Allah swt berfirman di dalam surah al-baqarah ayat:196 yang bermaksud: Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah.

dokumen-dokumen yang mirip
WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

Minggu Keempat RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF

RUKUN HAJI, NIAT IHRAM DAN WUQUF. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Minggu Kelapan WAJIB HAJI: NIAT IHRAM DI MIQAT DAN JENIS HAJI

OLEH : AHMAD JUNAIDI BIN MOHAMAD SAID SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK

SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

Minggu Keenam SA IE, BERCUKUR ATAU BERGUNTING DAN TERTIB PADA KEBANYAKAN RUKUN

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

RUKUN HAJI - TAWAF. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH

SYARAT WAJIB UMRAH 1. ISLAM 4. MERDEKA 2. BALIGH 5. BERKUASA 3. BERAKAL

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA 10 JAMADILAWWAL 1431 H 25 APRIL 2010 M WUKUF : 201 HARI LAGI

Minggu Kelima RUKUN HAJI - TAWAF

Minggu Ketiga PENGENALAN HAJI DAN UMRAH

BAB IV IMPLEMENTASI RANCANGAN LAYAR

Minggu Kesepuluh WAJIB HAJI: MABIT DI MUZDALIFAH DAN MINA SERTA MELONTAR JAMRAH

Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA 24 JAMADILAWWAL 1431 H 9 MEI 2010 M WUKUF : 187 HARI LAGI

PENERANGAN MENGENAI : Ihram Tawaf Saei Gunting/cukur

Artinya : mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, Yaitu (bagi) orang yang sanggup Mengadakan perjalanan ke Baitullah.

Secara bahasa haji berarti kunjungan, perjalanan, atau ziarah. Secara istilah haji berarti berkunjung atau berziarah ke

MASJID AL EHSAN, BANDAR KINRARA. Tarikh: 26 Rabiul Akhir 1431 H 11 APRIL 2010 M WUKUF : 215 HARI LAGI 12 April 2010 SIRI 3 1

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

Hadis Nabi Muhammad s.a.w:

MADRASAH ALIYAH ASSHIDDIQIYAH

1. Ihram dari Miqat. Manasik Haji dan Umrah

Negeri Johor 2010 IBADAT

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 3 NAMA:

KURSUS UMRAH DAN HAJI HJ AHMAD JUNAIDI B MOHD SAID

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

KURSUS ASAS UMRAH HAJI

Tempat : Yanbu Anjuran : UQ Pro TEAM

Bab apa yang diwajibkan keatas muhrim dan penerangan tentang tawaf dan sa I serta selainnya.

WAJIB HAJI: LARANGAN IHRAM DAN DAM. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

Haji dan Umroh. 1 Abdul Syukur al-aziz,buku Lengkap Fiqih Wanita,Anggota IKAPI, Sampangan,2015,hlm.144

Minggu Kesembilan WAJIB HAJI: LARANGAN IHRAM DAN DAM

BUKU PANDUAN RINGKAS IBADAH UMRAH. EDARAN PERCUMA v2.0

DALIL DASAR HUKUM HAJI

MANASIK HAJI BAGI PETUGAS TPHI/TPIHI. Oleh: A. Faishal Haq

IBADAT UMRAH DAN NIAT BERSYARAT. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

IBADAH UMROH. kapan saja di luar batas waktu haji (bulan-bulan haji).

Matlamat Harapan Destinasi

Tata Cara Rangkaian Ibadah Haji

PERMASALAHAN JEMAAH HAJI WANITA


Kamus Istilah Haji dan Umroh

Minggu Kedua Belas IBADAT UMRAH DAN NIAT BERSYARAT

PERLAKSANAAN IBADAH HAJI TERBAHAGI KEPADA 3 1. HAJI IFRAD 2. HAJI TAMATTU 3. HAJI QIRAN

MANASIK HAJI Untuk TKHI 1437 H/2016 M Oleh : Abd. Haris

perempuan haid wada. Kerana Rasulullah s.a.w member kelonggaran kepadanya untuk pulang tanpa mengerjakan wada.

PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH TINGKATAN 4 FOLIO HAJI NAMA : RAJA NUR HANISAH BT RAJA SULAIMAN KELAS : 4 SITI FATIMAH NO. IC :

IBADAH ASPEK RITUAL UMAT ISLAM

Haji dan Umrah. Aspek Fikih

: : :

PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS

PENERANGAN RINGKAS IBADAT HAJI DAN UMRAH FALSAFAH DAN PENYUCIAN JIWA. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Soalan Tudingan Pendidikan Islam Kertas 1 Jabatan Pelajaran Negeri Johor 2010 IBADAH

IBADAT UMRAH. AHMAD JUNAIDI BIN MOHAMAD SAID SMK BATUSEPULUH LEKIR SIIIAWAN PERAK

TAWAF DAN PERMASALAHANNYA

KUISIONER PENELITIAN

Minggu Kesebelas AURAT DAN IZIN SUAMI

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

KULIAH KHAS: KITAB AS-SIYAM (PUASA)

RUKUN DAN WAJIB UMRAH

buatwasiat.com WASIAT DAN PELAKSANAANNYA KE ATAS SAUDARA BARU SEMINAR PERANCANGAN HARTA SECARA SYARIAH

Assalamu alaikum wr. wb.

KURSUS ASAS UMRAH HJ AHMAD JUNAIDI B HJ MOHAMAD SAID PEKTA TABUNG HAJI DAERAH MANJUNG. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali ke-20 hingga ke H hingga 1436H (2004 hingga 2015)

KEM TOHARAH ( SUCI ) Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK

Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali ke 20 hingga H hingga 1436H (2004 hingga 2015)

TUGAS MAKALAH MATA KULIAH AGAMA DAN ETIKA

PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

UMRAH. Umrah artinya berkunjung atau berziarah. Waktunya dapat dilakukan setiap saat. dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah.

MANUAL PENGURUSAN BADAL HAJI JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI JABATAN PERDANA MENTERI

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

UMRAH. Umrah artinya berkunjung atau berziarah. Waktunya dapat dilakukan setiap saat. dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah.

PANDUAN MENGERJAKAN UMRAH

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

KEM SOLAT. Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

BAHAGIAN TILAWAH & HADIS TING 4

SEJARAH DAN PENGENALAN TANAH SUCI DAN KELEBIHAN. Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji

WUDHUK, TAYAMMUM, SOLAT MENGHORMATI WAKTU DAN JAMA DI KOTA SUCI MAKKAH

RINGKASAN PERLAKSANAAN IBADAH UMRAH

ilmu dan amalan dengannya. Untuk memahami pengertian dan

Larangan selama ihram dibagi 3 jenis:

BAB II TINJAUAN UMUM IBADAH HAJI

FATWA MAJELIS ULAMA INDONESIA Nomor: 40 Tahun 2011 Tentang BADAL THAWAF IFADHAH (PELAKSANAAN THAWAF IFADHAH OLEH ORANG LAIN)

و أت م ىا ال ح ج و ال ع م ز ة ل ل ه )البقزة : مناسك الحج والعمرة. Manasik Umrah Duha Wisata. dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah.

الحاج عند الوصول إلى الميقات باللغة اإلندونيسية

I TIKAF. Pengertian I'tikaf. Hukum I tikaf. Keutamaan Dan Tujuan I tikaf. Macam macam I tikaf

أعمال الحج باللغة اإلندونيسية

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

LALUAN KEHIDUPAN

Transkripsi:

