan, dia hendaklah berpakaian yang sesuai bagi upacara itu. 3.0 TAKRIFAN 3.1 Staf bermaksud seseorang yang dilantik untuk berkhidmat dengan Universiti sama ada dilantik secara tetap, kontrak, sementara dan/atau sambilan untuk memegang jawatan dalam kumpulan Pengurusan Tertinggi, Pengurusan dan Profesional, dan Kumpulan Pelaksana. 3.2 Waktu semasa bekerja bermaksud mengikut waktu bekerja pejabat iaitu hari Isnin hingga hari Khamis dari pukul 8.10 pagi hingga 1.00 petang dan 2.00 petang hingga 5.10 petang, sementara hari Jumaat dari pukul 8.10 pagi hingga 12.15 tengahari dan 2.45 petang hingga 5.10 petang. 2

4.0 PAKAIAN YANG DITETAPKAN SEMASA BEKERJA 4.1 PAKAIAN LELAKI 4.1.1 Bagi staf lelaki dalam kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan dan Profesional :- i. Lounge suit atau bush-jacket dengan jenis kain dan warna yang sesuai; atau ii. Baju kemeja, bertali leher dan seluar panjang, sekiranya baju dipakai berlengan panjang maka tangan baju hendaklah jangan dilipat; baju hendaklah dimasukkan ke dalam; dan iii. Pegawai Pengurusan dan Profesional (P&P), Kumpulan Pelaksana Gred 27-40, hendaklah sentiasa memakai tali leher yang sesuai semasa bertugas di pejabat iv. Berpakaian kemas dan memakai jaket rasmi UniMAP sepanjang bertugas. 4.1.2 Bagi staf lelaki dalam kumpulan pelaksana dikehendaki memakai seluar panjang berserta baju kemeja berlengan panjang atau pendek dengan warna yang sesuai; baju hendaklah dimasukkan ke dalam, sekiranya baju dipakai berlengan panjang maka tangan baju hendaklah jangan dilipatkan. Staf lelaki yang bertugas di kaunter dikehendaki memakai baju kemeja dengan seluar panjang yang sesuai serta bertali leher. Baju T-berkolar bulat adalah sama sekali tidak dibenarkan. 4.1.3 Jeans atau seluar pendek atau seluar panjang yang tidak kemas tidak dibenarkan. Ini termasuk juga slack, dan track bottom 4.1.4 Staf lelaki dalam kumpulan pelaksana mesti berpakaian kemas dan memakai jaket rasmi UniMAP sepanjang bertugas dan digalakkan memakai tali leher. 4.1.5 Pada hari Jumaat dan hari-hari kebesaran agama Islam, staf yang beragama Islam digalakkan memakai baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok (bukan jenis ketayap) atau baju Melayu yang seumpama bentuknya, berseluar panjang dan bersongkok. Baju 3

Melayu yang dipadankan dengan kain sarong atau seumpamanya tidak dibenarkan. 4.1.6 Staf lelaki tidak dibenarkan memakai jubah, serban dan berkopiah putih atau kopiah bercorak semasa waktu pejabat 4.1.7 Kasut kulit atau lain-lain kasut sejenis dengannya dan berstokin hendaklah dipakai semasa bekerja. Capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dan bersampin. 4.1.8 Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenisnya yang tidak kemas tidak dibenarkan. Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja. 4.1.9 Rambut hendaklah pendek dan kemas serta tidak mencecah kolar Mewarna rambut adalah tidak dibenarkan sama sekali. Staf lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. 4.1.10 Staf lelaki tidak dibenarkan memakai apa jenis bentuk pakaian atau perhiasan yang melambangkan wanita contohnya berskaf, bertas tangan, bergincu dan sebagainya 4.1.11 Pakaian alternatif bagi staf lelaki : Fesyen pakaian alternatif bagi staf lelaki adalah seperti berikut : a) Baju kemeja berlengan panjang : i. berkolar baju Melayu cekak musang berbutang tiga, atau ii. berkolar baju Melayu cekak musang berbutang lima, atau iii. berkolar Nehru berbutang terselindung, atau iv. berkolar Mandarin berbutang tiga, dan berseluar panjang. Lengan baju tidak boleh dilipat dan baju hendaklah dimasukkan ke dalam. b) Nehru Suit : i. Berbutang hadapan, atau ii. Berbutang terselindung, dan diperbuat daripada jenis kain dan warna yang sesuai. 4

