NOVEL TERMINAL TIGA & SETEGUH KARANG. TAHUN BULAN ASPEK/TAJUK a. Pengakhiran cerita 2001 November

dokumen-dokumen yang mirip

LOGO DAN NAMA SEKOLAH

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)


Penangguhan (Wijaya Mala)

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2010

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof)

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

Memilih Sikap Positif

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

BAHAGIAN B. Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)

KERTAS PERCUBAAN BAHASA MELAYU SPM

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU TAHUN 5 (KERTAS 1) PENILAIAN MAC BAHAGIAN B. memberhentikan memperlahankan memandu. membawa mengucapkan mendengar

UJIAN MINAT BELAJAR (Soal Selidik) Bil Pernyataan (item) Jumlah Skor

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Cerpen Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)

SULIT 3757/ /2 Ekonomi Asas Kertas 2 2 jam

(8) umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga. diperoleh MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

kotor kuat kusut lagi

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Masa: 2 jam JUL 4OI _ BAHASA MALAYSIA IV UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. April2008

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

INAMA PERCUBAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 PMR. Kertas 2. Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

NO. 45, JALAN SI 8, TAMAN SAUJANA INDAH, BUKIT KATIL, MELAKA

Cerpen Israk (Erda Roslan Khairi)

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

Latar Tempat dalam novel Di Sebalik Wajah

Memilih Perkataan. kedatangan mengucapkan memohon SAMPEL. membuat berangkat berpindah. kesalahan memberi tiba. pergi sibuk banyak

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju

Mellisa (Abdullah Hussain)

Kesusasteraan Melayu (922)

Prosa Tradisional (Merah Silu)

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

1. (1) menyiapkan (2) bersiap (3) disiap (4) tersiap ( )

Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

JENIS-JENIS PERENGGAN DEDUKTIF, INDUKTIF, dan GABUNGAN

Cerpen Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim)

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

semakin pudar semangat. Akhirnya peluang tiba dengan tidak aku sangka dan mudah sekali rasanya. Ketika aku berpeluh dan berselut tanah kebun belakang

Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar

BAHAGIAN B. Oh, Nenek pasti kamu akan (26)! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat.

Pemain Catur (Zaharah Nawawi)

UJIAN BERTULIS. ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan.

(1) ada hati (2) ambil hati (3) baik budi (4) makan suap (5) membawa nasib (6) murah hati (7) seperti kacang lupakan kulit (8) tolak ansur

Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 2.0

Penggerakkan Doa Kesatuan Doa (PU) Cadangan dan Peraturan Asas

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Aku Sebuah Basikal.

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)


Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan. Pada akhir pelajaran, murid dapat:

HMT 502 SOSIOLOGI DAN KOMUNIKASI BAHASA MELAYU

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

SULIT 3757/2 3757/2 Ekonomi Asas Kertas 2 Sept jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM EKONOMI ASAS. Kertas 2. Dua Jam

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

Bahagian A ( I ) : Ringkasan ( Masa yang Dicadangkan 40 minit ) ( 20 Markah )

Markah yang diperoleh Page 3. (lihat halaman sebelah)

Drama 1400 (Nordin Hassan)

Bagaimana Menulis Ayat Jualan POWER!!

BUKU B. (5) yang selalu mengambil berat tentang diri saya. (6) belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang lain

LOGO DAN NAMA SEKOLAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 PENDIDIKAN MORAL. Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SKEMA UJIAN DIAGNOSTIK SPM TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 1 2 Jam 15 Min

BAB I PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

TANTANGAN Karya: Norhisham Mustafa

HMT 505 SEMANTIK DAN WACANA BAHASA MELAYU LANJUTAN


BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 20XX

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

Bab Kelima PENUTUP. Oleh yang demikian, rumusan ini akan diklasifikasikan kepada tiga bahagian mengikut

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA (PKPSM) KEDAH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2008 BAHASA MELAYU

Perluasan Kosa Kata Melalui Penggunaan Gaya Bahasa Perbandingan dalam Penulisan Deskriptif. Abstrak

Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005

Janji Allah kepada Abraham

IMBUHAN (20 markah) Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

Alkitab untuk Anak-anak memperkenalkan. Janji Allah kepada Abraham

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

SJK ( C ) PU SZE BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( 3 ) Nama: ( ) Markah: % Kelas :1 ( ) Tarikh : /8/2017

mengajak waktu rehat membersihkan bilik darjah melontar mentertawakan menjadi marah menegur meminta maaf

SJK (C) PU SZE BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (I) Nama: ( ) Markah: % Kelas: 2 ( ) Tarikh: / /2018

Taklimat Peperikasaan PSLE Jabatan Bahasa Melayu BHPS

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

12.00 TGH MLM, 15 OKTOBER

Transkripsi:

NOVEL TERMINAL TIGA & SETEGUH KARANG 1. Analisis aspek yang telah keluar dalam peperiksaan. TAHUN BULAN ASPEK/TAJUK a. Pengakhiran cerita 2001 b. Persoalan 2002 Jun 2003 Jun 2004 Jun 2005 Jun Jun 2006 2007 Jun 2008 Jun 2009 Jun a. Sinopsisi b. Nilai murni a. Tema b. Latar masyarakat a. Klimaks & kesudahan cerita b. Latar tempat a. Persoalan b. Perwatakan watak utama a. Cabaran watak utama b. Pengajaran a. Nilai kasih sayang b. Watak utama selesaikan konflik a. Perwatakan watak sampingan b. 3 peristiwa yang diteladani a. Peristiwa paling menarik b. Perbandingan latar tempat a. Peristiwa yang menunjukkan pertentangan watak b. Perbandingan nilai masyarakat a. Pengajaran b. Perbandingan persoalan a. Nilai setiakawan b. Perbandingan tema a. Persoalan maruah b. Perbandingan watak utama selesaikan konflik a. Tajuk novel b. Perbandingan pengajaran a. Permulaan novel b. Perbandingan latar masyarakat a. 2 peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan b. 1 latar masa bagi setiap novel

2. Aspek tumpuan untuk tahun 2009 i. nilai ii. persoalan v. latar tempat vi. kepincangan masyarakat vii. peristiwa yang mendorong anda membaca novel hingga tamat viii. penyelesaian cerita ix. teknik Plot 3. Panduan menjawab soalan novel i. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap. ii. Sebaik-baiknya satu isi ditulis dalam satu perenggan. iii. Bagi soalan 4(a) wajaran markan ialah 4 markah untuk isi dan 3 markah untuk bahasa. iv. Bagi soalan 4(b) wajaran markah ialah 6 markah untuk isi dan 2 markah untuk bahasa. v. Setiap isi yang dikemukakan mestilah disertai dengan huraian/contoh.

Soalan 4: Novel [ 15 markah ] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut (i) (ii) Terminal tiga karya Othman Puteh. karya Tuan Faridah Syed Abdullah. a) Huraikan dua nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel yang anda kaji. [7 markah] b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel itu. [8 markah] a) Dua nilai tanggungjawab Novel yang saya kaji ialah novel. Antara nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel ini ialah tanggungjawab anak terhadap keluarga. Rimpa merupakan anak yang bertanggungjawab. Contohnya Rimpa sanggup pergi ke Nabawan untuk mencari ayahnya yang diberitakan berada di sana. Selain itu, tanggungjawab terhadap pelajaran juga terdapat dalam novel Terminal Tiga. Rimpa merupakan seorang yang bertanggungjawab terhadap pelajaran. Contohnya Rimpa sanggup menghadapi pelbagai cabaran semata-mata untuk melanjutkan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan. Walaupun hidup miskin dan serba kekurangan namun hal itu tidak menjadi penghalang kepada Rimpa untuk meneruskan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan. Novel yang saya kaji ialah novel. Antara nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel ini ialah tanggungjawab terhadap keluarga. Awanis seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya Awanis amat mengambil berat dan menyayangi adik angkatnya iaitu Anita. Dia sanggup membantu Anita mencari keluarga kandungnya. Selain itu terdapat juga nilai tanggungjawab terhadap pelajaran dalam novel ini. Awanis seorang yang bertanggungjawab terhadap pelajarannya. Contohnya Awanis sanggup mengambil semula peperiksaan SPM walaupun gagal kali pertama dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajarannya ke UiTM..

