JPA.BK(S) 226/6/16(23) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2011 PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

dokumen-dokumen yang mirip
JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI UNIT KOMPETENSI

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

PELAKSANAAN KURSUS KENEGARAAN DI BAWAH PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

KISSM adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

Membudayakan Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Awam

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2010 PANDUAN PELAKSANAAN PEMENTORAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

JPA(BPO)(S)324/14/34-1 Klt. 3 (4) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

PANDUAN MENGURUS PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2006

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

GARIS PANDUAN PASCA-KEDOKTORAN

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

JPA.BK.(S)226/6/14 ( 31 ) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2011 PROGRAM BERSEPADU POTENSI DAN KOMPETENSI

PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 3 (TK3) BAGI PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (GRED KP32)

JPA(S)(BPO)256/6/19 Klt.8 (1) No. Siri :

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

4. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

JPA(BPO)(S)324/14/21-1 Klt.7( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

LAPORAN NILAIAN PRESTASI UNTUK PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL / PELAKSANA 1. NAMA :. NO. UKM(PER) :.

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2003 PEMERIKSAAN KESIHATAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2009

3. PRAKTIKUM menyepadukan teori dengan amali PdP mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

SUKATAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN 2 (TK 2) BAGI PENGUASA KASTAM GRED W Matlamat Penilaian 1.1 Menilai Tahap Kecekapan 2 (TK2) pegawai:

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (20) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2017 BAYARAN KHAS TAHUN 2017

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN TK1 BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR RENDAH N11

GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

GARIS PANDUAN LATIHAN PROFESIONAL/INDUSTRI

Skop Taklimat. Dasar Baru Perkhidmatan di bawah SBPA. Opsyen SBPA

4. INTERNSHIP merancang dan melaksanakan aktiviti p&p dalam situasi sebenar di sekolah.

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

JPA.BK (S) 43/13/1Jld. 3 (15) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

DASAR PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI (PPK) KUMPULAN PENGURUSAN PROFESIONAL GRED TAHAP KECEKAPAN TK1-TK6

JPA.BK(S)250/1( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 20 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

GARIS PANDUAN MENGHADIRI PROGRAM LATIHAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (1) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2015 BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2015

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AMALAN PROFESIONAL

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

JPA(S)324/1 Klt. 36(17) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2005

3. PRAKTIKUM mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran P&P mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

PEKELILING JABATAN PENDAFTAR PEKELILING JABATAN PENDAFTAR BILANGAN 2 TAHUN 2011

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

BORANG PERMOHONAN KURSUS KHAS INDUSTRI (KKI) POLITEKNIK KOTA BHARU TAHUN 2017 MAKLUMAT PEMOHON MAKLUMAT TEMPAT BERKURSUS KELULUSAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1TAHUN 2011

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1/1993 PANDUAN MENGENAI MESYUARAT PAGI

Polisi dan Prosedur. Nama Polisi: Polisi dan Prosedur Pengurusan Senat. Nombor Polisi: UTM P.A. 01

Transkripsi:

JPA.BK(S) 226/6/16(23) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2011 PROGRAM TRANSFORMASI MINDA TUJUAN 1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan mengenai pelaksanaan Program Transformasi Minda (PTM) sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi selaras dengan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). LATAR BELAKANG 2. Modal insan yang berdaya tahan dan kompetitif adalah pra-syarat penting bagi menggerakkan agenda transformasi Kerajaan dengan berkesan untuk mencapai agenda pembangunan negara. Justeru, modal insan sektor awam perlu dibangunkan di peringkat awal pelantikan (dalam tempoh percubaan) secara optimum agar dapat melahirkan pegawai awam yang memiliki kompetensi dan potensi bersesuaian untuk melaksanakan tugas. 3. Cabaran utama membangunkan modal insan ialah menyediakan latihan yang mampu mentransformasikan minda pegawai awam agar selari dengan hala tuju dasar negara dan perubahan persekitaran. Perubahan minda yang ingin diterapkan sewajarnya menggalakkan 1

