Perihal Sujud Syahwi Yang Benar

dokumen-dokumen yang mirip
SUJUD SAHWI Syaikh Muhammad bin Shalih Al- Utsaimin

Sujud Sahwi. Syaikh Muhammad Shalih Al-Utsaimin. 16 Mei Didownload dari:


IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-222: DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDHUK

: The Prostration of Forgetfulness : Syaikh Muhammad bin Shalih al-utsaimin

Malam Nisfu Syaaban.

PANDUAN MENGERJAKAN SOLAT KHAS

Hukum Puasa Tetapi Tidak Solat

: :

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

TENTANG MA MUM MASBUQ

Keutamaan Puasa Enam Hari dibulan Syawal

PANDUAN SOLAT SUNAT TARAWIH. Disediakan oleh Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah

Selain itu hukum wajib atas Khutbah Jum'at, dikarenakan Nabi tidak pernah meninggalkannya. Hal ini termasuk dalam keumuman hadits:

TAMBAHAN SAYYIDINA DALAM SELAWAT

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

Kekeliruan-Kekeliruan Umat Islam di Hari Jumat

Menyikapi Fenomena Gerhana. Oleh: Muhsin Hariyanto

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Penulis: Abu Abdil Muhsin Firanda Andirja

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-208: HUKUM WANITA MEMBUKA SYARIKAT SENDIRI

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

Engkau Bersama Orang Yang Kau Cintai

Puasa Sunah Asyura: Waktu dan Keutamaannya

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

Fatwa Tentang Tata Cara Shalat Witir. Pertanyaan: Bagaimana tatacara mengerjakan shalat witir yang paling utama? Jawaban: Segala puji bagi Allah I.

Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku`lah beserta orangorang yang ruku (Al Baqarah : 43)

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

Hak Cipta Terpelihara :

LALUAN KEHIDUPAN

MENGHIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN

E٤٨٤ J٤٧٧ W F : :

SUNNAH NABI. Dan dikuatkan dengan Hadist dari Imam Bukhari disalah satu bab yaitu: sunnahnya berwudhu sebelum mandi

Tazkirah : Persediaan Ramadhan

JENIS HAJI DAN PERMASALAHANNYA

SHOLAT WITIR (Bagian Tiga : Macam-Macam Sholat Sunnah)

Surah Al- Alaq, ayat 1-5. Surah Al-Fatihah. Surah Al-Mudatsir, ayat 1-4. Bismillah. Manna Al-Qattan (Mabahith fi Ulum al-quran)

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 3)

Mengangkat Kedua Tangan Saat Qunut

Seputar Bulan Sya'ban

KELEBIHAN SURAH AL-KAHF

BAB IX MACAM - MACAM SUJUD

Metodologi Imam Tirmizi DR MUHAMAD ROZAIMI RAMLE

SUMBER HUKUM ISLAM 1

ZIKIR SESUDAH SHALAT.

Keistimewaan Hari Jumat

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Mam MAKALAH ISLAM. Tuntunan Islam tentang Gerhana

Beberapa Kesalahan Dalam Shalat

Menggapai Ridha Allah dengan Birrul Wâlidain. Oleh: Muhsin Hariyanto

Berbakti Sepanjang Masa Kepada Kedua Orang Tua

Dan beribadahlah kepada Rabbmu sampai datang kepadamu yang diyakini (kematian). (Al-Hijr : 99)

Menggapai Kejayaan Islam

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

Berkata Imam Bukhori :

PANDUAN LENGKAP SOLAT

BIMBINGAN BAGI ORANG TUA YANG MENGAJAK ANAKNYA SHALAT DI MASJID

Lailatul Qadar. Rasulullah SAW Mencontohkan beberapa amal khusus terkait Lailatul Qadar ini, di antaranya:

TAHAJJUD (QIAMUL LAIL) & WITIRNYA. Oleh: Rasul bin Dahri

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Bab apa yang diwajibkan keatas muhrim dan penerangan tentang tawaf dan sa I serta selainnya.