Allah swt berfirman di dalam surah al-baqarah ayat:196 yang bermaksud: Dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah. HAJI Dari segi bahasa Haji bermaksud mengqasadkan sesuatu. Haji dalam istilah syara` ialah mengqasadkan di dalam hati untuk mengunjungi kaabah bagi pekerjaan nusuk di Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan Haji kerana mengerjakan tawaf, saie dan Wuquf di Arafah dengan menurut syaratsyaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya. Adapun bila haji itu difardukan menjadi khilaf ulama. Manakala pendapat yang paling tepat haji itu diwajibkan pada tahun yang ke enam hijrah (rujuk Bahru al-wafi karangan Sheikh Daud Al-Fatani, muka surat 396). Adapun Nabi menunaikan Fardu Haji pada tahun ke sepuluh hijrah. Rasulullah saw bersabda: Wahai manusia, telah difardukan ke atas kamu haji. Bertanya seorang lelaki adakah setiap tahun ya Rasulullah. Maka Nabi diam, sehingga lelaki itu bertanya sebanyak tiga kali. Maka Rasulullah bersabda: Jika aku berkata ya, nescaya akan diwajibkan ke atas kamu (setiap tahun) dan kamu sekali-kali tidak mampu untuk menunaikannya (rujuk mukhtasar Sahih Muslim, Lilhafiz Zakiuddin Abdul A`zim al-munziri, cetakan Dar Ibnu Affan, Jordan muka surat 171). Dapatlah difahami daripada hadith di atas bahawa kefarduan haji ini cuma sekali seumur hidup. Walaubagaimanapun kewajipan menunaikan ibadat haji di dalam Mazhab Syafi`e boleh dita`khirkan kecuali setelah sempurna syarat kemampuannya. 1

Syarat Wajib Haji. i) Islam Orang kafir atau murtad tidak wajib menunaikan ibadat Haji. Hanya orang Islam sahaja yang dibenarkan mengunjungi Baitullah dan sah untuk menunaikan ibadat Haji. Menurut Imam al Shafeiyy jika seorang kafir yang baligh menunaikan haji kemudian ia memeluk agama Islam, hajinya masih tidak mamadai sebagai haji Islam, kerana seorang itu tidak ditulis baginya amalan yang dilakukan tubuh badannya sehinggalah ia beriman dengan Allah dan Rasulnya,justeru apabila ia menganut Islam ia wajib menunaikan haji lagi" ( al-um 2/93) ii) Baligh Orang yang sudah meningkat dewasa wajib menunaikan ibadat Haji. Kanakkanak yang belum meningkat dewasa atau cukup umur tidak wajib mengerjakannya. Tetapi sekiranya kanak-kanak tersebut menunaikan Haji maka jatuhlah Haji tersebut kepada Haji sunat dan mendapat pahala Haji sunat. iii) Berakal Orang gila atau tidak waras akalnya tidak wajib menunaikan Haji. Jika ia menunaikan haji hajinya menjagi haji sunat dan perlu mengulanginya jika ia sembuh. iv) Merdeka Hamba sahaya tidak wajib menunaikan Haji kerana mereka tidak memiliki wang atau harta. Sekiranya mereka menunaikan Haji juga melalui pertolongan orang lain, Haji mereka masih dianggap sah mengikut pendapat para ulama. 2

v) Berkemampuan Berkemampuan ialah mampu dan berkuasa untuk mengerjakan Haji. Ianya dilihat dari sudut kemampuan kewangan dan kemampuan kesihatan seseorang semasa menunaikan haji dan perjalanan pergi baliknya. Para fuqaha melihat kemampuan dapat dibahagikan kepada dua bahagian:- 1- Kemampuan dengan sendiri 2- Kemampuan dengan pertolongan orang lain. Syarat-syarat Kemampuan Dengan sendiri i) Cukup perbelanjaan pergi dan balik ii) Cukup bekalan atau nafkah untuk dirinya dan tanggungan yang ditinggalkan. iii) Ada kenderaan pergi dan balik. iv) Terjamin keselamatan diri dan harta ketika perjalanan pergi, balik. v) Sihat tubuh badan. vi) Ada kesempatan masa. Syarat Menunaikan Haji Dengan pertolongan orang lain Orang-orang yang telah memenuhi syarat-syarat dari segi kewangan untuk menunaikan haji, namun tidak dapat menunaikannya sendiri kerana uzur,sakit yang tidak ada harapan sembuh atau telah terlalu tua dan telah putus asa diwajibkan mengantikan orang lain untuk menunaikan haji bagi dirinya secara sukarela ataupun dengan upah yang berpatutan. 3

