SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN Buku Panduan Kemasukan Sijil Kemahiran Kreatif ASWARA & Sijil Seni Tradisi Tahun 2016 Tarikh Pendaftaran : 9 April 2016 (Sabtu) Tarikh Kuliah Bermula : 16 April 2016 (Sabtu) Bahagian Kemasukan dan Rekod, Pejabat Hal Ehwal Akademik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, 464 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 03-2697 1777/1200 Faks: 03-2697 5513 Kemasukan & Rekod : 03-2697 1200 PuTRA : 03-2697 5861 1
ISI KANDUNGAN 1. LATAR BELAKANG AKADEMI 1.1 Pengenalan 1.2 Objektif 1.3 Perkhidmatan 1.4 Permohonan mengikuti Kursus 1.5 Lokasi 2. MAKLUMAT PENDAFTARAN DAN PELAKSANAAN 2.1 Pelaksanaan Kuliah (Teori dan Praktikal) 2.2 Yuran Pengajian 2.3 Peraturan 3. BORANG PERMOHONAN SIJIL KEMAHIRAN KREATIF ASWARA DAN SIJIL SENI TRADISI 4. A. MAKLUMAT PERIBADI 5. B. MAKLUMAT KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN 6. C. MAKLUMAT AKADEMIK 7. D. MAKLUMAT PEKERJAAN 8. E. WARIS 9. F. PERAKUAN PEMOHON 10. MAKLUMAT KURSUS-KURSUS SIJIL YANG DITAWARKAN 10.1 FAKULTI TARI - Kursus Tari Kontemporari (Tahap Pertengahan/Tahap Kedua) - Kursus Tradisional Melayu Rakyat dan Klasik 10.2 FAKULTI MUZIK - Pembelajaran Instrumental - Alat Bertali ( violin, viola, cello, contrabas - semua tahap) - Alat Tiupan Brass (French horn, trumpet, trombone, tuba semua tahap) - Alat Tiupan Kayu (Flute, Clarinet, Bassoon - semua tahap) - Alat Perkusi (Marimba, Timpani - semua tahap)piano Klasik - semua tahap - Gitar KLasik - semua tahap - Gitar Moden - semua tahap - Gitar Bass - semua tahap - Gambus - semua tahap - Ghu Zheng - semua tahap - Sitar - semua tahap - Tabla - semua tahap 10.3 FAKULTI PENULISAN KREATIF - Kursus Penulisan Skrip Drama Televisyen 10.4 FAKULTI TEATER - Kursus Asas Lakon Teater 2
10.5 FAKULTI REKAAN KOMUNIKASI VISUAL - Kursus Asas Penulisan Seni Visual - Kursus Seni Cetak Lino - Kursus Lukisan Figura 10.6 FAKULTI PENGURUSAN SENI DAN BUDAYA - Kursus Pengurusan Acara - Kursus Pengurusan Pentas 11 PUSAT SENI PENTAS TRADISIONAL (PuTRA) - Gamelan Melayu I - Asas - Gamelan Melayu II - Lanjutan - Vokal Tradisional (Asas) - Vokal Tradisional (Lanjutan) - Caklempong - Muzik Dikir Barat - Muzik Wayang Kulit Kelantan - Serunai - Alat Muzik Rebab - Pewayangan 3
LATAR BELAKANG AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN PENGENALAN ASWARA merupakan sebuah institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Pada awal penubuhannya ia dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) 1994 sebelum dinaiktaraf sebagai institusi pengajian tinggi kerajaan melalui Akta 653 - Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006. Akta yang dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2006 menzahirkan ASWARA sebagai sebuah institusi latihan induk bagi pengajian seni budaya dan warisan di Malaysia. Pengembangan bidang pengajian merangkumi filem dan video, tari, muzik, teater, penulisan kreatif dan rekaan komunikasi visual, animasi dan pengurusan seni dan budaya menjadikan ASWARA sebagai satu-satunya institusi induk pengajian tinggi yang mengkhususkan bidang kebudayaan, kesenian dan warisan yang menyeluruh. Sebagai institusi pengajian tinggi, ASWARA menawarkan program-program di peringkat Ijazah, Diploma dan Kursus jangka pendek. Pengajaran dan pembelajaran dimantapkan melalui penglibatan secara terus daripada pihak industri dan professional, penyelidikan dan pembangunan serta jalinan kerjasama di semua peringkat dalam bidang seni, budaya dan warisan. OBJEKTIF Kursus Kemahiran Seni ASWARA yang ditawarkan bertujuan: Mewujudkan pembangunan modal insan berterusan khususnya dalam bidang seni, budaya dan warisan. Sebagai pusat (one stop centre) latihan akademik dan pembelajaran yang berteraskan seni, budaya dan warisan. Sebagai landasan ke arah menjadikan ASWARA badan pengiktiraf pengamal profesional seni, budaya dan warisan. PERKHIDMATAN Semua peserta kursus jangka pendek akan diberikan kemudahan seperti berikut: Ruang pembelajaran dan pengajaran. Tenaga pengajar yang berkelayakan. Sijil tamat kursus disediakan oleh ASWARA (hanya akan diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus). 4
PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS 1. Sila layari laman web di bawah untuk muat turun borang permohonan mengikuti kursus. http://www.aswara.edu.my 2. Borang yang lengkap diisi hendaklah dibawa bersama semasa hari pendaftaran. 3. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai Bahagian Kemasukan dan Rekod ASWARA, Encik Mohd Ya Latip Mohd Daud atau Cik Nani Darlina Ramli di talian: 03-2697 1777 / 1227 / 1200 4. Urusan melalui telefon pada waktu pejabat: Isnin Khamis (8.00 pagi 12.00 tengahari, 2.00 petang 5.00 petang) Jumaat (8.00 pagi 12.00 tengahari, 3.00 petang 5.00 petang) LOKASI / ALAMAT Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) 464 Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur Tel: 03-2697 1777/1200 Faks: 03-2697 5513 Pelan Lokasi (di muat turun dari Google Map) 5
2. MAKLUMAT PENDAFTARAN DAN PELAKSANAAN 2.1 Pelaksanaan Kuliah (Teori dan Praktikal) Kursus-kursus akan diadakan di kampus Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan dan dilaksanakan mengikut jenis kursus yang ditawarkan. Peserta hanya dibenarkan untuk mendaftar dan mengikuti satu kursus sahaja dalam tempoh yang ditawarkan. Tempoh pengajian untuk semua kursus adalah selama 14 minggu. 2.2 Yuran Pengajian Sila rujuk kepada kursus yang dipohon. Bayaran melalui wang tunai /wang pos/kiriman wang dibayar atas nama: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan Bayaran melalui cek tidak akan diterima. Semua urusan pembayaran adalah dalam RINGGIT MALAYSIA (RM) 2.3 Peraturan Pelajar Kursus Sijil Kemahiran Kreatif ASWARA adalah tertakluk kepada Peraturan Kecil Akademik Bab A & B ASWARA (Pindaan 6). 6