Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri,

dokumen-dokumen yang mirip
UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

UCAPAN YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA

TEKS UCAPAN YBHG DATO SRI ALI HAMSA KETUA SETIAUSAHA NEGARA SEMPENA DIALOG PERDANA PERKHIDMATAN AWAM 2012 ANJURAN RAZAK SCHOOL OF GOVERNMENT

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN MK KE-60 DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2015 OLEH

TEKS UCAPAN PENGERUSI PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PNS) SEMPENA: LAWATAN KERJA RASMI Y.B. DATO' SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH KE MENARA PNS PADA:

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

Teks Ucapan. YB Datuk Abdul Rahim bin Bakri Timbalan Menteri Pertahanan Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Ke-50

TEKS UCAPAN PENGARAH INTAN MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PESERTA KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM BIL.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu

DIBACAKAN OLEH: EN. SHAHRUL AZLAN B. MOHD ZULKIFLI PENGURUS BESAR BAHAGIAN OPERASI PERNIAGAAN

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. TAN SRI ZAINAL RAHIM BIN SEMAN KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-80 KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada saudara Pengacara Majlis.

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

Teks Ucapan YB. Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pertahanan. Sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Tentera Yang Ke-49

TEKS UCAPAN PNC JIM WAKIL. NAIB CANSELOR UTeM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia yang saya hormati saudara dan saudari pengerusi majlis,

PERUTUSAN HARI GURU 2011 MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Y.A.B. TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KE-40 TEMA

Ketua Seksyen Perkhidmatan, Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan,

- Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

PERUTUSAN. Y. BHG. DATO Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPON KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. sempena SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERASMIAN KONVENSYEN TRANSFORMASI MODAL INSAN MIKRO KREDIT : MEMPERKASAKAN EKONOMI ANGGOTA KOPERASI OLEH

TEKS PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA

Page 1. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ilmu, Keikhlasan dan Kecemerlangan UniMAP,

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

MAJLIS MAKAN MALAM KELUARGA PERHUBUNGAN ANGKASA NEGERI PAHANG ZON 3 30 SEPTEMBER 2017 CHERENGIN HILLS, JANDA BAIK

TEKS UCAPAN ALUAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

PERHIMPUNAN BULANAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA JABATAN PERDANA MENTERI BAGI BULAN MEI 2014 TRANSKRIP UCAPAN YAB PERDANA MENTERI:

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN YBHG.DATO HJ. ABDUL FATAH HJ. ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMPENA MAJLIS DIALOG BERSAMA PENGETUA- PENGETUA NEGERI PAHANG

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. SHAHRIN BIN SAHIB. NAIB CANSELOR UTeM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam. Yang Berusaha Saudara dan Saudari Pengerusi Majlis

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA SEMINAR AUDIT DALAMAN 2017

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH BIN HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG

TEKS UCAPAN YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BULAN OKTOBER PADA 25 Oktober 2011 (Selasa)

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Yang Berhormat Dato Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

NOTA PERCAKAPAN YBHG. DATO HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM KETUA PENGARAH BHEUU SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 2/ FEBRUARI 2013 (SELASA), 8.

TEKS UCAPAN YB DATO SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH PERASMIAN HALFEST SEPTEMBER 2014, 2.

TEKS UCAPAN Y. BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP;

TEKS PENUTUP YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA

DRAF TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATUK DR. AHMAD YUSOFF BIN HASSAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DRAF TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

TALKING POINT PRESIDEN ANGKASA. SEMINAR CHANGE START WITH ME 30 SEPTEMBER 2017, AUDITORIUM ANGKASA Bismillahirahmanirahim

TEKS UCAPAN YBHG DATUK SERI SYED ALI AL HABSHEE PENGERUSI PNS SEMPENA: PROGRAM SEMBANG SANTAI FRANCAIS TARIKH: 5 APRIL 2016 (SELASA)

SALUTASI. Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis; Yang Berbahagia Profesor Dr. Sabarudin bin Mohd, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa);

UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR USIM SEMPENA MAJLIS PENGISYTIHARAN PELAN STRATEGIK USIM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS,

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh salam sejahtera, salam Satu Malaysia Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

Program Transformasi Kerajaan. Pelan Hala Tuju

TEKS UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA September 2016 My Angkasa Akademi & Resort Langkawi

Info Ketua Pengarah LPP Ke 10

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2009

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS MOTIVASI BERSAMA PUSAT BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN

UCAPAN PERASMIAN DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI KARIAH MASJID AMBANGAN HEIGHT KEDAH BERHAD

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

UCAPAN MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN PENASIHAT KEHORMAT YAYASAN SOFA SEMINAR DAKWAH DAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA -

PELAN TINDAKAN STRATEGIK KESATUAN PEGAWAI EKSEKUTIF (KEPAK)

TEKS UCAPAN MAJLIS PERASMIAN SKIM PERKHIDMATAN MASYARAKAT BAGI PENERIMA-PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN

UCAPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH BIN HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA MESYUARAT AGUNG PERTAMA KOPERASI ALUMNI SEVOTEK TAIPING BERHAD

MENTRANSFORMASI KEBOLEHUPAYAAN & KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERUSAHA TUAN HAJI RUSLI ABD. HAMID, PENDAFTAR KUKUM

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

SALUTASI. Saudara Pengacara Majlis, Penceramah jemputan: Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. Ustaz Uwais Al-Qarni Abd Wahab. Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

TEKS PERASMIAN PENUTUPAN YBHG. DATO HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri; Yang Berbahagia Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir,

TEKS UCAPAN KETUA CAWANGAN SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN & SAMBUTAN HARI PENGUATKUASA KE-44 PADA 4 MEI 2016 KPDNKK SG PETANI

Bismillah Hirrahman Nirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam 1Malaysia.

