Terma Penggunaan I. TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAMI SILA BERSABAR DENGAN KAMI

dokumen-dokumen yang mirip
TERMA PENGGUNAAN. Skop

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

TERMA PENGGUNAAN Laman Web TomTom

TERMA-TERMA PENGGUNAAN LAMAN WEB SCICOM

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

Promosi TMgo Double Raya merupakan promosi khas untuk pengguna TMgo menikmati kuota berganda sehingga 12GB dengan setiap tambah nilai RM50.

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI DAN SENARAI PRINSIP NOTIS. Merujuk kepada seksyen 7 dan 6 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Akses ke Laman Web ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah tertakluk, pada setiap masa kepada Terma dan Syarat berikut ;

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

KEMPEN PULANGAN TUNAI LUAR NEGARA 30% UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM

KEMPEN PULANGAN TUNAI AUTOPAY BILL UOBM TERMA & SYARAT KAD KREDIT UOBM ("KAD")

TERMA DAN SYARAT CIMB BANK BERHAD YANG MENTADBIR KEMPEN PULANGAN TUNAI PEMILIK TUNGGAL DAN PERKONGSIAN UNTUK AKAUN SEMASA PERNIAGAAN

TERMA DAN SYARAT KEMPEN THE WOW SMART PHONE PELAN BAYARAN MUDAH 0% (EPP)

1.1 Maklumat mengenai cara untuk menyertai Peraduan ini adalah sebahagian daripada terma-terma dan syarat-syarat penyertaan.

Kempen Pembayaran Segera ke Nombor Telefon Bimbit dan Menang!

TERMA DAN SYARAT. Bermakna individu atau entiti yang telah meohon atau sedang memohon untuk mana-mana Perkhidmatan Perbankan.

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")

Terms & Conditions NOTIS UNDANG-UNDANG PENTING. Pendahuluan

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

TERMA DAN SYARAT. Bahagian A: Peraturan Umum. 1. Pengenalan

WARANTI TERHAD. (i) membaiki bahagian yang rosak pada Peranti BlackBerry tanpa mengenakan bayaran kepada ANDA untuk bahagian baharu atau yang dibaiki;

Terma-terma dan Syarat-syarat CIMB Bank Kempen Website CPL (1 hb Sep hingga 31 hb Okt 2017)

KEMPEN RM1,000,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

1.5 Bahan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, reka bentuk, susun atur, rupa, gambaran dan grafik. Penghasilan semula adalah dilarang.

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

TERMA & SYARAT KEMPEN BUAT TRANSAKSI ONLINE & MENANG OCBC

Dasar Privasi. Skop. Jenis Data dan Kaedah Pengumpulan

Jika anda tidak ingin bersetuju dengan terma-terma ini, sila klik TIDAK TERIMA dan dapatkan bayaran balik harga belian seperti berikut:

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Hadiah 1 : Arca Saduran Emas 24K Anjing Mini RM60,000 4 bulan. Hadiah 2 : Arca Saduran Emas 24K Keluarga Anjing RM80,000 4 bulan

TERMA DAN SYARAT PELAN PEMBAYARAN MUDAH ( EPP ) AFFINBANK

Borang Permohonan bermaksud borang permohonan yang dikeluarkan oleh Bank untuk langganan kepada Perkhidmatan (seperti yang ditafsirkan di sini).

KEMPEN PENEBUSAN BIJIRIN SARAPAN NESTLÉ STAR WARS BB-8

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN SAMBUTAN HARI GURU & JURURAWAT 2017

CIMB Islamic Kempen Wealth Starter 3.0 ( Kempen ) Terma-Terma dan Syarat-Syarat

1. Promosi akan berlangsung mulai 01/03/2016 jam 00:00 (GMT+8) hingga 30/04/2016 jam 23:59 (GMT+8).

b) e-mandate merujuk kepada kemudahan Direct Debit secara elektronik melalui dalam talian yang disediakan oleh PayNet.