Hal yang sama juga di hukumkan bagi orang yang semasa hidupnya berkemampuan untuk menunaikan haji tetapi telah meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji. Walaupun telah meninggal dunia kefardhuan haji masih terhutang pada zimmah(tanggung jawab)nya. Maka waris dan wasinya berkewajipan menyelesaikan hutang hajinya dengan melaksanakan badal haji secara upah atau sukarela. Beberapa Kaedah Mengerjakan Haji Daripada Zaid bin Thabit r.a. ia berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w : Mengerjakan Haji dan Umrah itu dua fardu yang hanya sekali sahaja (bagi seseorang muslim yang cukup syarat-syaratnya) bolehlah dikerjakan yang mana satu dahulu (sama ada Haji ataupun Umrah). (Hadis diriwayatkan oleh al-dailami) Hadith di atas membawa beberapa maksud : i. Sekiranya seseorang itu mengerjakan ibadat haji dahulu dalam bulanbulan haji kemudian mengerjakan umrah di tahun yang sama maka dinamakan Haji Ifrad. ii. Sekiranya seseorang itu mengerjakan ibadat umrah dahulu dalam bulan haji kemudian mengerjakan ibadat haji di tahun yang sama dinamakan Haji Tamattu. Takrif Rukun Haji Rukun pada bahasa bererti ruang asas atau sudut sesuatu. Dalam ibadat Haji rukun ialah perkara atau amalan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap jemaah yang mengerjakan haji dalam sebarang situasi dan keadaan. Andainya mana-mana rukun haji tersebut ditinggalkan secara sengaja atau tidak, maka hajinya tidak sah. 4

Rukun-Rukun Haji 1. Niat Haji Niat pada bahasa ialah qasad hati dan keazaman untuk melakukan sesuatu. Pada istilah syara' pula niat adalah qasad melakukan sesuatu disertai dengan melakukan perbuatan tersebut. Dalam ibadat haji niat haji bermaksud berniat ihram dengan pekerjaanpekerjaan haji. Ihram pula bermaksud memasukkan diri seseorang ke dalam amalan-amalan haji dan menjadikan seseorang terikat dengan beberapa peraturan di antaranya diwajibkan memelihara diri dari melakukan laranganlarangan ihram hinggalah ia mendapat tahallul dengan syarat-syaratnya. Lafaz niat Haji: Sahaja aku mengerjakan Haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala. Tidak seperti ibadat-ibadat lain berniat ihram haji atau umrah memestikan seseorang menyempurnakan semua amalan-amalan yang berkaitan dengannya. Ia tidak terbatal dalam apa keadaan sekalipun. Seseorang yang telah berniat haji terikat dengan kewajipan menyempurnakannya selama ia belum menunaikan semua rukun-rukun dan kewajipannya. Contohnya seseorang yang telah berniat haji tidak bebas dari ihramnya dan tidak batal hajinya dengan hanya membatalkan niat haji. Niat haji hanya sah dilakukan pada bulan-bulan haji. Bulan-bulan haji adalah tempoh di antara 1 Syawwal hinggalah terbit fajar 10 Zul Hijjah. Sebelum berniat haji jemaah disunatkan mempersiapkan dirinya dengan beberapa yang dikenali sebagai perkara-perkara sunat sebelum berniat ihram. Di antara amalan-amalan tersebut adalah;- 5

1. Mengerat kuku. 2. Mencukur janggut, menggunting rambut dan mengemas misai. 3. Menanggalkan bulu-bulu ketiak, ari-ari dan sebagainya. 4. Seterusnya disunatkan mandi sunat ihram. 5. Setelah selesai mandi, sebaik-baiknya ambillah wuduk. 6. Memakai kain ihram warna putih 7. Sembahyang sunat ihram Setelah berniat ihram jemaah disunatkan memperbanyakkan talbiah dan memanjatkan doa kepada Allah. Talbiah yang diucapkan adalah lambang ketulusan hati dan tekad untuk mendapatkan redha Allah. Semua makhluk Allah termasuklah batu dan pokok akan menjadi saksi di hari kiamat terhadap talbiah yang diucapkan. 2. Wuquf Wuquf bermaksud berada di bumi Arafah walaupun seketika dalam sebarang keadaan bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sedetik sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah. Bagi jemaah haji yang paling afdal adalah berwuquf pada sebahagian siang 9 Zulhijjah dan malam 10 Zulhijjah Wuquf tidak sah kecuali seseorang itu telah memenuhi syarat-syarat berikut:- 1. Telah berniat dengan ihram haji 2. berkeahlian untuk beribadah. Ini bererti seorang yang gila, pitam dan mabuk yang hilang akal tidak sah berwuquf. 3. berada di dalam sempada Arafah 4. pada waktu yang telah ditentukan. 6