Profesor profesor, Dekan dekan dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

Ucapan YAB DATO MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Besar Johor

Teks Ucapan Menteri Besar Johor Pada Pelancaran Pertubuhan Ihsan Johor Pada 17 Ogos 2017 Di Hotel KSL Resort Johor Bahru, Johor.

TEKS UCAPAN. Y.Bhg Encik Mohd Zein Bin Mohd Sahid, Penolong Pengarah Kanan di bahagian Bimbingan Seni Budaya di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

TEKS ALUAN PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KOPERASI SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2017

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

Transkripsi:

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Saudara dan saudari pengacara majlis, Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet, Yang Amat Berhormat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri, Yang Berhormat Timbalan-Timbalan Menteri, Yang Berhormat Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berbahagia Ketua-Ketua Setiausaha, Ketua-Ketua Perkhidmatan, Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua-Ketua Eksekutif Badan-Badan Berkanun dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs), YBhg Dato Haji Omar bin Haji Osman, Presiden CUEPACS, serta Warga Perkhidmatan Awam yang dihormati sekalian. 1. Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan Kudrat, Iradat dan Inayah-Nya, kita semua dapat berhimpun dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ketiga Belas pada pagi ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah berkelapangan untuk menghadiri majlis ini dan seterusnya memberi amanat kepada penjawat awam. Kehadiran serta amanat Yang Amat Berhormat Dato Sri sebagai pemimpin utama negara ke majlis ini sesungguhnya menggambarkan keperihatinan dan komitmen tinggi pimpinan negara kepada kami penjawat awam. Sudah pasti ianya akan menjadi perangsang kepada kami untuk terus bersama-sama bekerja ke arah kemakmuran dan kesejahteraan negara kita yang dicintai.

2. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Menteri- Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Perdana Perkhidmatan Awam pada kali ini. Kehadiran Anggotaanggota pentadbiran bersama-sama dengan pegawai Perkhidmatan Awam pada hari ini, seramai sekitar 6,000 orang di PICC ini dan boleh disaksikan secara langsung di seluruh negara amatlah bermakna dan signifikan dalam mengekalkan dan memantapkan kerjasama rapat yang telah terjalin selama ini dalam mengurus negara kita. Yang Amat Berhormat Dato Sri dan para hadirin yang dihormati sekalian, 3. Izinkan saya untuk terlebih dahulu bagi pihak Perkhidmatan Awam Malaysia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga lapan anggota keselamatan yang terkorban semasa berjuang mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah. Kita menyanjung tinggi perjuangan dan pengorbanan wira negara ini dan untuk itu dalam majlis ini Tabung Wira Negara akan dilancarkan. Saya juga mengambil kesempatan ini, menasihati supaya penjawat awam tidak terlibat dalam penyebaran berita-berita palsu berkaitan dengan insiden ini. Yang Amat Berhormat Dato Sri dan para hadirin yang dihormati sekalian, 4. Kami, anggota Perkhidmatan Awam menyedari bahawa cabaran kami pada masa kini amat berbeza sekali berbanding cabaran pada masa lalu. Kini, rakyat atau stakeholders semakin hari semakin menuntut perkhidmatan yang lebih cepat, cekap, telus dan efektif. Kami, penjawat awam perlu melaksanakan tugas dan amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab dan berkesan. 6 Prinsip yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) serta Produktif, Kreatif dan Inovatif (PCI) akan menjadi pegangan kami semua. Kami yakin, pengamalan nilai-nilai tersebut secara holistik adalah penting bagi memastikan Perkhidmatan Awam kekal relevan dan kompeten sepanjang masa. Dengan cara ini, Perkhidmatan Awam akan dapat sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat bagi memenuhi keperluan dan aspirasi mereka. Justeru, saya ingin mengajak anggota Perkhidmatan Awam semua untuk terus melengkapkan diri dengan kemahiran terkini (emerging skills) bagi memastikan kita dapat memberi perkhidmatan yang relevan dan berkualiti kepada rakyat.