b) Perbandingan satu latar masyarakat. Novel yang saya kaji ialah novel dan. Persamaan latar masyarakat dalam kedua-dua novel ini ialah masyarakat yang mementingkan pelajaran. Rimpa dan Awanis amat mementingkan pelajarannya. Dalam Novel, Rimpa meneruskan pelajaran di Akademi Seni Kebangsaan walaupun berdepan dengan kemiskinan. Dalam novel pula, Awanis mengambil semula SPM setelah gagal kali pertama dan berjaya meneruskan pelajarannya di UiTM. Perbezaan latar masyarakatnya pula ialah dalam novel terdapat gambaran masyarakat pedalaman Sabah. Dalam novel ini masyarakat pedalaman Sabah digambarkan masih dibelenggu dengan kemiskinan dan mengamalkan cara hidup tradisi. Contohnya keluarga Rimpa hidup miskin dan mengamalkan cara hidup sara diri dengan bekerja sebagai petani. Dalam novel pula latar masyaraktnya ialah masyarakat bandar. Dalam novel ini digambarkan masyarakat bandar yang hidup moden dan berada. Contohnya keluarga Awanis yang tinggal di bandaraya Ipoh merupakan keluarga berada kerana ayahnya memiliki syarikat pembinaan. a) Huraikan dua latar masa yang terdapat dalam novel yang anda kaji. [7 markah] c) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan satu nilai kerjasama yang terdapat dalam setiap novel tersebut. [8 markah] a) Dua latar masa: Antara latar masa yang terdapat dalam novel Terminal tiga ialah bulan Julai tahun 1994. Antara peristiwanya, Rimpa datang ke Kuala Lumpur buat pertama kalinya untuk melanjutkan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan pada bulan Julai tahun 1994. Selain itu, terdapat juga latar masa waktu malam. Antara peristiwa yang menggunakan latar masa pada waktu malam, penerbangan Rimpa dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Rimpa memilih penerbangan waktu malam kerana harga tambang yang murah berbanding waktu siang. Antara latar masa yang terdapat dalam novel ialah waktu petang. Peristiwa yang berlaku menggunakan latar waktu petang, ialah peristiwa ketika Anita mengejutkan Awanis yang sedang tidur kerana keletihan sekembalinya dari UiTM Arau Perlis. Awanis bertanya kepada Anita pukul berapa sejurus dia dikejutkan dari tidur oleh Anita. Anita memberitahu Awanis pukul enam petang. Selain itu terdapat juga penggunaan latar masa waktu malam. Antara peristiwa yang menggunakan latar masa waktu malam adalah peristiwa Awanis bertolak dari Ipoh ke Kuala Terengganu menaiki bas Delima Ekspres.

