Cerpen Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad) Sinopsis

dokumen-dokumen yang mirip
Penangguhan (Wijaya Mala)

Biarkan Samudera (Raihanah Salleh)

Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)

Cerpen Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim)

Cerpen Israk (Erda Roslan Khairi)

Mellisa (Abdullah Hussain)

Pemain Catur (Zaharah Nawawi)

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian.

Cerpen Yap Siew Hong (Mohammed Latif Mohammed)

Prosa Tradisional (Merah Silu)

Drama Cempaka Berdarah (A.Rahim Abdullah)

Cerpen Hutan Rimba ( Sasjira)

Drama 1400 (Nordin Hassan)

Page 1 of 10 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Prosa Tradisional (Hikayat Indera Nata)

(1) ada hati (2) ambil hati (3) baik budi (4) makan suap (5) membawa nasib (6) murah hati (7) seperti kacang lupakan kulit (8) tolak ansur

Nama :... Tarikh :... Tingkatan : Malnutrisi. ialah keadaan yang berpunca daripada kekurangan. seperti,, protein,

Kita juga harus membuat pemeriksaan gigi setiap enam bulan. Kita hendaklah menjaga gigi dengan betul supaya gigi kekal seumur hidup.

1. (1) menyiapkan (2) bersiap (3) disiap (4) tersiap ( )

Bahagian 1: Imbuhan (10 markah)

: Duit syiling 1 sen Lampiran 1 - Lembaran grafik Lampiran 2 - Borang senarai semak

EzLearn2U.my. Tingkatan 4 Pendidikan Moral. Soalan struktur

2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan. Pada akhir pelajaran, murid dapat:

P3 Kata Berimbuhan 2 (5 marks)

bahasa bahasa bahasa baik baik baik balik balik balik

kotor kuat kusut lagi

Pada akhir pelajaran, murid dapat:

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof)

Pilihan : Soalan (5) : Alam Sekitar atau Pembangunan?

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Perangai anak mirip perangai ibu bapanya

Modul Kreatif Utk Nuqaba Vol 2.0

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)


BAHAGIAN B. Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini.

1. Semua orang menyukai Julia kerana dia seorang gadis yang. 2. Kita tidak boleh bersikap terhadap orang lain yang memiliki keistimewaan tertentu.

ASPEK KAJIAN SASTERA. 1. Ringkasan cerita lebih kurang patah perkataan. 2. Mengandungi huraian cerita mengikut urutan masa berdasarkan plot.

Kesing/Pianggang dewasa dan nimfanya menyerang padi dengan menghisap biji padi pada peringkat susu. Hasil akan terjejas teruk kerana biji padi akan

Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

Tidak dibenarkan mengambil sesuatu kecuali gambar dan jangan meninggalkan apa jua melainkan kesan tapak kaki anda.

Cerpen Memori Seorang Tua (Zahari Affandi)

hangat hangat hangat hanyut hanyut hanyut haus haus haus

Memilih Perkataan. kedatangan mengucapkan memohon SAMPEL. membuat berangkat berpindah. kesalahan memberi tiba. pergi sibuk banyak

HKA 101 PENGANTAR KESUSASTERAAN

NO. 45, JALAN SI 8, TAMAN SAUJANA INDAH, BUKIT KATIL, MELAKA

Bahagian B : (10 markah)

PANDUAN PEPERIKSAAN AKHIR

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju

Permasalahan Sosial. Kehidupan di dalam masyarakat tidak terlepas dari berbagai permasalahan sosial.

Drama Forum Remaja 2020 (Sharif Shaary)

Prosa Tradisional (Hikayat Khoja Maimun)

bermain layanglayang tidak memberi perhatian mengalami kecederaan terjatuh SELESAI

TANGGA DAN SUNGAI. Oleh Susan Cummings 26hb Februari 2005 (Diterjemahkan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia)

SULIT 1225/1 Pendidikan Moral Sept 2012 PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 PENDIDIKAN MORAL

TANTANGAN Karya: Norhisham Mustafa

BELAJAR CARA BELAJAR

PENDIDIKAN KOKURIKULUM

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEMESTER LIMA :JANUARI 2012 KOD KURSUS : HBEF2703 TAJUK KURSUS : TUGASAN INDIVIDU

TAHAP. Cuaca Melampau.

Kaunseling mampu selamatkan...mahligai bergelora Pasangan akui perlunya komunikasi, bijak sesuai diri hidup bersama dan tahu peranan masing-masing

NOVEL TERMINAL TIGA & SETEGUH KARANG. TAHUN BULAN ASPEK/TAJUK a. Pengakhiran cerita 2001 November

Cahaya, Kasih Sayang dan Kegembiraan Sepanjang Perjalanan

BAB 3 : METODOLOGI. Parit Keroma dan komuniti Bugis dari kampung itu yang telah menetap di Kuala Lumpur.

