Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia

dokumen-dokumen yang mirip
ekonomi tinjauan Tinjauan dan Prospek Ekonomi Malaysia PERKEMBANGAN DALAM TAHUN 2007 Tinjauan Keseluruhan Keadaan Permintaan

Kajian dan Tinjauan Ekonomi Malaysia

Akaun Pelaburan Wafiyah

TINJAUAN DAN PROSPEK Ekonomi Malaysia

Akaun Semasa Mudarabah

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 Jun 2017

1998 ANNUAL REPORT TINJAUAN PASARAN MODAL 1998 PASARAN SERANTAU KECUALI JEPUN

Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga.

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA. Y.B. DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Mac 2018

Akaun Semasa Mudarabah

Akaun Pelaburan Wafiyah Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahun Berakhir 31 Disember 2017

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2017

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA : Y.B. DR. MANSOR BIN ABD RAHMAN (SIK) Y.B. DR. MANSOR BIN ABO RAHMAN [ SIK ] minta MENTERI

Akaun Pelaburan Waheed

Akaun Pelaburan Waheed Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Mac 2017

Penyumbang kepada Pertumbuhan Ekonomi Malaysia, oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Pengenalan Makroekonomi

TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 2 MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL

Akaun Pelaburan Waheed

Tinjauan Prestasi Tahunan Takaful myal Afdhal 2009/2010 I Mukasurat 1

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH

Perdagangan Antarabangsa. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Melindungi anda pada waktu yang sukar

Akaun Pelaburan Wafiyah

Akaun Pelaburan Bertempoh

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

MALAYSIA RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG KETIGA

KESTABILAN EKONOMI MAKRO UNTUK PERTUMBUHAN

Akaun Pelaburan Wafiyah

untuk mengukuhkan mata wang ringgit daripada terus merosot dan berapakah jumlah negara yang tidak menerima matawang ringgit dalam urus niaga.

dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan

SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT

NURASIKIN BINTI ANUAR (A134764) Bank Vietnam. Pengenalan

menyatakan keadaan ekonomi di Malaysia. Apakah langkah-langkah yang Kedudukan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi yang

Kajian Kewangan Kumpulan

Perancangan Kewangan PENGENALAN 9.1 PERANCANGAN KEWANGAN HASIL PEMBELAJARAN SEMAK KENDIRI 9.1

RANCANGAN MALAYSIA KE ENAM (RM6)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NEGERI MELAKA

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

NO. SOALAN: 41 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAPAN LISAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KETIGA BELAS, DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN

944/2 PERCUBAAN STPM 2012 September

TINGKATAN 5 EKONOMI BAB 1: EKONOMI DAN KERAJAAN

2 SULIT 3757/2 Bahagian A [75 markah] Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini

Topik. Persekitaran dan Sistem Ekonomi PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Harga Minyak Mencetus Kebiasaan Baharu dalam Persekitaran Ekonomi Global dan Keupayaan Malaysia Menanganinya.

Pengeluaran Negara PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kami mempunyai sebuah set Prosedur bagi melantik Pengurus-pengurus Dana. Langkah-langkah itu adalah seperti berikut:

15 HARTANAH DALAM PEMBINAAN DAN UNTUK DIJUAL Kumpulan

Soalan Huraian Markah 1(a) Enci Majid menghadapi masalah kekurangan. 1m - kekurangan wang/pendapatan

SENARAI JADUAL DAN CARTA

KANDUNGAN II. KE ARAH 2020: LIMA BELAS TAHUN PERTAMA, Modal Insan: Pendidikan, Inovasi dan Nilai 7. Kesaksamaan Sosioekonomi 10

Wang bermaksud sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum sebagai alat atau media perantaraan pertukaran.

Penyata Pengerusi PERSEKITARAN OPERASI TINJAUAN PRESTASI

SULIT 3757/1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 EKONOMI ASAS KERTAS 1

Aliran Fizikal Aliran dalam bentuk wang tunai seperti pendapatan faktor pengeluaran (SUFK) perbelanjaan penggunaan(c), tabungan (S)

Akaun Al Awfar. Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 7: Wang, Kadar Bunga dan Pendapatan Negara


MESEJ KEPADA PARA PEMEGANG SAHAM

Bank Perdagangan: Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pinjaman Purata (ALR) bagi Pinjaman Baharu Berasaskan BLR

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan


944/2 PERCUBAAN STPM 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN /2 EKONOMI ASAS Kertas 2 Mei 2 jam Dua jam

Akaun Al Awfar. T URL bankislam.com.my Laporan Prestasi facebook.com/bankislam. Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 31 Disember

Ekonomi (944) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

STRATEGI PERSAINGAN BANTU PERNIAGAAN KOPERASI

PASARAN MAJU GAMBARAN KESELURUHAN

EPPE 2213 EKONOMI MONETARI DASAR MONETARI (NETHERLAND)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PASARAN SERANTAU KECUALI JEPUN