pemikiran yang selari dengan aspirasi negara bagi menghasilkan nilai tambah dalam tugasan dan berkeupayaan menyediakan pegawai awam yang membudayakan nilai-nilai murni perkhidmatan awam. 4. Proses transformasi minda perlu bagi membangunkan modal insan secara holistik, merangkumi keupayaan sahsiah dan intelektual yang mesti dimiliki oleh pegawai awam bagi memandu pemikiran dan perlakuan dalam rutin harian. Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan. OBJEKTIF 5. Objektif PTM adalah untuk: (a) (b) (c) (d) memberi pendedahan mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara serta sistem pentadbiran kerajaan; memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam Perkhidmatan Awam; menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; dan menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju. 2

PEGAWAI YANG DISYARATKAN 6. Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM adalah: (a) pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2012 yang berkhidmat secara tetap dalam Perkhidmatan Awam; (b) pegawai lantikan secara lateral (pelantikan ke gred kenaikan pangkat) pada atau selepas 1 Januari 2012 kecuali lantikan lateral ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi; atau (c) pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi - Modul Umum. 7. Pegawai yang sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke perkhidmatan lain dikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat: (a) (b) (c) pegawai telah hadir dengan jaya PTM; hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; atau lulus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu. Ketua Jabatan boleh memberi pengecualian tanpa perlu merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pengecualian tersebut hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkhidmatan pegawai sebagai Pegawai Dikecualikan Daripada PTM kerana telah Hadir Dengan Jaya PTM / Hadir Dengan Jaya Kursus Induksi-Modul Umum / lulus Peperiksaan Am Kerajaan bagi memastikan urusan pengesahan dalam perkhidmatan barunya dibuat dengan teratur. 3

PELAKSANAAN PTM 8. Kerangka Kurikulum PTM ini terbahagi kepada tiga (3) segmen utama, iaitu: (a) Segmen I : Negara dan Perkhidmatan Awam; (b) Segmen II : Tanggungjawab dan Peranan Pegawai; dan (c) Segmen III : Budaya Kerja Kelas Pertama Ringkasan kandungan kurikulum yang boleh diguna pakai adalah seperti di Lampiran A. 9. Pelaksanaan PTM adalah selama lima (5) hari dan dilaksanakan oleh kementerian/negeri/agensi. Contoh jadual pelaksanaan adalah seperti di Lampiran B. Pelaksanaan PTM ini boleh dibuat tanpa mengira kumpulan perkhidmatan/gred jawatan atau dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian kementerian/negeri/agensi. 10. Skim perkhidmatan yang mensyaratkan Kursus Asas atau Pra-Perkhidmatan kepada pegawai lantikan baru boleh mengintegrasikan kurikulum PTM dalam Kursus Asas atau Pra- Perkhidmatan tersebut. 11. Kementerian/negeri/agensi yang tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakan PTM atas sebab-sebab tertentu boleh menumpangkan pegawainya untuk menghadiri PTM di kementerian/negeri/agensi lain tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (a) (b) urusan penumpangan dipersetujui oleh kedua-dua Panel Pengurusan PTM kementerian/negeri/agensi yang menumpang dan menerima pegawai sebagai pegawai tumpangan; sekiranya kementerian/negeri/agensi yang menerima pegawai sebagai pegawai tumpangan mengenakan bayaran pengurusan, kadar yang dikenakan hendaklah munasabah dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak; dan 4