Anak kesayangan menjadi hamba


terpaksa antri atau harus berjalan jauh puluhan kilometer hanya untuk mendapatkan air bersih. Sebaliknya, ketika musim hujan tiba, air menjadi banyak

BAB EMPAT KESIMPULAN DAN CADANGAN. tradisi dalam kalangan masyarakat Islam pada umumnya. Oleh kerana itu, amalan

OPERA ESTATE PRIMARY SCHOOL PENILAIAN PRELIM BAHASA MELAYU LANJUTAN PRIMARI 6 MARKAH:

KISAH RAHSIA RUMAHTANGGA

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN. Bab ini adalah membincangkan tentang metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

semakin pudar semangat. Akhirnya peluang tiba dengan tidak aku sangka dan mudah sekali rasanya. Ketika aku berpeluh dan berselut tanah kebun belakang

Bab 5. Pengalamanku. M e n u U t a m a. Peta Konsep. M e n u T a m b a h a n. Pengalamanku. Memahami cerita dan teks drama. Bertelepon dan bercerita

Ahli Ibadah dengan Pelacur yang Cantik Jelita Sebuku Roti Penebus Dosa

Peranan Guru Peranan Murid Sebelum Sebelum Semasa Semasa Selepas Selepas

Menurut Dr. Ahmad, kos. ISMAIL Semenanjung Malaysia sejak pad a

BAB VI RESPON MASYARAKAT LOKAL ATAS DAMPAK SOSIO-EKOLOGI HADIRNYA INDUSTRI PENGOLAHAN TAHU

SMK LINGGIU, KOTA TINGGI JOHOR. 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

SMP kelas 9 - BAHASA INDONESIA BAB 4. Ketrampilan BersastraLatihan Soal 4.2. Pengenalan. Klimaks. Komplikasi. Penyelesaian

GARIS PANDUAN MEMERIKSA KERTAS 012 (PANDUAN MEMBERI DAN MENENTUKAN MARKAH)

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

mengajak waktu rehat membersihkan bilik darjah melontar mentertawakan menjadi marah menegur meminta maaf

Tips Munakahat Suami Makan Gaji Isteri?

Pagi kembali, senja menanti Si adik lahir, yang lain pergi Aku tak tahu mengapa ada yang pergi tak kembali Kata Ibu, yang pergi menjadi kenangan

Cuaca di Sekeliling Kita

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

BAHAGIAN B. Oh, Nenek pasti kamu akan (26)! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat.

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

UNTAIAN KISAH KEHIDUPAN (JATAKAMALA) Kisah Ajastya

BAB. Keseimbangan Lingkungan

TUNJANG 5 : KEROHANIAN, MORAL & NILAI UMUR : 4 TAHUN

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak

LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG MENCEGAH NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGI

KEHIDUPAN BESAR ABADI Thiru ARUTPA SAMI SIDAMBARAM RAMALINGAM

BUKU B. (5) yang selalu mengambil berat tentang diri saya. (6) belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang lain

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

IMBUHAN (20 Markah) ARAHAN: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

Entahlah, suamiku. Aku juga tidak pernah berbuat jahat dan bahkan selalu rajin beribadah, jawab sang isteri sambil menahan air mata.

BAB I PENDAHULUAN 1.1. Latar Belakang

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Latar Belakang Masalah

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Peranan Guru Peranan Pelajar Sebelum Sebelum Semasa Semasa Selepas Selepas

Transkripsi:

Cerpen Ibu dan Ceper (Shahnon Ahmad) Sinopsis Kisah ibu tua yang disamakan dengan kisah sebuah sungai iaitu Sungai Ceper. Sungai Ceper ialah sungai yang jernih dan mempunyai sumber ikan dan udang, panjang dan berlikuliku, samalah seperti ibu yang sentiasa aktif melakukan aktiviti bersawah. Pada waktu malam, Sungai Ceper masih cergas tetapi ibu tidak. Pada sebelah malam, ibu berehat dan esoknya kembali cergas. Pada suatu hari, Sungai Ceper melimpah kerana hujan turun di hulu. Airnya likat dan melimpah menyebabkan sawah padi musnah. Pada tahun itu, semua penduduk kampung makan ubi gadung kerana padi musnah. Selepas Ceper melimpahkan air, tiba pula musim kemarau. Sungai Ceper menjadi cetek, ikan mati, air sungai busuk dan sawah kering sehingga menyebabkan ibu menggunakan telaga sebagai sumber. Keadaan ini ialah keadaan 40 tahun yang lalu, iaitu semasa aku masih anak teruna dan ibu masih muda. Kini, ibu dan ayah tiada lagi. Aku pula sudah bercucu. Sungai Ceper masih wujud tetapi sudah mula berubah sejak ibu terjatuh, lalu lumpuh kerana terpijak tunggul lama iaitu sepuluh tahun sebelum ibu meninggal. Pada masa itulah, keluarga aku menderita dan aku berkahwin dengan gadis di kampung itu. Bapa pula sudah tidak gila burung lagi sebaliknya dia hanya menjaga cucu dan menjaga ibu. Ceper kini berbau busuk kerana menjadi tempat pembuangan sampah. Airnya mengalir lesu bersama-sama sampah sarap yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam sungai itu. Aku dan isteri telah tua dan kini duduk di rumah menjaga cucu. Pada masa ini, Ceper telah mati dan tidak berfungsi lagi walaupun masih wujud, tidak seperti ibu yang telah tiada di dunia ini.