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

NO. SOALAN: 26 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN DARIPADA TUAN NGA KOR MING TARIKH 3 APRIL 2017 RUJUKAN 9691

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN MALAYSIA KE SEPULUH (RMKE-10) NEGERI SEMBILAN

Isyarat Harga Membantu Pengagihan Sumber Secara Efisien. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan

Laporan Prestasi Dana Bagi Suku Tahunan Berakhir 30 September 2016

INDUSTRI AGROMAKANAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOPERASI

Tahukah anda? DIMENSIKOOP

A B C D A B C D A B C D. 3757/ Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu SULIT

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

ACW Perakaunan Korporat II

KENYATAAN MEDIA LAPORAN PEMBIAYAAN POLITIK JAWATANKUASA KONSULTATIF NASIONAL MENGENAI PEMBIAYAAN POLITIK

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

PNB MENERBITKAN LAPORAN TAHUNAN AWAM JULUNG KALI BAGI TAHUN KEWANGAN 2017 POSITIF TERHADAP PROSPEK 2018

BAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan

EPPE 2213 EKONOMI MONETARI DASAR MONETARI Di SRI LANKA

Koperasi Pengangkutan

Bagaimana FTA AS-Malaysia akan jejas rakyat Malaysia1

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

Elitelink Pilih perlindungan paling bersesuaian dengan gaya hidup anda dan kemewahan berterusan.

2003 Kertas 1 Soalan 1 (a) Yang berikut ialah maklumat kewangan bagi Syarikat Mercu Tanda Berhad.

KEWANGAN. Penyata Kewangan. 183 Analisis Penyata Kewangan 186 Penyata Tanggungjawab Para Pengarah

HASIL BELANJA HASIL BELANJA. 1.0 Memahami Penyata Pendapatan

Transkripsi:

AMMB Holdings Berhad (223035-V) 115 KAJIAN EKONOMI 2013 Ekonomi global mengukuh dalam separuh tahun kedua 2013 Ekonomi global mengukuh dalam separuh tahun kedua 2013 dan menjadikan pertumbuhan keseluruhan untuk 2013 kepada 3.0% berbanding 3.2% pada 2012. Ekonomi maju menyumbang sebahagian besar pemulihan itu walaupun kadar pemulihan adalah sederhana berikutan ketidaktentuan dasar dan kekangan struktur terus menekan kepada permintaan keseluruhan. Amerika Syarikat nadi utama pertumbuhan global Nadi utama kepada pertumbuhan global berpunca dari Amerika Syarikat yang menyaksikan kenaikan tidak dijangka daripada peningkatan eksport terutama membabitkan produk petroleum, kadar lebih pantas dalam pengambilan inventori, peningkatan perbelanjaan konsumer dan penurunan hutang isi rumah berbanding pendapatan boleh diguna yang menaikkan nilai bersih isi rumah ke paras lebih tinggi daripada purata jangka panjang. Zon Euro keluar dari kemelesetan Zon Euro akhirnya berjaya keluar daripada kemelesetan dengan pertumbuhan dicatatkan pada suku kedua 2013 selepas penurunan pengeluaran berpanjangan. Pemulihan itu disumbangkan sebahagian besar oleh pengurangan tekanan fiskal dan sokongan permintaan domestik untuk kali pertama sejak 2010. Dasar kebangsaan dan kolektif menyumbang kepada keadaan yang lebih positif ini. Bagaimanapun legasi daripada krisis lalu masih dapat dilihat dengan kadar pengangguran yang tinggi, kelemahan permintaan swasta dan kunci kira-kira awam, kredit yang mengecil, bebanan hutang yang besar dan halangan pertumbuhan jangka panjang antara isu-isu yang perlu ditangani, dan meningkatkan kebimbangan mengenai kekuatan dan ketahanan pemulihan ini. Senario lebih menggalakkan di Jepun Di Jepun ketika permintaan swasta dan perbelanjaan awam terus kukuh, pertumbuhan ekonomi perlahan dalam separuh tahun kedua 2013 disebabkan kelembapan pemulihan eksport dan peningkatan ketara import disebabkan import bahan tenaga dan permintaan domestik yang kukuh. Asia yang membangun meningkat secara sederhana Asia yang membangun tumbuh secara sederhana. Pertumbuhan mencatatkan sedikit peningkatan pada separuh tahun kedua 2013. Momentum kitaran yang lemah berbanding negara ekonomi maju menunjukkan kesan berlawanan dua pihak dalam pertumbuhan. Peningkatan pertumbuhan eksport disokong oleh aktiviti yang kukuh di negara ekonomi maju dan susut nilai matawang. Dasar kewangan sebahagian besar adalah neutral. Bagaimanapun kelemahan dalam pelaburan masih wujud berikutan tindakan mengetatkan pembiayaan luar serta kewangan domestik. Aspek pengeluaran dan kekangan struktur lain ke atas pelaburan dan potensi pengeluaran seperti halangan infrastruktur terus menjadi isu-isu utama di sesetengah ekonomi dan dijangka berterusan pada sebahagian besar 2014. Permintaan domestik di Asia yang membangun dipengaruhi kelemahan permintaan luar yang berpanjangan Permintaan domestik di Asia yang membangun dipengaruhi kelemahan permintaan luar yang berpanjangan. Di beberapa ekonomi baru, pertumbuhan dipengaruhi pengenalan dasar-dasar yang diperkenalkan untuk menangani kelemahan domestik. Jangkaan pasaran kepada pengurangan dasar monetari bersesuaian di Amerika Syarikat pada separuh tahun kedua 2013 menyebabkan pengaliran keluar modal yang besar dari ekonomi yang membangun. Penurunan inflasi global menunjukkan permintaan yang sederhana membabitkan banyak ekonomi dan harga komoditi bukan tenaga yang lebih rendah. Bagaimanapun, secara keseluruhan, pasaran baru dan ekonomi membangun menyumbang lebih dua pertiga daripada pertumbuhan global. China mencatatkan pertumbuhan stabil manakala India merasai kesan kitaran dan isu-isu struktur China menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan stabil pada kadar 7.7% pada 2013, dibantu inflasi yang rendah dan lebihan akaun semasa yang lebih kecil. Kedua-dua dasar kewangan dan fiskal kekal terhad. Di India, ketidaktentuan kewangan global menyebabkan pengaliran keluar modal dan tekanan terhadap tukaran matawang. Tetapi dasar yang kukuh bagi menstabilkan matawang, membina semula rizab dan mengurangkan defisit akaun semasa yang keterlaluan. Bagaimanapun pertubuhan menyederhana kepada 4.4% pada 2013 disebabkan inflasi berterusan, ketidakseimbangan fiskal, halangan kepada pelaburan dan ketidakkecekapan yang memerlukan reformasi struktur. Kemajuan ekonomi ASEAN yang tidak sekata Kemajuan ekonomi Persatuan Negaranegara Asia Tengara ( ASEAN ) adalah tidak sekata. Pertumbuhan Indonesia dipengaruhi oleh sentimen pelabur yang lemah, dan kos pinjaman yang tinggi walaupun kemerosotan nilai matawangnya sejak pertengahan 2013 membantu meningkatkan eksport. Thailand dibelenggu situasi politik yang melemahkan permintaan swasta dan melambatkan pelaburan awam. Malaysia dan Filipina berada pada hala tuju lebih positif dengan pertumbuhan menggalakkan pada 2013. Ekonomi Malaysia terus berkembang Walaupun berhadapan kelemahan luar dan kelemahan pelaburan swasta, ekonomi Malaysia terus berkembang pada 2013 sebanyak 4.7%, dipacu permintaan domestik yang terus kukuh. Penggunaan swasta adalah pemacu utama pertumbuhan Penggunaan swasta meningkat pada kadar sama seperti pada 2012 sebanyak 7.6% dan menyumbang sebahagian besar pertumbuhan ekonomi pada 2013. Peningkatan perbelanjaan disokong kadar pengangguran yang rendah pada kadar 3.1%; purata imbuhan sebenar yang lebih baik yang meningkat pada unjuran 0.9% pada 2013; kesan positif daripada pengenalan gaji minimum yang berkuatkuasa pada Januari 2013; pemindahan wang tunai kepada mereka dalam kumpulan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana oleh kerajaan dan kenaikan gaji, bonus dan pencen sektor awam, serta akses kepada pembiayaan untuk mereka yang layak.

