JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PANDUAN PENGENDALIAN PERMOHONAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS) BAHAGIAN PERANCANGAN KECEMERLANGAN IPT JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 7, NO.2, MENARA 2 JALAN P5/6, PRESINT 5 62000 PUTRAJAYA. No. Tel: 03-8870 6972 / 6974 No. Faks: 03-8870 6867
GARIS PANDUAN PENGENDALIAN BORANG PERMOHONAN RAGS 1. TUJUAN Garis panduan adalah bertujuan untuk memberi panduan menyelaras pengendalian borangborang permohonan Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS) di peringkat pengurusan sesebuah Institusi sebelum dihantar kepada urus setia Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT, Jabatan Pengajian Tinggi. 2. PANDUAN PENGENDALIAN BORANG PERMOHONAN RAGS 2.1. Borang-borang permohonan RAGS-1 perlu dikendalikan mengikut tatacara berikut: (i) Borang permohonan diasingkan mengikut Bidang-Bidang penyelidikan. Rujuk kod bidang yang disediakan (rujuk lampiran A) (ii) Tuliskan kod rujukan bagi setiap borang permohonan RAGS pada bahagian kod rujukan di penjuru atas sebelah kanan borang permohonan. (iii) Pastikan setiap borang tersebut diikat pada penjuru sebelah kiri borang. (iv) Pastikan borang-borang tersebut dikumpulkan mengikut susunan nombor bilangan untuk bidang penyelidikan. (v) Senaraikan semua permohonan dalam Borang Ringkasan Permohonan RAGS yang disediakan mengikut bidang penyelidikan (rujuk lampiran B). Borang tersebut boleh dimuat turun dari laman web JPT. (vi) Borang-borang yang lengkap berserta senarai Borang Ringkasan Permohonan RAGS perlu dikemukakan kepada pihak urus setia sebelum atau pada tarikh yang telah ditetapkan. (vii) Penghantaran borang-borang boleh dibuat melalui serahan kaunter atau pos. (viii) Bagi penghantaran melalui serahan kaunter, seorang wakil pihak pengurusan Institusi hendaklah hadir semasa penghantaran borang tersebut. (ix) Pengesahan penghantaran perlu dibuat bersama-sama wakil daripada pihak urus setia bagi mengesahkan bilangan borang yang diterima bersamaan dengan senarai yang dihantar oleh pihak Institusi. 2 P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
(x) Wakil Institusi perlu menandatangani borang penerimaan dan diserahkan kepada pihak urus setia setelah urusan pengesahan borang permohonan didapati teratur. (xi) Bagi penghantaran melalui pos, pengesahan permohonan akan dikembalikan kepada Institusi yang terlibat. (xii) Bagi Institusi di Malaysia Barat (Semenanjung Malaysia) digalakkan membuat penghantaran melalui serahan kaunter kepada; URUS SETIA RAGS Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 7, No.2, Menara 2 Jalan P5/6, Presint 5 62000 PUTRAJAYA. No. Tel: 03-8870 6972 / 6973 / 6974 No. Faks: 03-8870 6867 2.2. Penulisan Kod Rujukan Pada Borang Permohonan RAGS Pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan di Institusi masing-masing perlu menulis kod rujukan pada setiap borang permohonan yang telah diperakukan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan IPT atau Ketua Jabatan masing-masing. Penulisan kod rujukan bagi tiap-tiap borang permohonan adalah pada bahagian Kod Rujukan di penjuru atas sebelah kanan borang permohonan RAGS. Urutan nombor rujukan adalah seperti berikut: RAGS/TAHUN/KOD IPT/KOD BIDANG DAN SUB BIDANG/NOMBOR BILANGAN. sebagai contoh IPT Bidang Sub Bidang : RAGS/2012/UIAM/ST01/1 : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia : Sains Tulen : Kimia Nombor Bilangan : 1 3 P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
