JPA(S)324/14/6-5 Klt. 9( 31 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2007

dokumen-dokumen yang mirip
JPA(S)(BPO)324/14/12-4 Klt. 2 ( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 27 TAHUN 2007

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN OPERATOR MESIN PROSESAN DATA GRED F11, F14

JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Klt. 17 ( 21 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 25 TAHUN 2007

JPA(S)(BPO)324/14/6-1 Klt. 17 ( 20 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 24 TAHUN 2007

JPA(BPO)(S)324/14/34-1 Klt. 3 (4) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2008

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN/ PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERUBATAN

SKIM PERKHIDMATAN JURURAWAT

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2006

JPA(BPO)(S)324/14/21-1 Klt.7( 22 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2008

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2009 PERUBAHAN NAMA SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PERUBATAN DAN PEMBANTU FARMASI

SKIM PERKHIDMATAN JURU X-RAY

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2003 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK GRED J17, J22, J26

JPA(BPO)(S)328/2Klt.2(29) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN

JPA(S) (BPO)324/8/19 Klt 6 (31) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2013

JPA(S)324/14/23-3 Klt.8(38) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 33 TAHUN 2013 PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau

SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SISTEM MAKLUMAT : 1 JANUARI 2007

IKLAN JAWATAN KOSONG KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK KUMPULAN PERKHIDMATAN PELAKSANA

IKLAN JAWATAN KOSONG

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : BERSEPADU

SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL/ PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL/ PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL : PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN

JPA(S)324/1 Klt. 36(17) KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2005

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Kumpulan Pelaksana Pengawal Keselamatan KP11 10

JPA. BK 43/12/2 Jld. 32 (30) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 29 TAHUN 2009

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL JADUAL GAJI : RM2, RM9,546.00

JPA(BPO)(S)324/14/7Klt.13(5) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 28 TAHUN 2007

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2016

A. KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL 1. PUSTAKAWAN (GRED S41) Calon bagi lantikan memiliki kelayakan seperti berikut: a) Warganegara Malaysia;

JPA.BK (S) 230/ 19 Jld.3 ( 26 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2011

BIL JAWATAN GRED TARAF KEKOSONGAN. 1. Pegawai Pergigian U44/U48/52/54 Tetap Pegawai Psikologi S41 Tetap 1

IKLAN JAWATAN KOSONG

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 7 TAHUN 2005 SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17, N22, N26

JPA(S)(BPO)256/6/19 Klt.8 (1) No. Siri :

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

JPA.BPO(S)324/14/16-4 (14) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2013

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG

MAJLIS BANDARAYA IPOH

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM5, (Minimum) - RM10, (Maksimum)

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM2, (Minimum) - RM 9, (Maksimum)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

1.0 PEGAWAI TADBIR - GRED N41

MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

JPA.BPO(S)324/14/16-1 Jld.15 ( 32 ) KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2014

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Tarikh : Ogos 2014 JAWATAN KOSONG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

PELAKSANAAN SISTEM SARAAN MALAYSIA BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN

JPA(S)(K)173/18/Jld.15(30) KERAJAAN MALAYSIA PENURUNAN KUASA MENIMBANG PELANTIKAN SECARA KONTRAK OLEH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2009

JPA.BK(S)71/3/4-11( 47 ) Siri No. : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2012

LAMPIRAN A SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

KADAR CUTI REHAT TAHUNAN DAN TAWARAN OPSYEN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN

JPA.BK(S)173/9/3Jld.2(1) No Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 23 TAHUN 2009

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2009

MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2004 PANDUAN PERTUKARAN PEGAWAI AWAM

BIL JAWATAN GRED SKIM PERKHIDMATAN JADUAL GAJI A. KUMPULAN PELAKSANA MINIMUM MAKSIMUM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2006 IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2006

JAWATAN KOSONG (HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA)

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2000 SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER DAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERGIGIAN

IKLAN JAWATAN KOSONG

KEANGGOTAAN DAN PANGKAT

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN (DALAMAN)

KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA MALAYSIA PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 4 TAHUN 2013

M / S : 1/16 TARIKH : 1 APRIL 2015 PELANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN PENTADBIRAN PINDAAN : 01 UPSI(ISO)/BSM/P09 KELUARAN : A 1.

