TITAH TUANKU CANSELOR DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH

dokumen-dokumen yang mirip
PERASMIAN KURSUS PERDANA HAJI PERINGKAT NEGERI PERAK MUSIM HAJI 1437 HIJRAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera Bismillahi Rahmani Rahim.

MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 165 TARIKH: 6 JAMADIL AKHIR 1437/15 MAC 2016 (SELASA); JAM: PAGI; TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH PENGISYTIHARAN DAERAH MUALLIM PERAK DARUL RIDZUAN

MESYUARAT DEWAN NEGARA PERAK KE 159 TARIKH: 20 JUN 2014 (JUMAAT); JAM: PAGI TEMPAT: ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR.

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.

MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN PELAN STRATEGIK MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim

Hadirin sekalian, Kepada semua para pelajar Saya berharap agar:

TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. TUANKU PEMANGKU RAJA PERLIS DI MAJLIS PELANCARAN PALAPES, PBSMM DAN PBK KOLEJ UNIVERSITI KEJURUTERAAN UTARA MALAYSIA 3 MAC 2005

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

Berbeza Pendapat Tanpa Perlu Berbalah

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SEMBAH ALU-ALUAN MUSABAQAH TILAWATIL QURAN BELIA ASIA TENGGARA KALI KE-5 TAHUN 2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha. Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan

Yang Berusaha En. Wan Nazrul Helmy bin Wan Mohd. Zain, Penasihat Projek Semaian Kasih;

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Bagi Kawasam Sungai Lembing; Pengurus Besar, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Saudara Mohd. Rahmat bin Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni Universiti Malaysia Pahang;

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. YANG BERBAHAGIA PROF. DR. ALI YEON MD. SHAKAFF, TIMBALAN REKTOR KUKUM,

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA NAZRIN SHAH UPACARA PERASMIAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH SELAMA

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

TEKS UCAPAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKS UCAPAN ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SAMBUTAN HARI KUALITI DAN INOVASI PERKHIDMATAN UPM TAHUN NOVEMBER 2014

UCAPAN ALU-ALUAN YBHG. DATO DR. HALIM MAN PENGARAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA SEMPENA PERSIDANGAN TRANSFORMASI KEPIMPINAN MUDA

KONVOKESYEN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA KE-20

TEKS UCAPAN PENGERUSI KOPSYA YBHG. DATO ABDUL FATTAH ABDULLAH MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE 5

Penasihat Jawatankuasa Pelaksana Karnival Bahasa Tamil 2013;

TARIKH AHAD, 1 JULAI 2007 TEMPAT ASTAKA, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

SALUTASI. Saudara pengacara majlis; Yang Berhormat Dato M. Davendran, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kawasan Sabai; Rakan-rakan saya:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta alla Wabarakatuh Dan Salam

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

TEKS UCAPAN MUSABAQAH TILAWATIL QUR AN PERINGKAT AKHIR BELIA KEBANGSAAN 1432H/2011M

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

1. Terlebih dahulu, saya mewakili seluruh warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengalu-alukan kehadiran

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh, Salam ramadhan.

MAJLIS IFTAR BERSAMA T.Y.T TUN CANSELOR

PERASMIAN SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 2017

TEKS UCAPAN REKTOR SEMPENA PROGRAM MAJLIS TAKLIMAT SISWAZAH

TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA Y.BHG PROF. DATO DR MUSA BIN AHMAD

HALAL, HARAM & SYUBHAT

TEKS UCAPAN YB. SENATOR DATUK SERI SYED IBRAHIM BIN KADER SEMPENA PELANCARAN BUKU ALAGE THAMILE SMK RAWANG TAHUN 2016

TEKS UCAPAN BRIG. JEN. DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN UniMAP PADA 9 FEBRUARI 2009

TEKS UCAPAN YANG HORMAT PROFESOR DATO DR

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera. YAB Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis,

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Tafsir Surah Al Nasr. Muhammad Haniff Hassan. /

Istiqomah. Khutbah Pertama:

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN DPA BIL. 1/2011

UCAPAN PERASMIAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA SEMPENA PERASMIAN PEJABAT BARU DAN

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Timbalan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP;

UNIVERSITI MENTRANSFORMASIKAN KOMUNITI. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Membina Masa Depan dalam Acuan Sendiri. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Profesor profesor, Dekan dekan dan Ketua ketua Pusat Tanggungjawab;

