PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

dokumen-dokumen yang mirip
IKLAN JAWATAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN PEMBANTU TADBIR (P/O) GED N17 (SAMBILAN)

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

Isi Kandungan. Perkara. Muka Surat. Dasar Dan Prosedur 3. Waktu bekerja 6. Penentuan Kadar Upah Dan Jenis Tugas 6. Elaun Dan Kemudahan 9

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

PEKELILING PENDAFTAR

GARIS PADUAN PELAKSANAAN POLISI PENAWARAN KERJA SAMBILAN KEPADA PELAJAR UniMAP MENGGUNAKAN PERUNTUKAN TABUNG DEDIKASI DIRI.

Garis panduan ini menerangkan kaedah permohonan dan pelantikan Pembantu Penyelidikan di bawah peruntukan geran projek penyelidikan.

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH, PEMBANTU PENYELIDIK, FELO PENYELIDIK DAN PASCA DOKTORAL

Universiti Malaysia PAHANG

SURAT PEKELILING BENDAHARI BIL. 1 TAHUN 2016 GARIS PANDUAN KAD KORPORAT PTJ (KKP) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2002

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

Bahagian Penyelidikan & Inovasi, Universiti Sains Malaysia Jun 2010

JABATAN BENDAHARI DOKUMEN/SEMAKAN YANG PERLU DIBUAT

UPSI (ISO) / BSM / P05 PINDAAN : 01

BAB 12 BIASISWA & AKAUN PELAJAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. UTHM/PP/100-6/3 Jld 9 (05) 2009 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 05/2009

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR RUJUKAN KAMI : UNIMAP/PEND/101/2-6 (9) TARIKH : 3 OGOS 2012 PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 6 TAHUN 2012

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

GARIS PANDUAN PENANGGUNGAN KERJA

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

A. MAKLUMAT PERMOHONAN

PERATURAN SKIM SANGKUT INDUSTRI / LATIHAN INDUSTRI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM)

DASAR PELETAKAN JAWATAN

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

GARIS PANDUAN PELANTIKAN PENOLONG PENYELIDIK, PEMBANTU PENYELIDIK (PENTADBIRAN PENYELIDIKAN) DAN SISWAZAH PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Peraturan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Pengurusan Keselamatan Pekerja Luar 2016

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PERMOHONAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P001

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

GAJI DAN UPAH 1.0 PENGENALAN

PERMOHONAN CUTI TANPA GAJIDAN CUTI SEPARUH GAJI BAGI KAKITANGAN TETAP (TidaktermasukCutiMenjagaAnak)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

IKLAN JAWATAN KOSONG

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

GARIS PANDUAN TADBIR URUS UNTUK GERAN PENYELIDIKAN, KHIDMAT PERUNDINGAN DAN PENYELIDIKAN KONTRAK (CONTRACT RESEARCH)

BAB 10 GAJI DAN EMOLUMEN

MEMORANDUM. UniMAP DIIKTIRAF MS ISO 9001 : 2015

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

PERJANJIAN SKIM DERMASISWA PENGAJIAN TAHUN ASAS UNIVERSITI SELANGOR SEMESTER (SESI )

IKLAN JAWATAN KOSONG JURU X RAY INDIVIDU (WARGANEGARA MALAYSIA) YANG BERKELAYAKAN DIPELAWA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN DI BAWAH

PUSAT LUAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA (KULIAH HUJUNG MINGGU)

MEMORANDUM. UniMAP DIIKTIRAF MS ISO 9001 : 2015

BORANG PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGHADIRI KONFERENSI/WOKSYOP LUAR NEGARA

PENGURUSAN KERJA LUAR STAF

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

BORANG PEMBIAYAAN KENDERAAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

MEMORANDUM PENERIMAAN

BORANG PERMOHONAN JAWATAN

PROGRAM PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN KEPADA GOLONGAN PEKERJA

