TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016

dokumen-dokumen yang mirip
Kempen esaver Affin. Hak Cipta 2014 Affin Bank Berhad (25046-T)

TERMA DAN SYARAT DEPOSIT AFFINBANK 2016

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

TERMA DAN SYARAT YANG MENGAWAL KEMPEN PB GOLDEN FORTUNE

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

O.M.G KINI KEMBALI TERMA DAN SYARAT

TERMA DAN SYARAT O.M.G KEMBALI! GANJARAN LEBIH BESAR

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Terma & Syarat Kempen Bila-bila Masa, Di Mana Jua dengan affinonline

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

Fasal-fasal yang dipinda

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

4.1.2 Deposit Tetap Konventional ( DT ) dan ASNB Harga Berubah (ASNB HB) terpilih

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

Terma dan Syarat Kad Debit MasterCard TRUE Kempen UM

Jumlah minimum transaksi (RM) (i) Melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now*

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

TERMA DAN SYARAT KEMPEN Save, Invest and Win. 1. RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M) akan dirujuk sebagai RHB.

TERMA DAN SYARAT Kempen Ganjaran RM150 RHB Smart Account/-i 2018

HONG LEONG BANK PROMOSI DEPOSIT DAN MENANG EMAS

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard.

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK YURAN GUAMAN PINJAMAN PERUMAHAN

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

TERMA & SYARAT PELAN ANSURAN MUDAH (EiPLAN) AFFINBANK UNTUK INSURANS GAP SEWA BELI

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

PROMOSI GANDAKAN KADAR FAEDAH HONG LEONG

2. Pemegang kad tambahan dan Kad Kredit-i Korporat adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai Kempen Pindahan Baki 2016/17 ini.

TERMA & SYARAT. Kempen Amanah Saham Nasional Berhad Harga Berubah (ASNB HB) & Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i (DT/KMD-i) RHB

Layak dilindungi oleh PIDM

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Pindahan Baki ( BTiP ) AFFIN

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 12% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

TERMA DAN SYARAT Kempen Penggunaan Besar-besaran Kad RHB Pertengahan Tahun 2016

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

Tempoh Kempen bermaksud 2 Oktober 2017 sehingga 30 Mac 2018 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) melainkan jika diberitahu sebaliknya.

TERMA DAN SYARAT CABUTAN EXTRAVAGANZA KT 2018

KEMPEN PEMBELANJAAN LUAR NEGARA DAN DAPAT 1% PULANGAN TUNAI KAD KREDIT HONG LEONG BANK

2 November Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Mudan (EiPlan) AFFINBANK

KEMPEN #BankRakyatCares AKAUN DEPOSIT BERJANGKA-i Terma dan Syarat A. Syarat-syarat Kelayakan dan Kempen

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

Terma & Syarat Promosi Deposit Tetap / Deposit Bertempoh (FD/TD) untuk tempoh 6 bulan dengan hadiah

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

KEMPEN Perayaan Faedah SIFAR 12 Bulan PINJAMAN PERIBADI HONG LEONG

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen CIMB Personal Financing Pre-Raya Cash Back (1hb Mei 31hb Ogos 2017)

4. Akaun Flexi Mortgage dan semua akaun lain yang tidak dinyatakan di bawah Klausa 3 di atas tidak termasuk dalam Promosi ini.

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% 1. Apa produk ini berkenaan?

Program Penukaran Baki CIMB Bank Terma-Terma dan Syarat-Syarat setakat 7 MEI Program Penukaran Baki

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

4.2 Peserta Layak mestilah memenuhi syarat-syarat berikut bagi Peletakan DT untuk menikmati Kadar Faedah Promosi DT:

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Akaun Pelaburan Pulangan Tetap-i Step Up 12 Bulan CIMB Islamic Bank Berhad TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Kempen bermaksud Kempen Kad Debit AmBank Swipe to Win yang dianjurkan oleh Bank menurut Terma dan Syarat yang ditetapkan dalam dokumen ini.

CashLite CIMB Terma-terma dan Syarat syarat seperti pada 22 Dec 2016

Bank" bermaksud Hong Leong Bank Berhad ( HLBB ) dan/atau Hong Leong Islamic Bank Berhad ( HLISB ).

2. Mekanisma kempen adalah seperti berikut:

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

3. Untuk tujuan Kempen ini, hanya Pemegang Akaun utama Pelanggan yang Layak berhak untuk mendapatkan Hadiah

Kempen ini terbuka kepada pelanggan bukan individu baru dan sedia ada HLB Akaun Semasa PowerSME ( Pelanggan ).

