JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011

dokumen-dokumen yang mirip
TAKLIMAT PENYEDIAAN DATA MPPSM, APC DAN PPC. Tarikh : 24 Mac 2014 (Isnin) Masa : 11:00 Pagi Tempat : Dewan Senat (UTMJB) Dewan Jumaah (UTMKL)

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 2002

JPA(S)K. 256/6/27 KLT.2 ( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI STAF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PINDAAN KALI PERTAMA DILULUSKAN OLEH MESYUARAT PENGURUSAN EKSEKUTIF BIL.19/2016 BERTARIKH 29 JUN 2016 DISEDIAKAN OLEH BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2009 BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI KHAS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN GRED KHAS. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

Lampiran A2 PANDUAN PELAKSANAAN SISTEM PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

PEMANTAPAN PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Kehilangan Dan Hapus Kira

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA (JUSA) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

JPA.BK (S) 241/87 Jld. 4(10) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011 PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENCALONAN DARJAH KEBESARAN BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN DAN NEGERI-NEGERI BAGI KAKITANGAN UMS

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN PRESTASI

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 20 TAHUN 2008

JPA(S)(BPTM)146/1-130( 12 ) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2014 BANTUAN UPAH JAHIT

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL JAWATAN GRED 45/51/53

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

JPA(S)NP.134/1/KLT. 15(18) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2007 PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2009

KAEDAH PELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME- BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DAN PEGAWAI

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PBPPP

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.3 (2) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2015

JPA(S)324/1 Klt. 36(17) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2005

PELARASAN GAJI YANG AKHIR DITERIMA BAGI PEGAWAI YANG BERSARA ATAU MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato /Datin/tuan/puan mengenai perkara di atas.

DASAR KENAIKAN PANGKAT BAGI STAF PENTADBIRAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL. Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KERAJAAN MALAYSIA. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 11/1991 PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA

HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM 2018 GARIS PANDUAN BAGI KATEGORI ANUGERAH PENTADBIR TERBILANG UNIVERSITI AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PRESTASI KAKITANGAN

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PERKHIDMATAN PEGAWAI PENGUAT KUASA MARITIM DAN PEGAWAI LAIN-LAIN PANGKAT PENGUAT KUASA MARITIM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2016

SULIT BORANG USM (PRESTASI) 4/2004 LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (I) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2007 PERSARAAN DEMI KEPENTINGAN PERKHIDMATAN AWAM

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

PANDUAN MEWUJUDKAN SEARCH COMMITTEE DAN PROSES PELAKSANAAN PELAN PENGGANTIAN (SUCCESSION PLANNING)

TAFSIRAN. Kriteria dan Wajaran Markah Penilaian KPI HRMIS bagi Tahun 2017 adalah seperti berikut: KRITERIA

JPA (K)(S)263/7/6 Klt.8(39) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2016 PANDUAN PERTUKARAN PELANTIKAN

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

KISSM adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

BORANG PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN GURU TAHUN: Sekolah. Nama Pegawai Yang Dinilai. No. Kad Pengenalan. Mata Pelajaran Diajar

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGURUSAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA RUKUN TETANGGA

KERAJAAN MALAYSIA. Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan : Penggunaan, Penyimpanan Dan Pemeriksaan

INDEKS AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/ JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI

SUKATAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17

SOKONGAN PEJABAT PENDAFTAR. PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Dokumen: UPM/SOK/BUM/P005 PROSEDUR PENGENDALIAN BORANG LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LPPT)

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

PANDUAN PENGURUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI BAGI STAF PENTADBIRAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

PEMBERIAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM

SOKONGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA. PEJABAT PENDAFTAR Kod Dokumen: UPM/SOK/BUM/P003 PROSEDUR PELANTIKAN STAF KONTRAK BUKAN AKADEMIK

BORANG PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN GURU TAHUN: Sekolah. Nama Pegawai Yang Dinilai. No. Kad Pengenalan. Mata Pelajaran Diajar

