KANDUNGAN. "Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." Tujuan. Definisi. Panduan Pakaian Semasa Bekerja

dokumen-dokumen yang mirip
KOD ETIKA PAKAIAN STAF 2011

1.0 OBJEKTIF PANDUAN PAKAIAN SEMASA BEKERJA Pakaian Staf Lelaki. 2.2 Pakaian Staf Wanita. 2.3 Pakaian Seragam. 2.4 Baju Korporat MKM

PANDUAN PAKAIAN BEKERJA DAN UPACARA RASMI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 3 TAHUN 2012 GARIS PANDUAN ETIKA PAKAIAN STAF UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1985 (PAKAIAN MASA BEKERJA DAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI-PEGAWAI AWAM)

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN MARA BIL. 14/2007 PERATURAN PAKAIAN DAN PEMAKAIAN KE PEJABAT DAN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS RASMI MARA

AKU JANJI PEMATUHAN KEPADA ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR

PERATURAN BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2006

GARIS PANDUAN TATACARA BERPAKAIAN UNTUK PENERIMA DAN TETAMU SEMASA MENGHADIRI RAPTAI DAN HARI ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN

GARIS PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-4 KOLEJ MASA 2015

Peraturan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (ETIKA BERPAKAIAN DAN SAHSIAH RUPADIRI PELAJAR) 2014

MAJLIS AMANAH RAKYAT. Terima kasih di atas kesudian saudara/i menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Profesional MARA 2016.

SILA TELITI DAN FAHAMI KANDUNGAN BERIKUTNYA UNTUK MEMBANTU GRADUAN MENJAYAKAN MAJLIS KONVOKESYEN DENGAN SEMPURNA. MAJLIS KONVOKESYEN

GARIS PANDUAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN KESELAMATAN STAF UNIVERSITI

POLISI PAKAIAN SERAGAM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PERATURAN MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT KRAF NEGARA (IKN) KE 14 PADA 17 NOVEMBER 2015 MAJLIS KONVOKESYEN

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SYARAT DAN PERATURAN GRADUAN MENYERTAI MAJLIS PENYAMPAIAN DIPLOMA PROGRAM EKSEKUTIF UTMSPACE 2017

Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2016 akan diadakan pada 29 November Disember 2016

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU KALI PERTAMA

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KEDUA

1.1 Penyertaan graduan ke Majlis Konvokesyen dan tuntutan Diploma hanya sah setelah menyempurnakan perkara-perkara berikut:

Panduan Am Untuk Staf Sekolah SK Taginambur Tamparuli, SABAH, MALAYSIA

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEEMPAT POLITEKNIK METrO KUANTAN

PERATURAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA IBNU KHALDUN SAMARAHAN.

POLISI PAKAIAN SERAGAM UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG. 1.1 Ketua Jabatan bermaksud Dekan/Pengarah/Ketua di Pusat Tanggungjawab.

BAYARAN UPAH JAHIT DAN KASUT KULIT PAKAIAN SERAGAM

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KETIGA POLITEKNIK METRO KUANTAN

BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK METRO KUANTAN KALI PERTAMA

Semua Ketua Setiausaha Kementerian, Semua Ketua Jabatan Persekutuan, Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri. PEKELILING PERKHIDMATAN BIL.

1.1 Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru akan diadakan mengikut maklumat berikut:

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KETIGA

BUKU PANDUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KALI KE

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KALI KE

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

BUKU PANDUAN MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK MERSING KALI KE

Jubah akademik graduan, hood dan topi (mortar board/bannet) yang disediakan oleh Universiti.

SENARAI SEMAK GRADUAN

PANDUAN AM MAJLIS KONVOKESYEN

BUKU MAKLUMAT & JEMPUTAN GRADUAN KONVOKESYEN PERDA-TECH KE 7

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE-16 POLITEKNIK MELAKA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

E-BUKU PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN KALI KE-20

PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN

BORANG PENDAFTARAN KELAS AL-QURAN & FARDHU AIN (KAFA) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Panduan Am Untuk Staf Sekolah.