(c) sijil hadir dengan jaya PTM yang dikeluarkan oleh kementerian/negeri/agensi di mana pegawai menghadiri program tersebut hendaklah diterima pakai bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. 12. PTM dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti latihan dalam kumpulan (LDK), sesi interaktif, perbincangan kumpulan, perbincangan kes, kuiz, ujian psikometrik, e-pembelajaran atau kaedah lain yang bersesuaian yang dipersetujui oleh Panel Pengurusan PTM di kementerian/negeri/agensi masing-masing. 13. Penilaian PTM dibuat secara penilaian sepanjang program berdasarkan kepada aktiviti dan kriteria penilaian yang ditetapkan. Garis panduan penilaian PTM adalah seperti di Lampiran C. 14. Pegawai yang mengikuti PTM sepenuhnya dan berjaya berasaskan penilaian yang dibuat layak diberikan sijil PTM. Keputusan Hadir Dengan Jaya PTM hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkhidmatan pegawai yang berkenaan. 15. Memandangkan kurikulum PTM tidak merangkumi skop fungsi kementerian/negeri/agensi, Ketua Jabatan di mana pegawai ditempatkan adalah digalakkan untuk mengadakan sesi penerangan berasingan mengenai kementerian/negeri/agensi kepada pegawai berkenaan. PANEL PENGURUSAN PTM 16. Semua kementerian/negeri/agensi yang melaksanakan PTM hendaklah menubuhkan Panel Pengurusan PTM di peringkat kementerian/negeri/agensi masing-masing. 5

17. Keanggotaan Panel Pengurusan PTM adalah seperti berikut: Pengerusi Ahli Urus Setia - Pengurus Sumber Manusia atau wakilnya - Dilantik mengikut kepakaran dalam segmen PTM yang berkaitan atau wakil lain yang difikirkan sesuai - Bahagian / Unit yang menguruskan latihan jabatan Kuorum Panel Pengurusan PTM hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) orang termasuk Pengerusi. 18. Tanggungjawab Panel Pengurusan PTM adalah seperti berikut: (a) menetapkan kaedah pelaksanaan program yang bersesuaian; (b) (c) (d) menimbang dan mengesahkan laporan kehadiran dan laporan penilaian sepanjang program bagi setiap pegawai yang menghadiri PTM; menimbangkan kebenaran mengulang bagi pegawai yang tidak melengkapkan PTM tertakluk kepada tempoh percubaan pegawai; dan mengeluarkan dan memperakukan sijil kehadiran kepada pegawai yang telah hadir dengan jaya PTM. SYARAT MENGULANG 19. Panel Pengurusan PTM boleh membenarkan pegawai mengulang sekiranya tidak melengkapkan PTM atas mana-mana sebab berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) pegawai yang disahkan tidak sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar; pegawai yang terpaksa meninggalkan program untuk menjaga keluarga terdekatnya yang sakit; pegawai yang terpaksa meninggalkan program untuk menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes di mahkamah; pegawai yang melahirkan anak dalam tempoh program; keluarga terdekat yang meninggal dunia; atau keadaan kecemasan lain yang difikirkan munasabah dan dibenarkan oleh Ketua Urus Setia PTM. 6

20. Pegawai yang tidak melengkapkan PTM hendaklah mengulang segmen yang belum dilengkapkan. Pegawai yang perlu mengulang PTM hendaklah menghubungi urus setia bagi menduduki semula PTM. Urus setia juga bertanggungjawab memaklumkan pegawai tarikh baru PTM yang ditawarkan. 21. Pegawai yang gagal dalam penilaian sepanjang program tidak dibenarkan mengulang semula PTM dan hendaklah disyorkan untuk penamatan perkhidmatan pegawai. KAWALAN PIAWAIAN 22. Semua kementerian/negeri/agensi hendaklah mematuhi pelaksanaan PTM yang ditetapkan. Sebarang pengubahsuaian dari segi tempoh, kurikulum dan penilaian PTM selain daripada yang ditetapkan hendaklah mendapat kelulusan daripada JPA. 23. JPA akan memantau dan mengadakan naziran dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan PTM selaras dengan dasar yang berkuat kuasa. TARIKH KUAT KUASA 24. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012. PEMAKAIAN 25. Tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. 7