Cara penulisannya adalah seperti berikut: 2.3. Borang Ringkasan Permohonan RAGS Borang Ringkasan Permohonan RAGS adalah seperti di LAMPIRAN B. Borang Format Ringkasan Permohonan RAGS menggunakan perisian microsoft excel. 2.3.1. Cara Pengisian Ruangan Nama IPT / Bidang Ruangan yang perlu diisi adalah seperti berikut: (i) Nama IPT iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ditulis UIAM. Rujuk kod IPT yang disediakan. (rujuk lampiran C) (ii) Nama bidang iaitu Sains Tulen ditulis ST. Rujuk kod IPT yang disediakan. (rujuk lampiran A) (iii) Kod sub bidang iaitu Kimia ditulis 01. Rujuk kod Sub Bidang yang disediakan (rujuk lampiran D). 4 P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
3. PEKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN PENGHANTARAN BORANG-BORANG PERMOHONAN DARIPADA RMC DITOLAK Antara perkara-perkara tersebut ialah: (i) Permohonan yang tidak melalui RMC. (ii) Penghantaran borang permohonan yang tidak lengkap, tidak tersusun dan gagal mengikuti garis panduan penghantaran yang telah ditetapkan. (iii) Borang pemohonan yang tidak disertakan Resume, Gantt Chart, Flow Chart dan Milestone projek. (iv) Permohonan-permohonan yang tidak diikat dengan kemas dan baik sehingga boleh menyebabkan borang-borang tersebut tercicir ketika pemprosesan. (v) Bilangan borang permohonan yang tidak sama dengan jumlah permohonan yang ditulis di dalam Borang Ringkasan Permohonan RAGS yang disediakan. (vi) Borang-borang permohonan yang tidak diberikan nombor rujukan. (vii) Tidak menghantar Borang Ringkasan Permohonan RAGS yang dibekalkan ketika menghantar semua borang permohonan kepada pihak urus setia. (viii) Mengubah keseluruhan format Borang Ringkasan Permohonan RAGS yang dibekalkan oleh pihak urusetia. (ix) Borang yang sampai atau dihantar selepas tarikh tutup penghantaran borang yang ditetapkan KPT. 4. SENARAI SEMAK Senarai semak penghantaran borang permohonan RAGS adalah seperti di Lampiran E sebagai panduan. 5 P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
LAMPIRAN A Senarai Kod bidang dengan kod rujukan adalah seperti berikut: BIL KOD BIDANG KOD RUJUKAN 1. Sains Tulen ST 2. Sains Gunaan SG 3. Teknologi dan Kejuruteraan TK 4. Sains Kesihatan Dan Klinikal SKK 5. Sains Sosial SS 6. Sastera Dan Sastera Ikhtisas SSI 7. Sains Tabii Dan Warisan Negara STWN 8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT 6 P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
LAMPIRAN B MASTERLIST PERMOHONAN SENARAI KESELURUHAN PERMOHONAN DANA PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN (RAGS) TAHUN 2012 NAMA INSTITUSI : BIL KOD RUJUKAN KETUA PROJEK NO. KAD PENGENALAN/ PASSPORT TAJUK PROJEK JUMLAH PERUNTUKAN (RM) TEMPOH PENYELIDIKAN (bulan) JANGKAAN HASIL PENYELIDIKAN SUB BIDANG BIDANG 1 *sila rujuk cara penulisan kod rujukan pada panduan pengendalian borang CONTOH: RAGS/2012/UIAM/ST01/1 Sains Tulen 2 Sains Tulen 7 P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
LAMPIRAN C Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan kod rujukan adalah seperti berikut: BIL INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) KOD RUJUKAN 1 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM 2 Universiti Utara Malaysia UUM 3 Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS 4 Universiti Malaysia Sabah UMS 5 Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI 6 Universiti Sains Islam Malaysia USIM 7 Universiti Teknologi MARA UITM 8 Universiti Malaysia Terengganu UMT 9 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM 10 Universiti Teknikal Malaysia Melaka UTEM 11 Universiti Malaysia Pahang UMP 12 Universiti Malaysia Perlis UNIMAP 13 Universiti Sultan Zainal Abidin UNISZA 14 Universiti Malaysia Kelantan UMK 15 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia UPNM 8 P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