BID AH SHALAT RAGHAIB

TAFSIR AL QUR AN UL KARIM

SOLAT JAMAK DAN QASAR

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4013 USUL FIQH (Minggu 1)

DAFTAR TERJEMAH No. BAB Hal Terjemah

Panduan Mengerjakan Solat Sunat. 1. Lafaz niatnya;

Umur Untuk Amal Shaleh

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Suap Mengundang Laknat

1 Copyright 2009 Abu Humaira Dermawar As-Salafy

: :

ﻊ ﻣ اﻮ ﻌﻛ را و ة ﻛﺎ ﺰلا اﻮ ﺗآ و ةﻼ ﺼلا اﻮ ﻤﻴ أ و ﻌ ﻛا ﺮلا

HADITH-HADITH BERKAITAN HAJI. 1. Perkara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan semasa ihram

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

Kelemahan Hadits-Hadits Tentang Mengusap Muka Dengan Kedua Tangan Sesudah Selesai Berdo'a

Keutamaan Bersegera Menunaikan Shalat

SHALAT-SHALAT SUNNAH (Ustzh. Dian, S.Ag, M.Ag, Dosen STAI Bina Madani, Tangerang)

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al Qur an) pada malam

Kewajiban Seorang Muslim Terhadap Alquran

TAWASSUL. Penulis: Al-Ustadz Muhammad As-Sewed


DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

MAJLIS TAFSIR AL-QUR AN

SEBAB-SEBAB PARA ULAMA BERBEDA PENDAPAT. (Dirangkum dari kitab Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Raf ul Malaam an Aimatil A laam )

Umrah dan Haji Sebagai Penebus Dosa

BENARKAH KHUTBAH SHOLAT DUA HARI RAYA DUA KALI

یحب أن تؤتى رخصھ كما یكره أن تؤنى معصیتھ. رواه أحمد

HAFALAN DOA UNTUK ANAK DOA MEMOHON ILMU DOA MASUK KAMAR MANDI

Berpegang kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah, dan tidak bertaqlid kepada seseorang

BEBERAPA MASALAH YANG BERKAITAN DENGAN PUASA RAMADHAN

ILMU QIRAAT 1 DIPLOMA PENGAJIAN AL QURAN DAN AL SUNNAH 2014 MINGGU KE-4

Dr Shamsiah Mohamad 1

Barangsiapa yang mengamalkan suatu amalan yang bukan urusan kami (tidak ada contohnya) maka (amalan tersebut) tertolak (Riwayat Muslim)

Marhaban Yaa Ramadhan 1434 H

PENYALAHGUNAAN DADAH DAN KEWAJARAN PERUNTUKAN HUKUMAN BERAT KE ATAS PENAGIH DADAH DI MALAYSIA MENURUT PERSPEKTIF SHARIAH

SEMBAHYANG JAMAK DAN QASAR ADALAH SEDEKAH ALLAH. Penulis Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD3013 MUSTHOLAH AL-HADITH (Minggu 4)

Transkripsi:

