TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR

dokumen-dokumen yang mirip
Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato Norol Azali Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MAJLIS SANTAI KOMUNITI & KARNIVAL FITNESS

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB NAIB CANSELOR

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH PROJEK LAWATAN PKS ISTAC BEST 14 PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

TEKS UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MERANGKAP AHLI LEMBAGA PENGARAH MYANGKASA HOLDINGS SDN BHD

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

TEKS UCAPAN YBHG. KOL. PROF. DATUK DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DI MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL PENULISAN BUKU

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

TEKS UCAPAN YBHG DATUK IDRIS BIN HASHIM PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: SEPETANG MERDEKA PADA: 8 SEPTEMBER 2014 (SELASA) 3 PETANG

Yang Berhormat Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan. Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen. Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kepenggunaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. Yang Berbahagia Prof. Dr. Ali Yeon Md. Shakaff, Timbalan Rektor Akademik dan

YANG BERBAHAGIA DATO PROF. DR. MOHD NOR BIN HUSAIN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)

Yang Berusaha En. Joannes Solidau Timbalan Ketua Pengarah Operasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

TEKS UCAPAN YB DATO SUK SEMPENA POGRAM ROADSHOW INTEGRITI 2018

MAJLIS MAKAN MALAM KELUARGA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI PAHANG ZON 3 30 SEPTEMBER 2017 CHERENGIN HILLS, JANDA BAIK

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

Masalah Kesihatan Mental Kurang Menerima Perhatian

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

Terima Kasih, Saudara/i Pengacara Majlis. Selamat Pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam UnimasKu Sayang

TEKS UCAPAN ALUAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN. NAIB CANSELOR UniMAP BERSEMPENA DIALOG PENYALAHGUNAAN DADAH IMTGT

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

UCAPAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 72/73

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

warah matnllahi Ta'ala Assalamualaikum wa barokatah Dan selamat sejahtera.

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

Yang Berhormat, Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, Kementerian Pendidikan Malaysia,

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH BOWLING

Yang Berusaha En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain, Penasihat Projek Semaian Kasih;

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT TUAN WONG CHEN [ KELANA JAVA]

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. PROF. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

TEKS UCAPAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS MENANDATANGANI MOU JALINAN KERJASAMA ANGKASA DAN

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

Teks Ucapan Perasmian Ybhg Prof Dato Dr Mohamad Kadim Bin Suaidi Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

Laman Graduan, Dewan Canselor 27 Julai 2008, jam 8.00 malam.

TEKS UCAPAN MAJLIS KUNJUNGAN & PENYAMPAIAN SUMBANGAN PROGRAM KHIDMAT SOSIAL KORPORAT ANGKASA (CSR) BERSAMA PESAKIT DAN WARGA KERJA,

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN WISMA LEVIDA.MY DAN MENYAKSIKAN

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS: MAJLIS PERASMIAN PROJEK MUTIARA NEGERI SEMBILAN 2011 PADA: 17 NOVEMBER 2011 TEMPAT:

Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP;

TEKS UCAPAN PERASMIAN PRESIDEN ANGKASA DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH MAJLIS PERHIMPUNAN HOS TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN BUKAN LISAN MESYUARAT PERTAMA. PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS. MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT

30 MAC 2017 SOALAN NO: 55 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH YB DATUK SERI DR S.SUBRAMANIAM MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

SEMINAR BOLEHKAH WANITA BERSUARA, JIKA BERSUARA ADAKAH DIDENGAR? (PEMIKIRAN GAYATRI CHAKRAVORTY SPIVAK) Teks Ucapan

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMINAR AUDIT DALAMAN 2017

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT PEHIN ORANG KAYA PEKERMA LAILA DIRAJA DATO SERI SETIA AWANG HAJI HAZAIR BIN HAJI ABDULLAH,

Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KPWKM SEMPENA MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KPWKM KE-12 OLEH PUAN CHE AZIZAH BINTI CHE RASHID

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ASEAN COOPERATIVES ORGANISATION (ACO) MERANGKAP PRESIDEN ANGKASA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yg. Berbahagia En. Razli Bin Ahmad, Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

TEKS UCAPAN PERASMIAN. BRIG. JEN. Prof. DATUK SERI PANGLIMA DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR Universiti Malaysia Sabah

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

Ucapan Menteri Besar Johor Program Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Johor Pada 16 Ogos 2017 di Dewan Majlis Daerah Pontian Johor.

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN PESTA KAAMATAN SABAH PERINGKAT IPTA DAN IPTS KALI KE-9 (4 ogos 2010) Masa:10.00am-11.