116 Laporan Tahunan 2014 Penggunaan awam disokong perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan Penggunaan awam mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.3% pada 2013. Pertumbuhan ini disokong oleh perbelanjaan lebih tinggi terhadap bekalan dan perkhidmatan. Bagaimanapun perbelanjaan terhadap emolumen dikekalkan. Pelaburan menyederhana tetapi terus menyokong pengembangan modal sektor swasta Walaupun kadar pelaburan menyederhana berbanding pertumbuhan yang sangat kukuh pada 2012, ia terus menyokong perbelanjaan modal sektor swasta. Pembentukan modal tetap kasar ( GFCF ) berkembang pada kadar lebih perlahan iaitu 8.2% pada 2013 selepas mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 19.9% pada 2012. Pertumbuhan GFCF disokong oleh pelaburan dalam struktur yang berkembang sebanyak 11.1%, dilihat dalam semua subsektor pembinaan. Selain itu perolehan sederhana daripada pelaburan dalam jentera dan peralatan meningkat 5.1% memberikan galakan kepada GFCF walaupun import jentera untuk pembuatan pada 2013 menurun kepada 2.9% manakala import peralatan pejabat mencatatkan 8.7%, dan import menjunam sebanyak 96.9%. Pelaburan swasta dalam sektor perkhidmatan Kadar pertumbuhan sektor swasta sebanyak 13.6% dipacu perbelanjaan modal daripada pelabur tempatan dan luar negara. Bidang yang menjadi tumpuan adalah sektor perlombongan, perkhidmatan dan pembuatan. Pelaburan dalam perkhidmatan merangkumi 48% daripada keseluruhan pelaburan swasta pada 2013 disebabkan perbelanjaan modal bagi perkhidmatan domestik dan subsektor yang berorientasikan eksport. Pelaburan dalam sektor berorientasikan perkhidmatan terutama difokuskan kepada subsektor pengedaran perdagangan, telekomunikasi, dan penjagaan kesihatan swasta manakala pelaburan dalam subsektor berorientasikan eksport difokuskan kepada pengembangan dan menaik taraf pelabuhan dan terminal simpanan petroleum. Pelaburan dalam tempat tinggal, yang menjadi proksi kepada kerja pembinaan kediaman terus kekal kukuh. Pelaburan dalam perlombongan Pelaburan dalam sektor perlombongan kekal kukuh pada 2013 dengan perbelanjaan modal berterusan untuk projek huluan utama seperti medan minyak laut dalam Gumusut-Kakap, pemulihan minyak dipertingkatkan (EOR) medan minyak Tapis, dan medan minyak marginal Berantai dan Balai. Dalam sektor pembuatan, pelaburan dilakukan untuk kedua-dua industri berorientasikan eksport seperti elektrik dan elektronik (E&E), dan peralatan perubatan, dan industri berorientasikan domestik terutama pengeluaran makanan. Pengembangan ini menunjukkan sentimen perniagaan yang semakin pulih, sejajar pemulihan berperingkat permintaan luar dan permintaan domestik yang kekal kukuh. Pelaburan swasta mencatatkan pertumbuhan positif yang rendah Pelaburan swasta mencatatkan pertumbuhan yang kecil iaitu sebanyak 0.7% selari dengan pengurangan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Pusat. Ia bagaimanapun diimbangi perbelanjaan modal yang lebih tinggi oleh enterpris awam yang disalurkan terutama ke sektor minyak dan gas, pengangkutan dan tenaga. Antara bidang utama adalah Kilang Ammonia-Urea Sabah, Saluran Gas Sabah-Sarawak dan projek pembangunan huluan Bukan Berkaitan Gas (NAG) Kinabalu; pelaburan dalam subsektor pengangkutan yang disokong oleh projek Transit Laju Massa ( MRT ) dan kerja sambungan transit aliran ringan ( LRT ); dan pelaburan dalam subsektor utiliti yang termasuk pembinaan janakuasa seperti Tanjung Bin dan Janamanjung. Perbelanjaan pembangunan Kerajaan Pusat dalam sektor ekonomi difokuskan kepada pengangkutan, perdagangan, dan industri terutama menaik taraf kemudahan infrastruktur di kawasan industri. Sektor perkhidmatan kekal penyumbang terbesar kepada pertumbuhan Sektor perkhidmatan berkembang sebanyak 5.9% pada 2013 dan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada pertumbuhan sebanyak 3.2 mata peratusan kepada keseluruhan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK). Pertumbuhan dijana terutama subsektor yang menumpukan kepada permintaan domestik. Antaranya subsektor borong dan urus niaga peruncitan yang mendapat manfaat terbesar daripada pengukuhan perbelanjaan runcit isi rumah. Satu lagi bidang utama adalah subsektor komunikasi yang meningkat dengan nyata dengan peningkatan berterusan perkhidmatan komunikasi data. Prestasi subsektor pengangkutan dan penyimpanan berjaya dikekalkan berikutan sokongan pertumbuhan kukuh dalam perjalanan penumpang. Sementara itu, pertumbuhan subsektor kewangan dan insurans menyederhana berikutan margin kadar faedah dan premium insurans yang rendah. Pembuatan disokong aktiviti domestik dan eksport Sektor pembuatan berkembang 3.4% terutama disokong pengukuhan industri berorientasikan domestik dan prestasi lebih baik industri beroreintasikan eksport pada separuh tahun kedua 2013. Peningkatan pengeluaran industri berorientasikan eksport disebabkan eksport yang lebih kukuh untuk E&E dan kluster utama sejajar pemulihan ekonomi global. Industri beroreintasikan domestik mencatatkan pertumbuhan berterusan, didorong penggunaan swasta yang sihat dan daya tahan aktiviti berkaitan sektor pembinaan. Sektor pembinaan kekal kukuh Pertumbuhan kekal kukuh untuk sektor pembinaaan yang meningkat 10.9% disokong subsektor kediaman dan kejuruteraan awam. Aktiviti kukuh dalam subsektor kediaman diperkukuhkan dengan pembinaan hartanah mewah dan bangunan tinggi di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Subsektor kejuteraan awam menikmati peningkatan daripada aktiviti dalam projek infrastruktur dan berkaitan minyak dan gas seperti pembinaan stesen janakuasa Tanjung Bin dan Janamanjung, MRT, Terminal Minyak dan Gas Sabah, Saluran Paip Gas Sabah- Sarawak dan projek minyak dan gas Kebabangan.