Para fuqaha menyatakan jika seorang gila berwuquf jadilah hajinya sunat seperti haji kanak-kanak yang belum mumaiyyiz dengan syarat ia telah diihramkan oleh wali malnya. Orang pitam yang tidak siuman sehingga tamat waktu Wuquf dikira tidak mendapat haji fardhu maupun sunat kerana tidak sah Wuqufnya. Manakala orang yang mabuk atau pening yang tidak hilang akalnya sah Wuquf dan mendapat haji fardhu. 3. Tawaf Haji Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak tujuh pusingan bermula dari hajar aswad dan berakhir pada tempat yang sama dengan syarat-syaratnya. Tawaf haji juga dikenali sebagai tawaf ifadhah. Waktu untuk melakukan tawaf bermula dengan berlalunya separuh malam 10 ZulHijjah. Waktu afdhal melakukannya pula adalah pada 10 Zul Hijjah setelah melontar Jamratul Kubra dan bergunting. Syarat-syarat Tawaf Bagi memastikan tawaf sah jemaah dikehendaki memenuhi beberapa syarat. Syarat-syarat berikut adalah:- i) Bermula dan berakhir dari Rukun HajarulAswad ii) Suci daripada hadas besar dan kecil. iii) Menutup aurat. iv) Sentiasa mengirikan kaabah semasa tawaf v) Suci Badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis. vi) Tawaf mesti dilakukan dalam masjidil haram dan di luar binaan kaabah, Hijir Ismail dan Syazarwan. vii) Mengerjakannya semata-mata tujuan tawaf. x) Tawaf mestilah cukup 7 pusingan. 7

Jenis-jenis Tawaf Di samping tawaf rukun haji terdapat beberapa jenis tawaf lagi yang ada kaitan dan perlu diketahui oleh para jemaah. i) Tawaf Qudum Tawaf Qudum ialah tawaf selamat datang. Tawaf ini dilaksanakan oleh mereka yang hendak mengerjakan haji qiran dan ifrad. ii) Tawaf Sunat Tawaf sunat ialah tawaf yang dikerjakan pada bila-bila masa. Selain itu tawaf tahiyatul bait atau tawaf menghormati kaabah juga termasuk dalam tawaf sunat. iii) Tawaf Rukun Haji Tawaf yang mesti dilakukan oleh jemaah haji dalam sebarang keadaan, sekiranya tidak dilakukan sama ada sengaja atau tidak maka tidak sempurnalah hajinya. iv) Tawaf Nazar Tawaf yang mesti ditunaikan oleh seseorang apabila ia berniat nazar pada sesuatu yang dihajatinya. v) Tawaf Wada Tawaf Wada ialah tawaf selamat tinggal. Ia wajib dikerjakan bagi mereka yang hendak keluar meninggal Kota Makkah lebih dari dua marhalah. vi) Tawaf Tahallul Tawaf Tahallul ialah tawaf yang mesti dikerjakan oleh mereka yang telah berniat mengerjakan haji tetapi terluput atau tidak sempat berwuquf di padang Arafah. Tujuan tawaf ini ialah untuk melepaskan orang tersebut dari ihram hajinya. 4. Sa ie Haji Berulang-alik sebanyak tujuh kali di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah dengan syarat-syaratnya. 8