Perihal Sujud Syahwi Yang Benar http://fiqh-sunnah.blogspot.com Sujud syahwi adalah nama bagi dua sujud yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat, untuk menutup kekurangan yang terjadi ketika solat disebabkan terlupa. (Muhammad bin Shalih al- Uthaimin, Risalah Sujud Syahwi, Majalah as-sunnah, Edisi 12/VII/1424H/2004M, m.s. 41) Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah: Sujud syahwi dilakukan dengan dua kali sujud sebelum atau sesudah salam oleh seseorang yang sedang bersolat. Kedua-dua cara ini memang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, jld. 2, m.s. 98) Perlaksanaan sujud syahwi adalah atas beberapa sebab seperti berikut: 1 Penambahan gerakan (al-ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud, berdiri atau duduknya. 2 Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang wajib dalam solat. 3 Mengalami keraguan (syak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat samaada tiga atau empat. (Muhammad bin Shalih al- Uthaimin, Majmu Fatawa: Bab Ibadah, m.s. 382) Sujud syahwi hanya disyariatkan ke atas kekurangan atau penambahan yang berlaku di dalam solat secara tidak sengaja. Jika solat seseorang terlebih atau terkurang, maka hendaklah dia sujud dua kali. (Sahih Muslim, Hadis no.: 572) 1 - Tatacara Sujud Syahwi Ketika Berlaku Penambahan Di Dalam Solat (al-ziyadah) Apabila kita tersedar bahawa dalam solat kita, samaada ketika bersolat (masih dalam solat) atau sesudah selesai mengerjakannya (selepas salam), ada tertambah sesuatu seperti jumlah rakaat, sujud, duduk antara dua sujud, dan lain-lain, maka hendaklah sujud syahwi dilakukan selepas salam. Sebagai contoh, andainya sesorang yang sedang bersolat maghrib tersedar yang dia telah melakukan empat rakaat dalam solatnya itu (berlaku penambahan rakaat) dan masih di dalam solatnya, maka hendaklah dia sempurnakan solatnya seperti biasa sehingga salam. Dan setelah itu (sesudah salam) dia perlu lakukan sujud syahwi (dengan dua sujud) lalu memberi salam sekali lagi. Sekiranya pada rakaat keempat tersebut baru dia tersedar bahawa solat maghrib sepatutnya hanya tiga rakaat, maka dia harus duduk ketika itu juga untuk menyelesaikan (mengerjakan) tasyahhud akhir dan kemudiannya memberi salam. Dan sesudah saja salam, terus lakukan sujud syahwinya.

Andainya dia hanya teringat setelah memberi salam, maka dia perlu melakukan sujud syahwi dengan serta merta (ketika menyedarinya) lalu memberi salam. Diriwayatkan dri Abdullah Ibnu Mas ud r.a.: Pada suatu ketika Nabi s.a.w. bersolat Zuhur lima rakaat, lalu ditanya: Apakah rakaat solat ini memang telah ditambah? Baginda bertanya: Mengapa demikian? Para sahabat menjawab: Anda telah melakukan solat lima rakaat. Maka baginda pun sujud dua kali setelah memberi salam itu. (Sahih al-bukhari, Hadis no.: 1226) Daripada hadis ini, jelas menunjukkan jika kita tertambah sesuatu di dalam solat tidaklah perlu diulangi solat tersebut, tetapi cukup dengan melakukan sujud syahwi. Termasuk dalam hal ini (al-ziyadah) adalah memberi salam sebelum sempurna solatnya. Contohnya, ketika seseorang sedang bersolat Asar lalu pada rakaat yang kedua dia telah melakukan tasyahhud akhir dan memberi salam untuk mengakhiri solatnya. Dalam hal ini, penambahan (al-ziyadah) adalah pada perbuatan menambah salam sebelum masanya. Andainya, dia menyedari hal permasalahan tersebut setelah berada pada sela masa yang lama (setelah mengakhiri solatnya) maka dia harus mengulangi semula solatnya. Namun, jika hanya beberapa ketika setelah memberikan salam, maka dia hanya perlu menyempurnakan baki solatnya itu lalu memberi salam. Dan kemudiannya terus melakukan sujud syahwi dan salam sekali lagi. Daripada Abu hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. solat bersama kami pada salah satu waktu solat di siang hari (Asar atau Zuhur), ternyata baginda hanya solat dua rakaat sahaja dan terus memberi salam. Baginda lalu pergi ke sebuah kayu yang terbelintang di masjid lalu berteleku di atasnya seolah-olah sedang marah. Tangan kananya diletakkan di atas tangan kirinya sambil menggenggam jari-jarinya, sedang pipinya diletakkan di atas telapak kirinya bahagian luar. Kemudian ada yang segera keluar dari pintu-pintu masjid sambil mengatakan: Solat telah diqasarkan (dipendekkan). Di antara orang ramai itu terdapat pula abu Bakar dan Umar. Keduanya malu untuk bertanyakan akan hal itu. Kebetulan di antara mereka terdapat pula seorang lelaki bernama Dzulyadain, yang bertanya: Ya Rasulullah, apakah anda lupa atau solat tadi memang diqasarkan? Baginda bersabda: Saya tidak lupa dan solat tadi tidak pula diqasarkan. Maka Rasulullah bertanya kepada para sahabat: Apakah benar yang dikatakan oleh Dzulyadain? Para sahabat menjawab: Benar. Maka baginda pun menuju kembali ke tempatnya semula dan menyempurnakan baki rakaatnya, kemudian memberi salam. Sehabis salam itu baginda bertakbir, sujud sebagaimana sujud biasa atau agak panjang sedikit, lalu mengangkat kepala dan takbir. Seterusnya baginda takbir lagi lalu sujud biasa atau agak lebih lama, kemudian mengangkat kepalanya kembali. (Sahih al-bukhari, Hadis no.: 482) 2 - Tatacara Sujud Syahwi Ketika Terdapat Pengurangan Dalam solat Sekiranya di dalam solat kita terdapat kekurangan secara tidak sengaja di dalam perkara yang rukun ataupun fardhu maka sujud syahwinya dilakukan sebelum