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA September 2016 My Angkasa Akademi & Resort Langkawi

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL PROF. DATUK SRI PANGLIMA DR KAMARUZAMAN HJ. AMPON

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-80 KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

TABUNG HAJI UMUM BONUS JUBLI EMAS UNTUK TAHUN KEWANGAN 2012

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

SMK TUN TUAH PENYELIDIKAN DAN KONSULTASI SESI 2010/2011 KERTAS CADANGAN UNTUK MENGKAJI :

TALKING POINT YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN KURSUS MADU KELULUT ANJURAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAB LISAN 19 JUN 2014 (KHAMIS) Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala

Transkripsi:

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATO SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BARAH USUS BESAR TEMPAT PERUMAHAN AWAM SERI SABAH 3A & 3B, CHERAS, KUALA LUMPUR TARIKH 13 APRIL 2014 (AHAD) @ 9.00 AM BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Terima kasih saudara/ saudari Pengacara Majlis, Yang Berusaha, Dr. Christina Ng Presiden & Pengasas EMPOWERED - Persatuan Advokasi Kanser Malaysia, Yang Berusaha, Pn. Hjh. Yatela Zainal Abidin Wakil dari Yayasan Sime Darby selaku penaja utama untuk Kempen Barah Usus Besar 2014 oleh EMPOWERED Yang Mulia, Raja Rahim bin Raja Muhaiddin Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam Seri Sabah 3A, Yang Berusaha, Tuan Haji Zainal Abidin bin Abdul Wahab Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam Seri Sabah 3B, Yang Berusaha, Puan Hamimah binti Mohd Said Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Perumahan Awam Seri Sabah 3B,

Wakil- wakil dari rakan- rakan usaha bersama EMPOWERED dan wakil- wakil untuk penaja-penaja yang lain. Ahli-ahli sukarelawan. Para hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, 1. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak penganjur, iaitu EMPOWERED, di atas jemputan untuk merasmikan program KESEDARAN KANSER USUS BESAR di Perumahan Awam Seri Sabah Blok 3A dan 3B, Cheras, Kuala Lumpur, pada hari ini. Saya turut berasa amat berbesar hati dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan semua untuk memberikan sokongan terhadap usaha murni ini. Ucapan tahniah kepada EMPOWERED kerana telah berjaya menganjurkan program ini, yang sememangnya merupakan satu usaha yang terpuji untuk memperkasakan masyarakat, dalam meningkatkan kesedaran dalam pencegahan dan pengesanan awal kanser usus besar. 2. Kesedaran dan pengetahuan yang mencukupi mengenai kanser umumnya dan kanser usus besar khususnya merupakan kunci utama dalam memerangi kanser. Ini adalah supaya kanser dapat dicegah, dikesan awal dan berjaya dirawat dengan berkesan. Namun demikian, kesedaran dan pengetahuan sahaja tidak memberi kesan sekiranya tidak tidak diamalkan. Bak kata pepatah, Only action is reality. Tuan-tuan dan puan puan yang di hormati sekalian, 3. Kanser merupakan salah satu penyakit kronik yang menggerunkan dan boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina. Di dunia ini, kanser merupakan salah satu penyebab kematian yang utama. Laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa kanser menyumbang kepada lebih dari 7 juta kematian atau 13% dari seluruh kematian yang berlaku pada tahun 2008. Kematian akibat kanser dijangka akan meningkat kepada 13.1 2