KEMPEN MENANG BMW ATAU RM10,000 PULANGAN TUNAI UOBM Terma dan Syarat KAD KREDIT DAN/ATAU DEBIT UOBM ( KAD )

Polisi Privasi. Pengenalan

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen Belanja Musim Perayaan dan Menang Kad Hadiah CIMB-IKEA (1 Disember Februari 2018)

Syarat-Syarat dan Terma-Terma Kad Bank (PMPC)

Notis Laman Web Berkenaan Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Terma dan Syarat Peraduan untuk 5X Mata BonusLink pada hari Jumaat & Hujung Minggu

Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen MasterCard Guaranteed Overseas Spend CIMB Bank

VERSI-1/04/01/2017/CIP/T&C/BM. Terma dan Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFINBANK

1.1. Travel Care Insurance Contest yang dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (selepas ini dirujuk sebagai CIMB Bank atau Bank ).

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

TERMA DAN SYARAT Kempen Belanja Tahun Baru Cina 2018 dan Menang Baucar CIMB-Giant (1hb Februari hb Februari 2018)

Terma dan Syarat Kempen Scootvaganza dengan Kad AFFIN ( Kempen )

TERMA-TERMA & SYARAT-SYARAT KEMPEN AS EASY AS 1, 2, 3

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

Terma & Syarat Promosi Deposit Tetap / Deposit Bertempoh (FD/TD) untuk tempoh 6 bulan dengan hadiah

KEMPEN SUKU TAHUNAN KAD KREDIT PRVI MILES UOBM TERMA & SYARAT

POLISI PEMBELIAN. Pembelian Produk Samak. Produk Pesanan SAMAK SERTU SERVICES SDN BHD POLISI PEMBELIAN

Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Website CPL Campaign (1hb Julai 31hb Ogos 2017)

(iv) Pemegang kad kredit utama kad kredit CIMB Tesco Platinum sedia ada; dan/atau

Terma-Terma dan Peraturan Pengurusan Kes (Peringkat Pertama)

Kempen Hadiah Sehingga RM150 kepada Permohonan Kad Kredit CIMB BANK

Terma dan Syarat Promosi Ganjaran Tunai untuk Pemula Transaksi Perniagaan

Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT Kempen RM1 for 1 Swipe CIMB 2016

Terma dan Syarat, Kempen AFFINBANK BHPetrol Touch & Fuel MasterCard Contactless

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

Promosi Beli dan Menang Senheng (Peraduan) dianjurkan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd.

AKAUN MATAWANG ASING TERMA DAN SYARAT

Terma dan Syarat untuk Program Kad Kredit. Terma dan Syarat

TERMA & SYARAT. KEMPEN ASNB HB & DT RHB Bank

Terma dan Syarat Promosi Memperkenalkan Ahli Baharu AmSignature Priority Banking

a) Peserta mestilah mengambil foto hidangan bernutrisi yang disediakan untuk Si Manja.

VERSI-1/11/2016/EPP/T&C/BM

Terma-terma and Syarat-syarat CIMB Affinity Kad Kredit Pengambilan dan Penggunan yang mengawal Kempen Welcome Gift

Fasal-fasal yang dipinda

PERJANJIAN BELAJAR. PERJANJIAN INI dibuat pada haribulan... tahun... (selepas ini dirujuk sebagai Perjanjian ini ) ANTARA

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Terma dan Syarat Kempen Berbelanja Kad-i Bank Islam Visa (Debit & Kredit) Wow! Senangnya nak menang wang tunai.

2.2. Semua harga yang ditawarkan oleh wakil-wakil Rapid Data Recovery adalah tidak termasuk VAT (pada kadar 17.5% daripada jumlah boleh dibayar.

RHB Investment Bank Berhad Terma dan Syarat Peraduan Dagang & Menang

Tempoh yang Diperuntukkan Bag Troli Condotti RM8,000 4 bulan

2. Individu-individu yang tersenarai di bawah adalah tidak layak menyertai Peraduan ini:

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG MENTADBIR PERADUAN INSURANS TRAVEL CARE - HOKKAIDO

PERADUAN MAGGI LEBIH MASAK LEBIH GEMPAK RAYA TERMA DAN SYARAT

PERJANJIAN PENYELENGGARAAN. Bertarikh. Antara. CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No Syarikat H) ("Bank") dan. ("Pelanggan")

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT CIMB BANK BERHAD ( BANK ) YANG MENGAWAL KEMPEN KAD KREDIT CIMB PREFERRED ( Kempen )

TERMA & SYARAT ( T&S ) Berikut adalah terma dan syarat yang berkuat kuasa ke atas Kempen:- KELAYAKAN