GARIS PANDUAN BAGI MELAKSANAKAN ANUGERAH INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 (4) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2015

BORANG PENILAIAN TAHAP KECEMERLANGAN PEGAWAI BAHAGIAN / JPN / PPD / INSTITUSI PENDIDIKAN DAN AGENSI LAIN TAHUN: Bahagian / Jabatan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2008 TAWARAN OPSYEN PELANJUTAN UMUR PERSARAAN WAJIB KEPADA 58 TAHUN

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

JPA.BPO(S)324/14/9-6 Jld.14 s.k.3 (78) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2013

ANUGERAH PENGAJARAN UiTM 2014 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

UKM-SPKP-JP-PK05-BO10 No. Semakan: 00 Tarikh Kuatkuasa: 01/06/2013 LAPORAN PENILAIAN KENAIKAN PANGKAT P&P GRED 48

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2010 PANDUAN PELAKSANAAN PEMENTORAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 2 TAHUN 1991

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

No.K.P./ Passport LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI JAWATAN UTAMA SEKTOR AWAM (JUSA) Tahun

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2006

Transkripsi:

JPA.BK(R)149/3/5Jld.2(26) No. Siri: KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2011 PENGANUGERAHAN PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TUJUAN 1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan dasar dan pelaksanaan penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) dan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada pegawai dalam perkhidmatan awam. TAFSIRAN 2. Tafsiran bagi maksud Pekeliling Perkhidmatan ini adalah: pegawai bermaksud semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Melantik secara tetap, sementara atau kontrak. 1

Ketua Jabatan bermaksud seorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau Ketua Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan. LATAR BELAKANG 3. Pemberian APC kepada pegawai perkhidmatan awam telah dilaksanakan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 1993 dan diubahsuai menerusi PKPA Bil. 2 Tahun 2002 berikutan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM). APC merupakan penghargaan Kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai. Pemberian APC diberi kepada sejumlah 8 peratus pegawai yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian bagi setiap agensi. 4. Selaras dengan transformasi negara ke arah budaya kerja berprestasi tinggi dan berinovasi, Kerajaan telah bersetuju supaya penganugerahan P.P.C. diwujudkan di samping pemberian APC sebagai satu lagi bentuk pengiktirafan terhadap pegawai perkhidmatan awam. PENGANUGERAHAN 5. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C.) merupakan pingat bagi pegawai perkhidmatan awam yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam tugas yang diamanahkan serta aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi termasuk aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya yang boleh mengharumkan nama organisasi dan negara. Tujuannya adalah untuk: 2

a) memberikan pengiktirafan kepada pegawai perkhidmatan awam yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam aktiviti tugas rasmi dan di luar tugas rasmi; b) memberi pengiktirafan kepada hasil sumbangan kreativiti dan inovasi pegawai; c) menggalakkan pegawai perkhidmatan awam melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya; dan d) meningkatkan motivasi pegawai perkhidmatan awam untuk membudayakan kecemerlangan di pelbagai bidang tugas rasmi mahupun di luar tugas rasmi. 6. Pingat ini adalah dizahirkan oleh Yang di-pertuan Agong melalui Statut Pingat Perkhidmatan Cemerlang. 7. Penganugerahan P.P.C. ini dilaksanakan oleh Menteri atau Timbalan Menteri di kementerian yang berkenaan. 8. Pingat ini adalah diiktiraf sebagaimana pingat-pingat yang dizahirkan oleh Yang di-pertuan Agong dan boleh dipakai semasa majlis rasmi. DASAR 9. Dasar penganugerahan P.P.C. dan pemberian APC adalah seperti berikut: 3