juta pada tahun 2030 sekiranya tiada inervensi dijalankan. Di Malaysia pada tahun 2012, KANSER merupakan penyebab kematian keempat paling penting. Ianya merangkumi sebanyak 13.63 peratus daripada semua kematian yang berlaku di hospital-hospital kerajaan dan swasta di seluruh negara. 4. Menurut analisa awal kanser 2007-2011, secara keseluruhan dan tanpa mengira jantina, KANSER USUS BESAR merupakan kanser kedua paling penting di Malaysia selepas kanser payu dara. Kanser ini menyumbang sebanyak 13.4% dari keseluruhan kanser yang dilaporkan kepada Registri Kanser Kebangsaan. Kejadian kanser usus besar ini meningkat dengan pertambahan usia dan kebanyakan kes dikesan di kalangan lelaki atau wanita yang berumur 50 tahun ke atas. Hadirin sekalian, 5. Mencegah adalah lebih baik dari merawat atau prevention is better than cure. Ini adalah amat benar untuk penyakit kanser. Pada masa ini, kita lihat bahawa kos untuk merawat kanser adalah amat mahal berbanding dengan kos rawatan untuk penyakit-penyakit kronik yang lain. 6. Kira-kira 30 peratus daripada kematian akibat kanser boleh dicagah, di mana ianya dikaitkan dengan lima tingkah laku dan amalan berisiko iaitu, berat badan yang berlebihan, kurang pengambilan buahbuahan dan sayur-sayuran, kurang melakukan aktiviti fizikal, pengambilan tembakau atau merokok serta pengambilan alkohol. Kelima-lima tingkah laku ini merupakan risiko utama kepada kejadian penyakit kronik seperti kanser, termasuk kanser usus besar. 7. Sehubungan itu, KKM amat komited terhadap usaha untuk mengurangkan beban kanser di negara ini. Sejak tahun 1995, berikutan dari pelancaran Kempen Cara Hidup Sihat kelima pada tahun itu, yang memberikan fokus kepada penyakit kanser, KKM telah menjalankan pelbagai program dan aktiviti untuk menerapkankan amalan gaya hidup sihat di kalangan rakyat. Walau bagaimanapun, cabaran yang paling utama yang dihadapi adalah untuk mengubah 3

tingkah laku atau amalan seharian masyarakat kepada gaya hidup yang lebih sihat. 8. Di samping memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran tentang amalan hidup sihat untuk mencegah kejadian pelbagai penyakit kronik termasuk penyakit kanser, ujian saringan untuk mengesan kehadiran kanser pada peringkat awal merupakan satu langkah yang penting dan membantu meningkatkan peluang supaya kanser dapat dirawat dengan baik dan sembuh sepenuhnya. 9. Peningkatan kadar kematian di kalangan pesakit kanser usus besar adalah berpunca daripada kegagalan untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal. Didapati bahawa kira-kira 60 peratus kes kanser usus besar dikesan pada tahap teruk. Di antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini ialah tahap kesedaran yang masih rendah mengenai kepentingan menjalankan ujian saringan dan pengesanan awal. Di samping itu, terdapat pesakit yang lebih cenderung untuk mendapatkan rawatan alternatif berbanding rawatan di hospital di mana kebanyakan pesakit ini akhirnya akan kembali ke hospital pada peringkat kanser yang telah merebak (advanced stage). Ini jelas akan mengurangkan keberkesanan rawatan. 10. Kajian menunjukkan bahawa ujian saringan menggunakan immunological Feacal Occult Blood test (ifobt), diikuti dengan ujian kolonoskopi boleh menurunkan kadar kematian kanser usus besar sebanyak 33 peratus. Memandangkan kejadian kanser usus besar didapati semakin meningkat di negara ini, pada tahun ini, KKM akan memulakan perkhidmatan saringan kanser usus besar menggunakan ifobt di klinik-klinik kesihatan terpilih di seluruh negara. Ianya akan diikuti dengan ujian pengesahan mengunakan kolonoskopi, juga di hospital-hospital terpilih. Perkhidmatan saringan kanser usus besar ini mensasarkan lelaki atau wanita berusia 50 hingga 70 tahun tanpa mempunyai gejala. 4

Tuan-tuan dan Puan Puan yang di hormati, 11. Saya, bagi pihak KKM ingin menyeru setiap ahli masyarakat, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama berganding bahu membantu KKM dalam mengurangkan beban penyakit kanser yang ditanggung oleh negara. Justeru itu, kempen-kempen seumpama ini harus dianjurkan secara berterusan, bukan sahaja oleh pihak KKM malahan pihak badan bukan kerajaan dan agensi-agensi lain yang berkaitan. 12. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada EMPOWERD di atas komitmen dalam menganjurkan program yang sangat berfaedah ini. Saya berharap program pada hari ini akan mencapai objektifnya dan mampu mencetuskan anjakan paradigma di kalangan golongan sasaran khasnya semua penduduk di Perumahan Awam Seri Sabah Blok 3A dan 3B Cheras. 13. Satu mesej penting yang perlu disebarkan ialah cegah kanser, kesan awal dan dapatkan rawatan dengan segera. Sampaikanlah pesanan saya ini kepada mereka yang tidak berpeluang untuk hadir pada hari ini agar usaha ini akan berterusan dan tidak terhenti di sini sahaja. 14. Seterusnya, dengan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan segala sukacitanya merasmikan KEMPEN KESEDARAN KANSER USUS BESAR DI BLOK 3A DAN 3B, PERUMAHAN AWAM SERI SABAH, CHERAS, KUALA LUMPUR. Sekian, terima kasih. 5