Rahsia Marketing Plan Guru Coklat

dokumen-dokumen yang mirip
Sebelum tu izinkan saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Norihan Bin Suhadak.

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq

ARAHAN: ( )

Bagaimana Menulis Ayat Jualan POWER!!

3 Idea Simple Kerja Dari Rumah Secara Online Untuk Surirumah. oleh Zamri Nanyan

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

Pemasaran emel adalah antara cara paling berkesan untuk anda menghasilkan. pendapatan yang berterusan. Bayangkan syarikat besar seperti ADIDAS

Ia disertakan dengan contoh bagi meningkatkan pemahaman kita terhadap cara penggunaan bonus ini.

MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA. Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak

Polisi Privasi. Pengenalan

Hakcipta Terpelihara Irfan Khairi Sdn. Bhd. Page 1

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Jimatkan RM 3-5 Angka Dengan Meneladani 70 Pengajaran Bisnes, Kehidupan dan Spiritual

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

8 langkah mudah memulakan perniagaan affiliate.

KATEGORI: PELANGGAN BARU AHLI RAKAN NIAGA BARU MENDAFTAR SEPANJANG TEMPOH PERADUAN.

PERKONGSIAN ILMU HANYA BOLEH DIDAPATI DI. Discover Your Potential

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

LMCK 1421 PEMIKIRAN KRITIKAL & PENYELESAIAN MASALAH SEM /2017 SET 4 LAPORAN AKHIR

Panduan Pengguna PayBillsMalaysia

The Death of Internet Marketing

PETRONAS DAGANGAN BERHAD PROMOSI KOMBO RM5 UNTUK CUTI IDAMAN TERMA & SYARAT Peraduan

Potensi Berbisnes Kecil-Kecilan Dengan Kerajaan Dan Buat 5 Angka

Panduan Guru Versi 2. Layari untuk versi terbaru.

» AKAUN PENGGUNA. Pilih Sidang dan tekan butang Jana dari fail Jadual Waktu


TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN KEMPEN JomPAY Nationwide

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

MODUL PENGENDALIAN AKTIVITI GALAKAN MEMBACA. Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Awam Pustaka Negeri Sarawak

Polisi Privasi UNTUK PENGETAHUAN PENGGUNA PENERANGAN DATA PERIBADI

Panduan Guru Versi 1. Layari standtogether.my/competition untuk versi terbaru.

CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU

MAHUKAH KALAU SAYA TUNJUKAN PELUANG PERNIAGAAN DROPSHIP YANG BOLEH JANA PENDAPATAN 4 HINGGA 5 ANGKA SEBULAN. Kalau mahu, teruskan membaca,..!

Sejarah Penting 100 Tahun Dahulu

NUR FARA AYUNI BINTI ABDUL RAFFAR PISMP AMBILAN JANUARI 2012 RBT 1

tahu sebelum membaca e-book ini

Teknik Buat Duit Affiliate Tanpa Modal

LAMAN SESAWANG SEKOLAH 1 MALAYSIA.

Polisi Privasi Smiggle

Muka surat isi kandungan Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam sesebuah Rancangan Perniagaan.

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH PENGHARGAAN UCTC 2015

7 Kesilapan Kritikal Resume Dilongkangkan

TERMA DAN SYARAT KEMPEN PELANGGAN KITA-KITA AJE

Peraduan InstaHarapan AADK

JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I

Siapa saya? Dan, bagaimana saya Berjaya membina bisnes cenderahati?

Siri Native Ads #1 - Produk Ilmu Membina Syarikat Aqif Azizan Hakcipta terpelihara milik Write to Wealth.

12.00 TGH MLM, 15 OKTOBER

Belia dan komunikasi digital / Belia sebagai ahli masyarakat komunikasi digital. Abdullah Adnan Mohamed, Haslinda Hashim.