MEMORANDUM PENERIMAAN

Garis Panduan Mengikuti Kursus Anjuran Dalaman, Luaran dan Luar Negara

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

SENARAI SEMAK PERMOHONAN ELAUN MENANGGUNG KERJA

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

doktor panel ertinya pengamal perubatan yang bertauliah yang bertugas di klinik panel;

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KOPERASI WARGA USM KELANTAN BERHAD PEMBIAYAAN PEMBELIAN BARANG ELETRIK ATAU PERABUT MENGGUNAKAN KAEDAH AL-BITHAMAN AJIL SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN

GARIS PANDUAN PELANTIKAN SKIM PERKHIDMATAN IKHTISAS UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TATACARA DAN SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR

DASAR PASCA DOKTORAL UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP05

PERJANJIAN PROGRAM SANGKUTAN DI ANTARA

GARIS PANDUAN PEMBANTU PENYELIDIK (RA) UKM-SPKP-CRIM-PK04-GP04

IKLAN JAWATAN KOSONG

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SKIM KEMUDAHAN PERUBATAN PEGAWAI PENGENALAN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN CUTI SANGKUTAN INDUSTRI (CSI) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. TUJUAN 1 2.

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEMBANTU TADBIR (JURUTRENGKAS) GRED N17 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

PEKELILING BENDAHARI BIL. 3 TAHUN 2013 TATACARA PERMOHONAN DAN PELARASAN WANG PENDAHULUAN

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK)

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

BORANG PERMOHONAN RASMI PEMBIAYAAN KOPERASI

PINJAMAN KOMPUTER. Syarat-syarat pinjaman komputer dan dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersamasama borang permohonan ini ialah:

SENARAI SEMAK 4. LIMA (5) SET DOKUMEN PERJANJIAN BIASISWA SELANGORKU YANG TELAH DIMETERIKAN 6. SALINAN KAD PENGENALAN PENJAMIN PERTAMA & KEDUA

PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KEM SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR SENARAI SEMAK PERMOHONAN TUNTUTAN PERJALANAN DALAM NEGERI

PERMOHONAN KEMUDAHAN CUTI TANPA GAJI MENJAGA ANAK (CMA) DIBAWAH PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM PENAMATAN PERKHIDMATAN) Oleh INA MD. YASIN

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

MEMORANDUM PENERIMAAN

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

GARIS PANDUAN CUTI PENYELIDIKAN. Tarikh KuatKuasa: 10/03/2008 Tarikh Kemaskini: Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia. Nombor Telefon:

PEKELILING BENDAHARI BIL.2/2009 PERATURAN PEMBAYARAN PELAJAR

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Transkripsi:

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan dasar dan prosedur pengambilan Pekerja Sambilan Harian bagi menggantikan pengambilan Pekerja Sambilan dan Pekerja Khidmat Singkat. DEFINISI 2. Dalam Pekeliling Perkhidmatan ini: Ketua Jabatan bermaksud Pendaftar atau seseorang pegawai dalam Universiti yang mengetuai urusan hal sumber manusia, pentadbiran hal ehwal akademik dan pentadbiran am Universiti, atau mana-mana pegawai yang diwakilkan kuasa oleh ketua Jabatan untuk melaksanakan tugas tersebut; dan Pekerja Sambilan Harian bermaksud seseorang pekerja yang diambil untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian bagi melaksanakan tugas-tugas yang bersifat projek/ program, ad hoc atau tugas bermusim (seasonal). 1