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN KEMPEN JomPAY Nationwide

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AS EASY AS 1, 2, 3

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AL AWFAR 3Xtra Drive

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Berhad Yang Mengawal Kempen Deposit Tetap dan Akaun Semasa

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT SAHABAT AGRO REWARD CAMPAIGN BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD ( AGROBANK ) ( U)

Pembiayaan Auto CIMB Pembiayaan Kenderaan Khas untuk Bumiputera Terma-terma dan Syarat-syarat

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ) KEMPEN ICM-UT KFH MALAYSIA ( KEMPEN )

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions

1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Bank Berhad (13491-P).

RISALAH PENDEDAHAN PRODUK AKAUN PELABURAN KHAS (SIA)

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Amaun Deposit Tunggal Minimum. Hadiah

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

CIMB BANK BERHAD TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAWAL SELIA PRIME BANKING

a) Untuk layak menerima Insentif RRP, semua syarat berikut perlu dipenuhi oleh Ejen ("Rujukan Berjaya"):

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

TERMA DAN SYARAT KAD KREDIT HONG LEONG BANK INFINITE/ INFINITE

Hong Leong Akaun Semasa-i PowerSME Terma & Syarat

PROMOSI PENGURANGAN CEK BAGI PEMEGANG AKAUN SEMASA INDIVIDU - STOP THE CHEQUES & GO ONLINE Dikemaskini pada 01 hb April 2017

Transkripsi:

TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016 1. Affin Bank Berhad memperkenalkan KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016 yang menawarkan hadiah barangan kepada pelanggan yang layak mengikut terma dan syarat yang dinyatakan dalam dokumen ini. 2. Tempoh Promosi ini bermula dari Oktober 2015 dan berakhir pada 28 Februari 2016. Apa-apa pelanjutan selepas itu akan ditetapkan mengikut budi bicara tunggal AFFINBANK. 3. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan baharu dan sedia ada, termasuk pekerja AFFIN BANK dan AFFIN ISLAMIC. Walau bagaimanapun, tidak akan ada apa-apa kadar keutamaan yang diberikan kepada pekerja AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC. 4. Sumber dana yang diletakkan di bawah Kempen ini hendaklah bukan sumber daripada Akaun Deposit Konvensional atau Islam sedia ada yang lain dengan Kumpulan AFFINBANK. 5. Promosi ini terpakai untuk Dana Baharu sahaja. Dana Baharu ditakrifkan sebagai:- a. Tunai, GIRO antara Bank, dana baharu yang diterima melalui pemindahan bertelegraf daripada bank lain, cek tempatan atau cek jurubank yang dikeluarkan oleh bank lain dalam tempoh satu minggu dari tarikh deposit; b. Hasil yang diperoleh daripada penebusan ekuiti dan dana amanah saham yang didepositkan semula ke dalam mana-mana CASA. 6. Perkara yang berikut tidak dianggap sebagai Dana Baharu : a. Pemindahan dana intrabank, contohnya pemindahan dana daripada akaun ABB/AIBB (sama ada simpanan, semasa, deposit tetap, Pelaburan Am dan/atau Deposit Bertempoh-i) di bawah nama akaun yang sama; b. Pemindahan antara cawangan dalam ABB/AIBB di bawah nama akaun yang sama. 7. Akaun Semasa dan Akaun Simpanan yang layak di bawah kempen ini adalah seperti berikut: a. Simpanan Asas b. Simpanan Biasa (berdasarkan Buku Akaun) c. Simpanan Penyata d. Affin Plus e. Affin Gold (berdasarkan Buku Akaun dan Penyata) f. Akaun Semasa Asas g. Akaun Semasa Individu