Ujian Sahsiah dan Minat: 303 Soalan dan Jawapan. Legal Notice

PERJANJIAN PENGGUNAAN TERKAWAL

SURAT PERJANJIAN STOKIS/AGENT/DROPSHIP SUTRINA

Berurusan dengan Pengantara Takaful

Perjanjian rakan kongsi

PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI

Hakcipta terpelihara jombuatduit.com. Dilarang mencetak, mengeluar dan mengedarkannya tanpa izin penerbit yang sah. Page 1

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

Tajuk Ebook: Rahsia 5 Langkah Mudah Perniagaan TASKA Didedah. Ditulis oleh: Ummi Sofea

2PILIH GERILA ANDA DENGAN TELITI DAN BETUL

[Rahsia Bisnes Printing] RAHSIA BISNES PRINTING Kini Peluang Anda Untuk Menjadi BOSS Besar Syarikat Printing!

NOTIS & PILIHAN PENYATA PRINSIPAL AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

FACT SHEET

Rangka karangan. Pendahuluan. - Alamat pengirim - Tarikh - Kata-kata aluan dan bertanya khabar

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Kepentingan hubungan yang baik dengan pelanggan ialah :-

a. Giant b. Tunas Manja/ Billion/ TF Value/ Pantai Timor

Rahsia Tarik Klik Facebook Ads

a) Kempen Let s Go E Rezeki Draw ini dibuka kepada semua pelanggan yang berdaftar dengan PruBSN Touch.

OBJEKTIF TUJUAN UTAMA

I I I I I I I I I I I I I UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2015/ DEC 2015 MASA : 1 JAM 30 MINIT ARAHAN

Bank of America Malaysia Berhad Piagam Perkhidmatan Pelanggan

Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

9 perkara yang perlu diambil kira sebelum memilih produk affiliate.

5 Masalah Terbesar Import Produk Dari China!

Sedikit Sumbangan Saya Buat Sahabat-Sahabat Usahawan Yang Juga Anak Didik Mentor Kita, Dr Hj Azizan Osman

CONTACT NUMBER : FB.INSTAGRAM.YOUTUBE.TWITTER SURAT PERJANJIAN ANTARA BF WARRIORS & MOMSMUNCH LACTATION COOKIES

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 NOTIS DAN PILIHAN

PETRONAS DAGANGAN BERHAD RACE TO WIN TERMA & SYARAT Peraduan

4 Eatery Eatery Lihat... 26

UJIAN LATIHAN UJIAN TAAKULAN GLOBAL

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

LAMPIRAN A BORANG SOAL SELIDIK FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN USAHAWAN DAN PENCAPAIAN USAHAWAN MUSLIM DI MALAYSIA

Model Pengurusan Strategik

Membudayakan Kemahiran Berfikir KEMENTERIAN 1 PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC


Disclaimer. Perhatian!

Tawaran Penghijrahan SharePoint 2013 Soalan Lazim

BELAJAR CARA BELAJAR

CABARAN SIHAT UNTUK KINI DAN SELAMANYA. Oleh : Norwidayati Nasiman

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

BAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Transkripsi:

2011 Rahsia Marketing Plan Guru Coklat Khairul Akmal Ibrahin Guru Coklat Enterprise 1/1/2011

Disclaimer Beberapa perkara penting yang perlu anda tahu sebelum membaca e-book ini. 1. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana mana bahagian didalam e-book ini. 2. Anda dilarang menjual e-book ini kepada mana mana pihak tanpa melalui laman web http://www.gurucoklat.com 3. Anda dilarang mengedarkan e-book ini secara percuma. 4. Anda dilarang menjadikan e-book ini sebagai bonus kepada produk anda. Yang benar, Khairul Akmal Ibrahim, Guru Coklat Enterprise http://www.gurucoklat.com Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh hubungi saya di buatcoklat@gmail.com.