Syarat-Syarat Sa'ie Saei yang sah adalah memenuhi beberapa syarat iaitu;- i) Dilakukan selepas mengerjakan tawaf yang sah. ii) Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. iii) Cukup tujuh kali dengan yakin. Dikira dari Safa ke Markah satu pusingan dan dari Marwah ke Safa satu pusingan. iv) Hendaklah sampai ke penghujung tempat sa ie di Bukit Safa dan Bukit Marwah, pada setiap pusingan sa ie. v) Hendaklah melakukan sa ie di Batnul Wadi (tempat termaklum) vi) Tidak berniat lain yang boleh memesongkan tujuan sa ie. 5. Bercukur/Bergunting Bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut di kepala, bagi lelaki dan wanita. Tujuannya ialah untuk membebaskan diri dari pantang larang ihram. Waktu bergunting atau bercukur adalah dengan berlalunya separuh malam 10 Zul Hijjah. Biasanya jemaah akan menunaikan ibadat bergunting stelah selesai melontar jamratul Kubra di Mina. 9

6. Tertib dari kebanyakan rukun Rukun haji yang keenam adalah terib pada kebanyakn rukun. Rukun-rukun haji tersebut hendaklah dikerjakan mengikut urutan dan tertib pada kebanyakan rukun. Tertib pada kebanyakan rukun bermaksud tidak sah wuuquf kecuali didahului oleh niat ihram haji, tidak sah tawaf kecuali setelah berwuquf dan tidak sah saei kecuali setelah tawaf ifadhah atau tawaf qudum. Wajib Haji: adapun wajib haji ada enam:- 1. Niat Ihram di Miqat. 2. Menjaga Larangan Ihram. 3. Mabit di Muzdalifah. 4. Melontar anak batu di jamrah kubra. 5.Mabit di Mina. 6. Melontar anak batu di ketiga-tiga jamrah. 10

Niat Ihram di Miqat. Berniat Ihram mestilah di tempat yang di tentukan dan pada masa yang ditentukan. Sehubungan itu, Miqat terbahagi kepada dua. a) Miqat Makani (tempat). Miqat makani ialah tempat untuk berniat ihram. bagi penduduk yang datang dari luar Makkah tempat untuk berniat ihram antaranya ialah:- i. Yalamlam iaitu tempat berniat ihram bagi mereka yang datang dari arah selatan melalui laut merah kira-kira 89 kilometer dari Makkah. ii. Zulhulaifah (Bir Ali) iaitu tempat berniat ihram bagi mereka yang datang dari sebelah utara Makkah kira-kira 10 kilometer dari Madinah. Jaraknya kira 425 kilometer dari Makkah. iii. Juhfah iaitu tempat berniat ihram bagi mereka yang datang dari sebelah barat laut seperti Jordan, Lubnan, Palestin dan Syria ( penduduk Syam) kirakira 187 kilometer dari Makkah. iv. Zatu Irqin (al-daribah) iaitu tempat berniat ihram bagi mereka yang datang dari sebelah timur laut seperti Iraq kira-kira 94 kilometer dari Makkah. v. Qarn al-manazil (al-sayl) iaitu tempat berniat ihram bagi mereka yang datang dari sebelah tenggara seperti Malaysia, Indonesia atau India kira-kira 94 kilometer dari Makkah. Bagi penduduk Makkah, tempat berniat ihram adalah di tanah halal seperti Tan`im, Ji`ranah atau di Hudaibiyyah. b) Miqat Zamani (Masa). Miqat Zamani bagi Haji adalah bermula pada 01 Syawal hinggalah terbit fajar 10 Zulhijjah. 11

Rumusan Haji adalah satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap hamba Allah bagi yang mampu mengerjakannya. Ia ditunjangi dengan enam rukun iaitu niat Ihram, Wuquf, Tawaf, Sa`ie, Bercukur atau Bergunting dan Tertib pada kebanyakan Rukun. Kata Ibn Hajar dan Sheikh Khatib bahawa haji itu terlebih afdal daripada segala ibadat selain sembahyang kerana melengkapi ia atas harta dan badan. Seseorang yang telah mengerjakan haji tanpa melakukan perkara-perkara fasik atau jidal itu, telah lengkaplah Rukun Islamnya dan telah sempurnalah Islamnya. Penulis : Mohd Razali bin Zakaria Pengurus (Penerbitan Haji) Lembaga Tabung Haji 12