Terma & Syarat Kempen MyDebit dengan agensi agensi Kerajaan Negeri Sabah

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon ( CIP ) AFFIN

Diri Semua Risiko Terma & Syarat

Kempen Wealth Starter CIMB - Terma-terma dan Syarat-syarat

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

KAD UOB VISA INFINITE COMPLIMENTARY AIRPORT CAR RIDE Terma & Syarat Kad UOB VISA Infinite. Tempoh Kempen. Perbelanjaan yang layak

TERMA DAN SYARAT KEMPEN BAWA PULANG HADIAH LUMAYAN TAHUN BARU 2016

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions

Transkripsi:

Terma Penggunaan I. TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT KAMI SILA BERSABAR DENGAN KAMI 1. Walaupun ia mungkin bukan hobi kegemaran anda tetapi sila baca Terma-Terma dan Syarat- Syarat ini termasuk Dasar Privasi dan Dasar Cookie (secara kolektif, T&S ) dengan teliti. Kenapa? Kerana dengan melawat, mengakses, mengguna atau memperoleh sebarang kandungan atau data dari laman web kami www.gobear.com.my ( Laman Web atau GoBear ) atau dengan memperoleh atau menggguna mana-mana perkhidmatan yang kami bekalkan melalui Laman Web kami, anda setuju untuk terikat oleh T&S ini. T&S tersebut akan berkuatkuasa sama ada anda mengakses Laman Web kami melalui komputer, peranti mudah alih atau mana-mana cara yang lain. 2. Persetujuan anda untuk terikat oleh T&S ini bermakna bahawa anda akan memasuki perjanjian yang terikat dari sisi undang-undang dengan kami: Woodpecker Asia Tech Pte. Ltd. dan pengganti undang-undang kami. Pengunaan kami dalam T&S ini merujuk kepada Woodpecker Asia Tech Pte. Ltd. 3. Jika anda tidak berpuas hati dengan T&S ini dan anda tidak ingin menerima semua terma-terma dalam T&S ini, kami dengan dukacitanya perlu mengucapkan selamat tinggal di sini dan dengan hormatnya meminta anda supaya menghentikan dengan segera penggunaan Laman Web kami. II. MENGUBAHSUAI ADALAH SAMA DENGAN MEMBERITAHU 1. Terdapat kemungkinan kami perlu mengubahsuai T&S ini pada bila-bila masa sahaja. Kami akan memberitahu anda sebelum kami mengubahsuai Laman Web kami. Kami akan berbuat demikian dengan menyiarkan notis pada Laman Web kami sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum pengubahsuaian tersebut mula berkuatkuasa. Anda akan terikat oleh T&S yang telah diubah suai jika anda (terus) melawat, mengakses atau mengguna Laman Web kami atau memperoleh atau mengguna sebarang perkhidmatan yang kami bekalkan melalui Laman Web kami selepas tamat tempoh empat belas (14) hari yang dinyatakan di atas. 2. Kami ingin mengulangi bahawa jika anda tidak berpuas hati dengan T&S yang telah diubah suai dan tidak ingin terikat oleh semua terma-terma dalam T&S yang telah diubah suai, kami dengan hormatnya meminta anda untuk menghentikan dengan segera penggunaan Laman Web kami. III. RINGKASAN CARA GOBEAR BERFUNGSI 1. Kami merupakan laman web perbandingan harga dan manfaat yang membandingkan harga pelbagai jenis perkhidmatan kewangan dan produk-produk perbankan am di Malaysia yang