Rahsia Marketing Plan Guru Coklat Pengenalan Marketing Plan atau Plan Pemasaran yang baik dapat menentukan sama ada sesuatu perniagaan itu boleh berjaya atau pun tidak. Kebiasaan usahawan usahawan yang masih baru pasti akan mengalami kegagalan buat pertama kali dalam melakukan pemasaran. Hal ini berlaku kerana kurangnya ilmu tentang pemasaran dan kurang pengalaman. Saya juga ialah antara berjuta usahawan yang tidak boleh lari dari menghadapi kegagalan tersebut. Saya bermula sebagai usahawan coklat dari bulan Januari 2010. Semenjak dari tarikh tersebut sehingga Mac 2010, saya tidak berjaya menghasilkan apa-apa jualan coklat. Banyak kerugian telah saya hadapi terutama dari segi bahan-bahan coklat dan kos pemasaran coklat tersebut. Medium pemasaran yang saya gunakan ialah 100% di internet. Dahulu saya kurang berkeyakinan untuk berniaga di khalayak ramai kerana dikhuatiri mendapat jelekkan daripada rakan-rakan yang cuba menjatuhkan saya. Pada awal April 2010, saya telah mendapat tempahan coklat yang pertama. Tempahan coklat yang telah saya terima tidaklah banyak semasa itu. Cukup sekadar untuk menampung kos modal perniagaan. Perkara tersebut berlarutan sehingga penghujung Jun 2010. Selepas itu, saya mengambil keputusan untuk menghentikan jualan tersebut kerana ingin mempelajari pemasaran internet dengan lebih lanjut lagi disamping mengkaji pasaran coklat di Malaysia. Pada pertengahan bulan Mei 2011, saya mula merangka strategi pemasaran coklat yang baru selepas puas mengkaji pasaran coklat selama beberapa bulan.

Pada awal Jun 2011, saya mula melancarkan coklat jenama Guru Coklat yang mana saya telah menggunakan laman web Store Guru Coklat untuk senaraikan coklat tersebut. Sempena pelancaran tersebut juga saya telah mengadakan peraduan untuk pembeli bertuah coklat tersebut. Peraduan tersebut telah berlarutan sehingga penghujung Julai 2011. Tanpa saya sangka, hasil dari usaha dan pengalaman saya berbulan-bulan memasarkan coklat akhirnya membuahkan hasil. Saya berjaya menunaikan janji saya dengan memberi hadiah yang telah saya nyatakan dalam peraduan yang telah saya adakan kepada peserta bertuah peraduan tersebut dan saya juga telah berjaya menjana keuntungan yang lumayan dari teknik pemasaran coklat tersebut. Moga anda yang sedang membaca ebook ini juga akan menjadi usahawan berjaya suatu hari kelak. Teruskan membaca ebook ini untuk pendedahan mengenai strategi pemasaran yang telah saya sendiri gunakan untuk memasarkan coklat

Plan Pemasaran 1 Bulan sebelum pelancaran 1. Hasilkan coklat buatan tangan yang baik. Sebelum membuat pelancaran coklat jenama anda, anda perlulah menghasilkan coklat yang baik. Kadang kala kita sebagai pembuat coklat, kita tidak tahu sama ada coklat yang kita buat tersebut mempunyai rasa yang sedap dan akan mendapat sambutan ramai. Cara untuk menguji setiap coklat yang telah kita hasilkan ialah dengan menjadikan orang ramai sebagai pencuba coklat kita. Beri coklat yang anda hasilkan kepada anak-anak, rakan-rakan dan saudara-mara untuk merasa coklat yang anda hasilkan dan tanya pendapat mereka tentang coklat tersebut. Jika ada dikalangan mereka pakar dalam bidang merasa masakan, lebih digalakkan untuk meminta bantuan dan pandangan mereka untuk merasa coklat anda. Lagi 1 perkara penting untuk meningkatkan jenama coklat anda ialah hasilkan coklat yang ada keunikkan tersendiri. Seperti coklat jenama Cadbury, mereka lebih dikenali dengan coklat yang berbentuk bar dan rasa yang unik. Coklat jenama Ferrero pula lebih dikenali dengan bentuk coklat Truffle. Coklat jenama Guru Coklat pula dikenali dengan coklat yang berintikan sapuan roti Nutella. Jadi, cari idea untuk menghasilkan coklat yang unik.