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Nama dan Permulaan Kuatkuasa

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2008

JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) No. Siri : KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014 KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK

SKIM PERKHIDMATAN PEREKA KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)

PELAKSANAAN PELAN LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 14 TAHUN 2005

JPA(L)S. 175/4/1-1 KLT. 17 ( ) Siri No.

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI 2004

Jawatan 1 : Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) - (1 Kekosongan )

SKIM PERKHIDMATAN GURU BAHASA

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN) AHSAN AHMAD BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABATAN PENDAFTAR

PEJABAT PENDAFTAR BAHAGIAN PENGURUSAN MODAL INSAN SINERGI TERAS KUALITI

PEKELILING PERKHIDMATAN UPM BILANGAN 3 TAHUN 2011 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH FARMASI KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2006

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

1. Berapa lama biasa masa yang diambil untuk mengisi sesuatu jawatan? 2. Adakah jawatan diwujudkan dulu atau skim perkhidmatan diwujudkan dulu?

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 BAGI JAWATAN PEMBANTU TADBIR (P/O) N17

JAWATAN PENTADBIRAN (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL) RM1, (Minimum) - RM8, (Maksimum)

PANDUAN PENGURUSAN PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Transkripsi:

JPA(S)324/14/65 Klt. 9( 31 ) Siri No. KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 26 TAHUN 2007 PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PENGUASA PENJARA GRED KX27, KX32 TUJUAN 1. Pekeliling perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk melaksanakan keputusan kerajaan mengenai perubahan skim perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara Gred KX27, KX32 yang telah diluluskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 23 Tahun 2005. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah bersetuju supaya skim perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara yang berkuat kuasa diubah dengan memperuntuk lapisan gred kenaikan pangkat yang baru, Gred KX38 berikutan peningkatan kompleksiti tugas perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara di samping memperluas peluang kemajuan kerjaya pegawai. Selaras dengan keputusan ini, perbekalan dalam skim perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara sedia ada diubah sewajarnya. 1

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PENGUASA PENJARA 3. Perubahan yang telah dipersetujui oleh kerajaan ialah untuk menambah satu lagi lapisan gred kepada lapisan gred sedia ada. Ini menjadikan skim perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara yang diubah ini mengandungi tiga (3) lapisan gred iaitu Gred KX27, KX32, KX38. Kenaikan pangkat bagi pegawai di Gred KX32 ke Gred KX38 adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan syaratsyarat kenaikan pangkat yang berkuatkuasa. Perbekalanperbekalan lain dalam skim perkhidmatan yang berkuat kuasa dikekalkan. 4. Skim perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara yang diubah adalah seperti di Lampiran A. Format iklan jawatan adalah seperti di Lampiran B dan Jadual Gaji Matriks adalah seperti di Lampiran C, C1 dan C2. Penghuraian kerja perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara adalah seperti di Lampiran D, D1 dan D2. PELAKSANAAN 5. Dengan berkuat kuasa skim perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara yang diubah ini, semua Penolong Penguasa Penjara Gred KX27, KX32 yang sedang berkhidmat adalah tertakluk kepada skim perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara yang diubah di bawah pekeliling perkhidmatan ini. Semua pelantikan mulai 1 Januari 2008 hendaklah menggunakan skim perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara yang diubah. ELAUN DAN KEMUDAHAN 6. Pelaksanaan skim perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara yang diubah ini tidak melibatkan pindaan kepada kaedah penetapan kelayakan elaun dan kemudahan yang sedia ada bagi Penolong Penguasa Penjara Gred KX27, KX32. Elaun dan kemudahan yang diperuntukkan adalah terus berkuat kuasa di bawah skim perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara yang diubah ini. 2