ditawarkan kepada pelanggan di Malaysia. Kami bekerjasama dengan pelbagai syarikat-syarikat perkhidmatan kewangan, broker perkhidmatan kewangan, ejen perkhidmatan kewangan, institusiinstitusi perkhidmatan kewangan dan/atau pengantara perkhidmatan dan produk kewangan yang lain (secara kolektif, Penyedia Perkhidmatan Kewangan ) di Malaysia yang bekalkan kami dengan spesifikasi produk mereka, harga dan sebarang data yang relevan untuk menjana perbandingan harga dan manfaat. Kami tidak mendakwa atau menjamin bahawa kami akan membandingkan harga bagi semua Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang sedang aktif di Malaysia. Ada kemungkinan bahawa terdapat syarikat perkhidmatan kewangan atau pengantara perkhidmatan kewangan yang tidak terkait dengan kami dan akibatnya kami tidak boleh memasukkan mereka dalam perbandingan kami dan anda tidak akan temui produk mereka dalam Laman Web kami. 2. Selepas anda memasukkan Data Peribadi yang tertentu (mengikuti definisi dalam Dasar Privasi kami) dan data lain yang berkenaan, Laman Web kami akan menjana perbandingan harga dan manfaat untuk produk perkhidmatan kewangan yang dipilih oleh anda. Laman Web kami akan menyenaraikan Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang sedang menawarkan produk perkhidmatan kewangan pilihan anda serta harga yang berkaitan dan opsyen untuk klik select bagi setiap produk yang dipaparkan. Jika anda membuat keputusan untuk klik butang select bagi Penyedia Perkhidmatan Kewangan tertentu, anda akan ditujukan ke laman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan tersebut dan Data Peribadi anda akan dizahirkan dan dihantar kepada Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang terpilih. Tugas kami terlaksana sebaik sahaja anda ditujukan ke laman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan tersebut. Kami tidak terlibat dalam sebarang perbincangan atau negosiasi di antara anda dan Penyedia Perkhidmatan Kewangan tersebut atau dalam penempatan atau pembelian sebarang produk atau perkhidmatan kewangan. IV. BAGAIMANA GOBEAR DAN PENYEDIA PERKHIDMATAN KEWANGAN TERKAIT 1. Laman Web kami dan perkhidmatan yang kami bekalkan melalui Laman Web kami adalah percuma untuk anda. Sebahagian besar cara kami membuat wang adalah daripada kutipan yuran yang kami terima daripada Penyedia Perkhidmatan Kewangan selepas pelanggan ditujukan ke laman web mereka. 2. Kami tidak memiliki atau mengawal mana-mana Penyedia Perkhidmatan Kewangan, produk atau perkhidmatan Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang dipaparkan di Laman Web kami dan kami juga tidak memiliki, mengawal atau mengendalikan laman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan. Kami hanya memberikan pautan ke laman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan untuk rujukan dan kemudahan anda sahaja dan kami tidak akan menanggung sebarang tanggungjawab atau liabiliti berhubung dengan laman-laman web tersebut atau untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang mungkin berbangkit daripada penggunaan laman-laman web tersebut oleh anda. Laman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan berkemungkinan besar juga ada terma-terma dan syarat-syarat

dan dasar privasi sendirinya dan anda digalakkan supaya merujuk kepadanya sebelum menggunakan laman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan tersebut. Sebarang penglibatan dan sebarang urusan antara anda dan Penyedia Perkhidmatan Kewangan adalah untuk akaun anda sendiri dan risiko sepenuhnya ditanggung oleh anda. 3. Maklumat yang dipaparkan pada Laman Web kami mengenai Penyedia Perkhidmatan Kewangan, produk dan perkhidmatan mereka dan juga (keputusan untuk) perbandingan harga, manfaat, miles atau rebat tunai yang dijana ( Perbandingan Kandungan ) adalah berdasarkan maklumat dan data yang kami peroleh daripada Penyedia Perkhidmatan Kewangan dan maklumat yang anda kemukakan melalui Laman Web kami. Oleh sebab itu, kami tidak boleh menanggung sebarang tanggungjawab atau liabiliti ke atas keakuratan, kelengkapan dan ketepatan Perbandingan Kandungan dan kami juga tidak boleh bertanggungjawab atau mempunyai liabiliti ke atas sebarang kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalam hal ini. 4. Seperti yang dinyatakan, kami merupakan laman web perbandingan harga dan manfaat dan kami memudahkan perbandingan antara produk-produk perkhidmatan kewangan am daripada Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang terkait dengan kami. Kami bukannya syarikat perkhidmatan kewangan, broker perkhidmatan kewangan, ejen perkhidmatan kewangan atau pengantara perkhidmatan kewangan. Oleh itu, kandungan yang dipaparkan pada Laman Web kami yang termasuk tetapi tidak terhad kepada Perbandingan Kandungan tidak dalam apa cara sekalipun mencadangkan, menyiratkan, mewujudkan atau merupakan suatu pengendorsan, kelulusan, cadangan atau nasihat bagi suatu Penyedia Perkhidmatan Kewangan atau produk atau perkhidmatan mereka termasuk kualiti dan kesesuaian produk atau perkhidmatan tersebut untuk penggunaan (peribadi) anda. Perbandingan Kandungan tersebut (atau sebahagian daripadanya) juga tidak akan dianggap atau ditafsir sebagai tawaran atau permintaan untuk membeli sebarang produk atau perkhidmatan daripada Penyedia Perkhidmatan Kewangan atau mana-mana pihak ketiga dalam hal ini. 5. Jika anda akhirnya membuat keputusan untuk membeli produk atau perkhidmatan daripada Penyedia Perkhidmatan Kewangan, anda akan memasuki perjanjian dengan Penyedia Perkhidmatan Kewangan tersebut dan bukannya dengan kami. Selepas itu, kami tidak menanggung sebarang tanggungjawab atau liabiliti untuk pembelian anda, kesesuaian atau kualiti produk atau perkhidmatan atau perjanjian yang telah anda memasuki dengan Penyedia Perkhidmatan Kewangan tersebut. V. ANDA BERTANGGUNGJAWAB BAGI PERKARA BERIKUT 1. Anda bersetuju untuk bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berikut: a. Anda hanya akan menggunakan Laman Web kami jika anda berumur 18 tahun ke atas, untuk penggunaan peribadi sahaja dan bukannya untuk penggunaan komersil;