b) Perbandingan satu nilai kerjasama. Novel yang saya kaji ialah novel dan. Satu nilai kerjasama yang terdapat dalam novel ialah bekerjasama menjayakan bengkel penulisan. Contohnya bang Maily dan Rimpa bekerjasama menjayakan persembahan pada malam penutupan bengkel penulisan yang diadakan di Kundasang. Satu nilai kerjasama yang terdapat dalam novel ialah bekerjasama mencari keluarga kandung Anita. Contohnya Awanis membantu Anita mencari keluarga kandungnya. a) Jelaskan dua mesej yang terdapat dalam novel yang anda kaji. [7 markah] b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan persoalan kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel tersebut. [8 markah] a) Dua mesej. Antara mesej yang terdapat dalam novel ialah kita hendaklah saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Contohnya Rimpa mengasihi keluarganya dan sanggup pergi ke Nabawan mencari ayahnya yang telah 10 tahun meninggalkan mereka. Selain itu kita juga seharusnya tabah dalam mengharungi dugaan hidup. Contohnya Rimpa sentiasa tabah menghadapi segala cabaran seperti kemiskinan hidup dan tidak melemahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu. Antara mesej yang terdapat dalam novel, kita seharusnya memiliki keberanian dalam perkara yang mendatangkan kebaikan kepada kita. Contohnya Awanis berani menghadapi cabaran yang diberikan oleh Encik Johari menunggang motosikal buruk yang rosak breknya dan menjatuhkan setandan buah kelapa sawit semasa menjalani praktikal di Hulu Paka Terengganu. Kita juga mestilah mempuyai kegigihan untuk mencapai cita-cita. Contohnya Awanis gigih menuntut ilmu sehingga ke menara gading meskipun pernah gagal pertama kali mengambil SPM b) Perbandingan persoalan kasih sayang. Novel yang saya kaji ialah novel dan. Antara persoalan kasih sayang yang terdapat dalam Novel ialah kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya. Rimpa menyayangi ayahnya meskipun ayahnya telah 10 tahun meninggalkan mereka. Contohnya Rimpa sanggup pergi ke Nabawan untuk mencari ayahnya yang diberitakan berada di sana.

Dalam novel antara persoalan kasih sayang ialah kasih sayang seorang kakak terhadap adik angkatnya. Awanis sangat menyayangi adik angkatnya iaitu Anita yang dibela oleh kedua ibu bapanya sejak kecil lagi. Contohnya Awanis sanggup membantu Anita mencari ibu bapa kandungnya. a) Novel yang menarik ialah novel yang banyak mengandungi unsur suspens atau kejutan. Berdasarkan novel yang anda kaji, kemukakan dua peristiwa yang mengandungi unsur tersebut. [7 markah] b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan nilai kebijaksanaan yang dimiliki oleh watak utama. [8 markah] a) Dua peristiwa yang mengandungi unsur suspens. Antara unsur suspens yang terdapat dalam novel ialah peristiwa pesawat tidak dapat mendarat kerana keadaan berjerebu ketika Rimpa pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu. Rimpa dan penumpang-penumpang lain berasa cemas kerana bimbang akan kemungkinan peristiwa buruk yang bakal terjadi. Pesawat yang dinaiki Rimpa terbabas lalu melanggar pagar. Selain itu, peristiwa Ruzaini melarikan diri mengikut pendakwah merupakan satu unsur suspens kepada pembaca. Hal ini demikian kerana Ruzaini merupakan seorang yang berpendirian teguh dan dia pernah mengatakan kepada Rimpa bahawa dia menghormati ibu bapanya dan tidak akan bertindak meninggalkan keluarga.. Antara unsur suspens yang terdapat dalam novel ialah peristiwa Awanis menerima panggilan telefon daripada Anita. Pada ketika itu, Anita berada dalam kemarahan dan penuh emosi dan menuduh Awanis sebagai penipu. Peristiwa ini menimbulkan unsur suspens kerana pembaca tertanya-tanya mengapakah Anita begitu emosi dan apakah reaksi dan tindakan Awanis. Selain itu, peristiwa Kak Maysarah mengambil pil tidur berlebihan setelah bertengkar dengan Awanis juga merupakan unsur suspens. Kak Maysarah dimasukkan ke hospital akibat tindakannya dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan peristiwa ini menimbulkan unsur suspens kepada pembaca. b) Nilai kebijaksanaan watak utama. Novel yang saya kaji ialah novel dan Antara nilai kebijaksanaan watak utama yang terdapat dalam novel ialah kebijaksanaan Rimpa dalam pelajaran. Contohnya meskipun berasal dari pedalaman namun atas kebijaksanaannya dalam bidang penulisan Rimpa berjaya melanjutkan pelajarannya ke Akademi Seni Kebangsaan.