7. Berikutan dengan perubahan skim perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara, pelaksanaan pemberian Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan Imbuhan Tetap Perumahan bagi Penolong Penguasa Penjara Gred KX38 adalah seperti berikut: Imbuhan Tetap Khidmat Awam Jenis Imbuhan Kadar (RM) Sebulan Imbuhan Tetap Khidmat Awam 220.00 Imbuhan Tetap Perumahan Jenis Imbuhan Kadar (RM) Sebulan Semenanjung Sarawak Sabah/ Labuan Imbuhan Tetap Perumahan 420.00 450.00 580.00 8. Pegawai yang sedang berkhidmat atau lantikan baru bagi skim perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara Gred KX27, KX32, KX38 akan menerima elaun dan kemudahan mengikut pekeliling perkhidmatan/ surat pekeliling perkhidmatan/ surat edaran yang berkuat kuasa. TARIKH KUAT KUASA 9. Tarikh kuat kuasa skim perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara Gred KX27, KX32, KX38 ini adalah mulai 1 Januari 2008. 3

AM 10. Dengan berkuat kuasa pekeliling perkhidmatan ini, maka skim perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2005 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 23 Tahun 2005 adalah diubah seperti di Lampiran A. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ( TAN SRI ISMAIL ADAM ) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 4 Disember 2007 Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan 4

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PENGUASA PENJARA LAMPIRAN A KLASIFIKASI KUMPULAN PERKHIDMATAN TARIKH KUAT KUASA Gred : : : PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM SOKONGAN 1 JANUARI 2008 Jadual Gaji Matriks KX27 : P1T1 P2T1 P3T1 RM1215.14 RM1284.72 RM1357.32 P1T26 P2T26 P3T26 RM3045.29 RM3232.90 RM3426.42 KX32 : P1T1 P2T1 RM2453.13 RM2714.79 P1T10 P2T10 RM3569.40 RM3912.69 KX38 : P1T1 P2T1 RM3042.24 RM3255.50 P1T12 P2T12 RM4660.61 RM5149.20 SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: warganegara Malaysia; berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KX27 : P1T1); atau (ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KX27 : P1T5); (d) mempunyai syaratsyarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut: (i) (ii) tinggi sekurangkurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu; berat badan sekurangkurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita; 1

(iii) (iv) (v) (vi) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurangkurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja); lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap; pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar. dan (e) lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN 2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Penjara adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Penjara Gred KX27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: (i) (ii) mempunyai kelayakan di perenggan 1 di atas; atau lulus peperiksaan khas; dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. PENETAPAN GAJI PERMULAAN TEMPOH PERCUBAAN LATIHAN 3. 4. 5. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred KX27 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan. Penolong Penguasa Penjara Gred KX27 yang dilantik secara terus atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. Penolong Penguasa Penjara boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh ketua jabatan/ perkhidmatan yang berkenaan. KURSUS INDUKSI / PEPERIKSAAN 6. Penolong Penguasa Penjara Gred KX27 dalam tempoh percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya kursus induksi dan menamatkan dengan jayanya kursus asas serta lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh ketua jabatan/ perkhidmatan yang berkenaan. 2

PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 7. Penolong Penguasa Penjara Gred KX27 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah: memenuhi tempoh percubaan; hadir dengan jayanya kursus induksi dan menamatkan dengan jayanya kursus asas serta lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan diperakukan oleh ketua jabatan/ perkhidmatan. PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 8. Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh ketua jabatan/ perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan. PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN KENAIKAN PANGKAT KE GRED KX32 9. 10. Penolong Penguasa Penjara hendaklah melepasi penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan untuk kenaikan pangkat. Penolong Penguasa Penjara Gred KX27 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke Penolong Penguasa Penjara Gred KX32 yang kosong apabila telah: (d) disahkan dalam perkhidmatan; mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan diperakukan oleh ketua jabatan/ perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT KE GRED KX38 11. Penolong Penguasa Penjara Gred KX32 adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke Penolong Penguasa Penjara Gred KX38 yang kosong apabila telah: mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan diperakukan oleh ketua jabatan/ perkhidmatan. KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN KE PERKHIDMATAN PENGUASA PENJARA 12. Penolong Penguasa Penjara yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbang bagi Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Penguasa Penjara Gred KX41 yang kosong mengikut syaratsyarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan. Nota: Skim perkhidmatan ini mengubah skim perkhidmatan terdahulu yang berkuat kuasa pada 1.7.2005 [Pekeliling Perkhidmatan Bil. 23 Tahun 2005, JPA(S)(BPO)324/14/65 Klt.8 (35)]. 3

LAMPIRAN B FORMAT IKLAN JAWATAN 1. Jawatan : Penolong Penguasa Penjara Kementerian/ Jabatan : Jabatan Penjara Malaysia Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan (d) Klasifikasi Perkhidmatan : Keselamatan dan Pertahanan Awam 2. Jadual Gaji : Jadual Gaji Matriks KX27 : P1T1 P2T1 P3T1 RM1215.14 RM1284.72 RM1357.32 P1T26 P2T26 P3T26 RM3045.29 RM3232.90 RM3426.42 KX32 : P1T1 P2T1 RM2453.13 RM2714.79 P1T10 P2T10 RM3569.40 RM3912.69 KX38 : P1T1 P2T1 RM3042.24 RM3255.50 P1T12 P2T12 RM4660.61 RM5149.20 3. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: warganegara Malaysia; berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred KX27 : P1T1); atau (ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred KX27 : P1T5); 1

(d) mempunyai syaratsyarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut: (i) tinggi sekurangkurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu; (ii) berat badan sekurangkurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita; (iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurangkurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja); (iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap; (v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan (vi) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar. dan (e) lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 4. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan : Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Penjara adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Penjara Gred KX27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam jawatan dan: 2

5. Taraf Jawatan : Tetap (i) mempunyai kelayakan di perenggan 3 di atas; atau (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan. 6. Penaklukan Di Bawah Syaratsyarat Skim Perkhidmatan : Pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara adalah tertakluk kepada syaratsyarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaanpindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. 7. Fungsi Bidang Tugas : (Untuk diisi oleh Ketua Perkhidmatan setiap kali pengiklanan dibuat). 8. Tarikh Tutup Permohonan : (Nyatakan tarikh tutup permohonan) 3

LAMPIRAN C JADUAL GAJI MATRIKS BAGI PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM (PENJARA) SOKONGAN (RM SEBULAN) PANGKAT : PENOLONG PENGUASA PENJARA I. GRED GAJI SSM: KX27 II. KOD GAJI KOMPUTER SSM: KX27000 III. TARIKH KUAT KUASA: 1.1.2008 JADUAL GAJI MATRIKS : KX27 T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 T8 T9 T10 T11 T12 T13 T14 T15 T16 T17 T18 T19 T20 T21 T22 T23 T24 T25 T26 P1 1215.14 1281.69 1348.24 1414.79 1481.34 1547.89 1614.44 1680.99 1747.54 1814.09 1880.64 1947.19 2013.74 2080.29 2146.84 2213.39 2279.94 2346.49 2413.04 2479.59 2546.14 2645.97 2745.80 2845.63 2945.46 3045.29 P2 1284.72 1354.30 1423.88 1493.46 1563.04 1632.62 1702.20 1771.78 1841.36 1910.94 1980.52 2050.10 2119.68 2189.26 2258.84 2328.42 2398.00 2467.58 2537.16 2606.74 2711.10 2815.46 2919.82 3024.18 3128.54 3232.90 P3 1357.32 1429.92 1502.52 1575.12 1647.72 1720.32 1792.92 1865.52 1938.12 2010.72 2083.32 2155.92 2228.52 2301.12 2373.72 2446.32 2518.92 2591.52 2664.12 2773.02 2881.92 2990.82 3099.72 3208.62 3317.52 3426.42