2. Reka bentuk kotak coklat jenama anda. Reka bentuk kotak coklat yang menarik juga menjadi faktor kejayaan coklat jenama anda. Ingat! Anda sedang bersaing dengan coklat jenama terkenal diluar sana dan juga usahawan coklat yang lain. Reka bentuk kotak coklat ialah antara perkara yang perlu anda ambil berat untuk berjaya dalam pemasaran coklat. Memang banyak kotak coklat yang ada dijual diluar sana tetapi anda perlu fikir, berapa ramai usahawan coklat diluar sana yang telah menggunakan kotak coklat yang berada dipasaran tersebut. Tips untuk menghasilkan reka bentuk kotak coklat yang baik: Pastikan kotak coklat tersebut menarik dan memudahkan pembeli. Contoh, hasilkan kotak coklat yang memang sesuai untuk pembeli menjadikan hadiah terus tanpa mereka perlu melakukan pengubahsuaian. Reka bentuk coklat jenama Guru Coklat juga unik yang mana kotak tersebut ialah 100% buatan tangan dan mempunyai corak yang unik dan menarik yang tidak ada pada coklat jenama lain. Idea reka bentuk kotak coklat: Anda boleh menggunakan kotak coklat yang ada dipasaran tetapi lakukan sedikit pengubahsuaian supaya menjadi unik. Contoh, anda balutkan kotak yang asal dengan kertas/kain yang mempunyai corak yang unik seperti batik dan sebagainya.

3. Pastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat coklat/kotak coklat mudah untuk didapati. Bahan-bahan yang tidak lengkap juga merupakan satu faktor yang mengganggu proses pelancaran coklat jenama anda. Jadi, pastikan bahan yang diperlukan mudah didapati di kedai-kedai berhampiran. Lakukan survey ke 2 atau 3 buah kedai yang menjual peralatan yang sama supaya jika salah 1 kedai kehabisan stok bahan yang anda perlukan, anda boleh dapatkan di kedai yang lain. 4. Bina hubungan baik sesama rakan dan bakal pembeli coklat anda. Sekarang ini, antara laman web sosial yang terkenal ialah Facebook. Hampir seluruh penduduk didunia ini mempunyai akaun Facebook. Jadi, gunakan medium Facebook ini untuk membina hubungan baik sesama rakan-rakan dan bakal pelanggan coklat anda supaya anda mendapat kepercayaan daripada mereka. Tambah rakan Facebook anda setiap hari dan bina hubungan baik dengan mereka. Jangan mulakan dengan mempromosikan coklat anda kepada mereka kerana anda akan dianggap SPAMMER oleh mereka. Pada ketika ini mungkin anda boleh bercerita tentang perancangan anda untuk memulakan perniagaan coklat tetapi pesan saya JANGAN SEKALI-KALI PROMOSIKAN COKLAT ANDA KEPADA MEREKA SEBELUM MENDAPAT KEPERCAYAAN MEREKA. Baca plan pemasaran 2 minggu sebelum pelancaran untuk mengetahui lebih jelas mengenai perancangan pemasaran yang diterangkan saya dalam ebook ini.

2 Minggu Sebelum Pelancaran 1. Tawarkan untuk memberi coklat secara percuma kepada rakan dan bakal pelanggan. Pada sebulan sebelum pelancaran, anda telah membina hubungan baik sesama rakan dan bakal pelanggan anda di Facebook. Pada kali ini, anda tawarkan pula coklat percuma kepada mereka. Mungkin anda boleh pos status update tentang coklat anda dan ajak mereka untuk mencuba coklat anda. Contoh ayat yang boleh digunakan untuk status tersebut ialah, Akhirnya siap juga 8 jenis coklat. Jom kawan-kawan, rasa coklat saya. Emel saya alamat rumah jika berminat.. Jadi, rakan-rakan anda yang berminat akan hubungi anda untuk mencuba coklat anda. Jika anda ada kemahiran menggunakan photoshop, paint dan GIMP, anda boleh cipta satu gambar yang mengandungi semua jenis coklat anda dan tulis juga mesej untuk mengajak rakan-rakan anda untuk mencuba coklat anda. Selepas itu, upload gambar tersebut di Facebook. Untuk waktu pos update status, saya cadangkan anda pos pada: 8 10 pagi 1.50 2.30 pagi 9 11 malam Untuk pembungkusan pula, mungkin anda boleh letakkan setiap satu kotak coklat mengandungi setiap jenis coklat. Contohnya, jika anda telah hasilkan 8 jenis coklat untuk dijual, anda letakkan 8 biji coklat dalam 1 kotak coklat jadi setiap jenis coklat ada dalam kotak coklat tersebut.