LATAR BELAKANG 3. Pada masa ini, pelaksanaan tugas yang bersifat sementara dalam tempoh masa yang singkat dibuat melalui pengambilan Pekerja Sambilan yang telah dijelaskan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1978 - Perubahan Kadar Bayaran Gaji Sehari Bagi Pekerja-Pekerja Sambilan serta beberapa peraturan lain yang dikeluarkan selepas itu. 4. Sebagai alternatif kepada Pekerja Sambilan, Kerajaan juga memperkenalkan Pekerja Khidmat Singkat (PKS) bagi melaksanakan tugas tertentu dengan dibayar upah ikut jam (hourly rate) atau upah ikut kerja (piece rate). Kaedah ini dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1999 - Skim Bayaran Upah Ikut Jam atau Kerja. 5. Memandangkan pengambilan Pekerja Sambilan dan PKS telah menimbulkan isu pertindihan tugas dan tanggungjawab, perbezaan kadar bayaran upah serta kekeliruan kepada Ketua Jabatan, Kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan pengambilan Pekerja Sambilan Harian bagi menggantikan pengambilan Pekerja Sambilan dan PKS. Dengan satu kaedah pengambilan ini, Ketua Jabatan lebih mudah membuat pengambilan pekerja untuk melaksanakan sesuatu tugas secara harian di samping menyeragamkan waktu bekerja serta kadar upah bagi meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian perkhidmatan. DASAR PENGAMBILAN 6. Dasar pengambilan Pekerja Sambilan Harian (PSH) adalah seperti berikut a) PSH hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia; b) PSH tidak termasuk dalam kategori pegawai awam seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, 2

Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa; c) PSH dibayar upah di bawah peruntukan Dasar Sedia Ada Universiti Putra Malaysia ; d) Ketua Jabatan mempunyai kuasa dalam membuat pengambilan PSH dan boleh menggunakan kaedah pengiklanan yang bersesuaian dan menjimatkan kos; e) tempoh perkhidmatan PSH hendaklah tidak melebihi (3) bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan, tempoh berkenaan boleh dilanjutkan oleh Ketua Jabatan sehingga maksimum tiga (3) bulan lagi; f) calon yang hendak diambil sebagai PSH hendaklah memiliki sekurang-kurangnya kelayakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; g) calon yang dipilih hendaklah diperakui sihat oleh Ketua Jabatan (tidak memerlukan pengesahan oleh pengamal perubatan berdaftar); h) pengambilan PSH hendaklah berdasarkan keperluan tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upahan untuk kerja (rate for the job); i) waktu bekerja PSH adalah selama sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat; j) sekiranya PSH diarahkan menjalankan tugas rasmi di luar pejabat di dalam negeri, mereka layak menerima Elaun Menjalankan 3

Tugas Rasmi Di Dalam Negeri mengikut jenis tugas dan kelayakan akademik yang digunakan semasa menentukan kadar upah PSH. Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri yang layak diterima oleh PSH adalah seperti berikut: i) Elaun Perjalanan Kenderaan; ii) Bayaran Sewa Hotel atau Elaun Lojing; iii) Elaun Harian (bertugas luar pejabat melebihi 8 jam sehari tetapi kurang daripada 24 jam); dan iv) Elaun Makan (bertugas luar pejabat bagi tempoh 24 jam atau lebih). Kadar Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri dinyatakan di Lampiran A k) PSH tidak layak dibayar upah bagi cuti mingguan, cuti kelepasan am dan hari yang PSH tidak hadir bertugas; l) PSH tidak layak dibayar Elaun Lebih Masa; m) Ketua Jabatan dan PSH hendaklah mencarum dalam Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut peraturan yang berkuat kuasa; n) Ketua Jabatan hendaklah memastikan PSH menandatangani perakuan berkenaan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972; o) Ketua Jabatan hendaklah memastikan PSH tidak menandatangani surat rasmi jabatan; 4

p) PSH adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa yang dipanjangkan oleh Universiti Putra Malaysia kepada mereka atau arahan pentadbiran lain yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan; q) PSH tidak layak menerima faedah persaraan seperti yang ditetapkan dalam undang-undang pencen yang berkuat kuasa; r) pengambilan PSH bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap. Sebaliknya, PSH yang memenuhi syarat yang ditetapkan dalam mana-mana skim perkhidmatan hendaklah memohon kepada Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan melalui proses pengambilan biasa; dan s) Ketua Jabatan hendaklah menamatkan perkhidmatan seseorang PSH apabila perkhidmatannya tidak lagi diperlukan walaupun tempoh perkhidmatan PSH berkenaan masih belum tamat. KADAR UPAH 7. Kadar upah PSH ditentukan secara harian berdasarkan kelayakan akademik yang bersesuaian dengan jenis tugas yang akan dilaksanakan. Kadar upah adalah seperti berikut: Kadar Upah Pekerja Sambilan Harian Kelayakan Akademik Upah (RM/Sehari) Ijazah Sarjana Muda 100.00 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia / Diploma 72.00 Sijil Pelajaran Malaysia 54.00 5