b. Jika anda membuka akaun melalui Laman Web kami atau mengemukakan (melalui cara yang lain) sebarang Data Peribadi (mengikuti definisi dalam Dasar Privasi kami) atau data yang lain kepada kami, anda mewakili bahawa data yang diberikan oleh anda adalah benar, terkini, akurat dan lengkap. c. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda dikemaskini dan akurat sepanjang masa; d. Anda bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan akaun anda (nama pengguna dan kata laluan) dan anda tidak akan kongsi butir-butir akaun anda dengan orang lain; e. Anda tidak akan menggunakan Laman Web atau perkhidmatan kami untuk sebarang tujuan yang haram atau menyalahi undang-undang; f. Anda tidak akan melanggar sebarang langkah-langkah teknologi yang terdapat di dalam Laman Web kami atau memintas, mengelak, menghapus, menyahaktif, descramble, menyahsulit atau melalui apa-apa cara yang lain mencacat langkah-langkah yang dipasangkan atau digunakan oleh kami untuk mencegah atau menyekat akses kepada (sebahagian daripada) Laman Web kami, IP Laman Web (mengikuti definisi dalam fasal VII(1) dalam T&S ini) atau Kandungan. g. Anda tidak akan mencipta pautan dari mana-mana laman web ke Laman Web kami h. Anda tidak akan menggunakan sebarang perisian, alatan atau peranti untuk menganggu (ataupun cuba menganggu) Laman Web kami atau operasi Laman Web kami, dan; i. Anda bertanggungjawab untuk menyemak dan menjamin kesesuaian, kegunaan, kualiti, kecukupan dan ketersediaan produk atau perkhidmatan Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang dipaparkan pada Laman Web kami untuk penggunaan peribadi anda dan anda harus mencari dan mendapatkan nasihat profesional tentang produk tersebut sebelum membuat keputusan untuk membelinya, jika perlu atau diingini. VI. DATA PERIBADI, PRIVASI DAN COOKIES 1. Kami memandang serius terhadap perlindungan data peribadi anda dan kami merujuk anda kepada Dasar Privasi dan Dasar Cookie kami untuk maklumat dan butiran selanjutnya. Dasar Privasi dan Dasar Cookie kami merupakan bagian penting T&S ini. VII. BERUANG MILIK KAMI (TAMBAHAN PULA, SEBAHAGIAN DARIPADA KANDUNGAN INI DIMILIKI OLEH PENYEDIA PERKHIDMATAN KEWANGAN)