Selain itu kebijaksanaan Rimpa berdepan dengan cabaran kemiskinan ketika menuntut di Akademi Seni Kebangsaan. Rimpa bijak berjimat cermat dan menghantar hasil penulisannya ke akhbar-akhbar dan majalah untuk menampung perbelanjaannya. Antara nilai kebijaksanaan watak utama dalam novel ialah kebijaksanaan Awanis dalam menghadapi kegagalan. Walaupun gagal pertama kali dalam peperiksaan SPM namun hal itu tidak mematahkan semangatnya untuk mengambil semula SPM. Awanis berjaya mendapat keputusan yang baik dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke UiTM. Selain itu terdapat juga kebijaksanaan Awanis berdepan dengan Encik Johari yang memandang rendah keupayaan wanita. Awanis cuba membuktikan segala pandangan Encik Johari itu tidak benar. Oleh itu, Awanis sanggup menghadapi segala cabaran yang diberikan oleh Encik Johari termasuklah menjatuhkan setandan buah kelapa sawit. a) Sesebuah karya novel banyak mengandungi nilai murni. Dengan memberikan contoh berdasarkan novel yang anda pelajari, nyatakan apakan tujuan nilainilai murni diterapkan dalam karya. [ 7 markah ] b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam setiap novel tersebut. [ 8 markah ] a) Tujuan nilai-nilai murni diterapkan dalam karya. Antara tujuan nilai-nilai murni diterapkan dalam karya adalah untuk dijadikan sebagai teladan atau ikhtibar kepada pembaca berdasarkan sesuatu peristiwa atau kejadian. Dalam novel, nilai ketabahan yang ditunjukkan Rimpa yang sentiasa tabah menghadapi segala cabaran seperti kemiskinan hidup dan tidak melemahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu perlu dijadikan contoh oleh pembaca. Selain itu, nilai-nilai murni juga adalah untuk menunjukkan budaya atau cara hidup sesebuah masyarakat. Dalam novel nilai prihatin yang ditunjukkan oleh Ruzaini terhadap keluarga Rimpa sepanjang Rimpa berada di Akademi Seni Kebangsaan menggambarkan budaya dan cara hidup masyarakat pedalaman Sabah yang masih kukuh nilai kejiranan mereka. Di samping itu juga, nilai-nilai murni dalam karya adalah untuk memperlihatkan sifat-sifat terpuji watak-watak terutama watak utamanya. Dalam novel Terminal Tiga, hal ini dapat dilihat melalui kegighan Rimpa menuntut ilmu meskipun berdepan dengan masalah keluarga dan kewangan. Antara tujuan nilai-nilai murni diterapkan dalam karya adalah untuk dijadikan sebagai teladan atau ikhtibar kepada pembaca berdasarkan sesuatu peristiwa atau kejadian. Dalam novel nilai ketabahan yang ditunjukkan Awanis yang sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup seperti kematian ayah dan ibunya dalam kemalangan jalan raya perlu dijadikan contoh oleh pembaca.