SENARAI SEMAK DOKUMEN PENDAFTARAN. Bil Dokumen Yang Perlu Diserahkan Semasa Pendaftaran Ada Tiada

MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH AMBILAN JANUARI 2010 DAN AMBILAN JUN 2009 SERTA KDPM KDC AMBILAN JAN 2007

4. SENARAI KEPERLUAN SEMUA PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI

LAMPIRAN A. ARAHAN PENTADBIRAN PEMILIHAN PEGAWAI KADET DAN PELAJAR AWAM UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA 1. Pengenalan

MAJLIS KONVOKEYSEN UMS KALI KE-15. Makluman Penting Kepada Bakal Graduan. Pusat Pengajian Pascasiswazah

PANDUAN MENGERJAKAN IBADAH

JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN PMJB KALI KETIGA

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-15 UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

TAJUK : IMEJ CEMERLANG PENJAWAT AWAM

PERATURAN & SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE-14 POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

PAKAIAN DAN PERALATAN PELAJAR MAAHAD TAHFIZ KIBLAH (BERKUATKUASA JANUARI 2011)

PERINGATAN SLIP/SIJIL SPM BAGI CALON PELAJAR LULUSAN SPM SEMUA DOKUMEN ASAL

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) KE 14

PANDUAN PARA GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN KEDUA POLITEKNIK METRO KUANTAN

BUKU PANDUAN 1 DISEMBER 2016 (KHAMIS)

PANDUAN AM STAF SEKOLAH

PENGURUSAN ASRAMA PENDAFTARAN ASRAMA SM TEKNIK TUANKU JA AFAR, SEREMBAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN NAMA TINGKATAN RUMAH K.

BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN KE 31, 2017 POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2012/2013 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

URUSETIA PENGURUSAN GRADUAN ISTIADAT KONVOKESYEN UTHM KE-17 PEJABAT PENGURUSAN AKADEMIK MAKLUMAN

PERATURAN PERTANDINGAN SILAT SENI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SPESIFIKASI SEBUT HARGA

DRAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN IPG KPM

PANDUAN PENDAFTARAN SESI JUN 2017 LEPASAN SPM KATEGORI A DAN B (SPM ) 04 JUN 2017

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU PANDUAN PENDAFTARAN SESI DISEMBER 2011 TARIKH : 11/12/2011

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU MRSM

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN ACARA IPG KPM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PANDUAN PENDAFTARAN SESI DIS NOVEMBER 2017

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

REKABENTUK DAN POL A BAJU KURUNG MELAYU DI MALAYSIA

Didoakan semoga saudara/i sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t.

MAKLUMAT ISTIADAT KONVOKESYEN KE-15 POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)

(Surat kebenaran ibu bapa/penjaga) Nama ibu/bapa/penjaga :...

2.1 Membolehkan mereka membawa senjatapi semasa menjalankan tugastugas dalam kawasan di tentukan dan menjaga harta benda majikan.

SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN. Bilangan pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Harga Tawaran (Lampiran F) dalam Borang Tender.

PERATURAN PERTANDINGAN

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG (THE SCOUTS ASSOCIATION OF MALAYSIA, PENANG)

PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS KONVOKESYEN KE 30 POLITEKNIK KOTA BHARU

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU MRSM

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

1.0 Peraturan Dan Tatatertib Am (Peraturan PPIP, USM)

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-16 POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

PANDUAN PENGAWASAN BAGI PEMBANTU PENGAWAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

TATACARA PENYERTAAN SEWA GERAI PESTA KONVOKESYEN KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH KALI KE-17

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PANDUAN MAJLIS KONVOKESYEN UCAM AGROSAINS MALAYSIA (UCAM) KE 15

Transkripsi:

EDISI KE-3

KANDUNGAN "Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi). 7 8 9 18 Tujuan Definisi Panduan Pakaian Semasa Bekerja Pemakaian Yang Tidak Dibenarkan

23 25 34 Panduan Pemakaian Pakaian Seragam Panduan Pakaian Menghadiri Istiadat dan Majlis Rumusan