LAMPIRAN C1 JADUAL GAJI MATRIKS BAGI PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM (PENJARA) SOKONGAN (RM SEBULAN) PANGKAT : PENOLONG PENGUASA PENJARA I. GRED GAJI SSM: KX32 II. KOD GAJI KOMPUTER SSM: KX32000 III. TARIKH KUAT KUASA: 1.1.2008 JADUAL GAJI MATRIKS : KX32 T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 T8 T9 T10 P1 2453.13 2577.16 2701.19 2825.22 2949.25 3073.28 3197.31 3321.34 3445.37 3569.40 P2 2714.79 2847.89 2980.99 3114.09 3247.19 3380.29 3513.39 3646.49 3779.59 3912.69

LAMPIRAN C2 PANGKAT : PENOLONG PENGUASA PENJARA I. GRED GAJI SSM: KX38 JADUAL GAJI MATRIKS BAGI PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM (PENJARA) SOKONGAN (RM SEBULAN) II. KOD GAJI KOMPUTER SSM: KX38000 III. TARIKH KUAT KUASA: 1.1.2008 JADUAL GAJI MATRIKS : KX38 T1 T2 T3 T4 T5 T6 T7 T8 T9 T10 T11 T12 P1 3042.24 3142.07 3241.90 3341.73 3506.59 3671.45 3836.31 4001.17 4166.03 4330.89 4495.75 4660.61 P2 3255.50 3364.40 3542.88 3721.36 3899.84 4078.32 4256.80 4435.28 4613.76 4792.24 4970.72 5149.20

LAMPIRAN D PENGHURAIAN KERJA PENOLONG PENGUASA PENJARA GRED KX27 1. PERINGKAT ORGANISASI Jabatan Penjara Malaysia 2. SKOP FUNGSI DAN TUGAS 2.1 Aspek Penahanan dan Pelaksanaan Hukuman Bertanggungjawab dalam mengawalselia dan mengemaskini pengurusan penghuni bermula dari proses penerimaan sehingga penghuni dibebaskan berdasarkan kepada perintah pihak berkuasa; Menyediakan rayuan dan Penyata Empat Tahun kepada penghuni yang layak untuk dipertimbangkan mengikut peruntukan Undangundang Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000; dan Memastikan segala harta benda penghuni yang ditahan dicatatkan dengan tepat dan disimpan dalam keadaan baik, teratur dan selamat sehingga penghuni dibebaskan. 2.2 Aspek Keselamatan Bertanggungjawab kepada blok atau bengkel atau tempat tugas yang ditetapkan seperti dalam Jadual Atur Kerja di sesebuah penjara; 1

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugastugas penyeliaan kepada semua pegawai bawahan bagi mencapai objektif Institusi; Mengetuai pelaksanaan tugastugas penyeliaan terhadap kawalan keselamatan penghuni, keselamatan fizikal di blokblok penempatan penghuni dan institusi penjara secara keseluruhan; (d) Bertindak sebagai pegawai yang bertanggungjawab dalam mengendalikan Sistem Keselamatan Elektronik Bersepadu di mana berkenaan; (e) Bertanggungjawab kepada sebarang kejadian yang berlaku sama ada di blok, bengkel, manamana tempat dalam penjara dan semasa mengiring banduan di luar penjara; dan (f) Melaksanakan tugas sebagai Pegawai Risikan di peringkat Institusi. 2.3 Aspek Pemulihan dan Rawatan Bertanggungjawab sebagai Pegawai Kaunseling dalam program pemulihan penghuni dan membimbing mereka dalam penyelesaian masalah; Melaksanakan dan menyampaikan ceramah mesej dari penjara kepada orang awam dan sekolahsekolah; Bertanggungjawab membanteras penyalahgunaan dadah dalam kawasan penjara ke atas kakitangan dan penghuni dengan melaksanakan ujian air kencing ke atas mereka. 2