1. Laman Web kami mengandungi banyak data yang dilindungi di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan harta intelektual. Khususnya, kami merupakan pemilik Laman Web kami dan semua data dan kandungan yang dipaparkan pada Laman Web kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada semua imej beruang kami, semua imej, teks, simbol, logo, reka bentuk, cap dagangan, grafik dan fail lain kecuali data dalam Laman Web kami yang dimiliki oleh atau dilesenkan kepada Penyedia Perkhidmatan Kewangan atau pihak-pihak ketiga yang berkenaan yang bekerjasama dengan kami (secara kolektif, IP Laman Web ). 2. Kecuali untuk penggunaan Laman Web dan perkhidmatan kami bagi tujuan peribadi sahaja mengikut T&S ini, anda tidak akan mengguna, menyalin, menghantar, deep-link, mengikis hyper-link ( hyper-link scrape ), memuat turun, memapar, menduplikasi, menjual, mendagang, memasar, memakai, mengeksploitasi, menerbit, mengedar, menyiar atau menghasilkan semula IP Laman Web atau sebahagian daripadanya melainkan jika anda telah mendapat kelulusan bertulis terdahulu daripada kami, Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang berkenaan atau pihak-pihak ketiga yang berkenaan yang bekerjasama dengan kami, yang mana berkenaan. Anda boleh menghubungi kami di sini. VIII. PENAFIAN REPRESENTASI DAN WARANTI 1. Laman Web kami, Kandungan Perbandingan dan perkhidmatan yang kami bekalkan melalui Laman Web kami akan diberikan secara seperti yang ada ( as is basis ) dan seperti yang tersedia ( as available basis ). Walaupun kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menjamin akurasi Kandungan tersebut, kami tidak membuat atau memberi apa-apa representasi, waranti atau jaminan, secara nyata atau tersirat, berhubung Laman Web kami, Kandungan Perbandingan, perkhidmatan yang kami bekalkan melalui Laman Web kami atau (kandungan) lamanlaman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan dimana anda mungkin ditujukan, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa representasi, waranti atau jaminan berhubung dengan hakmilik, ketidaklanggaran, kesesuaian, kesahihan, kegunaan, keakuratan, kelengkapan, keselamatan, kesemasaan, kualiti atau kesepadanan untuk suatu tujuan tertentu termasuklah untuk penggunaan peribadi anda. 2. Di samping itu, kami tidak membuat atau memberi apa-apa representasi, waranti atau jaminan, secara nyata atau tersirat, bahawa pengaksesan dan penggunaan anda boleh dijalankan tanpa gangguan, bebas daripada kesilapan, tanpa kecacatan, tanpa virus atau dengan cepat atau selamat apabila anda mengakses atau mengguna Laman Web kami, Kandungan Perbandingan, perkhidmatan yang kami bekalkan melalui Laman Web kami atau (kandungan) laman-laman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan. IX. PEMBATASAN LIABILITI

1. Kami, bersama dengan pengarah, pegawai, anggota, pekerja, pewakil dan ahli gabungan kami, mengecualikan sebarang dan segala liabiliti untuk apa-apa kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk dan sama ada yang timbul daripada kontrak, tort, liabiliti ketat ( strict liability ) atau sebaliknya berhubung dengan tujukan anda ke laman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang berkenaan dan berhubung dengan interaksi dan urusan-urusan selanjutnya antara anda dan Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang berkenaan. 2. Kami, bersama dengan pengarah, pegawai, anggota, pekerja, pewakil dan ahli gabungan kami, mengecualikan sebarang dan segala liabiliti untuk apa-apa kerugian atau kerosakan dalam apa jua bentuk dan sama ada yang timbul daripada kontrak, tort, liabiliti ketat ( strict liability ) atau sebaliknya berhubung dengan pembelian atau pembelian yang dijangkakan anda untuk sesuatu produk atau perkhidmatan daripada Penyedia Perkhidmatan Kewangan. 3. Kami, bersama dengan pengarah, pegawai, anggota, pekerja, pewakil dan ahli gabungan kami, mengecualikan sebarang dan segala liabiliti untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau yang berhubung dengan: a. apa-apa virus atau harta yang merosakkan yang mampu menginfeksi komputer anda, program komputer anda atau sistem-sistem atau bahan proprietari anda akibat daripada pelawatan atau pengaksesan anda ke Laman Web kami, Kandungan Perbandingan atau penggunaan perkhidmatan yang kami bekalkan melalui Laman Web kami atau (kandungan) laman-laman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan dimana anda mungkin ditujukan; atau b. kejadian force majeure seperti pencetusan perang, darurat, pemogokan industri dan tindakan tuhan (acts of god). 4. Dalam apa jua keadaan dan kejadian kami tidak akan menanggung liabiliti ke atas sebarang kerosakan tidak langsung, khas, punitif, sampingan atau berbangkit, termasuk kehilangan keuntungan dan simpanan sama ada ianya timbul daripada kontrak, tort, liabiliti ketat atau sebaliknya berkenaan dengan (penggunaan) Laman Web kami, Kandungan Perbandingan, perkhidmatan yang kami bekalkan melalui Laman Web kami atau (kandungan) laman-laman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan dimana anda mungkin ditujukan. 5. Walaubagaimanapun, liabiliti agregat kami untuk sebarang kerosakan atau kerugian sama ada ianya timbul daripada kontrak, tort, liabiliti ketat atau sebaliknya berkenaan dengan (penggunaan) Laman Web kami, Kandungan Perbandingan, perkhidmatan yang kami bekalkan melalui Laman Web kami atau (kandungan) laman-laman web Penyedia Perkhidmatan Kewangan dimana anda mungkin ditujukan, adalah terhad kepada amaun MYR 300 (Ringgit Malaysia tiga ratus) sahaja.