Tema Kegigihan seorang ibu dalam mengharungi kehidupan Ibu gigih mencari rezeki dan banyak bergantung kepada Sungai Ceper yang berfungsi sebagai sumber air kepada tanaman. Persoalan 1. Persoalan kepentingan air dalam kehidupan. Air Sungai Ceper yang deras dan jernih digunakan oleh ibu untuk mengairi sawahnya. 2. Persoalan kurangnya kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar. Sungai Ceper tercemar teruk apabila manusia membuang segala macam sampah sedangkan sungai ini semakin cetek dan tidak berdaya membawa sampah yang ada di dalamnya 3. Persoalan kasih sayang yang terjalin antara manusia dan alam. Kasih sayang aku kepada ibu dan sungai yang menjadi sumber air dan rezeki di kampungnya. Plot Binaan Plot (i) Permulaan Aku menerangkan perasaan sayang dan cinta akan Sungai Ceper dan ibu yang banyak berjasa kepadanya.aku terkenang akan sungai ini yang jernih,tenteram, deras dan menjadi lubuk ikan. Ibu juga seperti Ceper yang aktif bersawah dan bekerja. Namun, ibu berehat pada waktu malam manakala Ceper sama sahaja pada siang atau malam. (ii) Perkembangan

Kemarahan ibu kepada Sungai Ceper yang melimpah akibat hujan lebat sehingga memusnahkan tanaman. Ibu juga memarahi sikap suaminya yang sambalewa terhadap tanggungjawab keluarga dan asyik dengan ketitir. Kemarahan ibu semakin memuncak apabila Sungai Ceper semakin cetek akibat kemarau. Hal ini menyebabkan sawah-sawahnya kering, sumber makanan dan minuman terjejas sehingga memaksa ibu menggunakan telaga sebagai sumber air. Setelah 40 tahun berlalu,sungai Ceper semakin tercemar akibat pengabaian masyarakat. Ibu dan ayah sudah meninggal dunia dan aku telah pun berkeluarga dan mempunyai cucu. (iii) Klimaks Ibu meninggal dunia dan Sungai Ceper semakin sakit. Sungai ini semakin cetek, alirannya lambat dan banyak sampah daripada pelbagai bahan buangan berada di perutnya. Airnya busuk kerana bangkai binatang, kain-kain buru, plastik, dan sisasisa makanan dibuang ke dalamnya. Bapa juga telah meninggal dunia. (iv) Peleraian Sungai Ceper masih mengalir tetapi amat lambat. Keadaannya semakin parah. Aku dan isteri telah tua dan anak-anak pula menggantikan kami. Ceper dikatakan sudah mati kerana airnya sudah tidak bergerak dan timbunan sampah tindih-menindih. Ibu benar-benar telah mati tetapi Ceper walaupun masih wujud tetapi sudah tidak berfungsi lagi. Teknik Penceritaan 1. Pemerian Ceper pun serupa..ia memancutkan airnya begitu deras bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya.dan pancutan itu menebuk tebing hingga mencipta lubuk yang dalam-dalam, menyusur dasar bersama-sama ikan yang bercahaya matanya, bersama anak-anak dan bapa-bapa udang, bersama lumut yang lembut kehijau-hijauan dan bercahaya seperti manik-manik dipanah cahaya lampu.

