Sarjana Psikologi Klinikal Pengenalan Program Sarjana Psikologi Klinikal adalah program sarjana yang ditawarkan secara sepenuh masa selama dua tahun. Program ini memberi persediaan dan latihan profesional dalam menghasilkan ahli psikologi klinikal. Ahli psikologi klinikal terlibat dalam aktiviti mencegah, menaksir, mendiagnos serta merawat kecelaruan psikologi termasuk kecelaruan emosi, personaliti, pembelajaran serta masalah tingkah laku yang mengganggu fungsi harian dan kefungsian sosial. Program ini mengandungi struktur kerja kursus, penyelidikan dan latihan klinikal. Subjek teras pengajian termasuklah psikologi klinikal kanak kanak dan remaja, psikologi klinikal dewasa, ujian dan penaksiran psikologi, pendekatan psikoterapi, penilian dan terapi kognitif tingkah laku serta kaedah penyelidikan dan statistik. Pelajar akan menjalani penempatan dan latihan klinikal di Klinik Psikologi Kesihatan, UKM dan beberapa buah hospital kerajaan, hospital universiti serta institusi kesihatan mental di seluruh Negara. Sepanjang latihan klinikal pelajar dilatih untuk mengendalikan penilaian psikologi, membuat diagnosis serta menjalankan terapi individu dan terapi kelompok kepada kumpulan pesakit kanak kanak, remaja, dewasa atau warga tua. Pelajar juga perlu menjalankan penyelidikan dalam bidang psikologi klinikal termasuk isu kecelaruan psikologi, psikogeriatik, psikoseksual, penyalahgunaan dadah dan bahan, kualiti hidup, psikologi perubatan dan rehabilitasi psikologi di bawah penyeliaan rapat ahli ahli fakulti.
FAQ 1. Q. Bagaimana program ditawarkan? A. Program ini adalah program sarjana sepenuh masa 2. Q. Berapa lama tempoh pengajian bagi program ini? A. 2 tahun / 4 semester 3. Q. Apakah kelayakan asas untuk memohon? A. Calon calon yang memohon untuk mengikuti program ini mestilah mematuhi syarat syarat kemasukan seperti berikut: i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan kredit dalam Bahasa Melayu atau kepujian dalam Bahasa Malayu kertas Julai; dan ii. Mempunyai Ijazah Sarjanamuda dalam bidang psikologi (dengan nilai PNGK tidak kurang daripada 3.00) dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau kelulusan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat; atau iii. Mempunyai Diploma Siswazah dalam bidang Psikologi atau Kaunseling dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat; dan iv. Lulus ujian temuduga serta ujian aptitud yang dilaksanakan oleh pihak program; dan v. Pemohon antarabangsa perlu lulus ujian Bahasa Inggeris dengan markah minima (TOEFL 580/ TOEFL CBT 230/TOEFL IBT 88 ATAU aras minima IELTS 6.5).
4. Q. Berapakah yuran pengajian mengikut semester? A. Yuran Tempatan YURAN PENGAJIAN DALAM MATAWANG RINGGIT MALAYSIA (RM) SARJANA SEPENUH MASA Pendaftaran & Konvokesyen (Tidak termasuk yuran pengajian) Yuran Pengajian (Setiap Semester) Jumlah minimum yuran keseluruhan (4 Semester) RM 385 RM 1,585 RM 6,725 B. Yuran Antarabangsa YURAN PENGAJIAN DALAM RINGGIT MALAYSIA (RM) SARJANA SEPENUH MASA Yuran Pendaftaran & Konvokesyen (Tidak termasuk yuran pengajian) Yuran Pengajian (Setiap Semester) Jumlah yuran minimum keseluruhan (4 Semesters) RM 485 RM 3,500 RM 14,485
5. Q. Apakah prosedur untuk memohon program ini? A. Tentatif permohonan; i. Program ini ditawarkan sekali setahun pada awal bulan April. ii. Permohonan boleh dilakukan pada lawan sesawang berikut http://guest.ukm.my/. iii. iv. Tarikh tutup permohonan ialah pada akhir bulan Mei. Temuduga calon pelajar akan dilakukan pada akhir bulan Jun atau awal bulan Julai v. Keputusan permohonan boleh disemak pada akhir bulan Julai. vi. Tarikh kemasukan adalah pada pertengahan bulan September. 6. Q. Apakah bahasa pengedalian bagi program ini? A. Bahasa Inggeris 7. Q. Apakah struktur asas program ini? A. Program ini terbahagi kepada 3 struktur; i. Kerja kursus. ii. Penyelidikan. iii. Penempatan klinikal. 8. Q. Apakah silibus/kurikulum bagi program ini? A. Silibus/kurikulum untuk setiap semester adalah seperti berikut: i. Semester 1 NNNC5012 NNNC5013 NNNC5033 NNNC5053 NNNC5073 NNNC5093 Metodologi Penyelidikan dan Biostatistik Ujian dan Penaksiran Psikologi Penaksiran Tingkahlaku Psikologi Klinikal Kanak kanak & Remaja I Psikologi Klinikal Dewasa I Pendekatan Terapi dan Kemahiran Interpersonal ii. Semester 2 NNNC5021 NNNC5023 NNNC5043 NNNC5063 NNNC5083 NNNC5015 Psikofarmakologi dan Psikologi Silang Budaya Neuropsikologi Psikologi Kesihatan dan Kesihatan Mental Komuniti Psikologi Klinikal Kanak kanak & Remaja II Psikologi Klinikal Dewasa II Penempatan Klinikal I
iii. Semester 3 NNNC6011 NNNC6012 NNNC6015 Seminar Psikologi Klinikal Projek Penyelidikan Psikologi Klinikal I Penempatan Klinikal II iv. Semester 4 NNNC6022 NNNC6025 Projek Penyelidikan Psikologi Klinikal II Penempatan Klinikal III