4.2 PAKAIAN WANITA 4.2.1 Bagi staf wanita beragama Islam; pakaiannya hendaklah tidak menyalahi tuntutan ajaran agama Islam. 4.2.2 Pakaian mestilah bersopan, tidak jarang hingga menampakkan anggota/bentuk badan dan tidak menjolok mata antaranya baju kebaya ketat dan singkat, baju jarang yang menampakkan anggota/bentuk badan, berbaju T, baju ketat, berlengan lebar, leher luas dan tidak berlengan, skirt ketat, singkat (mini) dan berbelah. Staf wanita digalakkan memakai baju kebangsaan semasa bekerja. 4.2.3 Memandangkan staf terdiri daripada pelbagai bangsa, maka pakaian kebangsaan dan/atau pakaian mengikut kaum masing-masing yang sesuai dan sopan boleh dipakai semasa bekerja. Jeans, track bottom, seluar pendek, separuh singkat, ketat dan seluar sukan dan baju-t tidak dibenarkan. Begitu juga apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja. 4.2.4 Pakaian hendaklah berimej korporat. Hiasan yang terlalu banyak dan pakaian casual* tidak dibenarkan ke pejabat. Semua bentuk pakaian hendaklah menutup paras punggung dan longgar. Kain berbelah yang menjolok mata tidak dibenarkan. Pemakaian skirt hendaklah dibawah paras lutut. 4.2.5 Kasut yang bertutup hadapan atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai, boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan semasa bekerja. Semua jenis kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja. 4.2.6 Staf wanita tidak dibenarkan memakai apa jua bentuk pakaian atau perhiasan yang menyerupai lelaki. 5

4.3 PAKAIAN SERAGAM (LELAKI DAN WANITA) 4.3.1 Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi staf yang dibekalkan dengannya. Keengganan mana-mana staf yang perlu memakainya merupakan satu kesalahan tatatertib. 4.3.2 Pakaian seragam hendaklah dipakai dengan kemas. Bagi staf lelaki, baju hendaklah dimasukkan ke dalam, sekiranya baju dipakai berlengan panjang maka tangan baju hendaklah jangan dilipatkan. 4.4 PAKAIAN BERIMEJ KORPORAT 4.4.1 Jaket rasmi UniMAP perlu dipakai ketika menghadiri mana-mana majlis rasmi melibatkan Universiti dengan pihak luar atau acara dalaman. 4.5 PAKAIAN BATIK 4.5.1 Pada setiap hari Khamis, staf lelaki dan wanita adalah digalakkan memakai baju batik sebagai pakaian rasmi semasa bekerja dengan syarat baju batik yang dipakai adalah buatan Malaysia. Keutamaan memakai baju batik Universiti yang direka khas adalah digalakkan untuk mencerminkan imej UniMAP. 4.5.2 Bagi stafi lelaki, mereka hendaklah memakai baju batik berlengan panjang dan berkolar, manakala bagi pegawai wanita pula mereka boleh memakai pakaian batik yang bersesuaian. 4.5.3 Arahan pemakaian batik pada setiap hari Khamis ini tidak terpakai kepada staf yang dibekalkan pakaian seragam, staf yang menghadiri acara-acara rasmi seperti persidangan-persidangan antarabangsa, perjumpaan dengan pelawat-pelawat asing atau staf yang menghadiri majlis rasmi yang menetapkan pemakaian jenis pakaian yang lain. 6