AMMB Holdings Berhad (223035-V) 117 Aktiviti pertanian disokong pengeluaran CPO dan komoditi makanan Pertumbuhan sektor pertaniaan adalah kukuh dengan peningkatan 2.1% disokong terutama oleh pengeluaran CPO yang lebih tinggi sejajar pengeluaran yang lebih baik disebabkan cuaca yang menggalakkan. Manakala pengeluaran komoditi makanan seperti hasil ternakan, sayur-sayuran dan perikanan mencatatkan peningkatan pada 2013 sejajar usaha meningkatkan keselamatan makanan dan usaha berterusan untuk meningkatkan industri agro-makanan dan akuakultur.. Kerja penyelenggaraan mempengaruhi pengeluaran minyak mentah dan justeru memberi kesan sektor perlombongan Sektor perlombongan mencatatkan pertumbuhan lebih perlahan iaitu 0.5% pada 2013 disebabkan pengeluaran minyak mentah yang lebih rendah akibat kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan pada bahagian akhir tahun 2013. Pengeluaran gas asli, bagaimanapun mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh tahun ini, didorong permintaan lebih tinggi dari Asia Timur untuk penjanaan elektrik selain pengeluaran lebih tinggi dari medan minyak maginal dan yang baru. PROSPEK EKONOMI 2014 Aktiviti global dijangka meningkat Aktiviti global dijangka meningkat pada 2014 dan diunjurkan berkembang sebanyak 3.2%. Momentum ekonomi maju sedang meningkat dan memacu pertumbuhan momentum global. Penjana pertumbuhan ekonomi yang terhenti seperti pelaburan dan perdagangan, sudah mula bergerak semula. Nadi pertumbuhan akan dipacu terutama dari ekonomi maju walaupun kadar pemulihan kekal tidak sekata. Carta 1: Pertumbuhan Global (y/y %) 6 5 4 3 2 1 0-1 1980 1982 1984 1986 1988 1990 1992 1994 1996 Amerika Syarikat dijangka terus berkembang pada kadar sederhana Dengan persekitaran ekonomi yang menggalakkan dan tekanan lebih kecil daripada penggabungan fiskal, ekonomi Amerika Syarikat dijangka terus berkembang pada kadar sederhana antara 2.2% - 2.4%. Walaupun cuaca musim sejuk yang buruk menekan aktiviti pada suku pertama 2014, pertumbuhan dijangka pulih untuk baki tahun ini didorong pertumbuhan sederhana dalam pelaburan sektor kediaman yang pulih dari paras sangat rendah serta peningkatan terhadap permintaan perumahan. Penggunaan peribadi dijangka kekal kukuh, dibantu pertumbuhan pelaburan tetap bukan kediaman, selari dengan pemulihan keyakinan konsumer dan perniagaan. Pertumbuhan juga akan disokong oleh kesan fiskal (fiscal drag) yang berkurangan, terutama disebabkan Akta Bajet Bipartisan yang menggantikan beberapa pemotongan automatik perbelanjaan dalam tahun fiskal 2014 dan 2015 dengan simpanan lebih tinggi tanpa cukai. Had hutang yang telah ditangguhkan sehingga Mac 2015 mengurangkan ketidaktentuan yang menjadi ciri dasar fiskal negara itu sejak beberapa tahun lalu. 1998 2000 2002 2004 2006 2008 2010 2012 2014f Ekonomi Amerika terdedah kepada risiko luaran dan domestik Ekonomi Amerika Syarikat terdedah kepada risiko luaran dan domestik. Isu-isu luaran seperti kelembapan berterusan kawasan euro akan menekan pertumbuhan Amerika Syarikat terutama jika deflasi mula bertapak. Pertumbuhan lebih perlahan ekonomi baru juga akan menjadi risiko. Kebimbangan domestik seperti permintaan domestik swasta akan kehilangan momentum jika kadar faedah jangka panjang meningkat lebih pantas daripada dijangkakan tanpa peningkatan kepada tinjauan; kemampanan fiskal untuk jangka masa sederhana; aliran menurun berterusan dalam penglibatan tenaga kerja yang mampu menjejaskan pengeluaran; dan usaha mengetatkan dasar monetari lebih awal dari yang dijangkakan. Pemulihan sederhana di euro Euro dijangka mencatatkan pemulihan sederhana sebanyak 0.8% - 1.0% pada 2014. Pemulihan dijangka tidak sekata merentasi negara dan sektor. Sumbangan pertumbuhan dijangka terajui oleh eksport walaupun permintaan domestik telah kembali stabil dan positif di Perancis, Sepanyol dan Jerman. Walaupun terdapat pengimbangan semula dalam kawasan euro, keseimbangan akaun semasa telah menunjukkan pemulihan dengan lebihan berterusan di sesetangah ekonomi teras dan penguncupan keseimbangan luaran membabit ekonomi-ekonomi yang mengalami defisit. Risiko kejatuhan masih menghantui euro Inflasi kekal rendah manakala kadar pengangguran dan hutang masih tinggi. Pelaburan yang rendah, jurang pengeluaran yang berterusan, kredit ketat, ketidaktentuan politik, pertukaran dasar, kesan daripada persekitaran kewangan yang lebih ketat di Amerika Syarikat, kejutan luar seperti pertumbuhan mendukacitakan membabitkan ekonomi baru dan perpecahan kewangan di kawasan euro antara isu-isu risiko yang akan menekan pemulihan. Pelaburan swasta masih belum pulih secara kukuh di seluruh rantau berkenaan. Risiko kekal daripada program reformasi yang tidak lengkap dan faktor luaran. Di kawasan ekonomi euro yang tertekan, pertumbuhan dijangka kekal lemah dan rapuh apabila kadar hutang yang tinggi dan perpecahan kewangan

