MODEL E_MURABAHAH (ASAS) UNTUK INSTITUSI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM MALAYSIA* oleh DR NOOR INAYAH YAAKUB** MOHAMAD RIZAL ABDUL RAHMAN***

dokumen-dokumen yang mirip
Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

Borang Mandat Bank. Untuk syarikat, entiti korporat, perkongsian dan persatuan tidak diperbadankan

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

BORANG CADANGAN AUTOGUARD INSURANS

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

theaqiqah.com atau kami merujuk kepada LEGIT ASIA SDN BHD (SYARIKAT NO H) merupakan penjual produk di theaqiqah.com online.

HELAIAN PENERANGAN PRODUK. Skim Pampasan Pekerja Asing

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

BAB 3 PENGURUSAN TERIMAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

BAB 4 PENGURUSAN KEWANGAN

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

PARAMETER PELABURAN EMAS

PERHATIAN : PEMBIAYAAN TAWARRUQ. Tarikh : Masa : Tandatangan : Tandatangan Anggota Lembaga Tarikh: 1. Nama Anggota (Seperti Kad Pengenalan)

Borang Cadangan Insurans Semua Risiko Peralatan Mesin

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

Fasal-fasal yang dipinda

MANUAL RUJUKAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM KEPADA MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

BORANG CADANGAN KEMALANGAN DIRI PEMANDU DAN PENUMPANG PELAN

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

BORANG PERMOHONAN BAI AL- INAH. Tarikh Hantar :... Tarikh Terima :...

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i.

ISI KANDUNGAN SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 1. PENDAHULUAN 1 2. TAFSIRAN 1-2

1.1 Nama penuh : No. anggota : No. K/P :. 1.4 Alamat rumah : No. tel rumah : 1.6 No. H/P :.

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

Insurans Perubatan & Kesihatan. Pengenalan

NOTIS PENTING: INI ADALAH PRODUK AKAUN PELABURAN YANG TERIKAT KEPADA PRESTASI ASET, DAN BUKAN PRODUK DEPOSIT.

Terma dan Syarat Program AFFIN Rewards

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Notis kepada pelanggan Akaun Pelaburan e-emas CIMB Bank ( egia ) (Tarikh Notis: 20 April 2018) Kepada pelanggan,

Tarikh: Jenis instrumen yang boleh disediakan kepada anda di bawah SBLC diringkaskan seperti berikut:

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Pengenalan. Apakah Pelan Takaful Pendidikan Anak? Konsep Takaful dalam Pelan Takaful Pendidikan Anak

Kempen Faedah Bonus Savings Plus UOBM Terma dan Syarat

Berurusan dengan Pengantara Takaful

HELAIAN PENZAHIRAN PRODUK

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 680 AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007 SUSUNAN SEKSYEN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Borang Cadangan Insurans Plat Kaca

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Pengurusan Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

PENYATA PENDEDAHAN PRODUK. BSN MyHome-i

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Borang Pindaan - Senarai Individu Melulus

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

PANDUAN PERLINDUNGAN TERHADAP JENAYAH PENYAMARAN LAMAN WEB (WEB PHISHING SCAMS)

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard.

TERMA & SYARAT TruRewards Program Loyalty

Polisi Privasi. Pengenalan

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Borang Cadangan Insurans Mesin

SINOPSIS KURSUS. Jabatan Perakaunan Dan Kewangan

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Penukaran Akaun Deposit Bertempoh Soalan-Soalan Lazim

ID BIG SHOT YANG TELAH DIPERUNTUKKAN DAN KAD KESETIAAN BIG TIDAK DIPERIBADIKAN

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

KOPERASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN MELAYU PAHANG TIMUR BERHAD

BAHAGIAN 1A : PENGENALAN

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Bank Pertanian Malaysia Berhad ( U) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

Transkripsi:

[2014] 1 LNS(A) ciii Legal Network Series 1 MODEL E_MURABAHAH (ASAS) UNTUK INSTITUSI KEWANGAN & PERBANKAN ISLAM MALAYSIA* oleh DR NOOR INAYAH YAAKUB** MOHAMAD RIZAL ABDUL RAHMAN*** PENGENALAN Perkembangan transaksi perbankan elektronik selari dengan kemajuan teknologi telah secara tidak langsung membawa kepada kehendak pelanggan supaya pihak bank dapat menyediakan perkhidmatan berteraskan elektronik untuk setiap produk yang ditawarkan. Tuntutan ini tidak hanya kepada bank konvensional malah turut melibatkan bank-bank Islam yang menawarkan produk mereka kepada pelanggan. Transaksi elektronik bagi produk perbankan Islam tidak semuanya stereotype seperti amalan perbankan konvensional. Antara sebab yang jelas adalah perbankan Islam tidak melibatkan unsur faedah atau riba. Kertas kerja ini memberi pandangan terhadap model E-Murabahah untuk diamalkan di Malaysia. Produk murabahah dipilih memandangkan ianya salah satu produk yang popular di kalangan pelanggan perbankan Islam dan perlaksanaan secara elektronik adalah bertepatan. Kertas ini akan membincangkan kerangka teori dan perlaksanaan E_Murabahah atau disebut EM dengan secara asas. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu undang-undang yang akan terlibat dalam pelaksanaan transaksi elektronik murabahah seperti isu keselamatan yang tidak menjadi focus utama kertas kerja ini tetapi akan turut disentuh dalam kertas kerja ini. MURABAHAH

[2014] 1 LNS(A) ciii Legal Network Series 2 Secara umumnya, murabahah adalah Suatu bentuk jual beli di mana penjual menyebutkan harga pembelian barang kepada pembeli, kemudian mensyaratkan atasnya keuntungan dalam jumlah tertentu yang dipersetujui bersama. Lebih terperinci lagi murabahah adalah Akad jual beli antara pelanggan dan bank. Bank membiayai sesuatu barang yang dijual dengan harga pokok, ditambah dengan keuntungan yang diketahui dan disepakati bersama. Pembayaran dilakukan dengan cara beransur selama jangka waktu yang telah ditentukan. Murabahah juga boleh difahami dari pengertian di bawah: Jualan dengan tambah untung Digunakan untuk membiayai pembelian bahan mentah, barang-barang separuh siap, barang-barang siap dan kelengkapan alat ganti. Secara ringkasnya dapat difahami bahawa murabahah itu adalah penjualan barangan pada harga yang termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin keuntungan hendaklah dinyatakan dengan jelas semasa perjanjian jualan dilaksanakan. Lebih lanjut lagi bank Islam membeli sesuatu barangan dan menjual semula kepada pembeli pada harga yang lebih tinggi yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Dari segi bahasa murabahah bermakna keuntungan. Murabahah ini adalah satu konsep perniagaan yang berteraskan amanah (trust trading). Dari perspektif perbankan pula murabahah bermaksud kos (harga pokok)

[2014] 1 LNS(A) ciii Legal Network Series 3 ditambah dengan harga untung. Institusi kewangan dan bank Islam menggunakan murabahah sebagai satu cara pembiayaan. Sekiranya pihak pelanggan bank berhasrat untuk membeli sesuatu barangan memerlukan pembiayaan pihak bank untuk membeli barangan tersebut bagi pihaknya dan menjual semula kepadanya dengan harga termasuk keuntungan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Di sini pihak bank mesti menyatakan kepada pelanggan bank harga sebenar yang dibelinya dan harga jualan yang telah ditambah dengan harga keuntungan. Sebelum berlaku penjualan semula oleh pihak bank, hakmilik barangan tersebut adalah pada pihak bank selama tempoh masa yang dilalui dan pada tempoh ini juga pihak bank akan bertanggungjawab terhadap liabiliti undangundang. MURABAHAH: PERATURAN UNTUK KESAHAN Sebelum membincangkan berkenaan E_Murabahah beberapa perkara yang mendasari prinsip Murabahah perlu diutamakan seperi berikut: Wujud dua jenis transaksi jual-beli iaitu yang pertama, transaksi jualbeli dari pihak bank kepada pihak ketiga penjual barang. Kedua, transaksi jualbeli dari pelanggan kepada pihak bank. Kedua-dua transaksi ini perlulah berasingan. Pihak bank mesti menjadi pemunya kepada barangan tersebut sebelum ia dijual semula oleh bank kepada pihak pelanggan. Dalam konteks ini pihak pelanggan mesti diberitahu tentang harga belian yang sebenar termasuk harga yang dibelanjakan untuk tujuan pembelian dan juga harga keuntungan. Sekiranya pihak pelanggan tidak mengetahui harga sebenar belian, transaksi murabahah ini adalah batal dan tidak sah.