4.6 PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN 4.6.1 Staf lelaki tidak dibenarkan bertindik atau memakai subang. 4.6.2 Staf tidak dibenar mewarnakan kuku melainkan atas sebab-sebab tertentu. 4.6.3 Staf tidak dibenar mewarnakan rambut melainkan atas sebab-sebab tertentu. 4.6.4 Staf yang menjalankan tugas lebih masa adalah dikehendaki memakai pakaian yang sopan dan kemas dan tidak menjolok mata. 4.6.5 Staf tidak dibenarkan memakai selipar, kasut getah, kasut kanvas dan kasut sukan semasa bekerja. 4.7 PAKAIAN LAIN (STAF LELAKI DAN WANITA) 4.7.1 Pakaian-pakaian jenis lain yang berbeza dari perenggan 4.1, 4.2, 4.3, 4.4 dan 4.5 di atas termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh staf semasa bekerja jika tugas-tugas semasa memerlukan pakaian sedemikian dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan. 4.7.2 Pakaian korporat Formula 1(F1) adalah dibenarkan untuk majlis/aktiviti Universiti sahaja dan pakaian ko-kurikulum adalah dibenarkan bagi staf yang memegang jawatan dalam Ko-Kurikulum dan hanya di pakai pada Hari Rabu sahaja. 4.7 PAKAIAN RIADAH DAN SENAMROBIK 4.7.1 Pada hari Universiti menjalankan aktiviti riadah/senamrobik, staf dikehendaki memakai pakaian sukan yang lengkap, kemas dan tidak menjolok mata. 4.7.2 Selepas aktiviti riadah/senamrobik tersebut yang dijalankan pada hari kerja penuh, staf dikehendaki memakai semula pakaian pejabat selepas aktiviti senamrobik tersebut, sebelum memulakan tugas. 7

4.8 PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI 4.8.1 Pakaian Rasmi (Formal) Untuk Lelaki 4.8.1.1 Seseorang staf yang berhak memakai uniform ataupun dikehendaki memakai uniform yang khas hendaklah memakai uniform tersebut apabila menghadiri upacara-upacara rasmi. Peraturan-peraturan pakaian seperti yang telah ditetapkan melalui surat edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA.SULIT,2578/Pt.1/35 bertarikh 8hb. Jun 1970 mengenai Pakaian Seragam Pegawai-pegawai Tadbir dan Profesional dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas seperti dipinda oleh Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 1975, hendaklah dipatuhi pada masa menghadiri istiadatistiadat rasmi yang menetapkan dif-dif jemputan memakai pakaian seragam atau pakaian rasmi kebangsaan. 4.8.1.2 Sekiranya staf tidak mempunyai uniform, maka lounge suit bolehlah dipakai kecuali jika peraturan pakaian khas ditetapkan. 4.8.2 Pakaian Untuk Upacara Separuh Rasmi (Lelaki) 4.8.2.1 Untuk upacara-upacara separuh rasmi yang lain seperti menghadiri upacara-upacara pembukaan seminar, adalah diputuskan bahawa bagi peringkat kebangsaan, di mana tidak ada perwakilan daripada luar negara, maka pakaian waktu bertugas di pejabat seperti yang ditetapkan hendaklah dipakai. 4.8.2.2 Untuk upacara-upacara peringkat antarabangsa, maka pakaian lounge suit hendaklah dipakai. 4.9 TANDA NAMA Staf adalah diwajibkan memakai kad matrik UniMAP/tanda nama sepanjang waktu bertugas bagi mencerminkan identiti staf UniMAP 8

5.0 TARIKH KUATKUASA Surat Pekeliling Pendaftar ini berkuatkuasa dari tarikh 2 Mac 2012 iaitu dari tarikh Surat Pekeliling Pendaftar Bil 2 Tahun 2012 dikeluarkan. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Sedekad Gemilang,Setekad Terbilang Saya yang menurut perintah, (ZUBER BIN HAJI MOHAMAD) Timbalan Pendaftar s.k Naib Canselor Semua Timbalan Naib Canselor Bendahari Pustakawan Semua Ketua Jabatan/Dekan 9