118 Laporan Tahunan 2014 akan mengekang permintaan domestik. Pertumbuhan lebih kukuh di Jerman contohnya akan dipengaruhi pengeluaran mendatar atau menurun di tempat lain. Dasar monetari yang bersesuaian, reformasi sektor kewangan lengkap dan reformasi struktur adalah kritikal. Pertumbuhan Jepun dijangka menyederhana Pertumbuhan dijangka menyederhana pada 2014 kepada antara 1.4% - 1.6% dengan dasar fiskal memberi tekanan kepada aktiviti ekonomi. Kesan positif daripada langkah rangsangan yang diluluskan dijangka mampu mengimbangi kesan negatif kenaikan cukai penggunaan, perbelanjaan pembinaan semula yang semakin menyusut dan langkah rangsangan lalu. Sokongan monetari dijangka memastikan persekitaran kewangan kekal bersesuaian. Inflasi dijangka meningkat untuk sementara sejajar kenaikan cukai penggunaan. Dan Kerajaan dijangka merancang untuk mengembalikan daya saing negara dengan mengubah bidang berkaitan antara lain buruh, pelaburan dan pertanian. Salah satu cabaran terbesar menangani isu populasi semakin berusia Salah satu cabaran terbesar ialah menangani isu populasi yang semakin berusia terutama dengan tempoh jangka hayat negara itu adalah tertinggi di dunia tetapi umur persaraan ditetapkan pada 65 tahun dan kesukaran untuk menyokong golongan pesara ini. Justeru, terdapat kemungkinan dasar akan diperkenalkan bagi meningkatkan pembabitan golongan tua dalam pasaran buruh, meningkatkan pembabitan lebih ramai wanita dalam sektor pekerjaan dengan memudahkan mereka menguruskan kehidupan peribadi dan profesional, meningkatkan penggunaan robot bagi mengurangkan kesan populasi yang semakin berusia terhadap ekonomi dan mengurangkan cukai korporat kepada kurang daripada 30 peratus untuk beberapa tahun bermula pada 2015. Reformasi di China dan India menjadi kunci penentuan tinjauan kemajuan rantau Asia Dengan momentum pertumbuhan ekonomi maju mula meningkat, pemulihan itu diganggu dengan pertumbuhan sederhana di China ketika ia meneruskan usaha untuk mencapai pertumbuhan yang seimbang. Perubahan polisi Amerika Syarikat mungkin membawa ketidaktentuan kepada pasaran kewangan. Bagaimanapun kesan daripada usaha mengetatkan kecairan global dapat dikurangkan menerusi dasar kewangan yang bersesuaian di kawasan euro dan Jepun. Ini bersama reformasi membabitkan dua ekonomi terbesar rantau ini iaitu China dan India akan menjadi kunci kepada penentuan tinjauan pertumbuhan rantau ini pada 2014. Dengan kadar reformasi mula meningkat, pertumbuhan di China pada 2014 diunjurkan antara 7.3% - 7.5%. Berbeza dengan India, tinjauan ekonomi bergantung kepada keupayaannya untuk melaksanakan reformasi struktur dengan jayanya serta menjana pertumbuhan yang lebih kukuh. Jika berjaya, perubahan di India akan memacu pertubuhan ekonomi pada 2014 kepada 4.7% - 4.9%. Risiko kepada tinjauan Asia membangun semakin berkurang Walaupun pembuat dasar membabitkan Asia membangun dapat menguruskan risiko-risiko, masih terdapat tiga kawasan utama yang perlu diberi perhatian. Pertama, satu lagi kejutan pasaran kewangan global daripada perubahan dasar monetari Amerika Syarikat tidak dapat ditolak. Kedua, perbezaan data membabitkan pemulihan ekonomi maju, sekali gus meninggalkan kemungkinan permintaan eksport untuk Asia membangun mungkin lebih rendah daripada yang dijangkakan. Akhir sekali, kelembapan yang lebih besar daripada yang dijangkakan tidak boleh ditolak untuk China jika ia mengekang pertumbuhan kredit secara tiba-tiba atau keterlaluan, sekali gus memberi tekanan kepada pertumbuhan ekonomi rakan niaganya. Prestasi ekonomi ASEAN yang tidak sekata Gangguan politik di Thailand yang bermula pada separuh tahun kedua 2013 dijangka menjejaskan tinjauan ekonomi pada 2014 sebelum kembali pulih pada 2015. Ini bersama kelemahan dasar yang mendorong saranan kepada pembaikan perancangan dan pelaksanaan program awam akan memberi tekanan kepada pertumbuhan 2014 yang diunjurkan pada antara 2.0% - 2.2%. Pertumbuhan Indonesia akan bergantung kepada kestabilan dasar yang dilaksanakan dalam separuh tahun kedua 2013 dan kelancaran pilihan raya parlimen pada April dan pilihan raya presiden pada Julai, dijangka berkembang antara 5.7% - 5.9%. Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan bergantung kepada pencapaian industri utama dan dagangan dunia yang mana peningkatan inflasi dan usaha mengetatkan fiskal akan menyederhanakan permintaan domestik. Pertumbuhan dijangka antara 4.8% - 5.1%. Pertumbuhan Filipina dijangka kekal kukuh didorong kerja-kerja pemulihan dan pembangunan semula kawasan yang dilanda bencana walaupun inflasi diunjurkan akan meningkat tetapi kekal dalam lingkungan sasaran bank pusat. Pertumbuhan 2014 dijangka antara 5.8%- 6.1%. Cabaran utama adalah untuk menterjemahkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh kepada pengurangan kemiskinan dengan menjana lebih banyak peluang pekerjaan yang lebih baik. Perdagangan dijangka menyokong pertumbuhan Malaysia Ekonomi dijangka tumbuh dengan stabil pada 2014 iaitu antara 4.8% - 5.1%. Pertumbuhan akan disokong prestasi lebih baik sektor luaran walaupun permintaan domestik dijangka menyederhana. Sebagai negara dagangan dengan eksport mewakili 83% daripada KDNK, pemulihan kepada ekonomi negara-negara industri utama dan perdagangan dunia akan memberi kesan positif kepada Malaysia dan ia dijangka tumbuh antara 5.6% - 5.8% pada 2014. Eksport E&E dijangka meraih manfaat daripada permintaan lebih tinggi dari ekonomi maju. Eksport bukan E&E dijangka dikekalkan dengan permintaan kepada produk berdasarkan sumber. Eksport komoditi diunjurkan mencatatkan pertumbuhan kecil selepas penurunan selama dua tahun berturutturut. Eksport perkhidmatan dijangka lebih tinggi, dibantu peningkatan jumlah pengunjung selari dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.