Ucapan Aluan Y.Bhg. Prof. Dato Dr. Musa Ahmad Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia. Sempena Majlis Graduasi Program Pensijilan USIM-BIMB 2016

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

MAJLIS PELANCARAN PROJEK JEJAK KAMPUS Teks Ucapan

TARIKH: 03 OKTOBER TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

ﻢﯿﺤﺮﻠ ﻤ اﻦ ﺤﺮﻠاﷲاﻢﺴﺒ ﮫﺗﺎگﺮﺒﻮﷲاﺔﻤﺣﺮﻮﻢﻛﯿﻠﻋﻤﻸﺴﻟا

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

TEKS UCAPAN BRIG JEN DATO PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, NAIB CANSELOR UniMAP SEMPENA CERAMAH PROF ADJUNG DI DEWAN KG WAI, KUALA PERLIS PADA 3 JULAI 2009

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

TEKS UCAPAN YBHG. DATO HJ ABDUL FATTAH HJ ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA PERASMIAN MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH BOWLING

TARIKH: 29 OGOS TEMPAT: DEWAN UTeM 1, KAMPUS INDUSTRI UTeM

Surat Untuk Kaum Muslimin

TALKING POINT YANG BERBAHAGIA BRIG. JENERAL DATUK PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN NAIB CANSELOR. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH DAN SELAMAT SEJAHTERA. YANG BERUSAHA PUAN HAJJAH FOYZIAH AHMAD NASURUDIN, KETUA PUSTAKAWAN KUKUM,

SEMINAR BOLEHKAH WANITA BERSUARA, JIKA BERSUARA ADAKAH DIDENGAR? (PEMIKIRAN GAYATRI CHAKRAVORTY SPIVAK) Teks Ucapan

TEKS UCAPAN PERASMIAN YAB DATO SERI DR ZAMBRY B ABD KADIR MENTERI BESAR PERAK MAJLIS PERASMIAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SIMPANG PULAI, PERAK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Selamat Pagi. Good Morning, Cao Shang Hao, Kaalai Vanakkam Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama ber

TEKS UCAPAN Y.BHG. NAIB CANSELOR SEMPENA MAJLIS MOTIVASI BERSAMA PUSAT BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEKS UCAPAN. Oleh. Y. Bhg. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Hj. Ampon. Naib Canselor. Universiti Malaysia Sabah. Sempena Majlis Perasmian Penutupan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Y. Bhg. Brigedier Jeneral Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Yang Berbahagia, Prof. Dr Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP.

Memorandum Pertubuhan-Pertubuhan Cina. Y. A. B. Dato Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3 PENDIDIKAN SIVIK KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 3

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

TEKS UCAPAN Y.BHG. PROF. DATO DR. MUSA AHMAD NAIB CANSELOR USIM SEMPENA MAJLIS PENGISYTIHARAN PELAN STRATEGIK USIM

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Yang Berbahagia Dato Zaitun Ab Samad, Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara;

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 1

Kegiatan Cadangan bagi Pengajaran dan Pembelajaran (Prauniversiti)

TEKS UCAPAN YBHG. KOL. PROF. DATUK DR. KAMARUZAMAN HJ. AMPON NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DI MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL PENULISAN BUKU

Budaya PERDANA. UiTM - Amalannya. Penerapan Budaya Kerja Kelas Pertama

Prof. Dr. Zul Azhar Bin Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa

Transkripsi:

TITAH TUANKU CANSELOR DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH MAJLIS KONVOKESYEN KETUJUH KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SULTAN AZLAN SHAH (KUISAS) TARIKH: 18 DISEMBER 2014 (KHAMIS); JAM: 10.00 PAGI TEMPAT: KAMPUS KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SULTAN AZLAN SHAH KUALA KANGSAR. Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 2. Dalam Surah Hud ayat 118 dan 119, ALLAH Subhanahu W ata ala berfirman, maksudnya: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus menerus berselisihan. Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama ALLAH); dan 1

untuk (perselisihan dan rahmat) itulah ALLAH menjadikan manusia... 1 3. ALLAH Subhanahu Wata ala Maha Pencipta. ALLAH Subhanahu Wata ala Maha Mengetahui atas muslihat dan matlamat di sebalik sesuatu penciptaan Nya. Umat manusia telah diciptakan dengan segala kepelbagaian. Umat manusia sewajibnya berupaya mentafsir secara bijak apa yang tersirat di sebalik yang tersurat agar berjaya memahami dan menghayati kalam ILAHI yang terkandung dalam Surah Hud tersebut begitu juga dengan kalam ILAHI yang terkandung dalam Surah Al- Hujuraat ayat 13, bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semuliamulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)... 2 1 Al-Quran: Surah Hud (11:118-119) 2 Al-Quran: Surah Al-Hujuraat (49:13) 2