LAMPIRAN D Senarai kod rujukan untuk sub bidang penyelidikan adalah seperti berikut: Sains Tulen (ST) 01 Kimia 04 Biokimia 02 Fizik 05 Sains Bahan 03 Biologi 06 Matematik dan Statistik Sains Gunaan (SG) 01 Kimia 04 Matematik dan Statistik 02 Fizik 05 Bioteknologi 03 Biologi 06 Sains Bahan 01 Mekanikal dan Pembuatan 05 Kejuruteraan Kimia dan Proses Teknologi dan Kejuruteraan (TK) 02 Elektrikal dan Elektronik 06 Pembinaan dan Bahan Binaan 03 Awam dan Struktur 07 Tenaga dan Teknologi Hijau 04 Bahan dan Polimer 08 Infrastruktur dan Pengangkutan 09 Aeroangkasa 01 Sains Perubatan Asas 07 Perubatan Pencegahan Masyarakat Sains Kesihatan dan Klinikal (SKK) 02 Farmasi 08 Klinikal Surgikal 03 Farmakologi 09 Klinikal Medikal 04 Mikrobiologi Perubatan 10 Sains Kesihatan Bersekutu 05 Parasitologi 11 Pergigian 06 Patologi 12 Sains Kejururawatan 9 P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
01 Antropologi 06 Geografi Sains Sosial (SS) 02 Psikologi 07 Ekonomi 03 Sosiologi 08 Ekologi Manusia 04 Sains Politik 09 Komunikasi 05 Pengurusan & Perniagaan 01 Bahasa dan Linguistik 07 Seni Sastera dan Sastera Ikhtisas (SSI) 02 Kesusasteraan 08 Budaya 03 Agama 09 Pendidikan 04 Falsafah 10 Dasar dan Undang-undang 05 Tamadun 11 Alam bina aspek kemanusiaan 06 Sejarah 12 Alam sekitar aspek kemanusiaan 01 Alam Sekitar 06 Geosains Sains Tabii dan Warisan Negara (STWN) 02 Perhutanan 07 Etnografi 03 Pertanian 08 Alam bina aspek warisan 04 Marin 09 Budaya 05 Arkeologi 10 Kepelbagaian biologi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 01 Perisian & Sistem Maklumat 05 Multimedia 02 Pengkomputeran Lembut 06 Kejuruteraan Komputer 03 Rangkaian Komputer 07 Sains Komputer 04 Keselamatan Maklumat 10 P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
LAMPIRAN E SENARAI SEMAK PENGHANTARAN PERMOHONAN RAGS BIL TINDAKAN PIHAK RMC RMC KPT 1 2 Satu (1) salinan borang permohonan RAGS-1 yang telah ditandatangani oleh Ketua Penyelidik, penyelidik bersama (bahagian c.iv) dan diperaku oleh Pengarah RMC. Tulis kod rujukan pada bahagian rujukan fail di penjuru atas sebelah kanan borang permohonan. 3 Setiap borang telah diikat dengan kemas dan teratur pada penjuru atas sebelah kiri borang permohonan. 4 Disusun mengikut bidang dan sub bidang penyelidikan. 5 Disusun mengikut susunan nombor bilangan projek bagi bidang penyelidikan. 6 7 Senaraikan semua permohonan (lulus) dalam Borang Ringkasan Permohonan RAGS - Master List Masterlist yang telah diperakukan oleh Panel RAGS mempunyai tandatangan Panel RAGS Sertakan bersama CD atau soft-copy yang mengandungi master list permohonan. 8 9 (Pihak RMC perlu memastikan semua soft-copy permohonan dari semua penyelidik perlu dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam SATU CD sahaja, jika melebihi kapasiti satu CD, boleh disalinkan ke dalam CD kedua dan seterusnya) Resume ringkas setiap ketua projek dan penyelidik bersama (maksimum 5 helai setiap resume) 10 Flow Chart, Gantt Chart & Milestone and Date 11 P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S
Sebarang pertanyaan/maklumat tambahan boleh diajukan kepada: URUS SETIA RAGS BAHAGIAN PERANCANGAN KECEMERLANGAN IPT JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 7, NO.2, MENARA 2 JALAN P5/6, PRESINT 5 62000 PUTRAJAYA. NO. TEL: 03-8870 6972 / 6974 NO. FAKS: 03-8870 6867 12 P A N D U A N P E N G E N D A L I A N P E R M O H O N A N R A G S