a) Bilangan keseluruhan penerima P.P.C. dan APC bagi setiap agensi tidak boleh melebihi 8 peratus daripada jumlah pegawai yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian berkenaan. Walau bagaimanapun, had maksimum penerima P.P.C. tidak boleh melebihi 3 peratus daripada jumlah 8 peratus tersebut. Sekiranya pada tahun berkenaan tiada pegawai perkhidmatan awam yang layak menerima P.P.C., maka agensi tidak perlu melaksanakan penganugerahan P.P.C. bagi tahun berkenaan dan kuota tersebut boleh digunakan untuk pemberian APC. b) Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang telah diterima oleh pegawai boleh ditarik balik mengikut Fasal V, Statut P.P.C. dan perenggan 7 Peraturan- Peraturan Yang Menentukan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang bagi keadaan seperti di Lampiran A. PELAKSANAAN 10. Pingat Perkhidmatan Cemerlang a) Kelayakan i) Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi penganugerahan P.P.C. adalah seperti berikut: 1) pegawai tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan; 2) bagi pencalonan kali pertama, telah genap 5 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada tahun prestasinya dinilai; 4

3) pegawai perkhidmatan awam Gred 1-6 atau setaraf dan ke bawah; 4) pencapaian cemerlang dalam prestasi kerja dan aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi; 5) lulus tapisan keselamatan (jenayah dan keselamatan) Polis Diraja Malaysia (PDRM); 6) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); 7) lulus tapisan keutuhan Jabatan Insolvensi Malaysia; 8) tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib; dan 9) diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM). ii) Pegawai layak dipertimbangkan bagi penganugerahan P.P.C. buat kali kedua jika memenuhi syarat seperti berikut: 1) memenuhi syarat di perkara 10 (a) (3) hingga (9); dan 2) perkhidmatan tidak terputus dalam tempoh 5 tahun dari tarikh penganugerahan kali pertama. b) Asas Penilaian i) Penilaian yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada lima (5) kategori kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi seperti berikut: 1) keahlian pertubuhan kemasyarakatan/ NGO/ kelab/ persatuan/ pasukan sukarela; 2) sumbangan inovatif / kreatif / bakat / kemahiran; 5

3) sukan dan permainan; 4) penglibatan dalam aktiviti / program; dan 5) komitmen kepada tugasan di luar waktu pejabat. c) Asas Pertimbangan Bagi menentukan penerima P.P.C., pegawai yang layak dipertimbang akan dinilai berdasarkan syarat-syarat berikut: i) memperoleh markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas; dan ii) memperoleh markah penilaian aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi 10 markah dan ke atas. d) Insentif i) Pegawai yang dianugerahkan P.P.C. akan menerima insentif seperti berikut: 1) Pingat Perkhidmatan Cemerlang; 2) Sijil Pingat Perkhidmatan Cemerlang; dan 3) Sijil amanah atau Sijil Simpanan Premium atau wang tunai bernilai RM1,000.00. ii) Pegawai juga akan diberi peluang dan keutamaan dalam: 1) pembangunan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja; dan 6

2) pencalonan untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri. e) Perolehan Pingat i) Reka bentuk pingat adalah seperti yang termaktub dalam Statut P.P.C. dan perolehan dibuat dengan pembekal yang telah dilantik oleh Kerajaan; dan ii) Urusan perolehan pingat dilaksanakan oleh kementerian menggunakan peruntukan masing-masing. f) Kawalan dan Rekod i) P.P.C. ini adalah dikawal oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ii) Senarai pegawai yang dicalonkan untuk penganugerahan P.P.C. hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada JPA untuk semakan sebelum penganugerahan dilaksanakan; dan iii) Senarai penerima P.P.C. untuk tahun tersebut akan disah dan diwartakan oleh JPA. g) Carta alir proses kerja penganugerahan P.P.C. adalah seperti di Lampiran B. 11. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang a) Kelayakan Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah semua pegawai perkhidmatan awam sama ada yang dilantik secara tetap, 7

sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian. b) Asas Pertimbangan Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah seperti berikut: i) memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan ii) bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian. c) Insentif i) Insentif bagi pemberian APC adalah seperti berikut: 1) Sijil Perkhidmatan Cemerlang; dan 2) Saham amanah atau Sijil Simpanan Premium atau wang tunai bernilai RM1,000.00. ii) Pegawai juga akan diberi peluang dalam pencalonan untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri. d) Carta alir proses kerja pemberian APC adalah seperti di Lampiran C. 12. Peranan Ketua Jabatan a) Mempamerkan nama dan gambar penerima P.P.C. dan APC di lokasi yang strategik atau yang sering dikunjungi orang ramai di pejabat. 8

b) Menyelenggara rekod penerima P.P.C. dan APC di kementerian/ jabatan masing-masing. c) Melaksanakan penganugerahan P.P.C. dan pemberian APC serta penyediaan insentif kepada penerima di kementerian/ jabatan. d) Mengemukakan senarai penerima P.P.C. bagi tahun semasa kepada JPA untuk pengesahan dan pewartaan. 13. Borang Penilaian a) Setiap pegawai perkhidmatan awam perlu melengkapkan Borang Penilaian Kegiatan dan Sumbangan untuk dinilai setiap tahun penilaian. Borang ini perlu dilengkapkan bagi tujuan pemilihan penerima P.P.C. dan APC. b) Borang penilaian adalah seperti di Lampiran D. 14. Bagi memastikan kaedah pengendalian dan penilaian kegiatan dan sumbangan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, Ketua Jabatan hendaklah memastikan perkara yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya sama ada dalam bentuk manual atau elektronik. 15. Jadual ringkasan penganugerahan P.P.C. dan pemberian APC adalah seperti di Lampiran E. 16. Penganugerahan P.P.C. ini dilaksanakan mulai tahun 2013 berdasarkan markah LNPT Tahun 2012 dan pencapaian seperti mana di perenggan 10 (c). 9

TARIKH KUAT KUASA 17. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012. PEMAKAIAN 18. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya adalah dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ( TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH ) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 07 Disember 2011 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan 10

Lampiran A KEADAAN-KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN P.P.C. DITARIK BALIK Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang telah dianugerahkan kepada pegawai boleh ditarik balik mengikut Fasal V, Statut P.P.C. dan perenggan 7 Peraturan-Peraturan Yang Menentukan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang bagi keadaan berikut: a. pegawai telah disabitkan atas sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; atau b. pegawai hilang taraf kewarganegaraan; atau c. pegawai disifatkan berkelakuan tidak sesuai sebagai penerima pingat oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).

Lampiran B CARTA ALIR PROSES KERJA PENGANUGERAHAN P.P.C. Mula Pegawai menerima borang penilaian LNPT P.P.C. Pegawai Penilai membuat penilaian Borang dikemukakan kepada urus setia PPSM Urus setia PPSM menyenarai pendek pegawai yang memenuhi syarat PPSM bersidang dan membuat penilaian Nama dikeluarkan dari senarai Nama dikeluarkan dari senarai Tidak Tidak Disahkan Ya Layak? Disahkan PPSM memilih calon yang layak Urus setia PPSM mengemukakan maklumat kepada urus setia induk P.P.C. di JPA Pengesahan oleh JPA Penganugerahan dilaksanakan dan pemberian insentif Senarai pegawai diwartakan Tamat

Lampiran C CARTA ALIR PROSES KERJA PEMBERIAN APC Mula LNPT Pegawai Yang Dinilai mengisi borang penilaian Pegawai Penilai membuat penilaian Pegawai Penilai kemukakan borang penilaian kepada urus setia PPSM Urus setia PPSM menyenarai pendek pegawai yang memenuhi syarat PPSM bersidang dan membuat penilaian Nama dikeluarkan dari senarai Tidak Ya Layak? PPSM memilih calon yang layak Agensi melaksanakan pemberian APC Tamat

