»» SYARAT UMUM LANTIKAN BAGI SEMUA JAWATAN Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- warganegara Malaysia; berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;»» SILA KE HALAMAN SETERUSNYA UNTUK MENDAPATKAN SYARAT LANTIKAN KHUSUS SETIAP JAWATAN BIL JAWATAN GRED TARAF KEKOSONGAN 1. Pegawai Penerbitan N41 Tetap 1 2. Penolong Pustakawan S29 Tetap 1 3. Penolong Pegawai Tadbir N29 Kontrak 1 4. Pembantu Akauntan W19 Kontrak 1 *Sila ambil maklum bahawa selepas permohonan online dibuat, pemohon perlu menghantar permohonan ke UPSI beserta salinan sijil dan dokumen berkaitan (sila rujuk panduan permohonan) Unit Perjawatan Bahagian Sumber Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim, Perak
PENTING: PANDUAN PERMOHONAN 1. Calon-calon yang ingin memohon jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu mendaftar untuk mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my). 2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, calon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada. 3. Permohonan secara online ini hendaklah diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan online ini. Permohonan online yang tidak lengkap akan ditolak. Setelah borang online lengkap diisi: -Cetak CV lengkap dan lekatkan gambar. -Lampirkan salinan-salinan keputusan SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah/ Sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan). Poskan ke alamat tertulis di bawah. -Pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf tetap/ kontrak/ sementara atau PSH) hendaklah menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui ketua jabatan. 4. Pemohon mestilah menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di Berita/Makluman Terkini untuk mengetahui status terkini permohonan misalnya sedang diproses/layak ke ujian tapisan atau saringan/layak ditemuduga dan sebagainya. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya yang disebabkan pemohon tidak menyemak secara online di ruangan ini. 5. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara online ini menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya. Sila hantarkan permohonan ke: Unit Perjawatan Bahagian Sumber Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim, Perak 6. Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 (En.Mustafa, Cik Norlina, Pn. Norul) / 6863 ( En. Hashim) atau emel myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan. 7. Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup, permohonan hendaklah di anggap tidak berjaya.
PEGAWAI PENERBITAN GRED N41 (TETAP) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL JADUAL : KENAIKAN TAHUNAN RM2,080.00 RM9,546.00 RM225.00 ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan [Gaji permulaan: RM2080.00]; atau ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf [Gaji permulaan: RM2, 283.43]; dan.
PENOLONG PUSTAKAWAN GRED S29 (TETAP) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SOSIAL KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA JADUAL : KENAIKAN TAHUNAN RM1,493.00 RM5,672.00 RM145.00 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf [Gaji permulaan: RM 1,493.00]; atau Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf [Gaji permulaan: RM 1,493.00]; atau Diploma Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf [Gaji permulaan: RM 1,770.95]; dan
PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (KONTRAK) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA JADUAL : KENAIKAN TAHUNAN RM1,493.00 RM5,672.00 RM145.00 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan [ Gaji Permulaan : RM1,493.00]; atau Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan [ Gaji Permulaan : RM1,493.00]; atau diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf [ Gaji Permulaan : RM1,770.95]; dan
PEMBANTU AKAUNTAN GRED W19 (KONTRAK) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA JADUAL : KENAIKAN TAHUNAN RM1,353.00 RM4,005.00 RM100.00 Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.. [ Gaji Permulaan : RM1,353.00]; atau Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf [ Gaji Permulaan : RM1,409.40]; atau Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf [ Gaji Permulaan : RM1,409.40]; atau Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf [ Gaji Permulaan : RM1,465.80]; atau Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf [ Gaji Permulaan : RM1,465.80]; dan