AMMB Holdings Berhad (223035-V) 119 Carta 2: Pertumbuhan Ekonomi Malaysia (y/y %) 12 10 8 6 4 2 0-2 -4-6 -8-10 1998 1996 1994 1992 1990 1988 1986 1984 1982 1980 2000 2002 2004 2006 2008 2010 2012 2014f Import dijangka meningkat pada kadar lebih pantas Import dijangka meningkat pada kadar lebih pantas pada 2014 iaitu antara 8.6% - 8.9%. Ini terutama membabitkan import barangan perantaraan yang merangkumi sebahagian besar keseluruhan import dan dijangka menokok pada 2014 terutama disebabkan pengeluaran yang lebih kukuh bagi memenuhi tempahan eksport. Selain itu, pengembangan pelaburan domestik dan aktiviti penggunaan akan terus menyokong import modal dan barangan penggunaan. Pelaburan swasta kekal sebagai pemacu pertumbuhan Permintaan domestik akan terus memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi tetapi pada kadar sederhana sejajar dengan penyatuan sektor awam. Pelaburan swasta dijangka kekal kukuh untuk tahun kelima berturut-turut, disokong pelaksanaan projek-projek jangka panjang, pemulihan permintaan luaran, pemulihan berterusan persekitaran pelaburan dan perbelanjaan modal yang sihat dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan perlombongan. Ia dijangka tumbuh sebanyak 12.2% -12.6% pada 2014. Pelaburan awam yang kukuh Didorong oleh pelaburan enterpris awam dan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Pusat, pelaburan awam dijangka kekal kukuh dan diunjurkan tumbuh antara 2.7%- 2.9%. Pelaburan enterpris awam menunjukkan pelaksanaan berterusan projek infrastruktur utama terutama dalam minyak dan gas, utiliti dan pengangkutan. Perbelanjaan pembangunan Kerajaan Pusat akan difokuskan kepada meningkatkan akses dan hubungan infrastruktur pengangkutan antara kawasan bandar dan luar bandar. Sektor perkhidmatan sosial akan memberi penekanan kepada pendidikan, latihan dan penjagaan kesihatan. Pertumbuhan sederhana penggunaan swasta Penggunaan swasta diunjurkan tumbuh secara sederhana antara 6.7% - 6.9% pada 2014 selepas mencatatkan pertumbuhan kukuh selama dua tahun berturut-turut, terutama disebabkan inflasi yang lebih tinggi dan ketidaktentuan. Pasaran buruh bagaimanapun kekal sihat dan pertumbuhan pendapatan yang berterusan dijangka memberikan sokongan kepada penggunaan swasta. Pelaksanaan dasar gaji minimum akan menyokong penggajian walaupun tidak sekukuh seperti yang dicatatkan pada 2013. Pertumbuhan hutang isi rumah dijangka lebih perlahan pada 2014 disebabkan beberapa langkah Bank Negara pada 2013. Kesan daripada pendekatan-pendekatan terhadap penggunaan swasta dijangka kecil berikutan isi rumah dengan nilai kredit baik akan terus boleh mendapat akses kepada kemudahan kredit. Inflasi dijangka meningkat disebabkan faktor kos domestik Inflasi dijangka berada pada aliran menaik pada 2014 iaitu antara 2.8% - 3.1% yang disebabkan faktor kos domestik. Ini termasuk pelarasan harga disebabkan rasionalisasi subsidi dan kesan pelarasan harga barangan dan perkhidmatan. Tekanan harga yang lebih tinggi dijangka dapat dikekang berikutan tekanan harga luaran yang lemah berdasarkan jangkaan harga makanan dan tenaga global yang lebih rendah. Usaha meningkatkan keupayaan domestik serta unjuran domestik yang sederhana akan mengurangkan lagi tekanan pada harga. Risiko kepada peningkatan inflasi adalah permintaan domestik yang lebih baik yang berpunca daripada pemintaan luaran yang lebih baik, kenaikan besar harga komoditi di peringkat global serta peningkatan upah yang berlebihan. Semua faktor risiko ini bagaimanapun dinilai sebagai rendah. Penggunaan awam dijangka merekodkan pertumbuhan lebih rendah Penggunaan awam dijangka mencatatkan pertumbuhan lebih rendah berikutan penggabungan kedudukan fiskal Kerajaan yang sedang dilaksanakan. Pertumbuhan pada 2014 dijangka berkisar antara 2.8% - 3.0%. Perbelanjaan lebih sederhana dijangkakan untuk bekalan dan perkhidmatan serta emolumen.