Lampiran D BORANG PENILAIAN KEGIATAN DAN SUMBANGAN TAHUN v PERHATIAN Pegawai Yang Dinilai (PYD) dan Pegawai Penilai (PP) hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut semasa membuat penilaian: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) PYD hendaklah melengkapkan maklumat di Bahagian I dan II; PYD hendaklah mengemukakan bukti yang disahkan bagi penglibatan dalam setiap aktiviti yang disenaraikan; PP hendaklah menyemak kesahihan bukti penglibatan yang dikemukakan sebelum membuat penilaian dan pengesahan; PP hendaklah memberi markah dengan membulatkan skala pemarkahan di ruangan yang disediakan; PP hendaklah melengkapkan maklumat dan menurunkan tandatangan di Bahagian III; dan PYD dan PP hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Pengisian Borang Aktiviti dan Sumbangan PPC. BAHAGIAN I MAKLUMAT PEGAWAI YANG DINILAI (Perlu diisi oleh PYD) Nama No Kad Pengenalan - - Jawatan/Gred Kementerian/Jabatan D-i

BAHAGIAN II KEGIATAN DAN SUMBANGAN DI LUAR TUGAS RASMI Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi seperti sukan / pertubuhan / sumbangan kreatif di peringkat komuniti / jabatan / daerah / negeri / negara / antarabangsa yang berfaedah kepada organisasi / komuniti / negara pada tahun yang dinilai (tidak termasuk pertubuhan politik). Nota: Penentuan markah bagi setiap kategori berikut hendaklah mengambil kira jawatan peranan dan peringkat penglibatan pegawai. 1. KEAHLIAN PERTUBUHAN KEMASYARAKATAN/NGO/KELAB/ PERSATUAN/ PASUKAN SUKARELA ( tidak termasuk pertubuhan politik ) Bil. Senaraikan 2 pertubuhan/ jawatan utama yang disandang *Jawatan Utama (JU) *JK Induk (JKI) *JK Kerja (JKK) Organisasi / Jabatan / Komuniti/ Daerah Kementerian/ Negeri (Termasuk Agensi Pusat) Kebangsaan / Antarabangsa JUMLAH MARKAH (Diisi oleh PP) Ahli JKK JKI JU Ahli JKK JKI JU Ahli JKK JKI JU i. 1 3 4 6 3 5 6 8 5 7 8 10 /10 ii. 1 3 4 6 3 5 6 8 5 7 8 10 /10 JUMLAH WAJARAN (4%) /20 X 4 = 2. SUMBANGAN INOVATIF/KREATIF/BAKAT/KEMAHIRAN ( seperti penulisan ilmiah / kreatif/ seni lakon / seni suara, muzik ) Bil. Senaraikan 2 sumbangan yang utama dan diiktiraf Peringkat JUMLAH MARKAH (Diisi oleh PP) Unit Sektor/ Seksyen Cawangan/ Komuniti Bahagian/ Daerah Jabatan Kementeria n/ Negeri Kebangsaan Antarabangsa i. 3 4 5 6 7 8 9 10 /10 ii. 3 4 5 6 7 8 9 10 /10 JUMLAH WAJARAN (4%) /20 X 4 = D-ii

3. SUKAN DAN PERMAINAN Bil. Senaraikan 2 aktiviti yang disertai/ diwakili/ pencapaian utama. Jabatan / Daerah PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN Kementerian / Negeri Kebangsaan Antarabangsa JUMLAH MARKAH (Diisi oleh PP) Peserta / Pemain Ketiga Kedua Pertama Peserta / Pemain Ketiga Kedua Pertama Menyertai Mewakili Menyertai Mewakili i. 2 3 4 5 5 6 7 8 3 9 4 10 /10 ii. 2 3 4 5 5 6 7 8 3 9 4 10 /10 JUMLAH WAJARAN (4%) /20 X 4 = 4. PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI/PROGRAM (seperti misi kemanusiaan / program gotong-royong / jambori ) Bil. Senaraikan 2 aktiviti/ program yang utama dan diiktiraf Peringkat JUMLAH MARKAH (Diisi oleh PP) Unit Sektor/ Seksyen Cawangan/ Komuniti Bahagian/ Daerah Jabatan Kementerian/ Negeri Kebangsaan Antarabangsa i. 3 4 5 6 7 8 9 10 /10 ii. 3 4 5 6 7 8 9 10 /10 JUMLAH WAJARAN (4%) /20 X 4 = D-iii