4. Ayat 13 Surah Al-Hujuraat bermula dengan seruan WAHAI MANUSIA merupakan seruan peringatan ILAHI yang ditujukan kepada seluruh umat manusia, merangkumi umat Islam dan bukan Islam. ALLAH Subhanahu Wata ala menyeru agar manusia yang berbangsa dan bersuku puak, saling berkenalan dan beramah mesra di antara satu dengan lain dan ALLAH melarang manusia daripada bersengketa dan bermusuhan. 5. ALLAH Subhanahu Wata ala mengurniakan umat manusia akal untuk berfikir; untuk itu berfikirlah secara bijak. Manusia yang bijaksana akan mentafsir ciptaan ILAHI yang pelbagai itu sebagai aset berharga. Kepelbagaian mengizinkan berlakunya kelainan pandangan dan pendapat. Kelainan pandangan dan pendapat membenarkan berlangsungnya percambahan pemikiran hingga membolehkan tercetusnya kelahiran idea bernas dan penemuan baru untuk manfaat manusia sejagat. Amatlah malang kepada tamadun sesuatu bangsa, amatlah malang kepada peradaban manusia sejagat jika kelainan dan perbezaan dilihat dari lensa negatif yang sarat dengan buruk sangka. Sikap negatif sedemikian akan hanya merosakkan hubungan harmoni sesama manusia dan semestinya akan menjejaskan paksi keseimbangan atau the axis of equilibrium dalam hubungan antara kaum dan hubungan antara agama. 3

6. Kelainan pendapat dan pandangan hendaklah diuruskan secara positif secara konstruktif, disediakan platform konsultasi disediakan forum perundingan untuk menerokai titik pertemuan di samping menghormati sempadan perbezaan. Islam mengharuskan dan membolehkan berlakunya kelainan pendapat dan pandangan hingga terbentuknya empat mazhab utama. Perdebatan secara konstruktif, amalan konsultasi dan perundingan berlaku pada era Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam, diteruskan oleh para sahabat dan dilanjutkan oleh ulama tersohor. Amalan konsultasi dan perundingan telah membina budaya dan tata cara urus tadbir yang inclusive serta participative, memungkinkan Islam mudah diterima dan senang difahami hingga terbinanya era keagungan Islam. 7. Di dalam buku Adabul Ikhtilaf dinukilkan perselisihan pendapat yang berlaku di antara sepupu Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam, Abdullah bin Abbas dengan Zaid bin Thabit mengenai isu perwarisan harta. Ibnu Abbas begitu yakin dengan hujah beliau hingga ke peringkat mencabar Zaid untuk berdebat secara terbuka di hadapan Kaabah. Namun perselisihan di antara mereka berdua tidak sampai ke tahap memutuskan tali persaudaraan dan menamatkan hubungan persahabatan. 4

8. Di riwayatkan di dalam buku Hayatus Sahabah Ibnu Abbas telah memuliakan Zahid dengan membantu menarik tali ketika melihat Zaid sedang menaiki tunggangannya hingga Zaid berkata, Wahai sepupu Rasulullah, lepaskan tali itu. Kata-kata Zaid itu telah dijawab oleh Ibnu Abbas dengan mengatakan, Inilah cara dan adab untuk memuliakan orang terpelajar. Zaid lalu meminta Ibnu Abas untuk menghulurkan tangan dan Zaid mencium tangan Ibnu Abas dengan menyatakan Inilah cara yang dianjurkan untuk memuliakan keluarga Nabi Sallallahu alai Wassalam. Keakraban hubungan mereka turut diriwayatkan oleh Imam al-baihaqi tatkala Zaid bin Thabit wafat; Ibnu Abbas telah berkata, Wahai manusia, barang siapa yang ingin mengetahui bagaimanakah cara ilmu itu meninggalkan kita, dia harus mengetahui seperti mana Zahid meninggalkan kita. Sejumlah ilmu pengetahuan baru sahaja pergi meninggalkan kita (dengan kematiannya). 9. Demikian terserlah kemurnian sifat di kalangan ulama pada era silam; berhujah atas asas ilmu, menerima perbezaan tafsiran dan kelainan pandangan namun mengekalkan hubungan silaturahim; pada masa yang sama tetap bersifat merendah diri di samping memuliakan taraf ketinggian ilmu ulama-ulama lain. Sifat-sifat ulama pada zaman silam yang kaya menguasai khazanah ilmu, bersifat zuhud lagi merendah diri, berfikiran terbuka menerima perbezaan, sabar lagi teliti sebelum 5