PROSEDUR 8. Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan prosedur pengambilan PSH seperti berikut: a) merancang dan menentukan jenis tugas, tempoh perkhidmatan dan jumlah PSH yang diperlukan; b) memastikan peruntukan kewangan di bawah Dasar Sedia Ada Universiti Putra Malaysia mencukupi bagi menampung pembayaran upah dan Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri kepada PSH; c) mengiklankan pengambilan PSH secara pemberitahuan dalaman atau kaedah lain yang sesuai; d) melaksanakan tapisan pengambilan PSH melalui kaedah yang bersesuaian seperti temu duga; e) membuat tawaran pengambilan dan syarat-syarat perkhidmatan kepada calon yang dipilih. Contoh surat tawaran PSH dan syarat perkhidmatan adalah seperti di Lampiran B; f) memaklumkan calon yang terpilih supaya mengemukakan penerimaan tawaran pengambilan sebagai PSH melalui surat seperti contoh di Lampiran C; g) memaklumkan PSH supaya melaporkan diri bertugas mengikut tarikh yang ditetapkan dalam surat tawaran; h) boleh mengarahkan PSH untuk menghadiri latihan yang bersesuaian supaya PSH dapat melaksanakan tugas yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan; dan 6

i) merekodkan maklumat perkhidmatan PSH mengikut kaedah bersesuaian yang ditentukan oleh Jabatan. PENAMATAN PERKHIDMATAN 9. Ketua Jabatan boleh menamatkan perkhidmatan PSH dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya tujuh (7) hari. PSH juga boleh berhenti daripada perkhidmatan dengan mengemukakan notis bertulis mengikut tempoh yang sama. 10. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan hendaklah menamatkan perkhidmatan PSH dengan notis serta merta atas sebab-sebab berikut: a) didapati mengakses maklumat terperingkat tanpa kebenaran dan disyaki membocorkan rahsia mengenai maklumat rasmi b) kerap tidak hadir bertugas tanpa kebenaran atau tidak memaklumkan Ketua Pusat Tanggungjawab terlebih dahulu; c) gagal mematuhi syarat dalam surat tawaran atau peraturan yang ditetapkan; dan d) terlibat dengan salah laku lain yang boleh menjejaskan imej Universiti Putra Malaysia. PENGECUALIAN DAN PERALIHAN 11. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah dirujuk kepada Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia bagi mendapatkan pertimbangan Ketua Jabatan. 7

12. Pekerja Sambilan atau PKS sedia ada yang tempoh perkhidmatannya masih berkuat kuasa semasa Pekeliling Perkhidmatan ini dikeluarkan adalah tidak tertakluk kepada dasar dan prosedur yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini dan boleh diteruskan sehingga tamat tempoh perkhidmatan. Sekiranya terdapat keperluan untuk mengambil semula pekerja berkenaan, Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan pengambilan PSH mengikut dasar dan prosedur yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini. PEMAKAIAN 13. Pekeliling Perkhidmatan ini adalah terpakai kepada semua Pusat Tanggungjawab di Universiti Putra Malaysia. PEMBATALAN 14. Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan berikut adalah dibatalkan: a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1994: Kadar Gaji Harian, Elaun dan Kemudahan Anggota Sambilan Dalam Sektor Awam; b) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1997: Kadar Gaji Harian, Elaun dan Kemudahan Anggota Sambilan Dalam Sektor Awam - Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1994; c) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1999: Skim Bayaran Upah Ikut Jam atau Kerja; d) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2000: Pindaan Formula Gaji Harian, Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Bayaran Lebih Masa dan Cuti Rehat Bergaji Penuh Bagi Pegawai Sambilan; 8

e) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2005: Pindaan Formula Gaji Harian, Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Bayaran Lebih Masa dan Cuti Rehat Bergaji Penuh Bagi Pegawai Sambilan; f) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1978: Perubahan Kadar Bayaran Gaji Sehari Bagi Pekerja-Pekerja Sambilan; g) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 1979: Kemudahan Yang Boleh Dituntut Oleh Pekerja Pekerja Sambilan Semasa Dalam Tugas Luar Iuar Ibu Pejabat; dan h) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005; Penjelasan Mengenai Peraturan, Syarat dan Prosedur Skim bayaran Upah Ikut Jam atau Kerja. TARIKH KUAT KUASA 15. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 April 2011. 9

LAMPIRAN A KADAR ELAUN MENJALANKAN TUGAS RASMI DI DALAM NEGERI BAGI PEKERJA SAMBILAN HARIAN Elaun Kelayakan Akademik Ijazah Sarjana Muda STPM/Diploma SPM Semenanjung Malaysia Kadar Elaun Sabah dan Sarawak Jadual pengiraan tuntutan perjalanan menggunakan kenderaan sendiri adalah seperti di Jadual 1. Elaun Perjalanan Kenderaan Hotel Lojing Hotel Lojing Ijazah Sarjana Muda RM 160 RM 55 RM 170 RM 60 STPM/Diploma RM 140 RM 45 RM 160 RM 50 SPM RM 130 RM 40 RM 150 RM 45 Elaun Harian (bertugas luar pejabat melebihi 8 jam sehari tetapi kurang daripada 24 jam) Elaun Makan (bertugas luar pejabat bagi tempoh 24 jam atau lebih) Ijazah Sarjana Muda Separuh daripada kelayakan Elaun Makan STPM/Diploma SPM Ijazah Sarjana Muda RM 45 RM 65 STPM/Diploma RM 40 RM 55 SPM RM 40 RM 55 *STPM *SPM : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia : Sijil Pelajaran Malaysia Jadual 1 Kadar Elaun Perjalanan Bagi Tuntutan Elaun Menjalankan Tugas Rasmi Di Dalam Negeri Pekerja Sambilan Harian Sukatan Silinder (s.s) 500 s.s <500 s.s Ijazah Sarjana Muda 50 Sen 40 Sen Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia / Diploma 40 Sen 30 Sen Sijil Pelajaran Malaysia 30 Sen 20 Sen 10

LAMPIRAN B CONTOH SURAT TAWARAN PENGAMBILAN PSH Rujukan Kami : Tarikh : (Nama dan Alamat Calon) Tuan/Puan, TAWARAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN BAGI JAWATAN.. (nama jawatan dan gred jawatan) DI (nama Pusat Tanggungjawab) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Sukacita saya menarik perhatian tuan/puan berkaitan perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa tuan/puan ditawarkan untuk berkhidmat sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) bagi jawatan..(nama jawatan dan gred jawatan) di (nama Pusat Tanggungjawab) Universiti Putra Malaysia mulai tarikh tuan/puan melaporkan diri bertugas dengan syarat-syarat seperti berikut: 2.1 Jawatan dan Gaji Jawatan dan gaji yang ditawarkan kepada tuan/puan adalah sebagaimana dinyatakan dalam Perenggan 3. 2.2 Tempoh Perkhidmatan Perkhidmatan tuan/puan adalah untuk tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan mulai tarikh yang ditetapkan. 2.3 Taraf Jawatan Jawatan yang ditawarkan adalah bertaraf sambilan bergaji hari. 11