Nota: Penentuan markah hendaklah mengambil kira kekerapan dan tempoh masa melaksanakan tugas di luar waktu pejabat. 5. KOMITMEN KEPADA TUGASAN DI LUAR WAKTU PEJABAT Bil. Senaraikan 5 aktiviti/ program utama yang disertai [Selain daripada aktiviti yang dinyatakan dalam perkara 2, 3 dan 4. Setiap aktiviti menyumbang dua (2) markah] JUMLAH MARKAH (Diisi oleh PP) i. ii. iii. /10 iv. v. JUMLAH WAJARAN (4%) /10 X 4 = PENGESAHAN PEGAWAI YANG DINILAI Saya mengaku bahawa semua maklumat di atas adalah benar. Disertakan sijil/ bukti penyertaan yang telah disahkan bagi tujuan semakan. Tandatangan Tarikh Nama No Kad Pengenalan - - D-iv

BAHAGIAN III RINGKASAN PENILAIAN (Perlu diisi oleh PP) KATEGORI PERKARA MARKAH 1. /4 2. /4 3. /4 4. /4 5. /4 JUMLAH /20 PENGESAHAN PEGAWAI PENILAI Saya telah menyemak dan dengan ini mengesahkan bahawa semua maklumat di atas adalah benar. Tandatangan Tarikh Nama No Kad Pengenalan - - Jawatan/Gred Kementerian/Jabatan D-v

Lampiran E JADUAL RINGKASAN PENGANUGERAHAN P.P.C. DAN PEMBERIAN APC BIL. PERKARA P.P.C. APC 1. Bilangan Penerima Dihadkan kepada 8% daripada jumlah keseluruhan pegawai perkhidmatan awam. PPC (%) APC (%) 3 5 2 6 1 7 0 8 2. Syarat Kelayakan Bagi pencalonan kali pertama, pegawai: telah disahkan dalam perkhidmatan; telah genap 5 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada tahun prestasinya dinilai; jawatan Gred 1-6 atau setaraf dan ke bawah; cemerlang dalam prestasi kerja dan aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi; lulus tapisan keselamatan (jenayah dan keselamatan) Polis Diraja Malaysia (PDRM); lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); lulus tapisan keutuhan Jabatan Insolvensi Malaysia; tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib; dan diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM). Bagi pencalonan kali kedua, pegawai: memenuhi semua syarat di atas; dan perkhidmatan tidak terputus dalam tempoh 5 tahun dari tarikh penganugerahan kali pertama. Semua pegawai perkhidmatan awam yang: dilantik secara tetap, sementara atau kontrak; dan telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian. 3. Asas Pertimbangan memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan memperolehi markah penilaian aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi 10 markah dan ke atas. memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian. i

4. Insentif Pingat Perkhidmatan Cemerlang; Sijil Pingat Perkhidmatan Cemerlang; dan Saham amanah atau Sijil Simpanan Premium atau wang tunai bernilai RM1,000.00. Sijil Perkhidmatan Cemerlang; dan Saham amanah atau Sijil Simpanan Premium atau wang tunai bernilai RM1,000.00. 5. Insentif lain Peluang dan keutamaan dalam: pembangunan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja; dan pencalonan bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri. Peluang dalam pencalonan bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri. 6. Penarikan Semula Pingat Sekiranya pegawai: telah disabitkan atas sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; hilang taraf kewarganegaraan; atau disifatkan berkelakuan tidak sesuai sebagai penerima pingat oleh PPSM. Tidak berkenaan ii