PEMBATALAN 26. Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, surat pekeliling perkhidmatan, garis panduan dan surat edaran berkaitan dengan kursus induksi sepertimana berikut adalah dibatalkan: (a) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992; (b) Garis Panduan Penilaian Kursus Modul Induksi Umum INTAN: 53/12/347 Jld.2(81) bertarikh 10 Oktober 1992; (c) Surat edaran JPA.241/46 Jld.5(69) bertarikh 1 April 1993; (d) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1997; (e) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998; (f) Surat edaran JPA.241/46 Jld.11(10) bertarikh 2 Oktober 1998; (g) Surat edaran JPA(S)241/46 Jld.11(63) bertarikh 10 April 2001; dan (h) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA (TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 7 Disember 2011 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan 8

RINGKASAN KANDUNGAN KURIKULUM PROGRAM TRANSFORMASI MINDA Lampiran A Bil Topik Kaedah SEGMEN I : Negara dan Perkhidmatan Awam Overview Perkhidmatan Awam a. Sejarah Perkhidmatan Awam Tayangan video b. Kedudukan Perkhidmatan Awam Dalam Perlembagaan Persekutuan Nota / Taklimat c. Kuasa Melantik Dan Skim Perkhidmatan Nota / Taklimat / Perbincangan Interaktif Aktiviti Kumpulan Sistem Pentadbiran Negara a. Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan b. Konsep Pengasingan Kuasa Badan Perundangan Badan Eksekutif Badan Kehakiman c. Pengenalan dan perbandingan struktur organisasi Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Nota /Taklimat / Tayangan Video/ Perbincangan Interaktif Nota /Taklimat / Perbincangan Interaktif Nota / Taklimat / Perbincangan Interaktif Aktiviti Kumpulan Hala Tuju Negara a. Pengenalan Konsep 1Malaysia Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan Negara maju berpendapatan tinggi Nota /Taklimat / Perbincangan Interaktif b. Asas Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara Nota /Taklimat / Perbincangan Interaktif c. Teras Perpaduan Penerimaan Keadilan Sosial Nota /Taklimat / Perbincangan Interaktif d. Nilai-nilai murni dan nilai aspirasi Nota /Taklimat / Perbincangan Interaktif / Kuiz i

Bil Topik Kaedah Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia a. Kriteria Negara Maju Nota /Taklimat / Perbincangan Interaktif b. Pencapaian Negara Nota /Taklimat c. Program Transformasi Negara Nota /Taklimat / Perbincangan Interaktif d. Program Transformasi Kerajaan (GTP) Peranan Pegawai Awam Nota /Taklimat / Perbincangan Interaktif / Tayangan Video SEGMEN II : Peranan dan Tanggungjawab Peranan dan Kemudahan Pegawai Awam a. Syarat Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan Nota / Taklimat b. Kemudahan Cuti Nota / Taklimat c. Gaji, Elaun Dan Faedah Persaraan Nota / Taklimat Pengurusan Integriti dan Keselamatan a. Integriti Nota /Taklimat / Perbincangan Kes b. Rasuah Nota /Taklimat / Perbincangan Kes c. Keselamatan Nota /Taklimat / Perbincangan Kes Tatakelakuan dan Tatatertib Perkhidmatan Awam a. Larangan dan hukuman tatatertib Nota /Taklimat / Perbincangan Kes Laluan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam a. Pengenalan kepada laluan kerjaya dalam perkhidmatan awam Nota / Taklimat b. Pengenalan kepada organisasi Nota / Taklimat ii

Bil Topik Kaedah SEGMEN III : Budaya Kerja Kelas Pertama Pengurusan Intra Personel dan Inter Personel a. Pembangunan Sahsiah Diri (Character Building) Ujian psikologi secara manual / online yang dilaksanakan sebelum/semasa kursus PTM, Nota / Taklimat / Perbincangan Kumpulan b. Integrasi Kumpulan (Team Building) Indoor/outdoor games / Aktiviti Berkumpulan / Perbincangan Kumpulan / Ulasan / Tayangan Video Pengenalan Kepada Kompetensi Generik a. Mengutamakan Masyarakat Lawatan / Nota / Kajian Kes b. Pengurusan Pelanggan Nota / Taklimat / Pemerhatian c. Pemikiran Kritis dan Inovatif Nota / Taklimat Aktiviti Kumpulan Kuiz, Role Play Pemerhatian Aktiviti kumpulan Kuiz, Role Play d. Etika & Keterampilan Diri Nota / Taklimat / Kajian kes Pemerhatian Aktiviti kumpulan Kuiz, Role Play iii