2.4 Kewajipan Tuan/puan dikehendaki menjalankan kewajipan-kewajipan biasa bagi jawatan berkenaan serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pusat Tanggungjawab masingmasing. 2.5 Waktu Bekerja Tuan/ Puan dikehendaki melaksanakan tugas selama sembilan (9) jam sehari termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik oleh Ketua Jabatan. 2.6 Kenaikan Gaji Gaji yang ditawarkan kepada tuan/puan adalah gaji hari dan tiada kenaikan gaji disepanjang tempoh perkhidmatan tuan/puan. 2.7 Elaun Dalam Perkhidmatan Tuan/ Puan layak dipertimbangkan Elaun Menjalankan Tugas Rasmi di Dalam Negeri sekiranya diarahkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan UPM Bilangan 3 Tahun 2011 atau mengikut kadar dan peraturan yang ditetapkan dari semasa ke semasa. 2.8 Kemudahan Perubatan Pihak Universiti Putra Malaysia tidak akan menyediakan kemudahan perubatan dan lain-lain seperti yang dinikmati oleh pegawai-pegawai berjawatan tetap dan hanya mendapat kemudahan rawatan perubatan di Hospital dan Klinik Kerajaan sahaja. 2.9 Peraturan Ketika dalam perkhidmatan tuan/puan adalah setiap masa tertakluk kepada peraturan-peraturan Universiti yang berkuatkuasa pada masa ini. 2.10 Rahsia Rasmi Tuan/Puan hendaklah mematuhi dan menandatangani perakuan berkenaan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972. 12

2.11 Jaminan Perlantikan sambilan ini tidak membawa apa jaminan yang tuan/puan akan dipilih untuk lantikan tetap dalam perkhidmatan tuan/puan. 2.12 Penamatan Perkhidmatan dan Perletakan Jawatan Ketua Pusat Tanggungjawab atau tuan/puan boleh pada bila-bila masa menamatkan perkhidmatan dengan memberi notis bertulis tidak kurang daripada TUJUH (7) hari sebelum tarikh perletakan jawatan atau penamatan perkhidmatan tuan/puan. Walau bagaimanapun, perkhidmatan tuan/puan boleh ditamatkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab dengan notis serta merta atas sebab-sebab berikut: a) didapati mengakses maklumat terperingkat tanpa kebenaran dan disyaki membocorkan rahsia mengenai maklumat rasmi; b) kerap tidak hadir bertugas tanpa kebenaran atau tidak memaklumkan Ketua Pusat Tanggungjawab terlebih dahulu; c) gagal mematuhi syarat perkhidmatan, peraturan atau arahan yang ditetapkan; dan d) terlibat dengan salah laku lain yang boleh menjejaskan imej Universiti Putra Malaysia. Sekiranya perkhidmatan sambilan tuan/puan selepas tempoh lantikan yang ditetapkan tidak lagi diperlukan oleh Universiti Putra Malaysia dan/atau Ketua Jabatan tuan/puan tidak memperakukan supaya dilanjutkan maka perkhidmatan tuan/puan akan berakhir dengan sendirinya tanpa diberi notis. 2.13 Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial Tuan/puan adalah dikehendaki mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengikut peraturan dan kadar yang ditetapkan oleh undang-undang berkenaan. Jika tuan/puan bergaji RM1000.00 sebulan dan ke bawah tuan/puan dikehendaki mencarum kepada Skim Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja 1969. 13