120 Laporan Tahunan 2014 Pengurangan defisit fiskal Dasar fiskal bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal dan pada masa sama memastikan sokongan berterusan kepada pertumbuhan domestik dan melindiungi kesejahteraan rakyat. Mengambil kira cabaran domestik dan persekitaran luaran, reformasi fiskal dilaksanakan secara berperingkat tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi. Pada masa sama, sumber fiskal akan ditujukan kepada sektor ekonomi utama bagi mempercepatkan perubahan kepada aktiviti nilai tambah tinggi dan ekonomi berpendapatan tinggi. Defisit fiskal diunjurkan pada 3.5% daripada KDNK pada 2014. Carta 3: Keseimbangan Fiskal % KDNK 5 0-5 -10-15 -20 1980 1982 1984 1986 1988 1990 1992 1994 1996 1998 2000 2002 2004 2006 2008 2010 2012 2014f Pasaran buruh yang sihat Pasaran buruh dijangka kekal sihat dengan kadar pengangguran berkisar antara 2.9% - 3.1%. Pertumbuhan pekerjaan dijangka kekal lebih tinggi daripada purata 3% pasca Krisis Kewangan Global tetapi dijangka menyederhana berbanding pertumbuhan 4.8% pada 2013. Permintaan untuk buruh akan disokong pemulihan ekonomi global terutama dalam industri berorientasikan eksport yang meraih manfaat dan pengembangan berterusan aktiviti ekonomi domestik. Dasar monetari akan menyokong pertumbuhan mampan Dasar monetari akan mensasarkan kepada menyokong pertumbuhan mampan dan mengurangkan sebarang potensi kerapuhan yang berpunca daripada inflasi dan ketidakseimbangan kewangan. Ekonomi dijangka meneruskan hala tuju pertumbuhan, disokong prestasi lebih baik sektor luaran walapun permintaan domestik dijangka menyederhana. Inflasi dijangka lebih tinggi berbanding 2013. Bagaimanapun inflasi lebih tinggi disebabkan faktor kos dan asas inflasi dijangka dapat dikawal. Persekitaran kadar faedah rendah yang berterusan di peringkat global dan domestik akan memaksa pihak berkaitan untuk berhati-hati terhadap peningkatan ketidakseimbangan kewangan.