salam. Contohnya apabila seseorang itu tertinggal tasyahhud awal dan terus bangun untuk meneruskan rakaat yang ketiga, maka dia tidak perlu untuk duduk kembali untuk mengerjakan tasyahhud awal tersebut. Dia hanya perlu meneruskan solatnya dan kemudian selepas tasyahhud akhir dan sebelum salam, hendaklah dia melaksanakan sujud syahwi. Sekiranya dia teringat bahawa dia lupa membaca tasyahhud awal ketika dia belum bangkit untuk berdiri ke rakaat ketiga secara sempurna, maka bolehlah dia duduk semula untuk mengerjakan tasyahhud awal tersebut. Daripada Abdullah bin Buhainah r.a.: Bahawasanya Nabi s.a.w. solat zuhur bersama mereka. Baginda bangkit pada rakaat kedua dan tidak duduk (maksudnya, tidak melakukan tasyahhud awal), para makmum pun ikut berdiri bersama Baginda hingga ketika hendak selesai solat, sedang makmum menunggu salamnya, Baginda bertakbir dalam posisi duduk lalu sujud dua kali sebelum salam, kemudian baru salam. (Sahih al-bukhari, Hadis no.: 829) Mughirah bin Syu ban r.a. pula berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila salah seorang di antaramu berdiri dari rakaat kedua dan belum sempurna berdirinya maka hendaklah dia duduk kembali, dan apabila telah sempurna berdirinya maka janganlah dia duduk dan hendaklah dia sujud dua kali. (Sahih Sunan Ibn Majah, Hadis no.: 1208, dinilai sahih oleh al-albani) 3 - Tatacara sujud Syahwi Ketika Berlaku Keraguan Dalam solat Keraguan atau syak menurut Muhammad bin Shalih al- Uthaimin rahmahullah: Syak (ragu-ragu) adalah kebimbangan di antara dua hal tentang yang mana sebenarnya telah dilakukan. (Muhammad bin Shalih al- Uthaimin, Prostration For ForgetfullnessIn The Prayer, (edisi Bahasa Inggeris diterjemah oleh abu Talhah Dawood), m.s. 11) Daripada Abdullah bin Mas ud r.a.: Dan apabila salah seorang dari kalian ragu dalam solatnya, maka hendaklah dia memilih yang benar (menurut keyakinannya), lalu hendaklah dia menyempurnakan solatnya lalu salam, kemudian sujud dua kali. (Sahih al-bukhari, Hadis no.: 401) Daripada Abdurrahman bin Auf r.a., daripada Rasulullah s.a.w.: Jika salah seorang di antara kalian ragu dalam solatnya, sehingga dia tidak tahu, apakah baru satu rakaat atau sudah dua rakaat, maka baiklah ditetapkannya sebagai satu rakaat sahaja. Jika dia tak tahu apakah dua atau sudah tiga rakaat, baiklah ditetapkannya dua rakaat. Dan jika tidak tahu apakah tiga ataukah sudah empat rakaat, baiklah ditetapkannya tiga rakaat, kemudian hendaklah dia sujud bila selesai solat di waktu masih duduk (selepas tasyahhud akhir) sebelum memberi salam, iaitu sujud syahwi sebanyak dua kali. (Musnad Ahmad, Hadis no.: 1656, & Sahih Ibn Hibban, Hadis no.: 2663, dihasankan (hasan lighairihi) oleh Syu aib al- Arna uth)