2.14 Syarat-Syarat Lain a) Tuan/Puan adalah bukan pegawai awam; b) Tuan/Puan tidak layak menuntut apa-apa elaun dan kemudahan selain daripada yang dinyatakan dalam syarat perkhidmatan PSH; c) Tuan/Puan tidak boleh menggunakan perkhidmatan PSH sebagai asas untuk diserap secara tetap, sementara atau kontrak; dan d) Tuan/Puan tidak boleh memohon supaya diberi tugas baru selain dari apa yang ditetapkan dalam surat tawaran ini. 2.15 Penagihan Dadah Pihak Universiti Putra Malaysia berhak pada bila-bila masa menamatkan perkhidmatan tuan/puan atau mengambil apa-apa tindakan lain mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa sekiranya tuan/puan didapati terlibat dengan penagihan dadah dengan apa cara sekalipun. 2.16 Menarik Balik Tawaran dan Menamatkan Perkhidmatan Jika Maklumat Yang Diberi Didapati Tidak Benar Pihak Universiti Putra Malaysia berhak menarik balik tawaran ini atau menamatkan perkhidmatan tuan/puan tanpa memberi notis terlebih dahulu, sekiranya didapati bila-bila masa bahawa maklumat yang tidak benar telah diberikan dalam mana-mana dokumen yang dikemukakan berkaitan dengan perlantikan tuan/puan ke dalam perkhidmatan yang ditawarkan ini. 3. Butir-butir mengenai jawatan dan gaji yang ditawarkan kepada tuan/puan adalah seperti berikut : Jawatan Gaji Tempoh Lantikan Penempatan Vot Peruntukan : (nama jawatan dan gred jawatan) : RM... Sehari :... bulan (tidak melebihi 3 bulan mulai tarikh lapor diri bertugas) : (nama Pusat Tanggungjawab) : (Vot belanja mengurus PTJ) 14

4. Tuan/Puan adalah dikehendaki untuk melengkapkan Borang Jawapan Tawaran Lantikan yang dilampirkan (Lampiran C) dan mengembalikannya kepada Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh surat tawaran ini. Sekiranya tuan/puan menerima tawaran ini, tuan/puan diminta untuk mengemukakan bersama dokumen berikut: (a) (b) No. Akaun (CIMB Bank Berhad sahaja yang diterima); dan Sijil/ No. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sekiranya tiada, sila daftar dengan pihak KWSP untuk mendapatkan No.KWSP 5. Jika Pejabat ini tidak menerima sebarang jawapan dari tuan/puan berkaitan tawaran lantikan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat ini atau tuan/puan tidak melaporkan diri di Pusat Tanggungjawab dimana tuan/puan ditempatkan dan juga di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia pada tarikh yang telah ditetapkan, maka tuan/puan dianggap menolak tawaran ini. Sekian, terima kasih. Yang benar, -------------------------------- (Nama Pendaftar) Pendaftar Universiti Putra Malaysia Salinan : Bendahari, UPM. (Sila bayar gaji dengan menggunakan peruntukan ) 15

LAMPIRAN C UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (Borang Jawapan Tawaran Lantikan) Tarikh : Pendaftar Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Serdang, SELANGOR Tuan/Puan, TAWARAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN BAGI JAWATAN.. (nama jawatan dan gred jawatan) DI (nama Pusat Tanggungjawab) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Saya merujuk kepada surat tuan bil. bertarikh dan ingin memaklumkan bahawa: Saya bersetuju menerima tawaran tuan untuk berkhidmat sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) dengan syaratsyarat perkhidmatan seperti di Lampiran B yang terkandung dalam surat tuan rujukan bil.:... bertarikh.... Saya mengaku bahawa saya sihat dan boleh melaksanakan tugas yang diarahkan. Saya akan mula bertugas mulai pada.. Saya tidak bersetuju menerima tawaran tuan untuk berkhidmat sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) melalui surat tuan rujukan bil.:... bertarikh... Tandatangan Nama No. Kad Pengenalan No. Talefon Alamat Surat Menyurat :.. :.. :.. :.. :..... 16

No. Akaun Bank * :.. (No. Akaun CIMB Bank Berhad sahaja diterima) No. KWSP / EPF * :.. (Sekiranya tiada, sila daftar dengan pihak KWSP untuk mendapatkan No. KWSP Nota Penting Maklumat yang bertanda ( * ) perlu dilengkapkan untuk memudahkan urusan pembayaran gaji. Tuan/puan dikehendaki melapor diri di Pusat Tanggungjawab dimana tuan/puan ditempatkan dan juga di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia pada tarikh yang telah ditetapkan. Salinan surat penerimaan tawaran ini perlu dikemukakan bersama-sama dengan Borang Kehadiran Bekerja kepada Seksyen Kewangan Staf, Pejabat Bendahari, Universiti Putra Malaysia semasa tuntutan bayaran gaji yang pertama bagi lantikan baharu. 17