[2014] 1 LNS(A) ciii Legal Network Series 4 Kedua-dua pihak (bank dan pelanggan) bersetuju dengan keuntungan yang ditetapkan kepada bank dan transaksi jualan. Murabahah akan sah sekiranya harga kos sebenar barangan boleh ditentukan. Sekiranya harga kos sebenar tidak dapat ditentukan, barangan tersebut tidak dapat dijual dengan cara Murabahah. Dalam transaksi Murabahah, adalah penting barangan tersebut dibeli dari pihak ketiga. MODEL E_MURABAHAH BAGI PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA PIHAK YANG TERLIBAT Terdapat tiga pihak utama yang terlibat dalam pelaksanaan E_MURABAHAH ini iaitu: Pembeli: Pihak pelanggan bank yang berhasrat untuk membeli barangan dari pihak peniaga tetapi beliau tidak mempunyai wang yang cukup untuk membelinya. Peniaga: Pihak ini menawarkan barangan kepada pembeli (pelanggan bank). Perantara: Pihak bank yang bertindak sebagai perantara di antara peniaga dan pembeli. Pihak bank akan bersetuju untuk memberi barangan tersebut dan kemudiannya menjual semula kepada pembeli atas prinsip Murabahah dengan harga kos asal ditambah dengan keuntungan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak bank dan pembeli. Pembelian itu tidak berlaku sehinggalah dikehendaki oleh

[2014] 1 LNS(A) ciii Legal Network Series 5 pihak pembeli dan kedua-dua pihak telah bersetuju dengan jualan semula. Amanah: Perkara ini adalah perkara penting dalam transaksi Murabahah. Kedua-dua pihak pembeli dan peniaga mempercayai pihak bank. Telah wujud satu perjanjian di antara pihak peniaga dan pembeli bersama pihak bank yang jelas menyatakan bahawa pihak bank akan amanah dan bertanggungjawab. CARA PERLAKSANAAN E_MURABAHAH Pembeli ingin membeli satu barangan secara online melalui Murabahah dari peniaga---------menyarankan perantara (bank) untuk melakukan proses belian bagi pihak pembeli. Bank---------mengirakan keuntungan dan meneruskan proses belian dan menghantar janji kepada pembeli bahawa ia akan menjual barangan tersebut kepada pembeli semula. Sebagai balasan, pembeli menghantar janji akan membeli barangan tersebut dari pihak bank dengan harga bercampur keuntungan yang dipersetujui. Isu Keselamatan bagi Transaksi E_MURABAHAH Risiko keselamatan Kebarangkalian berlaku penipuan terhadap arahan pembayaran yang dianggap oleh pihak bank sebagai arahan yang disangkakan asli atau pencurian data dan maklumat perincian pembayaran yang dikemukakan secara elektronik dari pihak pembeli. Akibatnya pihak yang menipu akan mendapat keuntungan dan mangsa pula mengalami kerugian. Pencerobohan maklumat

[2014] 1 LNS(A) ciii Legal Network Series 6 Maklumat yang dipaparkan melaui komputer pembeli boleh dicerobohi. Maklumat ini juga boleh disalin atau diubah. Seperti contoh arahan pembayaran oleh pembeli boleh disalahgunakan. Pengubahan pesanan Sebarang pesanan yang dibuat secara online boleh diubah dan dipinda. Contohnya, harga belian, harga keuntungan. Pesanan ini juga dapat disalin. Penyalahgunaan alamat web Berkemungkinan dalam transaksi E_murabahah ini, alamat web pihak peniaga dan pihak pembeli mahu pun pihak bank akan diawasi dan akibatnya ianya boleh disalahgunakan. Pembatalan Pihak pembeli boleh menafikan transaksi E_Murabahah tersebut walaupun pada dasarnya telah bersetuju dengan transaksi sebelumnya. Perkara yang diperlukan untuk keselamatan Kerahsiaan Pihak pembeli mesti memastikan data peribadi tidak terbolos kepada pihak ketiga. Pihak bank pula mesti memastikan maklumat penting seperti harga tidak terdedah kepada pihak ketiga. Integriti Pihak pembeli mestilah mempunyai pengetahuan terhadap harga belian asal dan harga keuntungan yang dituntut oleh pihak bank.

[2014] 1 LNS(A) ciii Legal Network Series 7 Pihak pembeli mestilah diberikan bukti bahawa pihak bank adalah pemunya kepada barangan tersebut. Pihak bank mesti mendapat pengesahan bahawa pihak pembeli telah mengarahkan bank untuk membeli barangan tersebut untuk pihaknya dan pihak bank juga harus mendapat pengesahan bahawa pembeli akan membeli barangan tersebut dari pihaknya. CADANGAN MODEL E_MURABAHAH Secara umumnya, model E_MURABAHAH atau EM ini sekurangkurangnya mempunyai tiga fasa pelaksanaan seperti berikut: 1) Fasa Transaksi Permulaan Pembelian Pembeli telah mengenalpasti barangan yang hendak dibeli online dan bercadang untuk menggunakan saluran murabahah untuk pembayaran. 2) Fasa janji Ini dimulakan oleh pihak bank di mana bank berjanji menjual barangan tersebut kepada pembeli dan pembeli pula berjanji untuk membeli barangan tersebut daripada bank apabila bank menjadi pemunya barangan tersebut. 3) Fasa Pembayaran dan Fasa Murabahah Bank membeli barangan tersebut. Pihak pembeli mengesahkan bank sebagai pemunya dan menghantar pengesahan untuk membeli pada harga kos tambah keuntungan yang dipersetujui. PROTOKOL E_MURABAHAH