Bacaan Dalam Sujud Syahwi: Jika diteliti hadis-hadis Rasulullah s.a.w. berkaitan sujud syahwi, ternyata Baginda s.a.w. tidak pernah menunjukkan (mengajarkan) bacaan khusus yang pelu dibaca ketika sujud (syahwi) ini. Maka, bacaan-nya adalah sama sepertimana bacaan di dalam sujud solat seperti biasa. Namun, di dalam masyarakat kita mereka selalunya mengamalkan bacaan seperti ini: Subhaana man laayanaamu walaa yashuu yang membawa maksud, Maha suci Tuhan yang Tidak Tidur dan Tidak Lupa. Sebenarnya, bacaan ini bukanlah dari sunnah Nabi s.a.w. dan tidak pula pernah diamalkan oleh para sahabat dan seluruh ulama salaf al-ummah termasuk imamimam mazhab yang empat. Malahan menurut Muhammad Abdussalam Khadr al-syaqiry rahimahullah: Tidak pernah diriwayatkan sesuatu doa yang khusus untuk sujud syahwi daripada Rasulullah s.a.w. Doa yang dibacanya adalah sama seperti doa yang dibaca ketika sujud biasa. Adapun pendapat yang mengatakan bahawa bacaan saat sujud syahwi adalah Subhaana man laayanaamu walaa yashuu adalah tidak benar kerana ianya tidak pernah diamalkan oleh Nabi s.a.w. mahupun para sahabatnya. Tiada dalil yang yang tsabit berasal dari sunnah yang menunjukkan bacaan ini. Doa itu sebenarnya adalah doa yang diperolehi dari mimpi sebahagian kaum sufi. Oleh kerana itulah, jangan mengerjakan doa tersebut. Ambillah urusan agamamu dari kitab-kitab hadis yang sahih. (Muhammad Abdussalam Khadr al-syaqiry, Bid ah-bid ah Yang dianggap Sunnah (edisi terjemahan oleh Ahmad Munir awood Badjeber & Sulaiman, Qisthi Press, Jakarta, 2004), m.s. 76-77) Dan al-hafiz Ibn Hajar al- Asqalani pula berkata dalam Kitab al-talkhis tentang doa tersebut katanya: Aku tidak pernah menemui asal usul (sanad) bacaan ini. Imam Nawawi r.h. berkata: Sujud syahwi dilakukan dua kali dan dipisahkan antara kedua-duanya dengan duduk istirasy (duduk antara dua sujud). Sebelum salam, dia hendaklah duduk tawarruk (duduk tahiyyah akhir). Cara sujud dan bacaannya adalah sama seperti sujud dalam solat fardhu. (Kitab al- Majmu, jil. 4, m/s. 72) Maka sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-qur an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (al-sunnah), serta seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan setiap yang diadaadakan (bid ah) adalah sesat (tidak benat). (Sahih Muslim, Hadis no.: 867) Bacaan Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud Bacaan yang di baca diantara 2 sujud syahwi menurut Syeikh Ibn Utsaimin Rahimahullah adalah:-

رب اغف ر ل ي "Rabbhig firli" - Ya Allah ampunkan dosaku. [al-sharh al-mumthi', 1/646, Dar al-ansar, 2003]