KATA PENGANTAR NAIB CANSELOR ب س م االله الر ح م ن الر ح يم Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah atas inisiatif Jabatan Pendaftar yang telah berjaya menerbitkan Buku Kod Etika Pakaian Staf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) edisi ketiga untuk tahun 2016. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuanperempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (An-Nuur 24:31) Bersesuaian dengan ayat ini, Islam telah menekankan agar setiap Muslim sentiasa beradab dengan berpakaian kemas dan menutup aurat. Perkara ini bukan sahaja melambangkan keperibadian muslim itu sendiri, malah ianya mampu menjadikan muslim itu dihormati masyarakat, menjadi muslim yang berakhlak mulia serta dicintai Allah SWT. Penerbitan Buku Kod Etika Pakaian edisi ketiga ini adalah selari dengan hasrat Universiti yang ingin menjadi sebuah Universiti rujukan global berteraskan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli melalui langkah penjenamaan dan pemposisian. Pengenalan baju korporat USIM antaranya dilihat mampu memberikan imej dan penjenamaan kepada USIM agar staf USIM sentiasa kemas dan berimej profesional pada setiap masa. Selain itu, beberapa input juga ditambahbaik dalam edisi terbaru ini bagi memastikan peraturan ini selari dengan pemakaian peraturan terkini yang sedang berkuatkuasa. Besarlah harapan saya agar Buku Kod Etika Pakaian Staf USIM ini akan memberikan manfaat kepada warga USIM melalui panduan yang diberikan. Salam hormat PROFESOR DATO DR. MUSA AHMAD Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia

PRAKATA PENDAFTAR ب س م االله الر ح م ن الر ح يم Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera, Bersyukur saya ke hadrat Ilahi atas limpah kurnianya, Jabatan Pendaftar telah berjaya menerbitkan Buku Kod Etika Pakaian Staf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) edisi ketiga untuk tahun 2016. Penghasilan buku ini amat signifikan dengan perubahan yang dinamik di Universiti ini mencakupi perubahan peraturan dan juga peredaran masa serta kepelbagaian staf di USIM. Sebagai agen kepada sistem penyampaian dan perubahan, staf USIM perlu mempamerkan imej dan penampilan diri yang baik. Cara berpakaian melambangkan keperibadian staf serta nilai-nilai etika kerja yang murni. Oleh itu, USIM amat menekankan aspek bukan sahaja kecemerlangan dari segi pentadbiran, pengajaran, penyelidikan dan sebagainya, bahkan USIM turut menitikberatkan penampilan dan ketrampilan staf bagi memastikan imej USIM dibawa dengan baik tanpa menolak keperluan dan nilai-nilai seorang Muslim dan Muslimah yang telah digariskan. Dengan ini, besarlah harapan saya agar Buku Kod Etika Pakaian Staf USIM ini menjadi panduan dan rujukan staf dan dipatuhi sepenuhnya bagi mempertingkatkan lagi imej dan keterampilan staf di USIM serta sekaligus meningkatkan imej penjawat awam secara total. Selamat bertugas. Salam hormat MUHAMMAD HAIZUAN ROZALI Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia

6 KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM

KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM 1.0 Tujuan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang menginspirasikan paduan integrasi ilmu naqli dan aqli sebagai bidang bitara di kalangan universiti awam Malaysia. Penubuhannya bertujuan untuk memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya dalam arus perdana pendidikan negara dengan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Di samping menekankan penyampaian kualiti perkhidmatan yang cemerlang, USIM turut menitikberatkan penampilan dan keterampilan stafnya bagi memberikan imej yang baik kepada Universiti tanpa mengabaikan nilainilai seorang Muslim dan Muslimah yang digariskan. Kod Etika Pakaian Staf USIM ini dibangunkan untuk menjelaskan secara terperinci tatacara berpakaian bagi seseorang staf di USIM selain bertujuan untuk menetapkan jenis pakaian yang sesuai dan kemas dipakai semasa bekerja dan semasa menghadiri majlismajlis rasmi. Keterampilan bersesuaian dan kemas ini perlu dengan imej USIM sebagai sebuah Universiti berteraskan ilmu Naqli dan Aqli. KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM 7

2.0 Definisi 2.1 Staf bermaksud Pegawai USIM dalam kategori Pengurusan Tertinggi, Pengurusan dan Profesional, Ahli Akademik, dan Kumpulan Pelaksana. 2.2 Waktu Bekerja adalah seperti berikut : i) Waktu Bekerja Normal bermaksud daripada Isnin hingga Jumaat mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang. ii) Waktu Bekerja Giliran bermaksud daripada Isnin hingga Ahad (tertakluk kepada penetapan waktu bekerja semasa oleh Pusat Tanggungjawab yang berkaitan) " Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian- kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar. Surah al-'asr (103:1-3) " 8 KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM

3.0 Panduan Pakaian Semasa Bekerja 3.1 Peraturan Pakaian Semasa Bekerja 3.1.1 Pakaian Staf Lelaki i) Kepala Rambut hendaklah pendek dan kemas serta tidak mencecah kolar baju. ii) Badan Staf Pengurusan Tertinggi, Pengurusan dan Profesional, Ahli Akademik : Lounge Suit atau Bush Jacket dengan bahan kain dan warna bersesuaian iaitu kot, seluar serta kemeja berlengan panjang. Pilihan warna yang digalakkan adalah warna gelap. Penetapan warna kot rasmi USIM adalah biru gelap. KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM 9

Baju kemeja lengan panjang dan seluar panjang serta bertali leher dengan warna yang sesuai. Baju hendaklah dimasukkan kedalam (tuck-in) dan kemeja yang dipakai tidak boleh dilipat. Staf Kumpulan Pelaksana (tidak dibekalkan Pakaian Seragam) : Baju kemeja lengan panjang dan seluar panjang dengan warna yang sesuai. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam (tuck-in) dan kemeja yang dipakai tidak boleh dilipat. iii) Badan (semua staf lelaki) Diwajibkan memakai tali leher korporat USIM (belang biru dan putih) pada setiap hari Isnin, mesyuarat utama universiti (seperti LPU, Senat, JKPU dan seumpamanya) dan majlis-majlis rasmi (dalam dan luar USIM). Digalakkan memakai baju korporat pada hari Rabu. Kemeja lengan panjang perlu dibutangkan dan sekiranya kemeja mempunyai butang kolar, kolar harus dibutangkan. 10 KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM

Hujung bahagian tali leher mesti mencecah bahagian buckle tali pinggang dan pemilihan buckle hendaklah yang bersesuaian dipakai semasa bekerja. Digalakkan memakai tanda nama di sebelah kiri dan elakkan memakai di atas lapel kot. Diwajibkan memakai Kad Staf semasa waktu pejabat semasa berada dalam kawasan Universiti. Hendaklah memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis Baju batik yang direka bersempena Majlis Konvokesyen ke-13 USIM adalah menjadi baju batik rasmi universiti. Setiap kakitangan USIM perlu mempunyai baju tersebut dan dipakai dalam majlis rasmi yang perlu menyerlahkan imej korporat USIM. Pemakaian batik Malaysia ini melibatkan pemakaian fesyen pakaian batik Malaysia alternatif bagi staf lelaki iaitu : a) Baju kemeja batik Malaysia lengan panjang bercekak Musang dan berbutang tiga atau berbutang lima b) Baju kemeja batik Malaysia lengan panjang berkolar Nehru butang terselindung c) Baju kemeja batik Malaysia lengan panjang berkolar Mandarin berbutang tiga KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM 11

d) Pakaian batik Malaysia ini mestilah dipakai dengan seluar panjang dan lengan baju tidak dilipat. Dibenarkan memakai pakaian baju Melayu jenis kolar Cekak Musang, kolar Mandarin dan Baju Melayu Teluk Belanga lengkap pada hari Jumaat. Baju Melayu yang kemas dipakai hendaklah lengkap bersama samping, songkok hitam dan butang. Samping hendaklah dipakai di luar baju Melayu. 3.1.2 Kaki Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya beserta stoking hendaklah dipakai semasa bekerja. Digalakkan memakai kasut hitam/ gelap, bersih dan berkilat. Kasut capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap bersamping, bersongkok hitam dan berbutang lengkap. 12 KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM

CAPAL 3.1.3 Aksesori / Wangian Digalakkan memakai Cuff Link dengan baju kemeja lengan panjang. KASUT KULIT Digalakkan memakai pin tali leher dan pemakaiannya hendaklah selari dengan bahagian tengah saku baju. Jika memakai Lounge Suit, tempat pin yang sesuai ialah bersamaan atas saku baju. Pemilihan bauan yang lembut serta sesuai dengan keadaan bagi mengelakkan situasi yang kurang menyenangkan dan melemaskan serta elakkan bau badan khususnya bau rokok. CUFF LINK KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM 13

14 KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM Allah sukakan kecantikan dan seterusnya menggalakkan umatnya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah, seperti dalam firmannya yang bermaksud, "Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas). (Surah Al-A'raaf, 7:31)