(d) Membantu dalam pelaksanaan sistem parol (post release program) serta bekerjasama dengan jabatanjabatan kerajaan yang lain dalam usaha pembentukan komuniti yang prihatin dengan bekas banduan. 2.4 Aspek Pengurusan Kepenjaraan Bertanggungjawab dalam melaksanakan latihan kemahiran dan latihan harian di Institusi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan kepada anggota dijalankan mengikut jadual; Melaksanakan penerapan nilainilai murni melalui program ceramah yang dilaksanakan mengikut jadual; Mengawalselia aktivitiaktiviti pembangunan di Institusi dan memastikan ianya menepati spesifikasi dan tempoh masa yang ditetapkan; dan (d) Bertanggungjawab dalam pengurusan lawatan keluarga banduan. 3. HUBUNGAN KERJA 3.1 Luaran i. Orang Awam ii. Jabatan/agensi kerajaan iii. Syarikat swasta iv. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) v. Bekas banduan 3

3.2 Dalaman i. Rakan sekerja di institusi penjara ii. Pegawai dan kakitangan di dalam organisasi yang sama iii. Penghuni penjara 4. PERSEKITARAN KERJA 4.1 Dalam dan di luar Institusi 5. LATIHAN YANG DIPERLUKAN 5.1 Penolong Penguasa Penjara boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan. 6. ANCAMAN 6.1 Rasuah; dan 6.2 Terdedah kepada bahaya semasa menjalankan tugas seperti ancaman banduan, penyakit berjangkit (HIV/AIDS, tibi), ugutan, tebusan dan serangan. 4

LAMPIRAN D1 PENGHURAIAN KERJA PENOLONG PENGUASA PENJARA GRED KX32 1. PERINGKAT ORGANISASI Jabatan Penjara Malaysia 2. SKOP FUNGSI DAN TUGAS 2.1 Aspek Penahanan dan Pelaksanaan Hukuman Bertindak sebagai Pegawai Unit Dokumentasi Pengurusan Penghuni dalam memastikan penahanan dan pelaksanaan hukuman penghuni berlandaskan peruntukan Undangundang Penjara 1995 dan Peraturanperaturan Penjara 2000; Mengawalselia rayuan penghuni yang layak dipertimbang dilaksanakan mengikut tempoh yang telah ditentukan; dan Memastikan penghuni yang telah tamat menjalani hukuman dibebaskan mengikut tarikh yang ditetapkan. 2.2 Aspek Keselamatan Bertindak sebagai Duty Officer seperti dalam Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara Bil. E 112 (Penjara Medium); Mengetuai atau membantu Ketua Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) dalam menyelia dan melaksanakan operasi membanteras penyeludupan artikel larangan dalam kawasan penjara 5

berdasarkan Akta Penjara 1995, Peraturanperaturan Penjara 2000, Perintahperintah Tetap Ketua Pengarah Penjara dan pekeliling yang dikeluarkan; Memberi arahan berkaitan operasi harian mengikut giliran bertugas kepada pegawai di bawah jagaannya; (d) Bertindak sebagai Ketua Pengiring dalam melaksanakan tugastugas pengiringan banduan yang dijatuhi hukuman seumur hayat, seumur hidup, tahanan limpah sultan, tahanan Mahkamah Persekutuan; (e) Bertanggungjawab kepada Penolong Penguasa Penjara Gred KX38 yang bertugas mengikut giliran di atas sebarang kejadian yang berlaku sama ada di blok, bengkel, manamana tempat dalam penjara dan luar penjara; dan (f) Bertanggungjawab dalam menerima catuan mentah dari pihak pembekal dan memastikan ianya menepati spesifikasi yang ditetapkan dalam kontrak dan dalam kuantiti yang mencukupi. 2.3 Aspek Pemulihan dan Rawatan Membantu ketua unit melaksanakan program pemulihan ke atas penghuni yang mengikuti Pelan Pembangunan Insan; Menyelaras mekanisme kawalan komuniti yang boleh menyedarkan masyarakat tentang kepentingan pencegahan jenayah secara berperingkat; Bertanggungjawab dalam memastikan ujian air kencing yang dilaksanakan memenuhi kuota yang ditetapkan bagi 6

