LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI DAN PENYATA PERBELANJAAN DANA SUKARELAWAN 1 MALAYSIA (DRe1M) NAMA PROGRAM GOTONG-ROYONG CERIAKAN SEKOLAH TARIKH TEMPAT SEKOLAH KEBANGSAAN MELOR, MELOR, KELANTAN ANJURAN IBUBAPA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN MELOR POLITEKNIK KOTA BHARU DENGAN KERJASAMA 1MALAYSIA FOR YOU (1M4U)
1.0 PENDAHULUAN Program ini merupakan gabungan antara dua organisasi iaitu ibubapa,guru serta pelajar politeknik. Tujuan program adalah untuk mencantikkan laman sekolah dan menyatupadukan ibubapa dan pengurusan sekolah dalam melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kecerian dan kebersihan persekitaran sekolah yang diusahakan oleh ibubapa pelajar bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan komuniti setempat. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat pelajar yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kebersihan dan kecerian laman sekolah. Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Melalui program ini juga, para pelajar dan masyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan hidup di dalam persekitaran yang bersih dan ceria, amalan gaya hidup sihat dan juga tentang aspek keselamatan. Kegiatan gotong-royong merupakan amalan turun-temurun. Kegiatan ini masih diamalkan di kawasan kampung. 2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PERSATUAN/KELAB Saya merupakan ibu kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Melor. 3.0 MISI Menggabungkan pengerak masyarakat dan institusi pendidikan dalam proses kemajuan desa. 4.0 MATLAMAT 4.1 Memohon kelulusan daripada pihak-pihak yang berkenaan.
4.2 Memohon peruntukan dan bantuan kewangan daripada pihak-pihak yang 1M4U. 4.3 Memaklumkan kepada pihak-pihak yang berkenaan mengenai program yang akan dijalankan. 5.0 OBJEKTIF 5.1 Membina hubungan erat antara ibubapa dan sekolah. 5.2 Memberi peluang masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat. 5.3 Mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif. 6.0 TEMA Semua Bersatu, Masyarakat Berpadu 7.0 ANJURAN Ibubapa Pelajar, Sekolah dan Politeknik Kota Bharu 8.0 TARIKH DAN MASA Tarikh : 26 Dis 2015 ( Sabtu) Masa : 9.00 pagi sehingga 5.00 ptg 9.0 TEMPAT PROGRAM Sekolah Kebangsaan Melor, 16400 Melor, Kelantan. 10.0 PUBLISITI Program ini telah diiklankan melalui banner
11.0 PERASMI Perasmian Pembukaan YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Melor. 12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM Jumlah peserta seramai 83 orang (16 ibubapa,28 guru, 39 org pelajar PKB) 13.0 STRUKTUR ORGANISASI Rujuk Lampiran A 14.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran B 15.0 PERINCIAN PROGRAM Kegiatan gotong-royong dilaksanakan dalam kawasan sekolah, ia membolehkan wujudnya satu suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria serta tenteram kepada para pelajar agar pelajar dapat belajar dengan suasana yang kondusif sesuai dengan tuntutan ilmu dan kehendak proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, projek gotong royong ini dipilih bagi mempertingkatkan lagi tahap kebersihan dan keceriaan sekolah. Pelajarpelajar juga akan dapat memupuk semangat bantu-membantu dan tolong-menolong terutamanya ketika menghadapi kesusahan. Daripada gotong royong ini juga, ia akan mewujudkan sikap sayang-menyayangi dan semangat muhibah di antara pelajar. Para pelajar akan lebih bersemangat dan merasa lebih yakin ketika berada di sekolah. Suasana sekolah yang bersih, ceria dan selamat amat sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental pelajar.