[2014] 1 LNS(A) ciii Legal Network Series 8 KEKUNCI A Account_Number Cert pkx Cert vx EK(D) PETUNJUK Yang ingin memulakan transaksi (Acquirer) Nombor akaun pembeli kepada bank Sijil Pengesahan dikeluarkan oleh bank (public encryption) Sijil pengesahan dikeluarkan oleh bank (signature verification key) Data D menggunakan kod rahsia K ENV X(M) Pesanan dari pihak peniaga kepada penerima X Expiry Items M M_URL Murabahah_Price P Price T Tarikh luput sebut harga dari pihak peniaga Perincian harga, barangan, kuantiti Peniaga/trader Laman sawang peniaga Kos harga asal barangan bercampur kos keuntungan yang harus dibayar kepada bank Bank Harga asal yang diberi peniaga Masa yang dimeterai SSXM Tandatangan kepada pesanan Peniaga dengan menggunakan kekunci entiti X. Trans_ID Pengenalan diri yang dipilih oleh perantara iaitu pihak bank yang membawa maksud pengenalan kepada konteks. Quote_ID Pengenalan dari pihak peniaga yang membawa maksud sebut harga barangan yang dibeli. Aplikasi: Contoh: 1. B---M: Pembeli menuntut untuk membayar menggunakan E_Murabahah

[2014] 1 LNS(A) ciii Legal Network Series 9 melalui Perantara iaitu Bank. 2. M: memberikan sebut harga seperti berikut: Peniaga/luput tarikh/harga/item/id 3. M: URL) Merchant_U expiry price items Quote_ID (T ID. 4. P--M: Tuntutan bayaran, (payment request) 5. M--A: Tuntutan Pengesahan (Authentication requested) 6. A--M: Tuntutan pengesahan balas (Authentication Response) 7. M--P: Balasan bayaran (pay response) 8. B--P: (murabahah stage) 9. P--B: ENVB SSL : Janji untuk menjual 10. B---P: ENVP SSB: Janji untuk membeli//cert RINGKASAN PROTOKOL YANG DIPERLUKAN 1. Setiap pihak yang berkomunikasi dalam transaksi tersebut mestilah mempunyai dua kekunci padanan atau pasangan yang disebut asymmetric key pairs : iaitu satu yang digunakan untuk tujuan encryption dan decryption. Satu lagi adalah (Sx) dan (Vx) digunakan untuk penciptaan atau pembentukan dan kesahan digital. 2. Tandatangan yang disyaratkan diaplikasi tidak hanya kepada pihak pembeli dan peniaga tetapi juga ke atas pihak perantara bank. 3. Setiap pembeli yang terlibat mempunyai salinan yang sah terhadap kekunci encryption awam PKP dan juga tandatangan awam (public

[2014] 1 LNS(A) ciii Legal Network Series 10 verification) pihak perantara bank VP. 4. Kesemua pihak pembeli, perantara bank dan peniaga mestilah menggunakan kekunci encryption awam yang sama dan juga skim tandatangan digital yang sama. PENUTUP Model yang dicadangkan di atas walaupun asas tetapi adalah praktikal, fleksibel, mudah dan boleh diaplikasi oleh Institusi kewangan dan perbankan industri di Malaysia. Apa yang pasti perlu berlaku penerimaan dari kedua-dua pihak sama ada menetapkan harga belian, harga keuntungan, harga jualan dan ini dapat diapalikasikan dengan protokol asas yang disebutkan di atas. Selain dari itu, pelaksanaan E_Murabahah ini amat wajar dilakukan dengan seluasnya sekiranya perbankan Islam di Malaysia tidak mahu ketinggalan dari amalan perbankan konvensional. Isu-isu keselamatan seperti kerahsiaan, integriti harus juga diambil kira. * Prosiding Seminar Kebangsaan Undang-Undang & Teknologi: Isu Undang-undang dan Syariah. Diterbit dengan kebenaran Jawatankuasa Penerbitan Fakulti Undangundang, Universiti Kebangsaan Malaysia. ** Dr Noor Inayah Yaakub, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. *** Mohamad Rizal Abdul Rahman, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.