3.2 Pakaian Staf Wanita 3.2.1 Kepala Memakai tudung yang bersesuaian dan tidak mencolok mata serta digalakkan memilih tudung yang sepadan dengan warna baju. CONTOH PAKAIAN KAKITANGAN WANITA Staf yang bukan beragama Islam hendaklah menyisir rambut dengan rapi dan bagi yang berambut panjang, hendaklah diikat dengan kemas. BAJU KURUNG Tudung melepasi aras dada dan bersesuaian dengan etika berpakaian ke pejabat. Fesyen yang keterlaluan adalah tidak digalakkan. JUBAH BAJU BATIK KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM 15

3.2.2 Badan Memakai baju Kurung / baju Kebaya longgar dan labuh / jubah yang longgar atau Lounge Suit melalui gabungan 3-pieces suit yang bersesuaian iaitu kot, skirt labuh dan longgar serta kemeja berlengan panjang. Pilihan warna yang digalakkan adalah warna gelap atau yang bersesuaian dengan etika berpakaian ke pejabat. Staf wanita bukan warganegara dibenarkan memakai pakaian Kebangsaan Negara masingmasing atau pakaian-pakaian mengikut kaum masing-masing yang sopan dan bersesuaian semasa bekerja dan tertakluk kepada etika berpakaian USIM. Staf mengandung hendaklah memakai kemeja atau blaus sama ada plain atau bercorak yang melepasi punggung dan dipadankan dengan skirt labuh yang longgar atau memakai jubah / baju mengandung labuh yang longgar. KASUT SARUNG 16 KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM

Pakaian staf wanita mestilah sopan dan tidak mencolok mata. Digalakkan memakai tanda nama di sebelah kiri Diwajibkan memakai Kad Staf semasa waktu pejabat semasa berada dalam kawasan Universiti. 3.2.3 Kaki Kasut yang bertutup sekeliling hendaklah dipakai semasa bekerja. Ketinggian tumit kasut melebihi 2 inci adalah tidak digalakkan. Memakai sarung kaki yang sesuai dengan warna kulit (sekiranya memakai sarung kaki). 3.2.4 Aksesori / Solekan / Wangian Memakai barangan kemas dan solekan secara minimal serta sesuai dengan keadaan. Pemilihan bauan yang minimal dan sesuai dengan keadaan bagi mengelakkan situasi yang kurang menyenangkan serta melemaskan. KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM 17

4.0 Pemakaian Yang Tidak Dibenarkan 4.1 Lelaki 4.1.1 Kepala Memakai serban, kopiah atau topi. TOPI & KOPIAH Fesyen rambut mencacak, punk atau skinhead dan yang sama dengannya dan tidak dibenarkan mewarna rambut melainkan atas sebab-sebab kesihatan. Misai melebihi bibir atas dan janggut mencecah butang atas baju. Bertindik atau memakai subang di hidung, lidah atau yang sama jenis dengannya. 4.1.2 Badan Memakai pakaian kasual/semi kasual seperti T-shirt berkolar, T-shirt berkolar bulat, jeans, corduroy, seluar pendek, bow-tie atau yang sama jenis dengannya. Memakai baju Melayu bersama seluar kerja pada hari Jumaat juga tidak dibenarkan. Pakaian batik Indonesia pada hari Khamis menggantikan pakaian batik Malaysia. 18 KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM

Kemeja bercetak perkataan yang tidak sesuai, logo, gambar atau slogan yang berunsurkan politik, ganas, seram dan seumpamanya. Memakai apa-apa jenis bentuk pakaian atau perhiasan yang melambangkan wanita. Memakai pakaian mencolok mata walaupun semasa menjalankan tugas lebih masa. Memakai cincin secara berlebih-lebihan serta memakai bangle. Bertatu, mewarnakan kuku, bertindik atau memakai subang di mana-mana bahagian badan atau yang sama jenis dengannya. 4.1.3 Kaki Selipar, kasut getah, kasut kanvas, kasut sukan (kecuali dipakai dengan pakaian sukan yang lengkap) atau yang sejenis dengannya. BANGLE PUNK KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM 19

4.2 Perempuan 4.2.1 Kepala Memakai purdah atau apa-apa pakaian yang menutup muka semasa di pejabat. 4.2.2 Badan Memakai pakaian kasual / semi kasual seperti blaus pendek tidak melepasi punggung, jeans, skirt atau seluar yang singkat dan ketat atau yang sama jenis dengannya. Memakai pakaian yang mencolok mata seperti baju Kebaya ketat, Kurung Kedah, pakaian berlengan lebar, berleher luas dan tidak berlengan. Pakaian batik Indonesia atau baju yang dipadankan dengan kain batik sarung pada hari Khamis menggantikan pakaian batik Malaysia tidak dibenarkan. Staf mengandung tidak dibenarkan memakai kemeja atau blaus tidak melepasi punggung. MEMAKAI PURDAH 20 KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM

Memakai pakaian yang mencolok mata dan warna serta fabrik yang keterlaluan walaupun semasa menjalankan tugas lebih masa. Kemeja bercetak perkataan yang tidak sesuai, logo, gambar atau slogan yang berunsurkan politik, ganas, seram dan seumpamanya. Mewarnakan kuku (melainkan inai), rambut dan anggota lain melainkan atas sebab-sebab tertentu. 4.2.3 Kaki Selipar, kasut getah, kasut kanvas dan kasut sukan (kecuali pakaian sukan yang lengkap) atau yang sejenis dengannya tidak boleh dipakai semasa bekerja. 4.2.4 Aksesori Bertindik atau memakai subang di hidung, lidah atau yang sama jenis dengannya. Memakai barangan kemas secara berlebihlebihan sehingga memberi risiko kepada keselamatan. MEWARNAKAN KUKU KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM 21

4.3 Pakaian Sukan Bagi Lelaki dan Wanita (Outdoor) 4.3.1 Staf lelaki wajib memakai seluar ketat / tights sehingga melepasi lutut ketika memakai seluar pendek seperti seluar untuk bermain bola sepak atau aktiviti lain semasa bersukan. 4.3.2 Staf lelaki dan wanita hendaklah berpakaian sukan atau yang bersesuaian ketika menyertai aktiviti luar seperti bersukan dan beriadah. 22 KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM

5.0 Panduan Pemakaian Pakaian Seragam 5.1 Pemakaian pakaian seragam ini perlu dipakai semasa bekerja secara berterusan bagi mereka yang dibekalkan dengannya dan penentuan kelayakan staf bagi pemakaian pakaian seragam adalah seperti berikut : 5.1.1 Penolong Pegawai Perubatan / Jururawat / Penolong Pegawai Farmasi / Pengawal Keselamatan / Atendan Kesihatan / Setaraf Sebagai lambangkuasa yang diperuntukkan kerana tugas jawatan yang melibatkan penguatkuasaan undangundang, memasuki kawasan, bangunan dan rumahrumah untuk tujuan pemeriksaan. Dibekalkan bagi tujuan pengenalan diri pegawai kepada orang yang terlibat semasa menjalankan tugas mereka dan dikehendaki memakai pakaian seragam sepanjang waktu bertugas. KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM 23

5.1.2 Staf terlibat dengan bidang tugas di Makmal, Bengkel dan Wad Rawatan Pesakit. 5.1.3 Pemandu / Pembantu Operasi / Pekerja Am - Bagi tujuan kebersihan diri dan kekemasan rupa. Bagi tujuan perlindungan dan keselamatan diri kakitangan daripada percikan bahan-bahan kimia dan kekotoran semasa bertugas. 24 KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM

6.0 Panduan Pakaian Menghadiri Istiadat Dan Majlis 6.1 Definisi Jenis- Jenis Pakaian 6.1.1 Pakaian Kebangsaan Rasmi Tanjak berwarna hitam Baju Melayu berwarna hitam berleher Cekak Musang Seluar hitam Samping warna hitam (songket) Bengkung warna hitam Stoking warna hitam Sepatu kulit hitam berkilat Berkeris (waktu malam tidak berkeris) KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM 25

6.1.2 Pakaian Kebangsaan Hitam Songkok hitam Baju Melayu warna hitam berleher Cekak Musang Samping warna hitam (songket) Stoking warna hitam Sepatu kulit hitam berkilat 6.1.3 Pakaian Kebangsaan Songkok hitam Baju Melayu berleher Cekak Musang Samping songket Stoking warna hitam Sepatu kulit hitam berkilat 6.1.4 Lounge Suit Kot Seluar 26 KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM

Kemeja berkolar Tali leher Stoking warna hitam Sepatu kulit hitam berkilat Bersongkok (jika disebut dan diperlukan) 6.1.5 Black Tie Jaket hitam dengan berlapikkan sutera hitam di kelepak baju atau Shell Jaket Putih (Tuxedos) Kemeja putih berkanji di sebelah hadapan Soft Collar Bow-tie hitam Cummerbund (bengkong) hitam atau Waistcoat putih Seluar hitam dengan satu jalur sutera (silk stripe) Stoking hitam Sepatu kulit hitam berkilat KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM 27