2. Mula untuk membuat laman web/blog khas untuk coklat jenama anda. Pada ketika ini, anda sudah mula untuk membuat laman web/blog khas untuk coklat jenama anda. Untuk membuat blog yang percuma, anda boleh menggunakan perkhidmatan laman web Blogger.com. Daftar di laman web tersebut untuk mula membuat blog coklat jenama anda. Tips untuk membuat laman web/blog yang baik: Pastikan susun atur laman web/blog anda kemas dan mudah untuk dilihati. Seelok-eloknya buat satu halaman khas untuk catalog coklat anda. Untuk borang tempahan pula, buat satu halaman khas untuk borang tempahan. Buat satu halaman khas untuk hubungi anda. Buat satu halaman khas untuk menulis maklumat tentang perniagaan anda selengkap-lengkapnya supaya pelanggan lebih mempercayai anda. Banyakkan merujuk kepada blog/laman web coklat yang berada di internet untuk membuat blog/laman web coklat anda. Banyakkan juga membuat carian di laman web Google untuk cara membuat laman web/blog yang baik. 3. Tanya pendapat rakan-rakan dan bakal pelanggan anda tentang coklat anda. Pada ketika ini, saya galakkan anda bertanyakan pendapat mengenai coklat anda dari rakan-rakan dan bakal pelanggan anda terutama yang telah mencuba coklat anda. Jika ada kekurangan, mungkin anda boleh cuba perbaiki supaya coklat anda dapat menepati kehendak pelanggan semasa pelancaran nanti.

4. Selalu update tentang pelancaran coklat jenama anda. Pada masa ini, anda perlu kerap update tentang tarikh pelancaran coklat anda supaya bakal pelanggan anda dapat alert dari anda. Contoh, anda update status seperti, Tinggal lagi 10 hari lagi sebelum pelancaran coklat [Jenama Anda]. Nantikan tawaran istimewa dari saya nanti.. Jangan risau tentang update anda. Jika sebelum ini anda memang menjalinkan hubungan yang baik dengan bakal pelanggan anda, mereka pasti rasa teruja menunggu pelancaran coklat anda. 5. Banyakkan mengadakan aktiviti berkaitan coklat sebelum pelancaran. Tujuan aktiviti tersebut diadakan supaya anda dapat lebih kerap berkomunikasi dengan bakal pelanggan anda sebelum pelancaran coklat jenama anda. Bila banyak komunikasi berlaku antara anda dan bakal pelanggan, anda pasti dapat meraih kepercayaan dari bakal pelanggan anda. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah: Perkongsian ilmu tentang coklat. Contohnya, anda kongsikan resepi coklat anda kepada mereka. Jangan risau jika mereka mengambil resepi anda. Saya pasti anda tidak akan rugi malah akan bertambah-tambah lagi rezeki anda kerana anda mendapat kepercayaan bakal pelanggan anda. Buat peraduan. Contohnya, anda boleh buat peraduan bergambar bersama coklat kegemaran. Jadi, peserta peraduan tersebut hanya perlu menangkap gambar mereka bersama coklat kegemaran mereka dan upload di Facebook. Jika mereka berjaya meraih LIKE paling banyak, mereka akan diisytiharkan sebagai pemenang. Peluang besar untuk anda menambahkan fans/bakal pelanggan anda jika anda telah mencipta fanpage coklat jenama anda. Dan banyak lagi