menjatuhkan hukum adalah sifat-sifat yang berperanan besar melukiskan keindahan Islam sebagai agama yang memiliki wajah yang mulia, sederhana, adil lagi saksama. 10. Keindahan bermasyarakat akan tercapai apabila ulamaulama tersohor dan umat Islam berjaya meraikan perbezaan dan memahami kepelbagaian tuntutan dengan semangat berunding dalam suasana yang harmonis. Umat manusia wajib dididik untuk bersedia mengamalkan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju atau agree to disagree agar tidak wujud pemikiran autoritarian dan totalitarian yang merasakan dirinya betul semua dan pihak lain salah semua. Insaflah! umat manusia tidak sempurna sifatnya; insaflah! umat manusia memiliki pelbagai kekurangan, insaflah! kesempurnaan itu hanya milik ALLAH. Oleh itu umat manusia hendaklah menerima sifat ketidaksempurnaannya dan bersedia untuk ditegur - bersedia untuk belajar dan terus belajar, bersedia untuk membetulkan kesilapan, agar terbimbing menjadi sebaikbaik khalifah ketika memenuhi amanah di bumi milik ILAHI ini. 11. Saudara saudari telah melalui alam ilmu di kampus KUISAS. Alam ilmu yang saudara saudari tempuhi hampir homo genus suasananya. Alam di luar kampus amat berbeza. Hakikat kepelbagaian agama, kaum, budaya dan bahasa di negara ini wajib difahami. Hakikat tersebut adalah juga realiti yang telah 6

diciptakan oleh ILAHI di dunia ini. Kesediaan saudara saudari menerima hakikat kepelbagaian ini akan menentukan dan mempengaruhi penerimaan warga dunia terhadap saudara saudari. Jika saudara saudari memilih berfikiran tertutup saudara saudari dengan sendirinya telah menutup pintu dan jendela dan telah menghalang minda saudara saudari daripada dapat mengembara melihat realiti dunia yang lebih luas; di samping saudara saudari turut menutup pintu dan jendela daripada boleh ditandangi oleh warga dunia untuk mereka dapat mengenali dan memahami saudara saudari secara lebih rapat. 12. KUISAS wajib menyedari bahawa iklim ilmunya yang homo genus. Untuk itu KUISAS mempunyai cabaran yang lebih besar untuk mengasuh dan membimbing warga KUISAS agar memiliki minda terbuka kepada realiti dunia yang dihuni oleh pelbagai umat manusia. KUISAS wajib melahirkan barisan graduan yang bersifat terbuka, barisan graduan yang bersedia menerima kepelbagaian perbezaan, barisan graduan yang memiliki kemahiran untuk mengurus perbezaan dan barisan graduan yang berjaya melakukan penyatuan dalam kepelbagaian. 13. Beta menzahirkan ucapan tahniah kepada setiap graduan yang telah mencapai kejayaan. Setiap kejayaan adalah anugerah dari ILAHI. Bersyukurlah kepada ILAHI dengan azam dan tekad 7

untuk senantiasa memenuhi perintah ILAHI, melakukan amal makruf - menjauhi segala kemungkaran. Berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa dan ahli keluarga yang telah banyak berkorban dan mendoakan kejayaan saudara saudari, hargailah jasa para guru yang telah melaksanakan amanah secara komited lagi berdedikasi; jadikan diri sebagai hamba yang bersyukur akan nikmat, anak yang soleh kepada kedua-dua ibu bapa, murid yang senantiasa mendoakan kesejahteraan para gurunya dan warga yang setia kepada Raja dan Negara. Semoga ALLAH Subhanahu Wata ala menunjukkan kita ke jalan yang lurus, IHDINAS SIRATUL MUSTAQIM. Wabillahi taufik, walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 8