8. Akaun mesti mempunyai deposit tambahan bersamaan dengan jumlah hadiah yang diminta akan ditanda aras dengan asas pada bulan September 2015. 9. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta yang Layak:- a. bersetuju dan membenarkan maklumat berkaitan Akaun Semasa dan Akaun Simpanan mereka diproses, dikumpul, digunakan dan disimpan oleh AFFINBANK bagi tujuan Kempen ini; b. bersetuju bahawa terma dan syarat sedia ada yang mengawal semua Akaun Deposit hendaklah terus terpakai; c. akan dianggap telah membaca, memahami dan dengan ini bersetuju dengan nyata untuk terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan dalam dokumen ini dan bersetuju bahawa keputusan AFFINBANK adalah muktamad, mengikat dan tidak boleh dipertikaikan. Rayuan, surat-menyurat, pertanyaan atau bantahan tidak akan dilayan; dan d. bersetuju dan membenarkan AFFINBANK menggunakan nombor telefon mereka yang didaftar bagi tujuan pemasaran dalam AFFINBANK dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga. 10. Bagi menyertai Kempen ini, Peserta yang Layak mesti mendepositkan amaun deposit tunggal dalam mana-mana Produk yang Layak untuk layak menerima satu (1) barangan hadiah seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah:- Jenis Hadiah Amaun Deposit Tunggal bagi setiap Produk yang Layak Tempoh Peruntukan Golden Art Wall Frame - Nine Carp Fish 60,000 4 bulan Golden Art Wall Frame - Bravery Dragon 55,000 4 bulan Golden Art Wall Frame - Elegant Orchid 50,000 4 bulan Penggoreng Udara Elektrik 45,000 4 bulan Pembersih Air 40,000 4 bulan Kamera & Kad Ingatan 35,000 4 bulan Sepasang Jam Tangan 30,000 4 bulan Pemproses Makanan 20,000 4 bulan

Alat Tekanan Darah Digital 15,000 4 bulan Vakum Berpemegang 10,000 4 bulan Acuan Kuih Wafel 10,000 4 bulan Pembancuh Kopi 7,000 4 bulan Pembakar Roti 6,000 4 bulan Almari Pelbagai Fungsi 6,000 4 bulan 11. Jika amaun peruntukan bagi Produk yang Layak dibatalkan, ditarik balik atau dikeluarkan kurang dari tempoh peruntukan yang ditetapkan bagi apa-apa alasan sekalipun, AFFINBANK mempunyai hak mutlak untuk mengenakan penalti berikut daripada Akaun Semasa dan Akaun Simpanan Peserta yang Layak. Hadiah Penalti/ Harga Asal (RM) Golden Art Wall Frame - Nine Carp Fish 745 Golden Art Wall Frame - Bravery Dragon 570 Golden Art Wall Frame - Elegant Orchid 545 Penggoreng Udara Elektrik 482 Pembersih Air 430 Kamera & Kad Ingatan 345 Sepasang Jam Tangan 280 Pemproses Makanan 205 Alat Tekanan Darah Digital 150 Vakum Berpemegang 128 Acuan Kuih Wafel 104 Pembancuh Kopi 92

Pembakar Roti 85 Almari Pelbagai Fungsi 77 12. Peserta yang Layak (mengikut asas CIF) dibenarkan menerima maksimum 5 hadiah sahaja selagi mereka memenuhi kriteria kelayakan untuk setiap Hadiah. HADIAH 13. Peserta yang Layak (termasuk semua pemegang akaun bersama yang lain, jika Akaun Bersama) perlu menandatangani Surat Peruntukan/Tanggung Rugi untuk menyertai Kempen ini dan layak memenangi Hadiah. 14. Setelah memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, Peserta yang Layak berhak memenangi Hadiah. 15. Hadiah ini terdiri daripada produk/barangan seperti yang ditetapkan dalam Fasal 9. 16. Hadiah akan diberikan berdasarkan asas siapa cepat dia dapat, tertakluk pada ketersediaan hadiah. 17. Hadiah tidak boleh dipindah milik, dirunding dan ditukar dengan tunai, kredit atau barangan, sebahagiannya atau keseluruhannya. Hadiah di bawah Kempen ini tidak termasuk apa-apa aksesori atau barangan yang ditunjukkan dalam mana-mana iklan dan/atau bahan promosi kerana ia hanyalah bagi tujuan ilustrasi. 18. AFFINBANK berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, menukar apa-apa Hadiah, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, dengan hadiah yang mempunyai nilai yang setara pada bila-bila masa dan/atau menambah atau mengurangkan jumlah Hadiah. 19. Peserta yang Layak hendaklah bertanggungjawab untuk membayar apa-apa cukai, kos sampingan dan/atau caj lain berkaitan dengan mana-mana Hadiah. AFFINBANK tidak bertanggungjawab untuk apa-apa cukai, kos sampingan, caj dan/atau ganti rugi yang disebabkan oleh mana-mana Hadiah dan/atau kegagalan penunaian oleh mana-mana ejen/pembekal/pengedarnya. 20. Peserta yang Layak hanya boleh mengambil Hadiah mereka daripada Cawangan Pemegang Akaun di mana peruntukan deposit dibuat. 21. Hadiah boleh diambil oleh Peserta yang layak di cawangan tersebut dalam tempoh 6 hingga 12 minggu dari tarikh peruntukan deposit dibuat. 22. Peserta yang Layak tidak layak untuk promosi atau kempen Akaun Semasa dan Akaun Simpanan yang lain oleh AFFINBANK. 23. AFFINBANK TIDAK akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun, untuk apa-apa kejadian yang berlaku akibat apa-apa bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, sekat masuk, tindakan industri, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, apa-apa