Semasa Hari Pelancaran 1. Umumkan pelancaran coklat anda di Facebook. Umumkanlah pelancaran coklat anda kepada rakan-rakan dan bakal pelanggan anda di Facebook. Jika anda telah melakukan langkah sebelum pelancaran ini dengan cemerlang, saya yakin anda akan menerima tempahan coklat beberapa minit selepas anda umumkan pelancaran coklat. P/S: Jangan lupa nyatakan maklumat lengkap tentang cara menempah coklat dari anda. 2. Beri tawaran istimewa kepada bakal pelanggan. Beri tawaran istimewa kepada bakal pelanggan semasa pelancaran. Mungkin anda boleh kurangkan harga coklat anda selama 2 minggu dan maklumkan kepada mereka. 3. Buka tawaran untuk menjadi agen coklat anda. Kepada yang telah mencuba dan membeli coklat jenama anda, buka tawaran untuk menjadi agen coklat anda kepada mereka. Anda boleh terangkan kepada mereka kelebihan menjadi agen coklat jenama anda seperti mendapat harga lebih rendah, keuntungan yang tinggi, penghantaran percuma dan sebagainya. Lebih baik jika anda sertakan sekali sample coklat kepada mereka yang berminat menjadi agen coklat anda supaya sample tersebut dapat digunakan untuk membantu mereka menghasilkan jualan.

4. Buat peraduan untuk pembeli coklat anda. Buat peraduan untuk pembeli coklat anda. Contoh peraduan ialah bergambar bersama coklat jenama anda. Jadi, peserta perlu menangkap gambar mereka bersama coklat jenama anda dan upload ke Facebook. Gambar yang dapat banyak LIKE, akan disytiharkan pemenang peraduan tersebut. 5. Banyakkan melakukan aktiviti berkaitan dengan coklat anda. Aktiviti ini penting supaya anda dapat terus berkomunikasi dengan bakal pelanggan. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan semasa pelancaran ini ialah jemputan minum petang bersama anda. Semasa majlis minum petang tersebut, anda boleh menggunakan kesempatan tersebut untuk memperkenalkan coklat anda kepada mereka. Lagi mudah untuk mendapat kepercayaan mereka kerana anda berkomunikasi secara terus dengan mereka. Anda juga boleh memberi mereka merasa sample coklat anda. Jika mereka berminat, mereka boleh terus mendapatkan coklat anda. Dan semasa waktu tersebut juga anda boleh memberi peluang kepada mereka untuk menjadi agen jualan coklat anda.

Selepas Pelancaran 1. Teruskan berkomunikasi dengan bakal pelanggan/pelanggan anda. Selepas tamat pelancaran coklat, jangan lupa untuk terus berkomunikasi dengan bakal pelanggan/pelanggan anda supaya mereka menyenangi anda dan terus mempercayai anda. 2. Tambah koleksi coklat yang baru dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk tambah koleksi coklat yang baru dari masa ke semasa supaya bakal pelanggan akan merasakan bahawa perniagaan anda masih lagi hidup selepas pelancaran dan mereka tidak merasa jemu dengan koleksi coklat yang terdahulu. 3. Sentiasa mempelajari teknik-teknik membuat coklat yang baru dan menambahbaik coklat yang sedia ada. Ilmu di dunia ini tidak akan pernah habis. Teruskan mencari dan menambah pengetahuan baru tentang cara membuat coklat supaya dapat menghasilkan coklat yang baru dan menambahbaik coklat yang sedia ada. ::TAMAT::

Akhir Kata Terima kasih kerana telah membaca ebook Rahsia Marketing Plan Guru Coklat. Mudah-mudahan perkongsian ilmu tersebut memberi manfaat kepada anda dan dapat sedikit-sebanyak membantu anda membina perniagaan coklat buatan tangan jenama anda sendiri. Pesanan terakhir saya, jangan takut untuk mengambil risiko kegagalan. Setiap kegagalan pasti ada terselindung kebaikkan disebaliknya. Selamat mencuba dan semoga berjaya. Ikhlas, Khairul Akmal Ibrahim Guru Coklat Enterprise http://www.gurucoklat.com