2. Dialog Orang tak sedar diri. Tak tahu tanggungjawab. Air bah habis bunuh padi kita, awak masih cengkuih ketitir. Suami apa macam ini! 3. Imbas Kembali Aku masih ingat waktu itu ibu pun mengamuk juga.dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas. Watak dan Perwatakan Watak Utama Ibu 1. Cekap bekerja. Ibu boleh melakukan sesuatu kerja dengan cepat bermula selepas Subuh sehingga hampir Maghrib, malah ibu melakukan hampir semua jenis kerja. 2. Rajin. Ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya, tanpa bantuan suaminya yang menjadi kaki burung. 3. Bermasyarakat. Walaupun ibu sibuk bekerja, dia tidak lupa untuk menghadiri kenduri-kendara di kampungnya dan menziarahi orang yang meninggal dunia. 4. Kuat semangat. Walaupun Sungai Ceper telah memusnahkan padinya akibat banjir namun ibu tidak berputus asa untuk mengusahakan sawahnya semula.

Watak Sampingan Aku 1. Anak tunggal dalam keluarga. 2. Mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah. 3. Sudah berumah tangga. 4. Penyayang. Aku merupakan seorang anak yang penyayang kerana masih mengingati pengorbanan ibunya walaupun telah 40 tahun berlalu. 5. Bertanggungjawab. Aku bertanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh dan ayahnya yang tua. Sungai Ceper 1. Panjang, berliku-liku, jernih, pasir-pasir berbiji halus dan kelikirnya berkilat. 2. Sumber air bagi kehidupan di sekelilingnya. 3. Tercemar kerana menjadi tempat pembuangan sampah sarap. Latar Latar Masa 1. Masa kini - Aku telah tua, ada anak yang telah besar dan telah bercucu. 2. 10 tahun yang lalu setelah ibu jatuh, lumpuh dan meninggal dunia-ibu sudah tidak dapat bergerak lagi dan kerja-kerja di sawah diteruskan oleh aku dan isteri. 3. 40 tahun yang lalu - Ketika ibu masih muda dan aku masih teruna. 4. Siang - sewaktu ibu turun mengerjakan sawah padinya. 5. Malam - gambaran tentang Sungai Ceper yang tetap cergas.

Latar Tempat 1. Di sebuah desa - tempat tinggal ibu, aku dan ayah. 2. Kawasan sawah padi - tempat ibu dan orang kampung bekerja. 3. Sebatang sungai - tempat anak-anak kampung merangau ikan. 4. Telaga - tempat ibu mengambil air ketika kemarau. 5. Rimba belantara - tempat bapa berdenak ketitir. 6. Sungai Ceper - tempat penduduk kampung termasuk ibu mendapat sumber air. Latar Masyarakat 1. Masyarakat petani Mereka mengusahakan tanaman padi secara tradisional. Keluarga aku mewakili sebahagian daripada anggota masyarakat yang mengusahakan tanaman padi secara tradisional seperti menajak dan menyisir selut. 2. Masyarakat yang menghadapi kepayahan hidup. Penduduk di desa aku mengalami kesempitan hidup apabila Sungai Ceper melimpah kerana banjir dan airnya kering sehingga tidak dapat mengairi sawah ketika musim kemarau. 3. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Bapa sanggup menghabiskan masa mendenak burung ketitir di rimba sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya.

Gaya Bahasa 1. Kata ganda - kehijauan-hijauan 2. Simpulan bahasa - naik angin 3. Simile - Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang 4. Personifikasi -.kudengar ngauman Ceper 5. Hiperbola - Ceper yang memukul dan membedal tebing hingga runtuh tanah-tanah, hingga terbongkeh perdu-perdu buluh yang mengapuk tebing Nilai 1. Nilai bertanggungjawab. Sikap bertanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang ditunjukkan oleh ibu yang mengusahakan sawah padi bagi menampung kehidupan keluarganya. 2. Nilai kegigihan. Walaupun terpaksa menggunakan tulang empat kerat, ibu tetap gigih bekerja menyara keluarga. 3. Nilai kesabaran. Ibu terpaksa bersabar melayani kerenah suaminya yang kurang memberikan perhatian terhadap kebajikan keluarga.

Pengajaran 1. Kita hendaklah bertanggungjawab menyara kehidupan keluarga agar mereka tidak hidup dalam kesusahan. 2. Kita hendaklah menjaga kerukunan rumah tangga agar tidak berlaku perselisihan faham antara suami dengan isteri. 3. Kita mestilah menyayangi ibu bapa yang telah tua agar kebajikan mereka terpelihara. 4. Kita janganlah mencemarkan alam sekitar kerana perbuatan itu akan membawa keburukan kepada masyarakat. Latihan 1. Siapakah aku dalam cerpen Ibu dan Ceper? 2. Apakah hobi bapa yang tidak disukai oleh ibu? Jawapan 1. Aku ialah anak tunggal dalam keluarga, mewarisi pekerjaan keluarga sebagai pesawah dan sudah berumah. 2. Hobi bapa yang tidak disukai oleh ibu ialah mendenak ketitir.