mengelakkan berlakunya penyalahgunaan dadah di kalangan kakitangan dan penghuni; (d) Menguruskan keperluan dan kelengkapan peralatan bengkel perusahaan dan vokasional agar bersesuaian dengan teknologi semasa; dan (e) Membantu ketua unit dalam penyediaan Anggaran Belanjawan Mengurus. 2.4 Aspek Pengurusan Kepenjaraan Membantu dalam merancang aktivitiaktiviti latihan kakitangan secara berterusan; Mengawalselia pelaksanaan latihan kemahiran dan latihan harian kepada anggota; Membantu ketua unit dalam merancang aktivitiaktiviti pembangunan di Institusi selaras dengan keperluan semasa dan tidak menjejaskan aspek keselamatan penjara; (d) Memeriksa dan menyelia sistem keselamatan elektronik dalam kawasan penjara sentiasa berfungsi dengan baik; dan (e) Mengawalselia tindakan yang diambil berkaitan aduan pelanggan agar imej jabatan tidak terjejas. 7

3. HUBUNGAN KERJA 3.1 Luaran i. Orang Awam ii. Jabatan/agensi kerajaan iii. Syarikat swasta vi. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) vii. Bekas banduan 3.2 Dalaman i. Rakan sekerja di institusi penjara ii. Pegawai dan kakitangan di dalam organisasi yang sama iii. Penghuni penjara 4. PERSEKITARAN KERJA 4.1 Dalam dan di luar institusi 5. LATIHAN YANG DIPERLUKAN 5.1 Penolong Penguasa Penjara boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan. 6. ANCAMAN 6.1 Rasuah; dan 6.2 Terdedah kepada bahaya semasa menjalankan tugas seperti ancaman banduan, penyakit berjangkit (HIV/AIDS, tibi), ugutan, tebusan dan serangan. 8

LAMPIRAN D2 PENGHURAIAN KERJA PENOLONG PENGUASA PENJARA GRED KX38 1. PERINGKAT ORGANISASI Jabatan Penjara Malaysia 2. SKOP FUNGSI DAN TUGAS 2.1 Aspek Penahanan dan Pelaksanaan Hukuman Bertindak sebagai Ketua Unit Dokumentasi Penghuni dan memastikan banduan sabitan menjalani tempoh hukuman yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan dibebaskan pada tarikh yang ditentukan; Bertanggungjawab dalam memastikan banduan reman dan banduan sabitan menghadiri perbicaraan di mahkamah pada tarikh yang telah dijadualkan; Menguruskan aduan banduan berkaitan kebajikan dan layanan selaras dengan peruntukan Undangundang Penjara 1995 dan Peraturanperaturan Penjara 2000; dan (d) Menyedia dan mengumpulkan statistik berkaitan kemasukan dan pembebasan penghuni dan secara berkala untuk dikemukakan ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan agensiagensi lain yang berurusan dengan Jabatan Penjara Malaysia. 9