Selain itu, nilai-nilai murni juga adalah untuk menunjukkan budaya atau cara hidup sesebuah masyarakat. Dalam novel nilai tolong-menolong yang ditunjukkan oleh Kak Nor terhadap Awanis dengan menumpangkan Awanis di rumahnya sepanjang Awanis menjalani praktikal di Hulu Terengganu menggambarkan budaya dan cara hidup masyarakat kampung yang masih kukuh nilai tolong-menolong mereka. Di samping itu juga, nilai-nilai murni dalam karya adalah untuk memperlihatkan sifat-sifat terpuji watak-watak terutama watak utamanya. Dalam novel Seteguh Karang, hal ini dapat dilihat melalui kegigihan Awanis menuntut ilmu. Meskipun gagal pertama kali mengambil SPM, namun Awanis terus gigih mengambil semula SPM dan berjaya melanjutkan pelajarannya ke UiTM. b) Perbandingan nilai kemanusiaan. Novel yang saya kaji ialah novel dan. Antara nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel ialah nilai tanggungjawab. Rimpa seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Contohnya Rimpa sanggup pulang ke Sabah dan pergi ke Nabawan untuk mencari ayahnya yang dikhabarkan berada di sana. Selain itu, nilai Ketabahan turut terdapat dalam novel ini. Rimpa merupakan seorang yang tabah. Contohnya Rimpa sentiasa tabah menghadapi segala cabaran seperti kemiskinan hidup dan tidak melemahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu. Dalam novel, antara nilai kemanusiaan yang dipaparkan ialah nilai baik hati. Pak Oni iaitu bapa saudara Awanis seorang yang baik hati. Contohnya Pak Oni selalu melawat Awanis dan membantu Awanis adik beradik menyediakan makanan setelah ibu bapa mereka meninggal dunia. Selain itu, nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel ialah kasih sayang. Awanis menyayangi keluarganya. Contohnya Awanis sayangkan Anita walaupun Anita hanya merupakan adik angkatnya. a) Jelaskan dua kesan yang dialami oleh pembaca selepas selesai membaca novel yang dipelajari. [ 7 markah ] b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu kepincangan masyarakat yang terdapat dalam setiap novel itu. [ 8 markah ] a) Dua kesan yang dialami oleh pembaca: Teminal Tiga Antara kesan yang dialami oleh pembaca setelah selesai membaca novel Terminal Tiga ialah gembira. Hal ini demikian kerana ayah Rimpa telah kembali ke pangkuan keluarga setelah 10 tahun menghilang. Selain itu Rimpa akhirnya berjaya mendapat pinjaman sebanyak RM 3000 daripada Kementerian Kebudayaan Negeri Sabah.

Selain itu kesan sedih turut dialami oleh pembaca setelah selesai membaca novel. Contohnya peristiwa ketika Rimpa meninggalkan keluarganya dan kampung halamannya untuk berhijrah ke Kota Kinabalu dan seterusnya melanjutkan pelajarannya dalam keadaan yang dihimpit masalah kewangan kerana kemiskinan amat menyedihkan pembaca. Antara kesan yang dialami oleh pembaca setelah selesai membaca novel Seteguh Karang ialah gembira. Hal ini demikian kerana Awanis, Anita dan Kak Maysarah akhirnya berbaik dan bersatu kembali setelah berdepan dengan pelbagai konflik keluarga. Selain itu kesan sedih turut dialami oleh pembaca setelah selesai membaca novel. Contohnya peristiwa ketika Awanis terpaksa mendaftar seorang diri di UiTM perlis Arau tanpa ditemani ahli keluarga setelah kematian ayah dan ibunya dalam kemalangan jalanraya. b) Perbandingan kepincangan masyarakat. Antara kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel ialah masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Ayah rimpa merupakan seorang yang tidak bertanggung jawab terhadap keluarganya. Contohnya, ayah Rimpa yang sepatutnya menjadi ketua keluarga sanggup meninggalkan keluarganya selama 10 tahun tanpa diketahui di mana dia berada. Selain itu terdapat juga kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang mudah terpengaruh dengan golongan pendakwah sehingga mengenepikan keluarga. Ruzaini seorang yang mudah terpengaruh walaupun dia pernah mengatakan kepada Rimpa bahawa dia tidak akan bertindak meninggalkan keluarganya. Contohya dia sanggup meninggalkan keluarganya kerana lari mengikuti golongan pendakwah. Dalam novel, terdapat persoalan kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang suka mengumpat dan menjaga tepi kain orang. Kak Maznah dan Kak Sofea suka menceritakan keburukan orang lain. Contohnya Kak Sofea dan Kak Maznah selalu mengumpat di pejabat termasuklah hal Awanis yang keluar dengan Wan Asri. Selain itu terdapat juga kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan karut dalam novel ini. Kepercayaan karut ini masih tebal kepada Encik Lee dan isterinya. Contohnya Encik Lee dan isterinya tergamak tidak mahu mengaku Anita sebagai anak kandungnya kerana percaya bahawa anak perempuan pembawa sial dalam keluarga. Disediakan oleh: Cikgu Musri Kadir SMK Balung Tawau www.riekadier.blogspot.com