jenis kegagalan teknikal atau sistem, campur tangan manusia yang tidak dibenarkan dan kesilapan elektronik atau manusia dalam pengurusan dan pemprosesan Kempen ini. 24. AFFINBANK tidak akan bertanggungjawab, sama ada secara langsung atau berturutan, untuk apa-apa kerugian dan ganti rugi walau apa pun yang ditanggung oleh Peserta yang Layak disebabkan penyertaan mereka, secara langsung atau tidak langsung, secara keseluruhan atau sebahagiannya, dalam Kempen dan/atau Hadiah ini. 25. AFFINBANK menafikan apa-apa liabiliti, obligasi atau kewajipan yang berkaitan dengan Hadiah. AFFINBANK tidak membuat pernyataan atau waranti terhadap kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian Hadiah dan tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan apa-apa Hadiah yang hilang, dicuri atau rosak disebabkan kecacatan dalam bahan atau buatan oleh pengilang di bawah waranti atau sebaliknya. Peserta yang Layak perlu berurusan terus dengan pengilang dan/atau pengedar berdaftar untuk maklumat waranti, tuntutan, dan/atau terma dan syarat yang khusus bagi pemasangan, spesifikasi, kegunaan atau pengendalian Hadiah. 26. Apa-apa risiko kehilangan atau kerosakan Hadiah akan dipindahkan kepada Peserta yang Layak selepas penghantaran Hadiah kepada Peserta yang Layak. AFFINBANK tidak bertanggungjawab dan berkewajipan untuk mengenal pasti atau menggantikan apa-apa Hadiah yang cacat, hilang, rosak atau dicuri. Am 26. Terma dan Syarat Am yang terpakai bagi semua akaun deposit/produk/perkhidmatan hendaklah terpakai pada setiap masa. 27. Kumpulan AFFINBANK berhak, setelah memberikan notis yang munasabah, meminda, menggugurkan dan/atau menambah mana-mana terma dan syarat ini. Pelanggan bersetuju bahawa penyertaan berterusan dalam Kempen ini merupakan penerimaan terhadap terma dan syarat ini (seperti yang diubah suai dan diubah dari semasa ke semasa). Pelanggan bersetuju untuk sentiasa mengakses laman web bagi menyemak terma dan syarat serta memastikan mereka sentiasa mendapat maklumat terkini berhubung apa-apa pertukaran atau perubahan dalam terma dan syarat tersebut. 28. Terma dan Syarat ini, termasuk apa-apa pindaan, pengguguran atau penambahan, akan mengatasi apa-apa peruntukan atau pernyataan yang terkandung dalam mana-mana bahan promosi lain yang mengiklankan Kempen ini. 29. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan. 30. Semua terma dan syarat yang ditetapkan dalam dokumen ini hendaklah dikawal dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.

31. Promosi ini berakhir pada 28 Februari 2016. Walau bagaimanapun, pihak Bank berhak menghentikan promosi setelah mencapai had yang dikehendaki walaupun tarikh promosi masih belum tamat. Apa-apa pelanjutan selepas itu akan ditentukan mengikut budi bicara tunggal AFFIN BANK. 32. Notis privasi seperti yang terkandung dalam laman web kami www.affinbank.com.my hendaklah terpakai. Fasal Privasi Pelanggan hendaklah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Affin Bank Berhad ( Kumpulan AFFINBANK ) dalam laman webnya serta fasal yang dinyatakan dalam dokumen ini, seperti yang mungkin berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi. Bagi mengelakkan keraguan, Pelanggan bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut hendaklah dianggap sebagai digabungkan melalui rujukan ke dalam Perjanjian ini. Jika Pelanggan memberikan maklumat peribadi dan/atau kewangan berkaitan pihak ketiga, termasuk maklumat berkaitan waris terdekat dan tanggungan (bagi individu) mereka atau maklumat berkaitan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan penyedia jaminan (bagi syarikat), bagi tujuan membuka atau mengendalikan akaun/kemudahan dengan Kumpulan AFFINBANK atau selainnya melanggan produk dan perkhidmatan Kumpulan AFFINBANK, Pelanggan mengesahkan bahawa: (i) persetujuan pihak ketiga telah diperoleh dan/atau sebaliknya Pelanggan berhak memberikan maklumat ini kepada Kumpulan AFFINBANK bagi kegunaan Kumpulan AFFINBANK mengikut perjanjian ini; (ii) Pelanggan bersetuju memastikan maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; dan (iii) Pelanggan bersetuju memaklumkan Kumpulan AFFINBANK secara bertulis jika berlaku apa-apa perubahan penting pada maklumat peribadi dan kewangan tersebut. Jika Pelanggan mengarahkan Kumpulan AFFINBANK melaksanakan apa-apa bentuk urus niaga rentas sempadan (termasuk membuat atau menerima pembayaran), maklumat berkaitan urus niaga rentas sempadan tersebut (termasuk maklumat berkaitan sesiapa yang terlibat dalam urus niaga tersebut) boleh diterima dari atau dihantar ke luar negara, dan maklumat berkenaan boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara yang berkaitan dengan tugas mereka yang sah (contohnya, pencegahan