2.2 Aspek Keselamatan Bertindak sebagai Duty Officer seperti dalam Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara Bil. E 112 (Penjara maksimum); Membuat keputusan di peringkat operasi harian ketika bertugas giliran berkaitan keselamatan banduan di penjara; Bertanggungjawab menjalankan tugas rondaan dan pemeriksaan di kawasan penjara atau manamana kawasan atau tempat di mana banduan berada; (d) Melaksanakan tugas sebagai Ketua Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) dalam melaksanakan operasi membanteras penyeludupan artikel larangan dalam kawasan penjara berdasarkan Akta Penjara 1995, Peraturanperaturan Penjara 2000, Perintahperintah Tetap Ketua Pengarah Penjara dan pekelilingpekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa; (e) Bertindak sebagai Ketua Pengiring dalam melaksanakan tugastugas pengiringan banduan berisiko tinggi untuk tujuan perpindahan ke Institusi lain; dan (f) Bertanggungjawab melantik Pegawai Penyiasat Institusi untuk melaksanakan tugastugas siasatan ke atas penghuni yang melanggar tatatertib penjara berdasarkan Akta Penjara 1995 dan Peraturanperaturan Penjara 2000. 10

2.3 Aspek Pemulihan dan Rawatan Bertindak sebagai ketua unit dalam aktivitiaktiviti pemulihan dan rawatan banduan; Memantau dan memastikan penghuni yang menjalani hukuman atau yang ditahan di Institusi mengikuti modulmodul pemulihan yang ditetapkan; Mengawalselia bengkelbengkel perusahaan dan vokasional agar mematuhi prosedurprosedur keselamatan yang telah digariskan; (d) Memastikan bayaran gaji dan saguhati kepada banduan yang bekerja di bengkelbengkel perusahaan dan vokasional dibuat tuntutan; (e) Bertanggungjawab merancang dan mengatur jadual pameran berkaitan aktivitiaktiviti penghuni di pelbagai lokasi; (f) Bertanggungjawab merancang pemasaran produk Institusi dan menyusun strategi untuk mempromosikan produk yang dihasilkan; (g) Mengawalselia kualiti dan kuantiti produk yang dihasilkan oleh bengkelbengkel perusahaan dan vokasional Institusi; dan (h) Bertanggungjawab memilih penghuni yang layak dipertimbang untuk program khidmat masyarakat dan mengawalselia pelaksanaannya agar mematuhi prosedur dan standard yang ditetapkan. 11

2.4 Aspek Pengurusan Kepenjaraan Bertanggungjawab merancang jadual latihan atau kursus dalaman kepada kakitangan; Bertanggungjawab memberikan taklimat kepada kakitangan yang ditugaskan mengiring ke mahkamah, hospital luar dan tempattempat lain yang diarahkan agar sentiasa mematuhi prosedur, Perintahperintah Tetap Ketua Pengarah Penjara, Pekeliling dan arahanarahan yang dikeluarkan bagi mengelakkan berlakunya kejadian luar biasa; Memantau jadual tugas harian kakitangan; (d) Mengawalselia kenderaankenderaan jabatan dan memastikan penyelenggaraan dilaksanakan mengikut jadual; dan (e) Bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus mengikut aktiviti dan Anggaran Pembangunan dan langkahlangkah pembaikan peringkat Institusi. 3. HUBUNGAN KERJA 3.1 Luaran i. Orang Awam ii. Jabatan/agensi kerajaan iii. Syarikat swasta iv. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) v. Bekas banduan 12

3.2 Dalaman i. Rakan sekerja di institusi penjara ii. Pegawai dan kakitangan di dalam organisasi yang sama iii. Penghuni penjara 4. PERSEKITARAN KERJA 4.1 Dalam dan di luar Institusi 5. LATIHAN YANG DIPERLUKAN 5.1 Penolong Penguasa Penjara boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan. 6. ANCAMAN 6.1 Rasuah; dan 6.2 Terdedah kepada bahaya semasa menjalankan tugas seperti ancaman banduan, penyakit berjangkit (HIV/AIDS, tibi), ugutan, tebusan dan serangan. 13