6.2 Pakaian Semasa Menghadiri Istiadat Dan Majlis Majlis Lelaki Wanita Majlis Angkat Sumpah Jawatan oleh YDPA atau Timbalan YDPA Majlis Mengadap Hari Keputeraan dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat yang Diadakan Selepas Hari Ulang Tahun Keputeraan 9Pakaian 9 Kebangsaan warna hitam dan songkok; atau 9Lounge 9 Suit warna gelap dan songkok 9Pakaian 9 Kebangsaan Rasmi (Keris dan Tengkolok) 9Pakaian 9 Kebangsaan Rasmi (Keris dan Tengkolok); atau 9Pakaian 9 Kebangsaan warna hitam 9Baju 9 Kurung berselendang; atau 9Kebaya 9 labuh berselendang; atau 9Pakaian 9 Kebangsaan masing-masing 9Baju 9 Kurung berselendang; atau 9Kebaya 9 labuh berselendang; atau 9Pakaian 9 Kebangsaan masing-masing 9Baju 9 Kurung berselendang; atau 9Kebaya 9 labuh berselendang; atau 9Pakaian 9 Kebangsaan masing-masing 28 KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM

Majlis Jamuan Teh Diraja Sempena Hari Keputeraan Rasmi 9Pakaian 9 Kebangsaan bersongkok; atau 9Lounge 9 Suit (bukan beragama Islam) *Warna yang dilarang 88Kuning diraja 88Baju putih sedondon (Pakaian yang sama warna tanpa bunga iaitu baju, seluar dan samping) 9Baju 9 Kurung berselendang; atau 9Kebaya 9 labuh berselendang; atau 9Pakaian 9 Barat (labuh dan ada lengan) 9Pakaian 9 Kebangsaan masing-masing (labuh dan ada lengan) *Warna yang dilarang 88Kuning diraja 88Baju putih sedondon (Pakaian yang sama warna tanpa bunga iaitu baju, kain dan selendang) Majlis Menghadap Pembesar Negara 9Pakaian 9 Kebangsaan warna hitam; atau 9Lounge 9 Suit warna gelap; atau 9Pakaian 9 Kebangsaan masing-masing 9Baju 9 Kurung berselendang; atau 9Kebaya 9 labuh berselendang; atau 9Pakaian 9 Kebangsaan masing-masing 9Pakaian 9 Kebangsaan negara masingmasing KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM 29

Istiadat Pembukaan Persidangan Parliman Istiadat Ziarah dan Penghormatan Terakhir Kemangkatan 9Pakaian 9 Kebangsaan Rasmi (Keris dan Tengkolok) Bagi orang Islam : 9Pakaian 9 Kebangsaan dan songkok dililit dengan kain putih selebar 1 inci pada songkok. Bagi orang bukan Islam : Lounge Suit dan tali leher hitam serta lilitan kain hitam di lengan baju 9Baju 9 Kurung berselendang; atau 9Kebaya 9 labuh berselendang; atau 9Pakaian 9 Kebangsaan masing-masing Bagi orang Islam : 9Pakaian 9 Baju Kurung atau Kebaya labuh serta berselendang putih Bagi orang bukan Islam : Pakaian sempurna dan sopan serta bertudung hitam Majlis Berbuka Puasa di Istana Negara / Bangunan Parlimen / Masjid 9Pakaian 9 Kebangsaan 9Baju 9 Kurung berselendang atau Kebaya labuh berselendang 30 KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM

Majlis Makan Malam Tidak Rasmi 9Pakaian 9 biasa lengan panjang; atau 9Batik 9 lengan panjang; atau 9Pakaian 9 Kebangsaan 9Baju 9 Kurung berselendang; atau 9Kebaya 9 labuh berselendang; atau 9Pakaian 9 Kebangsaan masing-masing Majlis Jamuan Teh 9Pakaian 9 Kebangsaan; atau 9Lounge 9 Suit 9Baju 9 Kurung berselendang; atau 9Kebaya 9 labuh berselendang; atau 9Pakaian 9 Kebangsaan masing-masing Majlis Jamuan Ringan (Cocktail) 9Pakaian 9 Kebangsaan; atau 9Lounge 9 Suit warna gelap 9Baju 9 Kurung berselendang; atau 9Kebaya 9 labuh berselendang; atau 9Pakaian 9 Kebangsaan masing-masing Jamuan Tengahari 9Pakaian 9 Kebangsaan; atau 9Lounge 9 Suit 9Baju 9 Kurung berselendang; atau 9Kebaya 9 labuh berselendang; atau 9Pakaian 9 Kebangsaan masing-masing Majlis Jamuan Teh Rasmi (diadakan oleh mana-mana pihak kecuali Istana Negara) 9Pakaian 9 kerja; atau 9Lounge 9 Suit; atau 9Baju 9 Batik lengan panjang 9Baju 9 Kurung berselendang; atau 9Kebaya 9 labuh berselendang; atau KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM 31

Majlis Jamuan Teh Tidak Rasmi (diadakan oleh manamana pihak kecuali Istana Negara) 9Baju 9 Batik lengan panjang 9Baju 9 Melayu moden Majlis Jamuan Makan Tengahari (Rasmi) (diadakan oleh mana-mana pihak kecuali Istana Negara) Majlis Jamuan Makan Malam (anjuran mana-mana pihak) 9Pakaian 9 kerja; atau 9Lounge 9 Suit; atau 9Baju 9 Batik lengan panjang 9Pakaian 9 Kebangsaan warna hitam; atau 9Black 9 Tie 9Baju 9 Kurung berselendang; atau 9Kebaya 9 labuh berselendang; atau 9Baju 9 Kurung berselendang; atau 9Kebaya 9 labuh berselendang; atau Jadual 1 : Panduan Pakaian Semasa Menghadiri Pelbagai Istiadat dan Majlis 32 KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM

6.2.1 Panduan Pakaian Semasa Menghadiri Pelbagai Istiadat dan Majlis di Jadual 1 di atas telah disesuaikan bagi tujuan panduan pemakaian staf USIM. 6.2.2 Staf yang dikehendaki menghadiri upacara rasmi untuk menerima bintang atau pingat dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat sama ada di Peringkat Persekutuan atau Negeri layak diberi Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi - Pekeliling Pejabat Pendaftar Bil. 4 Tahun 2008 KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM 33

7.0 Rumusan Pematuhan terhadap peraturan pakaian semasa bekerja di pejabat dan ketika menghadiri pelbagai istiadat dan majlis memerlukan komitmen dan penghayatan semua staf USIM. Penentuan pakaian ini melambangkan kedudukan sosioekonomi, imej dan personaliti seseorang individu selain membentuk peribadi agar lebih berdisiplin dan berketerampilan. Ini sekaligus mengangkat imej yang baik bagi USIM selaras dengan peraturan semasa yang telah ditetapkan kepada semua pegawai awam oleh pihak Pengurusan Universiti dan Kerajaan. Penguatkuasaan adalah serta merta. Bahagian Governan dan Pentadbiran Am Jabatan Pendaftar UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 34 KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM

RUJUKAN i. Minit Mesyuarat JKPU kali ke-605 Bil. 16/2016 USIM ii. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2013 - Pemakaian Two/Three Piece Pant Suit Bagi Pegawai Awam Wanita Semasa Bekerja iii. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2011 - Peraturan dan Kadar Bekalan Pakaian Seragam iv. Garis Panduan Etika Pakaian Staf Universiti Utara Malaysia 2010 v. The Red Book : Garis Panduan Tatacara dan Etika Pemakaian Korporat Warga MAMPU 2009 vi. Mokhtar Mohd Tohar (2008) Protokol dan Etiket Dalam Pengurusan dan Menghadiri Majlis (Edisi Baru); Institut Tadbiran Awam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam. vii. Kod Etika Pakaian Staf USIM 2008 viii. Pekeliling Pejabat Pendaftar Bil. 4 Tahun 2008 - Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi ix. Pekeliling Pejabat Pendaftar Bil. 2 Tahun 2008 - Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Pada Setiap Hari Khamis x. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2008 - Pemakaian Pakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis xi. Pekeliling Pejabat Pendaftar Bil. 1 Tahun 2008 KOD ETIKA PAKAIAN STAF USIM 35

Universiti Sains Islam Malaysia Bandar Baru Nilai 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia Tel: +606-798 8000 Faks: +606-798 8130