Lampiran B CONTOH JADUAL PELAKSANAAN 5 HARI PROGRAM TRANSFORMASI MINDA MASA HARI HARI 1 HARI 2 HARI 3 HARI 4 HARI 5 0630 0730 Senamrobik Senamrobik Senamrobik Aktiviti Kerohanian 0730 0800 Sarapan Pagi Sarapan Pagi Sarapan Pagi Sarapan Pagi 0830 0930 Pendaftaran Program 0930 1030 Taklimat Urus setia Program Budaya Kerja Kelas Pertama (Mengutamakan Masyarakat) Overview Perkhidmatan Awam Sistem Pentadbiran Negara Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Awam (Peraturan Pegawai & Perintah-perintah Am) Tanggungjawab dan Peranan Pegawai Awam (Tatakelakuan & Tatatertib - Aku Janji) 1030 1045 Minum Pagi Minum Pagi Minum Pagi Minum Pagi Minum Pagi 1045 1145 Sistem Pentadbiran Ujian Psikologi & Budaya Kerja Kelas Negara Pembangunan Diri- Kumpulan Pertama (Pengurusan Pelanggan) 1200 1300 Hala Tuju Negara Pengurusan Integriti dan Keselamatan (Isu Integriti) Pengenalan kepada laluan kerjaya dalam perkhidmatan awam Pengenalan kepada organisasi 1300 1415 Makan Tengah hari Makan Tengah hari Makan Tengah hari Makan Tengah hari Makan Tengah hari 1415 1530 1530 1630 1630 1730 Budaya Kerja Kelas Pertama (Integrasi Kumpulan) Budaya Kerja Kelas Pertama (Pemikiran Kritis dan Inovatif) Budaya Kerja Kelas Pertama (Etika dan Keterampilan Diri) Hala Tuju Negara Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Pengurusan Integriti dan Keselamatan (Isu Keselamatan) Pengurusan Integriti dan Keselamatan (Isu Rasuah) Rumusan / Penutup 1730 1830 Aktiviti Riadah Aktiviti Riadah Aktiviti Riadah Aktiviti Riadah 1900 2000 Makan Malam Makan Malam Makan Malam Makan Malam 2015 2115 2130 2230 Aktiviti Kumpulan Aktiviti Kumpulan Aktiviti Kumpulan Aktiviti Kumpulan Segmen I Negara Dan Perkhidmatan Awam Segmen II Peranan Dan Tanggungjawab iv Segmen III Budaya Kerja Kelas Pertama

Lampiran C GARIS PANDUAN PENILAIAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA 1. Pendahuluan Garis panduan penilaian Program Transformasi Minda (PTM) adalah untuk menjelaskan kaedah yang digunakan untuk menjalankan urusan penilaian sepanjang program. 2. Kaedah Penilaian Penilaian terhadap peserta dibuat secara penilaian sepanjang program. 3. Kriteria Penilaian Sepanjang Program a) Penilaian sepanjang program dijalankan berasaskan kepada tiga (3) kriteria utama dengan markah seperti berikut: Bil. Kriteria Penilaian Utama Markah 1. Disiplin Kehadiran Tingkah laku Ketepatan masa 2. Komitmen Penglibatan dalam aktiviti Kerjasama kumpulan 3. Personaliti Etika berpakaian Komunikasi 50 30 20 Jumlah keseluruhan 100 v