13.0 PEJABAT URUSAN Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi : NORSYAHIDA BINTI ABU HASSAN Kg Pohon Keradeh, 16450 Melor, Kelantan. Email : pispapoli@gmail.com 14.0 PENUTUP Diharapkan agar kertas cadangan projek gotong royong yang dirancang ini mendapat sokongan dan kelulusan daripada DR1M bagi menjayakannya. Semoga projek ini benar benar memenuhi matlamat dan objektif asal serta dapat membantu Sekolah Kebangsaan Melor. Semoga projek ini akan memberi manfaat dan pengalaman yang amat berharga kepada semua komuniti masyarakat yang akan turut serta dalam projek ini semoga Semua Bersatu, Masyarakat Berpadu Disediakan oleh:...... (NORSYAHIDA BINTI ABU HASSAN) Pengarah Program Program Gotong-Royong
LAMPIRAN A CARTA ORGANISASI PROGRAM GOTONG-ROYONG SURAU & PERKUBURAN Tugas Pengarah Program Tim Pengarah Program Setiausaha Bendahari Sambutan & Protokal Tugas-Tugas Khas Publisiti/Media Baru Pengangkutan Pendaftaran/Sijil Nama Pn. Norsyahida Binti Abu Hassan En. Mohd Sanusi Bin Deraman Pn. Wan Siti Rodziah Binti Mohd Nasir Pn. Widdey Khalsom Binti Edris En. Nik Mohd Hafiz Bin Ab Razak En. Fadzil Bin Hasbollah Pn. Anisah Binti Jawawi En. Burhanuddin Bin Harun En. Ahmad Muzri Bin Mohd Najid En. Kamarul Bahrin Bin Mamat Pn. Norainin Binti Ahamed En. Ahmad Najib Bin Omar
LAMPIRAN B TENTATIF PROGRAM GOTONG-ROYONG SURAU & PERKUBURAN 8.30 pagi Kehadiran peserta dan sarapan pagi 8.45 pagi Kehadiran YDP PIBG / Ketua Jabatan / Guru Besar 9.00 pagi Perasmian program 9.30 pagi Aktiviti gotong-royong 12.00 tgh Makan tengahari 1.00 ptg Sembahyang jumaat 2.30 ptg Sambung aktiviti gotong-royong 4.30 ptg Minum petang 5.00 ptg Bersurai
LAMPIRAN C Sumber kewangan BAJET KESELURUHAN PROGRAM (NAMA PROGRAM) BIL PERKARA RM 1 2 3 IM4U PIBG SK Melor Sumbangan peribadi AJK PIBG RM 1,300.00 RM 200.00 RM 211.50 JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 1,711.50 Perbelanjaan BIL PERKARA RM 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 MAKAN & MINUM (RM4.50 X 83 ORANG ) Nasi Ayam + Air Mineral BAHAN-BAHAN Paku Simen 1 Berus Cat 2 Cat W/Sheen 5L Cat Walltex 18L (434) Cat Walltex 18L (1548) Simen Compsite YTL Simen Composite Pasu Bunga (KJ1) Pasu Bunga (K2J) Pasu Bunga Bonsai I Tanah tanaman Batu Hiasan RM 373.50 RM 2.00 RM 12.00 RM 240.00 RM 80.00 RM 360.00 RM 76.00 RM 78.00 RM 60.00 RM 240.00 RM 40.00 RM 60.00 RM 90.00 JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 1,711.50
LAMPIRAN D
LAMPIRAN E SEKOLAH KEBANGSAAN MELOR
Sek Keb Melor GOTONG-ROYONG CERIAKAN SEKOLAH
AKTIVI MENANAM POKOK GOTONG-ROYONG CERIAKAN SEKOLAH Persediaan campuran tanah Pross menanam pokok
Proses menanam pokok Membawa pokok ke lokasi
Membawa pokok ke lokasi Penyusunan pokok ke lokasi
Siap ditanam GOTONG-ROYONG CERIAKAN SEKOLAH
AKTIVITI MENGECAT BILIK J-QAF Membuang pelekat tape pada dinding
HIASAN DEWAN Menceriakan Dewan
MAJLIS PENYAMPAIAN CEDERHATI Penyampaian cederahati oleh Guru Besar kepada wakil pengarah Politeknik Kota Bharu (PKB) Penyampaian cederahati oleh wakil pengarah PKB kepada Yang Dipertua PIBG SK Melor