jenayah). Semasa mengarahkan Kumpulan AFFINBANK dan/atau ejennya membuat apa-apa urus niaga rentas sempadan bagi pihak Pelanggan, Pelanggan bersetuju dengan pendedahan maklumat yang dinyatakan di atas bagi pihaknya dan pihak lain yang terlibat dalam urus niaga rentas sempadan tersebut. Selain itu, tertakluk sentiasa pada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau obligasi) yang terpakai kepada Kumpulan AFFINBANK (sama ada di dalam atau di luar Malaysia), Pelanggan bersetuju bahawa Kumpulan AFFINBANK, pedagang dan rakan kongsi strategiknya boleh menghubungi Pelanggan untuk memaklumkan tentang produk, perkhidmatan serta tawaran yang mungkin menarik minat Pelanggan atau memberikan manfaat kewangan kepada Pelanggan. Kumpulan AFFINBANK boleh berkomunikasi melalui pelbagai saluran, termasuk telefon, komputer atau surat dengan menggunakan maklumat perhubungan yang diberikan oleh Pelanggan. Walau bagaimanapun, Pelanggan boleh menghubungi Kumpulan AFFINBANK pada bila-bila masa jika mereka tidak lagi berhasrat untuk menerima komunikasi pemasaran daripada Kumpulan AFFINBANK, ahli lain Kumpulan AFFINBANK dan/atau pedagang serta rakan kongsi strategik kami dengan mengunjungi mana-mana cawangannya. Pelanggan mengakui bahawa komunikasi tertentu seperti penyata akaun dan laman web Kumpulan AFFINBANK mengandungi maklumat standard berhubung produk dan perkhidmatan lain yang tidak boleh dihapuskan tanpa menjejaskan penyampaian/penyediaan perkhidmatan dan/atau produk Kumpulan AFFINBANK, pengendalian akaun dan/atau kemudahan Pelanggan dengan Kumpulan AFFINBANK, dan/atau kos tambahan kepada Pelanggan. Kumpulan AFFINBANK boleh menggunakan agensi rujukan kredit bagi membantu Kumpulan membuat keputusan, sebagai contoh, apabila terdapat keperluan untuk: iv) menyemak maklumat permohonan kredit dan berkaitan kredit atau kemudahan lain; v) menguruskan akaun atau kemudahan kredit dan berkaitan kredit, termasuk menjalankan semakan portfolio Pelanggan; dan/atau mendapatkan semula hutang. Pelanggan akan dihubungkan oleh agensi rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang digunakan atau telah digunakan serta mana-mana pemohon bersama dan berasingan.

Kumpulan AFFINBANK juga boleh berkongsi maklumat tentang Pelanggan dan cara Pelanggan menguruskan akaun/kemudahan dengan agensi penarafan atau agensi rujukan kredit yang berkenaan. Kumpulan AFFINBANK dengan ini berhak meminda fasal ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara tunggalnya dan akan memaklumkan kepada Pelanggan terlebih dahulu secara bertulis dan memasukkan apa-apa pindaan yang berkenaan ke dalam laman webnya dan/atau meletakkan notis di dewan perbankan atau lokasi utama di cawangannya. Fasal ini tidak akan menjejaskan apa-apa fasal lain dalam Terma dan Syarat ini atau dalam keperluan kawal selia BNM yang berkaitan dengan pendedahan maklumat. Layak untuk perlindungan PIDM