6. Segala pengecualian dan pembatasan liabiliti dalam klausa ini adalah setakat maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang. X. TANGGUNG RUGI 1. Anda tanpa boleh menarik balik bersetuju sepenuhnya untuk menanggung rugi dan tidak akan mempertanggungjawabkan kami terhadap semua tuntutan, liabiliti, kerugian, kerosakan, perbelanjaan, kos (termasuk fi guaman yang munasabah), caj, penalti, tindakan, prosiding dan tuntutan, secara langsung atau tidak langsung, yang ditanggung atau dialami oleh kami yang diakibatkan atau timbul daripada (i) penggunaan dan penyalahgunaan Laman Web kami oleh anda; (ii) pelanggaran syarat-syarat T&S ini oleh anda; (iii) pelanggaran sebarang hak harta intelektual oleh anda termasuk IP Laman Web atau (iv) tuntutan pihak-pihak ketiga terhadap kami yang diakibatkan ataul timbul daripada peristiwa-peristiwa yang dinyatakan dalam (i), (ii) atau (iii) di atas. XI. HAL-HAL LAIN YANG PERLU DIINGATI 1. Kami mempunyai hak untuk menamatkan, menangguhkan atau menghentikan penggunaan dan pengaksesan Laman Web kami oleh anda dan kami berhak untuk membatalkan akaun anda pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu dan tanpa perlu memberikan sebarang alasan. 2. Kegagalan kami dalam pelaksanaan atau penguatkuasaan hak kami di bawah T&S ini tidak akan disifatkan atau ditafsirkan sebagai pengabaian hak tersebut; kami tetap berhak untuk melaksanakan atau menguatkuasakan hak tersebut pada masa akan datang pada bila-bila masa. 3. Jika mana-mana peruntukan dalam T&S ini tidak boleh dikuatkuasakan, dijadikan null, dibatalkan, tidak boleh diterapkan, menyalahi undang-undang atau tidak sah di mana-mana bidang kuasa, peruntukan tersebut akan dianggap digantikan dengan peruntukan yang sah dan boleh dikuatkusakan yang paling serupa dengan (niat) peruntukan asal dan peruntukan-peruntukan lain T&S ini tetap akan berkuatkuasa dengan sepenuhnya. 4. T&S ini merupakan keseluruhan perjanjian antara anda dan kami dan akan menggantikan segala dan semua perjanjian lisan atau bertulis awal berkenaan dengan Laman Web kami atau penggunaan perkhidmatan yang kami bekalkan melalui Laman Web kami. XII. UNDANG-UNDANG DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN 1. Kami tidak ingin berselisih tetapi jika berlaku sebarang pertikaian, sila ambil perhatian bahawa T&S ini akan ditadbirkan oleh undang-undang Malaysia secara eksklusif dan kita (anda dan kami) akan mengemukakan sebarang pertikaian atau tuntutan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamahmahkamah Malaysia.

2. Jika terdapat apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia daripada T&S ini, maka versi Bahasa Inggeris harus diguna pakai.