b) Penilaian terhadap peserta program hendaklah dilaksanakan oleh fasilitator. Fasilitator merupakan pegawai awam yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan mengendalikan PTM secara sepenuh masa untuk agensi berkenaan. Contoh Borang Penilaian Fasilitator adalah seperti di Kembaran A. c) Perincian Kriteria Penilaian Utama Kriteria penilaian yang diambil kira oleh fasilitator hendaklah merangkumi ciriciri berikut: i) DISIPLIN (50 markah) a. Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang program. b. Menghormati rakan, fasilitator dan individu lain serta sentiasa mengamalkan sifat-sifat yang positif. c. Menghadiri sepenuhnya dalam semua aktiviti yang dirancang sepanjang program. d. Menepati masa permulaan setiap aktiviti sepanjang program. e. Kesanggupan menerima dan melaksanakan arahan serta bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja. Pemarkahan untuk disiplin dibuat mengikut pencapaian markah seperti berikut: Pencapaian Markah A 45-50 B 0-44 ii) KOMITMEN (30 markah) a. Penglibatan dan penyertaan yang aktif semasa program dilaksanakan. b. Semangat kerjasama yang tinggi sesama rakan, fasilitator dan individu lain. c. Sentiasa memberikan keutamaan terhadap aktiviti program. d. Kebolehan mengemukakan idea atau cadangan dalam membantu menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi bersama. vi

e. Penghasilan kerja yang berkualiti dan menepati masa yang ditentukan. Pemarkahan untuk komitmen dibuat mengikut pencapaian markah seperti berikut: Pencapaian Markah A 16-30 B 0-15 iii) PERSONALITI (20 markah) a. Personaliti iaitu dari segi sikap, gaya berbicara dan kesopanan. b. Keupayaan menyesuaikan diri dan reaksi terhadap persekitaran yang sentiasa berubah. c. Mengamalkan etika berpakaian yang sopan dan kemas d. Kebolehan berkomunikasi iaitu kebolehan menyampaikan maksud dan pendapat dengan jelas dan teratur. Pemarkahan untuk personaliti dibuat mengikut pencapaian markah seperti berikut: Pencapaian Markah A 11 20 B 0 10 d) Laporan Penilaian Sepanjang Program i) Semua markah yang dinilai daripada para peserta akan dikumpulkan dan direkodkan dalam laporan penilaian sepanjang program. Laporan tersebut disediakan oleh fasilitator program dan disahkan oleh ketua urus setia. ii) Laporan penilaian sepanjang program yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada Panel Pengurusan PTM untuk dipertimbang dan disahkan. vii

LAPORAN PENILAIAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA Kembaran A ARAHAN : 1. Fasilitator dikehendaki mencatatkan markah mengikut kriteria yang telah ditetapkan. 2. Penilaian ini adalah SULIT dan anda dikehendaki menilai secara jujur dan ikhlas. Bil Nama No KP (a) Disiplin (b) Komitmen (c) Personaliti Jumlah markah keseluruhan Catatan (50) (30) (20) (a+b+c) Nota : Bagi pegawai yang mengulang semula PTM mengikut segmen, pemarkahan akan dibuat secara purata. PENCAPAIAN : Hadir Dengan Jaya : 70 markah dan ke atas Gagal : Kurang daripada 70 markah Tidak Melengkapkan PTM : Tidak hadir aktiviti Disediakan oleh fasilitator: Disahkan oleh Ketua Urus Setia: Tarikh: Tarikh: viii

No. Siri Lampiran D SIJIL PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (agensi yang menganjurkan program) Adalah dimaklumkan bahawa Panel Pengurusan Program Transformasi Minda dalam mesyuaratnya pada telah menimbang dan memperakui bahawa (nama (nama penuh penuh pegawai pegawai seperti seperti di kad di kad pengenalan) pengenalan) (nombor kad pengenalan pegawai), telah Hadir Dengan Jaya Program Transformasi Minda yang telah diadakan pada hingga bertempat di (Tandatangan) ix Pengerusi Panel Pengurusan Program Transformasi Minda Tarikh :