5. Dalam hubungan ini, bagi tahun 2013, penjawat awam bertanggungjawab merealisasikan tujuh hala tuju yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri iaitu: i. memastikan perpaduan nasional terus diperkukuhkan berpaksikan Gagasan 1Malaysia: Rakyat di Dahulukan, Pencapaian Diutamakan; ii. menguruskan ekonomi dengan baik untuk memastikan pertumbuhan Negara terus berkembang, dan pengagihan kekayaan kepada rakyat berdasarkan prinsip keadilan sosial; iii. melaksanakan Bajet 2013 dengan licin, lancar dan berkesan mengikut jadual yang telah ditetapkan; [111 touchpoints (tanpa mengenakan atau memperkenalkan syarat-syarat baru yang boleh menyusahkan penerima touchpoints tersebut.)] iv. melaksanakan sepenuhnya Dasar Transformasi Nasional seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), dan Program Transformasi Ekonomi (ETP); v. melaksanakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS); vi. mencapai sepenuhnya Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi setiap Menteri dan Kementerian; dan vii. meneruskan penambahbaikan sistem penyampaian Kerajaan berdasarkan enam prinsip baru perkhidmatan awam iaitu CTI (Cepat, Tepat dan Integriti), dan PCI (Produktif, Kreatif dan Inovatif).

6. Bagi saya sendiri, ini ialah Majlis MAPPA yang pertama sejak diberi amanah sebagai Ketua Setiausaha Negara. Sebenarnya tanggungjawab sebagai Ketua Setiausaha Negara bukanlah satu tugas yang mudah. Namun, saya ingin menyatakan dalam menyelusuri dan merangka dasar termasuk di peringkat melaksanakannya, perkara yang sukar menjadi mudah dengan cara aturan kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri yang sentiasa sahaja berfikiran terbuka, cenderung menerima idea-idea baru, lagi tidak lokek memberi tunjuk ajar dan memberi bimbingan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Dato Seri di atas karisma, kepimpinan dan memberi arah tuju dalam saya melaksanakan tugas ini, bahkan bukan sahaja setelah saya menjadi KSN tetapi sejak sebelum saya menjawat jawatan ini lagi. 7. Sebagai KSN saya bermula dengan mengenengahkan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam bagi mempertingkatkan lagi komitmen dan kesungguhan penjawat awam dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Saya juga telah turun padang ke agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri, mengamalkan sikap keterbukaan dengan mengadakan engagement atau musyawarah secara langsung atau melalui media komunikasi dengan penjawat awam daripada pelbagai skim perkhidmatan dan kesatuan sekerja. Ini memberi ruang kepada saya untuk melihat dan mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi oleh penjawat awam. Selain daripada isu-isu perkhidmatan, isu pemilikan rumah dan kuarters Kerajaan seringkali dibangkitkan di mana isu ini sedang diteliti dan akan dikemukakan cadangan penyelesaiannya kepada Kerajaan untuk pertimbangan. 8. Paradigma baru dalam konteks transformasi negara menuntut supaya Perkhidmatan Awam perlu lebih anjal atau fleksibel dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Dengan erti kata lain, Perkhidmatan Awam kita perlu sentiasa berorientasikan kepada kehendak rakyat yang sentiasa berubah pantas selari dengan gaya hidup, tahap pembangunan sosio-ekonomi negara dan globalisasi. 9. Kami, Perkhidmatan Awam juga menyedari bahawa kami tidak boleh lagi duduk dalam zon selesa (comfort and complacency) kerana ini tidak akan membawa kita kepada prestasi yang cemerlang (excellent). Untuk itu, kami perlu mempamerkan sikap tegas, berani, adil dan sanggup mengambil risiko untuk meneraju sesuatu jabatan ke tahap prestasi yang lebih tinggi. Kami akan sentiasa memberi sokongan supaya wujudnya sinergi usaha dan hasrat dalam menjayakan misi dan tanggungjawab bersama untuk membangunkan negara demi menjamin kesejahteraan rakyat. Perkhidmatan Awam juga akan melalui proses transformasi untuk menjadi perkhidmatan yang relevan dan terunggul. Transformasi akan dimulakan dengan dua agensi utama kerajaan, yakni, JPA dan Kementerian Kewangan.

10. Di peringkat antarabangsa, Perkhidmatan Awam kita pada masa ini telah mencapai satu tahap atau standard yang membanggakan. Kami memberi jaminan di sini bahawa kami akan sentiasa mengekalkan momentum kecemerlangan ini dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Penjawat awam akan sentiasa bersama-sama menyokong dan menjayakan agenda transformasi kerajaan. Yang Amat Berhormat Dato Sri dan para hadirin yang dihormati sekalian, 11. Di kesempatan ini juga saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada CUEPACS dan kesatuan-kesatuan sekerja yang lain, terutama kepada Presiden CUEPACS, YBhg. Dato' Hj Omar bin Hj Osman, di atas kesungguhan dan komitmen dalam bersamasama membantu usaha-usaha mempertingkatkan lagi prestasi, produktiviti dan kebajikan penjawat awam. 12. Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sesungguhnya kami amat menghargai amanat dan nasihat Yang Amat Berhormat Dato Sri bagi memastikan Perkhidmatan Awam akan sentiasa memberikan perkhidmatan dengan penuh kecemerlangan. Nasihat dan pandangan Yang Amat Berhormat Dato Sri akan menjadi pegangan dan panduan kami. Untuk itu, saya dengan segala hormat dan takzimnya menjemput YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk menyampaikan amanat beliau sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas kali ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.